SYARAT-SYARAT PENYERTAAN Maklumat Penuh Larian Amal 50 Tahun FSPU 1. Tarikh
:
18 Mac 2017 (Sabtu)
2. Tempat Permulaan/Penamat
:
PADANG KAWAD UiTM
3. Tarikh Tutup Penyertaan
:
13 Mac 2017 (Isnin)
4. Yuran Penyertaan
:
PENYERTAAN AWAL SEBELUM 6 MARCH RM40.00
(LELAKI
TERBUKA
&
WANITA
Sebaik sahaja bayaran telah diterima dan diproses,
TERBUKA- Warga UiTM,Alumni/Warga Luar
pemulangan yuran penyertaan untuk sebarang sebab
UiTM)
adalah tidak dibenarkan PENYERTAAN INDIVIDU SELEPAS 6 MARCH RM50.00
(LELAKI
TERBUKA
&
WANITA
TERBUKA-Warga UiTM,Alumni/Warga Luar UiTM) RM20.00 (Pelajar UiTM/ IPTA/IPTS/ MENENGAH) RM10.00 ( PESERTA 7-12 TAHUN) PENYERTAAN
KUMPULAN
SELEPAS
6
MARCH (MAX 3 PESERTA) RM120.00 (LELAKI TERBUKA & WANITA TERBUKA- Warga UiTM & Alumni) MAX 3 ORANG RM50.00 (Pelajar UiTM/ IPTA/IPTS/ MENENGAH) MAX 3 ORANG 5. Pendaftaran dan Pembayaran
:
Pembayaran melalui 2 kaedah : 1. Bank-In ke: 10514003422 ( Bendahari Uitm, Affin Islamic Bank) Atau 2. Di Kaunter Bendahari Zon 9 Fspu Uitm Shah Alam * Resit perlu diserahkan kepada penganjur selewat-lewatnya 4 hari sebelum hari larian untuk memperolehi resit pembayaran semasa hari larian berlangsung. bukti pembayaran boleh dihantar melalui Email :
[email protected]
Jika bukti pembayaran diterima selepas tempoh yang tertera diatas, resit pembayaran akan diserahkan 5 hari selepas acara larian tamat. 6. Kelayakan
:
Warganegara Malaysia
7. Jarak, Kod dan Kategori
:
5km (sekitar UiTM) A – Lelaki Warga UiTM, Alumni dan luar B – Wanita Warga UiTM, Alumni dan luar C - Pelajar UiTM/ IPTA/ IPTS/ Menengah D- Kanak-kanak di bawah12 tahun
8. Pengambilan barangan larian (running kits)
15 Mac 2017 2:30pm (Rabu)
4:30pm
18 Mac 2017 7:00am (Sabtu)
– Kaunter FSPU – Kaunter
7:30am
di
padang kawad UiTM
Dokumen yang perlu dibawa: Kad pengenalan / passport / dokumen pengesahan diri Kad Matrik Slip pengesahan dan resit bayaran penyertaan untuk pengesahan. 9. Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan yang boleh didapati di www.fspu.uitm.edu.my yang rasmi dengan benar, tepat dan terkini untuk mengambil bahagian dalam larian ini. 10. Maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap akan menyebabkan peserta hilang kelayakan dan sekatan daripada melibatkan diri dalam larian ini tanpa pemulangan bayaran daripada pihak penganjur. 11. Borang penyertaan rasmi RFL 4.0 yang lengkap, termasuk pendaftaran dalam talian adalah bukti yang mengesahkan peserta bersetuju untuk mematuhi syarat – syarat larian ini. Pendaftaran untuk penyertaan dalam larian ini hanya akan sah setelah borang penyertaan lengkap, bayaran yuran penyertaan yang telah dibayar beserta resit yang dikeluarkan oleh pihak penganjur. 12. Peserta hendaklah bersetuju menerima sebarang maklumat daripada pihak penganjur dari semasa ke semasa melalui e-mel atau laman web www.fspu.uitm.edu.my . Sebarang notis daripada pihak penganjur atau pihak lain dibawah pihak penganjur seperti alamat yang diberikan dalam borang pendaftaran, akan dihantar melalui e-mel atau laman web www.fspu.uitm.edu.my dan dianggap diterima oleh peserta. 13. Penamat larian : Larian ini tamat secara rasmi selepas 2 jam pertandingan bermula. 14. Hanya peserta dari kategori A,B DAN C sahaja yang akan menerima Running Kit daripada pihak penganjur.
15. Nombor Larian
:
a. Semua peserta akan diberikan 2 helai kertas yang bercetak iaitu nombor larian dan perlu dilekatkan di dada dan belakang badan peserta. b. Semasa larian, semua peserta dikehendaki memakai nombor yang telah diberikan. c. Hanya peserta yang memakai nombor larian yang diberikan akan ditetapkan jumlah masa dan termasuk dalam keputusan akhir. d. Peserta yang tidak memakai nombor larian yang telah diberikan, akan terbatal penyertaannya. e. Pertukaran nombor larian adalah tidak dibenarkan dan sebarang penggantian peserta perlu mendapat persetujuan daripada pihak penganjur dan mereka tidak layak untuk menerima sebarang hadiah mahupun kelayakan yang lain serta harus menganggap sebarang risiko itu daripada perbelanjaan mereka sendiri.
16. Pingat
:
a. 25 peserta terawal bagi semua kategori A, B C dan D yang berjaya menamatkan larian akan dihadiahkan pingat dengan syarat mereka menyerahkan nombor larian di kaunter urusetia yang disediakan. b. Semua pingat hendaklah dituntut semasa hari larian berlangsung. d. Sebarang tuntutan pingat yang tidak dituntut semasa hari kejadian tidak akan dilayan.
17. Sarapan Pagi akan disediakan kepada peserta larian. 18. Sijil penyertaan akan disediakan. 19. Checkpoint larian terpilih akan menyediakan air mineral. 20. Pampasan peserta
:
a. Langkah – langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah seliaan pihak penganjur, sebarang kecederaan peserta semasa latihan atau semasa larian sedang berlangsung adalah tanggungjawab peserta sendiri.
b. Peserta perlu disahkan sihat dengan menjalani pemeriksaan kesihatan atau berunding dengan perunding kesihatan sebelum menyertai larian ini. 21. Masalah kesihatan
:
a. Mana - mana peserta berdaftar dan mempunyai masalah kesihatan semasa hari kejadian akan dikecualikan daripada larian dan pemulangan yuran penyertaan untuk sebarang sebab adalah tidak dibenarkan b. Peserta yang sakit/tercedera semasa larian akan dihantar ke mana – mana pusat kesihatan yang
terdekat.
Kos
perubatan
adalah
tanggungjawab peserta sendiri. 22. Insuran peserta
:
a. Larian Amal 50 tahun FSPU tidak akan melindungi peserta dari segi insuran liability awam dan insuran kemalangan diri. b.
Segala
risiko
dan
kemalangan
yang
membabitkan peserta dalam larian ini adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh badan, kerosakan harta benda sama ada yang peribadi atau awam, atau apa – apa masalah yang timbul semasa program ini. c. Peserta disyorkan untuk mempunyai insuran kemalangan peribadi atau insuran kesihatan dalam program ini. 23. Hak sebagai penganjur
:
a. Untuk mengehadkan atau menambah atau menolak penyertaan. b. Jika terdapat kesamaran dalam mana-mana peruntukan, penganjur hendaklah menjadi pihak yang berkuasa untuk mentafsir dan melakukan, pihak penganjur akan mengambil kira kepentingan semua peserta yang terlibat. c. Sekiranya program ini telah dibatalkan atas sebab – sebab tertentu, iaitu berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal daripada pihak penganjur
yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan dan lain – lain perkara yang telah diberikan tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan dan kehilangan yang berpunca daripada pihaknya sendiri. d. Pihak penganjur berhak untuk menambah atau mengurangkan kategori yang dipertandingkan tanpa sebarang notis kepada peserta. Sebarang notis akan dimaklumkan dalam Laman Web Rasmi (www.fspu.uitm.edu.my). e. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mengikut peraturan sepanjang program dan sebarang tuntutan bayaran tidak akan dilayan. f. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa – apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain – lain kegunaan. g. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau kehilangan harta benda atas kecuaian peserta itu sendiri. h. Pihak penganjur berhak untuk mengubah atau menggantikan mana – mana syarat larian ini dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan patut diubah atau diganti. Jika terdapat kekaburan dalam mana – mana peruntukan ini, pihak penganjur berhak untuk mentafsir dalam berbuat demikian,
mereka
akan
mengambil
kira
kepentingan peserta yang terjejas. Apa apa pindaan kepada syarat – syarat akan dikemaskini di Laman Web Rasmi (www.fspu.uitm.edu.my).
i. Pihak penganjur berhak untuk meminda laluan sekiranya mereka dapati ia patut dilakukan atas sebab keselamatan peserta dan/atau untuk mengelakkan sebarang bahaya yang mungkin akan timbul ketika acara larian ini berlangsung pada bila bila masa juga. 24. Selain mematuhi syarat – syarat larian ini, peserta dikehendaki mematuhi semua peraturan – peraturan lain (negara, negeri, universiti, kolej kediaman) semasa mengambil bahagian dalam acara ini.