BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Pekerjaan sebagai pendakwah atau mengajak manusia ke jalan Allah SWT merupakan di antara sebesar-besar pekerjaan yang dilakukan oleh anak Adam. Oleh itu, Allah SWT telah mengutuskan sebanyak 124 000 para nabi dan rasul bagi memenuhi tuntuan dakwah ini. Kebanyakan manusia hanya memandang remeh dan menganggap
pekerjaan dakwah sebagai sesuatu yang tidak mempunyai nilai
ekonomi atau prestasi. Tetapi Allah SWT dan para nabi-Nya memandangnya sebagai satu pekerjaan yang amat penting dan tinggi nilainya.(Wan Muhammad Wan Muhammad Ali, 1985: 28) Allah SWT telah menjelaskan dakwah Allah SWT dan dakwah rasul-Nya kepada orang-orang yang beriman. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan rasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-
2
perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.” (Surah al-Anfal, 9:24)
Walaupun sesetengah ulamak tafsir menyebut bahawa hukum berdakwah adalah fardhu kifayah, namun tidak semestinya orang Islam menganggap dirinya terlepas daripada tanggungjwab dan kewajipan untuk berdakwah ke jalan Allah dengan alasan sudah ada pendakwah yang bergerak aktif dalam kerja dakwah tersebut. Mereka perlu ingat bahawa ada pendapat lain yang mengatakan berdakwah ini fardhu ’Ain dan ia amat dikehendaki oleh Islam. Hakikat ini telah disebut oleh alQuran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa kemurkaan Allah ke atas golongan yang tidak menjalankan dakwah.(Wan Hussein Azmi, 1984:14-15). Rasulullah s.a.w. bersabda:
ب لغوا عّن ولو آية ومن كذب على مت عمدا ف ليتب وأ مقعده من النار Maksudnya: “sampaikanlah oleh kamu sekalian daripadaku sekalipun satu ayat, dan barang siapa yang mendustakan perintahku tempatnya adalah di neraka” (HR. Bukhari)
Apabila sesuatu masyarakat itu sudah kehilangan nilai-nilai Islam dan tidak dapat membezakan antara perkara-perkara yang perlu diutamakan, perkara hak dan yang batil, dan hilangnya pertimbangan akal. Maka, mereka perlu ditajdidkan sama ada dari segi akhlak, akidah, minda dan budaya kerja. Di sinilah letaknya tanggungjawab dan bebanan yang hendaklah dipikul oleh para pendakwah atau da’i.
3
1.2
Latar Belakang Masalah
Apabila
masyarakat dikejutkan dengan penyakit sosial yang kian parah
seperti kes pembuangan bayi, banyak pihak menyoal mengapa ia berlaku. Rata-rata semua pihak mengatakan ia adalah kesan daripada pergaulan bebas yang yang tiada sempadan hadnya. Hanya konsep al-amr bi al-maruf dan al-nahy an al-mungkar yang boleh dijadikan jalan penyelesaian bagi menangani penyakit berkenaan. Istilah ini mungkin janggal bagi sesetengah orang dan hanya sesetengah orang sahaja memahaminya. (Berita Harian, 26 Julai 2010).
Oleh itu, dakwah memainkan peranan yang tidak dapat dipertikaikan kerana ia adalah tugas para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah SWT Selepas kewafatan mereka, episod dakwah ini disambung oleh umat Islam mengikut peranan masingmasing dalam masyarakat. Dengan melaksanakan dakwah ini, ia boleh menatijahkan sebuah masyarakat hatta negara yang diredai Allah SWT Namun, sebagai ujian daripadaNya, gejala mungkar tetap berlaku pada setiap zaman dan ketika. Oleh itu, setiap individu dalam masyarakat Islam seharusnya berperanan ke arah itu.
Terdapat segelintir anggota masyarakat Islam di Malaysia masih tidak berubah, mereka terlupa atau lalai dengan perubahan sosial, sains dan teknologi yang tidak mengenal sempadan. Sesungguhnya, sebagai umat Islam, secara automatik sebagai pendakwah dan berkewajipan membina masyarakat mengikut ajaran Islam yang sebenar. Islam sentiasa memberi galakan kepada umatnya supaya menguasai ilmu sains dan teknologi yang boleh memberi faedah kepada umat manusia sejagat, tetapi manusia tidak boleh menyalahgunakan sains dan teknologi tersebut. Sementara itu, para pendakwah berkewajipan menyebarkan Islam secara terbuka dan berterus-terang untuk didengar, dilihat, dikaji, ditimbang dan diterima. (Abdullah Muhammad Zin, 2000 : 8-9)
Pendakwah hendaklah menjadikan al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah SWT yang tidak diragui kesahihannya sebagai panduan dan pedoman dalam meneruskan kerja-kerja dakwah. Begitu juga dengan kitab-kitab yang telah
4
diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu seperti nabi Isa, Musa dan nabi Daud. Kitabkitab yang diturunkan kepada nabi-nabi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memberi hidayah dan memandu manusia ke arah kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, Allah mengutuskan para nabi untuk memandu dan berdakwah kepada Allah SWT. (Sidi Gazalba dan Zainab Ismail, 1995: 132)
Menurut Nor Roudah Hj Siren (2006: 3), sejak akhir-akhir ini dakwah Islam dilihat sebagai lesu dan tidak mampu untuk membawa kesenangan dan kesejahteraan kepada pengikutnya sebagai mana yang diharapkan. Malah, lebih malang lagi orang Islam sendiri yang dikatakan membawa masalah kepada keamanan sejagat. Adakah dasar-dasar Islam sudah tidak sesuai atau orang Islam sendiri yang mentafsirkan dasar-dasar tersebut dengan tafsiran yang dirasakan bertepatan dengan kehendak dan nafsu mereka sesuai dengan perubahan masa ini?
Jika kita amati, peranan masyarakat dalam mencegah amalan mungkar tidaklah sehebat usaha yang dilakukan untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Sebagai contoh, ustaz dan imam yang mengajar di masjid dan surau menerangkan kepada jemaah mengenai ilmu agama. Mereka mengajak jemaah melaksanakan segala perintah Allah yang berbentuk suruhan seperti ibadat sembahyang dan sebagainya. Namun, mereka tidak berperanan sebagai pencegah kemungkaran secara berdepan dengan situasi sebenar kemungkaran itu berlaku. Akibatnya, mereka yang melakukan kemungkaran merasa selsesa dengan pekerjaan tersebut akibat tidak ada sesiapa yang ambil peduli. (Berita Harian, 26 julai 2010)
Jika tanggungjawab itu diabaikan, sistem kehidupan bermasyarakat di kalangan umat Islam menjadi pincang dan pembentukan khair al-ummah akan terbantut. Justeru itu, sesiapa yang berikrar dan mengaku beriman kepada Allah SWT hendaklah memainkan peranan mengikut kemampuan dan posisi mereka dalam masyarakat. Para da’ei hendaklah sedaya upaya untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan dengan menggunakan pelbagai cara sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu.
5
Sebenarnya, keluarga adalah badan dakwah paling berkesan untuk melahirkan masyarakat Islam berjaya dari segi sahsiah, pembentukan jati diri dan bersedia menghadapi apa jua perubahan zaman berteraskan ajaran Islam yang sempurna. Oleh itu, setiap kesalahan perlu diperbetulkan dengan baik dan bijaksana, kerana setiap masalah pasti ada jalan keluarnya, yang penting merujuk kepada Islam sebagai panduan hidup. Begitu juga dugaan yang datang, hendaklah diterima dengan hati terbuka seterusnya mencari kaedah terbaik mengatasinya.
Dakwah perlu memainkan peranan di dalam memberikan penerangan kerana asas dakwah adalah penjelasan yang nyata atas segala isu yang dikemukakan untuk difahami, disedari dan dihayati. Para pendakwah hendaklah sedaya upaya untuk mengubah dan menjadikan keadaan yang tidak stabil ini kepada yang dikehendaki oleh Allah SWT Allah SWT berfirman:
Maksudnya: ”Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat, 41:33)
Walaupun Rasulullah s.a.w. dan rasul-rasul yang lain telah menyampaikan dakwah dengan sempurna, tetapi baginda sedar bahawa umur baginda adalah terhad namun masih ramai lagi umat manusia yang masih belum menerima dakwah islamiyyah itu. Oleh itu, baginda tidak lupa menyuruh umatnya meneruskan penyebaran dakwah dan memikul tanggungjawab seterusnya menyambung dakwah yang disampaikan oleh baginda. (Wan Hussein Azmi, 1984: 14). Baginda SAW telah bersabda:
6
عن أِب بكرة عن النِب صلى اللو عليو وسلم قال ليب لغ الشاىد الغائب فإن الشاىد عسى أن ي ب لغ من ىو أوعى لو منو Maksudnya: “ Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi SAW sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku) menyampaikannya kepada orangorang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.”. (HR Bukhari dan Muslim)
Imam Malik bin Anas dalam Badlihisham Mohd Nasir (2008), pernah berkata: ”Kesudahan umat ini tidak akan diperbetulkan kecuali setelah umat sebelumnya diperbetulkan”. Kata Imam Malik ini membawa maksud bahwa yang telah memperbetulkan generasi awal umat Islam mengikut kitab Allah dan sunnah Nabi s.a.w. ialah apa yang akan memperbetulkan generasi selepasnya sehingga tiba hari kebangkitan. Sesiapa yang yang ingin memperbaiki semula masyarakat dengan menggunakan kaedah lain selain dari kaedah yang telah di bawa oleh para rasul, dia dalam kesilapan yang besar dan jauh dari kebenaran. Mereka sepatutnya mengikut kaedah-kaedah yang telah ditunjukkan oleh para anbiya’ dan rasul-rasul yang terdahulu.(Badlihisham Mohd Nasir, 2008: 34-35).
Sesungghuhnya ajaran yang telah ditunjukkan oleh para nabi dalam berdakwah adalah kaedah atau ajaran yang terbaik yang perlu diikuti oleh umat Islam keseluruhannya. Sesungguhnya pengutusan para nabi dan rasul adalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk berdakwah kepada Allah SWT Para nabi dan rasul adalah contoh pendakwah yang terbaik yang perlu diikuti kerana mereka adalah rolemodel kepada seluruh umat Islam di dunia ini.
7
1.3
Pernyataan Masalah
Pendakwah yang dianggap sebagai penyambung tugas para nabi dan rasul merupakan satu kerja yang sangat mulia di sisi Allah SWT Sistem dakwah ini wujud untuk membimbing manusia ke jalan Allah SWT memandangkan akhir-akhir ini pelbagai mehnah dan tipuan yang telah diwujudkan oleh musuh-mush Islam bagi menjatuhkan dan mencemarkan kesucian Islam.
Kajian yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan metode dakwah yang digunakan oleh nabi Musa a.s. dalam menyebarkan dakwah. Ia dianggap satu keperluan bagi penulis untuk mengkaji metode atau cara pelaksanaan dakwah yang telah ditunjukkan oleh para nabi kerana para nabi dan rasul adalah utusan Allah yang telah mengeluarkan manusia daripada kegelapan dosa kepada cahaya iman. Mereka semua berjalan di atas metode dakwah kepada Allah iaitu mengesakan Allah dan beribadah semata-mata kerana Allah. Malah, mereka sering-kali mendapat tentangan dan ejekan dari kaum mereka.(Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali, 2006: 64). Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Dan (ingatlah), berapa banyak Nabi-nabi Yang Kami telah utuskan kepada umat-umat Yang terdahulu zamannya. Dan tidak ada seseorang Nabi pun Yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya” (Surah al-Zukhruf, 43:6)
Oleh yang demikian, penulis beranggapan bahawa para pendakwah hendaklah mahir dan tahu metode-metode dakwah yang telah digunakan oleh nabinabi dan rasul-rasul yang terdahulu supaya mereka tidak akan tersilap langkah dalam meyampaikan dakwah.
8
1.4
Objektif Kajian
Objektif kajian bagi penulisan ini adalah seperti berikut:
1.4.1
Mengenal pasti ayat-ayat yang mempunyai kaitan dengan dakwah Nabi Musa a.s. di dalam Surah Asy-Syu’ara’.
1.4.2 Menentukan metodee dakwah yang digunakan oleh nabi Musa a.s. di dalam Surah Asy-Syu’ara’.
1.4.3
Mengenal pasti tafsiran ayat-ayat dakwah Nabi Musa a.s. dalam Surah alSyu’ara’ menurut Tafsit Al-Maraghiy, Tafsir Fi Zilalil Quran, dan Tafsir AlMishbah.