MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel : 03 - 8026 3131 Faks : 03 - 5637 6585 Laman Web: http://www.mpsj.gov.my ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KETEKUNAN DAN KEJUJURAN Ruj.Tuan : SSP/0081/002-05 Ruj. Kami : MPSJ 260/1/410(64) 02 Ogos, 2005 26 Jamadilakhir, 1426 Pengarah Urusan SS Planning & Consult, No. 75-B, Jalan SG 3/10, Pusat Bandar Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tuan, PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN 4 BLOK PANGSAPURI 6 TINGKAT (186 UNIT), 2 BLOK PANGSAPURI 15 TINGKAT (108 UNIT) DAN 2 UNIT RUMAH KELAB 2 TINGKAT DI ATAS LOT PT 37173 DAN 37174, BANDAR KINRARA, MUKIM PETALING, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN. UNTUK : TETUAN PEMBINAAN SIERRA MAL SDN. BHD. Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Majlis Perbandaran Subang Jaya bil. 6/2005 bertarikh 29 Jun, 2005 telah bersetuju meluluskan permohonan Kebenaran Merancang tersebut. 3. Bersama-sama ini disertakan sesalinan Borang C (1), Jadual Pertama, Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (AM) (SELANGOR) 2001, dan 5 salinan pelan susunatur bil. MPSJ.PS.260/1/410 untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih. "BERSAMA KE ARAH KECEMERLANGAN'' Saya yang menjalankan tugas, -----------------------------------------------( DATO' AB HAKIM BIN BORHAN ) Yang Dipertua MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA MIJ/Arab
s.k : Pentadbir Tanah Daerah Petaling, Pejabat Tanah Daerah Petaling, Kompleks Kerajaan Daerah Petaling. No.9, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. ( Ruj. Tuan : (34) dlm.PTD.P 6/AM 2005) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, Tingkat 15-18, Bangunan Darul Ehsan, No.3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. ( Ruj. Tuan : JPBD.Sel/08/03/00192(2)) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi, Tingkat 11, Wisma Damansara, Jalan Semantan, 50490 Kuala Lumpur. ( Ruj. Tuan : KTAK/JPP(03)/9/106/CT/MPSJ/05/14 Jld. 2( ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Tingkat 12-14, Wisma Sunwaymas, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. ( Ruj. Tuan : (B)B91/110/633/426 Jld. 24(24) ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. Peti Surat 5001, Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur. ( Ruj. Tuan : (4)dlm.SYABAS 116/14/2/2 Vol.15 ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Tingkat 1, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40582 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. ( Ruj. Tuan : JN.SEL.D3/3518 Jld. 2/4/60383(6) ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40582 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. ( Ruj. Tuan : (4)dlm. JPS.Sel.012C/9/4/686 ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan)
Pengurus Kendalian Busines Tenaga Nasional Berhad, ( Ketua Perkhidmatan Harta ) 129, Jalan Bangsar, Peti Surat 1 1033, 50732 Kuala Lumpur. ( Ruj. Tuan :TNBD/PB(PP) Sel. 17/6/9( C )Bhg. 16/14 ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Majlis Pebandaran Subang Jaya. ( Ruj. Tuan : MPSJ 249/1/318 ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengarah Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan, Majlis Pebandaran Subang Jaya. ( Ruj. Tuan : MPSJ.287/8/05/KM/Z1/4(2) ) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Arkitek Landskap Bahagian Lanskap, Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Pebandaran Subang Jaya. ( Ruj. Tuan :MPSJ.JSTR 127/10-14(KMU) Jld 17(25)) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Akitek Jabatan Bangunan Majlis Pebandaran Subang Jaya. ( Ruj. Tuan : MPSJ B 286/7/3(56)) (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Tetuan Pembinaan Sierra Mal Sdn. Bhd. nd 52, 2 Floor, Jalan USJ 10/1B, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Kinrara BK 5B, No. 2, Jalan BK 5B/1C, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan) En. Lukman Bin Md Akim 23, Jalan BK 5B/5, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. (sesalinan pelan bil. MPSJ.PS.260/1/410 disertakan)
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel : 03 - 8026 3131 Faks : 03 - 5637 6585 Laman Web: http://www.mpsj.gov.my ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JADUAL PERTAMA KAEDAH-KAEDAH PENGAWALAN PERANCANGAN (AM) ( SELANGOR) 2001 BORANG C (1) KEBENARAN MERANCANG [ Keadah 9 (1) ] No. Rujukan : MPSJH 260/1/410(64) Menurut Subseksyen 3 Seksyen 22 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Kebenaran Merancang nd adalah dengan ini diberi kepada Tetuan Pembinaan Sierra Mal Sdn. Bhd. beralamat 52, 2 Floor, Jalan USJ 10/1B, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan bagi maksud Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 4 Blok Pangsapuri 6 Tingkat (186 Unit), 2 Blok Pangsapuri 15 Tingkat (108 Unit) Dan 2 Unit Rumah Kelab 2 Tingkat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan yang dilampirkan di atas Lot No : PT 37173 Dan PT 37174 dalam Mukim Petaling Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Pemberian kebenaran merancang adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut : a.
Cadangan pembangunan yang diluluskan adalah seperti jadual gunatanah dan pelan kelulusan yang diperakukan di dalam pelan bil. MPSJ.PS. 260/1/410. Gunatanah
Unit
% (unit)
Ekar
% (ekar)
Perumahan Pangsapuri 6 tingkat ( blok A, B, D, E ) (1000kp-1450kp) 3 bilik dan 3 + 1 bilik
186
63.3
1.750
16.6
Pangsapuri 15 tingkat ( blok C dan F ) (1000kp-1150kp) 3 bilik dan 3 + 1 bilik
108
36.7
0.360
3.3
Jumlah lnstitusi Dan Kemudahan Rumah kelab 2 tingkat dan kolam renang Pondok pengawai Jumlah Simpanan Dan Prasarana Pencawang elektrik (dalam bangunan) Pusat pemungutan sampah Jalan dan tempat letak kereta Kawasan lanskap dan riadah, parit dan kolam-kolam hiasan
294
100.0
2.100
19.9
2 1 3
-
0.131 0.001 0.132
1.3 1.3
2 2 -
-
0.015 2.295 2.203
0.1 21.8 21.0
Kawasan lapang Jumlah Jumlah keseluruhan
4 301
-
3.780 8.293 10.525
35.9 78.8 100.0
b.
Jalan keluar masuk lori semasa pembinaan pangsapuri tersebut adalah berasingan dengan Jalan BK 5A/5.
c.
Pembinaan pangsapuri tersebut akan dimulakan selepas kerja-kerja pemecahan batu tersebut disiapkan.
d.
Membasahkan kawasan cadangan bagi mengatasi masalah habuk.
e.
Membuat lanskap yang menarik bagi kawasan pangsapuri tersebut yang berhadapan Jalan BK 5A/5.
f.
Cadangan untuk menyediakan buffer/zon penampan di sepanjang pagar pangsapuri tersebut yang berhadapan Jalan BK 5A/5.
g.
Menyediakan tempat letak kenderaan di luar kawasan pemajuan yang akan ditentukan oleh Majlis.
h.
Kawasan lapang dibahagian utara perlu dilanskapkan dan dijadikan sebagai kawasan rekreasi aktif yang mengandungi 'jogging track' dan sebagai 'urban forest' dengan penanaman pokok-pokok bagi tujuan penghijauan kawasan.
i.
Mengemukakan jenis RC wall ke Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan, MPSJ.
j.
Membaiki dan membuat 'gentle slope' dan menanam pokok-pokok.
k.
Menyediakan lima peratus (5%) daripada keseluruhan tempat letak kereta untuk kegunaan 'orang kurang upaya' (OKU), serta ditandakan dengan perkataan OKU.
l.
Menyediakan mesin pengering baju di dalam rumah pangsa tersebut.
m.
Menyediakan sistem pemancar TV berpusat dan sistem telefon berpusat bagi setiap blok pangsapuri.
n.
Melaksanakan langkah pencegahan jenayah dalam Perlaksanaan Program Bandar Selamat seperti berikut : i.
Menyediakan rel (railing) dan tanaman landskap bagi memisahkan pejalan kaki dan laluan motosikal ;
ii.
Menyediakan 'bollard' di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dan motosikal ;
iii.
Menyediakan tempat letak motosikal berkunci dan dipasang pada waktu malam ;
iv.
Memasang lampu yang lebih cerah di laluan kaki lima bagi mewujudkan suasana selamat
v.
Sekiranya pemaju yang perlu menyediakan jejantas, rekabentuknya tidak boleh menggunakan rekabentuk jenis 'Intricate Ornate Design' atau bumbung condong bagi menghalang pandangan awam.
o.
Merobohkan segala struktur-struktur yang digunakan sebagai tempat penyembahan atau sembahyang selepas tamat pembinaan.
p.
Mematuhi syarat-syarat am jabatan/agensi teknikal luaran dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.
q.
Mematuhi syarat-syarat daripada Jabatan/agensi teknikal seperti berikut : JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH PETALING Merujuk surat bil. (4)dlm. JPS.Sel.012C/9/4/686 bertarikh 26 Julai, 2005 tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :
i.
Pelan yang dipersetujui adalah pelan SSPC/081/11(05) dengan mengadakan kolam takongan seluas 0.53 ekar seperti mana yang ditunjukkan di dalam pelan.
ii.
Melantik perunding/pakar-pakar yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran, Perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan kerja tanah dan sistem saliran projek yang
dicadangkan. Sistem saliran yang dikemukakan hendaklah mengikuti keperluan dan syarat-syarat Manual Baru Saliran Mesra Alam (Urban Stormwater Management Manual). iii.
Membayar sumbangan saliran dengan kadar RM 6 ribu/ekar bagi kawasan yang dimajukan.
iv.
Pemohon dikehendaki mengemukakan pelan susunatur yang telah diluluskan dengan sekil 1 inci : 8 rantai untuk semakan dan rekod pejabat ini. JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN, MAJLIS Merujuk memo bil. MPSJ.287/8/05/KM/Z1/4(2) bertarikh 11 April, 2005 menyokong permohonan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut : i.
Pelan infrastruktur kerja tanah perlu dikemukakan dengan cadangan parit utama sementara dan kekal serta 'wash trough', kolam penapis kelodak, kolam takungan, aras platform tanah dan jalan masuk sementara.
ii.
Mendapatkan ulasan daripada pihak JPS Selangor sebelum mengemukakan pelan kerja tanah.
iii.
Pelan-pelan infrastruktur sistem jalan dan peparitan perlu dikemukakan dengan menunjukkan cadangan kemajuan tanah bersebelahan atau jalan sediada.
iv.
Mengemukakan 2 set Laporan S.I. semasa mengemukakan Pelan Kerja Tanah.
v.
Mengemukakan 2 set laporan TIA bagi tujuan semakan.
vi.
Menaiktaraf Jalan BK 5B/5.
JABATAN BANGUNAN, MAJLIS Merujuk memo bil. MPSJ B 286/7/3(56) bertarikh 29 Mac, 2005 tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut : i. Rumah Pangsa / Apartment -
Rekabentuk bangunan jenis Mediterranean dan venicular contoh bumbung limas, garble dan hip roof dengan kemasan bumbung jenis 'concrete roof tiles'.
-
Rekabentuk bangunan hendaklah mengambilkira ruang untuk alai penghawa dingin.
-
Ketinggian lega untuk setiap unit kediaman ialah 2.75m (9) minima.
-
Ruang dry area hendaklah terlindung daripada pandangan luar dan jalanraya utama.
-
Bilangan tingkat maksimum bagi rumah pangsa 'walk up' ialah 5 tingkat.
ii. Warna Bangunan -
Warna jenis 'contrast' tidak dibenarkan.
-
Warna yang dicadangkan ialah daripada jenis harmoni contohnya 'pastel', 'cream', 'light green', dan 'grey'.
iii. Bangunan Kemudahan Awam -
Rekabentuk jenis Mediterranean atau senibina moden.
-
Ketinggian lega minima 3.5 meter.
-
Kemudahan untuk orang kurang upaya hendaklah disediakan seperti tandas dan 'ramp' untuk kerusi roda.
-
Rekabentuk surau perlu mempunyai ciri-ciri keislaman mengadap kiblat.
-
Rekabentuk bangunan hendaklah mengambilkira ruang untuk alat penghawa dingin.
iv. Syarat-syarat lain (Nyatakan) -
Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi seperti terkandung di Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Garispanduan dan Piawaian Bangunan 1999.
-
Memperolehi kelulusan permit untuk papan dendeng (hoarding), pejabat tapak, rumah kongsi, kantin, stor bahan dan lain-lain binaan sementara yang berkaitan sebelum kerja-kerja ditapak binaan.
-
Menyediakan papan tanda nama rekabentuk yang sesuai dengan kawasan Majlis.
-
Mengemukakan laporan teknikal untuk cadangan projek.
r.
Semua kawasan lapang, taman rekreasi awam dan lain-lain kemudahan awam yang ditunjukkan di dalam pelan adalah rezab kemudahan awam dan hendaklah diserahkan kepada pihak Majlis. Ianya hendaklah digunakan semata-mata mengikut tafsiran seperti dalam Akta 172 dan Akta Pindaan A933 dan permohonan untuk memajukannya adalah tidak dibenarkan sama sekali.
k.
Pelan infrastruktur kerja tanah, sistem jalan dan perparitan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan, MPSJ.
l.
Pemilik hendaklah mengemukakan pelan pra-hitungan sebanyak 15 salinan ( 14 kertas dan 1 linen) dan dua (2) keping disked format dwg. untuk disahkan oleh Majlis dan Pentadbir Tanah Daerah Petaling.
m.
Kelulusan Kebenaran Merancang ini adalah sah dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh surat ini dikeluarkan. Pemohon dikehendaki membuat permohonan perlanjutan Kebenaran Merancang tiga (3) bulan sebelum tarikh luput kelulusan.
n.
Mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1972 ( Akta 127 ) dan Undang-Undang Kecil Kerja Tanah, Majlis Perbandaran Subang Jaya.
o.
Pelan Senitaman hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Majlis. Kerja senitaman hendaklah disiapkan enam bulan (6) sebelum permohonan Sijil Layak Menduduki.
p.
Mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1975 ( Akta 171 ) Seksyen 160 den 161, pemilik/pemaju tanah hendaklah mengemukakan maklumat terbaru harta tanah kepada Majlis untuk tujuan senarai nilaian.
q.
Pemilik melalui Arkitek Bertauliah hendaklah menyediakan pelan bangunan dan pelan-pelan berkaitan mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Garispanduan Majlis.
r.
Pemaju/pemilik/kontraktor hendaklah memastikan tapak binaan adalah bebas daripada tempat pembiakan haiwan dan serangga berpenyakit. Pemilik/pemaju hendaklah mematuhi garispanduan berikut : Garispanduan perkara-perkara yang perlu dipatuhi dan yang tidak boleh dilakukan oleh pemaju. Garispanduan kawalan haiwan nyamuk aedes di tapak binaan.
s.
Semua projek pembangunan perlu memperolehi kelulusan penebangan/pengalihan pokok-pokok daripada Majlis sebelum kerja-kerja tanah dimulakan.
t.
Pemilik/pemaju perlu meyumbang kepada kos pembinaan infrastruktur seperti jalan dan parit seperti yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Majlis.
u.
Sebarang pindaan pelan susunatur pelan susunatur hendaklah dirujuk dan dikemukakan ke Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis.
Tarikh: 02 Ogos, 2005
METERAI : . ( DATO AB. HAKIM BIN BORHAN ) Yang Dipertua MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA