76 .$-,$1
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997 .(6
3$03$6$1
3(5.(62
$.,%$7
.(0$/$1*$16(0$6$%(.(5-$ '$7$3(1*(1$/$1
Nama Umur Jantina Etnik Alamat Taraf perkahwinan Pekerjaan
: : : : : : :
M.Alang (bukan nama sebenar) 41 tahun Lelaki Melayu Semenyih, Selangor DE Berkahwin Operator pemecah batu
.(/8+$187$0$
Jangkitan luka pembedahan pada lutut kiri kesan daripada kemalangan yang berlaku di tempat kerja 3 tahun yang lalu. 6(-$5$+3(1<$.,70$6$.,1,
Kejadian berlaku ketika pesakit berusia 38 tahun iaitu kira-kira 3 tahun yang lalu (Mac 1993). Beliau bekerja di Ulu Langat sebagai operator mengendalikan mesin pemecah batu. Pada hari kemalangan tersebut, pesakit baru sahaja memulakan kerjanya. Semasa kejadian beliau tidak menyedari bahawa tempat pemijak kaki adalah licin akibat minyak pelincir. Ketika pesakit menekan pemijak kaki, kaki kanannya tergelincir dan tersangkut pada rantai yang sedang berputar. Untuk mengelakan kaki kirinya turut tersangkut, pesakit melompat keluar dari mesin tersebut. Malangnya, beliau terjatuh ke dalam cerun dengan kaki kirinya di dalam keadaan terektensi. Beliau tidak dapat berdiri dan mendapati lutut kirinya teralih dari soketnya. Tiada luka atau calar pada kulit kakinya. Tiada tulang kelihatan dan beliau masih sedarkan diri masa itu. Kaki kirinya menjadi bengkak dan bertukar menjadi biru. Beliau dihantar ke Hospital Kajang dan seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya. Pembedahan telah dilakukan pada kaki kiri secara fiksasi internal. Beliau berada di wad selama 60 hari lamanya.
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997
77
Enam bulan kemudian, artroplasti pada sendi lutut kiri dilakukan. Semenjak dari itu beliau bergantung sepenuhnya pada tongkat. Beliau tidak boleh bekerja dan tidak diberi gaji oleh majikan. Beliau hanya mendapat bantuan dari Perkeso selepas 10 bulan kemalangan. Pembedahan yang ke-3, artrodesis telah dilakukan pada lutut kiri pada awal Julai tahun ini kerana beliau mengadu sakit. Malangnya, luka pembedahan itu telah dijangkiti kuman. Beliau dimasukkan ke hospital semula untuk rawatan selanjutnya. Beliau tiada keluhan lain. 6(-$5$+3(1<$.,70$6$/$/8
Tiada hipertensi, diabetes mellitus, asma atau penyakit jantung. Tidak pernah dimasukkan ke mana-mana hospital sebelum ini. 6(-$5$+.(/8$5*$
Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak perempuan berumur 12 dan 4 tahun. Beliau tinggal bersama keluarganya disebuah rumah kampung satu tingkat dan bertangga batu. Isterinya tidak bekerja. 6(-$5$+626,$/'$16(-$5$+3(5,%$',
Beliau merokok 20 batang sehari dan tidak mengambil minuman keras. Beliau telah bekerja sebagai operator pemecah batu selama 3 tahun sebelum kemalangan berlaku. Pendapatan bulanannya adalah RM 800 1000. Beliau telah mendapat pendidikan hingga sekolah rendah. 3(0(5,.6$$1),=,.$/ 8PXP
Beliau sihat, tidak jaundis, tidak pucat dan tidak mengalami sianosis. Tekanan darah : 130/80 mmHg Denyutan nadi : 80 nadi per minit Kadar respirasi : 16 per minit Suhu badan : 37 oC
78
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997
Pemeriksaan sistem lain adalah normal. Keabnormalan hanya terdapat pada kaki kiri. $QJJRWDEDZDKNLUL
Terdapat bengkakan pada sendi lutut tetapi ianya tidak sakit, tiada peningkatan suhu pada tempat bengkakan dan ujian efusi adalah negatif. Terdapat parut vertikal pada sendi lutut kiri sepanjang 20 cm. Pergerakan fleksi pada sendi lutut kiri adalah terhad iaitu 0o. Kekuatan otot-otot adalah normal iaitu 5/5. Reflek sendi lutut kiri tidak dapat dilakukan kerana lutut kiri tidak dapat dibengkokan. Hilang sensori pada dermatom L3 dan L4. Denyutan nadi tibialis posterior dan dorsalis pedis dapat dirasai. 3(1<(/(6$,$1
X-Ray sendi lutut kiri. Tiada pembengkakan tisu pada lutut kiri. Plet dan skru kelihatan. Swab C dan S (Culture dan Smear). Pseudomonas Aureginosa diisolasi RBS, BUSE, Hb, TWDC dan X-Ray dada adalah normal. .$('$+3(1*,5$$13$03$6$13(5.(62 3HQGDSDWDQSHVDNLW
i. ii. iii. iv. v.
Gaji harian Gaji lebih masa Jam bekerja Hari bekerja Gaji bulanan
= = = = =
RM 22.50/hari RM 3.50/hari 9 jam/hari (tidak termasuk kerja lebih masa) 30 hari/bulan RM 800 - 1000
.DGDUFDUXPDQEXODQDQ
Terdapat 2 jenis caruman bulanan:
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997
i.
Jenis 1
-
ii.
Jenis 2
-
79
Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Ini dibayar oleh kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan Skim Insuran Bencana Pekerjaan sahaja. Ini dibayar oleh pihak majikan sahaja.
Bagi pesakit ini:
Syer majikan
Jenis 1 RM 16.65
Syer pekerja Jumlah
RM 4.75 RM 21.40
Jenis 2 RM 11.90
Caruman adalah bergantung pada gaji bulanan. Bagi pesakit ini, beliau tergolong dalam jenis 2. 7HPSRKWLGDNEHNHUMD
Dari April 1993 - Julai 1996
= 3 tahun 3 bulan = 39 bulan
6NLP,QVXUDQ%HQFDQD3HNHUMDDQ
Pesakit berhak mendapat: 1. Faedah perubatan 2. Faedah hilang upaya sementara (FHUS) 3. Faedah pemulihan 4. Faedah hilang upaya kekal )DHGDKSHUXEDWDQ
Pesakit ini layak untuk menuntut bayaran jangkamasa tinggal di hospital dan bayaran pembedahan. Cara memohan: 1. Borang 21
80
2.
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997
Terus ke hospital (cedera parah) - Memerlukan Borang 21, Borang Laporan Penyakit atau Surat - Pengenalan dari majikan untuk mendapat rawatan percuma.
)DHGDKKLODQJXSD\DVHPHQWDUD)+86
Syarat :
Disahkan oleh doktor yang merawat yang pemohon tidak berupaya untuk bekerja selama 4 hari atau lebih termasuk pada hari kemalangan.
Kadar :
80% daripada gaji harian purata.
Cara Memohon adalah dengan menggunakan : 1. Borang Tuntutan - Borang 10 2. Perakuan Dokumen/Borang 13 atau Sijil Sakit Asal Pengiraan: 80% X Gaji harian purata anggapan (GHPA) x bilangan hari cuti sakit Pengiraan GHPA: 1. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan (yang melebihi 24 hari bekerja termasuk kerja lebih masa) 2. Kira median setiap gaji bulanan. 3. Jumlahkan median dan dibahagi dengan 6 = Gaji purata bulanan. 4. Gaji purata bulanan dibahagi dengan 30 hari - Gaji anggapan harian purata (X). 5. FHUS = 80 / 100 x X x bilangan hari cuti sakit Contoh jadual median Gaji bulanan RM 700.01 - 800
Gaji median 750
RM 800.01 - 900
850
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997
81
Bagi pesakit ini: Bulan Sept. 92 Okt. 92 Nov. 92 Dis. 92 Jan. 93 Feb. 93 Jumlah Gaji bulanan purata GHPA Bilangan hari cuti FHUS
Gaji bulanan (RM) 912.17 1008.69 1050.15 1175.40 960.12 1024.00
Median 980 1050 1050 1150 950 1050 6200
= 6200/6 = RM 1033.32 = RM 1033.32/30 = RM 34.444 = 80/100 x 34.444 = RM 27.5555 = 4/11/95 - 16/12/93 (32 hari) = RM 27.5555 x 32 = RM 881.77.60 (.60) - akan dibawa ke pengiraan FHUS seterusnya bila mencukupi 1 sen.
)DHGDKKLODQJXSD\DNHNDO
Taksiran : 1. 100% - mendapat 90% gaji harian purata. 2. >20% - Diberi pilihan samada 1/5 daripada kadar faedah hilang upaya kekal menjadi bayaran pukal bakinya dibayar secara pencen bulanan sepanjang hayat. 3. <20% - Boleh memohon supaya faedah dibayar secara pukal. Taksiran ditentukan oleh panel Jemaah Doktor Bayaran bergantung juga kepada umur pesakit. Bagi mereka yang lebih muda, bayaran adalah lebih tinggi.
82
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997
Cara memohon : 1. Surat bertulis - pejabat tempatan PERKESO untuk rujukan kepada jemaah doktor. 2. Laporan perubatan 3. Borang 10 (borang tuntutan) Bagi pesakit ini : Beliau belum lagi mendapat hilang upaya kekal kerana masih didalam rawatan hospital. )DHGDKSHPXOLKDQ
Kemudahan disediakan kepada pesakit seperti pemulihan jasmani dan vokasional bagi pekerja yang mengalami hilang upaya kekal. Bagi pesakit ini, ia mendapat tongkat kayu bernilai RM 25.
Azilah D., Azlina A., Daryani D., Eng T.B., Hazama M., Junaidi K., Mahfudz Z., Md. Fuad B., Mohamad Ali T., Norazura A.G., Nor Eda Wati A., Norhalwani H., Norli R., Rafidah K., Roslina S., Selvarajah V., Soon, L.C. & Wan Mohd. Razin H.*
Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 3 1997
* Mahasiswa/wi Kumpulan 2B, Tahun 5, Fasa III, Sesi 1995/96
83