3/1/2017
EDU 3103 MURID DAN PEMBELJARAN
Jabatan Ilmu Pedidikan IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat
Definisi : Merupakan cara atau langkah langkah--langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
Deduktif
PENDEKATAN
Induktif
Tematik
Integratif
Eklektik
1
3/1/2017
INDUKTIF Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,kemudian membuat kesimpulan. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.
Guru hanya membimbing murid,malalui soal jawab,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh-contoh khusus yang dikemukakan. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum.
2
3/1/2017
Contoh-contoh khusus
Memerhati,meng kaji, mengenal pasti, mentafsir
Membuat kesimpulan
Proses Pendekatan Induktif
Contoh Pendekatan Induktif Contohcontoh khusus
Ikan emas,udang,k erang,sotong, berudu
Memerhati dan mengkaji
Bernafas melalui insang
Mentafsir dan membuat kesimpulan
Haiwan hidup dalam air mempunyai insnag untuk bernafas
3
3/1/2017
• Membentuk satu kesimpulan daripada contohcontoh tertentu. Misalnya mencari ciri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga. • Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
•
Membentuk satu hukum daripada penyataanpenyataan tertentu. Misalnya, membuat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat bahasa.
4.Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan mencari hasil tambah sudutsudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem hasil tambah sudut segitiga.
5.Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
4
3/1/2017
1.Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, soalansolan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
2.Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri. 3.Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya.
5
3/1/2017
.
4. Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru,murid-murid juga digalakkan memberi contoh- contoh yang serupa. 5.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan
DEDUKTIF
Konsep duduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada satu atau beberapa rumus,prinsip,hukum,teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.
Kadangkala,pendekatan deduktif ini digunakan untuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus, prinsip, hukum atau teorem yang telah diketahui. Sebelum penggunaan pendekatan deduktif ini,guru harus memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingati kembali rumus,hukum, prinsip, teori atau teorem yang bekaitan agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.
6
3/1/2017
• Tiga jenis pendekatan deduktif biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 1.Untuk Penyelesaian Masalah: Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah.Misalnya,setelah murid mempelajari fungsi imbuhan “ber”,mereka disuuh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan “ber”.
2.Untuk Membentuk Kesimpulan Baru: Pendekatan deduktif ini boleh digunakan untuk membentuk suatu kesimpulan baru. Misalnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat,mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.
7
3/1/2017
3.Untuk Membukti Hipotesis : Pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari.Misalnya,selepas murid telah mempelajari teorem sudutsudut bersebelahan atas garis lurus,mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180°.
1.Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. 2.Murid-murid harus dibimbing mengingati kembali rumus, kesimpulan, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. 3.Kesimpulan, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah dufahamkan secara mendalam.
8
3/1/2017
4.Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut posedur dengan tepat,iaitu: Pemilihan
Pendekatan masalah atau hipotesis
kesimpulan,pin
Menyelesaikan
sip,
masalah atau
hukum atau
membuktikan
teorem yang
hipotesis.
telah diketahui.
5.Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu kesimpulan,prinsip,rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari. 6.Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis,tetapi membimbing murid melalui aktiviti soaljawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.
9
3/1/2017
INTEGRATIF Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang meransangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza, menghargai unsur kepelbagaian dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama.
Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung sepeti kuliah di mana muridmurid kita dikehendaki duduk dan dengar, pendekatan integratif memerluakan mereka untuk berfikir, mensintesis, dan memberi gerakbalas tehadap apa yang diajar.
1.Tumpuan Diberi Kepada Strategi Pemusatan Murid Guru dikehendaki memberi kuasa kepada muridmurid mengendalikan tugas atau projek serta menggalakkan pembinaan hubungan.Oleh itu,guru hendaklah mudah didampingi agar dapat memberi bimbingan jika perlu.
10
3/1/2017
2.Penggunaan Pembelajaran Aktif Teknik-teknik yang digunakan seperti pembelajaran koperatif memberi murid peluang untuk mengaplikasi teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan seharian.Penglibatan ini lebih menekankan perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat.
3.Peranan Guru Sebagai Fasilitator -Guru perlu merekabentuk aktiviti-aktiviti di manamurid –murid dapat belajar sesama mereka serta memperoleh pengalaman pembelajaran berbentuk arah kendiri dan inisiatif kendiri. 4.Keutamaan Diberi Kepada Kemahiran Asas Kemahiran asas seperti membaca,menulis dan mengira diperkukuhkan dalam kalangan murid.
11
3/1/2017
5.Peluang Untuk Kerja Berpasukan Melalui kerja berpasukan ,murid-murid belajar untuk menghargai unsur kepelbagaian dan perbezaan individu
6.Penggunaan Teknologi Dalam Menyiapkan Tugas Atau Projek. Amat penting agar murid-murid didedahkan dan diajar pelbagai kemajuan teknologi dan strategi internet yang sedia ada.
Berasal daipada bahasa Inggeris electuc yang membawa maksud penggunaan atau pemilihan yang tidak terbatas kepada satu sumber. Gabungan ketiga-tiga pendekatan induktif,deduktif dan integratif dikatakan sebagai pendekatan eklektik. Pendekatan eklektik banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik, khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif. Kedua-dua pendekatan ini adalah sering digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar rumus, pinsip, hukum, konsep dan teorem Sains atau Matematik.
12
3/1/2017
• Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. • Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-bagai sistem dan pendekatan. • Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan.
• Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut • Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran. • Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan.
13
3/1/2017
TEMATIK Pendekatan ini biasanya digunakan dalam kebanyakan program pendidikan awal kanakkanak.Pendekatan tematik sering digunakan dalam pelajaran Bahasa,Pendidikan Seni,Sejarah dan Pendidikan Moral. Strategi pengajaran tematik adalah berkaitan rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan,khasnya kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
Secara ringkas,terlebih dahulu,guru akan merujuk kepada tema yang terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan.Tema ini telah disusun mengikut perkara atau isu yang biasa seperti keluarga saya,haiwan peliharaan dan sebagainya. Berdasarkan tema mingguan yang telah dikenalpasti,guru akan meancang aktiviti-aktiviti pembelajaran dan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian.
14
3/1/2017
SEKIAN TERIMA KASIH
15