BAB 1 PENGENALAN
1.1
PENDAHULUAN
Salah satu cara yang paling mudah untuk menghiasi rumah adalah dengan mengecat dinding, kusyen, pintu, pagar dan lain - lain. Suasana rumah akan lebih menarik, kemas dan cantik dengan hanya mengaplikasikan cat ke bahagian - bahagian tertentu. Menghiasi kediaman dengan mengecat dinding, mengecat kayu, mengecat besi dan lain – lain merupakan cara yang paling berkesan untuk mencantikkan kediaman. Dengan pemilihan warna cat yang sesuai juga dapat membuatkan suasana penghuni kediaman lebih tenang mengikut citarasa masing - masing.
1.2
PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan masalah yang dilihat ialah seorang pengecat akan menggunakan tangga untuk mengecat di kawasan yang agak tinggi. Ini agak menyukarkan kerja mengecat tersebut. Selain itu, masa untuk mengecat yang diambil agak lama dengan mengecat menggunakan berus atau roller. Ini di sebabkan oleh roller atau berus tersebut perlu di basahkan dengan cat terlebih dahulu sebelum dikenakan pada permukaaan dinding. Selain itu, bulu berus dan roller sering kali tertanggal dan melekat pada permukaan dinding semasa mengecat.
1.3
OBJEKTIF
1. Merekabentuk alat mengecat yang dapat mengecat dengan lebih cepat. 2. Menghasilkan alat mengecat yang dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. 3. Menentukan kuasa keluaran yang dijana oleh alat ini.
1.4
SKOP KAJIAN
1. Menggunakan sumber tenaga elektrik A/C 2. Digunakan untuk mengecat dinding rumah. 3. Digunakan untuk cat yang berasaskan minyak. 4. Isipadu bekas simpanan cat 750 mL.
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1
PENGENALAN ALAT MENGECAT
Salah satu cara yang paling mudah untuk menghiasi rumah adalah dengan mengecat dinding, kusyen, pintu, pagar dan lain - lain. Suasana rumah akan lebih menarik, kemas dan cantik dengan hanya mengaplikasikan cat ke bahagian - bahagian tertentu. Menghiasi kediaman dengan mengecat dinding, mengecat kayu, mengecat besi dan lain – lain merupakan cara yang paling berkesan untuk mencantikkan kediaman. Dengan pemilihan warna cat yang sesuai juga dapat membuatkan suasana penghuni kediaman lebih tenang mengikut citarasa masing - masing. Dalam proses mengecat, kualiti cat dan pemilihan warna yang sesuai adalah hal yang sangat penting, namun alat untuk mengecat juga harus diberi perhatian agar dapat memperolehi hasil pengecatan yang baik dan memuaskan. Peralatan yang boleh digunakan untuk mengecat dinding, kayu, ataupun besi ialah, berus cat, roller cat, tray untuk roller, spray gun dan lain – lain.
2.2
OPERASI MENGECAT Kebiasaannya operasi untuk mengecat dinding rumah memerlukan banyak
peralatan seperti, berus cat, roller, dan tray untuk menggelek lebihan cat pada roller. Alat yang kami cipta ini dapat mengurangkan peralatan yang digunakan untuk mengecat. Alat ini beroperasi menggunakan tenaga elektrik A/C. Kami menggunakan motor A/C sebagai alat untuk menghembus cat keluar daripada bekas simpanan cat. Pemilihan nozzle juga bersesuaian untuk kerja – kerja mengecat.
2.3
KOMPONEN
2.3.1
Jenis – jenis Motor a)
Direct Current Motor ( DC Motor)
Rajah 2.1 : Direct Current Motor Motor arus terus kebiasaannya digunakan dalam peralatan elektrik mudah alih. Contoh peralatan yang menggunakan motor arus terus ialah alat permainan bermotor, motor penghidup kenderaan, kipas radiator kereta, dan skuter elektrik. Digunakan dalam alatan elektrik kuasa rendah. Sumber tenaga motor DC ialah bateri. b)
Alternating Current Motor ( AC Motor)
Rajah 2.2 : Alternating Current Motor Motor A/C menghasilkan satu bentuk penghantaran elektrik yang paling cekap, ianya digunakan dalam alatan perkakasan rumah seperti pengisar, pemampat dan peti sejuk. Sumber tenaga motor A/C adalah daripada tenaga elektrik A/C.
2.3.2
Jenis – jenis Hos a)
Hos Getah
Rajah 2.3 : Hos Getah Hos ini diperbuat daripada getah yang diperkukuh untuk melakukan tugas berat. Hos getah cukup tahan lasak untuk melalukan kerja dalam industri tidak kira berapa suhu yg ditampung. Tekanan yang mampu ditampung adalah sebanyak 250 psi. Hos getah ini kalis minyak, harga yang rendah, berkualiti tinggi, dan keupayaan untuk kekal fleksibel dalam semua keadaan. Hos ini tidak mesra pengguna kerana agak berat untuk melakukan sesuatu kerja. b)
Hos PVC
Rajah 2.4 : Hos PVC Hos PVC (polyvinyl chloride) lebih fleksibel, tahan kakisan, rintangan haus dan fleksibiliti seperti getah. Tekanan yang mampu ditampung adalah sebanyak 300 psi. Hos ini digunakan untuk pemprosesan kimia, pemindahan air, pemprosesan tenusu, udara dan bekalan gas, talian vakum dan sistem semburan. Kekurangan hos PVC adalah hos mudah menjadi keras dan susah untuk di gulung. Hos juga mudah retak apabila ianya menjadi keras.
c)
Hos Polyurethane
Rajah 2.5 : Hos Polyurethane Polyurethane juga dikenali sebagai PU, PUR, atau TPU yang menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada plastik dan getah. Ia mempunyai nilai pemanjangan yang tinggi (stretchability) seperti getah. Poliuretana adalah secara semula jadi fleksibel dan tidak menggunakan bahan tambahan untuk mengekalkan ciri-ciri lenturannya. Tekanan yang mampu ditampung adalah sebanyak 200 psi. Poliuretana umumnya lebih tahan aplikasi tekanan dan vakum daripada PVC atau getah, lebih ringan dan mesra pengguna. 2.3.3
Jenis – jenis Spray Gun a)
Gravity Feed Spray Gun
Rajah 2.6 : Gravity Feed Spray Gun Spray gun jenis ini menggunakan daya gravity untuk cat mengalir keluar daripada bekas simpanan cat. Ia memberikan kualiti kemasan yang lebih tinggi semasa menyembur cat pada permukaan kerja. Kapasiti bekas
simpanan cat sebanyak 600 mL. Diperbuat daripada aluminium, reka bentuk yang ringan dan ergonomik. Saiz nozzle adalah 1.4 mm. b)
Conventional Feed ( Siphon Feed ) Spray Gun
Rajah 2.7 : Conventional Feed ( Siphon Feed ) Spray Gun Spray gun jenis ini memerlukan udara yang melalui cat untuk mewujudkan kesan vakum supaya cat didalam bekas simpanan cat dapat disedut keluar. Mempunyai reka bentuk yang lebih selesa untuk digunakan. Kapasiti bekas simpanan cat sebanyak 750 mL. Diperbuat daripada aluminium, reka bentuk yang ringan dan ergonomik. Saiz nozzle adalah 1.8 mm.
2.4
TEORI DAN RUMUS Di dalam bidang kejuruteraan, tekanan angin boleh dikira melalui formula di bawah : P = F/A Dimana ; P = pressure F = force A = area Si unit bagi tekanan ialah Pascal (Pa) atau bersamaan satu newton per square metre (N/m²).
BAB 3 METODOLOGI
3.1
PENGENALAN Smart Paint Applicator ini dicipta untuk membolehkan pengguna mengecat
dengan lebih cepat dan dapat menjimatkan masa untuk mengecat. Alat ini lebih mesra pengguna kerana alat ini direka dengan bentuk yang kecil dan ringan. Pengguna hanya perlu menekan suis on dan menarik picu pada spray gun untuk memulakan kerja menyembur cat. Selain itu, alat ini direka dengan ciri – ciri keselamatan untuk mengelakkan berlakunya risiko kemalangan kepada pengguna semasa menggunakan alat ini.
3.2
CARTA ALIR
MULA
KAJIAN LITERATUR
REKA BENTUK KONSEP PENGUBAHSUAI TIDAK ANALISIS YA MODEL FABRIKASI
PEMILIHAN BAHAN
MEMBUAT PROTOTAIP PENGUBAHSUAI TIDAK
PENGUJIAN YA DOKUMENTASI
TAMAT
Rajah 3.1 : Carta Alir