1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Malaysia merupakan negara maju dan aman yang terdiri dari berbilang bangsa, budaya dan bahasa. Keamanan dan kemajuan ini masih dapat dicapai walaupun terdapatnya pelbagai kaum dan bangsa yang menghuninya. Tambahan pula, Malaysia tidak mengamalkan sebarang diskriminasi terhadap penduduknya walaupun penduduknya ada yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Kebajikan bagi OKU ini tidak pernah dipandang rendah oleh kerajaan. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memenuhi keperluan OKU ini. Selain itu juga terdapat aktivitiaktiviti berkaitan yang dikhaskan kepada golongan OKU ini agar tidak ketinggalan. OKU yang berdaftar juga menerima pelbagai kelebihan seperti wang sara hidup, pinjaman untuk membuka perniagaan dan sebagainya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OKU merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini. 80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun. Selain itu diaanggarkan 40 juta orang penduduk di dunia ini adalah buta dan mengalami separuh penglihatan (Nielsen 2009). Malaysia mempunyai penduduk seramai lebih kurang 28 juta orang. Berdasarkan statistik PBB itu, jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Walau bagaimanapun seramai 280 ribu golongan OKU sahaja yang berdaftar terdapat di Malaysia. Walaupun angka ini tidak menggambarkan jumlah sebenar golongan OKU tetapi segala kebajikan mereka haruslah diberikan perhatian. Selain itu, jumlahnya adalah tidak begitu besar
2
berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, tetapi golongan OKU ini juga penting dalam memberikan sumbangan kepada negara. Maka bagi mengelakkan golongan OKU ketinggalan, pendidikan seawal pra sekolah telah diperkenalkan bagi golongan ini. Jika dilihat pada masa kini bilangan pelajar kurang upaya yang mendaftarkan diri di sekolah rendah dan menengah telah meningkat dari tahun ke tahun. Sekolah khas ini di bina bagi menempatkan pelajar-pelajar OKU ini. Guruguru yang bertauliah dan berkelayakan ditempatkan disekolah-sekolah ini bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan penting bagi memastikan golongan ini dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin demi masa depan mereka. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Khas), Azizah Abd Gani (2007) sebagai warganegara Malaysia pelajar golongan istimewa in mempunyai hak untuk menikmati arus pembangunan dan juga hak sama rata dalam apa jua bidang termasuklah pendidikan.
1.2
Penyataan Masalah Kajian
Pendidikan merupakan satu perkara ataupun agenda yang penting dalam membentuk identiti anak bangsa yang berilmu dan bermaruah serta menjayakan pembangunan bagi sesebuah negara. Di samping itu, setiap lapisan masyarakat tidak terkecuali daripada menerima faedah hasil dari sistem pendidikan negara. Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk menyedia dan mewujudkan prasarana pendidikan yang lengkap dan selesa agar generasi pelapis ini menjadi pemangkin kepada kemajuan negara dan menjadi pelapis kepada kemimpinan alaf baru yang berupaya menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing kepada negara. Penyampaian pendidikan itu haruslah sempurna di mana segala kelengkapan haruslah disediakan mengikut kesesuaian keperluan pelajar tersebut.
Maka dengan itu, sekolah merupakan tempat ataupun entiti fizikal bagi pelajar untuk memperolehi pengalaman (Rivlin dan Weinstein, 1995).
Ia adalah tempat
untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru. Fasiliti di sesebuah sekolah mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar itu. Fasiliti adalah penting di sekolah
3
terutamanya bagi pelajar yang memerlukan keperluan khas. Mereka memerlukan fasiliti itu untuk mereka bergerak bebas. Pelajar berkepeluan khas perlu berasa selesa, selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran. Menurut Brown (1998), penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan mereka berinteraksi dan mendapat pendidikan serta memberi kemudahan untuk mereka berhadapan dengan dunia sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, pelajar kurang upaya selalunya menjadi satu kelompok yang ketinggalan di dalam masyarakat. Walaupun rangka kerja hak asasi manusia telah di buat, golongan OKU jarang mendapat manfaat daripada rangka hak asasi tersebut.
Organisasi perlu menitikberatkan sistem
perkhidmatannya bagi menjamin kepuasan pelanggan dalaman dan juga luaran. Ini kerana kepuasan pengguna atau pelanggan merupakan satu elemen pemasaran yang penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang di sediakan oleh organisasi (Dzuhaldi Sapari, 2010). Dalam konteks pendidikan pelanggan bermaksud pelajar. Di Malaysia pelajar-pelajar OKU ini di tempatkan di bahagian pendidikan khas melainkan pelajar cacat anggota yang tiada masalah mental di letak di sekolah beraliran perdana bersama pelajar-pelajar normal yang lain. Pelajar OKU memerlukan fasiliti-fasiliti bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian di sekolah. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan beberapa buah sekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan memperbanyakkan lagi program integrasi di sekolah-sekolah biasa (beraliran perdana). Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu golongan tersebut agar tidak ketinggalan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mementingkan kebajikan OKU ini. Kementerian Pelajaran Malaysia pada Rancangan Malaysia ke 9 telah mengumumkan sebanyak 100 buah sekolah yang bakal di bina akan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk murid kurang upaya. Antara kemudahan disediakan ialah tandas khas, susur tangan, permukaan bertekstur dan kawasan tempat letak kereta khas bagi golongan tersebut. Sebanyak RM 5 juta telah diperuntukkan bagi membina kemudahan-kemudahan tersebut (Kosmo 2009). Selain itu, Kementerian juga bercadang menyediakan kemudahan yang sama untuk pelajar kurang upaya di sekolah menengah secara berperingkat kerana menyedari keperluan kemudahan asas itu di sekolah berkenaan. Pembinaan kemudahan itu adalah sebahagian perancangan bagi
4
memastikan pelajar kurang upaya dan keperluan khas memperoleh peluang sama rata dalam bidang pendidikan. Justeru itu, pertimbangan sewajarnya terhadap penyediaan kemudahan yang mesra OKU di sekolah khas dalam usaha merealisasikan konsep pendidikan untuk semua dan kesamarataan dalam pendidikan melalui pelaksanaan program pendidikan khas untuk pelajar kurang upaya perlulah di lakukan (SUHAKAM 2006). Mempunyai tahap keupayaan yang kurang berbanding orang biasa bukanlah halangan kepada orang kurang upaya untuk berdikari.
Walaupun begitu, kemudahan yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu pada masa kini masih lagi belum mencukupi dimana masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan khas bagi golongan tersebut. Walaupun jumlah pelajar istimewa ini kurang satu peratus daripada populasi lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah, kemudahan terbaik haruslah disediakan untuk mereka bagi memastikan mereka dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan (Azizah Abd Gani, 2007). Kemudahan yang digunakan hendaklah mesra pengguna sama ada untuk golongan orang kurang upaya atau tidak.
Fasiliti bagi pelajar OKU yang sedia ada juga terhad jenisnya di mana tidak semua sekolah pendidikan khas menyediakan fasiliti yang telah ditetapkan. Fasilitifasliti tersebut juga hanya meliputi beberapa kemudahan sahaja sepeti tandas, jalan bertingkat dan ramp. Selain itu juga, bergerak di dalam suatu kawasan yang besar merupakan satu halangan besar kepada golongan OKU cacat anggota dimana mereka memerlukan bantuan untuk bergerak (Kenny, 2000). Pergerakan mereka terbatas dan menyukarkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah.
Setiap
tingkat ataupun aras di sekolah seharusnya mempunyai fasiliti kemudahsampaian yang menyeluruh dimana boleh di duduki oleh pelajar kurang upaya tidak kiralah yang menggunakan kerusi roda mahupun tongkat.
Tambahan pula, menurut Egilson (2009), walaupun penyertaan pelajar kurang upaya di sekolah telah lama wujud, tetapi reka bentuk bagi kebanyakan bangunan sekolah masih lagi tertumpu kepada pelajar yang normal bukan yang mengalami kecacatan. Halangan fizikal yang sering wujud adalah seperti jarak, penggunaan pintu yang tidak sesuai, kemasan lantai, laluan bertekstur dan ramp. Ini menyebabkan
5
pergerakan dan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti di sekolah terpatas kerana pergerakan yang tidak dijangka, kelajuan dan jarak merupakan halangan kepada mereka yang kelainan upaya fizikal seperti kelainan upaya anggota dan juga kelainan upaya penglihatan. kebanyakan sekolah di negara ini adalah tidak mesra untuk pelajar kelainan upaya. Sesetengah kelas berada di tingkat atas dalam menimbulkan masalah kepada pelajar kelainan upaya, ibu bapa mahupun rakan-rakan yang menghantar mereka ke kelas. Tambahan pula, kemudahan seperti tandas yang mesra OKU dan ramp juga tidak di sediakan untuk pelajar kurang upaya (SUHAKAM, 2006).
Menurut Nor Rima (2002), penyediaan fasiliti bagi OKU juga tidak memenuhi Kod Standard Amalan Malaysia dimana ia tidak menepati standard tetapi hanya sesetengah fasiliti sahaja yang mematuhi keperluan minimum sahaja. Jika di luar negara sekolah-sekolah bagi golongan pelajar ini diletakkan di bawah American Disabilities Act 1990 dimana semua sekolah yang mempunyai pelajar OKU hendaklah memenuhi reka bentuk yang telah di tetapkan. Ia dikukuhkan lagi dengan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (2010), mengatakan bahawa prasarana bagi golongan OKU ini tidak mematuhi piawaian binaan mesra OKU sekaligus menyukarkan golongan istimewa menggunakan kemudahan berkenaan.
Sementara itu, Stockard and Mayberry (1992) dalam kajiannya bersependapat bahawa persekitaran fizikal tertentu di sekolah boleh mempengaruhi pencapaian pelajar. Kenyataan ini turut disahkan oleh Hines (1996) yang mendapati pencapaian pelajar adalah lebih baik apabila berada dalam persekitaran bangunan yang berkualiti. Ini bermaksud jika kemudahan-kemudahan untuk OKU disediakan dengan mencukupi, sudah pasti golongan OKU ini tidak akan menghadapi masalah dalam menjalankan kehidupan seharian mereka dan memudahkan mereka untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Sehubungan itu, golongan ini berhak menikmati pelbagai kemudahan persekitaran tanpa halangan selaras dengan objektif kementerian untuk mewujudkan ’an inclusive, barrier-free and rights-based approach”.
Seharusnya mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding
6
dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Adam, 2003; Ali, 2007; Lokman, 2007).
Daripada beberapa masalah yang timbul, menunjukkan halangan fizikal memberikan impak yang besar kepada golongan OKU di sekolah (Keny 2000). Ia akan menganggu penglibatan aktiviti pelajar OKU di sekolah seperti interaksi di antara pelajar dan juga aktiviti kurikulum pelajar.
Sehubungan dengan penyataan masalah diatas, terdapat beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan bagi membuat kajian ini. Persoalan yang timbul adalah: a) Adakah fasiliti-fasiliti yang disediakan di sekolah memenuhi standard di dalam Kod Amalan Malaysia bagi OKU? b) Adakah kesemua elemen fasiliti yang disediakan memenuhi kepuasan pelajar dalam menjalankan aktiviti harian di sekolah?
1.3
Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan mempunyai dua objektif, iaitu: a) Menilai samada fasiliti-fasiliti yang di sediakan di dalam sekolah pendidikan khas penglihatan memenuhi standard yang di nyatakan di dalam Kod Amalan Malaysia bagi OKU.
b) Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penyediaan fasiliti OKU penglihatan yang di sediakan oleh sekolah pendidikan khas penglihatan.
7
1.4
Skop Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, beberapa skop kajian telah digariskan bagi memastikan objektif kajian tercapai. Skop kajian akan difokuskan kepada beberapa perkara seperti berikut:
i.
Kajian ini tertumpu kepada pelajar kelainan upaya penglihatan sahaja.
ii.
Kajian ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas Penglihatan sahaja.
1.5
Kepentingan Kajian
Kajian projek khas yang dijalankan akan memberikan manfaat dan faedah kepada pihak-pihak tertentu. Diantara kepentingannya ialah:
a) Kementerian Pelajaran Malaysia
Kajian
ini
memberi
kepentingan
kepada
kementerian
dalam
membangunkan sekolah pendidikan khas yang mempunyai fasiliti yang mencukupi agar para pelajar kurang upaya dapat menjalani kehidupan di sekolah dengan selesa. Selain itu kementerian juga dapat mengenalpasti kepentingan fasiliti tersebut terhadap pelajar-pelajar ini. Tambahan pula, fasiliti-fasiliti yang disediakan memerlukan perbelanjaan yang besar maka pihak sekolah boleh merancang peralatan yang sesuai bagi golongan pelajar ini.
b) Badan-badan kebajikan
Kajian ini juga memberikan kepentingan kepada badan-badan kebajikan dalam mengenalpasti fasiliti yang sesuai untuk di berikan kepada sekolah-
8
sekolah. Selain itu juga dapat memberikan gambaran sebear fasiliti ataupun kemudahan yang diperlukan oleh pelajar di sekolah.
c) Kepentingan ilmiah
Kajian ini akan memberikan sumber pengetahuan kepada pembaca dan penulis mengenai OKU penglihatan dengan lebih mendalam. Pembaca secara langsung akan memahami konsep dan juga masalah-masalah yang di hadapi oleh OKU. Selain itu jua, Kajian ini akan menambahkan khazanah ilmu berhubung dapatan kajian yang diperolehi di sekolah untuk julung kalinya berbanding di universiti dan bangunan pejabat sebelum ini
1.6
Metodologi Kajian Metodologi kajian adalah proses yang akan dilaksanakan bagi memastikan
kajian ini di lakukan secara terancang dan teratur. Proses penghasilan bagi kajian ini merangkumi beberapa peringkat seperti yang di tunjukkan pada carta alir di rajah 1.1.
1.6.1 Peringkat Pertama
Peringkat pertama ini merupakan peringkat pengenalan dan pembentukan rangka kerja penyelidikan. Ia dilakukan bagi memudahkan kajian yang akan di jalankan. Pada peringkat ini proses mengenalpasti masalah yang timbul akan di kenal pasti. Setelah itu penentuan objektif di lakukan berdasarkan masalah-masalah yang wujud. Selain itu, kepentingan dan skop kajian akan dilakukan bagi memastikan ia selari dengan masalah dan objektif kajian.
9
1.6.2 Peringkat kedua: Kajian Literatur
Pada peringkat ini kajian literatur akan di kemukakan bagi menyokong masalah yang timbul. Ia juga di lakukan bagi menjelaskan mengenai masalah kajian dengan lebih teperinci. Kajian literatur ini akan menerangkan mengenai fasilitifasiliti yang terdapat di sekolah pendidikan khas, definisi-definisi mengenai OKU, Kod Amalan, alat-alat bantuan dan fasiliti-fasiliti yang terlibat serta perbincangan kajian-kajian yang lepas.
1.6.3 Peringkat ketiga: Pengumpulan Data
Pada peringkat ini proses pengumpulan data, penganalisaan data dan pembentangan data akan di lakukan. Ia akan di lakukan secara terperinci bagi memastikan objektif kajian tercapai. Pengumpulan data yang terlibat merupakan data sekunder dan data primer.
i)
Data Primer Data primer adalah data yang diperolehi terus daripada sumbernya. Bagi tujuan penyelidikan ini, ia meliputi pemerhatian dan pengamatan terhadap fasiliti-fasiliti untuk golongan pelajar kelainana upaya di sekolah. Disamping itu juga temubual di lakukan terhadap pihak pengurusan sekiolah mengenai dengan penyediaan fasiliti tertentu bagi golongan ini.
ii)
Data Sekunder Manakala data sekunder diperolehi daripada bahan bacaan bercetak seperti surat khabar, jurnal, majalah, kod amalan akses OKU dan perangkaan-perangkaan yang dikumpulkan melalui kajian literatur dan hasil lawatan ke kawasan kajian .
10
1.6.4 Peringkat keempat : Penganalisan Data
Data-data yang dikumpulkan adalah berkaitan dengan fasiliti-fasiliti OKU yang terdapat di sekolah di Malaysia. Responden adalah pelajar-pelajar OKU yang bersekolah di kawasan kajian.
Bagi tujuan analisis penulis akan lebih menekankan kepada kerja-kerja menjalankan analisis terhadap data yang diperolehi dan dikumpulkan. Data-data ini akan dianalis dengan terperinci. Analsis yang dijalankan bagi kajian ini adalah Analisis Frekuensi, Sisihan Piawai dan juga Analsis Skor Purata serta Analisis Kandungan.
1.6.5 Peringkat kelima : Penemuan, cadangan dan rumusan
Ia dilakukan bagi menghasilkan keputusan yang memenuhi kehendak objektifobjektif kajian tersebut. Kemudian, kesimpulan dan cadangan yang bersesuaian terhadap kajian akan di lakukan.
1.7
Susunan Bab
Bagi memastikan kajian ini dilakukan secara terancang dan teratur, proses penghasilan kajian dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:
1.7.1 Bab pertama: Pendahuluan
Bab pertama ini mengandungi perkara-perkara seperti penentuan tajuk penulisan, masalah yang hendak diselesaikan, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, metodologi kajian dan susunatur bab. Ia merupakan peringkat awalan
11
bagi kawalan kajian yang ingin dijalankan. Pengumpulan maklumat yang dilakukan pada peringkat ini dibuat melalui rujukan di akbar dan bahan penulisan lain.
1.7.2 Bab kedua: Fasiliti OKU di Sekolah
Bab ini merupakan bahagian teorikal.Pada bab ini akan diterangkan definisidefinisi pusat OKU, kategori OKU, perundangan, kod-kod amalan yang di gunapakai, fasiliti untuk OKU, perbincangan kajian-kajian yang lepas dan rumusan. Disamping itu juga, penulis membuat perbincangan literatur berdasarkan kajiankajian yang telah dijalankan.
1.7.3 Bab ketiga: Metodologi Kajian
Di dalam bab ini memberikan penekanan kepada metodologi kajian iaitu kaedah kajian yang di gunakan bagi mencapai objektif kajian.
1.7.4 Bab keempat: Kawasan Kajian
Di dalam bab ini akan diterangkan latar belakang kawasan kajian secara am. Ia akan menerangkan mengenai lokasi kawasan kajian iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Penglihtan Jalan Batu, Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional Indahpura dan Sekolah Menenegah Pendidikan Khas Penglihatan Setapak. Tinjauan juga dilakukan ke atas kawasan kajian untuk mengenal pasti fasiliti-fasiliti OKU bagi sekolah tersebut. Persekitaran kawasan kajian di lihat seperti di kantin sekolah, padang, bangunan dan kelas-kelas.
12
1.7.5 Bab kelima: Penganalisisan data
Bab ini merupakan inti pati kepada keseluruhan kajian di mana analisis penuh penyelidikan ini akan di bincangkan secara teliti. Pada bab ini data-data yang dihasilkan adalah melalui pemerhatian dan juga pengedaran borang soal selidik kepada pelajar-pelajar sekolah serta juga pembacaan. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan Analsis Frekuensi, Sisihan Piawai dan Analisis Kandungan. Analisis yang dilakukan adalah bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Data-data yang diperolehi hasil daripada pemerhatian dan juga pengedaran borang soal-selidik akan di gunakan bagi tujuan analisis dan di kaji secara terperinci bersarkan kesesuian objektif dan skop kajian.
1.7.6 Bab keenam: Penemuan, Cadangan dan Rumusan
Bab ini merupakan peringkat terakhir dalam kajian. Rumusan dan penemuan adalah dibuat berdasarkan hasil daripada kajian yang dijalankan. Cadangan akan dikemukan bagi kesinambungan pada kajian-kajian akan datang.
13
Peringkat 1 Kemudahan ataupun fasiliti OKU yang tidak lengkap di sekolah-sekolah
Masalah
a) Menilai samada fasiliti-fasiliti yang di sediakan di dalam sekolah pendidikan khas penglihatan memenuhi standard yang di nyatakan di dalam Kod Amalan Malaysia bagi OKU.
Objektif
b) b) Mengenalpasti tahaptahap kepuasan pelajarpelajar terhadap Mengenalpasti kepuasan terhadap penyediaan fasiliti OKU penglihatan yang di penyediaan fasilitipendidikan OKU penglihatan yang di sediakan oleh sekolah khas penglihatan. sediakan oleh sekolah pendidikan khas i. Kajian ini terumpu kepada pelajar kurang upaya penglihatan. penglihatan sahaja. c) yang disediakan di sekolah memenuhi keperluan ii. Kajian ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah OKU Pendidikan Khas Penglihatan sahaja
Skop Kajian
i. Kajian Literatur
Pengumpulan Data
Analisis Data
Kesimpulan dan Cadangan
Data Primer Data diperolehi daripada soal selidik, senarai semak bagi pemerhatian Sekunder Jurnal, Artikel, Kod Amalan Malaysia, Laporan Perangkaan
i) Analisis Frekuensi ii) Sisihan Piawai iii) Skor Purata iv) Analisis Kandungan i) Kesimpulan terhadap objektif yang hendak di capai. ii) Cadangan dan kajian lanjutan
Rajah 1.1: Carta Alir Methodologi Kajian