7LS3HNHUMD%DUX3HPLPSLQ+HEDW Edisi Terhad
Oleh
HAPPYSUPINA SAIT
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Maklumat Hakcipta NOTIS PENTING anda tidak berhak kepada laporan ini.
Ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Anda tidak boleh memberi atau memasukkan ia sebagai bonus kepada sebarang produk atau membership site. Anda juga tidak boleh mendedahkan maklumat dalam laporan ini dalam apa juga cara sekalipun. Laporan ini adalah edaran terhad yang disediakan oleh Happysupina bin Sait. Tiada bahagian dalam e-book ini boleh disalin, ditiru atau diduplikasikan dalam apa jua bentuk tanpa mendapat kebenaran dari penulis. Terima kasih.
SYARAT DAN TERMA [TIDAK BOLEH] diberikan kepada sesiapa sahaja [TIDAK BOLEH ] diberikan sebagai bonus [TIDAK BOLEH] dijual [TIDAK BOLEH] diedit seluruhan dan nama anda diletakkan [TIDAK BOLEH] disertakan dengan ebook atau product baru [TIDAK BOLEH] disalin, dicetak dan ditiru dalam apa jua bentuk PENAFIAN Maklumat yang dipersembahkan adalah pandangan dan perkongsian pendapat penulis semasa tarikh ia diterbitkan. Penulis berhak mengubah mana-mana bahagian dalam berdasarkan
maklumat dan syarat baru.
Laporan ini adalah untuk memberi maklumat anda sahaja. Penulis tidak akan bertanggungjawab kepada apa-apa kerugian menggunakan maklumat dalam ebook ini.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
KATA PENGARANG Syukur ke Hadrat Ilahi atas anugerah nikmat yang tidak terhitung. Selama 2 tahun saya mengumpul bahan-bahan dalam e-book ini dan kebanyakan adalah dari dalam blogger saya happysus.blogspot.com. Penulis terpanggil menyusun semula atas pemintaan sahabat-sahabat penulis. pengunjung blog penulis membaca.
Penulis ingin memudah
Penulis berpendapat hidup kita kena
belajar. Membaca adalah cara dan keadah yang paling cepat mendapat ilmu. Niat penulis ikhlas untuk membantu mereka yang seperti penulis ketika mula masuk kerja sebagai eksekutif muda 12 tahun lalu.
Penulis menulis bukan
bermakna penulis telah berjaya. Tidak sama sekali. Inilah dikatakan berkongsi pengalaman, ilmu dan pendapat. Penulis ada banyak lagi liku-liku yang harus dilalui oleh penulis untuk berada dipuncak kejayaan.
Pekerja, pemimpin muda atau eksekutif baru banyak menghadapi masalah dalam pekerjaan.
Penulis sering mendengar masalah yang dihadapi oleh
peserta kursus yang penulis kendalikan.
Peserta ini terdiri daripada eksekutif
muda pengurusan dan profesional, 3 hingga 4 tahun dalam perkhidmatan awam.
Eksekutif muda ini lurus dan memang bersemangat untuk bekerja.
Kebanyakan masalah mereka adalah berkaitan dengan hubungan interpersonal dengan ketua dan kakitangan.
Jadi penulis merasakan cara yang terbaik
membantu mereka adalah melalui e-book ini. Penulis berharap maklumat dalam e-book berguna untuk mereka dan anda.
Kalau ada maklumat yang berguna
pembaca boleh ambil dan gunakan. Kalau ada kesilapan adalah kelemahan saya sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian, kecederaan dan kesusahan kerana menggunakan cara yang penulis kemukakan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
1
PENGENALAN
Definasi Pemimpin hebat Siapa pemimpin dikatakan hebat. Kenapa saya tidak tulis pemimpin baik atau pemimpin luar biasa. Ramai yang nak jadi pemimpin hebat. Mereka sering tidak dapat mengenali apa yang dimaksudkan dengan pemimpin hebat. Marilah kita melihat beberapa definasi pemimpin hebat. Definasi pemimpin hebat dalam kamus Dewan adalah “Orang yang memimpin” sementara “hebat” adalah “ terlalu, teramat sangat (gagah, dahsyat, elok, ramai). Mungkin anda mempunyai takrif sendiri apa yang dimaksudkan dengan pemimpin hebat. Kalau anda minta 100 orang mentakrif kepimpinan anda akan mendapat 100 respon yang berlainan.
John H. Zenger dalam bukunya
“Panduan Untuk Memimpin” mendefinasikan pemimpin hebat sebagai pemimpin yang memiliki kekuatan sejati dengan kekuatan yang nyata dan dapat membina kekuatan. Beliau menambah ramai pemimpin menanggap bahawa jalan ke arah kehebatan ialah dengan mencari ciri atau kemahiran yang paling tidak berkesan dan meningkatkan kelemahan ke tahap yang dapat diterima. John H. Zenger telah menyenaraikan lima (5) kekuatan yang dapat membezakan di antara pemimpin hebat dan pemimpin baik iaitu 1) Ahklak 2) Keupayaan peribadi 3) tumpuan kepada hasil 4) kemahiran interpersonal dan 5) memimpin perubahan organasasi. Sebagai orang Islam kita kena yang ke 6 iaitu IMAN DAN TAKWA. Takwa dan Iman merupakan kekuatan dalaman yang kuat, hebat lagi unik. Dalam Al-Quran surah Al-Talaq 2 – 3.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangkasangka kepadanya”. Dalam buku Dr Danial Zainal Abidin, tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran menyatakan sahabat nabi menganggap ayat ini sebagai ‘formula menyelesaikan masalah teragung ada dalam Al-Quran’. Sebagai pemimpin yang hebat rezeki bukan hanya dalam aspek banyak wang sahaja. Kesihatan, kemudahan memimpin, anak buah, kakitangan yang bagus dan bermacam lain limpah kurnia Allah berikan.
Seorang sahabat nabi iaitu Omar bin Khattab
mengumpamakan takwa adalah seperti berjalan di atas jalan yang penuh dengan onak dan duri dimana kita hendaklah berjalan dengan hati-hati. Pemimpin yang bertakwa akan melakukan sesuatu dengan berhati-hati dan sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan hadis. Menurut Ibn Khaldun, dalam buku “mukadimah Ibnu Khaldun” (m/s Lxxxiv) menyatakan; manusia
mempunyai
ciri
yang
memerlukan
pengaruh
yang
sanggup
mengendalikan dan kekuasaan yang ampuh kerana manusia tidak boleh hidup tanpanya. Beliau juga menyatakan kepimpinan itu wujud kerana adanya kuasa. Kuasa itu ada kerana adanya perasaan kekitaan. Jadi Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berkuasa.
Pemimpin yang berkuasa hendaklah menjadi
pemimpin yang berpengaruh. menyemai
perasaan
kekitaan
Pemimpin yang berjaya seringkali dapat dalam
kelompok
yang
mereka
pimpin.
Menyatakan tentang pengaruh, Michael H. Hurt dalam bukunya yang bertajuk “The 100 –A ranking of the most influential person in history” telah meletakkan
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Muhammad Bin Abdullah s.a.w yang hidup pada 570-632 m sebagai seorang yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Hingga kini setelah baginda meninggal dunia pengaruh baginda masih kuat dan berterusan. Buku yang bertajuk “Kepimpinan Nabi Muhamad s.a.w – Pengurusan Altruistik model ikutan sepanjang zaman” ditulis oleh Dr. Ismail Noor seorang yang pakar dalam cara pengurusan strategik sangat baik untuk dibaca kerana mengupas ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai ketua keluarga, pemimpin yang menggunakan pendekatan holistik terhadap pengurusan dan pengurusan perubahan. Perbeza di antara pemimpin dan pengurus. Pemimpin adalah melibatkan manusia. Pemimpin mementingkan perkara. Mereka akan mengalakkan, mendorong, merangsang dan melatih manusia. Mereka juga menilai dan memberi ganjaan.
Pemimpin adalah sumber ilham
dan pencetus semangat kepada orang bawahan.
Pemimpin yang baik akan
dapat memberi dorongan dan mempengaruhi orang. Mereka juga mampu mengerakkan kumpulan supaya mengikuti, taat, sanggup bertungkus lumus dan komited pada tugasnya. Mereka juga mempunyai kemampuan menurunkan kuasa supaya orang dibawahnya lebih bebas bertindak. Manakala pengurus akan mengurus benda-benda. Mereka adalah yang mengawal, mengarah, mengatur, mangawal manusia dan bukan manusia dibawah tanggungjawabnya. Pengurus sibuk dengan penyata tahunan, untung rugi, belanjawan, rancangan tahunan, carta organasasi dan bermacam lagi laporan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
2 Dilema Pegawai Baru Adakah anda pegawai baru yang menghadapi dilema menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan? Atau anda baru keluar universiti atau kolej yang mendapat pekerjaan amat bernasib baik. Atau anda berpindah ke bahagian baru atau pejabat baru. Tip-tip yang saya beri dalam e-book ini diharap dapat memberi sedikit keyakinan kepada anda. Tidak rugi kalau mencuba, bukan. Tugas anda sebagai seorang pekerja tentunya mengurus. Anda kena jelas perbezaan di antara pemimpin dan pengurus. Pengurus mahu kerja disiapkan. Pengurus melibatkan kerja dangan benda. Pemimpin adalah mereka yang merancang, mendorong, mengatur stretegi. Anda juga boleh mempraktikkan macam mana mengesan, mengenali dan ciri-ciri orang-orang penting dalam pejabat anda. Kenapa mereka penting? Semuanya akan saya bincangkan dalam e-book ini. Teknik untuk mempengaruhi mereka juga dinyatakan. Bagi anda yang baru bertugas. Apakah persediaan yang harus difikirkan dan akan dihadapi? Adakah tugas yang ditempat baru saya mencabar. Bekerja dengan manusia ada 1001 kerenah yang akan dihadapi. Saya harap pengalaman dibawah akan dapat dikongsikan bersama. Kerenah yang berhubung kait dengan kakitangan dan pentadbiran ini dikatakan politik pejabat.
Politik pejabat walaupun anda tidak suka, anda kena tahu
pendekatan membuat pertahanan dan menyerang. Sediakan payung sebelum hujan. Saya akan terangkan keadah menangani politik pejabat ini. Sebagai orang baru sudah tentu anda bersemangat. Anda akan menjadi perhatian semua. Sentiasa ada mata yang akan melihat anda, berminat bertanya,
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
berminat mendekati dan tidak kurang juga yang tidak peduli. Saya faham perasaan tersebut sebab saya pernah merasanya. Apa yang harus anda buat? Ya anda, kenalah menghadapinya. Anda hendak bekerja disitu, tak gitu. Anda perlukan kekuatan dan bantuan untuk melangkah lebih jauh. Anda tidak mahu menjadi seorang pekerja yang hanya membuat kerja atau mengurus. Balik rumah dan esok sambung lagi kerja yang sama, begitulah sehingga anda bersara. Setengah orang berpendapat kalau saya tidak kacau orang lain.
Takkanlah
orang nak kacau saya. Adakah mintos ini selalunya benar? Apa salahnya sambil bekerja anda membina pengaruh. Anda tentu hendak menjadi seorang yang berpengaruh dan boleh mempengaruhi orang. Sepupu saya yang mempunyai dengan gaji lebih RM20,000 di sebuah Syarikat Pengeluar Baja di Bintulu, Sarawak. Gaji yang besar tidak menjamin kepuasan. Saya masih ingat kata-katanya. “Pada satu masa nanti apabila kamu mempunyai ada banyak duit dan bergaji besar kamu akan merasa ia menjadi tidak begitu penting. Apa yang penting yang kamu fikirkan adalah pengaruh, kuasa dan dihormati.” Sesuatu
kerja
yang
diminati
tentu
menyebabkan
kita
bekerja
tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran. Gaji itu adalah hak kita. Kalau kita ikhlas bekerja dan mempunyai maktlamat jelas insyallah anda akan berjaya. Banyak persediaan yang harus kita buat sebelum berjaya. “Belajar dan membaca” dua perkataan yang diucapkan oleh ketua saya bila mula-mula bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Sarawak. “Bacalah banyak-banyak, kaji dan selidik peraturan, Akta dan Ordinan.” Katanya. Pada masa ini baru saya sedar apa yang diceritakan oleh ketua saya itu adalah benar. Beliau seorang yang saya hormati kerana ilmunya yang banyak dalam dunia pekerjaan. Hebat. Setiap kali ada masalah beliau akan memperkuatkan kata-kata beliau dengan pekeliling, ordianan atau
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
atau bukti. Pada masa itu saya merasa saya paling bersemangat nak bekerja sebab mempunyai ketua yang hebat. Sebagai pekerja anda pasti akan diberi tanggungjawab oleh ketua. Buktikan kepada mereka, mengambil anda bekerja tidak merugikan. Apa yang penting keinginan mahu belajar suatu yang baru. Apa yang anda belajar di Universiti, Kolej atau Politeknik tidak semestinya sama dengan tugas anda sekarang. Kalau yang bekerja dalam bidang masing-masing anda amat beruntung. Dengan membaca artikel ini, anda akan mendapat berkongsian pengalaman.
Anda
dapat mengetahui apakah perkara penting yang harus anda buat dan ketahui sebelum memulakan tugas. Anda akan diterangkan apa yang perlu anda buat sebelum anda mula bekerja dan semasa ada bekerja ditempat baru. Anda diberitahu bagaimana cara dan dimana nak mendapat maklumat. Jadi anda kena teruskan membaca. Sebelum melapor diri Fasa ini adalah satu peringkat anda mengumpul maklumat tentang bahagian baru atau tempat kerja baru anda. Maklumat awal adalah penting supaya anda tidak gugup dan berkeyakinan. 1.
Dimana lokasi anda bertugas. Bagaimana anda nak pergi ke sana?
2.
Bilangan pekerja yang ada.
3.
Bangsa pekerja juga perlu anda ketahui. Kalau ada statistik lebih baik.
Ini adalah untuk menyediakan pemikiran anda. Saya memberi contoh ramai di antara pekerja adalah dari bangsa Cina. Anda kena ketahui apa yang orang cina tidak suka.
Budaya kerja mereka. Bagaimana anda nak menjalin hubungan
rapat dengan mereka?
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
4.
Pakaian yang sesuai yang harus anda pakai semasa bertugas. Kalau di
suatu pejabat baru menggunakan baju Melayu pada hari Jumaat. Anda kebetulan melaporkan diri pada hari Jumaat.
Hebatkan hari pertama anda
sudah nampak sudah pandai menyesuai diri dengan mereka. Begitu juga sebaliknya. Anda kena jumpa dengan mereka yang boleh memberi gambaran tepat tentang suasana dan keadaan tempat kerja baru anda. Dapatkan maklumat dari pekerja yang anda kenal atau rakan-rakan anda.
Mintalah pandang sahabat yang
mengenali pewatakan bakal bos anda. Dia adalah seorang yang bagaimana. Contohnya kerja ikut buku, baik, garang dan teruk. Kalau tidak dapat maklumat tak apa. Saya bagi tempoh seminggu anda mencari maklumat ini. Ingat jangan buat kesimpulan awal. Terima saja maklumat yang ada. Pensyarah saya dulu selalu berpesan kalau nak pergi ke satu tempat baru kena fikirkan yang paling teruk.
Kalau anda fikirkan akan dapat terbaik nanti anda akan hampa.
Maklumat ini penting sebagai persediaan awal mental anda. Persediaan awal ini penting supaya ada tidak terkejut dengan budaya kerja ditempat baru anda. Mungkin budaya kerja ditempat baru anda tidak sama dengan tempat yang anda pernah kerja atau membuat kerja praktik dulu. Semasa Melaporkan diri Semasa melaporkan diri gunakan pakaian yang sesuai. Bawalah dokumen yang diperlukan untuk melapor diri. Jumpa dengan pegawai yang berkenaan. Cari bahagian Pentadbiran. Bertanyalah dengan sopan. Pasti ada ramai yang ingin membantu. Rasa rendah diri semasa melapor kali pertama di tempat kerja baru adalah perkara biasa. Perasaan ini biasa menyebabkan anda kurang selesa.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Semasa Bertugas Berkenalan. Minggu pertama adalah masa untuk berkenalan. Perkenalkan diri anda kepada semua orang. Ketua unit anda mungkin memperkenalkan diri anda kepada rakan sekerja. Selepas itu terpulanglah kepada anda. Kalau tempat kerja anda luas dan banyak bahagian atau unit pasti mendatangkan masalah kepada anda. Langkah seterusnya ambil kesempatan berkenalan ditempat mereka selalu orang berkumpul seperti bilik rehat atau bilik kopi dan kantin. Gunakan masa rehat pada tengahhari contoh selesai solat zohor untuk mengeratkan perhubungan. Tunjukkan kemesraan anda. Kenalkan diri anda dengan menyebut nama anda. Sebutlah nama yang mudah diingat kalau nama anda panjang. Mereka biasanya lupa kalau anda sebut nama yang panjang. Bukan mudah nak ingat nama orang. Anda akan bertambah hebat kalau boleh ingat nama kenalan baru anda. Anda boleh baca buku Secret of Mind Power oleh Harry Lorayne. Beliau ada menerangkan keadah mengingati nama dan wajah. Beliau menyatakan untuk meningati nama seseorang kita kena kaitkan dengan wajah seseorang. Kena dengar dengan baik. Minta mereka ulang kalau kurang jelas. Beliau mencadangkan anda ulang beberapa kali nama tersebut sebelum anda tidur. Beliau mengketagori nama kepada tiga, pertama: nama yang ada makna. Kedua: nama yang tidak ada makna; tetepi dapat mengingatkan anda kepada sesuatu. Dan ketiga: nama yang tidak ada makna langsung. Dr. Fazley Yaakob penasihat mortivasi AF 4, dalam Berita Harian 23.6.06 menyatakan keakraban menjadi benteng membina kekuatan dan keyakinan diri. Apabila anda sudah mengenali mereka anda akan dapat bekerja dengan lebih baik. Bantuan mudah anda dapat kalau mempuyai ramai kawan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
3 Mencari Maklumat Kepentingan maklumat.
Maklumat diera globalisasi ini umpama emas dan
kuasa. Banyak sumber maklumat yang anda boleh dapat. Maklumat hendaklah ditapis dengan betul. Ada kena mengesahkan kesahihan maklumat -maklumat ini. Jangan malu bertanya kepada orang yang lebih pengalaman. Tidak kira siapa walaupun dengan mak cik tukang cuci pejabat, driver bos, budak pejabat atau pembancuh kopi di pejabat anda.
Mereka ini penting untuk anda
mengumpul maklumat. Budak pejabat biasa mengetahui tabiat dan perangai orang yang dipejabat termasuk bos anda. Pembancuh kopi tahu apa yang disukai oleh bos atau rakan pejabat anda. Mungkin ada makanan yang disukai oleh mereka.
Mereka lebih mengetahui kerana telah lama bertugas di pejabat
itu. Cuba dapatkan apa sahaja maklumat. Terima sahaja maklmat tersebut. Maklumat yang harus dikumpul adalah seperti berikut: Maktlamat tentang Jabatan, pejabat dan syarikat, termasuk budaya kerja, cara sesuatu kerja dilakukan dan suasana pejabat sebelum ini. 1.
Pendapat tentang sikap dan perangai rakan sekerja anda.
2.
Kenal pasti pekerja bermasalah dan pekerja cemerlang.
3.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja.
4.
Perkara yang boleh dilakukan dan tidak.
5.
Kes - kes displin yang telah dibuat oleh orang yang terdahulu.
6.
Pengiktirafan yang diberi.
7.
Siapa yang paling berpengaruh selain bos kita.
8.
Cara penyelesaian masalah yang biasa dibuat dipejabat kita.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Kenapa perlu mengumpul maklumat ini. Saya akan terangkan nanti. Ada kena tahu maklumat disekeliling untuk menjadi seorang yang hebat dan dikagumi. Maklumat yang dikumpul membolehkan anda mengatur langkah untuk mencapai maktlamat anda.
Masalah, isu kerja dan penyelesaiannya kena
dibincangkan secara tidak formal dahulu dengan rakan-rakan. Ini akan menambah kehebatan anda pada pandangan ketua kalaulah pendapat anda diminta nanti. Maksudnya anda telah memikirkan isu dan masalah yang bakal timbul sebelum ia menjadi hangat dan perlu penyelesaian. Kalau anda boleh menyelesaikan masalah ini, tawarkan bantuan anda kepada bos.
Bos anda
semestinya ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Tugas anda adalah untuk memudahkan kerja bos. Bukan menyusahkannya. Saya pernah menawarkan diri menyelesaikan masalah pekerja-pekerja Islam di pejabat saya. Cuma 38 Melayu Islam daripada 120 orang pekerja dipejabat saya. Masalah tidak tempat surau yang selesa, masalah displin kakitangan, masalah hubungan dengan pekerja lain agama hingga ke masalah keluarga. Walaupun bukan bidang tugas anda.
Anggap mereka sebagai keluarga anda. Masalah mereka dikongsikan
bersama.
Anda kena menjadi pendengar yang baik.
pilihan jalan penyelesaian yang harus mereka pilih. membuat keputusan sendiri.
Berikan harapan dan Biarkanlah mereka
Mereka kena bertanggugjawab atas apa-apa
keputusan yang akan mereka buat.
Menjaga dan mengawal manusia ini merupakan suatu yang jarang mahu dilakukan oleh ketua kita. Mereka tiada masa. Olehitu, anda kena mudahkan kerja mereka. Buatlah sesuatu aktiviti yang boleh membuat anda berkumpul bersama rakan-rakan sekerja.
Semasa di pejabat atau diluar waktu pejabat.
Kalau anda sudah biasa mengendalikan masalah. Anda dapat merasakan lebih separuh daripada mereka boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Apa yang saya maksudkan adalah kebanyakan dari mereka nak kita mendengar bukan nak
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
kita selesaikan masalah mereka.
Jadilah pendengar yang baik. Teknik layan
dan dengar merupakan keadah yang baik. Mereka akan hormat pada kawan yang mengambil perhatian kepada apa yang mereka cakap. Teruskan membaca. Anda kena selalu bertanya khabar mereka. Ambil berat tentang masalah kebajikan mereka. Bantu mereka menyampaikan masalah mereka kepada ketua anda.
Gunakan saluran yang betul.
Ingat ketua kita tidak suka dikritik.
Mereka tidak suka orang yang pandai-pandai atau terlalu pandai dari mereka. Ingat, gunakan pendekatan ide ini bukan ide anda tapi ide bos anda. Biarlah bos anda hebat. Anda tidak rugi apa-apakan.
Seorang ketua selalunya dalam
ketogeri “The man”. Dia saja betul. Terima sahajalah. Mainkan ego mereka. Ada kena tahu bila masa nak “angkat bos”.
Pujilah benda-benda yang jarang
dibuat atau luar biasa yang dilakukan oleh bos anda. Bukan benda yang biasa dibuatnya. Jangan lebih-lebih. Serdahana. Teruskan membaca. Bab seterusnya saya akan ceritakan.
Bagaimana nak dapatkan maklumat. adalah
bergantung
kepada
Kemahiran mendapatkan maklumat
keupayaan
kita
mendekati
mereka
yang
bermaklumat. Banyak cara untuk mendapatkan maklumat. Perkara asas adalah bertanya. Hadir pada majlis rasmi dan tidak rasmi. Bertanya, dengar cerita, dengar perbualan dan analisa maklumat yang didengar. Perkara penting anda kena pandai dan tahu gaya percakapan pemberi maklumat. Cakaplah perkara yang dia minat. Tunjukkan anda berminat dengan apa yang dia cakap. Layan dan dengar. Kalau dia seorang yang pro bos atau tidak anda kena tahu sebelum bercakap. Kalau tak tahu. Jangan kritik. Ikut arah angin yang bertiup. Ini akan membantu anda mendapat maklumat yang anda inginkan. Apabila seorang seronok bercerita dan bercakap dia akan lupa anda hendak maklumat. Ada juga yang pandai simpan. Jangan cantas atau hentikan percakapan semasa dia seronok bercakap. Tahankan keinginan diri anda dari memberi sebarang komen.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Ingat anda bukan yang nak bercerita tapi nak dapat maklumat. Maklumat pekerja, sikap orang, kekuatan dan kelemahan mereka juga anda kena tahu. Ia penting bila anda nak buat pertahanan pada diri.
Anda kena tahu siapa yang leser atau pedas bila berkata-kata, kawan bos, sahabat bos yang sama bermain badminton atau golf. Apabila anda tahu sikap mereka anda akan berhati-hati kalau nak membuat kritikan.
Mereka ini
biasanya mengunakan pendekatan membangkang bos. Perisik biasa guna pendekatan ini. Mereka sebanarnya nak tahu landasan kita. Pendekatan negetif ini biasanya boleh membuat anda terperangkap dan mereka ini akan menjadi batu api untuk melagakan anda dengan bos anda. Cara paling selamat jangan kritik terbuka. Pada peringkat ini tidak perlu anda mempunyai perisik. Mungkin mereka menjadi perisik anda tanpa mereka sedari.
Kecekapan
mendapatkan maklumat penting akan menyebabkan anda sentiasa bersedia.
Anda kena ada kemahiran mengurus manusia dan kerja.
Jangan lemah
semangat bila diberi suatu tugas yang tidak pernah anda buat. Tidak perlu menjaja kelemahan anda jika anda tidak tahu membuat itu dan ini. Ingat, anda boleh buat. Latihan anda di Universiti atau Kolej telah mengajar anda membuat sesuatu kerja dari tidak tahu atau kosong kepada sesuatu hasil kerja untuk dihantar kepada pensyarah.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
4 Mengesan Orang Penting Kejayaan anda mengesan orang penting disekililing tempat kerja anda akan membuat kerja anda bertambah mudah. Cuba wujud suasana mesra dengan mereka. Kenalpasti apa yang mereka suka. Cuba rapat dengan mereka. Pengaruh dan kuasa tidak akan datang dengan sendiri. Kalau diberi peluang membuat sesuatu yang dianggap tidak berkaitan dengan tugas contohnya booking padang futsal. Anda kena tawarkan diri. Masa awal kerja anda kena menjadi seorang yang boleh buat apa sahaja yang orang lain tidak sanggup buat atau tidak ada masa nak buat. Anda kena jadi pengikut yang baik sebelum menjadi
ketua
yang
berpengaruh
atau
pemimpin
yang
hebat.
Cuba
permudahkan kerja ketua anda jangan menambahkan lagi masalah mereka. Kalau ada di antara rakan sekerja yang ada masalah cuba bantu. Ingat! Mungkin ada yang nak mengambil kesempatan.
Mengenali orang penting. Siapakah orang penting ini? Orang penting adalah adalah orang yang melibatkan diri dengan banyak perkara. Orang ini selalunya menjadi rujukan dan panduan. Orang penting ini mudah mengambilalih ketua dengan mudah. Mereka ini sering melibatkan diri dan bukan penonton kepada tugas. Orang ini mempunyai naluri dan dorongan yang tinggi untuk bertindak, mengerakkan dan menyelesaikan sesuatu perkara atau tugas.
Siapa mereka?
Anda kena kenal individu ini. Anda kena tahu kenapa orang itu penting. Kegagalan mengenali atau sengaja mengabaikan orang penting menyebabkan kegagalan kita dalam banyak perkara. Anda juga tidak dapat mengunakan mereka untuk membantu anda.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Ciri-ciri orang penting
1.
Mereka merupakan penyelesai masalah.
Mereka selalunya akan
memberi ide yang baik pada masa anda memerlukan. Mereka akan cuba mengenalpasti masalah sebelum sesuatu masalah timbul.
Mereka ini berani
bersuara di depan atau dibelakang bos anda.
2.
Mereka biasanya yang paling menonjol dalam satu kumpulan. Mereka
merupakan pemimpin yang sentiasa menjadi rujukan oleh mereka disekililing anda.
Sikap, pembawaan dan cara bercakap mereka begitu berkarisma dan
meyakinkan. Kalau ada perjumpaan dialah orangnya yang selalu ke depan. Bercakap. Memberi komen dan pendapat.
3. Mereka sentiasa bersedia, cekal dan tabah membuat sesuatu tugas yang diamanahkan dimana orang lain tidak sanggup melakukannya. Mereka ini merupakan orang yang diharap oleh ketua.
4. Mereka ini mempunyai daya ingatan yang tajam, ide mereka bernas dan meyakinkan.
Sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ide. Biasanya ide
dia akan diterima dan diikuti oleh semua orang.
5. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Minat dan gigih dalam mencari ide baru untuk menyelesaikan masalah semua.
6. Mereka merupakan pemimpin tidak rasmi sesuatu kumpulan. Jangan pandang rendah mereka walaupun mereka bukan ketua rasmi.
Mereka
mungkin pekerja yang senior dan mendapat penuh kepercayaan dari ketua anda. Mereka ini biasa mempunyai hubungan diluar tugas dan mengenali orang
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
atasan termasuk bos anda. Anda kena kenalpasti siapa mereka ini.
Mereka
mempunyai hubungan sosial yang terjalin kerana persahabatan lama, sama dalam organasasi anda , kaitan keluarga, agama atau bermain badminton atau mana-mana sukan bersama ketua kita atau orang penting lain. Orang penting begini memang wujud.
Hakikat inilah yang patut anda terima. Gunakan
mereka untuk menyampaikan sesuatu. Ide anda akan sampai kepada pihak atasan melalui orang sebegini. Mereka akan menyampaikan secara langsung atau tidak langsung apa yang anda mahu sampaikan. Propaganda juga boleh disebarkan melalui orang begini. Awas gerakgeri anda, percakapan anda. Apa yang penting kena ikhlas.
7. Mereka merupakan pemikir yang hebat. Orang seperti ini selalunya kreatif dan kaya denga ide baru. Buah fikiran mereka bernas. Biasanya mereka tidak mahu atau tidak memegang jawatan yang penting. Jawatan ini mereka rasa menghalang mereka memberi ide yang bebas dan terbuka.
Kepentingan menguasai orang penting. Kenapa? Anda akan dapat mengawal ramai orang melalui orang penting ini. Seseorang pemimpin yang hebat seperti Nabi Muhamad berjaya mengawal orang penting Mekah seperti Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Osman, Saidina Ali dan ramai lagi. Mereka sanggup berkorban untuk baginda.
Kehebatan kerajaan Melaka semasa
pemerintahan Sultan Mansyur Shah adalah disebabkan dapat menguasai Bendahara Tun Perak yang bijak dan pendekar Hang Tuah yang perkasa. Tun Mahathir Muhamad berkuasa kerana dapat menguasai pemimpin seperti Najib, Abdullah Badawi, Anuar Ibrahim dan ramai lagi. Pehin Seri Taib Mahmud dapat memerintah dengan gemilang di Sarawak kerana menguasai pemimpin berpengaruh dari pelbagai suku kaum di Sarawak. kepentingan menguasai orang penting.
www.happysus.blogspot.com
Sekarang anda nampak
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Anda juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Anda seringkali menghadapi masalah tidak cukup masa. Masa itu emas. Adalah penting menguasai orang yang boleh membantu memudahkan dan meringankan tugas anda. Anda memerlukan orang lain bagi membantu anda berjaya. Anda seharusnya segera mengenalpasti orang yang boleh membantu anda. Lebih cepat anda mengenali mereka lebih cepat anda akan berjaya. Tumpukan usaha dan tenaga anda kepada orang penting disekeliling anda. Cepat kenal pasti orang penting ini. Jangan buang masa memberi perhatian kepada orang lain.
Orang penting dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk mengambil sesuatu tindakan. Anda cuma perlu mengenalpasti orang yang menjadi tunjang yang dapat mengerakkan tindakan anda. Orang tunjang atau orang tonggak selalunya beraksi dan bertindak.
Anda akan berjaya mendapat sokongan dan dorongan. Jangan ragu-ragu berjumpa dengan orang penting.
Cari peluang untuk bercakap, bersemuka,
bertukar pendapat, memberitahu anda kehadiran anda dan anda wujud di dunia ini. Tunjukkan anda menghagri mereka. Anda lakukan apa sahaja untuk rapat dengan orang penting ini. Buat temujanji dengan mereka. Bawa mereka minum. Bercakap dengan mereka. Orang Sarawak kata selalu "ngabas" iaitu menziarahi. Apabila anda mendapat sokongan mereka kejayaan akan menyusul.
Anda boleh menjadi ketua yang hebat. Orang penting ini mempunyai auranya tersendiri. Aura itu akan melekat pada anda jika anda dapat menguasai mereka. Jangan salah faham orang penting ini bukan sahaja bos kita. Tidak. No....No. Wujud ramai pemimpin tidak rasmi yang anda kenal di tempat kerja anda. Mereka ini merupakan pengerak kepada sesuatu aktiviti. Mereka boleh jadi
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
pencetus sesuatu perkara atau isu.
Anda perlu kenal mereka sebelum
menguasai mereka. Bagaimana? Teruskan membaca.
Cara mempengaruhi dan menguasai orang penting. Anda semestinya nak berjaya dalam kerjaya. Salah satu kemahiran yang diperlukan adalah menguasai orang penting. Anda mungkin diberi peluang menjadi ketua atau ada bercitacita nak jadi ketua.
Ayuh teruskan bacaan anda.
Saya akan ceritakan tip
menjadi pemimpin yang dapat menguasai orang penting. Sebelum kita mula. Kenapa anda kena menguasai orang penting ini? Anda jangan lupa kerjaya anda amat bergantung kepada sejauh mana anda dapat menguasai mereka. Anda perhatikan persekitaran kerja anda. Mungkin ada seseorang yang diminta oleh pekerja mendapat nasihat, bantuan dan kepimpinan. Anda kena mengenalpasti ketua tidak rasmi ini supaya dapat bekerjasama dengan anda. Usahakan supaya orang sebegini menyebelahi anda dan semua yang lain akan ikut secara automatik.
Asas kepada mempengaruhi orang penting adalah kemesraan.
Kebolehan
anda berkawan dan mudah mesra dengan orang lain memberi kelebihan kepada anda. Semua ini tidak berguna kalau anda tidak mengetahui apakah perkara yang dia mahukan. Keinginannya hendaklah diketahui difahami dan dikaji. Anda kena mengetahui perkara yang diceritakan, diluahkan dan perkara yang dibuatnya.
Memenuhi keinginan orang penting adalah puncak kepada
menpengaruhi mereka. Seseorang akan bahagia apabila keperluan fizikal dan rohani mereka dapat dipenuhi.
Keperluan fizikal ini seperti makanan,
minuman, tempat tinggal, kereta dan pakaian. Keperluan rohani seperti tempat beribdah,
keperluan
keagamaan.
beribadah
dan
bantuan
kewangan
Ini juga termasuk keperluan sex mereka.
untuk
aktiviti
Kalau dia belum
berkahwin misalnya carikan atau nampakkan usaha anda membantu. Yalah
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
mencari pasangan untuk dia.
Pengetahuan keperluan fizikal dan rohani ini
membantu anda mempengaruhi mereka.
Saya ingin menyatakan disini, motivasi intrinsik iaitu apabila kita digerakkan atau dipandu oleh perkara dalaman seperti maktlamat, keghiarahan (passion) dan misi.
Ia lebih kuat mempengaruhi orang penting ini. Ini adalah kerana
tidak semua orang boleh memenuhi cara pertama iaitu keperluan fizikal dan rohani. Kewangan anda yang terhad menyebabkan anda menggunakan cara kedua ini.
Anda boleh gunakan cara pertama dengan memberi jalan dan
bantuan kepada mereka dalam memenuhi keperluan fizikal dan rohani.
Seterusnya, mempengaruhi orang penting adalah dengan bertanya keinginan dan bantuan yang dapat anda berikan kepada mereka. Ia adalah perkara yang asas dalam sesuatu perhubungan antara manusia. Ringan-ringankan diri untuk membantu mereka. Kalau mereka ada jemputan kahwin, makan selamat atau hari jadi pergilah menzirahi mereka. Kalau mereka sakit pergi ziarah mereka di hospital atau rumah. Percayalah ini dapat mambantu anda. Mereka bukan nak duit anda tetapi mereka nak perhatian dan ingin merasa menjadi orang penting. Ada beberapa pekara yang mereka mahu adalah pengiktirafan, pujian, kerja yang menyoronokkan, gaji yang adil, kenaikan gaji, perhatian, mengatasi masalah peribadi, suasana kerja yang baik dan jamian kerja. Mungkin tidak semua yang dapat anda penuhi kerana polisi Jabatan dan Syarikat tetapi mereka nampak anda cuba membantu dan menyelesaikan. Perbuatan cuba membantu mereka hendaklah ditunjukkan atau dijelaskan kepada mereka.
Anda kena
tunjuk surat atau apa-apa sahaja bukti fizikal anda telah cuba membantu menyelesaikan masalah mereka.
Kalau mereka ingin bantuan anda buat pada
masa itu juga. Jangan tangguh.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Seni Bertanya dan dapat maklumat dari orang penting. Anda kena bertanya kalau nak tahu keinginan seseorang. Anda tidak akan dapat, saya ulangi tidak dapat tahu keinginan sebenar dimajlis rasmi seperti mesyuarat yang dihadiri oleh ramai pekerja atau pemimpin. Mereka akan berwaspada bercakap dan anda tidak dapat mengesan keinginan sebenarnya mereka. Mereka akan bercerita perkara yang ingin anda tahu sahaja. Anda kena jumpa orang penting ini secara tidak rasmi. Ambil peluang perjumpaan secara kebetulan atau tidak sengaja untuk bertanya dan mendengar luahan hati mereka. Ketika bersalam dengan orang penting seperti ini pastikan anda melihat pada wajahnya. Mata jangan lihat kepada orang lain. Pak Habib (S.H.ALATTAS) dalam buku Firasat menyatakan pandang bahagian antara kedua bahagian mata kalau bercakap dengan seseorang. Mata menunjukkan ciri-ciri seorang itu bercakap benar atau tidak. Antaranya kalau mata hitam bergerak dari kiri-ke kanan berulang kali ini menunjukkan mereka cuba menyembunyikan sesuatu atau cuba berbohong. Tunjukkan anda benar-benar menghargai perjumpaan itu.
Jadilah pendengar yang baik kepada orang penting. Anda kena banyak sabar berhadapan orang penting.
Anda kena tahan keinginan anda nak memberi
komen atau cerita. Ingat anda nak dengar cerita bukan nak bercerita. Tunjukkan minat dengan memik muka, pandangan mata, gerak tubuh dan bahasa badan yang anda memberi perhatian. Beri respon dengan perkataan mudah ya atau menangguk kepala. Tunjukkan anda bersamanya bukan ditempat lain. Tanya soalan yang berkaitan dengan keinginan dia. Timbulkan rasa penting orang yang sudah penting ini.
Naikkan egonya dan anda kena ikhlas.
Gunakan
pendekatan “5 W” Who? What? When? Where? Why? Ia dapat membantu anda bertanya soalan yang khusus. Saya tidak syorkan guna semua 2 atau 3 sudah cukup.
Hati-hati jangan nampak seperti seorang polis menjalankan siasatan
saksi. Seorang penjual seluar jean pernah bercerita pada saya tentang telatah
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
pelanggannya. Pelanggan membawa balik seluar jean mengadu bahagian pinggang kecil. Peniaga bertanya soalan-soalan yang berkaitan. Peniaga telah dapat mengenalpasti keinginan pelanggan ini untuk diet.
Ya, keadahnya jelas
melihat kepada rupa fizikal atau situasi semasa dan bertanya soalan yang tepat. Pelanggan itu bersetuju saranan peniaga supaya seluar jean menjadi ukuran kepada saiz pinggang yang ideal untuk pelanggan tersebut. Nampak tak kehebatan mengetahui kehendak dan keinginan seseorang.
Fokuskan 3 perkara ini a) Apa yang anda ingin tahu b) Soalan yang membuat dia terasa penting c) Soalan yang dapat mengetahui maklumat dan keinginan dia. AWAS: Jangan bertanya soalan yang menyebabkan perselisihan. Jangan membuat konfrantasi. maktlamat
anda
Dapatkan ide dia dulu. Jangan komen ide dia. Ingat
ingin
mendapat
maklumat
Perselisihan akan memburukkan keadaan. perunding anda.
keinginan orang
penting.
Gunakan kemahiran pendekatan
Pendekatan perundingan adalah skil yang baik iaitu
membantu mendapat apa yang mereka mahukan. Bertolak-ansur buangkan ego anda. Ingat ego anda akan merugikan anda. Biarlah "win win situation" kalau ada perkara yang bercanggah antara anda dengan orang penting. Dr. Fadzilah Kamsah menyatakan berundinglah dengan kepentingan bukan jawatan.
Apakah kini anda dah tahu mengenali keinginan orang penting dengan seni bertanya. Anda dapat mengatur strategi untuk membantu dia mencapai keinginan beliau. Pertanyaan yang tepat memberi tindakan yang sesuai untuk menguasai orang penting ini. Menguasai orang penting menyebabkan anda berjaya dalam kerjaya, politik atau tugas. Semua orang mahu di sayangi, dihormati dan ingin merasa mereka penting. Anda kena jujur dan ikhlas membantu mereka mencapai maktlamat hidup mereka. Secara automatik orang penting ini akan mendorong kejayaan anda. Selamat berjaya.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
5 Kuasa Pujian Dan Penghargaan
.
Semua manusia suka kepada pujian. Seorang yang dipuji akan merasa dia penting. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk menjadi penting. Cuba anda pejamkan mata dan fikirkan sahabat anda yang tidak begitu penting dalam kerja. Mereka adalah individu penting ditempat lain seperti persatuan, kesatuan, badan kebajikan, jawatan kuasa surau atau masjid, pertubuhan berunifom. Feadah memberi pujian adalah anda akan dapat sokongan padu tidak berbelah bahagi.
Mereka akan patuh dan taat kepda anda dengan cara sendiri atau
sukarela. Apa yang anda perlu lakukan adalah memuji mereka. Bukan sekali tetapi berulang kali. Anda kena belajar teknik yang betul untuk memuji. Ucapkanlah kata-kata penghargaan. Mereka mudah terpengaruh kepada kalau anda selalu memberi kata-kata pengiktirafan dan penghargaan. Sudah pasti mereka akan sikap lebih terbuka kepada pendapat anda. Seorang ketua yang tidak pernah memuji dan selalu mengkritik akan dibanci. Hakikat kritikan lebih banyak memburukkan keadaan. Saya tidak katakan anda tidak boleh memberi teguran. Ia tidak akan menghalang anda untuk bertindak membetulkan keadaan dan melaksanakan tindakan displin. Teknik menegur mestilah betul dan tepat. Jika pekerja membuat kesilapan tegur dengan baik. Tunjukkan cara yang betul untuk membuat
sesuatu
kerja.
Teguran
membina
adalah
menegur
dengan
menunjukkan keadah dan cara membuat sesuatu. Atau mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Nyatakan sebab dan fakta yang jelas. Fakta ini termasuk statistik, gambar dan video. Kalau ada. Berbicaralah tanpa dia sedari anda sedang membetulkan kesalahan. Jangan ...saya ulangi. Jangan menegur
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
mereka bila anda sedang marah.
Marah akan menyebabkan anda hilang
kawalan diri. Gunakan pendekatan memuji. Memuji kenalah sesuai. Jangan lebih-lebih nanti dikatakan menyindir. Seorang pakar psikologi dan pengurusan James K VanFleet menyenaraikan 16 langkah membetulkan kesalahan seseorang 1.
Tunjukkan kesalahan seseorang secara tidak langsung
2.
Dapatkan fakta berkaitan dahulu.
3.
Sekiranya temubual rasmi diperlukan, tnentukan masa dan tempat
4.
Jangan hilang sabar semasa menegur kesalahan orang bawahan
5.
Selalu bermula dengan pujian dan penghargaan
6.
Cadangkan cara penyelesaian
7.
Beri peluang pekerja bercakap.
8.
Pertimbangkan fakta dan bukti tanpa prejudis
9.
Sekiranya perlu dihukum, padankan kesilapan dan individu terlibat
(Hukuman hanya untuk membetulkan kesilapan) 10.
Beri pilihan kepada seseorang untuk menentukan hukumannya.
11.
Feadah yang akan diperolehi
12.
Akhiri temubual dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas
13.
Puji setiap peringkat mestipun sedikit
14.
Menetapkan sasaran atau tahap untuk diikuti.
15.
Buat temubual kedua jika perlu
16.
Jangan terlalu kerap membetulkan keadaan
contoh:bagus betul awak ni tetapi............| cara terbaik …Bagus betul awak ni dan hebat awak ni.tetapi ..........| hebat awak ni dan cekap awak mengendali orang tadi tetapi.....| cekap awak mengendali orang tadi dan
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Alangkah baiknya jika kita menegur dalam nada yang positif.
Gunakan
perkataan “dan lebih baik kalau” lebih baik dan molek daripada perkataan “tetapi”.
Seorang ketua yang saya pernah kenali mengunakan pendekatan lain untuk menegur kakitangannya. Kakitangan yang ada bermasalah akan dibawa masuk ke biliknya. Dia akan memberitahu kerani diluar beliau tidak mahu diganggu. Dia sengaja melafaskan "tidak mahu diganggu sehingga jam...............". Kakitangan itu tahu masa yang diberi untuk mereka bercakap. Dia pasti merasa dia penting. Kalau nak marah. Di sinilah dia akan marah. Kalau ada ketidak puasan hatinya di sini juga dia akan luahkan. Kakitangan tidak suka dimarah dihadapan orang lain. Biarlah empat dinding menjadi saksi. Ia akan menjatuhkan air muka mereka kalau dimarah dikhalayak ramai. Mereka juga ada harga diri. Bila selesai dia akan menyuruh dia tunjukkan muka macam biasa. Selalunya dia akan suruh bawa sesuatu. Fail, kertas atau apa-apa sajalah keluar dari bilik. Kalau ada yang menangis dia tunggu sehingga dia nampak macam biasa. Dia tidak mahu orang diluar tahu kakitangan tadi telah dimarahi. Setelah selesai orang yang ditegur akan keluar dari bilik dan tidak seorang pun kakitangan lain diluar yang tahu beliau telah dimarahi atau di tegur oleh beliau.
Beliau juga selalu menaikkan ego kakitangan dengan menyatakan dia penting. Dia sangat diperlukan.
Tanpa dia susah beliau nak buat kerja, hanya dia saja
yang boleh menyelesaikan tugas ini dan menyatakan beliau bangga dapat bekerja bersama dia. Pujian dan penghargaan ini paling baik dibuat dikhalayak ramai. Pendekatan beliau amat membantu meningkatkan prestasi kakitangan. Anda tidak rugi. Cuba kalau tidak percaya. Buang ego tu. Rasa hormat kepada orang yang mengunakan pendekatan di atas selalunya tinggi.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Guru saya pernah berpesan jika kita menerima pujian, kembalikan pujian itu kepada Allah kerana Allah sajalah yang layak untuk dipuji. Anda kena ingat jika anda menunjuk seseorang dengan satu jari, empat jari akan kembali kepada anda. Maknanya kalau anda mengkritik seseorang tidak mustahil anda akan menerima kritikan balik. Seseorang yang mempunyai kekuatan dalam yang hebat tidak akan menghiraukan kritikan sekira apa yang dibuatnya adalah untuk kebaikan semua. Apa yang benar akan diketahui oleh orang juga walaupun bukan pada masa sekarang. Kita akan mendapat balasan penghargaan dan pujian. Anda kena ingat ikhlas membuat sesuatu dan niatkan kerana Allah. Kalau kita tidak dapat balasan di dunia ini tentu ada di akhirat nanti. Jika anda membuat pujian dengan cara yang konsisten dan ikhlas anda akan menjadi pemimpin yang hebat.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
6 Ide Baru. Anda mungkin pernah membuat ugutan, paksaan dan ancaman supaya orang bawahan anda menurut perintah. Adakah cara ini betul? Ketua sebegini sering menakutkan pekarja dengan ugutan menurun pangkat, pemberhentian, pemindahan, pengantungan kerja dan menarik balik keistemewaan. Anda yang hendak mencadangkan ide dan keadah baru untuk mengatasi masalah atau kerja sering kali mendapat penentangan dari orang dikeliling. Suatu perubahan yang hendak dibuat memerlukan kekuatan dan kestabilan.
Anda kena ada daya
tahan untuk menghadapinya. Ada baiknya perubahan yang hendak dibuat dalam keadaan pejabat yang stabil dengan kata lain tiada isu yang berat selain dari isu yang anda timbulkan. Bukan mudah nak mengubah tabiat manusia. Sekiranya sesuatu keadah, teknik atau prosedur kerja telah lama digunakan sudah pasti amat sukar bagi mereka nak mengubahnya. Mungkinkah ada cara lain yang lebih baik. Baca dulu cadangan saya. Saya cadangkan anda mengunakan keadah ini. Anda kena bersedia dengan banyak fakta dan bukti yang dapat menyokong ide anda.
Anda nyatakan dan bantu mereka supaya memahami feadah yang
mereka dapat kalau mengikuti perkara yang anda cadangkan. belum jumpa feadah dan kelebihan. Anda cuba cari. sehingga berjumpa.
Kalau anda
Cari dan terus cari
Mereka kena tahu rasional disebalik ide anda . Semua
orang suka jika sesuatu perkara menguntungkan mereka. Feadah yang hendak ditawarkan kena tepat pada masa dan diperlukannya. Feadah tidak hanya dengan wang ringgit. Perkara seperti keselamatan, masa, jaminan, kemudahan dan keuntungan kebendaan juga harus dipertimbangkan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Gunakan cara komunikasi berkesan dan bertanya apakah feadah yang diperlukan. Tidak ada jalan lain nak mengetahui isi hati seseorang kecuali
bertanya. Menyoal atau bertanya untuk mencari kelemahan.
Tunjukkan minat anda.
Layan percakapannya. Jangan sampai dikuasai. Tanyakan soalan sehingga dia letih menjawab. Jangan nyatakan pandapat anda dulu. Simpanlah dulu. sabar. Sekiranya dia menyedari kelemahan dari hujahnya, dia akan menerima pandangan anda. Akhir sekali kalau idenya baik terima sajalah. Bagaimana anda mengetahui dia belum bersedia menerima pandangan anda? 1.
Soalan ditanya soalan remeh-temeh. Kadang-kadang tidak ada jawapan.
2.
Soalan yang ditanya berulang-ulang.
3.
Mereka memberi ide bertentangan dengan anda, ingat manusia mempunyai ego yang tinggi. Mereka tidak sabar menunjukkan kepandaian mereka.
Bagaimana anda mengetahui mereka bersedia menerima pandangan anda? 1.
Membuat kenyataan yang ragu-ragu. Masa ini anda boleh menyerang. Dia bersedia untuk dipujuk dan mendengar.
2.
Bertanya soalan yang relevan. Dia mula bertanya mengguna keadah 5 H.
3.
Dia nak tahu feadah yang diperolehi.
Cara memujuk terima ide baru.
Seringkali anda menghadapi masalah
memujuk orang menerima ide baru. Tak kiralah ide itu dari anda atau dari ketua anda. Individu yang keras kepala selalu menentang tidak kiralah ide itu baik atau tidak. Anda yang telah berjaya mengenalpasti orang penting seperti
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
dalam bab sebelum ini. Apa yang anda lakukan adalah mengunakan mereka ini untuk menyampaikan ide anda. Bagaimana memujuk mereka menerima pendapat anda. Anda cuba naikkan egonya.
Resionalkan dia.
Biar dia fikir ide baru itu adalah dirinya sendiri
walaupun itu ide anda. Kalau ide baik biarlah bagi kelebihan pada dia. Biarlah dia merasa dan mempercayai dialah punya ide itu. Apa yang anda perlu buat adalah mencadangkan ide menggunakan pendekatan ide bersama. Gunakan perkataan
“kita”
dan
minta
pendapat
dia
tentang
cadangan
anda.
Pertimbangkan cadangan dia, kalau baik. Tidak salah kalau ide dia dapat memperkayakan ide kita.
Asalkan maktlamat anda tercapai.
Cara yang
hendak dilakukan tidak penting. Ada beribu cara nak lakukan sesuatu. Kalau cara yang dapat memberi kebaikan dan keselesaan kepada dia, terima sahaja. Apa yang penting adalah ide kita dapat diikuti. Percayalah mereka suka membuat sesuatu kerja yang mereka sendiri cadangkan. Cara dia. Matlamat anda tercapai.
Jangan Gopoh. Anda kena bersabar. Anda perlu masa supaya
pokok dapat berbunga dan berbuah. Mereka akan membuktikan kepada anda dengan bekerja sungguh-sungguh.
Bagi mereka yang masih menentang pendekatan seterusnya adalah dengan menyoal.
Permudahkan soalan anda. Jadi pendengar yang baik. Timbulkan
rasa penting dirinya. Rangka soalan dengan baik. Soalan hendaklah khusus kepada maklamat anda. Tekankan perkara utama. Juga kepada perkara yang dapat menarik minatnya.
Tanyalah soalan yang mudah difahami. Kata-kata
anda hendaklah jelas dan tepat.
Tanya satu persatu isu. Jangan gelojoh.
Arahkan soalan kepada jawapan yang khusus. “selain dari itu”.
Gunakan “mengapa” dan
Ingat apabila dia menerima kelemahan dalam hujah dan
pendapatnya dia akan menerima pendapat anda. Oleh itu beri peluang dia
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
bercakap. Lebih baik dia menyedari kelemahannya sendiri. Kalau ditadirkan oleh Allah, Ide tadi bertambah baik. Terima saja.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
7 Membina Pertahanan Dan Menyerang. Ramai orang yang baru masuk kerja atau lepasan universiti tidak mengetahui cara berhadapan dengan kerenah pegawai-pegawai yang telah lama bekerja. Berbagai masalah yang akan mereka hadapi. Anda mungkin adakalanya terlalu berpengaruh sehingga menjejaskan pegawai-pegawai ini. Namun begitu persediaan macam mana anda harus buat untuk menangkis serangan mereka. Permainan bolasepak umpamnya mempunyai strategi menyerang dan bertahan. Dalam permainan catur juga anda kena ada pertahanan yang kuat sebelum menyerang. Dalam pekerjaan dan organisasi juga ada yang menggunakannya. Mungkin anda secara sedar atau tidak anda telah mengunakan strategi ini. Nak atau tidak anda kena tahu strategi ini. Ramai pakar mengakui strategi yang terbaik adalah bertahan. Untuk membina pertahan yang baik anda kena tahu apa tugas, urusan, bidang dan berpengetahuan luas. Anda kena mula dari sekarang belajar dan dalami bidang tugas anda. Tiada jalan mudah untuk berjaya.
Ilmu pengetahuan adalah
perlindung yang utama untuk menjadi seorang yang hebat. Orang yang mempunyai kuasa pinjam atau mereka yang berselindung disebalik kuasa orang lain tidak dapat mengatasi kuasa ini. Orang begini tidak berupaya menandingi anda. Ramai orang yang bijak berkata untuk bertahan anda kena menyerang. Menyerang dalam pihak yang bertahan. Anda bertahan sambil menyerang. Tak faham. Teruskan membaca.
Isu dan tuduhan yang dibuat oleh orang yang
ingin menyerang perlu dibalas dengan cara berikut:
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Jawab soalan dengan soalan. Minta dia membuktikan apa yang dikata olehnya. Sering menggunakan perkataan mengapa atau apa maksud awak? Gunakan teknik telinga pekak. Tidak hiraukan apa dia kata. Penyerang akan berputus asa dan berlalu.
Kalau tidak berjaya gunakan pendekatan menangani
konfrantasi.
Pertama – anda kenalpasti apa yang sebenarnya menyebabkan kemarahan tersebut. Apa yang dirasakan telah melanggar atau menidakkan hak kita dan hak atau kebenaran yang mana yang telah dilanggar.
Kedua – kenalpasti tingkahlaku yang sangat melampau dan menyakitkan dan kenapa berperasaan sedemikian.
Ketiga – memberitahu orang itu secara langsung atau terus bagaimana tingkahlaku yang melampau itu menyebabkan kita marah dengan menggunakan kenyataan “saya”. Contoh : Saya marah apabila ……
Keempat
–
setelah
memberikan
kenyataan
“saya
…“
barulah
dapat
mengenalpasti langkah-langkah pembetulan untuk menyelesaikan konfrantasi.
Kelima – apabila telah menentukan langkah-langkah pembetulan untuk menangani konfrantasi yang berkenaan beri ruang kepada orang yang berkenaan untuk mengingati matlamat asal.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Keenam – menangani kemarahan dengan pihak yang berkonfrantasi dengan cara yang sesuai sehingga kemarahan itu reda.
Budaya orang Melayu jarang menyerang dengan berdepan. Sopan santun dan budi bahasa amat tinggi.
Mereka sering menggunakan kiasan. Umpama nak
tarik benang dalam tepung. Biarlah benang tidak berselerak. Kadang-kala serangan anda akan terima ketika bermesyuarat atau semasa di pejabat. Orang yang baru seringkali gagal membina pertahanan atau tidak bersedia bertahan dengan fakta dan hujah penyerang. Lawan anda selalunya membuat ugutan untuk mendapatkan kuasa. Adakah mereka berkuasa?
Ada pelbagai situasi yang menyebabkan anda diserang. Ia selalu ditimbulkan kerana ketidakpuasan sesuatu pihak. Apa yang anda buat, cadang, urus, ikhtiar, praktik tidak disokong oleh setengah pihak.
Anda tiada jalan lain kecuali menguasai dan mengawal orang yang sebenarbenarnya berkuasa. Disini saya ingin ulangkan kembali. Anda kena tahu apa yang dikehendaki, disukai, dibenci, kebiasaan atau suatu yang luar biasa orang yang sebenar-benarnya berkuasa ini. Anda telah mengetahui perkara di atas anda akan membantu dia mendapatkannya. Contohnya; Kalau dia suka anda hantar kerja tepat pada masanya. Jangan lengahkan kerja. Kalau di tidak suka anda datang lewat. Anda kena turun kerja awal. Kalau menghantar laporan dia suka guna font Times Roman gunakanlah font yang dia suka. Kesimpulannya jangan dijadikan musuh orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Kuasa mereka adalah pertahan yang terakhir yang anda ada.
Saya selalu berjumpa peserta kursus yang sering meluahkan rasa tidak puas hati
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
dengan ketua, penentang ketua. Lebih 80% adalah guru-guru yang telah lama bekerja tidak suka kepada pengetua atau tidak setuju dengan tindakan pengetua. Mereka selalu mengkritik dibelakang.
Membenci dan mengkritik bukan jalan
penyelesaian untuk mempengaruhi orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Bapa saya pernah berpesan kalau ada pun orang yang sebenar-benarnya berkuasa yang kita benci, ingat satu masa kita kena berdepan atau menggunakan kuasa dia untuk membantu kita.
Satu lagi, kesilapan orang yang baru tidak tahan menerima kritikan yang pedas dari ketua.
Ketua yang pernah menjadi pekerja di zaman penjajah selalu
bersikap biadap dan mengkritik yang melampau.
Contohnya, saya pernah
bekerja dengan bekas Polis agaknya mereka memang dilatih cara ini. Cara yang mudah menghadapi mereka adalah “masuk telinga sebelah keluar telinga sebelah”. Sabar dan layan hati perasaan supaya dapat menerima. Ini adalah ujian rasa hormat kita pada dia. Saya selalu menanggap mereka sebagai bapa atau datuk kita. “Orang tua biasalah”. Senyum adalah ubat paling mujarab. Ingat apa yang telah kita buat “kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang”.
Orang yang sebenar-benarnya berkuasa begini biasanya ingin
menunjukkan kuasanya. Selepas mereka pencen atau tidak bekerja kuasanya akan hilang. Rasa hormat anda mungkin pada masa mereka berkuasa. Pendekatan begini tidak sesuai di masa ini. Ia sudah ketinggalan zaman. Buat masa ini mereka masih berkuasa. Anda kena ikut arus, kalau tidak tahan boleh berhenti dan cari kerja lain.
Sampai bila anda nak mencari ketua yang
sempurna.
Keadah pujian yang dinyatakan juga mempunyai kesan tidak baik kalau tersalah cara dan keadah. Ketua akan merasa pujuan tidak ikhlas dan seolah-oleh orang bawahan mempunyai kelayakan untuk memuji. Asas pujian adalah memuji
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang jarang beliau lakukan tetapi telah dibuat dengan baik dan berjaya. Maka ini adalah masa yang sesuai untuk memuji. Contohnya, apabila dia berjaya membuat slid powerpoint sendiri dan tidak pernah membuatnya sebelum ini. Maka pada masa ini anda dikatakan layak memuji.
Selalu gunakan teknik memuji menggunakan bahasa badan seperti
mengangguk-angguk, isyarat jari atau apa-apa isyarat badan yang sesuai adalah lebih selamat.
Ingat orang yang sebenar-benarnya berkuasa tidak suka
pengampu/pembodek. Naikkan egonya dengan pujian kepada perkara yang tidak berapa diketahuinya. Jangan puji perkara yang dia sudah tahu. Puji pada masa kita tidak harap sesuatu darinya. Anggaplah orang yang sebenar-benarnya berkuasa seorang yang istimewa. Orang yang sebenar-benarnya berkuasa biasa sudah masak dengan puji-pujian begini. Dia tahu siapa pengampu dan siapa cakap tidak serupa bikin. Asas adalah anda jangan setuju atau nampak menjadi pak turut kepada semua perkara. Perkara kecil anda boleh kritik tetapi dengan cadangan yang boleh memperbaiki bukannya kritik kosong. pendekatan perkataan “dan bukan tetap ”.
Gunakan
Perkara pokok atau asas anda kena
diikuti asalkan tidak melanggar batas adat dan undang-undang.
Paling hebat
anda sudah tahu bearing/arah percakapan mereka. Contohnya jika anda tahu dia bersetuju dengan keadah A, sebelum dia memberi pendapat anda akan memberi komen yang positif tentang keadah A. Hebat bukan pandang anda sama. Risik dulu. Pasang kaki. Itulah gunanya maklumat yang anda kumpul.
Pandu arah supaya kita mencapai matlamat bersama.
Apa juga cara yang
digunakan susah atau senang. Arah dan matlamatnya kena satu. Mencapai apa sahaja matlamat anda, syarikat dan organisasi mahu. Apa juga perbalahan yang anda hadapi hendaklah balik kepada matlamat asal.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
8 Keadah Mengkritik Mutiara kata yang dapat dipetik berkaitan kritikan:Cara menghadapi kritik ialah bersikaplah kukuh seperti pohon beringin, tetepi tetep rendah diri. Eleanor Roosevelt
Mengkritik tidak bererti menentang, memuji tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir baik. S.H.ALATTAS
Mengkritik
dengan
kata-kata
kasar
merupakan
petanda
sempitnya
perbendaharaan kata yang dimiliki atau kurangnya kebijaksanaan dalam menilai sesuatu, atau kedua-duanya. (Tiada nama)
Tugas anda yang paling penting dalam hidup adalah mengkritik fikiran, perkataan dan perbuatan anda sendiri. Ray Newton Beberapa perkara yang harus di elak semasa mengkritik; 1.
Menghindari dari perasaan marah, kekecewaan, sakit hati dan meradang
2.
Elakkan perkataan “selalu”, “tidak pernah” atau “paling teruk” jika terlalu banyak digunakan kakitangan akan defensif.
3.
Elakkan menyamakan seseorang dengan sifat negatif
4.
Elakkan dari mendengar khabar angin atau gosip sebelum membuat kritikan dan pastikan anda ada bukti yang kukuh
5.
Elakkan kakitangan merasa malu dan jaga harga diri mereka, gunakan perkataan “ Ini mungkin dapat membantu…” atau “ Ini ada satu idea…”
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Apa yang anda harus lakukan. 1.
Berterus-terang. Cakaplah dengan jelas dan membuat bahasa kiasan mungkin tidak dapat menyampaikan niat anda.
2.
Pastikan kritikan anda akan dapat mengubah mereka bertambah baik.
3.
Bersikap jujur dan positif. Jika anda berniat baik kenapa perlu teragakagak.
4.
Cara yang sebaiknya adalah membetulkan kesalahannya, bukan orangnya
Orang bercakap. Anda mendengar. Hebatnya ketua yang dapat mengamalkan cara ini. Kata-kata hikmah menyatakan kelebihan mendengar antaranya adalah seperti berikut:•
Dengarlah dari satu pihak maka anda akan berada dalam gelap; dengarlah daripada kedua-dua belah pihak maka semuanya akan terang (Halibuton)
•
Orang yang pandai mendengar itu beruntung, malah lebih beruntung daripada orang yang pandai bicara (R.J Botkin)
•
Pendengar yang baik, tidak sahaja popular dimana-mana tetapi yang jelas ia menjadi orang yang banyak tahu. (Wilson Mizner)
•
Kita selalu mendengar penyataan,”Dia terlalu banyak bercakap,” tetapi pernahkah orang mendengar kritikan, ‘Dia terlalu banyak mendengar?”(Norman Augustine)
Keupayaan menjadi pendengar yang baik sangat penting sebagai ketua. Ia membantu anda membina hubungan di pejabat sebagai kakitangan baru. Saya juga telah menyatakan kemahiran mendapat maklumat. Matlamat utama anda mendengar adalah kerana anda ingin mendengar komen, kebimbangan dan idea orang lain.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Saya ingin bertanya. Pernah anda berjumpa dengan orang yang terus-menerus bercakap tentang diri sendiri. Ketika seseorang sedang bercakap tiba-tiba dia mencelah, memotong percakapan.
Apa pendapat anda tentang orang yang
begini. Sikap begini dikatakan membosankan dan mementingkan diri dan ego mereka. Pemimpin hebat hendaklah bersabar. Tahankan rasa ingin memberi komen ketika mendengar orang lain bercakap. Beri peluang kepada mereka meluahkan masalah peribadi, rungutan, kebimbangan dan kesangsian mereka. Beri respon yang menunjukkan anda sedang mendengar mereka. Beri perhatian dan tumpuan dengan penuh minat. Berikan penghormatan kepadanya. Jangan buat kerja lain semasa bercakap. Pastikan mata anda memandangnya. Percayalah anda akan lebih dihormati. Jika anda dapat melakukan ini kelebihan adalah dipihak anda.
Ajukan pertanyaan tentang apa-apa sahaja supaya dia seronok. Tanya tajuktajuk yang berkaitan yang menarik minat mereka. Tanyalah apa sahaja yang membolehkan mereka membuka mulut kepada anda. Jadilah pendengar yang baik dengan memberi tumpuan kepada maksud yang tersirat. Mereka sering menggunakan pelbagai cara yang hanya nak nyatakan satu perkataan mudah saayyaa bbeennccii kkeeppaaddaa kkeettuuaa ssaayyaa”. Perhatikan nada suaranya, riak muka, kelakuan, “s pergerakan tangan dan badannya.
Pengalaman saya dengan kawan dan staff mengajar bukan semua masalah yang diajukan kepada kita memerlukan bantuan kita. Kebanyakannya mereka nak kita mendengar mereka. Hebat kuasa mendengar kalau kita gunakan dengan cara yang betul.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
10 Sentuhan Kemanusiaan Pemimpin yang mempunyai sentuhan kemanusiaan akan dihormati dan disegani. Menurut Kamus Dewan ''sseennttuuhhaann'' bermaksud "kena sedikit" manakala 'kemanusiaan' adalah "perihal manusia".
Pemimpin yang bagaimana boleh
dikatakan ada sentuhan kemanusiaan. W.J Brown menyatakan "kunci rahsia untuk menemukan unsur kemanusiaan pada orang lain ialah kita sendiri berperikemanusiaan. Ibn Khaldun menyatakan "ketuanan yang baik adalah sama dengan kelembutan". Pemimpin yang mempunyai kelembutan adalah mempunyai hati budi dan berbuat kebajikan dan mengambil berat. Ibnu khaldun menambah seorang pemimpin yang gemar menghukum akan menyebabkan orang bawahan akan berusaha melindungi diri dengan cara berdusta, bermuslihat dan penipuan. Seorang pemimpin yang disegani ialah baik hati budinya dan membela nasib mereka yang dibawah pimpinannya. Olehitu, seorang pemimpin yang mahu berkuasa mesti mempunyai sikap melindungi orang yang dipimpinnya. Kepentingan sentuhan kemanusiaan adalah seperti berikut:1.
Mengawal tindakan dan sikap orang lain
2.
Akan dihormati dan sentiasa beroleh kuasa tanpa had.
3.
Mudah mendapat kawan dan kurang musuh.
4.
Arahan dan nasihat mudah diikuti.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Cara mendapat sentuhan kemanusiaan.
Memberi tugas berdasarkan kemampuan . Tugas yang diamanahkan hendaklah diselesaikan. Sebagai ketua adalah menjadi tugas anda memberi arahan menyelesaikan kerja atau tanggungjawab. Anda sebaiknya memberi tugas yang mampu dibuat atau dipikul oleh pekerja anda. Kebijaksanaan anda melihat potensi pekerja akan mengelak dia dari dibebani oleh tugas yang tidak upaya dikerjakannya. Ibn Khaldun memetik kisah Ziyad ibn Abi Sufyan, ketika diturunkan oleh Umar dari jabatannya di Iraq. Pertanyanya kepada (Umar)
"Apa alasan tuan Amirul Mukminin, apakah kerana lemah atau khianat?"
Umar menjawab: “Saya tidak memecat kerana satu di antara kedua alasan tersebut. Tapi saya tidak mahu membebankan kehebatan otakmu dibeban (dipundak) manusia".
Tuntutan yang berlebihan dari seorang pemimpin akan membawa padah kepada orang yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang cerewet juga memberi kesan kepada orang yang dipimpinnya. Ini menyumbang kepada tanggapan pemimpin tersebut tidak ada sentuhan kemanusiaan. Menyedari cara atau keadah seseorang menyelesaikan sesuatu masalah adalah berlainan. Anda harus memberi penuh kepercayaan kepada mereka menyelesaikan tugas yang diberi. Matlamat akhir adalah tugas diberi berjaya diselesaikan. Biarlah mereka menggunakan keupayaan mereka bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.
Tolong menolong. Pemimpin adalah mereka yang memberi dorongan. Ini bukan bermakna pemimpin hanya lepas tangan tanpa menolong.
Cara
menolong mungkin berbeza. Banyak cara yang dapat anda fikirkan untuk
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
menolong kakitangan yang dalam kesusahan. Dalam surah al Maidah 5:2 Allah berfirman "Dan saling tolong menolonglah kamu dalam kebajikan dan ketakwaan". Sebagai contohnya ada orang yang dipimpin memerlukan peralatan kerja atau latihan maka adalah menjadi satu kewajipan anda membantu. Ketidakupayaan anda
membantu
akan
menyababkan
anda
dikatakan
hilang
sentuhan
kemanusiaan.
Bantu mereka dapatkan keinginan. James K. Van Fleet menyatakan keupayaan anda menterjemahkan keinginan mereka menjadi realiti menyebabkan anda mendapat kuasa tanpa had. Jadi, keinginan yang bagaimana yang harus anda beri tumpuan. Setiap seorang memerlukan jaminan kerja, persekitaran kerja yang baik, ingin jadi orang penting, naik pangkat, bergaji besar, berjaya dalam kerjaya dan tugas dan dihormati. Mungkin ada banyak lagi yang dapat anda fikirkan.
Saya mengambil contoh ketua satu kumpulan samseng yang selalu
kita lihat dalam cerita Cina di TV . Dia akan cuba memenuhi semua impian anak buahnya.
Hasilnya dia akan mendapat kuasa dan pengikut yang sanggup
berkorban untuknya. Dia mungkin tidak ada sentuhan kemanusiaan kepada orang diluar kumpulannya tetapi sebaliknya bagi kumpulan yang dipimpinnya. Kawan saya Haji Sulaiman seorang imam di sebuah kampung di Kuching, tidak pernah menghampakan sebarang jemputan membaca doa selamat dan tahlil bila dijemput. Ada orang kampung yang menahannya semasa dalam perjalanan balik surau selepas sembahyang Isyak. Beliau akan memenuhi semua harapan dan keinginan mereka.
Sebab itu beliau dipuji dan hebat dimata orang
kampong.
"Ngabas" atau lawat mereka. Ngabas adalah bahasa Sarawak yang bermakna ziarahi. Anda sebagai ketua seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang dipimpin.
En. Azman seorang yang selalu menziarahi
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
kakitangannya yang sakit.
Jika dia mendengar ada kawan-kawannya atau
kakitangan yang terlantar dihospital atau dirumah, dia akan melawat mereka. Saya sering mendengar pujian dari anak buahnya memuji sentuhannya kemanusiaan yang tinggi.
Hadis yang di riwayat oleh Al- Bukhari maksudnya " Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak akan menzalimi (saudaranya) atau membiarkannya terlantar (dalam kesengsaraan).” Yusuf Al-Qaradawi mentafsir perkataan 'terlantar' dalam hadis di atas ialah seorang muslim tidak akan membiarkan saudaranya sesama Muslim terbiar menanggung derita, bahaya dan kesengsaraan secara bersendirian.
Jangan ambil tahu perkara remeh.
Ibnu Khaldun menyatakan kelemahan
seorang pemimpin adalah bersikap terlalu cerewet. Beliau menggunakan perkataan kedunguan (bererti perihal dungu, kebodohan, kebebelan dan ketololan dalam kamus Dewan) bagi mengambarkan perkataan cerewet. Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dalam buku "55 petua orang berjaya" menceritakan seorang pendulang emas tidak melayan lumpur pasir yang perlu disingkir dari dulang. Dia menambah ada perkara remeh yang perlu diambil tahu dan ada yang tidak perlu diambil tahu. Jika tidak ia akan merosakkan. Oleh itu jika sesuatu kerja dapat dilakukan oleh orang dibawah anda tidak perlu anda ambil tahu. Apa yang penting hasilnya.
Ikhlas.
Sentuhan
kemanusiaan
tanpa
keikhlasan
tidak
akan
berjaya.
Walaubagaimana cara anda lakukan. Seorang yang ingin mendapat pulangan daripada sentuhan kemanusiaan yang anda lakukan pasti kecewa kalau dia tidak mendapatkan apa yang dihajati. Seorang yang ikhlas tidak kesan tentang perkara ini. Dr. Danial Zainal Abidin menyatakan dalam bukunya Tip-tip
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
cemerlang Al-Quran perasaan riyak juga adalah pemusnah kepada keikhlasan yang anda buat. Riyak adalah beramal dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Oleh itu, seorang yang ikhlas melakukan sentuhan kemanusiaan tidak akan kecewa sekiranya tidak dapat apa-apa balasan di dunia. Mereka ini mementing pembalasan di akhirat.
Tegur sapa, ramah tamah dan ingat nama. Sapaan atau teguran " Hi., Apakhabar" "Hello selamat pagi" , menangguk kepala atau sekurang-kurangnya senyum. Semakin tinggi pangkat anda semakin tinggi kesan sapaan tersebut. Seorang YB. dikawasan saya, menegur emak saya semasa keluar dari kawasan pembungan undi. Sapaan itu cuma berjabat tangan dan bertanya khabar. Tidak sampai satu minit. Hasilnya emak saya tadi ingat sampai pilihanraya akan datang. Pujian ke atas YB tadi sering kali bermain dibibirnya.
Kesan juga pasti
tinggi bila mereka menyebut nama mereka. Mengingati nama seseorang akan melahirkan perasaan ingin menjadi orang penting, merasa percakapannya didengar dan akan merasa dihormati. Sebagai orang yang baru masuk bekerja anda cuba ingat nama-nama mereka disekeliling anda. Kuasa mengingat nama seseorang telah diakui oleh banyak penulis physiology termasuk Dale Carnegie. Kenapa mengingati nama seseorang penting. Anda yang pernah naik kapal terbang class pertama MAS akan merasa betul-betul dihargai apabila paramugari yang cantik jelita memanggil nama anda. Pasti ada yang terkejut mereka tahu nama anda. Mereka mengetahui nama penumpang daripada senarai nama penumpang. Bayangkan perasaan anda ketika itu. Seorang operator yang hebat di pejabat tempat saya bertugas tahu meningati nama dan nombor telefon mereka yang penting dipejabat. Sungguh luar biasa bagi mereka yang tidak pernah ingin menghafal nama seseorang. Semakin tinggi pangkat seseorang mempunyai kesan yang amat tinggi kepada mereka yang disebut namanya. Rasa bangga ini akan dikenang sehingga ke akhir hayat.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Mengujudkan perasaan kekitaan. Perasaan kekitaan boleh wujud di dalam sebuah organasasi atau kumpulan. Tidak mustahil ia juga wujud di syarikat atau jabatan kerajaan di mana anda bekerja sekarang. Semangat kekitaan yang wujud akan dapat dirasa oleh kakitangan jika wujud hubungan saling perlu memerlukan dan bantu membantu di antara satu dengan yang lain. Perasaan sayang kepada tempat bertugas lahir dari perasaan dalam diri dan dalam organasasi anda. Ia tidak dapat wujud dalam suasana organasasi yang mana, kakitangan sering berbalas dan bergaduh di antara satu sama lain. Sebagai seorang ketua peranan anda adalah untuk mengujudkan atau menyemerakkan semangat kekitaan dikalangan kakitangan anda. Banyak cara yang boleh difikirkan. Semakin kerap anda berkumpul bersama diluar waktu pejabat dan semasa dalam perbincangan dipejabat semakin kuat semangat kekitaan anda. Ada yang berkumpul bersama dalam majlis hari jadi, minum petang bersama, bermain badminton, boling atau futsal bersama dan berkelah bersama. Hari keluarga adalah satu contoh yang baik untuk meningkatkan semangat kekitaan ini. Ibnu Khaldun banyak membincangkan perasaan kekitaan dalam buku beliau bertajuk Mukadimah Ibn Khaldun. Katanya PPeerraassaaaann kkeekkiittaaaann aakkaann m meenngguujjuuddkkaann kkeeddaauullaattaann bbeerrkkuuaassaa yyaanngg sseem muullaajjaaddii.. Anda yang dapat menyemarakkan semangat kekitaan ini boleh dikatakan mempunyai sentuhan kemanusiaan.
Sentiasa Adil. Ketua yang tidak adil dalam menilai orang dibawahnya boleh juga dianggap tidak ada sentuhan kemanusiaan. Pepatah cina ada menyatakan "Betapa pun tajamnya pedang keadilan, ia tidak akan memenggal kepala orang yang tidak bersalah" dan Edward Bond menyatakan anda dapat hidup tanpa kebaikan, tetapi anda tidak dapat hidup tanpa keadilan. Berbagai isu tentang ketidakadilan ditempat kerja sering kita dengar dari media masa masa ini. Kenaikan pangkat di kalangan kaum wanita yang terhad berbanding dengan kaum lelaki. Samsudin Wahab dalam bukunya "Mengurus dan mentadbir pejabat"
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
menyatakan
beberapa
diskriminasi
agama,
jenis
diskriminasi
diskriminasi
bangsa,
seperti
diskriminasi
diskriminasi
asal
jantina,
usul
dan
diskriminasi politik.
Memang sukar nak memuaskan hati semua pihak. Pasti ada yang tidak suka. Anda perlu berusaha bersungguh dalam memberi keadilan kepada orang bawahan. Ramai ketua yang tidak membuat tapisan atau menghukum sebelum benar-benar pasti kepada maklumat yang sampai mengenai seseorang individu yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan. Guru saya selalu berpesan, sentiasa membuat kepastian akan maklumat yang diterima. Hantar orang membuat pemeriksaan atau siasatan. Periksa 2 kali, 3 kali atau 4 kali sampai puas hati. Membuat keputusan setelah maklumat yang sahih diperolehi.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
11 Memahami Politik Pejabat Sebagai eksekutif muda atau pekerja baru anda sering berdepan dengan masalah ini.
Politik pejabat sering digambarkan sebagai suatu yang menganggu
pekerjaan anda. Anda kena melaluinya jika ada berada di dalam pejabat atau persekitaran yang ada politik pejabat. Samsuddin Wahab dalam bukunya yang bertajuk Mengurus & mentadbir pejabat telah memetik tulisan Stephen P. Robbins, menyatakan politik pejabat boleh dibahagikan kepada dua iaitu tingkahlaku manusabah dan tidak manusabah. Rungutan terhadap ketua, melanggar tatasusila hierarki jawatan, tidak patuh kepada arahan dan dasar dan membentuk pakatan adalah tingkahlaku manusabah. Sabotaj, whistle-blowing (seseorang yang memberitahu orang lain kepada pihak yang berkuasa tentang perkara yang tidak sihat berlaku ditempat kerja) dan protes simbolik. Samsuddin Wahab menyatakan faktor penyumbang politik pejabat adalah individu dan organasasi. Antara ciri-ciri individu ini adalah berani menonjol kuasa diri dalam melakukan sesuatu yang ekstrem dalam organasasi, tidak perduli perasaan orang lain, mempunyai menonjol diri yang tinggi dan mempunyai keyakinan menguasai persekitaran organasasi mereka. Politik pejabat akan mengakibatkan banyak permainan politik yang melibatkan aktiviti yang tidak beretika kerana banyak pembohongan dan fitnah yang tidak terkawal. Ini sudah tentu menjejaskan kuatiti keseluruhan organasasi.
Faktor yang membolehkan anda bertahan dalam politk pejabat adalah berakhlak yang mulia (moral), dayafikir yang matang, kedudukan anda, perancangan yang berhati-hati, maklumat yang lengkap/ sempurna, keputusan tegas dan cepat dan tindakan tepat pada masanya.
Banyak perkara yang harus difikir sebelum
terlibat dalam politik pejabat. Seringkali kelemahan eksekutif baru atau yang
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
lama dalam menangani politik pejabat adalah kegagalan membuat penilaian situasi. Sun Tzu pahlawan Perang terkenal mengariskan tiga perkara dalam membuat pernilaian situasi Faktor diri, faktor musuh dan faktor persekitaran.
Faktor diri dan musuh hendaklah diambilkira dari segi analisa kekuatan dan kelemahan. Siapa yang lebih kuat dan mempunyai keupayaan dan berupaya melaksanakan arahan. Membuat jangkaan tepat tentang peluang berjaya dan gagal adalah sangat penting.
Faktor diri. Jika anda tahu kekuatan diri anda, tidak mustahil anda akan berjaya dalam mengharungi politik pejabat. Cuba anda fikirkan apakah kekuatan yang ada pada bahagian kepala anda, maksud saya otak atau akal fikiran.
Anda
boleh senaraikankan, contohnya saya seorang yang mempunyai semangat yang tinggi, suka menolong orang lain, banyak kawan atau banyak “contact” berfikiran positif dan lain-lain lagi. Seterusnya senaraikan kekuatan hati dan tangan anda. Setelah mengetahui kekuatan ini anda perlu tahu kekuatan dalaman anda. Jika anda tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain dan anda boleh membuat pertimbangan sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain maka anda dikatakan mempunyai kekuatan dalaman. Sejauh mana kekuatan itu anda saja yang tahu. Antara perkara lain yang harus ada adalah cekap, berani, jujur, boleh dipercayai, matang, mahir, bijak, tegas, berdisplin dan adil. Adakah anda berupaya melawan? Adakah anda mempunyai pasukan atau orang yang akan membantu? Adakah anda berada dalam situasi dapat memberi arahan dan melaksanakan undang-undang yang berkesan? Adakah anda dapat mengenakan denda atau hukuman?
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Faktor musuh.
Kalau tidak ada musuh jangan cari musuh. Ada pepatah
menyatakan 'hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda, iaitu anda sendiri'.
'Musuh kita adalah sahabat kita, kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita' (Nabi Muhammad s.a.w.).
Mengenal siapa yang menjadi musuh anda dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka ini adalah yang tidak suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? Jawatan mereka? Keupayaan mereka mempengaruhi? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri. Anda juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda.
Faktor persekitaran. Bagi faktor persekitaran, analisis peluang dan ancaman perlu di buat. Siapa yang lebih berpengaruh, siapa yang dapat feadah dan kepentingan. Faktor ini juga penting untuk anda bertindak atau tidak. Anda kena tahu peluang dan ancaman yang anda akan hadapi dari persekitaran anda. Ancaman dari manusia, undang-undang dan kerja. Apa yang anda mendapat feadah dan kepentingan jika terlibat dalam politik pejabat. Suasana pejabat anda, pejabat yang aman dari politik pejabat adalah impian semua. Kaji keadaan pejabat anda adakah ia cepat berubah macam cuaca? Umpamnya budaya kerja, hubungan antara manusia, semangat kekitaan, hormat menghormati dan banyak khabar angin dan fitnah disana-sini. Beberapa perkara lain juga perlu diambil kira seperti undang-undang pejabat, peraturan yang nyata dan tidak nyata. Ada peraturan yang yang dibuat tidak tertulis dan sudah menjadi budaya kerja sesuatu pejabat.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Perlukah anda terlibat? Anda kena tahu, adakah anda hendak terlibat dalam politik pejabat atau tidak. Fikirkan beberapa perkara seperti feadah nyata, kemungkinan pertahanan.
kemenangan,
sebagai
tindakan
terakhir
dan
kekebalan
Sekira anda tidak bersedia terlibat dalam politik pejabat. Jalan
yang paling selamat adalah membuat persediaan dengan perteguhkan pertahanan dan memperkukuhkan sumber iaitu ilmu dan pengaruh.
Dan,
sekiranya anda terpaksa terlibat dalam politik pejabat anda akan memula memikirkan strategi dan arahtuju anda. Gunakan formula gerak saraf dibawah:
Dari berbagai sumber seperti risikan, media dan persekitaran Tapis
MATLAMAT
ubah
PERANCANGAN / STRATEGI
TINDAKAN
HELAH
GAGAL
BERJAYA
Maklumat. Banyak maklumat yang diterima. Anda perlu tahu cara membuat penapisan kepada maklumat yang boleh digunakan atau tidak. Gerak saraf adalah sesuatu perkara atau perbuatan, helah dan usaha untuk mempengaruhi orang dalam kumpulan atau dalam organasai anda.
Kalau
Perang Saraf biasanya melibatkan musuh atau mereka diluar lingkungan anda. Saya tidak berminat menerangkan perang saraf kerana ia tidak berapa sesuai digunakan di pejabat. Keburukannya lebih dari kebaikan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Matlamat. Apakah maktlamat akhir anda? “Goal” anda. Maktlamat biarlah berperingkat-peringkat.
Maktlamat hendaklah jelas.
Nampak dan boleh
dibilang. Maktlamat yang tidak jelas menyebabkan anda tiada arah dan akan hanyut dalam tindakan anda. Perancangan hendaklah jelas.
Anda kena jelas sasaran anda. Perancangan
yang baik akan membuahkan hasil yang menepati maktlamat anda. Banyak perkara harus dipertimbangkan diperingkat ini. Biarlah anda sudah mengetahui kesan dan akibat sebelum ia benar berlaku. Ia pasti akan menyediakan anda darisegi mental dan fizikal. Tindakan dan Helah. Ini adalah satu perkara yang amat sukar kerana anda kena tahu keadah yang sesuai yang akan anda gunakan. Dua keadah yang biasa digunakan adalah keadah lisan dan visual (boleh lihat).
Keadah lisan
melibatkan bagaimana anda menyampaikan sesuatu perkara secara mulut ke mulut.
Anda juga boleh mengunakan mereka yang anda boleh percayai.
Maklumat adalah sesuatu yang cerita atau ungkapan percakapan yang boleh memberi anda peluang dan kelebihan mencapai maktlamat anda. Perkataan kosong tanpa disokong dengan fakta hanya sia-sia sahaja. Oleh itu kena disertai dengan suatu yang nampak (Visual).
Bahan bercetak seperti flyer yang isinya
mengandungi maklumat yang dapat meresional pembaca dan meyakinkan sesiapa yang membaca.
Perkataan propaganda mugkin agak kasar sedikit.
Tetapi ini adalah suatu yang sering digunakan oleh ahli politik. Setiap hari dalam television begitu banyak ungkapan dan cerita gerak saraf dimainkan. Menjelang Pilihanraya anda selalu dapat melihat gerak saraf dimainkan. Kalau anda atau auda kata Orang Brunei, melihat siaran setiap hari di TV Brunei anda akan nampak apa yang saya maksudkan. Mereka menyiarkan gerak saraf yang akan menyebabkan rakyat Brunei sangat sayangkan Sultan mereka.
www.happysus.blogspot.com
Dalam
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
sejarah Islam Khalid Al-Walid juga menggunakan banyak tipu-helah untuk menang dalam peperangan. Keadah yang selalu digunakan adalah pura-pura berundur dan musuh akan diserang dari penjuru kiri dan kanan. Nabi Muhamad s.a.w sendiri merupakan pakar taktik yang hebat sehingga dapat menawan kubu Khaibar yang dikatakan mempunyai sebanyak 7 lapis kubu dan kubu yang paling kuat pada zaman itu. Perang Khaibar menyaksikan kebijaksaaan Nabi Muhamad s.a.w. menggunakan seorang pengembala kambing sebagai agen perisik untuk mengetahui bilangan tentera di dalam Kubu Khaibar. Pengembala kambing itu memberitahu berapa jumlah ternakan yang disembelih setiap hari dalam Kubu Khaibar dari sini baginda dapat mengagak jumlah sebenar tentera musuh. Sebelum menyerang Rasulullah telah membawa peralatan perang canggih
iaitu peralatan "manjanik" iaitu lastik besar yang
diletak batu atau guni berat di atasnya dan hasil rampasan perang sebelumnya. Sahabat dihantar belajar menggunakannya dari mereka yang mahir.
Inilah
persediaan awal baginda. Ia umpama peluru berpandu pada masa sekarang. Keadah dan peralatan yang digunakan oleh baginda Rasulullah dapat menjangkaui hingga ke dalam kubu. Baginda menggunakan pelbagai helah dan membuat kepungan. Berbagai stretegi termasuk risikan. Berjaya dan gagal semuanya bergantung kepada asal matlamat anda. Kalau gagal anda kena lihat kembali apakah matlamat anda. Anda kena mula dari awal.
Kalau berjaya anda telah mencapai maktlamat akhir anda.
fikirkan sangat keputusan 100%. Sukar nak mencapainya.
www.happysus.blogspot.com
Jangan
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
12
Keadah Risikan
Gerak saraf tidak dapat lari dari membuat kerja risikan.
Anda tidak perlu
gunakan tip ini jika merasa terlampau berat. Walaubagaimanapun saya cuma menerangkan kepada anda sebagai bekalan anda. Pengetahuan tentang risikan merupakan satu yang dapat membantu anda dalam banyak bidang terutama mendapat maklumat.
Buku “Jihad The Scret War in Afgahanistan” oleh Tom
Carew, "My Jihad" oleh Aukai Collins contohnya mengambarkan kehebatan Mat Salleh dalam dunia perisikan. Ini merupakan propaganda yang dimainkan oleh dunia barat.
Mereka ingin menyatakan mereka hebat.
Keadah peperangan
timur, The Art of War oleh Sun Tzu telah digunakan oleh barat hingga ke hari ini. Amerika Syarikat menawan Iraq menggunakan keadah yang dipelajari dari Sun Tzu. Dalam buku The Art of War tersebut menyatakan kehebatan keadah peperangan atau taktik perang yang dilakukan. Agen Mossad, CIA dan Special Brunch ini adalah perkataaan yang biasa kita dengar dan sering dikaitkan dengan risikan. Mereka mahir dalam pelbagai taktik dan cara. Asas taktik ini adalah mengucar-kacirkan pertahanan musuh. Memisahkan kuncu-kuncu dan ketua supaya mereka jadi lemah. Akhir sekali membuat keadaan yang tidak stabil atau kucar-kacir, tunjuk perasaan dan cantas mencantas antara satu sama lain. Apabila keadaan dah jadi tidak terkawal maka mudahlah serangan dibuat. Di dalam peperangan risikan merupakan salah satu perkara yang penting untuk menang. Amerika menawan Afghanistan dengan mengupah ramai talibarut yang dirasuah bekerja sebagai perisik untuk mereka. Mereka ini dibayar dengan lumayan untuk memberi maklumat dan menyampaikan maklumat. Mereka ini merupakan puak yang kecil yang ditindas dan mereka yang menentang pihak
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Taliban.
Dunia perniagaan, syarikat besar mengupah perisik untuk mengetahui maklumat daripada pesaing mereka. Mereka mungkin terdiri daripada bekas pekerja syarikat berkenaan. Mereka ini pasti akan mengetahui banyak perkara tentang syarikat pesaing.
Mereka yang di ambil bekerja untuk itu akan
menghubungi kawan-kawan mereka di Syarikat pesaing untuk mendapat maklumat. Jadi Syarikat akan melancarkan serangan awal contohnya, menurunkan harga atau mengeluarkan produk yang sama lebih awal menyebabkan pesaing tidak dapat bertahan.
Pasukan McLaren F1 telah didenda $100 million oleh World Motor Sports Council kerana menggunakan maklumat teknikal sulit dipunyai oleh Ferrari. Menurut Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Kes yang melibatkan McLaren dilaporkan melibatkan mengandungi
166-mukasurat
maklumat
terperinci,
“dossier” atau satu set kertas yang termasuk
pertukaran
e-mail
yang
membincangkan tentang Ferrari di antara De la Rosa pemandu uji and Alonso, termasuk perbualan telefon terperinci. Ferrari juga membuka kes perundangan berasingan terhadap bekas juruteranya, Nigel Stepney yang menyerahkan infomasi kepada ketua pereka McLaren Mike Coughlan.
Parti Politik juga memasang talibarut untuk memecahbelahkan perpaduan parti lawan.
Parti Komunis juga berjaya memasang 3 orang talibarut mereka dalam
Umno. Datuk Abdulah Ahmad, Datuk Abdul Majid dan Khalil Akasah telah ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebar fahaman Komunis pada 2 Nov. 1976. Datuk Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid merupakan pembantu kanan kepada Tun Abdul Razak semasa hayatnya. Mereka ini telah ditangkap dan dikenalpasti sebagai agen Parti Komunis.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Pada masa pilihanraya contohnya, agen risikan ini akan dipasang untuk mengetahui apakah stretegi parti lawan. Ketidakupayaan pihak SUPP menanam perisik dalam parti lawan menyebabkan mereka diserang pada tengah malam sebelum hari mengundi dalam pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun lalu. Pihak Parti DAP mengunakan gempur ala-gorila dengan membawa pemimpin tinggi DAP dari Kuala Lumpur. Mereka juga menggunakan kesempatan tengah malam bergerak cergas di kawasan perumahan dan mengedarkan risalah. SUPP tidak dapat menjawab segala tuduhan atau isu yang dimainkan. Sebaliknya parti lawan mungkin ada menyemai perisik untuk melumpuhkan parti SUPP. Dikatakan ada perpecahan dari dalam parti itu sendiri. Ini mungkin petanda awal wujud perisik. Memang ia sukar nak dibuktikan. Perisik tidak tidak akan menyatakan mereka perisik walaupun dengan isteri mereka sendiri. Satu contoh yang jelas apabila perjumpaan sulit 5 Ahli Dun kawasan Kuching dengan Supt. Jabatan Tanah dan Survei beberapa hari selepas penamaan calon pilihan raya telah diketahui oleh parti DAP.
Ini telah mengujudkan suasana tegang di
pejabat berkenaan bila pihak DAP juga mahu hadir. Parti politik yang tidak menyemai perisik ini akan tewas sebelum pengundian dijalankan.
Ini juga
bukan fakta kerana banyak faktor lain yang menyumbang kepada kemenangan dalam DAP dalam pilihanraya Negeri Sarawak. Soalnya, bagaimana nak dapat maklumat kalau tidak ada risikan?
Kenapa perlu kita ketahui risikan. Tidak rugi anda tahu ilmu risikan bukan. Sekurang-kurangnya anda dapat mengenal perisik dengan mengetahui jenisjenis perisik. Menutut Wan Azmi Ramli, dalam buku beliau “Strategi dan Taktik bertindak” membahagikan Perisik kepada 5 jenis.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
1. Agen Perisik tempatan (native); Adalah terdiri daripada orang negara musuh atau dalam parti lawan atau daripada syarikat pesaing.
2. Agen perisik Dalaman (inside); Mereka terdiri daripada pegawai yang bekerja untuk musuh. Ciri-ciri mereka yang boleh diambil sebagai perisik dalaman adalah seperti berikut:•
Pegawai-pegawai yang bagus yang telah diketepikan kenaikan
•
pangkatnya, melakukan kesilapan dan dihukum.
•
Kaki ampu yang ingin mendapat keuntungan.
•
Mereka yang tidak memperolehi kedudukan yang dikehendaki.
•
Mereka yang ingin merebut peluang masa susah untuk diri sendiri.
•
Mereka yang tidak tetap pendirian, talam 2 muka.
Mereka ini akan diberi ganjaran yang lumayan yang boleh menambat hati mereka. Kemudian boleh bergantung kepada fakta yang mereka berikan untuk menentang kita. Mereka ini boleh mengwujudkan keretakan dan mengujudkan suasana yang tidak harmoni.
3. Agen Perisik dwihala (doubled); mereka adalah pengintip pihak musuh yang kita gunakan. Apabila pihak lawan menghantar perisik mereka ini akan di rasuah dengan kemewahan supaya menjadi agen perisik kita pula.
4. Agen perisik boleh dikorban (expendable); mereka adalah terdiri daripada pengintip kita sendiri yang sengaja kita beri maklumat dan penerangan yang silap.
Kita
sengaja
bocorkan maklumat
yang
www.happysus.blogspot.com
sebenarnya
palsu yang
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
membenarkan agen-agen kita mempelajarinya. Apabila agen ini ditawan musuh mereka akan melaporkan maklumat palsu ini.
5. Agen perisik bergerak-cergas (living); terdiri daripada mereka yang kembali membawa maklumat. Mereka ini merupakan mereka yang bijak, berbakat, matang dan boleh berjaya mendekati musuh. Ciri mereka ini adalah mereka yang pintar tapi nampak bodoh. Mereka yang bahlul tetapi cekal, cergas, tegas, berani, arif dalam hal remeh temeh, tahan lapar, penghinaan dan kutukan.
Kawalan Strategi adalah berkaitan dengan “perang saraf”. Perisikan dengan keselamatan. Keadah mengawal agen ini adalah boleh disamakan dengan suasana perniagaan dan parti politik. Agen perisik hendaklah di ambil daripada mereka yang gagah-berani dan rela sedia menghadapi apa jua keadaan dengan tidak mudah berpaling tadah. Mengawal ketat semua maklumat rahsia merupakan pertahanan dalam peperangan/ pilihanraya/ perniagaan. Segala stretegi yang akan dijalankan perlu dirahsiakan. Bermacam keadah boleh digunakan seperti menggunakan kod rahsia, mengkelaskan stretegi dan maklumat, mengujudkan suasana dan keadaan yang tidak disangka-sangka dan tindakan mengejut.
Kelima - lima agen ini akan bertindak serentak dan mereka tidak tahu keadah operasi diantara satu sama lain. Mereka tidak perlu kenal antara satu dengan lain. Perancang utama adalah ketua kepada agen perisik ini. Contohnya ,Agenagen rahsia menurut Sun Tze menerima arahan dalam khemah jeneral dan mereka intim dan akrap dengannya. Tugas-tugas agen perisik adalah memberitahu maklumat kekuatan musuh contohnya siapa pegawai, jawatan dan pengawal musuh.
Semasa piliharaya misalnya anda perlu tahu siapa ketua
wantia, ketua pemuda dan lain lain jawatan penting parti lawan. Segala
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
pergerakan mereka hendaklah dipantau. Agen yang akan disemai dalam pihak lawan adalah terdiri daripada orang-orang pihak lawan itu sendiri. Mereka pasti tidak mengsyakinya.
Mereka yang dipilih adalah mereka yang tidak puashati dengan apa-apa saja. Tidak puas hati tidak dipilih jadi ketua, merasa diri mereka ditindas, mereka yang nak rasa penting dan walaupun ke peringkat boleh dibeli atau diupah.
Keupayaan mengetahui kekuatan parti lawan akan membolehkan anda membina stretegi melawan. Anda perlu mempunyai pengetahuan sepenuhnya segala-gala aktiviti agen ini. Mereka ini wajib dan mesti dipelihara dengan amat hati-hati dan dijaga dengan sempurna. Pergerakan rahsia penting bagi membolehkan mencapai kejayaan dan kemenangan.
Mengetahui sedikit sebanyak tentang risikan membolehkan persediaan di buat untuk merangka strategi yang berkesan untuk berjaya. Kegagalan risikan akan mengakibatkan kalah dalam peperangan, kalah dalam pilihanraya dan rugi dalam perniagaan.
Kenapa perlu saya mengetahui risikan ini? Apa kaitan dengan anda? Adakah ia perlu untuk saya bertindak seperti di atas. Jawapnya ia dan tidak. Ilmu ini perlu bila keadaan memaksa anda menggunakannya. Tidak. Jika anda takut dan tidak mahu menambah konfrantasi. Maksudnya anda telah bersedia dan menyerahkan bulat-bulat kepada takdir. Silap-silap anda akan tersungkur jika lawan menyerang anda dengan cara tidak anda sangka-sangka.
Oleh itu,
dengan adanya maklumat yang baik anda dapat mengatur gerakan bertahan atau melawan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Strategi melakukan serangan - SUN TZU Mengetahui strategi melakukan serangan akan memberi anda satu kekuatan bertindak balas apabila diserang. Anda juga akan mengetahui bagaimana serangan dilakukan. Anda tidak dapat menjangka bila anda akan diserang. Fahamilah keadah strategi serangan dan bagaimana strategi ini dapat anda gunakan untuk pekerjaan. Fikir sendiri. Ya. Kalau baik fikiran maka baik hasil. Kalau buruk maka buruk hasilnya. Anda sahaja yang mengetahui. Ingat.
Matlamat utama terbaik anda mencapai maktlamat anda adalah
menawan musuh tanpa melakukan apa-apa kerosakan. Memusnahkan musuh adalah satu perbuatan yang kurang baik. Melemahkan musuh tanpa perlu berlawan sesungguhnya adalah puncak tingkat kemahiran itu sendiri. Macam mana nak melakukannya? Apa yang penting adalah mengugat strategi musuh. Menggugat hubungan dengan para sekutu.
Menyerang angkatan
tenteranya atau kuncu-kuncunya. Membuat persediaan peralatan lebih awal dan keadah atau laluan melepaskan diri. Akhir sekali anda kena bersabar. Berikut adalah falsafah peperangan Sun Tzu yang amat terkenal 1.
Apabila kamu sepuluh dan pihak musuh seorang maka kepungkan dia.
2.
Apabila lima kali ganda berbanding kekuatan musuh seranglah dia dari arah hadapan, belakang, timur dan barat.
3.
Sekiranya 2 kali ganda kekuatan, pecahkan mereka.
4.
Sama kuat boleh diadakan pentempuran hanya panglima yang berkeupayaan saja boleh menang.
5.
Sekiranya lemah dari segi bilangan, hendaklah berupaya melakukan pengunduran.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
6.
Sekiranya dalam banyak segi tidak setanding, haruslah berkeupayaan untuk mengelakkanya kerana satu pasukan kecil akan menjadi mangsa pasukan yang lebih besar.
Seorang ketua akan dapat mendatangkan padah kepada orang bawahannya apabila dia :1.
Memberi perintah yang beliau sendiri tidak mahir seperti mara dan undur dalam peperangan.
2.
Mengambil bahagian dalam pentadbiran menyebabkan para pegawai bingung.
3.
Memberi arahan yang dia sendiri tidak arif dengan permasalahan dan perlaksanaan tanggungjawab.
Semua ini akan menyebabkan orang bawahan bingung dan menyimpan syak. Ini akan memberi peluang lawan mancapai kemenangan.
Lima keadaan bagaimana kemenangan boleh diramalkan 1.
Anda tahu bila boleh bertempur dan bila tidak terlibat dalam pertempuran.
2.
Anda faham mengunakan pasukan anda yang sedikit atau ramai.
3.
Pasukan anda boleh bersatu padu dalam mencapai satu tujuan.
4.
Anda berwaspada serta menunggu musuh yang tidak waspada.
5.
Anda mempunyai ketua-ketua yang berkeupayaan dan tidak diganggugugat. ¾Kemenangan yang mana boleh dilihat oleh orang biasa bukanlah suatu puncak kemahiran.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
¾Kenalilah musuh anda dan fahamilah tentang dirimu sendiri; dalam seratus peperangan anda tidak akan terjebak didalam keadaan yang membahayakan. ¾Sekiranya jahil tentang musuhmu dan cuma memahami tentang dirimu sahaja, peluang untuk menang ataupun kalah adalah sama banyaknya. ¾Sekiranya anda tidak mengenali pihak musuh dan dirimu sendiri anda berada didalam keadaan yang bahaya. Maklumat risikan untuk mengalahkan musuh Dalam pekerjaan atau perniagaan sumber maklumat yang tepat dan boleh dipercayai adalah kunci kepada kejayaan sesuatu perancangan. Sumber risikan adalah merupakan maklumat yang diterima dari beberapa sumber dalaman dan luaran. Ia perlu dikumpulkan dan di proses. Semua maklumat yang diterima hendaklah diproses untuk mempastikan ianya tepat dan boleh dipercayai. Saya akan bincangkan keadah mengumpul dan memproses maklumat.
Mengumpul Sumber risikan.
Menanam perisik dalam sesuatu organasasi
adalah suatu kerja yang telah lama dilakukan.
Mungkin mereka ini tidak
menyedari mereka adalah perisik. Dalam masyarakat kita istilah ini adalah sensetif. Soalnya bagaimana nak mendapat maklumat dari mereka? Tidak ada jalan mudah mendapatkan maklumat. Bertanya, melihat dan mendengar adalah satu keadah yang sering digunakan. Anda kena gunakan deria yang ada pada anda. Anda kena hadir dalam lingkungan maklumat tersebut. Kalau maklumat di kedai kopi, anda kena duduk dan minum di situ. Kalau maklumat ada di masjid anda atau orang anda kena berada di situ. Bertanyalah kepada mereka yang berada dalam lingkungan maklumat yang ingin anda dapatkan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
"Panglima Amru" dapat menawan kubu Ajnadain pada tahun 636 m dari askar Rom kerana mendapat maklumat yang tepat. Panglima Amru telah menyamar sebagai perutusan untuk berjumpa Panglima Atravon (salah seorang panglima, kerajaan Rom di bawah Hercules. Ini adalah satu contoh risikan yang dibuat oleh sahabat nabi. Panglima Amru menggunakan ketajaman mata dan pendengarannya apabila berada dalam kubu Ajnadain. Matanya tidak henti memerhati segala penjuru benteng. Dari sini dia akan tahu tempat strategik untuk melakukan serangan. Akhirnya Panglima Islam ini berjaya menawan kubu musuh.
Memproses Maklumat Risikan.
Semua maklumat risikan yang diterima
mestilah diproses untuk mempastikan kesahihan maklumat. Apa yang dikhuatirkan pihak lawan akan yang menggunakan perisik yang dikorbankan atau perisik talam dua muka untuk memberi maklumat palsu. Semua maklumat yang diterima hendaklah direkodkan.
Jangan tapis maklumat pada peringkat
pengumpulan maklumat.
Pada peringkat ini anda kena menjadi seperti seorang saintis. Seorang saintis akan membuat hepotisis, mengumpul maklumat, menganalisa maklumat dan membuat kesimpulan.
Seorang saintis akan menganalisa maklumat dengan
teliti. Bagaimana cara mempastikan maklumat betul atau tidak. Cara bagaimana anda hendak pergi mendapatkan maklumat adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Anda boleh menghantar orang atau anda sendiri untuk mempastikan ketepatan maklumat. Lokasi sumber maklumat hendaklah diketahui, dari sini anda dapat menghantar perisik untuk menyusup masuk. Sebaiknya perisik ini tidak tahu antara satu sama lain. Perisik dalam juga penting kerana mereka tidak dapat dikesan. Maklumat anda lebih tepat. Maklumat yang diperolehi akan dapat di semak melalui percanggahan maklumat. Kalau perisik 1
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
maklumat bercanggah dengan perisik 2 maka ini menunjukkan anda perlu lebih gigih usaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Adalah satu amalan yang baik mendapatkan maklumat yang ada fakta dan bukti.
Dokumen,
gambar, video, email dan lain-lain boleh dijadikan bukti. Dengan bukti yang anda anda akan dapat menyusun gerak dan langkah.
Peringatan:
Anda kena pastikan ia digunakan untuk tujuan yang baik dan berguna kepada anda dan tidak memudaratkan diri, keluarga, agama dan negara.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
13 Mengenalpasti orang bermasalah. Anda sebagai pekerja baru atau lama akan menghadapi pekerja yang bermasalah. Mereka yang bermasalah ini sering menimbulkan kekecohan dan menganggu hubungan mesra antara pekerja. Sekiranya anda biarkan ia akan menjadi virus-virus yang akan melumpuhkan sesuatu organasasi.
Bersedia
dengan ilmu yang dapat membantu kakitangan bermasalah. Orang yang bermasalah ini adalah orang yang susah ditangani dan sentiasa menimbulkan masalah kepada anda dan pejabat. Orang yang bermasalah ini memerlukan usaha yang lebih daripada anda. Anda kena menjadi pendorong dan kadang-kadang perlu memberi lebih perhatian kepada mereka ini. Mereka kena diberikan harapan. Anda kena mengenalpasti mereka ini.
Orang yang
bermasalah adalah mereka mendatangkan bahaya, ancaman, kerosakan tidak kira dari segi fizikal, batin, dan kelakuan kepada diri anda. Jangan menilai orang bermasalah dari segi faktor fizikal seperti berjanggut, rambut berwarna, rambut panjang dan pakaian selekeh. Masalah mungkin dari segi penampilan mereka tetapi tidak mendatang masalah lain. Saya tidak ingin membincang mereka yang diketogorikan bermasalah dari segi masalah dadah, jenayah, gensterizem atau mereka yang hanya layak tinggal di penjara dan pusat pemulihan. Biarlah orang yang pakar menyelesaikan masalah mereka.
Ciri-ciri orang yang bermasalah adalah: 1.
Prestasi kerja yang rendah. Mereka ini selalunya bekerja hanya cukup makan. Mereka bekerja hanya pada tahap asas. Iaitu prestasi kerja seperti kualiti, kuantiti dan hasil kerja yang rendah.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
2.
Mereka yang menjadi parasit dan menganggu prestasi orang lain.
3.
Mereka yang membahayakan kumpulan, organasasi atau orang sekeliling. Biasanya perbuatan dan kekecohan yang ditimbul sering meresahkan unit,bahagian atau kumpulan.
Ketua yang bermasalah. Saya seringkali mendengar rungutan-rungutan dari peserta kursus yang saya kendalikan tentang Ketua, Pengetua dan Gurubesar. Antaranya adalah seperti berikut:-
1. Ketua saya tidak berhati perut. Langsung tidak tahu masalah orang. 2. Ketua saya tidak tepati janji. 3. Ketua saya tidak bercakap benar. 4. Ketua saya selalu menyalahkan orang lain. 5. Ketua saya tidak berguna 6. Ketua saya suka menyusahkan dengan membuat kerja lebih masa. 7. Ketua saya tidak berfikiran konsisten. Sering berubah keputusan. 8. Ketua saya tidak berani menegakkan perkara yang benar. 9. Ketua saya tidak mahu menerima kesalahan diri. 10. Ketua saya tidak pandai memberi penghargaan atau ucapan terima kasih.
Ini adalah rintihan yang biasa kita dengar dari peserta-peserta ini. Masalah di atas banyak ditimbulkan oleh peserta yang telah bekerja 5 - 10 tahun bekerja. Bagi pekerja baru amat kurang masalah ini dikemukakan.
Banyak yang saya
nak kupas kalau kita bincang satu persatu. Saya serahkan saja kepada anda. Mana tahu anda akan jumpa jawapannya.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
14 Menyelesaikan Masalah Menurut kamus dewan masalah boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau yang memerlukan jawapan. Sandy Pokras seorang perunding dan pengurus latihan komunikasi menyatakan masalah adalah suatu dilema yang tidak mempunyai jalan keluar yang jelas.
Saya
tertarik dengan teknik penyelesaian masalah yang dibuat oleh Sandy Pokras "menyelesaikan
masalah
dan
membuat
keputusan
secara
sistematik".
Beliau
mengariskan enam langkah penyelesaian masalah. Pengenalpastian masalah, melebel masalah, analisis punca masalah, penyelesaian pilihan, membuat keputusan dan merancang tindakan.
Pengenalpastian masalah. Proses ini adalah mengumpul maklumat untuk mengenalpasti masalah. Banyak keadah boleh digunakan untuk mengumpul maklumat. Misalnya melalui borang soal selidik/ maklum balas, temuduga, maklumat statistik, tinjauan kerja, penyelidikan, brainstoming dan lain-lain.
Melebel masalah. Melebel masalah adalah satu cara yang dapat menjawab dan mengakui bahawa perkara ini atau itu adalah masalahnya. Masalah bagi majikan bukan masalah kepada pekerja. Masalah kepada pekerja bukan masalah kepada majikan. Lebel akan dapat menerangkan bagaimana perkara dipengaruhi oleh masalah, apa yang perlu diubah dan skop masalah. Empat perkara yang ditekankan dalam label masalah seperti Analisis Data ( Tanda-tanda | jenis | unit ukuran ), Brain stoming iaitu menyenaraikan semua masalah yang dihadapi, menganalisis bidang kuasa adalah satu proses menganalisa apa yang anda mahu dan apa yang anda harapkan dan halangan daripada mencapainya.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Akhir sekali menganalisa kata kunci iaitu keadah menerangkan perkataan atau konsep yang penting atau dipertikaikan. Maknanya komunikasi adalah penting untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ini mungkin
disebabkan perbezaan pendapat atau istilah disini kata kunci yang berbeza.
Analisa punca masalah. Sebelum membuat keputusan punca masalah perlu diketahui. Beberapa teknik untuk menyelesai masalah telah diberi oleh Pokras iaitu brainstoming, analisa positif/negatif ia digunakan supaya kita dapat menyenaraikan penyebab yang menyebabkan masalah. Mencarta maklumat yang tidak diketahui adalah mencari fakta yang tersembunyi iaitu apa yang kita tidak tahu tentang masalah tersebut, analisa kronologi adalah merekodkan masalah dari mula masalah itu timbul dengan membuat satu garis masa (masa dahulu hingga sekarang) yang menyatakan peristiwa berkaitan masalah, masalah timbul dan perubahan dan analisa mengapa ia telah saya bincang dalam artikel lalu.
Penyelesaian pilihan iaitu menyenaraikan semua pilihan penyelesaian dan membuat keputusan (cara membuat keputusan menggunakan pendekatan berikut:1.
Perbincangan tidak formal merupakan permulaan penting untuk membuat keputusan,
2.
Membuat senarai dan menyemak untuk melihat pilihan yang dikeluarkan daripada senarai,
3.
Membuat pertimbangan kepada maklumat seperti maktlumat organasasi, jabatan, pelan pelaksanaan dan lain-lain.
4.
Mempertimbangkan akbiat seperti kos, risiko, feadah dan ganjaran. membuat senarai semak keutamaan (merupakan cara terbaik, paling
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
praktikal, kebolehpecayaan, teruji dan terbukti, risiko paling rendah peluang berjaya tinggi dan kebolehan pekerja mengerjakannya). Perancangan tindakan. Mengikut undang-undang Murphy, tidak kira apa perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan rapi, anda harus mempunyai pelan luar jangka untuk menghadapi apa-apa masalah. Sebarang perancangan tindak harus mendatangkan feadah dan mempunyai kelebihan perancangan.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
15 Membuat Keputusan Setelah perancangan dibuat, anda kena buat keputusan. Ada bermacam-macam cara untuk membuat keputusan. Ramai di antara membuat keputusan dengan gerak hati. Setakat mana anda nak mempercayainya, kemahiran menggunakan keadah ini biasanya digunakan oleh mereka yang lebih berpengalaman. Sedar atau tidak ramai daripada kita membuat keputusan penting dalam hidup menggunakan gerak hati. Keyakinan membuat keputusan dan keberanian mengakui kesilapan adalah satu proses pembelajaran. Sebarang kesilapan berulang pasti akan mengugat keyakianan anda. Jika anda membuat analisa kronologi di atas pemasalahan, kesilapan ini dapat dikurangkan. Ramai juga dari kita yang suka lari dari masalah. Pasti masalah tidak akan selesai. Ramai yang lari dari masalah sering menyatakan mereka hanya lari dari masalah untuk sementara waktu sahaja. Mereka akan mengumpul kekuatan untuk melawan masalah tersebut.
Bekas bos saya Mr. Wright yang mengaku dia seorang Yahudi.
Dia selalu
menyatakan kamu kena buat keputusan walaupun keputusan kamu salah. Sebagai seorang pemimpin anda kena berani membuat keputusan.
Orang
bawahan akan menunggu keputusan anda. Lebih baik buat keputusan salah daripada tidak buat langsung. Orang bawahan yang berada dilapangan akan susah kalau keputusan kalau ketua tidak dibuat. Ada beberapa cara yang boleh anda ikut.
Gunakan peraturan dan perkeliling yang telah ada dalam jabatan anda atau syarikat anda.
Inilah sebabnya anda kena ambil tahu apakah yang ada di
dalamnya.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Pengalaman.
Biasanya pengalaman akan mengajar anda membuat keputusan
dan memberi kata putus. Tingkat Kata putus. Anda kena tahu peringkat mana anda boleh beri kata putus. Rujuk kepada pengurusan tertinggi. Tidak semua keputusan kita boleh buat. Kalau diperingkat tertinggi melibatkan dasar negara. Keputusan hanya boleh diberikan oleh pengurusan tertinggi. Bertanya kalau tidak tahu. Maklumat anda kena kumpul sebelum membuat kata putus. Salah maklumat maka keputusan anda akan terjejas.
Swot Analisis atau “Strength/ weakneses/ opportunities/ Treats” atau (Kuat /lemah /Peluang /Ancaman). Ini merupakan Model Pengurusan Strategik yang klasik. Anda boleh guna untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan diri atau kumpulan. Anda seringkali buntu dalam membuat keputusan. Saya cadangkan keadah ini. Ia amat berkesan untuk menilai keputusan kita akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Sama ada keputusan itu boleh diteruskan atau tidak.
Apabila anda fokus kepada
kekuatandan perancangan ia pasti akan dapat membantu anda memahami diri dengan lebih baik. Ia juga akan memberi anda ide apa kekuatan dan kelebihan anda.
Anda juga tahu dan mula berfikir apakah kelemahan anda dan
mengatasinya.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
16
Speed reading
Tip Membaca cara baru yang harus ada pada anda sebagai seorang pemimpin. Anda akan banyak membaca sama dan buku atau laporan.
Tun Mathadir
mantan Perdana Menteri kita dikata seorang yang mempunyai keupayaan membaca dengan pantas. Mungkin dia mengunakan keadah speed reading ini. Pada tahun 1998 saya pernah mengikuti kursus speed reading anjuran Jabatan saya.
Kosnya lebih dari RM1,300.00 seorang. Kami diminta membaca 10
karangan dan menjawab 15 soalan setiap karangan. Tiap-tiap karangan yang dibaca dan jawab menggunakan keadah-keadah speed reading yang akan anda baca nanti. Saya mendapati semakin cepat saya membaca sama sekali tidak ada menjejaskan pemahaman saya pada karangan tersebut.
Cepat ke atau tidak
saya tetap dapat jawab lebih dari 10 soalan dengan betul. Wah hebat ni. Sedia nak baca. Teruskan.
Gunakan keadah dibawah. Setelah habis kursus saya
dapat memanufaatkan mengunakan teknik speed ini dalam pekerjaan.
Saya
sedar tidak semua oang dapat peluang menimba ilmu sebegini. Bagi yang nak tip membaca cara cepat anda boleh teruskan membaca. Kalau tidak boleh skip.
Sudah bersedia, mari saya terangkan perkara asas dalam speed reading. Anda telah tahu teori sains cahaya lebih cepat dari bunyi. Selalu ingat konsep asas ini sebelum anda terus membaca. Teknik yang nak saya sampaikan ini sangat berguna. Teknik dan latihan yang akan anda baca akan membolehkan anda cepat membaca. Sebelum kita mula anda kena tahu kepentingan speed reading kepada kita.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Kepentingan perlu speed reading. 1. Kita dapat membaca dengan cepat. 2. Banyak buku dan artikel yang boleh dibaca. 3. Boleh baca dengan cepat semua A to Z dalam surat akhbar. 4. Boleh buat kerja lain kerana masa membaca pendek dan berkualiti. 5. Boleh membaca buku banyak kali. 6.
Hidup kita tidak lama. 60 - 70 tahun kira bonus. Fikirkan banyak perkara kita tidak tahu. Jadi mulakan membaca.
7.
Meningkatkan keberkesanan kita berfikir dan mengingati sesuatu.
Keadah pertama: Jangan sebut, lihat dan gambarkan.
Anda kena lari dari membaca secara tradisinol. Membaca dengan menunjuk, menyebut dalam hati satu persatu huruf. Konsep pertama membaca keadah ini adalah membaca tanpa menyebut di mulut atau dihati. Anda akan menghadapi kesukaran pada mulanya. Bayangkan berapa tahun sudah anda mengunakan keadah tradisional ini. Saya dulu pun begitu.
Kebiasaan kita akan menyebut sesuatu perkataan dengan mulut dan di hati. Tekniknya lihat dengan mata dan diproses oleh otak tanpa melalui mulut dan hati. Ingat konsep "cahaya lebih cepat dari bunyi". Banyak masa yang dapat kita jimatkan.
Cuba gambarkan perkara yang anda baca. Buat cerita yang bersambung dalam fikiran anda. Keadah ini juga dapat membuat kita mempraktikkan fotografik memori. Tun Mahathir membaca berulang kali sehingga beliau boleh mengambarkan ayat dan mukasuratnya sekali. Berulangkali yang dimaksudkan adalah selesai semua buku dan baca lagi.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Cuba latihan ini, cari 15 gambar benda seperti dibawah:-
1. Kerusi 2. meja 3. Cawan 3. Buku 4. Pasu Bunga 5. TV 6. Tingkap 7. Pokok 8. Kereta 9. Perempuan 10. Lelaki 11. Komputer 12. Payung. 13. Hujan 14. Lori 15. Kereta polis
Anda boleh gunakan keadah manual atau Powerpoint. Cara manual : Minta kawan anda tunjukkan satu persatu gambar yang saya nyatakan di atas. Flashkan satu persatu selama 2 saat. Cara Powerpoint: Cari gambar dan masukkan dalam perisian powerpoint. Setkan masa dalam presentation powerpoint selama 2 saat. seterusnya, Ambil kertas dan tuliskan nama gambar yang anda lihat satu persatu ikut susunan dalam kertas kosong. Susah bukan. Boleh ingat 5 - 10 benda tetapi tidak tersusun.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Cuba gunakan keadah yang saya berikan ini. Minta kawan anda tunjukan sekali lagi dengan cara yang sama seperti di atas. Sekarang cuba buat cerita dalam fikiran tentang benda yang kita lihat.
Lebih kurang begini dalam fikiran anda. Anda duduk di atas kerusi, depan anda ada meja, di atas meja ada cawan. Nak baca buku tu, waduh cantiknya pasu bunga tu, TV tu besar. terang dan tajam warnanya dan seterusnya anda lihat melalui tingkap,lihat pokok besar, ada kereta dibawahnya, siapa punya, ada perempuan didalamnya, eh ada lelaki disebelahnya. mereka keluar kereta bawa komputer guna payung kerana hari hujan. Tiba-tiba lihat lori sedang di kejar kereta Polis.
Gambarkan cerita anda sendiri bila melihat gambar yang diflashkan tadi. Tuliskan dalam kertas kosong benda yang dilihat tadi. Cuba bezakan markah yang anda dapat dengan selepas dan sebelum saya bagi tip di atas.
Latihan dengan gambar macam ni dapat membuat kita fokus dan cepat membuat gambaran. Kita lebih mudah ingat gambar daripda perkataan. Tip ini akan memudahkan kita mengunakan teknik membaca dengan cepat. Maklumat yang anda dibaca akan lekat dalam otak.
Keadah Kedua: Jangan ulang bacaan.
Anda biasa membaca dan kerap kali menulang-ulang perenggan yang anda baca. Keadah mengulang semasa membaca ini menyebabkan kita lambat membaca. Anda rasa tidak dapat banyak dapat maklumat apa yang kita baca. Maklumat yang sama akan masuk dalam otak secara bacaan cepat atau tidak. Kalau begitu tak rugi anda membaca memcepat. Anda tak perlu khuatir tidak
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
dapat ingat. Anda baca saja sampai habis. Memang ada maklumat yang kita baca lekat dalam memori otak kita. Otak kita mempunyai kapasiti lebih dari 10,000 buah komputer. Kita sahaja gagal membuka hard disknya secara maksimum. Gunakan keadah yang betul untuk memaksimumkan kapasitinya. Ingat jangan ulang semasa membaca. Orang yang mengulang akan menyebabkan dia lambat membaca. Fokus penting. Tumpukan kepada Kata kunci (key word)
Keadah Praktikal baca cepat
Saya akan terangkan keadah membaca cepat ini. Anda kena sabar dan praktikan apa yang saya nyatakan. Lagi saya Nabi Muhammad s.w.t mengajar kita mengulang bacaan 7 kali kalau nak hafal.
Maka, saya ulangi asas membaca cepat 1.
Jangan
sebut,
2.
Jangan ulang.
lihat
dan
proses
terus
dalam
otak
dan
Anda kena cari keratan akhbar. Kalau boleh di muka tengah yang ada artikel. Kalau tidak ada pinjam saja buku anak atau adik anda di tingkatan 3 - 5. Cara buku tek karangan bahasa Malaysia atau Inggeris.
Cara pertama Anda akan membaca mengunakan bacaan satu persatu perkataan seperti biasa. Keadah ini bagi yang baru nak praktis baca cepat. Gunakan perkara asas di atas semasa membaca. Kalau sudah mahir tingkatkan kepada dua perkataan. seterusnya tiga hingga ke satu baris.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Cara kedua Baca dua baris sekali. Cara bacaan ini adalah bagi mereka yang peringkat awal penguasaan keadah speed reading. Cuba tingkatkan kepada tiga baris sekali. Ingat dua asas yang saya berikan di atas jangan sebut, lihat dan proses terus dalam otak dan jangan ulang.
Kalau anda membaca tiga baris sekali. Semasa membaca fokus di baris kedua sambil mata melihat baris pertama dan ketiga. Gambarkan Kata kunci.
Cara ketiga; baca satu perenggan sekali. Susah bukan. Satu lagi asas membaca dalam perenggan. Ide sesuatu perenggan biasanya boleh didapati pada perenggan pertama. kalau perenggan terlalu panjang bahagi kepada beberapa bahagian. Fokus kepada ayat yang menjadi keyword sesuatu perenggan. Susuh. Cuba dulu. Tak rugi mencuba bukan.
Keadah yang keempat. Bacaan ditengah. Fokoskan mata dibahagian tengah perenggan. Keadah bacaan ini adalah bacaan ke bawah bukan ke tepi dari kiri ke kanan. Anda kena baca macam orang cina baca atas ke bawah. Bahagikan satu mukasurat kepada tiga bahagian menegak. Gambarkan difikiran ada dua garis dalam
buku
anda.
Jadi
anda
ada
tiga
bahagian
semuanya.
Fokuskan mata dibahagian tengah. Mata secara serentak melihat sebelah kiri dan kanan perenggan. Bacaan anda adalah ke bawah. Ini merupakan keadah yang paling sukar dan jarang dapat melihat orang dapat menguasainya. Selepas mahir menggunakannya ketiga - tiga keadah di atas barulah fikir nak guna keadah ke empat. Keyword penting biasanya ada ditengah-tengah buku.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Nasihat Saya Kunci kejayaan dalam speed reading adalah diri sendiri. Praktis dan terus praktis. Ada kawan saya yang boleh buat speed reading menyatakan tidak syok membaca tanpa menyebut. Katanya Keadah tradisional membaca biasa lebih menarik untuk buku cerita. Terpulanglah kepada anda nak guna atau tidak. Saya cuma memberi ilmu kepada yang ingin berkongsi dengan saya. Sebarkan ilmu walaupun satu ayat. Tak rugi mencuba bukan. Anda bukan kena bayar. Keadah secara ringkas telah saya turun kan. Terpulang kepada anda.
Ingat : Sebelum membaca, kena jelas nak guna speed reading atau keadah trasidional. Kena jelas sebelum mula. Ia tidak berkesan kalau buat setengahsetengah. Keadah mana yang hendak diguna kena diset dalam kepala dulu.
Bila nak Guna Speed reading
Setelah lama guna keadah ini. Tidak semua perkara yang dapat digunakan speed reading. Bahayanya anda akan tertinggal ayat-ayat yang penting seperti dalam dokumen pinjaman. Membaca buku cerita menjadi tidak menyeronokkan sebab cepat habis. Saya cadangkan kalau anda hendak membaca buku untuk peperiksaan gunakan keadah pertama. kalau anda rasa nak baca 2 atau 3 kali. Semasa bacaan pertama anda boleh gunakan keadah ke kedua atau tiga. Seterusnya bacaan ketiga anda akan menghalusi bacaaan anda mengunakan keadah pertama. Ingat konsep asas.
Konsep keempat adalah baik untuk
mencari perkara yang penting dalam sesuatu buku atau artikel. Ini dapat menjimat masa anda nak buat kerja yang diberi guru atau pensyarah. Mereka yang hebat saja dapat guna keadah ke empat ini dalam semua bacaannya. Selamat mencuba. Anda akan nampak hasilnya. Kalau anda sudah praktiknya. Ceritakan hasilnya. Email kepada saya
[email protected].
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
17
Ingin Berjaya
Anda kena sedar tidak ada orang lain yang berminat dengan kejayaan anda melainkan diri anda sendiri. Sebagai eksekutif baru anda merupakan ancaman kepada diri dan kedudukan eksekutif tahap atas. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh melindungi pekerjaan mereka.
Ada yang berpendapat
mereka berusaha menyingkirkan anda. Walaupun tidak diperingkat membuang anda. Walaubagaimanapun jangan bersangka buruk.
Kalau mereka bijak
mereka akan menggunakan kelebihan anda untuk kepentingan organisasi.
Berikut adalah ciri-ciri pemimpin yang berjaya seperti yang dinyatakan oleh Wan Azmi Ramli dalam bukunya Strategi dan Taktik. · wajah dan perwajahan termasuk pakaian. · kesasiahan, gayanya. · kepintaran bertutur/ bijak berbicara. · daya tenaga, dorongan, cita-cita. · sikap positif, unggul dan pemikiran yang membina. · ketelitian - tidak tergopoh-gapah (bukan pak angguk atau pak turut). · watak keseluruhan. · aura kepimpinan melibatkan keyakinan diri, cara bercakap. · seorang yang pintar dan sempurna, sesekali mampu berserolah. · luas bidang yang diminati kebudayaan, sukan , ekonomi, politik, muzik dan sebagainya.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Ciri-ciri pemimpin di atas perlu ada pada anda. Anda akan berusaha untuk menambah ciri-ciri ini dari hari ke hari. Anda kena ada daya tahan untuk meningkat naik. Anda masih muda. Naik terlampau cepat tanpa pengalaman dan ilmu di dada akan dikhuatiri ketahanan anda tidak dapat kekal lama. Olehitu, sentiasa berjaga-jaga dengan kerenah mereka ini. Pelbagai cara yang dilakukan untuk menjatuhkan anda. Pak Wan selalu menulis memo meminta kepastian balik kepada ketua yang selalu membuat arahan lisan yang mungkin bertentangan dengan prosedur Jabatan atau Syarikat anda. Apabila arahan telah dibuat oleh anda kepada kakitangan bawahan, jika ada yang tidak kena betul. Anda
akan
menanggung
mengalaminya.
akibatnya.
Beberapa
rakan-rakan
saya
telah
Kalau tidak ada masa untuk membuat memo anda boleh
menyuruh dia menulis arahan dalam buku diary anda. Kalau dia tidak mahu tulis, anda tulis. Minta dia tandatangan. saksi
jangan
buat
dulu
arahan
Jangan lupa cari saksi anda. Tanpa
tersebut.
Kalau
betul
dia
berani
bertanggungjawab dia akan tandatangan. Anda lihatlah reaksinya.
Seorang sahabat saya Mahadi (bukan nama sebenar) Jurutera Sebuah Syarikat letrik terkemuka di Sarawak. Dia kena fitnah dituduh rasuah dan kes hingga dibawa ke mahkamah. Walaupun akhirnya dia didapati tidak bersalah, dia telah menghadapi tekanan hidup. Mereka yang membuat begitu adalah kerana dia adalah Jurutera Melayu yang berpotensi naik. Ada yang dituduh saja tanpa bukti dia bersalah pun sudah dianggap bersalah.
Kalau pihak pengurusan
atasan tidak dapat membezakan fakta dan khabar angin. Anda pasti menghadapi masalah. Tali-barut ini yang akan menjaja kelemahan anda. Kalau anda bertindak dengan betul dan mengikut garispanduan Jabatan atau Syarikat anda tidak perlu khuatir. Inilah beberapa taktik yang selalu digunakan oleh pihak senior untuk mengena eksekutif muda yang ghiarah seperti anda.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda "Fitnah lebih kejam daripada pembunuhan".
Saidina Ali b. Abu Thalib pernah berkata " Dalam keadaan
penuh fitnah, seperti anak unta yang tidak memiliki punggung untuk ditunggangi, tidak memiliki susu untuk diperah".
Ada yang sengaja
membesarkan perkara yang kecil semata-mata menggugat keyakinan pihak tertinggi kepada anda.
Apabila pengurusan tertinggi meragui prestasi anda
sukarlah anda nak naik pangkat. Untuk menangani mereka ini anda kena gunakan falsafah Sun Tze:-
"Ketahuilah tentang musuhmu, kenalilah dirimu, anda tiada masalah mencapai kemenangan. Fahami persekitaran maka kemenangan anda terjamin"
" Jika anda tidak mengetahui diri anda sendiri dan tidak memahami musuh anda maka petaka dan bahaya akan menimpa." Dan
"Kemenangan datang dari cara mengelak kekuatan musuh dan menyerang dimana kelemahannya"
Pada peringkat ini anda masih lagi lemah.
Anda tidak perlu membuat
serangan. Ada eksekutif muda yang terlalu ghairah sering kali membuat serangan awal kepada musuhnya. Serangan ini berupa konfrantasi lisan atau bertulis.
Mereka tidak sedar musuhnya mempunyai kekuatan yang boleh
melumpuhkannya. Ikut ikhtibar dari kisah Nabi Muhamad s.a.w. tidak memerangi musuh semasa 13 tahun di Mekah. Beliau mencari kekuatan dan membina pengaruh. Anda yang masih baru dalam kerja janganlah mencari musuh. Ada pepatah menyatakan "Cintailah musuh anda, hal ini membuat musuh anda menjadi gila" dan "Hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda, iaitu anda sendiri". Arwah bapa saya selalu
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
berpesan " Jika tidak suka pada ketua, jangan dijadikan dia musuh kerana pada satu masa nanti anda akan memerlukakannya."
Beberapa cara yang boleh digunakan untuk berjaya.
1. Anda menjadi rujukan untuk maklumat dan Ilmu.
Ramai yang berjaya adalah menjadi sumber rujukan kepada pengurusan tertinggi dimana dia bekerja. Apa-apa yang berkaitan dengan kerja dipejabat anda perlu tahu. Mesti tahu. Tidak ada kompromi. Tidak tahu, ambil tahu. Belajar. Masa mula masuk universiti dulu pun anda tidak tahu apa-apa bukan. Anda belajar dan anda berjaya. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi seorang yang bermaklumat dan berilmu. Cari seberapa banyak pengalaman dan ilmu yang anda dapat. Jangan malu bertanya kepada kakitangan yang lebih rendah dari anda. Waima, office boy yang telah berpuluh tahun bekerja di pejabat anda. Dari mereka ini, anda akan dapat tahu dengan cepat politik pejabat anda. Mereka selalunya suka bercerita kepada anda. Kena rendahkan diri anda. Bawa mereka minum atau makan tengahari. Galakkan mereka bercerita. Gunakan teknik mendengar yang telah saya nyatakan. Percayalah banyak nasihat yang anda dapat dari mereka. Disamping itu anda kena banyak membaca. Teringat masa masuk kerja, ketua saya suruh baca buku. Dia kata "kalau sudah diperingkat saya ini tidak ada masa nak baca". Baca buku berkaitan dengan pengurusan. Cuba ingat buku yang ketua anda baca. Buku apa? tanyalah dia. Tanyalah setiausahanya. Tanyalah kakitangan lain. Ini adalah proses mencari maklumat. Anda sudah membacanya. Kalau belum pergi cari di perpustakaan atau beli di kedai. Ia amat membantu dalam ide anda bercakap selari dengan ketua anda.
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
2. Tunjukkan anda pekerja yang rajin.
Ini adalah suatu yang sering kali melucukan kepada saya. Saya perhatikan ramai kaki ampu yang ada disekeliling kita. Ada yang saya lihat pekerja lelaki yang buka baju bagi menunjukkan mereka telah penat bekerja. Ada yang gusuk minyak gris pada tangan dan jumpa dengan bos. Ada yang angkat bakul puji sendiri dan kata orang lain malas.
Ada yang sanggup bawa buah durian bagi bos. Bermacam kerenah yang saya telah lihat. Bagi eksekutif seperti anda anda kena jadualkan keluar dari pejabat pada masa ketua anda keluar pejabat. Semakin kerap dia nampak anda semakin tinggi peluang anda. Jangan keluar dengan tangan kosong. Bawalah sesuatu yang mengambarkan anda seorang yang ingin berjaya contohnya buku atau majalah pengurusan. Jangan bawa fail yang mengambarkan anda akan buat kerja dirumah. Ini menampakkan kelemahan anda dalam membahagikan masa dipejabat.
Kalau ada kerja dipejabat yang nak dibuat dirumah masukkan saja
dalam pen-drive atau email fail tersebut ke alamat email sendiri. Bila dirumah boleh buka. Sekali-sekala cuba buat kerja pada hari sabtu atau ahad. Rakan saya selalu membuat kerja pada hari sabtu, dia tahu Pengarah selalu ada dipejabat pada hari itu. Buka nak mengampu. Anda seoang yang bermaruah. Jangan sampai nampak seperti mengampu.
4.
Anda berketrampilan
Ini ada kaitan dengan diri anda. Anda kena sentiasa nampak cergas dan bertenaga. Ketua saya sekarang adalah pengarah. Sebelum jadi pengarah, tiaptiap pagi berjogging di kawasan sekitar pejabat. Dia akan turun awal dan berlari
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
dikeliling pejabat.
Dia akan mandi dan bersalin pakaian dipejabat.
Bila dah
jadi pengarah sekarang tidak ada lagi saya nampak dia jogging di sekitar pejabat.
Pakaian yang anda gunakan tidak payahlah yang mahal atau berjenama. Apa yang penting ia kemas dan tidak menyakitkan mata. Jenama tempatan jauh lebih murah dari jenama import yang mempunyai kualiti yang sama. Ramai eksekutif muda hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai dengan budaya di pejabat anda. Apa yang penting anda kena sesuaikan dengan persekitaran kerja anda. Apa yang penting anda telah menunjukan anda dapat menyesuaikan diri diperingkat pengurusan atasan. Anda tahu apa yang saya maksudkan.
4.
Jangan banyak "songel"
Songel bermakna sugi dalam kamus Dewan. Orang yang selalu menyugi sering digambarkan sebagai seorang yang banyak isu. Jangan besarkan perkara yang kecil yang tidak menjejaskan kedudukan anda. Jangan bawa isu yang remeh temeh kepada pihak pengurusan atasan. Mereka ini tidak ada masa memikirkan perkara dan isu kecil yang boleh anda selesaikan. Anda akan digambarkan sebagai seorang yang tidak dapat menyelesaikan perkara yang kecil.
Kalau isu
kecil tidak dapat diselesaikan bagaimana pula nak menyelesaikan isu besar. Walaubagaimanapun anda kena bersedia. Catatkan isu-isu ini dalam buku kecil anda, sekiranya anda diminta untuk memberi komen anda sudah bersedia. Ketidakupayaan anda memperolehi maklumat dan isu terkini dari dalam unit atau bahagiannya sendiri akan menyebabkan anda dianggap tidak berupaya. Tidak nak beri komen atau kritikan ke atas sesuatu perkara adalah suatu perkara yang lain. Jangan menkritik kepada personal itu sendiri. Ingat mengkritik seseorang adalah cara yang paling cepat mendapatkan musuh dan dia akan dibenci. Ada seorang ketua yang pernah saya kenal, dia selalu minta dikritik
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
secara terbuka. Dia nak menunjukkan kepada semua dia seorang yang terbuka. Apabila dikritik dia akan menyimpan dendam ke atas orang yang mengkritik tadi.
Orang yang dikritik tadi akan dijadi kan musuh. Jadi selalulah memuji
kerana pujian sajalah yang dapat membawa anda ke atas. Percayalah.
5. Memberi Pendapat dan suarakan bantahan dengan beradab
Anda kena sokong hujah anda dengan lojik dan fakta. Ingat sesuatu yang lojik tidak semestinya benar. Tapi fakta itu pasti benar. Membuat bantahan dengan pendapat sendiri kurang menyakinkan. Kena ada sumber rujukan orang yang lebih dihormati oleh ketua anda. Jika ada kakitangan anda yang telah lama bekerja dan dihormati oleh pengurusan atasan. Cuba dapat sokongannya dahulu. Ini akan menjamin sebarangan cadangan atau pendapat anda mempunyai asas. Anda yang dapat mempengaruhi orang yang penting dipejabat mempunyai banyak kelebihan dalam semua hal. Kuasai dulu orang penting seperti yang saya terang dalam artikel lalu.
Tunjukkan anda seorang yang berstrategi dalam mencadangkan pendapat anda. Sebutkan penyelesaian 1. ke 2 ke 3 dan seterusnya. Apabila anda berhujah begini anda akan nampak lebih sistematik.
Seorang sahabat saya seorang
pensyarah yang saya kagumi sering membuat perkara ini. Dalam mesyuarat atau perbincangan dia akan mencatatkan isi sebarang perbincangan satu persatu. Selesai perbincangan dia akan menjadi perumus hasil perbincangan tersebut secara bertulis walaupun beliau bukan setiausaha atau pengerusi. Dia sering menggunakan keadah yang saya katakan sistematik ini.
Sekiranya tindakan yang diambil oleh pihak atasan bertentangan dengan pendapat anda. Terima saja. Jangan berdendam. Buatlah perkara terbaik untuk
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
menyokong tindakan tersebut selagi tidak melibatkan kesalahan agama, undangundang dan budaya.
Hormatilah keputusan pengurusan atasan insyaallah
anda akan dihormati.
6. Menarik perhatian pihak atasan.
Kalau anda membuat kerja dengan baik dan bersungguh tidak cukup tanpa perhatian dari pihak atasan anda. Seorang kerani disebuah Jabatan yang saya kenali cuma seorang pekerja kontrak telah bekerja lebih 20 tahun. Dia adalah orang yang paling dipercayai ketuanya. Kenapa? Sebab dia sentiasa ada disamping ketuanya, semua dokumen yang penting dia yang membawa sendiri jumpa ketua. Dialah orang yang akan menerangkan sendiri kepada ketuanya berkenaan perkara tersebut. Dia adalah orang yang memudahkan tugas ketuanya. Bukan orang yang menyusahkan ketua. Dia juga adalah saya iktiraf sebagai orang penting dalam artikel yang yang lalu.
7. Mereka tahu apa yang anda buat. Hati-hati individu yang cuba mendapat nama dengan menggunakan hasil kerja orang lain. Pastikan semua orang tahu anda yang membuat kerja tersebut.
Gunakan keadah yang digunakan oleh
rakan saya. Dia selalu membuat sesuatu kerja dengan memaklumkan kepada ketua apa yang akan dia buat, akan buat dan bila ia dijangka akan disiapkan. Gunakan kesempatan yang ada semasa aktiviti luar bersama ketua untuk menerangkan apa yang anda akan lakukan.
8. Sedia memikul tanggungjawab
Anda seorang yang masih muda dan boleh memikul apa saja tugas yang diberi. Bersedialah memikul tanggungjawab yang lebih besar. Pengurusan tinggi tentu
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
akan merasa gembira sekira anda dapat memikul tanggungjawab ini. Sekiranya ada peluang kenaikan pangkat tentulah anda orang yang akan dipilih.
8. Perancangan mengelak risiko
Sun Tze ada menyatakan " Sekiranya anda dapat menjangka kemenangan sebelum pertempuran maka anda telah menyediakan perancangan yang teliti. Seandainya anda dapat menjangkakan kekalahan sebelum peperangan maka ia bermakna perancangan anda lemah." Anda yang hendak berjaya kena mengambil risiko yang manusabah. Kalau terlalu berhati-hati anda tidak akan kemana-mana. Saya pernah bekerja dengan ketua yang berani mengambil risiko dan cepat membuat keputusan. Semua keputusannya mempunyai asas yang kuat dan sukar nak dipertikaikan.
9. Sayangkan kerja anda dan kerja dengan penuh semangat
Bukan mudah nak cari kerja sekarang. Kalau anda keluar, ada beribu-ribu orang yang menanti mengisi tempat anda. Sedarlah hakikat ini. Sekiranya anda tidak dapat tersenyum dan bersemangat bekerja anda kena fikirkan untuk mencari kerja lain. Anda cuba membuang masa anda. Anda tidak akan kemana-mana dalam bidang pekerjaan anda sekarang. Minat akan datang kemudian. Tidak minat cari cara bagaimana nak minat. Tanya orang sekeliling anda. Ingat jangan dilafaskan atau jaja anda 'tiada minat' bekerja.
Pak Mentua saya selalu
berpesan "kalau malas jangan lafaskan anda malas. Kalau tidak minat jangan nyatakan anda tidak minat"
www.happysus.blogspot.com
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
10. Naikkan pangkat ketua anda. Anda akan naik sama.
Sekiranya ketua anda naik pangkat dalam setengah keadaan anda akan menjadi orang yang paling layak mangantikan ketua anda. Anda adalah calon yang paling sesuai mengantikan tempat ketua anda. Ia bergantung kepada anda. Sekiranya syarat di atas telah anda penuhi tidak mustahil anda akan naik. Jadi anda kena bersedia dalam memikul tugas ketua anda. Sekiranya dia cuti anda kena buat tugas yang dapat meyakinkan pengurusan atasan anda boleh memikul tugas tersebut.
www.happysus.blogspot.com