LOGO DAN MOTTO RASMI Motto Maha Rahim Seperti Bapa (dipetik dari Injil Lukas 6:36) menjadi suatu aluan kepada kita supaya mengikuti contoh Bapa yang menyeru kan pada kita supaya tidak mengadili atau mengutuk malah mengampuni dan memberi cintakasih dan berbelas-kasihan tanpa ukuran (lih. Lk 6:37-38). Logo ini merupakan karya Paderi Jesuit Fr. Marko I. Rupnik - mempersembahkan suatu summa theologia yang ringkas atas tema kerahiman. Padahalnya, ia menunjukkan suatu imej yang agak penting bagi Gereja awal: iaitu Putera mengangkat atas bahu-Nya roh yang sesat menunjukkan kasih-cinta Kristus yang menbawa kepada pengenapan misteri penjelmaan-Nya yang memuncak dalam penyelamatan. Logo ini direka demi menunjukkan secara mendalam di mana Gembala Baik menyentuhi tubuh kemanusiaan dengan kasih cinta, yang berkuasa mendatangkan perubahan kepada kehidupan seseorang. Satu lagi ciri yang perlu diberi perhatian ialah Gembala Baik, dalam kerahiman-Nya, menanggung kemanusiaan, dimana mata-Nya disatukan dengan manusia. Kristus melihat dengan mata penglihatan Adam, dan Adam melihat dengan mata penglihatan Kristus. Setiap manusia membuat penemuan dalam Kristus, Adam yang baharu, kemanusiaan sendiri dan masa hadapan yang akan datang, berbatin, dalam pandangan, kasih-cinta Bapa. Pandangan ini dirangkumi dalam suata mandorla (bentuk sebiji badam), satu bentuk yang agak penting dalam ikon zaman awal dan pertengahan, ia mengingatkan kita akan kedua-dua sifat Kristus, iaitu ilahi dan manusia. Tiga bentuk bujur yang sepusat, dengan warna yang semakin pudar menuju ke luar, menunjukkan pergerakan Kristus yang membawa kemanusiaan keluar dari kegelapan dosa dan kematian. Sebaliknya, kedalaman warna yang lebih gelap juga melambangkan keredapan kasih-cinta Bapa yang mengampuni semua. Layarilah laman rasmi Jubli ini : http://www.iubilaeummisericordiae.va/ content/gdm/en.html
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA SEPTEMBER 2016
BERKONGSI KERAHIMAN TUHAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN Fokus: Fokus
Untuk membawa rahmat dan belaskasihan Tuhan kepada mereka yang memerlukan
Lagu Pembukaan:
Satukanlah Hati Kami
Satukanlah hati kami ‘tuk memuji dan menyembah O Yesus Tuhan dan Rajaku Eratkanlah tali kasih, di antara kami semua O Yesus Tuhan dan Rajaku Bergandingan tangan dalam satu kasih Bergandingan tangan dalam satu iman Saling mengasihi di antara kami Keluarga kerajaan Allah
Doa Pembukaan (Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin dalam doa pembukaan atau doa untuk Tahun Jubli Kerahiman.)
Lihat kepada KEHIDUPAN: Kristus menyerukan kepada kita semua untuk membawa rahmat dan belas kasihan-Nya kepada mereka yang memerlukan. Berikut adalah kisah seorang wanita yang membawa belas kasihan Allah dengan melayani para banduan. Susan baru sahaja menyertai Pelayanan penjara di parokinya dan menjadi rutin mingguannya berada di dalam penjara dengan mengikuti Misa Kudus. Pada suatu hari, ketika perayaan Misa Kudus sedang berlangsung, Paderi itu jatuh pengsan di dekat Meja Altar. Semasa 1
Paderi itu sedang menerima rawatan, salah seorang dari banduan itu melangkah ke mimbar dan membawa semua orang berdoa Kerahiman Ilahi untuk kesembuhan bagi Paderi itu. Apabila pegawai penjara tiba di ruangan itu, dia kagum melihat para banduan sedang khusyuk dan tertib berdoa Kerahiman Ilahi. Minggu berikutnya, salah seorang banduan bertanya kepada Susan bagaimana khabar Paderi itu dan untuk mengetahui "kuasa” apa yang terjadi dengan koronka doa Kerahiman Ilahi itu. "Kuasa?” kemudian Susan menjawab. "Itu bukan sihir, tetapi rahmat dan pengampunan!" Diampuni adalah salah satu kebahagiaan terbesar dalam hidup. Dengan mengajar banduan akan koronka Kerahiman Ilahi dan janji Allah dari Diari Sta. Faustina, Susan berharap dapat memberi mereka bimbingan untuk mencapai keselamatan dan pertobatan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga berdoa untuk orang lain, terutama yang nazak atau menjelang kematiannya.
Renungan:
Di manakah dalam cerita di atas, kamu dapat melihat kerahiman Allah, dikongsikan kepada mereka yang memerlukannya? Mengapa?
Sabda ALLAH:
Mat 25:31-46
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali. Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap. Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan. Kongsikan dalam kumpulan kecil, perkataan atau frasa yang menyentuh kita. Selepas perkongsian, kita hening seketika dan sama-sama memilih perkataan atau frasa yang singkat dari teks Alkitab, pesanan atau mesej Tuhan kepada kita. (“Sabda kehidupan” untuk kumpulan kecil) Kita kongsikan “Sabda kehidupan” dalam kumpulan besar. 2
Hidup dalam KERAHIMAN: (Fasilitator akan merangkumkan “Lihat pada kehidupan” dan “Sabda Allah” dan menghubungkannya) • Dalam Tahun Kerahiman ini , apakah cara lain yang KED saya dapat lakukan untuk membawa Kerahiman Allah kepada orang miskin dan yang memerlukan?
Doa Penutup: (Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup)
Lagu Penutup:
Lakukan Yang Terbaik
Apakah yang dapat kulakukan, dalam jangka masa yang singkat Apakah yang dapat kuberikan, yang bermakna untuk hidup ini Inginku berseru pada dunia, akan kasih-Mu yang abadi Pada semua insan kub'ritakan, Firman-Mu yang memberi harapan Cho: Lakukanlah yang terbaik, dan berilah yang terbaik Sabda Tuhan pada semua insan, Lakukanlah semuanya, apa yang disabdakan-Nya, pada Yesus Kristus Tuhan kita Bimbing dan terangi hidup kami, Agar kami mahu melayani-Mu Semoga kita bersatu dan teguh, Bekerja di ladang-Mu oh Tuhan
3
Santapan Minda : Rasuah menghalang kita dari melihat ke masa depan dengan harapan, kerana ketamakan menghancurkan masa depan orang lemah dan menginjak-injak orang yang paling miskin. Rasuah adalah kejahatan yang menjalar masuk dalam tindakan dan kehidupan sehari-hari dengan meluasnya, mengakibatkan terjadinya skandal awam yang teruk. Rasuah adalah pengerasan hati yang penuh dosa yang menggantikan Allah dengan ilusi bahawa wang adalah satu bentuk kekuasaan. Ia adalah sebuah karya kegelapan, yang penuh dengan syak wasangka dan tipu daya. Jika kita ingin keluar dari gejala rasuah ini, kita perlu sikap yang berhemah, kewaspadaan, kesetiaan, ketelusan, dan dengan penuh keberanian bersama-sama mengutuk sebarang salah laku gejala ini. Jika ia tidak diperangi secara terbuka, lambat laun semua orang akan menjadi rakan jenayah kepadanya, dan ia akan memusnahkan kewujudan kita. - Paus Fransiskus, MV #19
4
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA OKTOBER 2016
MARIA, BONDA KERAHIMAN Fokus: Fokus
Meneladani Maria sebagai model Belas kasihan Tuhan pada
dunia
Lagu Pembukaan:
Ave Maria
Engkau yang dipilih Allah Bapa di Surga Untuk melahirkan Putera-Nya yang Kudus Engkaulah Bonda Kristus Bonda sang penebus s’gala dosa manusia Bonda Maria perawan, yang tiada ternoda Hati-Mu bersinar Putih, tiada bercela Engkau Bonda Almasih yang diangkat ke Surga penuh kemuliaan Cho:
Ave Maria 2X Terpujilah Bonda, Terpuji nama-Mu s’panjang s’gala masa Ave Maria 2X Syukur kepada-Nya, Tuhan yang pengasih selama -lamanya
Doa Pembukaan (Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin dalam doa pembukaan atau doa untuk Tahun Jubli Kerahiman.)
Lihat kepada KEHIDUPAN: Terdapat dua sebab mengapa Maria dipanggil Bonda Kerahiman kerana Dia adalah… 1. Seorang wanita unik yang mengalami belaskasihan Tuhan – Dia telah mengalami rahmat Ilahi, dan melahirkan Yesus Kristus Sang 5
Imanuel dalam rahimnya. 2. Seorang nabi yang memuji kerahiman Tuhan — Dalam kidung pujiannya, Ucapan Syukur Maria (Magnificat), dia mewartakan belas kasihan Allah kepada dunia.
Renungan:
Kongsikan dalam kumpulan, bagaimana anda telah mengalami belas kasihan Allah.
Sabda ALLAH:
Luk 1:47-55
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali. Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap. Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan. Kongsikan dalam kumpulan kecil, perkataan atau frasa yang menyentuh kita. Selepas perkongsian, kita hening seketika dan sama-sama memilih perkataan atau frasa yang singkat dari teks Alkitab, pesanan atau mesej Tuhan kepada kita. (“Sabda kehidupan” untuk kumpulan kecil) Kita kongsikan “Sabda kehidupan” dalam kumpulan besar.
Hidup dalam KERAHIMAN: Penderitaan berada di sekeliling kita namun janji Tuhan selalu berserta kita bahawa Dia Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Bagaimana kita boleh mendamaikan kedua-dua realiti ini yang seakan-akan bertentangan antara satu sama lain? Kunci kepadanya adalah kita mencari Belas Kasihan Tuhan, walaupun seakan-akan seperti ia tidak dapat hadir bersama-sama dengan penderitaan yang kita hadapi. Berikut adalah bagaimana kita boleh mencari belas kasihan Tuhan di tengah-tengah penderitaan: • Mencari Tuhan di samping anda. Tuhan berjanji untuk berada dekat dengan orang-orang yang menderita dan hancur. 6
Menyedari bahawa beberapa bahagian iman hanya berkembang dalam kegelapan. Tuhan menggunakan kegelapan untuk mengajar kita suatu pelajaran rohani yang berharga yang kita tidak boleh belajar dalam terang. • Minta Tuhan untuk membantu kita mengatasi dosa. Realitinya bahawa banyak penderitaan di dunia adalah disebabkan oleh dosa manusia. Tetapi faktanya, Allah menaruh belas kasihan terhadap semua orang yang berdosa. • Mendengarkan Tuhan berbicara dalam keheningan. • Memohon rahmat iman dari Tuhan supaya dapat maju terus kehadapan. • Mengambil bahagian dalam rancangan Tuhan untuk menamatkan ketidakadilan di dunia. Mengakui bahawa semua orang Kristian mempunyai peranan penting dalam rancangan Tuhan untuk membebaskan orang dari penderitaan yang disebabkan oleh ketidakadilan seperti kecanduan, penindasan, penyakit, kemiskinan, perkauman, dan hutang. • Mengampuni, supaya penderitaan tidak akan meracuni jiwa kita dengan kepahitan. Pilih beberapa perkara di atas sebagai aktiviti anda untuk bulan yang akan datang. •
Doa Penutup: (Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup)
Lagu Penutup:
Salam Maria
Salam Maria, rahmat Tuhan serta-Mu Bonda Yesus Kristus, doakanlah kami Salam Maria , Engkau Bonda Gereja Lindungilah kami, doakan putraMu Salam Maria, Ratu surga dan bumi Terpujilah Engkau di sepanjang masa 7
Santapan Minda : Di kaki Salib, Maria, bersama-sama dengan Yohanes, murid terkasih, menyaksikan kata-kata pengampunan yang diucapkan oleh Yesus. Ungkapan tertinggi belas kasihan Yesus terhadap orang-orang yang menyalibkan, Dia menunjukkan kepada kita kemuncak belas KasihanNya. Maria membuktikan bahawa kerahiman Putera Allah tidak mengenal batas dan terbuka luas kepada semua orang, tanpa pengecualian. Marilah kita menunjukkan kepadanya dalam kata-kata Salve Regina, sebuah doa yang sungguh kuno dan baru, sehingga ia tidak pernah lelah mengubah matanya yang penuh kerahiman kepada kita, dan membuat kita layak untuk merenungkan sang wajah kerahiman, PuteraNya Yesus. - Paus Fransiskus, MV #124
8
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA NOVEMBER 2016
KERAHIMAN ORANG-ORANG KUDUS
Fokus: Fokus Belajar untuk mengampuni mereka yang telah menyakiti kita. Lagu Pembukaan:
Bapa yang Kekal
Kasih yang sempurna telah Ku t’rima dari–Mu Bukan ker’na kebaikanku Hanya oleh kasih karunia-Mu Kau pulihkan aku Layakkanku ‘tuk dapat memanggil-Mu, Bapa Kau b’ri yang ku pinta Saat ku mencari, ku mendapatkan Ku ketuk pintu-Mu dan kau bukakan S’bab Bapaku, Bapa yang kekal Tak kan Kau biarkan Aku melangkah hanya sendirian Kau selalu ada bagiku S’bab Kau Bapaku, Bapa yang kekal
Doa Pembukaan (Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin dalam doa pembukaan atau doa untuk Tahun Jubli Kerahiman.).)
Lihat kepada KEHIDUPAN: Maria Goretti berusia 12 tahun ketika dia meninggal dunia pada tahun 1902, tetapi cerita tentang budak perempuan berbangsa Italia ini menyentuh hati para pengikut Katolik di seluruh dunia selama hampir 100 tahun. Ibu-Bapa Maria adalah petani. Mereka bekerja kuat kerana hanya menyewa tanah untuk bercucuk tanam. Ketika Maria berusia 9 tahun, bapanya meninggal dunia. Ibunya membawa 9
keluarga itu berpindah ke sebuah rumah lain, namun di rumah itu terdapat juga keluarga lain yang tinggal – seorang bapa dan anak lelakinya. Nama anak lelaki itu adalah Alessandro. Maria menjaga rumah dan adik perempuannya ketika ibu, kakak dan abangnya bekerja di ladang. Dia takut akan Alessandro yang berumur 20 tahun itu. Lelaki itu selalu berusaha untuk menyentuh dan men -ciumnya. Dan Maria cuba untuk menghentikannya. Dia faham ajaran Tuhan yang mahu kita belajar hidup kudus dengan menghormati dan menghargai kurnia seksualiti kita. Maria berusaha untuk menjaga kesuciannya. Alessandro sangat marah. Alessandro mengancam untuk membunuhnya. Maria mencuba untuk menghindari daripadanya dan berusaha untuk tidak pernah bersendirian dengannya. Suatu hari ketika Maria sedang mendukung adik perempuannya, Alessandro datang mendapatkan Maria dan memaksa Maria secara fizikal. Maria menolaknya, dan ini membuatkan Alessandro marah lalu menusuk Maria sebanyak 14 kali dengan pisau. Maria meninggal dunia pada keesokan harinya selepas dia mengatakan kepada ibunya bahawa dia mengampuni Alessandro. Dia menerima Komuni Kudus sebelum dia meninggal dunia. Di dalam mahkamah, Alessandro didapati bersalah dan dihukum penjara selama 30 tahun. Pertama dia marah, namun kemudian dia mula merasa bersalah dan bersedih atas dosa beratnya. Dia berkata bahawa dalam mimpinya Maria melawatnya dan memberi dia bunga lili. Alessandro mula berubah dan mula bersikap baik terhadap orang lain. Ketika dia dibebaskan dari penjara, hal pertama yang dia lakukan adalah melawat ibu Maria untuk meminta pengampunan. Kemudian dia hidup bersama para Biarawan Fransiskus sebagai seorang awam, yang bekerja sebagai tukang kebun dan melakukan kerja-kerja amal 10
lainnya. Maria dikanonisasi sebagai seorang Santa pada tahun 1950. Ibu Maria dan Alessandro menghadiri upacara kanonisasi itu di Roma.
Renungan: 1. Apa yang sangat menyentuh anda dalam cerita kehidupan Santa Maria Goretti ? 2. Dalam masa hening ini, fikirkan orang-orang yang sukar bagi kamu untuk mengampuni orang tersebut. Hadirkan orang itu dalam fikiran anda dan bawa dia dalam doa anda saat ini.
Sabda ALLAH:
Mat 6:9-15
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali. Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap. Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan. Kongsikan dalam kumpulan kecil, perkataan atau frasa yang menyentuh kita. Selepas perkongsian, kita hening seketika dan sama-sama memilih perkataan atau frasa yang singkat dari teks Alkitab, pesanan atau mesej Tuhan kepada kita. (“Sabda kehidupan” untuk kumpulan kecil) Kita kongsikan “Sabda kehidupan” dalam kumpulan besar.
Hidup dalam KERAHIMAN: (Fasilitator akan merangkumkan “Lihat pada kehidupan” dan “Sabda Allah” dan menghubungkannya) Ketika St. Maria terkenal di seluruh dunia sebagai Santa Pelindung Kesucian, nilai agungnya adalah sikap tidak berputus asa, tidak mudah menyerah dan sikap mengampuni walaupun sangat menderita kerana kesakitan fizikal. Pengampunan ini mengubah Alessandro dan membawanya lebih dekat kepada Tuhan dan menjadikannya peribadi yang kudus. 11
Kehidupan Kristianiti kita berpusat dan terarah kepada sikap mengampuni sebagai pusat kedamaian. Sesungguhnya, Yesus datang menjadi manusia dan mengalami penderitaan dan kematian untuk mengongsikan pengampunan Allah Bapa kepada kita. Pengampunan adalah kemenangan Tuhan, mahkota iman Kristiani kita. Bagi umum, pengampunan itu nampaknya mustahil. Tetapi tidak bagi kita umat Kristian, kerana pengampunan itu merupakan sebuah konfigurasi peribadi yang mendalam kepada seorang yang kita kasihi, iaitu: Yesus Kristus. Bukan hanya sebagai sebuah syarat dari Yesus (Mat 6:14), tetapi kita perlu mencontohi-Nya sebagai sumber Kerahiman dan Pengampunan dari Allah Bapa sendiri. Ampunilah kesalahan kami seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Tindakan konkrit apa yang saya dapat lakukan untuk menanggung dengan sabar mereka yang menganiaya saya?
Doa Penutup: (Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup)
Lagu Penutup:
Doa St Fransiskus
Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat kebencian, biar cinta kutaburkan. # Tuhan supaya daku mencari Lebih menghibur daripada dihibur Lebih mencintai dari dicintai Lebih mengerti dari dimengerti Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat penghinaan, biar ampun kutunjukkan (#) Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat keraguan, biar iman kusampaikan (#) Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu Di mana terdapat kegelapan, biar cahaya kupancarkan (#) 12
Santapan Minda: Kadang-kadang betapa susahnya mengampuni! Namun pengampunan adalah alat yang ditempatkan ke dalam tangan kita yang lemah untuk mendapatkan ketenangan hati. Melepaskan amarah, murka, kekerasan, dan balas dendam adalah kondisi-kondisi yang diperlukan untuk hidup dengan penuh sukacita. Kerana itu marilah kita mengikuti nasihat Rasul Paulus: “Janganlah marah sepanjang hari.” (Ef 4:26). Terutama, marilah kita mendengarkan kata-kata Yesus yang menjadikan kerahiman sebagai sebuah ideal kehidupan dan sebuah kriteria untuk kredibiliti iman kita: “Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka!” (Mat 5:7): Sabda Bahagia yang kepadanya seharusnya secara khusus kita cita-citakan di Tahun Kerahiman ini. … Yesus meminta kita juga untuk mengampuni dan memberi. Menjadi alat kerahiman kerana kitalah yang pertama kali menerima kerahiman dari Allah. Bermurah hati dengan orang lain, mengetahui bahawa Allah menghujani kebaikan-Nya atas kita dengan kemurahan hati-Nya yang besar. - Paus Fransiskus, MV #9, 14
13
Doa untuk Tahun Jubli Kerahiman Tuhan Yesus Kristus, Engkau telah mengajarkan kami bermurah hati seperti Bapa syurgawi, dan telah mengatakan kepada kami bahawa sesiapa melihat Engkau melihat-Nya. Tunjukkan kepada kami wajah-Mu dan kami akan diselamatkan. Tatapan-Mu yang penuh kasih membebaskan Zakheus dan Matius dari diperbudak oleh wang; Para penzinah dan Maria Magdalena yang mencari kebahagiaan pada benda-benda ciptaan; membuat Petrus menangis setelah pengkhianatannya, dan memastikan firdaus kepada penjahat yang bertaubat. Marilah kita dengar, seolah-olah ditujukan kepada kita masing-masing, kata-kata yang Engkau katakan kepada wanita Samaria: "Jika kamu tahu akan pemberian Allah!" Engkau adalah wajah yang kelihatan dari Bapa yang tak kelihatan, wajah Allah yang menampakkan kuasa-Nya terutama dengan pengampunan dan kerahiman: Biarkanlah Gereja menjadi wajah-Mu yang kelihatan di dunia, wajah Tuhannya yang bangkit dan dimuliakan. Engkau menghendaki agar pelayan-Mu juga akan mempunyai kelemahan agar mereka dapat merasa kasihan kepada mereka yang berada dalam ke tidak tahuan dan kesilapan: Biarkan semua orang yang menjamah mereka merasa dicari, dikasihi, dan diampuni oleh Allah. Utuslah Roh-Mu dan kuduskanlah setiap orang dari kami dengan urapannya, Sehingga Jubli Kerahiman dapat menjadi sebuah tahun rahmat dari Tuhan, Dan Gereja-Mu, dengan semangat yang diperbaharui, dapat membawa kabar baik kepada orang miskin, memberitakan kebebasan untuk para tawanan dan orang yang tertindas, dan memulihkan penglihatan bagi orang buta. Kami mohon ini melalui perantaraan Maria, Bonda kerahiman, Engkau yang hidup dan memerintah bersama Bapa dan Roh Kudus untuk selamalamanya. AMIN.