2009 (G) Kamkoder Definisi Tinggi HDC-HS300/HDC-TM300 HDC-HS200/HDC-TM200 HDC-HS20/HDC-TM20/HDC-SD20
Siaran Akhbar Kamkoder Definisi Tinggi HDC-HS300 (warna hitam & perak ; ASP RM 4,999.) / HDC-TM300 (warna hitam & perak ; ASP RM 4,499.) HDC-HS200 (warna hitam & perak ; ASP RM 3,999.) / HDC-TM200 (warna hitam & perak ; ASP RM 3,799.) Sistem 3MOS Terbaru! Sistem 3MOS yang digunakan dalam kamkoder professional menjanjikan imej berkualiti tinggi untuk kedua-dua gambar dan filem gambar. 1) Penggunaan tiga sensor penuh HD ini melengkapkan jumlah piksel terbanyak iaitu 9,150,000** (3, 050,000 x 3) 2) Dilengkapi dengan Lensa aperture besar Leica Dicomar (diameter filter: 43mm) dan sensor imej ¼.1 inci. 3) Merakam gambar dengan resolusi 10.6 mega piksel dan resolusi 8.3 mega piksel untuk merakam gambar dan filem gambar serentak. 4) Memerlukan luminance minima sebanyak 1.6lx, menjadikan ia terbaik dalam industry ini 9 (pada 7 Januari, 2009). 5) Mempamerkan penstabil imej optik (Advanced O.I.S) dengan operasi kelajuan tinggi sebanyak 4,000 kali sesaat dan 3 kali*** dari kawasan penstabil biasa. * Untuk kegunaan biasa kamkoder, pada 7 Januari 2009. ** Piksel filem gambar yang efektif: 6,210,000 (2,070,000 piksel x 3). ***Dibanding dengan HDC-SD9/HDC-HS9.
Kemajuan canggih Mod Auto Pintar (Intelligent Auto)! 1)Mod rakaman yang paling sesuai dapat diaktifkan secara automatik bergantung kepada subjek tersebut. Dengan kebolehan dan fungsian canggih yang terdapat pada kamkoder ini, menjadikan kamkoder ini tiada tandingan. 2) Fungsi Fokus Auto! Dengan fungsi pengesan fokus auto (AF Tracking), pengguna dapat menetap fokus terhadap subjek yang bergerak. 3) Fungsian yang terdapat dalam mod auto pintar juga terdapat dalam kamkoder ini! Ia juga menyediakan teknologi penstabil imej optikal dan pemilihan pemandangan 1
Panasonic Corporation
yang telah direka untuk gambar biasa atau yang tidak bergerak.
Model terbaru HS300/TM300 didatangi dengan Manual Ring, Electronic Viewfinder, dan Mic Terminal yang untuk kesesuaian pengguna Semi-profesional Kamkoder Definisi Tinggi HDC-HS20 (warna hitam : ASP RM 3,399.) / HDC-TM20 / HDC-SD20 (warna hitam, perak & merah : ASP RM 2,499.) Model Asas yang Dilengkapi Lensa Leica Dicomar dengan 16x Zoom Optikal, Mod Auto Pintar (Intelligent Auto) Untuk Memudahkan Rakaman Video Definisi Tinggi.
Dengan teknologi penyiaran yang semakin berkembang, banyak produk video berubah ke arah berdefinisi tinggi. Kecenderungan terhadap produk yang berdefinisi tinggi telah tersebar dan berkembang pesat dalam pasaran kamkoder. Dengan permintaan dari pasaran ini, Panasonic memperkenalkan tujuh kamkoder HD yang boleh didapati dari model asas hingga ke model terkini untuk semi-profresional. HDC-HS300/TM300 Model HDC-HS300/HDC-TM300 merupakan kamkoder khas untuk pengguna yang ingin merakam rakaman yang menarik. Model-model ini membenarkan pengguna untuk mengawal fungsi-fungsi seperti zoom, focus, aperture, kelajuan shutter dan white balance dengan penetapan yang mudah. Model ini juga didatangi dengan viewfinder elektronik (EVF) dan terminal mikrofon untuk pengalaman rakaman yang lebih menghiburkan. 6) Saiz sensor imej telah dibesarkan dari 1/6 inci ke ¼.1 inci. Penggunaan tiga sensor penuh HD dalam system 3MOS ini melengkapkan jumlah piksel terbanyak
2
Panasonic Corporation
iaitu 9,150,000** (3, 050,000 x 3). Model kamkoder Panasonic terbaru ini dapat mengurangkan butiran atau noise dengan menggunakan 3 sensor bersensitif tinggi MOS apabila merakam dalam persekitaran berkeadaan cahaya malap. Kamkoder ini dapat merakam imej yang cantik dalam keadaan cahaya malap sambil memastikan kiraan piksel yang tinggi untuk membolehkan penggambaran dibawah luminance minima 1.6lx (prestasi terbaik dalam industri ini)***
Mod Auto Pintar yang boleh menetapkan mod persekitaran atau Scene yang bersesuaian dengan situasi penggambaran dapat diaktifkan secara automatik. Mod Auto Pintar baru ini didatangi dengan mod yang berasingan untuk filem gambar atau gambar biasa.Ia juga mempamerkan fungsian pengesan fokus auto terbaru, versi yang telah dipertingkatkan untuk fungsi pengesan wajah yang terdapat dalam mod Auto Pintar sebelum ini. Apabila pengguna memilih subjek rakaman pada skrin sentuh—subjek boleh berada pada bahagian tengah atau pada bahagian tepi—pengesan fokus auto dapat memberi fokus terhadap subjek tersebut walaupun ia bergerak atau berpaling ke tepi. Subjek dapat didaftar dengan penetapan fokus auto/ pendedahan cahaya auto) AF/AE.
Mod rakaman gambar dapat merakam imej gambar dengan resolusi 10.6 mega piksel dan resolusi 8.3 mega piksel untuk merakam gambar dan filem gambar serentak. Untuk memastikan hasil penggambaran yang cantik untuk gambar biasa, kamkoder ini dilengkapkan dengan mod Auto Pintar dan Penstabil Imej Optikal secara berasingan. Mod Auto Pintar ini secara automatik akan memilih mod yang paling sesuai untuk rakaman gambar biasa dari 5 mod**** yang terdapat dalam model kamera digital pegun Lumix Panasonic. Terdapat 2 mod untuk Penstabil Imej Optikal (Mod 1/Mod 2). Mod 1 akan melaraskan paksi optikal manakala Mod 2 akan membetulkan paksi optikal ketika butang shutter ditekan. Ini dapat menstabilkan prestasi imej terutama ketika rakaman gambar biasa.
*Untuk kamkoder pengunaan biasa, bertarikh 7 Januari 2009. **Piksel filem rakaman yang efektif: 6,210,000 (2,070,000 piksel x 3). ***Untuk HD camcorder, bertarikh Januari 7, 2009. Dalam mod kurang cahaya dan 1/25 kelajuan shutter **** Mod Portrait, Scenery, Macro, Night Portrait, dan Night Scenery. 3
Panasonic Corporation
HDC-HS200/HDC-TM200 Model HDC-HS200/HDC-TM200 direka khas untuk reka bentuk yang kompak. Model ini seakan model HS300/TM300 dalam prestasi kamera,tetapi tanpa fungsi manual dan viewfinder elektronik, tetapi menjanjikan kualiti imej yang berkualiti tinggi. Dengan dimensi yang lebih kecil dan mudah alih, mudah bagi pengguna untuk membawa kamkoder ini ke mana sahaja. HDC-HS20/TM20/SD20 Model HDC-HS20/TM20/SD20 merupakan kamkoder yang disyorkan untuk pengguna yang ingin merakam dengan mudah menggunakan kamkoder berdefinisi tinggi. Model HDC-HS20 hibrid yang mampu merakam dalam Kad Memori SDHC/SD(pilihan) atau cakera keras 80-GB yang sedia ada. Ia juga dilengkapi dengan memori-berkembar yang boleh merakam dalam Kad Memori SDHC/SD(pilihan) atau 16GB memori sedia ada. Model HDC-SD20 menggunakan Kad Memori SDHC/SD sebagai media rakaman dan menawarkan reka bentuk yang kompak dan ringan. Model ini boleh di dapati dalam 3 warna: Perak, Merah dan Hitam. Lensa Leica Dicomar dengan 16x zoom optikal, model ini menawarkan zoom yang dinamik dalam imej kualiti HD. Mod Auto Pintar dengan fungsi Pengesan Fokus Auto membolehkan pengguna merakam imej gambar yang menakjubkan. Semua tujuh model kamkoder Panasonic yang dilengkapi dengan Lanjutan Penstabil Imej Optikal dan lensa Leica Dicomar dapat menghasilkan imej gambar yang jelas dan cantik dalam kualiti HD. Kesemua model ini menyokong format AVCHD untuk rakaman HD 1920 x 1080* yang merupakan kualti imej penuh HD tertinggi. * "Video HD Penuh dengan 1920 x 1080 piksel” dalam kamkoder kegunaan biasa Panasonic merujuk kepada rakaman video dengan 1,920 piksel pada arah melintang dan
1,080 piksel pada arah menegak.
Termasuk Kad Memori SDHC/SD tertentu dalam pasaran.
4
Panasonic Corporation
Rakaman Hibrid SD/HDD (HDC-HS300/HDC-HS200/HDC-HS20) Model HS300 dilengkapi dengan memori sedia ada sebanyak 120-GB HDD yang boleh menyimpan masa rakaman sehingga 50 jam (dalam mod HE). Model HS200/HS20 pula mempunyai memori sebanyak 80-GB HDD untuk masa rakaman sehingga 33 jam dan 20 minit (dalam mod HE). Apabila digabungkan dengan Kad Memori SDHC 32-GB (pilihan), kamkoder ini dapat menambahkan masa rakaman dengan ekstra 12 jam. Kamkoder ini juga dapat membuat salinan rakaman video gambar yang telah diambil dari Kad Memori SDHC/SD pada cakera keras atau sebaliknya. Pengguna dapat memindahkan rakaman yang telah selesai pada media yang paling sesuai digunakan.
Termasuk Kad Memori SDHC/SD tertentu dalam pasaran.
Rakaman Memori Berkembar dan Rakaman Berterusan[Baru] (HDC-TM300/HDC-TM200HDC-TM20) Kamkoder Panasonic yang dilengkapi dengan memori berkembar boleh merakam imej gambar HD Penuh pada memori sedia ada atau Kad Memori SDHC/SD. Ia juga mempamerkan fungsi Rakaman Berterusan. Apabila memori yang sedia ada telah penuh digunakan, fungsi ini secara automatik akan mengalih media rakaman tersebut ke dalam Kad Memori SDHC/SD untuk memastikan rakaman yang diambil tidak terganggu. Contohnya, dengan model TM300 yang mempunyai memori sedia ada sebanyak 32-GB dan Kad Memori 32-GB, jumlah kapasiti rakaman adalah sebanyak 64 GB yang membolehkan pengguna merakam tanpa gangguan. Model HDD ini sesuai untuk dibawa ke mana sahaja dengan memori sedia ada yang kecil dan ringan. Apabila rakaman yang berterusan dibahagikan kepada dua media yang berlainan, data dari dua lokasi yang berbeza dapat digabungkan dalam kamkoder tersebut dan disimpan dalam Kad Memori SDHC/SD*. Data juga secara automatik dapat digabungkan apabila disimpan dalam cakera 5
Panasonic Corporation
padat DVD menggunakan burner computer/cakera padat DVD** untuk penggunaan ulang tayang rakaman tersebut. Model TM300 mempunyai kapasiti memori sedia ada sebanyak 32-GB yang boleh merakam sehingga 12 jam masa rakaman (dalam mod HE), manakala model TM200/TM20 didatangi dengan kapasiti memori sedia ada sebanyak 16-GB yang boleh merakam sehingga 6 jam masa rakaman (dalam mod HE). Apabila digabungkan dengan Kad Memori SDHC/SD, model-model ini dapat memanjangkan masa rakaman yang lebih lama. *.Memori Kad SDHC/SD perlu mempunyai kapasiti lebih dari data dalam memori sedia ada untuk penggabungan memori. **Penggabungan automatik dapat dilakukan apabila data dijadikan dalam format AVCHD.
Termasuk Kad Memori SDHC/SD tertentu dalam pasaran.
Rakaman menggunakan Kad Memori SDHC/SD (HDC-SD20) Model SD20 ini tahan gegaran kerana ia dirakam pada Kad Memori SDHC atau SD tanpa menggunakan apa-apa mekanisme. Dengan gabungan reka bentuk yang kompak, model SD20 ini ideal untuk dibawa ketika merakam penggambaran di luar. Ia juga menyokong fungsi VIERA Image Viewer yang membolehkan pengguna menonton isi rakaman pada televisyen skrin lebar Panasonic VIERA* menggunakan Kad Memori SDHC/SD dari model SD20 untuk dimasukkan ke dalam slot yang sedia ada. Rakaman juga boleh diulang tayang menggunakan pemain cakera padat**Blu-ray™ * PZ800 ** DMP-BD55/BD35 Sesetengah model hanya terdapat bergantung pada Negara dan daerah yang tertentu. Imej berformat JPEG dapat dilihat menggunakan model rakaman yang mempunyai slot untuk Kad Memori SD.
6
Panasonic Corporation
Penerangan Tentang Fungsian Kamkoder
Mod Auto Pintar (Intelligent Auto) dengan Pengesan Fokus Auto[Baru] Mod Auto Pintar ini mengaktifkan kesemua fungsi yang terdapat dalam mod ini secara automatik semasa rakaman. Mod ini juga dilengkapkan dengan fungsi Pengesan Fokus Auto untuk memastikan kualiti imej yang jelas walaupun subjek bergerak. Mod Standard auto memberi fokus kepada subjek yang berada pada tengah skrin, tetapi dengan fungsi Pengesan Fokus Auto, pengguna dapat memberi fokus pada subjek walaupun subjek tersebut berada pada tepi skrin. Ini dapat dilakukan dengan menyentuh subjek yang diingini pada skrin sentuh tersebut. Pengesan Fokus Auto ini memastikan subjek akan sentiasa berada dalam keadaan fokus walaupun subjek tersebut bergerak atau berpaling dari kamkoder yang membolehkan rakaman dibuat dalam penetapan Fokus Auto atau Pendedahan Cahaya (AF/AE) yang bersesuaian. Dengan keseluruhan sebanyak 5 fungsi termasuk Pengesan Wajah, Lanjutan Penstabil Imej Optikal, Pengawalan Kontras Pintar dan Intelligent Scene Selector dapat menghasilkan penggambaran yang menakjubkan dalam setiap keadaan rakaman Operasi Skrin Sentuh [Baru] Kesemua model kamkoder direka dengan skrin sentuh yang membolehkan pengguna menekan atau menyentuh ikon yang terdapat pada LCD dengan mudah. Skrin sentuh ini juga memastikan pengguna dapat menetapkan beberapa fungsi tanpa berpaling dari subjek yang berada pada LCD tersebut. Lanjutan ( Penstabil Imej Optikal) Gyrosensors dalam Mod Lanjutan Penstabil Imej Optikal Panasonic dapat mengesan getaran tangan yang membolehkan unit lensa untuk membetulkan paksi optikal supaya imej gambar kelihatan jelas dan tidak kabur. Pembetulan ini dapat dilakukan dalam 4,000 kali sesaat. Pengguna dapat menikmati hasil rakaman yang 7
Panasonic Corporation
jelas dan cantik walaupun ketika penggambaran jarak jauh di mana getaran tangan adalah salah satu kesukaran untuk pengguna. Model kamkoder HS300/TM300/HS200/TM200, dapat merakam gambar biasa dengan resolusi 10-6 mega piksel dan mempunyai dua mod Penstabil Imej Optikal yang direka khas untuk rakaman gambar biasa: Mod 1 dan Mod 2. Penetapan Mod 1 akan melaras paksi optikal secara berterusan. Mod ini akan menunjukkan imej yang tidak kabur pada skrin LCD untuk memudahkan pengguna ketika membesarkan imej atau zoom. Mod 2 pula akan membetulkan paksi optikal ketika butang shutter ditekan untuk menstabilkan prestasi imej terutama ketika rakaman gambar biasa. Oleh sebab sistem optikal Panasonic, kualiti imej tidak akan terganggu – imej gambar dapat dirakam dengan cantik dan jelas. Advanced O.I.S. atau Lanjutan Penstabil Imej Optikal pula akan memastikan keadaan imej gambar tidak kabur. Ulang Tayang Highlight [Baru] Fungsi Ulang Tayang Highlight direka khas untuk pengguna yang ingin menonton atau melihat semula rakaman yang telah diambil secepat mungkin. Ia dapat mengesan pergerakan zoom, pan,perubahan pemandangan, kenaikan atau pengurangan tahap bunyi, wajah dan lain-lain lagi dalam rakaman gambar sebagai “highlights” dengan menggunakan Sistem Index Pintar atau I.I.S (Intelligent Index System). Selepas itu, secara automatik sistem ini akan memainkan semula highlight yang telah dikesan mengikut jarak waktu yang telah ditetapkan. Sistem ini juga membolehkan pengguna memilih muzik yang terdapat dalam kamkoder sebagai latar muzik untuk dimainkan bersama video. Sistem ini membolehkan pengguna menikmati saat-saat merakam dan menonton semula rakaman tersebut. LCD Auto Power [Baru] LCD Auto Power ini secara automatik melaras kecerahan skrin LCD mengikut situasi rakaman. Dalam keadaan yang gelap seperti teater, ia akan mengurangkan kecerahan skrin LCD ke 1/3 dari tahap normal untuk memastikan lampu skrin tidak menggangu orang lain yang berada dekat dengan kamkoder tersebut. Di lokasi yang terang pula, fungsi ini akan menambahkan dua kali ganda kecerahan dari tahap normal untuk memastikan imej dapat dilihat pada skrin LCD tersebut. Fungsi 8
Panasonic Corporation
ini sangat mudah untuk dikendalikan dengan penetapan automatik untuk setiap keadaan ketika rakaman. * Boleh menggunakan pelarasan Manual (jika mahu).
Rakaman Pusingan Waktu[Baru] (HS300/TM300) Ulang tayang pusingan waktu untuk efek matahari terbenam atau kembang bunga dalam masa yang singkat adalah efek yang popular yang dimainkan dalam sesetengah program televisyen. Rakaman Pusingan Waktu mampu merakam pemandangan yang unik. Fungsi ini terdapat dalam model HS300/TM300. Dengan penetapan antara 1 saat, 10 saat, 30 saat 1 minit atau 2 minit masa antara rakaman pengguna dapat menonton rakaman yang telah diambil dalam masa yang singkat. Contohnya, apabila pemandangan atau scene yang dirakam dalam penetapan 1 saat masa antara, pemandangan matahari terbernam selama 10 minit dapat dimainkan dalam masa 24 saat menghasilkan kemunculan subjek dengan perubahan yang perlahan dimainkan dalam masa yang singkat. Tenaga dapat diaktifkan secepat 1.9-saat* menggunakan Quick Power-On untuk merakam setiap peluang penggambaran. Kamkoder akan berada dalam keadaan standby dan sedia untuk rakaman dalam masa 1.9 saat. Fungsi ini membolehkan pengguna memulakan rakaman dengan cepat apabila terdapat peluang rakaman sambil menjimatkan tenaga. Apabila digabungkan dengan mod Quick Start, kamkoder dapat diaktifkan dalam masa 0.6 saat**.Selain itu, dengan mod Eco, tenaga kamkoder dapat diaktifkan atau dipadamkan dengan membuka atau menutup LCD. Apabila kamkoder ini tidak beroperasi selama lebih dari 5 minit yang berterusan, tenaga akan dipadamkan secara automatik untuk penjimatan tenaga dan bateri.
9
Panasonic Corporation
*Rakaman hanya boleh dibuat menggunakan Kad Memori SDHC/SD atau memori sedia ada.Bergantung kepada keadaan rakaman, masa permulaan untuk model HS300/TM300/HS200/TM200 kemungkinan lebih dari 1.9 saat untuk rakaman gambar biasa. ** Mod ini boleh didapati dari menu kamkoder.Penggunaan kamkoder telah sedia ada apabila dihantar dari kilang. Bergantung kepada keadaan rakaman, masa permulaan untuk model HS300/TM300/HS200/TM200 kemungkinan lebih dari 0.6saat untuk rakaman gambar biasa.
5-Mikrofon, 5.1-Kawalan Sistem Bunyi Keliling Model kamkoder ini mempamerkan 5.1 kawalan sistem bunyi keliling dengan 5 mikrofon. Apabila isi rakaman dimainkan pada 5.1 kawalan home cinema, penonton akan dikelilingi dengan bunyi yang jelas dan nyata seakan-akan berada ketika rakaman tersebut. Fungsi Zoom Mikrofon menyambungkan aksi mikrofon ke aksi kamera. Apabila perubahan zoom untuk mendekatkan imej burung yang berada di jarak jauh, mikrofron ini juga akan merubah zoom untuk merakam kicauan burung tersebut. Fungsi Mikrofon Fokus pula merakam bunyi dari latar kawasan yang berada di hadapan kamkoder tidak kira lensa menetap fokus pada objek yang dekat atau jauh. 50 Bingkai/Sesaat High-Speed Burst Shooting [Baru] Fungsi ini membolehkan kamkoder untuk merakam sehingga 50 gambar berturut-turut dengan resolusi 0.9 mega piksel dalam sesaat, atau 180 gambar berturut-turut dalam 3.6 saat, Ia boleh digunakan untuk menganalisa pergerakan hayunan golf, pukulan raket tennis atau pergerakan lain. Ini memudahkan rakaman untuk menangkap imej subjek dalam pergerakan yang laju. Pengguna dapat merakam secara berterusan tanpa berhenti dan simpan gambar yang dikehendaki.
10
Panasonic Corporation
Rangkaian VIERA Link™ Model kamkoder ini bersesuaian dengan VIERA LinkTM Panasonic. Sambungkan ke televisyen VIERA menggunakan kabel mini HDMI dan gunakan alat kawalan jauh televisyen untuk melaraskan skrin. Ini memudahkan pengguna apabila menonton video penuh HD. Rangkaian SD dengan VIERA dan Pemain cakera padat Blu-ray™ Fungsi VIERA Image Viewer yang membolehkan pengguna menonton isi rakaman pada televisyen skrin lebar Panasonic VIERA* menggunakan Kad Memori SDHC/SD untuk dimasukkan ke dalam slot yang sedia ada. Rakaman juga boleh diulang tayang menggunakan pemain cakera padat**Blu-ray™
* PZ800 ** DMP-BD55/BD35 Sesetengah model hanya terdapat bergantung pada Negara dan daerah yang tertentu. Imej berformat JPEG dapat dilihat menggunakan model rakaman yang mempunyai slot untuk Kad Memori SD.
Edit and Arkib ・Salinan Video ke Cakera Padat DVD dengan Fungsi Sentuh Sekali dalam Format yang Terpilih dan Memainkan Ulang Tayang dengan Mudah [Baru] ・ Kebanyakan pengguna menggunakan kamkoder mereka untuk tiga tujuan 11
Panasonic Corporation
utama :untuk merakam, memain rakaman dan meletakkan rakaman video dalam arkib. Pengguna ingin setiap tujuan ini semudah mungkin. Kamkoder ini telah dilengkapi dengan beberapa fungsi yang direka khas untuk kemudahan pengguna. Sebelum ini, salinan yang dibuat untuk rakaman dari Kad Memori SDHC/SD, memori sedia ada atau cakera keras ke cakera padat DVD perlu dibuat dalam dua langkah. Iaitu memindahkan data ke komputer dan kemudian membuat salinan dari komputer ke cakera padat. Kamkoder ini mampu melakukan kedua-dua proses ini dengan fungsi sentuh sekali yang membolehkan rakaman video disalin pada cakera padat DVD untuk ulang tayang dan untuk disimpan dalam arkib. Menyambungkan kamkoder menggunakan kabel USB ke VW-BN1 DVD Burner (pilihan) dan menekan butang yang tersedia, salinan dapat dibuat dari rakaman video klip menggunakan Kad Memori SDHC/SD, memori sedia ada atau cakera keras ke cakera padat DVD (DVD-RAM/-RW/-R/-R DL). Kamkoder ini membolehkan pengguna memilih format rakaman antara AVCHD atau MPEG-2 mengikut kesesuaian keadaan untuk tontonan ulang tayang. Dengan format AVCHD, ulang tayang HD dapat ditonton pada skrin besar televisyen menggunakan pemain cakera padat Blu-ray™ atau DVD burner. Pengguna juga boleh memilih MPEG-2 untuk ulang tayang menggunakan pemain cakera padat DVD.
Salinan Data Pantas (HS300/TM300/HS200/TM200/HS20/TM20) Rakaman video dapat disalin dari Kad Memori SDHC/SD ke HDD/ memori sedia ada, atau sebaliknya menggunakan kamkoder itu sendiri. Ini memudahkan untuk menyimpan media walaupun selepas rakaman. Pengguna boleh memilih dari tiga pilihan: salin kesemua salinan filem gambar dan gambar biasa, membuat salinan hanya untuk scene yang tertentu, dan membuat salinan mengikut tarikh untuk imej yang dirakam pada hari yang tertentu.Setelah membuat rakaman pada Kad Memori SDHC/SD, masukkan kad tersebut ke dalam slot yang terdapat pada televisyen
12
Panasonic Corporation
VIERA Panasonic* atau pada pemain cakera padat Blu-ray TM ** untuk tontonan bersama. * PZ800 ** DMP-BD55/BD35 Sesetengah model hanya terdapat bergantung pada Negara dan daerah yang tertentu. Imej berformat JPEG dapat dilihat menggunakan model rakaman yang mempunyai slot untuk Kad Memori SD.
Mengedit Menggunakan Komputer Setiap kamkoder didatangi dengan software komputer untuk mengedit "HD Writer AE 1.0" (untuk Windows OS). HD Writer AE 1.0 mempunyai fungsi baru yang membolehkan pengguna memasukkan klip video ke laman web YouTube. Selepas selesai merakam, sambungkan kamkoder ke komputer dengan HD Writer AE 1.0 yang telah dipasang menggunakan kabel USB dan software tersebut akan memulakan operasi secara automatik. Rakaman klip video boleh dimasukkan dengan mudah mengikut prosedur yang tertentu. Dengan menggunakan software HD Writer AE 1.0 dan fungsi Intelligent Shooting Selection Playback yang terdapat di dalam kamkoder, gambar yang tidak jelas, akibat gegaran tangan atau pencahayaan yang tidak terang dapat dibetulkan. Pengguna dapat memadamkan gambar dengan operasi yang mudah. HD Writer AE 1.0 juga membolehkan pengguna mengenal pasti imej yang ingin dimasukkan ke dalam komputer tanpa membuang masa dengan program lain yang memasukkan kesemua rakaman gambar termasuk gambar yang tidak diingini secara automatik. Selain itu, HD Writer AE 1.0 mampu mengingati imej file yang telah dimasukkan ke dalam komputer. Ini memudahkan pengguna yang telah merakam penggambaran dalam jumlah data yang banyak menggunakan cakera keras atau memori sedia-ada dan boleh memasukkan data-data tersebut pada bila-bila masa. Apabila membuat salinan imej ke cakera padat DVD, pengguna boleh memilih format penuh HD AVCHD atau format DVD-Video. Penggunaan AVCHD untuk imej yang akan dimainkan menggunakan pemain cakera padat Blu-rayTM
dan DVD-Video (definisi-standard) untuk cakera padat yang akan
dimainkan
pada
pemain
cakera
DVD.
Kesemua
model
kamkoder
dapat
memindahkan data yang telah dirakam ke komputer Apple Mac untuk dieditkan 13
Panasonic Corporation
dalam kualiti imej HD menggunakan software iMovie. Nama dan logo YouTube and the YouTube logo merupakan hakcipta YouTube LLC
Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran System professional, System perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600. Layari laman web: www.pmpressroom.com untuk muat turun siaran akhbar dan foto. Perhubungan Media: Azizah Wahid Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan Tel: 03 7809 7876 Mobil: 019 217 2730 Emel:
[email protected] Perhubungan Produk: Siaw Yee Yen Product Executive (Camcorder) Digital Imaging Panasonic Malaysia Tel: 03-7809 7690 Fax: 03-7955 2848 Mobile : 012-385 3808 Email:
[email protected]
14
Panasonic Corporation