Pertanyaan: 03-2084 7746/7720/7805
[email protected] Pusat E-Pembelajaran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara 50480 Kuala Lumpur
Kandungan Langkah Permulaan Laman Bahasa Malaysia (5) Daftar sebagai pengguna EPSA (6) Log masuk ke EPSA (7) Pengurusan Akaun Pengguna Lupa kata laluan (9) Tukar kata laluan (11) Kemaskini profil pengguna (13) Pembelajaran Melalui EPSA Capaian ke laman pembelajaran (16) Bagaimana mendaftar kursus (17) Bagaimana menarik diri daripada kursus (22) Log keluar daripada laman pembelajaran (24) Pembelajaran Dalam Talian Bagaimana hendak akses kursus (26) Belajar melalui EPSA (28) Membuat penilaian kursus EPSA (32) Maklumbalas EPSA Bagaimana akses ke borang maklumbalas EPSA (35)
Langkah Permulaan Pilihan bahasa untuk laman EPSA Daftar sebagai pengguna EPSA Log masuk ke EPSA
4
Pilihan bahasa untuk laman EPSA 1. Layari Portal EPSA di alamat www.epsa.intan.my 2. Klik pada menu “English” di sebelah kiri atas Portal EPSA.
3. Portal EPSA yang menggunakan Bahasa English akan dipaparkan. 4. Portal adalah di dalam Bahasa Malaysia.
5
Daftar sebagai pengguna EPSA 1. Layari Portal EPSA di alamat www.epsa.intan.my 2. Klik pada hiperlink DAFTAR.
3. Borang pendaftaran keahlian akan dipaparkan. 4. Isikan maklumat yang diminta dalam borang pendaftaran. 5. Sebaik sahaja maklumat pendaftaran dihantar, emel pemberitahuan mengenai penerimaan permohonan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel anda. 6. Permohonan pendaftaran akan diproses dalam masa 24 jam. E-mel makluman mengenai sama ada pendaftaran diluluskan atau ditolak akan dihantar ke alamat e-mel anda. Sekiranya permohonan diterima, maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan akan disertakan dalam e-mel tersebut. Nota: Pastikan anda menggunakan alamat e-mel rasmi jabatan. Contoh:
[email protected]
6
Log masuk ke EPSA 1. Akses ke Portal EPSA di alamat www.epsa.intan.my 2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
3. Kemudian, klik MASUK. Portal pembelajaran EPSA seperti di bawah akan dipaparkan.
ID Pengguna dipaparkan di seksyen Selamat Datang ke EPSA seperti di atas.
7
Pengurusan Akaun Pengguna Lupa kata laluan Tukar kata laluan Kemaskini profil pengguna
8
Lupa kata laluan 1. Log masuk ke Portal EPSA menggunakan ID Pengguna anda dan taipkan sebarang kata laluan. Contoh: abc123. 2. Mesej seperti di bawah akan dipaparkan.
3. Klik Lupa ID Pengguna/ Katalaluan untuk memulakan proses mendapatkan kata laluan baru. 4. Laman Lupa Kata Laluan akan dipaparkan.
9
5. Masukkan nombor kad pengenalan dan alamat emel rasmi jabatan anda. 6. Klik Hantar untuk hantar permohonan bagi mendapatkan kata laluan yang baru. 7. Kata laluan yang baru akan dihantar ke alamat emel yang telah dimasukkan.
10
Tukar kata laluan 1. Log masuk ke Portal EPSA dan klik pada hiperlink Tukar Kata Laluan.
2. Laman Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.
3. Isikan medan Kata Laluan Lama dan Kata Laluan Baru. Kemudian, masukkan sekali kata laluan baru untuk pengesahan.
11
4. Klik Hantar untuk proses permohonan pertukaran kata laluan. Mesej untuk pengesahan permohonan akan dipaparkan seperti di bawah.
Klik OK untuk pengesahan permohonan. Mesej “Kata laluan anda telah berjaya ditukarkan.” akan dipaparkan. 5. Sekiranya tidak berjaya, sila hubungi pentadbir Sistem EPSA untuk bantuan.
12
Kemaskini profil pengguna 1. Log masuk ke Portal EPSA dan klik pada hiperlink Kemaskini Profil untuk ke laman Informasi Pengguna.
2. Laman Informasi Pengguna akan dipaparkan.
13
3. Anda boleh menukar mana-mana maklumat KECUALI Nama, Nombor Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Jantina dan ID Pengguna. 4. Klik Simpan. Mesej untuk pengesahan pertukaran maklumat akan dipaparkan.
Klik OK untuk mengesahkan pengemaskinian maklumat dan Batal untuk membatalkan pertukaran maklumat. Mesej “Profil pengguna telah berjaya dikemaskini” akan dipaparkan sebagai pemberitahuan maklumat telah berjaya dilaksanakan.
14
Pembelajaran Melalui EPSA Capaian ke laman pembelajaran Bagaimana mendaftar kursus Bagaimana menarik diri daripada kursus Log keluar daripada laman pembelajaran
15
Capaian ke laman pembelajaran 1. Log masuk ke Portal EPSA. 2. Klik My eLearning.
Laman My Learning akan dipaparkan.
Nota: Sekiranya anda adalah pengguna baru atau pengguna yang belum pernah mendaftar untuk kursus EPSA, tiada tajuk kursus akan kelihatan dipaparan ini.
16
Bagaimana mendaftar kursus 1. Log masuk ke Portal EPSA dan klik My eLearning. 2. Di laman My Learning, klik pada butang Course Catalog untuk membuat carian kalatog kursus.
17
3. Carian boleh diteruskan dengan menggunakan dua (2) cara iaitu: Cara 1: Menggunakan butiran Search All Taipkan kata kunci atau perkataan di kotak Search all dan klik pada butang Search.
18
Cara 2: Menggunakan butiran Type Pilih Course untuk butiran pencarian bagi Type dan klik pada butang Search.
19
Senarai tajuk kursus akan dipaparkan
20
4. Klik pada tajuk kursus bagi kursus yang hendak diikuti dan klik pada butang Enroll.
Mesej “You have successfully...” akan dipaparkan. Anda telah berjaya mendaftar kursus ini. Nota: Langkah ini hanya untuk kursus yang membenarkan pengguna mendaftar secara kendiri (self-enroll).
21
Bagaimana menarik diri daripada kursus 1. Di laman My Courses, klik pada butang Search Catalogue untuk membuat carian kursus. 2. Klik pada tajuk kursus yang berkenaan. Laman Course Details bagi kursus tersebut akan dipaparkan. 3. Klik pada butang Withdraw untuk menarik diri daripada kursus berkenaan.
22
4. Mesej untuk pengesahan menarik diri daripada kursus berkenaan.
Klik OK untuk mengesahkan atau klik Cancel untuk membatalkan penarikan diri daripada kursus berkenaan. 5. Sekiranya klik OK, mesej pemberitahuan akan dipaparkan. Kursus berkenaan digugurkan daripada senarai kursus yang didaftarkan di laman Enrolled Courses.
Nota: Langkah ini hanya untuk kursus yang membenarkan pengguna menarik diri secara kendiri (self-withdraw).
23
Log keluar daripada laman pembelajaran Untuk keluar daripada laman pembelajaran Sistem EPSA: 1. Klik Portal Home di bahagian atas kiri bar menu (di bawah banner).
2. Atau klik Log Keluar di bahagian atas kanan bar menu MyLearning.
24
Pembelajaran Dalam Talian Bagaimana hendak akses kursus Belajar melalui EPSA Membuat penilaian kursus EPSA
25
Bagaimana hendak akses kursus Terdapat dua (2) cara untuk akses ke bahan kursus. Cara Pertama 1. Di laman Enrolled Learning, disenaraikan kursus-kursus EPSA yang telah didaftarkan. 2. Klik pada butang Launch untuk memulakan pembelajaran bagi kursus yang hendak diikuti.
Laman pembelajaran akan dipaparkan. 26
Cara Kedua 1. Di laman Enrolled Learning, disenaraikan kursus-kursus EPSA yang telah didaftarkan. 2. Klik pada tajuk kursus yang telah diikuti. Laman Course Details bagi kursus berkenaan akan dipaparkan. 3. Klik pada butang Launch untuk memulakan pembelajaran.
Laman pembelajaran akan dipaparkan.
27
Belajar melalui EPSA Panel navigasi Course Outline terletak di laman sebelah kiri. Panel ini membolehkan pengguna mengakses terus ke bahan kursus multimedia.
28
1. Klik pada butang rangka kursus.
untuk membuka
2. Butang menunjukkan tajuk tersebut tidak boleh dibuka lagi.
Nota: Anda boleh terus membuka rangka kursus di mana-mana topik kursus dengan tatacara 1 dan 2 di atas.
29
3. Klik pada objek dalam setiap folder untuk melihat materal pembelajaran. Kandungan pembelajaran multimedia akan dipaparkan di laman sebelah kanan.
4. Klik pada butang navigasi untuk pembelajaran.
30
5. Penunjuk kemajuan pembelajaran Ikon penunjuk menunjukkan status kemajuan pembelajaran.
31
Membuat penilaian kursus EPSA Soal Selidik Kursus bertujuan untuk peserta menilai kursus yang diambil. 1. Klik pada butang rangka kursus.
untuk membuka
2. Klik pada tajuk Soal Selidik Kursus. 3. Borang Soal Selidik Kursus akan dipaparkan. 32
4. Jawab soalan dan klik pada butang Hantar. 5. Mesej untuk pengesahan penghantaran penilaian soal selidik akan dipapar.
33
Klik OK untuk pengesahan atau klik Batal untuk membatalkan penghantaran penilaian soal selidik.
Maklumbalas EPSA Bagaimana akses ke borang Maklumbalas EPSA.
34
Bagaimana akses ke borang Maklumbalas EPSA Maklumbalas EPSA bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan kursus yang ditawarkan melalui EPSA dan laman pembelajaran. 1. Klik Maklumbalas EPSA di panel sebelah kanan Portal EPSA.
2. Borang Maklumbalas akan dipaparkan. Sila jawab soalan yang disediakan dan klik pada butang Hantar . 35