Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
AMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL Oleh Tn Hj Komaruddin bin Abdullah Pengetua Cemerlang SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan Darul Naim
ABSTRAK
Sehingga kini saya telah bertugas dalam bidang pendidikan selama 32 tahun. Dalam tempoh berkenaan 17 tahun saya menjadi guru dan 15 tahun menjadi pengetua. Bermula tahun 2005, saya mula bertugas di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan. Pada pendapat saya, perkara pokok dalam mengukuhkan kualiti pendidikan dan memastikan akademik pelajar ialah guru mesti masuk kelas. Pengajaran dan pembelajaran mesti berkesan dan menarik. Dari itu pelajar akan seronok belajar dengan guru. Dalam masa yang sama guru perlu mempelbagaikan klaedah mengajar. Komitmen semua guru akan memastikan kecemerlangan akademik pelajar. Harta yang paling bernilai ialah asset utama kita iaitu para pelajar kita sendiri. Pelajar yang cukup sihat dan mampu menempa kecemerlangan. Kita ada ramai guru yang komited dan rajin serta berpengalaman. Atas dasar itulah kita merancang dan telah melaksanakan pelbagai program intuk mencapai KPI. Kita hendak pastikan pencapaian akademik terus meningkat sama ada dari segi peratus nilai kecemerlangan. Pelbagai program kita laksanakan seperti Program G40 (PMR), PROJASA (SPM), open book test (OBT), Program Dulang Emas khusus untuk pelajar sederhana dan lemah (SPM) serta pelbagai program kita rancang dan laksanakan bertujuan kea rah mencapai kecemerlangan akademik pelajar. Kita tidak abaikan disiplin dan sahsiah pelajar juga menjadi fokus utama kita. Pelbagai peraturan telah kita buat dan laksanakan. Ini jelas menunjukkan perubahan dalam kalangan pelajar kea rah yang baik dan semakin berdisiplin.
1|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
LATAR BELAKANG PENGETUA: PROFIL PERIBADI, AKADEMIK DAN PERKHIDMATAN 1.
Nama seperti dalam kad pengenalan : KOMARUDIN BIN ABDULLAH
2.
Nombor Kad Pengenalan : a. Lama: 4978076 b. Baru : 560601035977
3.
Tarikh Lahir :01.06.1956
5.
Umur Opsyen Persaraan : 60 Tahun
6.
Nombor Fail Perkhidmatan :D21159
7.
Skim Perkhidmatan : PPP SISWAZAH GRED DG54
8.
Tarikh Lantikan Ke Gred DG41 : 7 JANUARI 1980
9.
Gred Jawatan Hakiki Sekarang : PENGETUA CEMERLANG DG 54 (KUP)
10 .
Tarikh Kenaikan Pangkat ke Gred DG48 Hakiki : 01 JUN 2002
11 .
Tarikh Kenaikan Pangkat ke Gred DG52 (KUP)/Hakiki :23 FEBRUARI 2009
12 .
Kelulusan Akademik : Bil.
13.
4. Jantina : LELAKI
Kelulusan Akademik
Tahun Diperolehi
1
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1973
2
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
1975
3
IJAZAH SARJANA MUDA
1979
Kelulusan Ikhtisas : Bil. 1
Kelulusan Ikhtisas DIPLOMA PENDIDIKAN
Tahun Diperolehi 1980
2|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
14.
Pengalaman bertugas sebagai Pengetua di sekolah. Bil.
Nama sekolah
Gred Jawatan
Tempoh (Dari-Hingga)
1.
SMK JEREK ,GUA MUSANG
DG 48
1 JUN 97-30 APR 99
2.
SMK MANEK URAI, K. KRAI
DG 48
1 MEI 99-15 MEI 05
3.
SMK SUL. YAHYA PETRA 1,K.KRAI
DG48
16 MEI 2005
4.
SMK.SUL. YAHYA PETRA 1,K.KRAI
DG 52
23 FEBRUARI 2009
5.
SMK. SUL.YAHYA PETRA 1,K.KRAI
DG 54
15 MAC 2011- KINI
PROFIL SEKOLAH
1.
Nama dan alamat sekolah
SMK SULTAN SULTAN YAHYA PETRA 1 18000 KUALA KRAI, KELANTAN
2.
Kod sekolah
3.
Gred sekolah
A (bandar )
4.
Jenis sekolah
Smk harian ( Satu sesi)
5.
Bilangan guru
114 orang
6.
Bilangan staf
9 orang
6.
Bilangan murid
1732 orang
SEJARAH SMKSYP1 SMK Sultan Yahya Petra 1 terletak di sebuah kawasan seluas 13 ekar 800 depa di atas lot 639, mukim Mengkebang, Jalan Camp, Kuala Krai, Kelantan.Jaraknya lebih kurang 1.5 km dari bandar Kuala Krai.Sekolah ini bermula sebagai Government English School (Secondary) Kuala Krai dengan 40 murid tingkatan 1 dan seramai 35 orang murid tingkatan Peralihan pada tahun 1957. Pada peringkat awalnya , sekolah ini menumpang di Government English School (Primary) di Jalan Kemahkotaan, Kuala Krai. Ia juga ditadbir bersama dengan sekolah 3|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
tersebut . Pada tahun 1958 ,namanya ditukar kepada Yahya Petra School. Setahun kemudian, bahagian menengahnya berpindah ke tapak yang ada sekarang dengan nama Yahya Petra Secondary School.Pada tahun 1964 pula, namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra dan pada tahun 1998 dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.Kini sekolah ini telah banyak membuat kejayaan gemilang dan telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah PREMIER.
PROFIL DAN PENCAPAIAN AKADEMIK SEKOLAH SMKSYP1 Pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan awam sepanjang berkhidmat sebagai pengetua bagi tahun 2009 hingga 2011.
PMR Tahun Nama sekolah
% Lulus
GPK
SPM %
STPM
GPK
Lulus
% Lulus
% dapat 5 Prinsipal
2009
SMK SUL. YAHYA PETRA 1
71.39
2.58
92.15
5.01
97.5
29.75
2010
SMK SUL. YAHYA PETRA 1
74.20
2.52
96.42
4.68
95.8
22.69
2011
SMK SUL. YAHYA PETRA 1
78.88
2.42
94.02
4.32
97.48
26.89
4|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
1.0 Pengenalan Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. Manakala kepimpinan didefinisikan sebagai proses mempengaruhi orang lain termasuk staf bawahan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Blasé (1998) kepimpinan Instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan Instruksional ialah segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah (Hussein,1989). Kepimpinan Instruksional juga boleh didefinisikan sebagai pemimpin sekolah yang mengambil peduli dan cakna terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya.
1.1 Kepentingan Melindungi Masa Instruksional Kepentingan melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid.
1.2 Konsep Melindungi Masa Instruksional Masa instruksional merupakan masa untuk pembelajaran murid belajar secara berkesan yang telah dirancang dan dicapai oleh sekolah ini. Kami juga telah memanfaatkannya secara optimum dengan memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta memastikan murid belajar secara berkesan. Pengurangan masa instruksional cuba dibendung oleh pihak sekolah bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.
5|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
1.3 Analisis Masa Instruksional Murid i.Faktor Pengurusan Sekolah - MASA PERSEKOLAHAN (5 HARI SEMINGGU) - MASA BILIK DARJAH (6 JAM SEHARI) - MASA INSTRUKSIONAL (4 -5 JAM SEHARI) ii. Faktor Instruksional Guru - MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK (3 JAM SEHARI) -ENGAGED LEARNING TIME…? -MASA PEMBELAJARAN BERKESAN….?
2.0 Isi Kandungan 2.1 Pernyataan Isu Melindungi Masa Instruksional a. Isu Gangguan Masa Instruksional Murid. Pengumuman dari pembesar suara, Aktiviti sukan sekolah/sukantara, Aktiviti kokurikulum atau ko akademik, Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan pelajar kerap kali masuk dalam kelas, Guru atau pelajar dipanggil ke pejabat, Susun atur kelas dan dalam kelas, Sikap guru, Kepentingan aktiviti bercanggah, Prasarana dan kemudahan sekolah, Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan), Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data dan lain-lain), Kehendak luar bilik darjah
(aktiviti kokorikum, guru bermesyuarat, guru berkursus, mengawas
peperiksaan), Keberkesanan pengajaran guru, Disiplin murid, Guru menghadiri kursus, Guru menjalankan tugas jurulatih utama, Kesediaan murid belajar, Persekitaran sekolah, Kesediaan guru melaksanakan pengajaran, Kerosakan peralatan seperti computer, Guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran tertentu, Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh.
b. Isu kurikulum c. P&P guru dan murid d. Pembangunan staf e. Perancangan Strategik
6|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
f. Penglibatan ibubapa dan komuniti (Highsmith dan Rallis, 1986)
d. Isu Guru/Staf Melakukan tugas yang sama dalam situasi yang sama, Guru dan staff patah semangat, Tekanan pihak pentadbir untuk mendapat kualiti hasil kerja, tidak mendapat pengiktirafan, Kurang kepercayaan – empowerment separuh hati,
Bekerja dalam keadaan yang
bertentangan nilai, Tiada peluang memberi pendapat atau pandangan, Tiada peluang untuk proses peningkatan kemahiran/ilmu, Pilih kasih secara nyata, Konflik diri tidak selesai contohnya masalah kesihatan dan keluarga.
2.2 Cadangan Tindakan/Penyelesaian 2.2.1 Amalan Melindungi Masa Instruksional di SMKSYP1.
Persoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakah pemimpin sekolah atau Pengetua memberi penekanan dan peruntukan masa yang banyak kepada kepimpinan instruksional secara langsung.Dapatan dari pihak JNMK, KPM dan kajian-kajian yang dijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetua kurang memberi perhatian terhadap instruksional secara langsung.Berdasarkan pengalaman saya, kita bukan sahaja perlu memberi perhatian atau tanggungjawab langsung tentang kepimpinan instruksional ini, tetapi juga memberi perhatian secara tidak langsung atau menegaskan tentang instruksional atau pembelajaran dan pengajaran ini dalam semua aspek serta aktiviti di peringkat sekolah. Unsur-unsur tentang instruksional ini misalnya perlu di selitkan atau digabungjalinkan dalam ucapan harian, doa, aktiviti kokurikulum, program pembangunan disiplin dan sebagainya.
Proses penggabungjalinan dan penerapan ini penting bagi membolehkan perkara yang dianggapkan sukar sama ada oleh guru, pelajar dan ibu bapa, iaitu kecemerlangan akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab dan amalan penting oleh semua pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolah menjadi lebih holistik dan wujudnya budaya sosial dan belajar yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, luar bilik darjah atau di rumah.
7|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua terpaksa memberi fokus pada pembelajaran dan pengajaran. Penyelidikan sekolah telah menunjukkan bahawa pengetua sekolah boleh membawa perubahan yang mendadak tentang produktivi sekolah. Pengetua melakukannya melalaui peranannya sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Penekanan terhadap aspek perpaduan kaum terutama semasa proses p&p amat dititikberatkan oleh pentadbiran sekolah. Pihak kami memastikan penglibatan sepenuhnya pelajar daripada tiga kaum utama di sekolah ini iaitu pelajar Melayu, Cina dan India.
Selain usaha memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru mencukupi dan kemaskini seperti menyediakan khidmat sokongan untuk membimbing guru/staf dengan menggalakkan guru melanjutkan pelajaran dan mengikuti pelbagai kursus yang bersesuaian dengan opsyen guru dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kami telah menggunakan bakat yang ada pada guru/staf sepenuhnya untuk menjalankan tugas dalam membina semangat kerja berpasukan dengan menyediakan peluang-peluang untuk guru/staf berkongsi kepakaran, mengadakan perbincangan dan perjumpaan mengenai urusan kerja dalam suasana kondusif dan bersahaja. Kami peka terhadap faktor-faktor yang boleh membantutkan semangat guru/staf. Contohnya bilik darjah tidak kondusif, kurang kebajikan dan tahap disiplin pelajar lemah. Kami menyebarkan maklumat kejayaan guru/staf kepada komuniti dan memperbanyakkan surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru dan staf. Pendekatan berkomunikasi dengan cara terbaik,mesra dan saling menghormati misalnya memberi penghargaan kepada guru/staf semasa mesyuarat atau majlis perhimpunan rasmi sekolah. Kami juga mengamalkan budaya kerja menimbulkan rasa bangga guru/staf terhadap sekolah, pentadbir, rakan sekerja dan murid.
Usaha yang berterusan dalam mengadakan publisiti untuk semua program sekolah, menerangkan dengan jelas kepada guru/staf visi dan misi sekolah dan menjiwainya secara bersama, mengenali setiap guru/staf secara tidak formal dan berkongsi pengalaman positif secara tidak langsung, bersedia menerima teguran dan penilian guru/staf walaupun pahit, bekerja secara bersama untuk mencapai budaya cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang.
8|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
Kami juga menetapkan misi dan target pencapaian pelajar/sekolah-Head count dengan memindahkan visi sekolah kepada tindakan secara bersama misalnya dalam penghayatan dasar kurikulum, membuat agihan dan persefahaman tugas semua pentadbir, ketua panatia dan guru serta penggabungan tugas secara sinergi, memantau keupayaan guru dan murid secara adil dan berterusan, membimbing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada guru dan murid untuk peningkatan keupayaan diri, membina budaya ilmu yang kondusif, memberi insentif kepada guru dan murid secara jujur dan berusaha menjadi pemimpin sentiasa kelihatan dan bermaklumat.
2.0.3 Kesimpulan Melindungi masa instruksional di SMK Sultan Yahya Petra 1 merupakan komponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan.Oleh sebab itu, ia amat diberi perhatian oleh pihak sekolah dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran pelajar dalam usaha membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Pengetua dan barisan pentadbir yang lain merupakan tulang belakang utama yang terlibat di dalam proses merancang dan membuat matlamat dengan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pencapaian matlamat sekolah ini. Kami percaya bahawa setiap komitmen guru dan pelajar akan bertambah tinggi apabila ada ganjaran dan pengiktirafan. Dalam masa yang sama ia akan meningkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik pelajar.
3.0 Syor BIL.
KATEGORI FAKTOR GANGGUAN
KELOMPOK
STRATEGI JANGKA PENDEK (2012-2013)
STRATEGI JANGKA PANJANG (2012-2015)
1.
FAKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Guru Tiada
-Dasar Pengurusan Sekolah -Program khas melindungi masa instruksional, contoh: pembelajaran rakan
-Penguatkuasaan dan pematuhan dasar pengurusan sekolah -Perluasan program/aktiviti khas di sekolah
Gangguan Fizikal Gangguan Luar Jangka
9|Muka Surat
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
2.
FAKTOR INSTRUKSIONAL GURU
Gangguan Adhoc
sebaya, Program Guru Muda, modul guru ganti, kelas tambahan, jual beli waktu pengajaran -School-based CPD -Penyelarasan aktiviti KPM
-School-based CPD
-Kualiti Pembelajaran Murid
-CPD guru -School-based CPD -Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan -Guru opsyen
-Kepimpinan instruksional budaya kepimpinan pemimpin sekolah -CPD guru -School-based CPD -Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan -Pembudayaan bimbingan instruksional dalam kalangan komuniti sekolah -Guru opsyen -Professional Learning Community untuk CPD guru
-Kualiti Pengajaran Guru
10 | M u k a S u r a t
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)
4.0 Rujukan Ahmad Tajuddin Abd. Hamid (1989). Peranan pengetua dalam kepimpinan pengajaran. Disertasi Sarjana Pendidikan. Tidak diterbitkan: FakultiPendidikan, Universiti Malaya.
Ariffin Ba’ada (2003). Pembangunan Sumber Manusia: Melalui Perspektif Pembangunan Pendidikan 20012010. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. IAB, KPM.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006–2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Md. Kasim Hussin (1999). Jangkaan peranan, harapan dan amalan pengetua sebagai pemimpin sekolah pada abad ke-21. Jurnal Pendidikan. 4: 2-7.
Shafari Mohamed Nor (2001). Kajian Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dari Persepsi Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Di Kuala Pilah. Tesis Sarjana Sains: Universiti Putra Malaysia.
Shahril @ Charil Marzuki (1997). Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor. Tesis Ph.D. Tidak diterbitkan: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sufa’at Tumin (2005). Mengapa program ini diadakan? Kursus Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah-sekolah Negeri Johor Tahun 2005.
Sufa’at Tumin, Mohammad Mahadi, & Azman Adnan (2001). Pengurusan sekolah oleh pengetua yang sentiasa sibuk. Jurnal PKSM. 1-9.
Zulkafli Arifin, (2000).Pengaruh kepimpinan prestasi pengetua terhadap prestasi akademik pelajar: Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah. Tesis Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia.
11 | M u k a S u r a t