BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0
PENDAHULUAN
Dalam bab ini, pengkaji akan membuat kesimpulan hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Ia merangkumi semua aspek yang telah dibincangkan dalam bab-bab yang sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang bersesuaian untuk kajian lanjutan di masa akan datang.
5.1
RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, gaya bahasa nafi merupakan satu aspek yang ada dalam semua bahasa, namun cara penyampaiannya berbeza dari satu bahasa dengan bahasa yang lain. Merujuk kepada kajian yang dijalankan terhadap Juz ‘Amma tentang unsur masa dalam gaya bahasa nafi, pengkaji dapat mengemukakan beberapa rumusan penting hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Antaranya ialah :
5.1.1
Ciri-ciri Kata Peranti Nafi
1.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, nafi dalam bahasa Arab dibahagikan kepada dua iaitu nafi tersirat (al-nafī al-dimniyy) dan nafi tersurat (al-nafī alsarīh. Nafi tersirat dikenali sebagai nafi berdasarkan konteks uslub atau gaya bahasa tertentu seperti gaya bahasa tanya (al-istifhām), gaya bahasa kehairanan (al-ta‘ajjub),
gaya bahasa pengecualian (al-istithnā’) dan juga gaya bahasa
pemindahan konteks (al-iddirāb). 2.
Nafi tersirat juga dapat dikenali melalui penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang dari sudut semantiknya sudah mengandungi makna nafi, seperti 173
lafaz-lafaz yang mengandungi makna pertentangan (al-tadād), keengganan (alimtinā‘) dan juga penolakan (al-rafd). 3.
Nafi tersurat (al-nafī al-sarīh) pula dikenali melalui penggunaan kata perantinya yang sudah dikenal pasti seperti
َّ َلْي َل, َلما, َل, َل َل, ْيإ, َل ْي, َلْي, َل َّما, dan َل
.
5.1.2
Kepentingan Kata Peranti Nafi Dari Aspek Kala.
1.
Pengkaji mendapati gaya bahasa nafi dari segi kala dalam bahasa Arab penting untuk
menjelaskan
maksud
sebenar
makna
sesuatu
penafian
yang
mengkehendaki pada kala masa tertentu. 2.
Untuk menyampaikan maksud ayat yang tersurat dan tersirat mengenai aspek kala agar pembaca dapat memahami maksud sebenar yang terkandung dalam alQuran al-Karim.
3.
Untuk mengetahui kata peranti nafi yang digunakan secara khusus bersama kata kerja kala kini dan kala lampau. Ini kerana pengkaji mendapati penggunaan kata peranti nafi pada dua jenis kata kerja tersebut ada hubung kait yang rapat dengan aspek kala.
5.1.3
Implikasi Penggunaan Kata Peranti Nafi Dari Aspek Makna Kala
1.
Hasil daripada kajian yang dijalankan pengkaji mendapati penggunaan kata peranti nafi dari aspek makna kala menunjukkan tiga situasi yang berbeza, iaitu menjelaskan makna nafi pada kala lampau yang jauh dan yang dekat dengan kala kini, makna masa nafi kala lampau yang berterusan sehingga ke kala kini atau sebaliknya, serta makna masa nafi pada kala hadapan, sama ada hanya menunjukkan pada masa tersebut ataupun dari makna masa kala kini yang berterusan sehingga ke kala hadapan. 174
2.
Mengemukakan kepentingan gaya bahasa nafi dari segi makna kala dalam gaya bahasa al-Quran agar pemahaman tentang maksud ayat yang terkandung di dalam al-Quran dapat diinterpretasikan dengan betul dan tidak menyeleweng dari kehendak yang sebenar.
3.
Menentukan makna masa yang sesuai dengan kehendak kata peranti nafi yang digunakan dalam sesebuah penggunaannya dalam bahasa arab dan juga al-Quran al-Karim.
5.1.4
Perbezaan Pandangan Ahli Nahu.
1.
Hasil kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kata peranti nafi "
"َلْي َل
merupakan kata peranti nafi yang paling banyak diperkatakan oleh ahli nahu mengenainya dari sudut aspek kala. Walau bagaimanapun, pengkaji memilih untuk mengikut pandangan majoriti ahli nahu berkaitan penggunaannya. 2.
Daripada sembilan jenis partikel nafi, terdapat empat jenis partikel nafi yang kebanyakan ahli nahu bersepakat mengenai aspek kalanya, iaitu partikel َلْيdan
َل َّما
untuk tujuan penafian dengan makna masa kala lampau, serta
َل
dan
َل ْي
pula
digunakan dengan sebagai untuk makna masa pada kala hadapan.
5.1.5
Penggunaan Kata Peranti Nafi Dalam Juz ‘Amma.
1.
Daripada sembilan kata peranti nafi yang telah dikenal pasti, terdapat lapan darinya digunakan dalam Juz ‘Amma kecuali partikel
َل َل.
Hanya tujuh kata
peranti nafi yang dapat dikaitkan dengan unsur makna masa iaitu tidak termasuk partikel 2.
َّ َل.
Hasil analisis yang dibuat oleh pengkaji, didapati partikel
َلما
digunakan secara
seimbang dengan makna masa pada ketiga-tiga kala masa iaitu kala lampau, kala 175
kini dan masa hadapan. Manakala partikel
َلdigunakan untuk ketiga-tiga makna
masa, tetapi ia lebih kerap digunakan untuk makna masa pada kala hadapan. 3.
Kata peranti nafi yang ditemui dalam Juz ‘Amma yang memasuki kata kerja kala kini adalah lebih banyak berbanding dengan kata peranti nafi yang disebut bersama kata kerja kala lampau.
4.
Pengkaji menemui sebanyak 70 kali penggunaan kata peranti nafi dalam 68 ayat dalam Juz ‘Amma sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bab 4.
5.1.6
Kekangan Kajian
Pengkaji menghadapi beberapa kekangan dalam menyiapkan kajian ini. Antaranya ialah: a.
Kekurangan Sumber Rujukan Sumber rujukan yang diperolehi terhad, sedangkan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian kebanyakan terdapat di luar negara. Pengkaji menghadapi kesulitan bila berurusan melalui pembelian atas talian untuk mendapatkan bahan yang dikehendaki.
b.
Kekangan Maklumat Terdapat dua kata peranti nafi yang tidak dapat dihuraikan secara terperinci untuk dikaitkan dengan penggunaan unsur masa dalam bahasa al-Quran. Ini disebabkan pengkaji tidak menjumpai nas-nas yang tepat untuk menyatakan tentang penggunaan partikel nafi tersebut dari aspek kala seperti yang dikaji oleh pengkaji, iaitu kata peranti nafi
َل َلdan َّ َل.
176
5.2
CADANGAN
5.2.1
Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian mengenai unsur masa dalam gaya bahasa nafi bahasa Arab dan perkaitannya dengan al-Quran masih kurang dibincangkan. Oleh kerana al-Quran al-Karim merupakan sumber wahyu dan menjadi rujukan utama bagi umat Islam, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan seperti berikut: a. Kajian keseluruhan ke atas al-Quran mengenai unsur kala melalui gaya-gaya bahasa yang pelbagai. b. Kajian terhadap dua partikel nafi
َل َل
dan
َّ َل
yang boleh dikaitkan dengan
unsur kala.
Diharap dua cadangan kajian di atas dapat memberikan banyak faedah ilmiah berbentuk teori dan praktikal berdasarkan kaedah nahu serta penggunaannya dalam gaya bahasa al-Quran.
5.2.2
Cadangan Umum
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, pengkaji dapat merumuskan bahawa kajian mengenai kata peranti nafi dengan aspek kala untuk keseluruhan juz dalam al-Quran alKarim perlu dilaksanakan secara berterusan. Ini kerana dengan adanya kajian-kajian tersebut, penghasilan buku-buku bahasa Arab terutamanya untuk tujuan pendidikan di sekolah dan universiti lebih berkualiti dengan mengambil kira penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam al-Quran al-Karim.
177
Selain itu juga, dengan adanya kajian sebegini, diharap dapat memberi sumbangan kepada bidang pendidikan untuk mewujudkan satu pengkhususan atau bidang khas bagi mengkaji keindahan dan keistimewaan bahasa al-Quran yang masih kurang diselidiki.
5.3
PENUTUP
Peranan kata peranti nafi bukan sahaja penting dalam binaan struktur ayat bahasa Arab tetapi juga merupakan teras dari segi semantik ayat. Sekiranya kata peranti nafi tidak digunakan dengan tepat, ia tidak akan dapat menepati erti makna dan masa nafi yang dikehendaki. Diharap hasil daripada kajian ini, dapat kiranya pengkaji-pengkaji memperoleh banyak faedah ilmiah berbentuk teori dan parktikal serta memberi sumbangan kepada bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.
178