BIODATA PROF DR WAHBAH AZZUHAILI Prof.
Dr.
Wahbah
negeri Syam.
al-Zuhaili dilahirkan
di
Bumi Syam merupakan bumi
yang mempunyai keberkatan kerana doa Nabi SAW dalam hadith yang sahih : اللهم بارك لنا في شامنا Maksudnya : “Ya Allah! Berkatkanlah bagi kami negeri Syam kami” Sejarah juga telah membuktikan ramai tokoh terbilang lahir di negeri Syam sejak zaman berzaman dahulu lagi, antaranya Sultan alUlama’ Iz Al-Din bin Abd al-Salam, Imam al-Nawawi dan ramai lagi. PERKAMPUNGAN SYEIKH Syeikh dilahirkan pada tahun 1351H bersamaan 6 Mac 1932M di perkampungan Dir ‘Atiyah, satu kawasan di Qalmun daerah al-Nabk iaitu di pinggir Kota Damsyiq. Beliau dinamakan dengan Wahbah Mustafa al-Zuhaili dan digelar Abu ‘Ubadah. Ini kerana salah seorang anaknya bernama ‘Ubadah. Ayahnya bernama al-Haj Mustafa al-Zuhaili yang merupakan seorang hafiz al-Quran. Seorang yang banyak beribadat dan berpuasa dan memelihara solat jemaah di masjid. Ayahnya bekerja sebagai peladang dan peniaga. Ibunya pula bernama Hajjah Fatimah binti Mustafa Sa’adah. Seorang ibu yang dihiasi dengan sifat warak dan bepegang teguh dengan syari’at dan beramal dengannya. PENDIDIKAN DAN KEHIDUPAN ILMUNYA Beliau mendapat didikan dan tarbiyah sejak kecil lagi dari kedua orang ibu bapanya. Syeikh juga belajar di sekolah rendah dan tamat di perkampunganya sebelum berpindah ke Kota Damsyiq atas dorongan ibunya.
1
Kemudian
Syeikh menyambung pengajian
menengah
dan
thanawi
di
Kota
Damsyiq. Syeikh pernah menceritakan bahawa beliau pernah belajar dengan seorang tokoh Nahu pada zamannya yang terkenal iaitu Syeikh al-Kafrawi. Seterusnya Syeikh menyambung pengajian di Kuliah Syariah di mana maahad tersebut merupakan tahap pendidikan yang cukup tinggi di Syria. Di Kuliah Syariah, Syeikh belajar hampir 6 tahun dan mendapat darjah Tajhiz – Thanawi – Syar’iyyah pada tahun 1952. Kemudian Syeikh menyambung pengajian ke Mesir. Beliau belajar di beberapa kuliah (fakulti) dan di beberapa universiti pada waktu yang sama. Namun secara khususnya, beliau mempelajari di Universiti al-Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang di Universiti ‘Ain Syams. Beliau mendapat sijil seperti berikut : i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti alAzhar tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar. ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al-Azhar tahun 1957. iii. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang-undang) dan tajuk risalahnya ialah al-Zara’I Fi al-Siasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami. iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun 1963 di mana tajuk tesisnya Athar al-Harb Fi al-Fiqh al-Islami : Sebuah Kajian Perbandingan "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam: Meliputi 8 Mazhab dan Undang-undang Sekular Antarabangsa". Beliau telah diselia oleh Prof. Dr. Muhammad Sallam Madkur. Akhirnya Syeikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula dan datang keputusannya dengan pesanan untuk diedarkan tesisnya kepada unversiti-unversiti yang lain.
2
KERJAYA DAKWAH 1. Semenjak tahun 1963, beliau telah mengajar di Universiti Damsyik (Damascus University) di mana beliau telah meraih gelaran Profesor sejak tahun 1975. 2. Beliau menjadi ahli dalm Royal Society untuk penyelidikan tamadun Islam Yayasan Aal al-Bayt di Amman Jordan serta banyak lagi badan-badang Islam di seluruh dunia termasuk Majlis Syria al-IFTA, Aademi Fiqh Islam di Jeddah, Arab Saudi dan Akademi Fiqh Islam Amerika Syarikat, India dan Sudan. 3. Beliau juga merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan bagi Institusi Kewangan Islam. 4. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai perundang dalam bidang Syariah Islam kepada syarikat-syarikat dan institusi kewangan Islam termasuk Bank Islam Antarabangsa. 5. Beliau turut dikenali sebagai pendakwah Islam yang terkenal yang kerap muncul dalam program televisyen dan radio. Dulu, beliau merupakan Imam dan pendakwah di Masjid Usman di Damsyik. PENDIRIAN BELIAU Dalam bidang Akidah, Dr. Wahbah mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri dari kelompok Asyairah dan Maturidiah. Apa yang diwajibkan bagi orang awam adalah mengikut pendapat Mufti mereka yang tergolong dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Menurut beliau juga, sambutan Maulidurrasul adalah diharuskan. Selain itu, beliau berpendapat adalah dibenarkan untuk bertawasul kepada Nabi dan para wali. Beliau tidak suka berhujah dengan golongan Salafi. Namun beliau berpendapat Salafi, Wahabi tidak kafir. Walau bagaimana pun, banyak pandangan mereka (Salafi Wahabi) yang beliau tidak persetujui.
3
GURU-GURU Dr Wahbah az-Zuhaili telah menuntut dengan ramai ulama sama ada di Syria mahupun di Mesir. Antara guru beliau adalah: a. Di Syria 1. Muhammad Hashim al-Khatib al-Syafie 2. Abdul Razaq al-Hamasi 3. Mahmud Yassin 4. Judat al-Mardini 5. Hassan al-Shati 6. Hassan Habnakah al-Maidani 7. Muhammad Saleh Farfur 8. Muhammad Lutfi al-Fayumi 9. Mahmud al-Rankusi b. Di Mesir 1. Muhammad Abu Zuhrah 2. Mahmud Shaltut 3. Abdul Rahman Taj 4. Isa Manun 5. Ali Muhammad Khafif 6. Jad al-Rabb Ramadhan 7. Abdul Ghani Abdul Khaliq 8. Muhammad Hafiz Ghanim
4
PELAJAR Antara murid-murid beliau adalah: 1. Adik beliau, Muhammad az-Zuhaili 2. Muhammad Faruk Hamadah 3. Muhammad Naim Yassin 4. Abdul Sattar Abu Ghuddah 5. Abdul Latif Farfur 6. Muhammad Abu Lail 7. Abdul Salam al-‘Ibadi 8. Muhammad al-Syarbaji KEAHLIAN AKADEMIK 1. Ahli Royal Society Penyelidikan Tamadun Islam di Jordan. 2. Pakar di Akademi Fiqh Islam di Jeddah dan Majlis Fiqh di Makkah serta Akademi Fiqh Islam di India, Amerika dan Sudan. 3. Ahli Jawatankuasa penerbitan Ensklopedia Besar Arab di Damsyik. 4. Pengerusi Lajnah Pengajian Syariah di Institusi Kewangan Islam. 5. Ahli Majlis Tertinggi Fatwa di Syria. 6. Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Hal Ehwal Islam dan lembaga editor Jurnal Kementerian Wakaf di Syria. 7. Ahli Jawatankuasa Ensiklopedia Fiqh di Kuwait, Ensiklopedia Besar Arab di Damsyik. Ensiklopedia Tamadun Islam di Jordan, Ensklopedia Fiqh Muamalat di Akademi Fiqh Islam di Jeddah dan lain-lain.
5
DR WAHBAH AZZUHAILI DI MATA RAKAN-RAKANNYA:
Said Ramadhan al-Buty mengenalinya sejak tahun 1954 di Universiti Al-Azhar. Pada ketika itu, beliau mengenali Wahbah melalui dua perkara sahaja iaitu melalui pemakaian serban putih yang mana pada masa itu ia agak janggal di Mesir. Keduanya ialah cara berjalan yang cergas, tegap dan cepat dalam setiap waktu dan suasana. Perhubungan bertambah akrab apabila mereka mula bertugas di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Hubungan bertambah akrab disebabkan dua perkara iaitu Said Ramadhan al-Buty merupakan antara orang yang pertama membaca risalah Ph.D Wahbah al-Zuhayli yang diperolehi dari Universiti Kaherah. Keduanya beliau mendapati pada diri Wahbah al-Zuhayli akhlak yang mulia sama ada dari segi ibadat dan pandangannya yang sederhana dan tidak menyalahi pendapat jumhur ulamak yang masyhur. Beliau juga terkenal seorang yang ikhlas dan tidak mengharapkan habuan dunia. Ramadhan al-Buti mengakui kelebihan Wahbah al-Zuhayli sebagai seorang yang gigih mengarang terutama dalam menyiapkan Tafsir al-Munir yang melebihi 32 juzuk sebanyak 16 jilid dalam masa lima tahun semasa bertugas di Emiriat Arab Bersatu (UAE).
Menurut adiknya, Muhammad al-Zuhayli, beliau seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi dari segi waktu dan peraturan yang menyebabkan beliau dapat mengarang buku-buku dengan banyak terutama mengarang pada waktu subuh yang amat diberkati Allah. Beliau kurang menyenangi apabila orang melanggar disiplin, temujanji dan melambatkan tugas. Sejak kecil lagi, Wahbah al-Zuhayli dipanggil oleh bapa mereka sebagai Syeikh alIslam. Ternyata apa yang difirasatkan oleh ayahnya kini menjadi satu kenyataan apabila beliau menerbitkan al-Tafsir al-Munir, Fiqh al-Islami dan lain-lain buku dalam pasaran sekarang dan menjadi seorang ulamak terkenal abad ini.
6
KITAB DAN KARYANYA Antara karya beliau ialah: 1. Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami: Dirasah Muqarin. 2. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. 3. Usul al-Fiqh al-Islami . 4. Al-Fiqh al-Shafi'i al-Muyassar. 5. Al-Fiqh al-Islami `ala Madhhab al-Maliki. 6. Financial Transactions in Islamic Jurisprudence. 7. Al-'Alaqat al-Dawali fi al-Islam. 8. Al-Huquq al-Insan fi al-Fiqh al-Islami bi al-Ishtirak ma` al-Akhireen. 9. Al-Islam Din Shura wa Dimuqratiyah. 10. Haqq al-Huriyah fi al-'Alam. 11. Asl Muqaranit al-Adyan. 12. Al-`Uqud al-Musama fi al-Qanun al-Mu`amilat al-Madani al-Emirati. 13. Tafsir al-Munir.
(diedit dari pelbagai sumber-Ustaz Nik Muhammad Nasri www.niknasri.com)
7