Tingkatan 4 Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar Konsep Firma – Maksud / Objektif / Peranan 1. Unit ekonomi atau satu organisasi yang produktif yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan menggunakan sumber ekonomi yang terhad. 2. Tujuannya adalah untuk memenuhi kehendak pengguna, memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran. 3. Sumber pengeluaran terdiri daripada modal, tanah, buruh dan usahawan. 4. Sama ada firma itu bersaiz kecil atau besar ditentukan oleh saiz modalnya.
Pengeluaran Input pengeluaran terbahagi kepada input tetap dan input berubah: Input Tetap Input Berubah - Tidak boleh diubah dalam jangka - Boleh berubah mengikut jumlah masa pendek walaupun keluaran keluaran berubah - Bila keluaran sifar, input berubah - Contoh: bangunan kilang, mesin / juga sifar jentera - Jika bertambah berterusan, jumlah keluaran juga meningkat sehingga ke satu tahap maksimum dan kemudian menurun - Contoh: buruh, bahan mentah Perbezaan konsep jangka pendek dan jangka panjang: Jangka Pendek Jangka Panjang - Suatu jangka masa yang pengeluar - Suatu jangka masa pengeluar tidak berupaya mengubah input berupaya mengubah input tetap dan tetap input berubah - Firma hanya boleh mengubah input - Input tetap tidak lagi wujud, semua berubah sahaja input pengeluaran menjadi input berubah
Kos Pengeluaran Perbezaan antara kos tetap dan kos berubah: *SPM 2006, 2009, 2011, 2012* Kos Tetap Kos Berubah Jumlah kos yang perlu dibayar kerana penggunaan input tetap Tidak berubah walaupun keluaran berubah Semasa pengeluaran sifar kos ini wujud
Jumlah kos yang perlu dibayar kerana penggunaan input berubah Berubah mengikut jumlah keluaran Kos ini sifar bila keluaran sifar Wujud dalam jangka pendek dan panjang Contoh: upah buruh
Wujud dalam jangka pendek Contoh: sewa dan mesin
1
www.SPMSureSkor.com
Dalam jangka pendek, terdapat juga jenis-jenis kos berikut yang berasal daripada kos tetap dan kos berubah: Jumlah Kos Tetap = Harga seunit input tetap x Unit input tetap yang digunakan Jumlah Kos Berubah = Harga seunit input berubah x Bilangan input berubah yang digunakan Jumlah Kos = Jumlah Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah
Jumlah Kos Jumlah Keluaran Perubahan Jumlah Kos = Perubahan Jumlah Output
Kos Purata
=
Kos Sut (A) Keluaran (unit)
(B) Kos Tetap (RM)
(C) Kos Berubah (RM)
(D) Jumlah Kos (RM) (B) + (C)
0
10
0
10
1
10
23
10 + 23 = 33
2
10
39
10 + 39 = 49
3 4 5 6 7
10 10 10 10 10
61 90 139 190 250
71 100 149 200 260
(E) Kos Purata (RM) ( D) ( A) 33 33 1 49 24.5 2 23.6 25 29.8 33.3 43.33
(F) Kos Sut (RM) ( D) ( A) 33 10 23 1 49 33 16 1 22 29 49 51 60
1. Pada keluaran sifar, kos tetap = RM10, kos berubah = 0 dan jumlah kos = RM10. 2. Apabila keluaran dari 1 unit bertambah ke 7 unit, kos tetap tidah berubah (RM10), kos berubah terus meningkat ke RM250 dan jumlah kos terus meningkat ke RM260. 3. Hubungan antara keluaran dengan kos purata dan kos sut pada tingkat keluaran berikut: (a) Keluaran 0 – 2 unit: Kos purata menurun dan kos sut menurun sehingga mencapai minimum pada unit ke-2. (b) Keluaran 2 – 3 unit: Kos purata menurun sehingga mencapai minimum pada 3 unit keluaran dan kot sut meningkat. (c) Keluaran 3 – 7 unit: Kos purata dan kos sut meningkat.
Penawaran 1. Hukum penawaran menyatakan bahawa semakin tinggi harga, semakin banyak barang ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga, semakin kurang barang ditawarkan dengan andaian ceteris paribus. (a) Hubungan antara harga (P) dengan kuantiti barang yang ditawarkan (Q) adalah langsung atau positif.
2
www.SPMSureSkor.com
(b) Hubungan antara tingkat harga barang dengan kuantiti barang yang ditawarkan dapat ditunjukkan melalui jadual penawaran dan keluk penawaran. (c) Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti penawaran terhadap barang itu akan bertambah. Sebaliknya, apabila harga barang itu turun, kuantiti penawaran terhadap barang itu akan berkurangan. 2. Jadual penawaran digunakan untuk menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan. 3. Keluk penawaran individu: Graf yang menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan oleh firma tertentu dalam tempoh tertentu.
Perubahan dalam kuantiti ditawarkan disebabkan oleh faktor perubahan harga barang itu sendiri. Harga (RM) 2 4 6
Kuantiti Ditawar (unit) 10 20 30
Pembentukan Keluk Penawaran: (a) Keluk penawaran suatu barang dibentuk berdasarkan koordinat titik-titik kombinasi kuantiti penawaran pada setiap tingkat harga tertentu. (b) Tandakan titik koordinat pertama berdasarkan harga RM2 dan kuantiti ditawar adalah 10 unit. (c) Tandakan titik koordinat kedua berdasarkan harga RM4 dan kuantiti ditawar adalah 20 unit. (d) Tandakan titik koordinat ketiga berdasarkan harga RM6 dan kuantiti ditawar adalah 30 unit. (e) Sambungkan ketiga-tiga titik koordinat tersebut membentuk satu garisan. (f) Labelkan garisan tersebut sebagai keluk penawaran, S.
3
www.SPMSureSkor.com
4. Faktor-faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kiri atau ke kanan selain daripada faktor harga barang itu.
Peralihan keluk penawaran ke kanan (pertambahan kuantiti output) (a) Harga barang lain menurun (b) Harga faktor pengeluaran menurun (c) Tingkat teknologi bertambah baik (d) Jangkaan harga akan menurun pada masa depan (e) Cuaca yang menggalakkan (f) Matlamat pengeluar adalah untuk memperkenalkan barang dan bukan untuk memaksimumkan keuntungan (g) Pemberian subsidi oleh kerajaan
Peralihan keluk penawaran ke kiri (pengurangan kuantiti output) (a) Harga barang lain meningkat (b) Harga faktor pengeluaran meningkat (c) Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan (d) Cuaca yang tidak menggalakkan (e) Matlamat pengeluar adalah untuk mengurangkan penawaran dan memaksimumkan keuntungan (f) Kerajaan mengenakan cukai
Keanjalan Harga SS – Maksud / Pengiraan / Tafsiran Konsep Keanjalan Harga Penawaran *SPM FOKUS* Rumus untuk mengira keanjalan harga penawaran:
Keanjalan Harga Penawaran Maksud: Peratus perubahan dalam kuantiti ditawar akibat peratus perubahan dalam harga barang itu.
4
www.SPMSureSkor.com
Anjal (Nilai Es > 1)
-
-
Tidak / Kurang Anjal (Es < 1)
Kuantiti barang yang ditawar berubah dengan kadar peratusan yang lebih besar daripada kadar peratusan perubahan dalam harga Pekali keanjalannya bernilai lebih daripada satu Nilai Es > 1 Contoh: barang mewah, barang perkilangan Penawarannya sukar ditambah dalam jangka pendek
-
-
Kuantiti barang yang ditawar berubah dengan kadar peratusan yang lebih kecil daripada kadar peratusan perubahan dalam harga Pekali keanjalannya bernilai kurang daripada satu Nilai Es < 1 Contoh: barang mesti seperti barang pertanian, beras, gula Penawarannya sukar ditambah dalam jangka pendek
Anjal Satu (Es = 1) - Peratus perubahan kuantiti barang yang ditawar berubah pada kadar yang sama dengan peratus perubahan dalam harga barang tersebut / pekali keanjalannya bernilai sama dengan satu - Nilai Es = 1 - Contoh: barang seramik
5
www.SPMSureSkor.com