TANGGUNGJAWAB BERZAKAT DI KALANGAN MINORITI MUSLIM DI THAILAND Waeamrene Waepa, Shofian Ahmad, Mohd.Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris & Afriyanto Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Tanggungjawawab menunaikan zakat adalah kewajipan ke atas setiap Muslim. Perintah berzakat ialah rukun ketiga agama Islam. Namun, beberapa serjana Muslim semasa memberikan pandangan berbeza tentang tuntutan berzakat ke atas masyarakat Islam yang tergolong sebagai minoriti dalam sesebuah negara. Kewajipan mereka tergantung kepada keadaan dan situasi kehidupan minoriti Muslim di negara-negara yang mereka diami. Kajian ini membincangkan wacana tanggungjawab berzakat di kalangan minoriti Muslim oleh beberapa serjana Muslim semasa antaranya Yusuf Qaradhawi, Zulfiqar, Muhammad Iqbal Bafadhal dan Abdullah Nunsuk dan seterusnya menilai tahap kedudukan dan kewajipan berzakat masyarakat minoriti Muslim di Thailand pada hari ini. Berpandukan perbahasan para sarjana tersebut, masyarakat Islam di Thailand hari ini. 1berkewajipan menunaikan perintah berzakat. Situasi dan keadaan kehidupan semasa masyarakat Islam Thailand hari ini yang tidak berhadapan dengan halangan dan mudarat bagi mereka menjalankan perintah agama itu. Faktorfaktor yang mewujudkan keadaan itu disumbangkan oleh pertama, perlembagaan Thailand yang terbuka, pentadbiran agama oleh Majlis Agama Islam di wilayahwilayah dan tahap kesedaran masyarakat Islam terhadap kewajipan berzakat. Perlembagaan Thailand yang menjadi sumber perundangan dan pentadbiran segala urusan rakyat Thailand keseluruhan jelas memberikan kebebasan penuh kepada rakyatnya dalam beragama, bermazhab atau berideologi. Di samping itu, ia memberi hak kebebasan dalam melaksanakan amalan agama mengikut mazhab atau ideologi yang dianuti oleh rakyatnya. Manakala, pentadbiran agama Islam di Thailand diseliakan oleh Majlis Agama Islam yang kini wujud di 39 wilayah diakui kewibawaannya oleh negara dan masyarakat Islam di Thailand. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat Islam di Thailand terhadap tanggunjawab berzakat juga bertambah tinggi kesan dari kefahaman yang dikembangkan oleh sistem pendidikan Islam yang meluas di seluruh negara. Berasaskan perspektif dan pandangan tersebut, usaha bagi memperkuhkan kefahaman serta institusi pengurusan zakat hendaklah diperkasakan bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Islam di Thailand menjalankan tanggungjawab dan tuntutan agama dengan mudah dan berkesan seterusnya memberikan manafaat yang bermakna terhadap program pembangunan ekonomi ummah di Thailand pada masa akan datang. PENGENALAN Pembahasan berkenaan Tanggungjawab berzakat di kalangangan minoriti Muslim di Thailand terlebih dahulu membincangkan pengertian berzakat1 dalam tradisi keilmuan
554
dan ketamadunan Islam. Jelas kelihatan dalam perbahasan memperlihatkan wujudnya dua aspek perbincangan utama iaitu teori dan amalan. Dari segi teori, terdapat dua jenis zakat yang disyariatkan Allah SWT kepada umat Islam iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta telah disyariatkan secara ikthtiar (pilihan) semenjak permulaan Islam iaitu pada zaman awal pembentukan masyarakat Islam di Mekah. Pada era itu, kadar dan jenis harta zakat belum ditentukan tetapi ditunaikan atas kesedaran para pembayar zakat (muzaki) itu sendiri. Hal ini, dapat difahami berasaskan keterangan ayat-ayat Makkiyyah di dalam Al-Quran Al-Karim, Firman Allah SWT: 2
Maksudnya :
ِ ضََوجع ْلنَاَلَ ُكمََفِيه ِ ََم َّكنَّا ُك ْم َََماَتَ ْش ُك ُرون ْ ََف َّ شََََقَلِ ًيل َ اَم َعاي َ َ َ ِ ََاْل َْر َ َ ْ َ َولََق ْد
Dan sesungguhnya, kami telah menempat kamu di bumi dan di sana kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Demikian juga dalam surah al-Mu’minun, Allah SWT berfirman:
ِ فَص َلِتِِ َمَخ َين ََ )َ َوالَّ ِذ3(َضو َن ََ )َ َوالَّ ِذ2(َاشعُو َن ََ )َالَّ ِذ1(َقَ َْدَأَفْ لَ ََحَالْ ُم ْؤِمنُو َن ُ ينَ ُه َْمَ َع َِنَاللَّ ْغ َِوَ ُم ْع ِر َ ْ َ َ َِينَ ُه َْم 3 ِ َه َمَلِ َّلزَك َِاةَف )4(َاعلُو َن ُْ 1
Zakat merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang menjadi kewajipan kepada seluruh Muslim kewajipan ini telah disyariatkan Allah ke atas hambanya yang telah memunuhi syarat iaitu jumlah harta tertuntu sama ada yang tersimpan atau yang dilaburkan dan memilikinya dalam tempoh yang tertentu. 2
Al-Quran surah al-Araf 8:10
3
Al-Quran surah al-Mu’minun 18:4
555
Maksudnya: Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna dan orang menunaikan zakat. Dalam surah aI-Naml, Allah SWT juga berfirman:
ِ َ الَّ ِذ. َّ َالص َلةََ َويُ ْؤتُو َن َالزَكاةََ َوُهمَ ِِبْْل ِخَرَِةَ ُه َْمَيُوقِنُون َّ َيمو َن ُ ينَيُق َ Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan mereka yakin akan adanya akhirat.4 Berpandukan ayat-ayat tersebut, jelas berzakat adalah satu tangungjawab yang diperintahkan Alllah SWT kepada seluruh penganut ajaran Islam. Zakat ialah satu ibadah yang dilaksanakan dengan penuh kesedaran oleh setiap orang yang beriman dengan ajaran agama Islam. Perbencangang lain yang penting dalam merujuk tajuk perbahasan ini ialah istilah minoriti Muslim. Ini kerana. Pengertian istilah ini pada masa kini menentukan kedudukan dan kelayakannya dalam menjalankan perintah berzakat yang difardukan ke atas seluruh umat Islam. Minoriti merupakan istilah baru yang agak asing bagi sesetegah masyarakat di negara kita. Keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum turut menpergaruhi mengapa keadaan ini berlaku. Terdapat beberapa buah buku juga menjelaskan secara terperinci menganai istilah ini. Sekali imbas keadaan ini menyukarkan pelajar untuk memahami istilah itu. Sejak kebelangan ini apabila krisis etnik berlaku di beberapa buah negara seperti di Chehnya, Rwanda , menjadi lebih penting diketahui. Huraian di bawah ini akan menyetuh persoalan tersebut dengan memberi tumpuan kepada minoriti Muslim.
4
Al-Quran al-Naml 19:3
556
Minoriti mudah diertikan sebagai sekumpulan kecil manusia dalam sebuah masyarakat atau negara. Fenomena ini berlaku kerana beberapa orang tokoh dalam bidang ini menetapkan kriteria-kriteria tertentu yang membezakan sama ada ia minoriti atau sebaliknya. Perkataan minoriti berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “minor” bermaksud sedikit. Dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “aqalliyah” yang bermaksud sedikit dari segi bilangan5 Dari segi pengertian khusus, menurut Encyclopedia of Internatianal. Minoriti ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri perbezaan dari segi budaya dan kemanusiaan dengan kumpulan yang dominan. Kemudian ia menambah bahawa selalunya minoriti menjadi mangsa layanan yang tidak adil oleh kumpulan dominan dari segi sosial, politik dan ekonomi. Manakala polisi majoriti yang berkuasa dalam politik terhadap minoriti. Dalam hal ini golonngan minoriti berada di antara dua ketentuan samada asimilasi minoriti ke dalam majoriti atau menghapuskannya6. Menurut Encyclopedia of America minoriti bukan sahaja merujukkan kepada kumpulan-kumpulan etnik malahan ia juga boleh terbentuk berasaskan persamaan-persamaan dari segi umur, gender (lelaki/wanita) atau orientasi seks. Minoriti lahir hasil pergolakan kuasa yang dikuasai oleh majoriti 7 Daripada definisi di atas, minoriti adalah suatu kumpulan manusia yang diketapikan oleh suatu komponen masyarakat yang lain, iaitu majoriti yang mamegang kuasa. Perbezaan identiti sama ada perbezaan keadaan politik, ekonomi dan sosial digunakan sebagai asas tendakan diskrimnasi terhadap minoriti. Roger Scruton dalam A Dictionary of Political Thought menambah sebab-sebab sekumpulan itu akan menjadi minoriti. Beliau menjelaskan sesekumpulan itu menjadi minoriti apabila ia menepati ciri-ciri berikut : 1. Tabiat suka berkumpulan atau berpuak-puak dari angota-angota kumpulan lain dan mengasingkan diri mereka daripada masyarakat
5
Farid Mat Zain, Minoriti Muslim di Thailand,1998, Bangi Kuala lumpur hlm. 1.
6
Encyclopedia of International, 1992, London, hlm. 130.
7
Encyclopedia of Americana, 1993, London, hlm. 207.
557
yang boleh besar. 2. Kesedaran tentang identiti sosial tersendiri yang dapat dilihat melalui tidak yang berbeza dengan masyarakat majoriti.8 Antara serjana Muslim yang membahaskan istilah minoriti ialahYusuf Qaradawi yang menyatakan istilah minoriti telah cukup terkenal di zaman kita, akibat banyaknya orang-orang barhijrah atau melakukan emigrasi 9 dan semakin mendekatkatnya dunia antara sebahagian negara yang lain. Dalam erti kata lain. setiap golongan manusia di segala penjuru dunia, memiliki keistimewaan tersendiri dengan majoriti keluarganya dalam mengenut sesuatu agama, mazhab, suku, bahasa, dan lain-lainnya.Yang demikian ini merupakan prinsip-prinsip yang membezakan golongan manusia dari golongan yang selainnya. Antara contoh keadaan ini ialah Minoriti Muslim yang berada di tengah-tengah masyarakat Hindu di India, atau di tengah-tengah masyarakat Budha di China dan Thailand Minoriti tersebut mempunyai perbezaan masing-masing dalam menerapkan kepercayaan dan agama mereka. Di antara contoh tersebut juga ialah minoriti penganut agama Nasrani di Mesir, Syria, Iraq dan sebagainya. Minoriti penganut agama Yahudi di Maghribi, Iran, Turki dan sebagainya. Begitu juga minoriti penganut agama Katolik di sebahagian beser negara-negara dunia. Ada juga minoriti suku-suku, seperti mioriti suku Barbar di Aljazair dan Maghribi, dan minoriti suku Kurdish di Irag, Iran, Turki dan Syria. Ada juga minoriti bahasa, seperti minoriti penduduk yang berbicara dengan bahasa Perancis di Kanada( Montreal dan sekitarnya ). Adapun minoriti yang paling jelas di dunia adalah minoriti agama. Minoriti inilah yang nantinya mengalami berbagai persoalan dalam segala aspeknya. .Di antara beberapa kelaziman yang di hadapi kalangan minoriti ialah kalangan ini membentuk tradisi yang lemah di hadapan kaum majoriti.ini kerana majoriti tersebut dianggap sebagai kekuatan dan minoriti sebagai kelemahan. Dalam tradisi keagamaan Islam, istilah jumlah yang sedekit juga ada dirujuk oleh Al-Quran di mana telah menyerukan 8
Roger Scrution. A Dictionary of politik thought,1993, London, hlm. 301.
9
Orang yang meninggalkan tanah airnya dan pergi ke negari lain untuk tinggal menetap di
sana
558
kepada kita supaya banyak bersyukur dan mengingat-ingat nikmat Allah. Yang demikian itu disampaikan melalui lesan Nabi Syu’aib a.s ketika berkata kepada kaumnya:
ََواذْ ُك ُرواَإِ ْذَََ ُكنتُ ْمََقَلِ ًيلََفَ َكث ََّرُك ْم
10
Maksudnya:
Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit , lalu Allah membanyakan jumlah kamu. Sanad dengan di atas , Allah SWT berferman dalam menyerukan orang-orang yang berhijrah untuk bersyukur setelah mereka berada dalam keadaan membantu selepas Perang Badar Allah membuntu mereka pasca Perang badar:
ِ ض َع ُفو َن ِ ََاْل َْر ََِص ِره َض ْ ََف ُّ َواذْ ُك ُرواَإِ ْذََأَنتُ ْمََقَلِيل ْ َََم ْست ْ َََوأَيَّ َد ُكمَبِن َ آوا ُك ْم َ ََََتَافُو َنََأَنَيَتَ َخطََّف ُك ُمََالنََّا ََُف
11
Maksudnya:
Dan ingatlah ( hai para muhajirin ), ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di bumi ( Mekah ), Kamu takut orang- orang ( Mekah ) akan menculik kamu , maka Allah memberi kamu tempat menetap ( Madinah ) dan dijadikan-nya kamu kuat dengan pertolongan-Nya. Jumlah yang sedikit ini sering kali menyebabkan kaum minoriti menerima penganiayaan dan kezaliman dari pihak majoriti.Khususnya, apabila sikap fantisme dan superioriti menguasai pihak majoriti. Ini terjadi berpunca antaranya oleh sikap 10
Surah Al-A’raf: 86.
11
Surah Al-Anfal:26
559
fanatic dan merasa kebesaran diri(superiority) yang menguasai golongan majoriti ini. Oleh sebab itu,kita lihat kaum minoriti di segala penjuru dunia saling bersatu dan saling berkomunikasi antara mereka, dalam usaha menjaga keberadaan dan kewujudan mereka di hadapan golongan majoriti. Minoriti Muslim tidak banyak berbezaan dengan minoriti umum seperti yang dibincangkan. Munurut Yusuf Al-Qaradawi kaum Muslimin dari segi negaranegara yang mereka tinggal terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama: Mereka yang hidup di sebuah negara yang disebut para ahli fikah dengan “Dar alIslam”. Dalam ungkapan modern disebutkan dengan: Mereka yang hidup di tengah-tengah masyarakat atau negara Islam. Apa yang dimaksudkan disini ialah merujuk kepada sebuah negara yang majoriti penghuninya beragama Islam dan mereka mengumumkan keislaman mereka. Mereka telah melaksanakan ritual agama seperti: azan, solat, puasa dan membaca al-Quran, menghidupkan masjidmasjid, dibolehkan melaksanakan ibadah individu mereka dengan berdasarkan kepada hukum-hukum agama, seperti: kahwin, cerai dan sebagainya. Bahagian kedua : Mereka yang hidup di luar “ Dar al-Islam” jauh dari masyarakat Islam, atua dari dunia Islam. Bahagian kedua ini terbahagi menjadi dua golongan : Golongan pertama: Penduduk negara asal yang memeluk agama Islam sejak dahulu, namun mereka dianggap sebagai golongan minoriti oleh penduduk lain yang tidak memeluk agama Islam. Golongan minoriti ini juga tergolong dalam jumlah yang besar, seperti minoriti Muslim India yang kira-kira mencapai 150 juta orang. Dan juga terdapat golongan minoriti yang jumlahnya lebih sedikit dari jumlah itu, Kedapatan juga sebahagian minoriti yang jumlahnya tidak mencapai angka ribu. Di antara minoriti ini, ada yang berjumlah jutaan di Amerika Utara, sebahagian besar dari mereka adalah orang-orang Muslim pendatang dari Afrika. Mereka sering mendapat kekerasan dan pemaksaan kerana bentuk mereka yang kurus hitam, sedangkan mereka adalah orang –orang merdeka dan keturunan orang merdeka. Di antara mereka juga berjumlah jutaan di Eropah Timur, seperti di Bulgaria dan negara- negara lain. Golongan kedua: Mereka adalah penduduk imigran ( muhajirin )
560
yang datang dari negara-negara Islam menuju negara-negara bukan-Islam dengan tujuan untuk bekerja, berhijrah, belajar, atau sebab-sebab yang lain yang mewajibkan mereka datang ke-negara-negara tersebut. Sehingga. Mereka mendapatkan visa resmi yang membolehkan mereka tinggal di negara yang mereka tuju. Bahkan, sebahagian mereka ada yang mendapat kewarganegaraan negara tersebut, dan dibolehkan untuk menyalurkan hak kewarganegaraannya, hak memilih ( berpolitik ) dan hak-hak lainnya yang telah ditentukan oleh undangundang negara-negara tersebut. 12 Menurut Farid Mat Zain dalam bukunya Minoriti Muslim di Thailand mennyatakan monoriti Muslim merupakan salah satu entiti dalam minoriti dunia. Jumlah minoriti Muslim di seluruh dunia dianggar seketar satu pertega jumlah penduduk Islam di dunia iaitu kira-kira 300juta daripada jumlah penduduk keseluruh umat Ialam sebanyak 900 juta. Mereka yang hidup di negara bukan Islam ini sukar untuk diramalkan nasib mereka , akan tetapi apa yang jelas banyak keadaan di mana hak mereka ini dinafikan oleh kumpulan majoriti. Keadaan ini boleh dilihat di beberapa buah negara seperti Albania. Palestin, Sepanyol, Afrika Selatan, India, dan sebagainya.13 PEMBAHASAN Salah seorang serjana Muslim. Mahmud Syaltut menyatakan, Tanggungjawab berzakat di kalangan minoriti Muslim menyatakan iaitu “Az-Zakat Rukun Diniy’ Am” (zakat adalah rukun agama yang universal) Beliau menyatakakan “Sekalipun kita berkeyakinan bahawa perbedaan pendapat dalam Islam menujukkan masalah berzakat dalam menerapkan kewajipan zakat itu begitu luas yang dapat kita lihat dalam kitab-
12
Qaradawi, Fikah Minoriti Muslim Kehidupan Kaum Muslimin Di Tengah Masayrakat Bukan
Muslimin Jadul Asal: fi-fiqh Al-Agalliyat Al-Muslimin Hayat Al-Muslimin Wasath Al-Mujtama’at AlUkra, DR Penterjemahan H.M. Yusuf Sinaga MA, Penerbitan Seribu Dinar Sdn.Bhd. Cetakan pertama 2015 .hlm 22-23.) 13
Farid mat Zain& Zulkarnaian Mohamed& Samsu Adabi, Seri Kajiaan Terhadap Minoriti , Minoriti Muslim di Thailand, 1998, Penerbit L Minda Bangdar Baru Bangi Selangor,hlm7-8.
561
kitab fiah, namun begitu menurut hukum fiqh, orang Islam wajib mengeluarkan zakat apabila mencukup sharatnya dan kewajipan ini tidak ada membezakan samaada mereka adalah minoriti ataupun majoriti Muslim. .14 Selain Syaltut, Serjana Muslim lain yang membicangkan persoalan kedudukan berzakat di kalangan minoriti Muslim ialah Yusuf Qaradawi, Menurut beliau kewajipan berzakat terbahagi kepada dua masa iaitu, masa pertama ialah perintah zakat semasa di Mekah yang merupakan zakat seperi sadakah sahaja tidak terikat dengan undanng-undang Islam,Masa yang kedua zakat baru diwajabkan di Madinah. Persolan sekarang ialah, mengapakah Quran membecarakan hal berkenaan zakat ini dalam banyak ayat-ayat yang surat-surat yang turun di Makkah? Jawapan pertayaaan ini adalah bahawa zakat yang termaktub di dalam surah-surah yang di Makkah itu tidaklah sama dengan ayat-ayat diturun di Madinah. Manakala ayat di turun di Madinah untuk menutukan had nisab dan besarnya jumlahnya. Tetapi zakat di mekah pula adalah zakat yang tidak ditentukan batas dan besarnya, tetapi diserahkan saja kepada rasa iman, kemurahan hati, dan perasaan tanggungjawab seseorang atas orang lain sesama orang-orang yang beriman. Walaupun Sediket jumlah zakat sudah mamadai apabila wujud tuntutan dan keperluannya. Jumlah zakat itu boleh sahaja dalam gandaan yang banyak bagi yang kemampuan. Menurut Ibnu Katsir ketika menerankan tafsir ayat Quran, surah alMu’min menyatakan iaitu “kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan zakat di sini adalah zakat kekeyaan, walaupun ayat itu turun di Makkah. Tetapi zakat itu sendiri diwajibkan di Madinah, pada tahun 2 Hijrah Fakta menunjukkan bahawa zakat yang diwajibkan di Madinahlah adalah yang mempunyai nisab dan kadar jumlah tertentu. Manakala zakat di Mekah adalah pilihan. di Madinah mereka sudah memiliki daerah dan pemerintah sendiri. Oleh kerana itu tanggungjawab mereka mengambil bentuk baru sesuai dengan perkembangan tersebut dalam bentuk baru sesuai dengan perkembangan tersebut dalam bentuk hukum-hukum yang tersusun dan tidak lagi berasaskan gesaan, pesan dan anjuran. Penerapan
14
Syaltul, Al-Islam Akidah wa Syariah , 1998 London ,hlm 109.
562
kewajipan zakat di Madinah memerlukan kekuasaan di samping didasarkan atas perasaan iman terhadap perintah tersebut. Ia juga melibatkan penelitian terhadap bentuk kekayaan yang harus dikeluarkan zakatnya, syarat bagi golongan yang wajib menyempurnakannya, sasaran-sasaran pengeluarannya, dan badan yang bertugas mengaturkan dan mengelolanya.15 Pada pandangan Zulfiqar pula mengatakan pensyariatan zakat telah berlaku sejak zaman Nabi Muhamma SAW ketika Baginda berada di Mekah lagi, waluapun terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan kewajipan tersebut bermula ketika Nabi SAW berada di Madinah. Ini dibuktikan dengan beberapa penurunan ayat Makkiyah berkaitan zakat yang tidak dinyatakan secara Tunggal, malah ia digabungkan bersama penunaikan solat seperti firman Allah dalam Surah alMu’minun ayat 1-4: Sesungguhnya Berjayalah orang yang beriman. (Iaitu ) orang yang khusuk dalam solatnya . Dan orang yang menjauhkan diri daripada ( Perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna . dan orang yang menunaikan zakat. Ini adalah antara ayat-ayat Makkiyah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. dalam mensyariatkan solat dan zakat. Namun begitu, keseluruhan ayat-ayat Makkiyah pada peringkat ini bersifat umum dan bebas dari segala bentuk ketetapan dan syaratnya, bahkan ia bergantung kepada tahap keimanan seseorang individu Muslim itu dalam mendapatkan bahagian di akhirat di samping rasa tanggungjawab dalam membantu saudara seIslam yang memerlukan. Bahkan,
15
Qaradawi, Hukum Zakat studi Komparatif Mangenai status dan Falsafat Zakat Berdasarkan Quran dan Hadis. Diterjermah oleh Selman Harun, Didin Hafidudin,Hasanuddin. 2010. him. 6062.
563
perbuatan menunaikan zakat hanya dipandang sebagai perbuatan yang terpuji dan merupakan ciri-ciri orang yang beramal soleh.16 Ini bersesuaian dengan keadaan di Mekah yang mana agama Islam ketika itu belum tersebar luas dan umat Islam merupakan golongan minoriti yang siring tertindas oleh majoriti kafir Quraish . Selain itu, ia adalah salah satu cara memdidik orang Islam supaya mentaati perintah Allah secara berperingkat. Allah juga berfirman berkenaan zakat pertanian yang perlu dikeluarkan selepas hasil dikutip daripada pertanian
َواتواَحقهَيومَحصاده Maksudnya: Tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya ( dengan mengeluarkan zakatnya) Manakala ketika zaman Nabi Muhammad SAW. di Madinah, masyarakat Islam telah pun kukuh kedudukannya serta memilik wilayah sendiri. Nabi Muhammad s.a.w terus menyampaikan risalah Allah SWT dengan lebih sisitematik sebagai penguat kesatuan politik dan ummah yang telah terbentuk di Madinah. Ayat-ayat Madaniyah berkenaan zakat juga telah mula diperincikan dengan jelas dari masa ke semasa, termasuklah tentang jenis harta yang diwajabkan zakat, syarat wajib zakat, kadar tertentu yang membolehkan seseorang mengeluarkan zakat, kaedah agihan zakat dan institusi yang menguruskan hal ehwal zakat.17 Bagi Abullah Nunsuk dan Harun bengshun pula, tanggungjawab berzakat di atas minoriti Muslim adalah wajib terutama ke atas mereka yang layak. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil syarak yang telah dinyatakan dalam al-Quran mahupun Hadith. 16
Muhammad Iqbal Bafadhal. 2002. Peranan dan kepentingan Badan Amil Zakat . Infak dan Sedakah (BAZIS ) dalam meningatkan ekonomi umat ( Kajian di kota Jambi ). Tesis Ijazah Serjana , Fakulti Pengajian Islam Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.6. 17
Zulfiqar, Zakat According To The Quran and Sunnah, A comprehensive Study of zakat in Modern Perspective. Cet, 1996, Riyadh: Dar al-Salam.hlm.26.
554
Pendekatan yang sering menjadi amalan para Ulama Penguatkuasa pentadbir zakat dengan undang-undang Allah dalam kutipan zakat adalah melalui Majlis Agama Islam disetiap Wilayah Memain peranan dalam urusan zakat melalui pengiriman para amil ke rumah-rumah di segenap daerah, selain memberikan kesedaran kepada golongan yang ingkar terhadap suruhan Allah. Apabila Golongan yang enggan menunaikan zakat pula pihak Majlis akan buat tindakan kepada mereka dengan cara sepatutan seperti tidak mengalakan kerja sama dengan mereka dalam urusan umum.dalam hal ini kita memberi kesedaran kepada orang-orang yang layak mengeluarkan zakat kepada yayasan di dan Masjid di kawasan mereka. Golongan minoriti Muslim perlulah pihak berkuasa iaitu majlis memainkan peranan dalam istilah fiah waqi’ dan muslahah terhadap mereka. secara keseluruhannya menambahkanlagi konsep siyasah. Syar’iyah dilihat telah diaplikasikan dalam mengharuskan apa-apa bentuk kaedah kutipan dan Agihann zakat. Sejarah Islam telah membuktikan zakat sebagai salah satu sember menjana kesetabilan ekononi negara dan tidak ada perbezaan Muslim menoriti atau Muslim mejoriti semua sama sehaja. malahan, perbazaan dalam pengurusan zakat sebagaimana yang talah dijalan oleh negara penganutnya muslim yang mojoriti lebih mudah cara atau teknik kutipan dan agihan terhadap masyarakat yang ada kesedaran dengan adanya, undang-undang boleh penguatkuasa pentadbir zakat terhadap mereka yang tidak mahu menerimakan Ibadah zakat.18 Adalah jelas. Berasaskan perbincangan tentang kewajipan berzakat ke atas minoriti Muslim di atas dengan melalui ulama kontemporari berdasarkan kepada Al-Quran ,Hadhis, qias, Ijtihad dan Fiqh waqi’telah bersapakati bahawa zakat adalah rukun Islam yang penting setaraf dengan Ibadah sembahyang atau solat, dalam sudut menunaikan zakat dalam konteks peribadi Muslim adalah wajib mengeluarkan zakat apabila mencukupi sharatnya.
18
Temu bual dengan Abdullah Nunsuk & Harun Bunshun Pengurusan zakat di kalangan Minoriti Muslim di Bangkok, Majlis Pusat Agama Islam di Thailand, Bangkok, 16 ogas , 2016.
555
Berdasarkan kepada apa yang telah dibencangkan, pengkaji berpendapat bahawa pada zaman sekarang setelah kejatuhan kerajaan Islam pada zaman Usmaniah, maka banyak negara Islam yang telah diperintah oleh orang bukan Islam atau pun di gunakan Istilah yang baru Darul bukan Islam saperti Albania. Palestin, Sepanyol, Afrika Selatan, India, dan sebagainya. Maka pengkaji mengambil pendekatan pandangan Yusuf Qaradawi yang menyatakan penurunan amalan berzakat itu terbagi kepada dua masa. Masa Mekah dan Masa Madani, dan dikaiatkan dengan Masa Mekah ialah Islam minoriti, dan pula Masa Madani Islam majoriti Islam yang boleh kuasa Welayah atau daerah atau negara , maka di antara dua masa itu tadi adanya berbezaan dalam konteks pelakasaan berzakat, dalam masyarakat yang minoriti agaknya susah sedikit dalam pengurusan berzakat untuk melaksana pada masa kini, berbangding dengan masyarakat majoriti. KEDUDUKAN TANGGUNGJAWAB BERZAKAT DI KALANGAN MINORITI MUSLIM THAILAND Tanggungjawabberzakat terhadap Muslim sudah diakui oleh semua sebagaimana tergambar dalam pelbagai sandaran al-Quran dan al-Sunnah. Dalam sejarah ketamadunan Islam, pengurusan kewajipan berzakat ini telah menjadi urusan negara. Ini dapat dilihat dari pengalaman di era kepemimpinan Rasulullah di era awal perkembangan Islam dan seterusnya di era-era Khulafa al-Rashidin yang lain yang telah dijelaskan di atas. Namun, permasalahan yang masih menjadi persoalan ialah sejauh mana Tanggungjawab berzakat ini menjadi tuntutan terhadap masyarakat minoriti Muslim di sesebuah negara yang tidak ditadbir atau dikuasai oleh orang-orang Islam. Permasalahan ini penting dibahaskan secara terperinci pada masa kini terutama dalam konteks minoriti Muslim di Thailand. Ini kerana, persoalan minoriti adalah antara isu baru dalam konteks pengalaman ketamadunan umat Islam. Ia adalah realiti yang muncul sejak era kejatuhan tamadun Islam pada sekitar abad ke 18 dan 19 setelah dunia Islam berdepan dengan penjajahan oleh kuasa Eropah. Penjajahan dunia telah mengakibatkan perpecahan sempadan negara yang didiami oleh penduduk Muslim menyebabkan sebahagian mereka berada secara terpisah dari kalangan Muslim yang lain.
556
Realiti keterjajahan dunia Islam juga menjadi asas kepada wujudnya minoriti Muslim di Thailand yang merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Penduduknya terdiri dari pelbagai agama dan bangsa. Jumlah penduduk Thailand hari ini adalah 70 juta orang. Dari jumlah ini, penduduk dari kalangan masyarakat Muslim berjumlah 10 juta orang. Kebanyakan masyarakat Muslim menetapi di empat wilayah utama, iaitu Wilayah Narathiwat, Pattani, Yala dan, Setul. Jumlah penduduk Muslim di kawasan ini adalah sebanyak 4.2 juta. Majoriti masyarakat Muslim di Thailand berketurunan Melayu dan merupakan penduduk asal di empat wilayah tersebut. Di samping itu, masyarakat Muslim juga menetap di Wilayah-Wilayahlain seperti di Bangkok, Chiangmai, Konkan. Di Bangkok secara khusus, jumlah masyarakat Muslim seramai 1 juta orang. Menurut Zahari 19 , faktor penghijrahan yang didorong oleh tuntutan pekerjaan, perkahwinan, dan pendidikan amat besar kepada peningkatan jumlah penduduk Muslim di Bangkok. Faktor lain juga ialah tawanan perang pada ketika Siam menyerang Patani, Kelantan dan Terangganu beberapa abad yang lalu. Berikutan peperangan itu, saramai 4,000 orang telah dibawa ke Bangkok pada tahun 1831, dan saterusnya membina penempatan baru di Bangkok.20 Kajian ini berpandangan iaitu kedudukan minoriti Muslim di Thailand secara umum adalah unik dan istimewa dari segi hak-hak pelembagaan dan politik. Oleh kerana keunikan dan keistimewaan itu, ibadah berzakat ke atas masyarakat Muslim Thailand adalah satu tuntutan dan kewajipan. Pandangan ini berpandukan kepada berapa faktor berikut: Pertama realiti politik Thailand hari ini yang tidak menghalang masyarakat Muslim di Thailand menjalankan kewajipan beragama yang difardukan agama ke atas mereka. Pada masa kini, masyarakat Muslim diThailand bebas untuk menjalankan kewajipan ibadah fardu lain seperti solat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.
19
Zahari Awang, Malayu dan Nusantara Kajayaa Lampua, Kini dan Esok, 2014. Kuala Lumpur, hlm. 12-13. 20
Zahari Awang, Malayu dan Nusantara Kajayaa Lampua, Kini dan Esok, 2014. Kuala Lumpur, hlm.147.
557
Keadaan ini disebabkan oleh perlembagaan Thailand yang memberikan hak kepada setiap penganut menjalankan amalan keagamaan dan kepercayaan. Ia bersandarkan kepada perlembagaan Thailand yang dikenali‘Ratthamnun Haeng Ratanacati’ (The Constitution of the Kingdom of Thailand) yang merupakan sebuah undang-undang tertinggi di negara ini. Perlembagaan itu menjadi sumber perundangan dan pentadbiran segala urusan rakyat Thailand keseluruhan. Perlembagaan Thailand ini jelas memberikan kebebasan penuh kepada rakyatnya dalam beragama, bermazhab atau berideologi. Di samping itu, ia memberi hak kebebasan dalam melaksanakan amalan agama mengikut mazhab atau ideologi yang dianuti oleh rakyatnya. Ini dapat dilihat pada perlembagaan dalam Fasal 37 yang menyatakan bahawa: “Setiap orang diberi kebabasan penuh dalam, beragama, bermaszhab atau berideologi dan diberi kebabasan dalam melaksanakan amalan agama menurut mazhab atau ideologi yang dianuti selama mana tidak bertentangan dengan hak kewajipan kerakyatan dan tidak bercanggah dengan keselamatan negara dan morol baik bagi kerakyatan.” (Perlembagaan Negara Thailand, 24 Ogos 2007) Berpandukan kepada hak-hak perlembagaan itu, masyarakat Muslim di Thailand bebas menunaikan kewajipan berzakat berasaskan ajaran agama Islam. Ia menjadi asas kepada tuntutan setiap Muslim di Thailand menunaikan kewajipan beragama ini. Tuntutan terhadap kewajipan berzakat oleh minoriti Muslim di Thailand hari ini tidak sahaja disandarkan kepada hak perlembagaan, malah berpandukan pandangan para sarjana Muslim dalam bidang fiqh minoriti Muslim hari ini. Ramai kalangan sarjana Muslim telah membincangkan perkara ini antaranya ialah Dr Yusof al-Qaradhawi dan Sulaiman Tubuliyak di dalam bukunya Fiqh Minoriti Muslim Dari Perspektif Dua Ulama’ Kontemporari (2000) yang membincangkan aspek-aspek pengamalan hukum fiqh dalam konteks minoriti umat Islam. Antara pandangan fiqh yang dikembangkan ialah berhubung kebebasan bagi umat Islam minoriti memilih hak mengamalkan zakat sejajar realiti dan hambatan yang dihadapi oleh negara-negara yang mereka diami. Latar fiqh yang dibangunkan ini banyak berasaskan masyarakat Muslim yang menetap di negara Eropah hari ini, namun dari aplikasinya, ia dilihat boleh diaplikasi dalam konteks minoriti Muslim di Thailand. Faktor kedua Badan pentadbiran agama Islam di Thailand diseliakan Oleh Majlis Agama Islam pusat Thailand, yang kini wijud di 39 Majlis Agama Islan
558
wilayah diakui kewibawaannya oleh negara dan Masyarakat Islam di Thailand masing-masing berperanan untuk menjaga dan memulihara agama Allah SAW. Menurut Ismaai Ali Pentadbiran badan-badan Islam rasmi kerajaan boleh dibhagi kepada 3 kategori utama, iaitu Ahli jawantan kuasa Islam Pusat, Ahli Jawatankuasa Islam Wilayah dan Ahli jawatan kuasa Majsid21.menurut Akta Pentadbiran Islam, Artikel 17 memperuntukkanAhli jawantankuasa Islam Pusat yang diketuai oleh Chalaratmontri. Ahli Jawantankuasa tersebut terdiri daripada wakil Majlis agama wilayah. Mereka merupakan wakil Ahli jawatanakuasa Islam Wilayah. Setiap wilayah yang mengandungi tidak kurang daripada 3 buah masjid akan diadakan Ahli jawatan kuasa Islam Wilayah. Bilangan mereka adalah tidak kurang daripada 9 orang dan tidak kurang 30 orang . mereka dibri tempoh selama 6 tahun dan selepas itu akan diadakan perlantikkan semula. Menurut titah peritah Rama IX pada 5 November 1997M, maka Sawat Sumanyasak di lantik memangku jawatan Chalaratmontri. Jesteru , menurut akta Pentadbiran Islam, artikal 16 dan 19 bahawa Ahli jawatankuasa Islam, terdiri daripada 44 orang, iaitu 33 orang dari wakil wilayah dan 11 orang di lantik oleh Chularatmontri.22Ahli jawatankuasa pusat Islam pusat dan Ahli jawatankuasa Islam Wilayah sebanyak 39 Wilayah berkuasa dalam mengeluarkan tanda halal. Dalam pada itu, terdapat 30 organisasi yang bertanggungjawab dalam bidang tersebut.23 Dari segi kuasa, kuasa Ahli jawatankuasa Islam pusat adalah sebagai penasihat kaepada Kementrian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan.24 Ahli jawatankuasa Islam Pusat juga mendapat beberapa keistemewaan seperti diberi pangkat setaraf pegawai kerajaan pangkat 7, menerima rawatan daripada hospital kerajaan secara percuma dan potongan tambang keretaapi sebanyak 50% 21
Temu bual dengan Ismail Ali, Pengurusan zakat di Kalangan Minoriti Muslim di Bangkok, Narathiwat, Thailand, 5 ogos, 2016. 22
Samnak Chularatmontri, Kammakan Klang Islam Haang Prathet Thai Laah Kammakan Islam Pracham Changwat, Akhbar Majlis Shayh al-Islam of Thaliand, hlm 46. 23
Sawwanee Jitmoud, Klum Chat Phan :Chaw Thai Muslim,1990, Bangkok, hlm. 222-223.
24
Winai Samaun et al., Kanborihan Kitchakan Sassana Islam Nai Prathet Thai Samnak Chularatmontri,1991, Bangkok, hlm.3.
559
daripada harga sebenar. Sehubugan ini juga, Ahli jawatan kuasa Islam pusat pada 20 Februari 2014 meluluskan peraturan dalam urusan pentedbiran agama di peringkat pusat serta wilayah salah satunya memberi mandab dalam pengurusan berzakat dalam kontek Thailand. faktar ketiga ialah kesedaran masyarakat Islam di Thailand terhadap tanggungjawab berzakat juga bertambah tinggi kesan daripa kefahamanyang di kembangkan oleh sistem pendidikan di sekolah , universiti , masjid , pejabat kerajaan dan tidak ketinggalan jugu media –media telah memberikan kesedaran secara luasan di seluruh negara, Masyarakat Thailand yang penganut agama Islam secara umumnya mereka mencari amalan yang boleh menyanankan mereka salah satunya ialah Amalan barzakat bagi meraka yang layak keluarkan zakatnya kaepada fikir miskin atau dengan kata nyalain agihan zakat kapada lapan Asnaf yang di sebut dalam Al-Quran. KESIMPULAN Perbencangan mengenai tanggungjawab berzakat di kalangan minoriti Muslim Thailand sebenarnya amat penting sekali terutamanya dalam memahami konsep minoriti Muslim, tanggungjawab berzakat dalam kalangan minoriti Muslim dalam kontek serjana hari ini dan kedudukan tanggungjawab berzakat dalam kalangan Muslim Thailand. Dalam memahami minoriti itu hanyalah suatu kelompok kecil dalam sesebuah negara, sedangkan keadaan sebenarnya tidak begitu. Dalam perbahasan mengenai minoriti ini, disapakati bahawa tidak ada suatu defenasi umum yang diterima sepenuhnya mengenai istilah minoriti.Perkataan minoriti mempunyai erti yang berbeza berdaserkan kepada unsur kepelbagaian suatu wilayah dengan wilayah yang lain , suatu zaman dengan suatu zaman yang lain, satu kelompok dengan kelompok yang lain dan sebainya. Di samping itu, mereka pula merupakan kelompok penduduk yang mempunyai ciri atau karakter yang agak nyata berbeza berbanding penduduk majoriti, sehingga menjadikan bahan kepada perbezaan layanan.dalam hal sama perbincangan mengenai kalimah Muslim pula, istilah yang diterima pakai untuk kita menilai sama ada rakyak di sebuah negara yang dibincangkan itu Muslim atau tidak, adalah
560
memadai dengan penenturan ucapan syahadah iaitu, mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah. Dengan pengakuan itu, maka orang itu dianggab sebagai Muslim tanpa mengira banyak atau sedikit amalan mereka. , sehubungan itu tanggungjawab berzakat dalam kalangan minoriti Muslim dalam kontek serjana hari ini tidak ada berbezaan tanggungjawab di antara monoriti dengan majoriti semua sama sahaja dalam menunaikan Amalan ibadah. Dalam masa yang sama mengenai kedudukan berzakat dalam kalangan minoriti muslim di Thailand dengan ada perlambagaan memberi kebibasan untuk penganut Agama Islam boleh melaksanakan Ibadah dangan secara penuh mmengikut tuntutan Islam yang dimainkan oleh Majlis Agama Islam di Thailand. RUJUKAN Al-Quran al-Karim Encyclopedia of Americana, 1993, London Encyclopedia of International, 1992, London Farid mat Zain& Zulkarnaian Mohamed& Samsu Adabi. 1998, Seri Kajiaan Terhadap Minoriti , Minoriti Muslim di Thailand, Bandar Baru Bangi, Penerbit L Minda Bandar Baru Bangi Selangor. Muhammad Iqbal Bafadhal. 2002. Peranan dan kepentingan Badan Amil Zakat . Infak dan Sedakah (BAZIS ) dalam meningatkan ekonomi umat ( Kajian di kota Jambi). Tesis Ijazah Serjana , Fakulti Pengajian Islam Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Qaradawi, 2015, Fikah Minoriti Muslim Kehidupan Kaum Muslimin Di Tengah Masayrakat Bukan Muslimin Jadul Asal: fi-fiqh Al-Agalliyat Al-Muslimin Hayat Al-Muslimin Wasath Al-Mujtama’at Al-Ukra, DR Penterjemahan H.M. Yusuf Sinaga MA, Penerbitan Seribu Dinar Sdn.Bhd. Qaradawi, 2010, Hukum Zakat studi Komparatif Mangenai status dan Falsafat Zakat Berdasarkan Quran dan Hadis. Diterjermah oleh Selman Harun, Didin Hafidudin,Hasanuddin. 2010.. Roger Scrution.1993, A Dictionary of politik thought , London.. Samnak Chularatmontri, Kammakan Klang Islam Haang Prathet Thai Laah Kammakan Islam Pracham Changwat, Akhbar Majlis Shayh al-Islam of Thaliand,l Sawwanee Jitmoud, 1990. Klum Chat Phan :Chaw Thai Muslim , Bangkok. Syaltul, Al-Islam Akidah wa Syariah , 1998 London Winai Samaun et al., 1991. Kanborihan Kitchakan Sassana Islam Nai Prathet Thai Samnak Chularatmontri, Bangkok,. Zahari Awang, 2014. Malayu dan Nusantara Kajayaa Lampua, Kini dan Esok, Kuala Lumpur. Zulfiqar, 1996. Zakat According To The Quran and Sunnah, A comprehensive Study of zakat in Modern Perspective. Riyadh: Dar al-Salam.
561