بسم هللا الرحمن الرحيم اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
Ringkasan pesanan Ibadah Umrah dan Haji – By ARTCO Rehlah Travel and Tours.
PENGERTIAN UMRAH DAN HUKUMNYA Pada bahasa : Ziarah. Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.
Dalam surah Ali-Imran ayat 97:
وهلل على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيال
Istitaah bermaksud (berkemampuan). (a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan. (b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik. (c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan. (d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji. 1 Disediakan oleh ARTCO Rehlah Travel and Tours Pte. Ltd.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan (f) wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya
Keriangan Hati untuk melakukan Ibadah Musim haji dan umrah sudah tiba masanya. Umat Islam dari penjuru dunia berkesempatan untuk pergi dan menunaikan ibadah haji atau umrah pada tahun ini dan sudah mulai berdatangan di kota suci Makkah dan Madinah Munawarah. Rasa gembira dan haru sudah pasti mereka rasakan. Bagaimana tidak, mereka memperoleh peluang yang sangat besar untuk memenuhi panggilan Allah, yaitu melaksanakan rangkaian manasik Haji dan Umrah yang merupakan syari’at serta rukun Islam yang kelima.
Rahsia dan kelebihan Ibadah Umrah Antara alasan mengapa kita ber “Haji” atau ber “Umrah” adalah untuk menghapus dosa. Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah ialah:•1.
Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.
•2.
Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji. 2
Disediakan oleh ARTCO Rehlah Travel and Tours Pte. Ltd.
•3.
Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
•4.
Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga"
•5.
Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan berperang.
•6.
Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan
Kegembiraan dan keterharuan itu wajar dan lumrah. Karena kesempatan berangkat haji dan Umrah tersebut diperoleh setelah melalui proses panjang yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan kesabaran.
Hukum menunaikan Umrah Hukum mengerjakan umrah adalah seperti hukum mengerjakan haji sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 196:
َوأَتِ ُّموا ْال َح َّج َو ْالعُ ْم َرةَ ِ َّلِل
Mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang diakui dalam Mazhab Maliki, Ibadah Umrah adalah sunat mua'akkadah yang mana ia adalah sunat yang digalakkan.
3 Disediakan oleh ARTCO Rehlah Travel and Tours Pte. Ltd.
Dan pendapat jumhur ulama mengatakan Umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali dan jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi ditunaikan pada bulan Ramadhan yang mana menyamai pahala Ibadat Haji.
Apa yang perlu diketahui sebelum melakukan segala perlaksanaan ibadah. 1- Ilmu Ilmu dalam setiap perlaksaan perkara yang berbentuk ibadah adalah wajib sebelum kita mulai untuk melakukan sesuatu. Ini kerana supaya kita tidak melakukan kesilapan dan terhindarnya kesilapan serta menjauhi perkara yang boleh merosakkan sesatu ibadah itu. Seperti dalam kata- kata Arab yang terkenal : " " العلم قبل القول والعمل “Ilmu sebelum kata-kata dan amal (perbuatan).” Begitu juga Hakikat Ibadah Umrah dan Haji akan terlaksana setelah diketahui segala ilmu dalam mengerjakan ibadahnya.
2- Syarat – syarat Umrah/ Haji diterima oleh Allah (a) Islam: tidak wajib ke atas orang kafir. 4 Disediakan oleh ARTCO Rehlah Travel and Tours Pte. Ltd.
(b) Berakal : tidak wajib ke atas orang gila. (c) Baligh: tidak wajib ke atas kanak-kanak. (d) Merdeka : tidak wajib ke atas hamba sahaya. (e) Berkemampuan : tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
3- Ikhlaskan segala perbuatan/Ibadah kerana Allah s.w.t Ketika melakukan segala bentuk ibadah/perbuatan, hendaklah jauhkan niat dari riya’, sum’ah, bangga, serta menunjuk-nunjuk. Segala perbuatan/ ibadah hanya kerana Allah s.w.t Sepertimana yang disebut dalam alQuran dalam surah alBayyinah: ومآ أمروا إال ليعبدوا هللا مخلصين له الدين
4- Berusaha melaksanakan ibadah sesuai dengan tuntutan Rasulullah sallahu alaihi wa sallam Berusaha melakukan ikut Sunnah Rasulullah, setiap ibadah pasti ada tuntutan dalam al-Quran serta boleh dirujuk dalam Hadith Sahih
5- Mulailah Ibadah Haji/Umrah dengan Taubah, Muhasabah, Berazam untuk tidak melakukan kesalahan kesalahan dosa yang terdahulu. Yakini diri untuk berTaubah, berbekal kan diri untuk melaksanakan Ibadah dengan Taqwa serta Harta yang Halal.
Sepertimana yang telah disebut dalam alQuran: Surah alBaqarah ayat 197 وما تفعلوا من خير يعلمه هللا وتزودوا فإن خير الزاد التقوى 5 Disediakan oleh ARTCO Rehlah Travel and Tours Pte. Ltd.
Jerih Payah pasti akan mendapat imbalan dari Allah s.w.t Jerih dan payah yang sangat luar biasa, bermula dari usaha mengumpulkan biaya mengurus pendaftaran sampai melakukan safar (perjalanan) yang jauh dan memberatkan. Tetapi yang paling penting, sesampainya di tanah suci, para jemaah harus memaksimalkan lagi persiapannya, lebih- lebih lagi dari sudut fikiran, mental, pengetahuan, kekhusuan dan kesabaran sehingga rangkaian rukun dan wajib Umrah/Haji dapat dikerjakan secara baik dan sempurna. Di samping merupakan kewajiban bagi yang mampu, Ibadah haji dan umrah memiliki keutamaan dan pahala yang sangat besar. Sehingga tidak heran, dari tahun ke tahun angka jemaah yang mendaftar haji atau umrah senantiasa meningkat dan bertambah. Padahal ongkos biayanya semakin tinggi. Sementara jatah quota haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi tidak mencukupi sehingga jemaah yang mendaftar harus menunggu dua atau tiga tahun. Bahkan di beberapa negara seperti di Singapur harus menunggu belasan dan puluhan tahun, baru boleh berangkat haji. Sebuah riwayat shahih dari Ibn Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda, “Tunaikanlah haji dan umrah, karena keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana api menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada balasan bagi haji yang mabrur kecuali surga.” (HR. Tirmidzi). Sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah RA, bahwa haji mabrur merupakan bentuk jihad yang paling mulia. Sabda Rasulullah SAW, “Kalian mempunyai jihad yang paling mulia, yaitu haji mabrur.”
6 Disediakan oleh ARTCO Rehlah Travel and Tours Pte. Ltd.
Begitu besar keutamaan dan pahala haji mabrur, yaitu ibadah haji yang dapat dilaksanakan secara sempurna yang tidak ternodai dengan perbuatan dosa dan maksiat sehingga ibadah hajinya betul-betul diterima oleh Allah SWT. Namun bagi jamaah umat Islam yang belum diberikan kesempatan dan peluang berangkat haji tidak perlu putus asa dan kecil hati, karena Allah SWT menyediakan sejumlah amal shalih dengan ongkos murah, tetapi keutamaan dan pahalanya sebanding dengan ibadah haji dan umrah. Bahkan lebih besar. Seperti sabda Nabi SAW , “Barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci demi untuk menunaikan shalat fardu, maka pahalanya adalah seperti pahala orang yang menunaikan ibadah haji dalam keadaan ihram. Dan barang siapa yang keluar dengan bersusah payah hanya untuk melakukan shalat dhuha, maka pahalanya adalah seperti pahala orang yang melakukan ibadah umrah.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud).
هللا أعلم
7 Disediakan oleh ARTCO Rehlah Travel and Tours Pte. Ltd.