LOGO DAN MOTTO RASMI Motto Maha Rahim Seperti Bapa (dipetik dari Injil Lukas 6:36) menjadi suatu aluan kepada kita supaya mengikuti contoh Bapa yang menyeru kan pada kita supaya tidak mengadili atau mengutuk malah mengampuni dan memberi cintakasih dan berbelas-kasihan tanpa ukuran (lih. Lk 6:37-38). Logo ini merupakan karya Paderi Jesuit Fr. Marko I. Rupnik - mempersembahkan suatu summa theologia yang ringkas atas tema kerahiman. Padahalnya, ia menunjukkan suatu imej yang agak penting bagi Gereja awal: iaitu Putera mengangkat atas bahu-Nya roh yang sesat menunjukkan kasih-cinta Kristus yang menbawa kepada pengenapan misteri penjelmaan-Nya yang memuncak dalam penyelamatan. Logo ini direka demi menunjukkan secara mendalam di mana Gembala Baik menyentuhi tubuh kemanusiaan dengan kasih cinta, yang berkuasa mendatangkan perubahan kepada kehidupan seseorang. Satu lagi ciri yang perlu diberi perhatian ialah Gembala Baik, dalam kerahiman-Nya, menanggung kemanusiaan, dimana mata-Nya disatukan dengan manusia. Kristus melihat dengan mata penglihatan Adam, dan Adam melihat dengan mata penglihatan Kristus. Setiap manusia membuat penemuan dalam Kristus, Adam yang baharu, kemanusiaan sendiri dan masa hadapan yang akan datang, berbatin, dalam pandangan, kasih-cinta Bapa. Pandangan ini dirangkumi dalam suata mandorla (bentuk sebiji badam), satu bentuk yang agak penting dalam ikon zaman awal dan pertengahan, ia mengingatkan kita akan kedua-dua sifat Kristus, iaitu ilahi dan manusia. Tiga bentuk bujur yang sepusat, dengan warna yang semakin pudar menuju ke luar, menunjukkan pergerakan Kristus yang membawa kemanusiaan keluar dari kegelapan dosa dan kematian. Sebaliknya, kedalaman warna yang lebih gelap juga melambangkan keredapan kasih-cinta Bapa yang mengampuni semua. Layarilah laman rasmi Jubli ini : http://www.iubilaeummisericordiae.va/ content/gdm/en.html
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA JANUARI 2016
MEWARTAKAN KERAHIMAN TUHAN
Fokus:
Mewartakan kerahiman Tuhan melalui perkataan dan perbuatan saya
Lagu Pembukaan:
Jadikan Ku MilikMu
Ya Yesusku, Kau Allahku…Engkau kerinduanku Ku mau datang kepada-Mu…Tinggalkan dosaku (2x) Sucikan aku, kuduskanlah aku Jadikan aku milikMu, ya Yesus…Nyatakan kehendakMu Jadilah padaku, s’turut kehendakMu… Genapilah FirmanMu ke atasku Ku s’rahkan hidupku, s’gala yang ada padaku… Jadikanku hamba, kesayangan-Mu
Doa Pembukaan (Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin doa pembukaan )
Lihat kepada Kehidupan: Pengemis dan Paus Yohanes Paulus II Seorang Paderi dari New York pergi ke Roma untuk bertemu dengan Paus Yohanes Paulus II. Ketika di Roma, beliau memutuskan untuk pergi ke gereja untuk berdoa apabila dia melihat seorang pengemis duduk berdekatan dengan luar pintu gereja. Setelah selesai berdoa, dia berjalan keluar dan mengambil keputusan untuk berbual dengan pengemis itu. Mereka menyedari bahawa mereka mengenali satu 1
sama lain dan pernah belajar di Seminari bersama-sama. Pengemis itu mendedahkan bagaimana dia pernah menjadi Paderi namun akhirnya meningggalkan kepaderiannya kerana banyak cabaran. Kemudian, apabila Paderi itu bertemu dengan Paus Yohanes Paulus II, dia berlutut dan meminta agar Paus mendoakan pengemis yang ditemuinya tadi dan memberitahu pada Paus bahawa pengemis itu adalah seorang bekas Paderi yang telah jatuh pada masa sukar dalam panggilannya. Paus meminta agar Paderi itu menjemput pengemis itu untuk makan malam dengannya pada petang itu. Paderi itu segera pergi ke gereja dan mendapati pengemis itu masih ada dan menyampaikan jemputan Paus kepadanya. Pengemis itu berkata bahawa dia tidak mungkin memenuhi ajakan Paus itu, tetapi Paderi itu menegaskan, bahawa dia akan menemani pengemis itu untuk makan malam bersama Paus. Kedua lelaki itu tiba sejam kemudian di kediaman Paus dan makan bersamanya. Sejam kemudian Paus meminta Paderi itu untuk meninggalkan dia bersendirian dengan kawannya. Petang itu Paderi mendapati, apa yang berlaku semasa dia meninggalkan pengemis itu bersama Paus: Paus beralih kepada pengemis itu dan berkata, "Adakah anda akan mendengar pengakuan saya?" Pengemis itu menjawab, "Tetapi saya bukan paderi lagi!" Paus menjawab, "Apabila seorang itu Paderi, dia sentiasa Paderi" Tetapi pengemis itu berkata kepada Paus bahawa dia sudah keluar dari kepaderiannya. Paus menjawab, "Saya Uskup Roma, saya boleh mengembalikan anda sekarang," yang kemudian Paus lakukan. Paus kemudian berlutut di hadapan pengemis itu dan mengaku dosadosanya. Sebelum pengemis-paderi memberikan kata-kata pengampunan, dia jatuh berlutut dan dengan air mata dia memohon agar Paus mendengar pengakuannya. Setelah pengemis-paderi didamai2
kan kepada Kristus, Paus meminta agar Paderi tadi datang ke dalam bilik dan bertanyakan gereja mana dia telah menemui rakannya itu tadi. Paus itu berkata kepada pengemis-Paderi, "Bagi tugasan pastoral pertama kamu, saya mahu kamu untuk pergi ke gereja ini dan melaporkan diri, kerana anda akan melayani di sana, dan menjangkau rakan-rakan pengemis anda di jalan." Sehingga hari ini, tempat itu adalah di mana pengemis-paderi itu bekerja, membantu mereka yang tiada tempat tinggal. (Dicatatkan pada 14 Februari, 2013 oleh Geoff Heggadon)
Renungan:
Bagaimanakah belas kasihan Allah ditunjukkan dalam
cerita di atas?
Sabda ALLAH:
Efesus 2:4-10
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali. Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap. Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan. Kita kongsi antara satu sama lain pesanan Tuhan terhadap kita berpandukan frasa-frasa yang menyentuh perasaan kita dalam kumpulan kecil. Tentukan "Sabda Kehidupan" bagi kumpulan kamu.Dan kongsikan dalam kumpulan besar apa Sabda kehidupan yang kamu pilih untuk dipraktikkan sepanjang bulan ini.
Hidup dalam KASIH: Kenal pasti keluarga yang jarang atau tidak pernah menghadiri pertemuan bulanan KED di tempat anda. Berdoalah untuk kesejahteraan keluarga ini secara berterusan selama tiga hari. Jika boleh buatlah usaha untuk melawat keluarga tersebut sama ada secara peribadi atau sebagai satu KED. 3
Doa Penutup:
(Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin dalam doa penutup)
Lagu Penutup:
Syukur
Syuku pada yang suci, Syukur segenap hati, Allah telah memberi AnakNya Yesus….(2x) Kini yang lemah jadi kuat Yang miskin jadi kaya, dimungkinkan oleh kasihNya…(2x) Syukur….Syukur…Syukur
4
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA FEBRUARI 2016
BERHASRAT KERAHIMAN DAN BUKAN KORBAN
Fokus: Cara Gereja ... sentiasa menjadi cara Yesus, Jalan Belas Kasihan ... "(Homili Paus Franciskus pada 15 Feb 2015)
Lagu Pembukaan:
Kita Satu Dalam Roh
1. Kita satu dalam roh, satu dalam Tuhan...2x dan bersyukur semua ‘kan dijadikan baru. Cho:
Saling kasih-mengasihi sesama kita, Orang lain kenal kita anak-Nya.
2. Kita jalan bersama, jalan serta Tuhan....2x C’ritakanlah tentang kedatangan Almasih 3. Pujilah Allah Bapa ker’na anug’rahnya, dan bagi Yesus Kristus Anak tunggal Bapa. Pujilah Roh Kudus yang mempersatukan kita.
Doa Pembukaan (Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin doa pembukaan )
Lihat kepada Kehidupan: Merican adalah seorang Katolik yang saleh yang sangat aktif dalam pelbagai pelayanan di parokinya. Setiap kali dia mempunyai masa yang terluang, dia menghabiskan masa di gereja kerana dia memegang banyak jawatan penting dalam paroki. Dia selalu dicari oleh umat yang juga merupakan kawan-kawannya. 5
Oleh kerana komitmen yang berat, dia hanya menghabiskan masa yang sangat sedikit dengan keluarganya. Anak-anak tidak mempunyai peluang untuk bercakap dengannya. Oleh kerana tekanan di tempat kerja, seringkali dia melepaskan kemarahannya di rumah. Dia juga pernah bertindak ganas terhadap isteri dan anakanaknya. Di tempat kerja, dia tidak mempunyai masa untuk membantu rakan-rakannya yang memerlukan bantuan. Sekali peristiwa, seorang pekerja asing yang membersihkan pejabatnya tanpa sengaja telah memecahkan cawannya yang mahal. Dia begitu marah sekali. Dia kemudian berkeras agar wanita itu menggantikan cawannya. Merican mempunyai sangat sedikit rakan-rakan kerana dia percaya bahawa dia harus mengorbankan masa untuk lebih beribadah kepada Allah.
Renungan: 1. Pada pendapat anda, adakah Merican faham tentang istilah “korban”? Apa pengertian anda tentang perkataan ini? 2. Bagaimana Merican boleh mencapai keseimbangan dalam konsepnya tentang pengorbanan dan keinginannya untuk berbelas kasihan?
Sabda ALLAH:
Markus 12: 28-34
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali. Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap. Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan. Kita kongsi antara satu sama lain pesanan Tuhan terhadap kita 6
berpandukan frasa-frasa yang menyentuh perasaan kita dalam kumpulan kecil. Tentukan "Sabda Kehidupan" bagi kumpulan kamu.Dan kongsikan dalam kumpulan besar apa Sabda kehidupan yang kamu pilih untuk dipraktikkan sepanjang bulan ini.
Hidup dalam KASIH: (Fasilitator menghubungkaitkan Lihat pada Kehidupan dan Sabda Allah dan mengaitkan dengan realiti dalam kehidupan mereka) Pada Tahun Kerahiman ini, bagaimana saya boleh membenarkan Tuhan menjadikan saya ‘Pintu Kerahiman’ bagi orang-orang di sekeliling saya supaya melalui saya, yang lain akan mengalami belas kasihan Allah?
Doa Penutup:
(Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin dalam doa penutup)
Lagu Penutup:
Kasih
Kasih pasti lemah lembut, kasih pasti memaafkan Kasih pasti murah hati, kasihMu..kasihMu Tuhan Ajarilah kami ini saling mengasihi Ajarilah kami ini saling mengampuni Ajarilah kami ini kasihMu ya Tuhan kasihMu…kudus tiada batasnya
7
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA MAC 2016
BERBAHAGIALAH ORANG YANG BERKERAHIMAN
Fokus: Kerahiman adalah batu penjuru Iman Katolik kita. Ia mempunyai kebaikan rohani dan berkat untuk kedua-dua si pemberi dan penerima.
Pengenalan: Berbahagialah orang yang murah hatinya (Mat 5: 7). Kita bukan sahaja perlu menanggung sendiri penderitaan dengan sabar tetapi juga melakukan semua yang kita boleh untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Kita perlu mempunyai belas kasihan dan rahmat terhadap orang lain. Sesungguhnya kita akan menerima berkat-berkat dari Tuhan.
Lagu Pembukaan:
Ajaib Tuhan
Hairan sungguh bila aku renungkan, Rencana dan segenap ciptaanMu Ajaiblah segala ciptaanNya, tanda kebesaranNya di dunia Aku memuji kebesaranMu, Ajaib Tuhan, Ajaib Tuhan 2X Dunia ini dan semua susunannya, bulan bintang semuanya indah Penduduknya dari berbagai bangsa, semua dikasihi olehNya
Doa Pembukaan: Bapa yang Maha kuasa, yang penuh dengan kasih dan belas kasihan. Kami memuji dan berterima kasih kerana membawa kami berkumpul bersama pada hari ini. Semoga pertemuan ini dipenuhi dengan kasih dan berkat antara satu sama lain, terutama dalam perkongsian kami. Dalam Tahun Suci Kerahiman ini, bukalah hati kami untuk lebih menerima kasihMu dan menjadi lebih berbelas kasihan kepada orang lain dalam fikiran, kata-kata dan perbuatan kami. Kami berdoa ini melalui Kristus, Tuhan kami. Amin. 8
Lihat kepada Kehidupan: "Berbahagialah orang yang murah hatinya; mereka akan beroleh rahmat"(Mat 5: 7). Seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di pantai awal pagi, membongkok untuk mengambil bintang laut dan membuangnya ke dalam laut. Seorang remaja datang dan bertanya, "Lelaki tua! Apa yang anda lakukan? "Orang tua itu menjawab," tapak sulaiman ini akan mati kehausan apabila matahari terik, aku akan melemparkan mereka kembali ke dalam laut supaya mereka akan hidup. " Pemuda itu dengan sinis berkata, 'Ah ha, pantai ini terlalu luas, dan ada berjuta-juta tapak sulaiman ini, adakah itu berbaloi dengan apa yang anda lakukan? "Orang tua itu melihat tapak sulaiman di tangannya dan kemudian dibuangnya ke laut dan berkata, "Ia penting kepada yang satu ini!"
Renungan:
Kongsikan apa yang menyentuh anda berdasarkan cerita
tersebut.
Sabda ALLAH:
Matius 18:23-35
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali. Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap. Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan. Kita kongsi antara satu sama lain pesanan Tuhan terhadap kita berpandukan frasa-frasa yang menyentuh perasaan kita dalam kumpulan kecil. Tentukan "Sabda Kehidupan" bagi kumpulan kamu.Dan kongsikan dalam kumpulan besar apa Sabda kehidupan yang kamu pilih untuk dipraktikkan sepanjang bulan ini.
Hidup dalam KASIH: (Fasilitator menghubungkaitkan Lihat pada Kehidupan dan Sabda Allah dan mengaitkan dengan realiti dalam kehidupan mereka) 9
Sebagai anak-anak Alla, kita mereflesikan belas kasihan Allah dan kita menghidupinya sendiri dalam hidup kita. Mereka yang berbelas kasih di dunia ini tahu sukacita Allah dan mereka benar-benar diberkati. Pada musim Pra Paskah ini, apakah kerja-kerja belas kasihan yang boleh kita lakukan di kawasan kejiranan kita?
Doa Penutup:
(Jemput salah seorang ahli KED memimpin Doa Penutup.)
Bapa Syurgawi, kami mengucapkan terima kasih kerana membuat kami sedar akan keperluan orang lain dalam kehidupan kami. Kami benar-benar ingin bertobat dari mementingkan diri sendiri. Dalam Tahun Suci ini, kami mohon agar Engkau memperbaharui kehidupan kami agar kami dapat bermula sekali lagi dengan-Mu. Semoga hidup kami diubah dan agar kami menjadi alat trasnformasi untuk kedamaian, belas kasihan dan pelayanan. Kami berdoa ini melalui Kristus, Tuhan kita. Amin.
Lagu Penutup: Bapa Engkau Sungguh Baik Bapa Engkau sungguh baik, KasihMu melimpah...dihidupku Bapa...ku berterima kasih, BerkatMu hari ini Yang Kau sediakan bagiku. Ku naikkan syukurku, Buat hari yang Kau b’ri Tak habis-habisnya, Kasih dan rahmatMu Selalu baru dan tak pernah, Terlambat pertolonganMu Besar setiaMu...disepanjang hiduku.
10
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA APRIL 2016
MENJALANI KEHIDUPAN BARU DALAM KERAHIMAN
Fokus: Sebagai umat Allah, kita dipanggil untuk menjalani kehidupan baru di dalam rahmat yang Yesus Kristus telah berikan kepada kita melalui kematian dan kebangkitan-Nya.
Pengenalan: Musim Paskah mengingatkan kita bahawa Yesus Kristus, Tuhan yang telah bangkit ada di tengah-tengah kita. Dalam Tahun Jubli Kerahiman ini, kita semua dipanggil untuk menjadi murah hati dalam belas kasih untuk mendekati semua saudara-saudara kita yang memerlukan.
Lagu Pembukaan:
Yesus Sahabat Sejadi
Yesus Sahabat Sejati, yang memberikan sentosa Tiap hal boleh ku bawa, dalam doa padaNya Bila hatiku gelisah, aku salah dan lemah Kerna lalai s’rahkan hidup, dalam doa padaNya Jika oleh pencobaan, kacau bilau hidupmu Jangan lagi putus asa, pada Tuhan berseru Yesus kawan yang setia, tidak ada taraNya Ia tahu kelemahanmu, naikkan doa padaNya Adakah hatimu susah, berbeban serta lelah Yesuslah pelindung kita, naikkan doa padaNya Walau handai tak setia, Yesus kawan yang baka Ia mau menghibur kita, naikkan doa padaNya.
Doa Pembukaan (Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin doa pembukaan ) 11
Lihat kepada Kehidupan: ... Yesus Kristus telah diutus oleh Bapa sebagai wahyu dari rahmat Allah. Kristus datang bukan untuk menghakimi tetapi mengampuni, untuk menunjukkan belas kasihan. Dan rahmat yang terbesar dari semua yang terdapat dalam-Nya berada di tengah-tengah kita dan memanggil kita untuk menemui-Nya dan mengaku, bersama dengan Petrus, bahawa Dia adalah 'Anak Allah yang hidup’. Tiada dosa manusia yang boleh memadamkan rahmat Allah, atau menghalang Dia daripada menyatakan semua kuasa kemenangan-Nya, jika kita hanya berdoa kepada-Nya. Sesungguhnya dosa itu sendiri menjadikan kasih Bapa lebih bermakna kerana Yesus telah mengambil rupa seorang hamba dan mengorbankan diriNya; rahmat-Nya kepada kita adalah rahmat Penebusan. Belas kasihan ini mencapai segala kepenuhanNya dalam karunia Roh yang menganugerahkan kehidupan baru dan memberi kehidupan. Tidak kira berapa banyak dosa dan kelemahan manusia, Roh, yang memperbaharui muka bumi Ia juga membuat keajaiban yang sempurna. Pembaharuan ini, yang memberikan keupayaan untuk melakukan apa yang baik, mulia, indah, yang berkenan kepada Allah, dan dengan menepati kehendak-Nya, adalah kurnia rahmat yang berbunga, yang menawarkan pembebasan dari perhambaan jahat dan memberikan kita kekuatan untuk tidak berbuat dosa lagi. Melalui hadiah kehidupan baru, Yesus membuatkan kita menderita dalam kasih-Nya dan membawa kita kepada Bapa dalam Roh. [Santo Yohanes Paulus II, Surat Ensilik (The Splendor of Truth) Veritatis Splendor, 118]
12
Renungan:
Rahmat terbesar bagi kita semua adalah Allah berada di tengah-tengah kita. Apa yang saya /kita faham tentang rahmat Allah dalam konteks ini?
Lukas 19:1-10
Sabda ALLAH:
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali. Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap. Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan. Kita kongsi antara satu sama lain pesanan Tuhan terhadap kita berpandukan frasa-frasa yang menyentuh perasaan kita dalam kumpulan kecil. Tentukan "Sabda Kehidupan" bagi kumpulan kamu.Dan kongsikan dalam kumpulan besar apa Sabda kehidupan yang kamu pilih untuk dipraktikkan sepanjang bulan ini.
Hidup dalam KASIH: (Fasilitator menghubungkaitkan Lihat pada Kehidupan dan Sabda Allah dan mengaitkan dengan realiti dalam kehidupan mereka) Tuhan telah memberikan kita kehidupan baru untuk berbelas kasih. Bagaimana kita boleh menjadi saksi belas kasih secara peribadi dalam keluarga dan dalam KED? Apa yang boleh kita lakukan?
Doa Penutup:
(Jemput salah seorang ahli KED memimpin Doa Penutup.)
13
Lagu Penutup:
Puji Dan Sembah Dia
Berbah’gialah saudara, Ker’na Yesus t’lah bangkit Dari antara orang mati, Juruselamat manusia… Tuhan Yesus (2x) Jangan takut katanya, Ku s’lalu bersertamu Sebarkan Injil demi nama-Ku, Agar semuanya ‘kan selamat..Kristus Tuhan (2x) Korus: Puji dan sembah Dia (2x)…Tuhan Yesus (2x) Mari kita rayakan, KebangkitanNya Tuhan Yang penuh dengan kemuliaan, Raja Penebus segala dosa… Imanuel (2x)
14
Doa untuk Tahun Jubli Kerahiman Tuhan Yesus Kristus, Engkau telah mengajarkan kami bermurah hati seperti Bapa syurgawi, dan telah mengatakan kepada kami bahawa sesiapa melihat Engkau melihat-Nya. Tunjukkan kepada kami wajah-Mu dan kami akan diselamatkan. Tatapan-Mu yang penuh kasih membebaskan Zakheus dan Matius dari diperbudak oleh wang; Para penzinah dan Maria Magdalena yang mencari kebahagiaan pada benda-benda ciptaan; membuat Petrus menangis setelah pengkhianatannya, dan memastikan firdaus kepada penjahat yang bertaubat. Marilah kita dengar, seolah-olah ditujukan kepada kita masing-masing, kata-kata yang Engkau katakan kepada wanita Samaria: "Jika kamu tahu akan pemberian Allah!" Engkau adalah wajah yang kelihatan dari Bapa yang tak kelihatan, wajah Allah yang menampakkan kuasa-Nya terutama dengan pengampunan dan kerahiman: Biarkanlah Gereja menjadi wajah-Mu yang kelihatan di dunia, wajah Tuhannya yang bangkit dan dimuliakan. Engkau menghendaki agar pelayan-Mu juga akan mempunyai kelemahan agar mereka dapat merasa kasihan kepada mereka yang berada dalam ke tidak tahuan dan kesilapan: Biarkan semua orang yang menjamah mereka merasa dicari, dikasihi, dan diampuni oleh Allah. Utuslah Roh-Mu dan kuduskanlah setiap orang dari kami dengan urapannya, Sehingga Jubli Kerahiman dapat menjadi sebuah tahun rahmat dari Tuhan, Dan Gereja-Mu, dengan semangat yang diperbaharui, dapat membawa kabar baik kepada orang miskin, memberitakan kebebasan untuk para tawanan dan orang yang tertindas, dan memulihkan penglihatan bagi orang buta. Kami mohon ini melalui perantaraan Maria, Bonda kerahiman, Engkau yang hidup dan memerintah bersama Bapa dan Roh Kudus untuk selamalamanya. AMIN.