www.cikgutancl.blogspot.com PERIBAHASA
SPM TINGKATAN 5
LATIHAN 1 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii) (iii)
Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas. Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja. Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan .
[6 markah] LATIHAN 2 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii) (iii)
Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai . Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju . Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya . [6 markah]
LATIHAN 3 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii) (iii)
Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu . Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar . Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin, seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya .
LATIHAN 4 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i) Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan . (ii) Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat . (iii) Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak . [6 markah]
www.cikgutancl.blogspot.com PERIBAHASA
SPM TINGKATAN 5
LATIHAN 5 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
Johari susah untuk bergerak kerana terlampau kenyang selepas makan tengah hari, dia hanya berbaring di sofa serambi rumahnya . (ii) Pemandu kereta Ferrari itu memang cekap, pergerakannya begitu pantas sehingga tidak dapat ditandingi oleh pelumba kereta yang lain. (iii) Maria dan Zulaikha telah berbaik-baik semula selepas tidak bertegur sapa selama setahun tepati mereka tidak akrab seperti dahulu. [6 markah] LATIHAN 6 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
Apabila sudah berjawatan besar dan tinggal di ibu kota dia tidak ingat akan kampung halaman dan sanak saudaranya lagi. (ii) Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan tetapi kerja itu dapat disiapkan oleh Haris. (iii) Keadaan hidup seseorang itu sukar dijangkakan kerana ada masa susah, ada masa senang . [6 markah] LATIHAN 7 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
Langkah pencegahan sesuatu penyakit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengubati atau membasmi sesuatu penyakit sudah tentu memerlukan wang yang banyak. Justeru, langkah pembasmian amat perlu berbanding dengan mengubati. (ii) Sejak pulang daripada perantauan, beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Beliau juga mampu menyelesaikan masalah dengan lebih rasional. (iii) Kesepakatan rakyat di negara ini yang berbilang kaum menjadi penyebab utama negara berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh. Pergaduhan dan persengketaan sudah pasti akan menyumbang kepada pelbagai kemusnahan. [6 markah] LATIHAN 8 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
(ii)
(iii)
Kemajuan dalam bidang pendidikan membuka banyak peluang kepada golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Hanya melalui pendidikan sahaja para remaja dapat didik supaya mempunyai akhlak yang terpuji. Mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Sebahagian daripada mereka akan menjadi pemimpin dan mentadbir dan memajukan lagi negara ini . Membaca adalah amalan yang mulia dan melalui bacaan seseorang itu dapat menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membantu seseorang itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ilmu yang dimiliki, sesuatu perkara dapat dilakukan dengan mudah . Maisarah berasa tertipu dengan barangan yang baru dibelinya. Dia masih teringat kata-kata jurujual yang datang mempromosikan barangan tersebut di rumahnya. Setelah seminggu memakai produk tersebut, ternyata kesannya tidak sehebat seperti yang diceritakan oleh jurujual tersebut . [6 markah]
www.cikgutancl.blogspot.com PERIBAHASA
SPM TINGKATAN 5
LATIHAN 9 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
Meskipun beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai harta yang banyak, namun beliau masih bersikap merendah diri dan bergaul dengan masyarakat golongan bawahan tanpa sebarang rasa sombong dan bongkak. (ii) Sebagai pekerja di syarikat swasta itu, dia menyedari bahawa kedudukannya tidak akan tetap dan akan dibuang pada bila-bila masa sahaja apabila bermasalah atau tidak lagi diperlukan di syarikat tersebut. (iii) Shafiza mengisi masa lapang dengan bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat sambil memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya. [6 markah] LATIHAN 10 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan sepadan kerana kedua-duanya kelihatan cantik dan kacak. (ii) Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu bapanya memeliharanya dengan penuh kasih sayang. (iii) Ramlah merupakan anak yang paling disayangi oleh Encik Radzi kerana sangat pandai dalam pelajaran dan menghormati orang tua . [6 markah] LATIHAN 11 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
Yap Sing tidak pernah berputus asa dalam meneruskan perniagaan membaiki basikal. Meskipun modalnya sedikit dan kedainya tidak terlalu besar, namun berkat usahanya yang bekerja siang dan malam, akhirnya dia berjaya memajukan perniagaannya dan membuka beberapa buah cawangan . (ii) Pak Ismadi merupakan penoreh getah yang rajin bekerja. Walaupun hasil yang diperolehnya tidak seberapa, namun dia tetap berjimat cermat dan menyimpan wang sedikit demi sedikit setiap hari. Beberapa tahun kemudian, simpanannya telah membuahkan hasil apabila dia berjaya menampung perbelanjaan anak lelakinya yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan . (iii) Ramai orang akan membuka perniagaan menjual minuman dan makanan apabila tibanya bulan Ramadan. Perniagaan wujud dengan banyaknya secara tiba-tiba . [6 markah] LATIHAN 12 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
(ii)
(iii)
Ramalingam sudah memperoleh keuntungan yang lumayan hasil daripada keuntungan pelaburan sahamnya. Namun, kerana inginkan pendapatan yang lebih dan keuntungan yang berganda, Ramalingam telah membuat pelaburan yang banyak dan berisiko tinggi tanpa menyedari nilai pasaran saham dunia telah jatuh menjunam. Akibatnya, Ramalingam telah mengalami kerugian yang banyak dan hampir diisytiharkan muflis. Sejak kecil, Sulaiman sudah bercita-cita untuk menjadi pemandu kapal terbang. Dia belajar bersungguhsungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di sebuah universiti terkemuka luar negara. Kini, dia ditawarkan menjadi pemandu kapal terbang di sebuah syarikat penerbangan dan beberapa hari lagi, dia bakal memandu sebuah pesawat udara. Tatkala lalu di depan ayah tirinya yang garang itu, Maniam tunduk membisu dan melangkah dengan sopan sekali . [6 markah]
www.cikgutancl.blogspot.com PERIBAHASA
SPM TINGKATAN 5
LATIHAN 13 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut . (i)
Bagi Fatimah, selagi dia belum dapat menyelesaikan masalah matematik itu, dia tidak akan keluar bermain, sebaliknya dia terus mencubanya hingga berjaya. (ii) “Usah kamu kecewa kerana tewas dalam perlawanan hoki hari ini, Farah. Semalam pasukan sekolah kamu yang menang, mungkin hari ini pasukan sekolah lain pula yang bernasib baik” nasihat ayahnya. (iii) Sikap saling membantu dan kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia semakin jelas terutama ketika negara jiran itu dilanda bencana. [6 markah] LATIHAN 14 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii) (iii)
Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak lima tahun lalu masih elok dan boleh dipakai kerana harganya mahal serta dibuat daripada bahan yang berkualiti. Pergaulan bebas telah menyebabkan gadis itu mengandung dan seluruh keluarganya terpaksa menanggung malu. Disebabkan sikap Azrin yang suka melanggar peraturan sekolah, semua rakan sekelasnya telah didenda. [6 markah]
LATIHAN 15 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i)
Walaupun banyak kemajuan yang cuba dibawa masuk oleh pelbagai pihak, penduduk di kawasan pedalaman itu tetap berkeras tidak mahu menerima perubahan. (ii) Konstabel Othman dan rakan-rakannya tetap tidak akan menyerah kalah dan akan terus menentang serangan pengganas komunis itu walaupun nyawa mereka akan terkorban. (iii) Dalam pertikaian yang berlarutan itu, ternyata tiada pihak yang beroleh keuntungan. [6 markah] LATIHAN 16 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i)
Walaupun telah berjaya sebagai penyanyi di Eropah, akhirnya Anita Sarawak kembali menetap di tanah airnya. (ii) Peniaga itu mengambil kesempatan dengan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir itu. (iii) Hancur luluh hati Mak Munah apabila anaknya tidak mempedulikan dirinya lagi. [6 markah] LATIHAN 17 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii) (iii)
Kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki kerana rezeki tidak akan datang sendiri. Cerita tentang kejahatan anak Tok Penghulu bukan rekaan penduduk kampung semata-mata kerana cerita itu tersebar daripada sumber yang boleh dipercayai. Usaha kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji daripada majikan hanya sia-sia kerana bukan sahaja tuntutan mereka tidak dilayan, malah mereka diancam akan dibuang kerja jika meneruskan mogok. [6 markah]
www.cikgutancl.blogspot.com PERIBAHASA
SPM TINGKATAN 5
LATIHAN 18 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada ibu bapa mereka. (ii) Amirul tidak terlalu mengambil kira akan harga sesuatu barang asalkan barang itu tahan lama apabila digunakan. (iii) Abdullah terpaksa mendedahkan tingkah laku negatif rakannya walaupun menyedari tindakan tersebut akan menimbulkan kemarahan rakannya itu. [6 markah] LATIHAN 19 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Setiap petang, Alina dan rakan-rakannya akan bersiar-siar di taman bunga untuk menghilangkan kepenatan bekerja. (ii) Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan diri atau bersesuaian dengan bajet kita. (iii) Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari. [6 markah] LATIHAN 20 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Ravi selalu ponteng sekolah untuk pergi ke pusat komputer bersama-sama dengan rakan-rakannya namun, perbuatannya itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan di pusat komputer itu. (ii) Kehidupan Osman berubah selepas tanah yang dibelinya dahulu dengan harga yang murah telah dibeli pula oleh pemaju perumahan dengan harga yang mahal. (iii) Chi Min Ji telah mengatakan bahawa Rafilah yang membaling kapur terhadap Khosyatillah tetapi sebenarnya dia yang telah melakukannya. [6 markah] LATIHAN 21 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Zakuan sedar, tidak berguna mencuri harta orang, lebih baik bekerja, supaya apabila dia mati kelak, akan meninggalkan nama yang baik. (ii) Jika diperhatikan, tingkah laku Safuan tidak jauh bezanya dengan perangai ayahnya. (iii) Para perajurit itu sanggup mati mempertahankan tanah air daripada menyerah kalah. [6 markah] LATIHAN 22 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Amir hidup merempat sebelum dibantu oleh Tuan Syaiful menjadi penyanyi terkenal tetapi kini dia lupa diri, peminat mula meluat kerana dia mengada-ngada minta dilayan seperti orang-orang besar dan penting. (ii) Sebagai ahli perniagaan Salim reda harga makanan naik walaupun dia mendapat untung yang sedikit, biarlah rugi sedikit daripada mendapat rugi yang banyak seperti tiada orang datang membeli makanan di kedainya. (iii) Encik Raja dan isteri berasa amat bertuah dan berbahagia kerana semua anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran masing-masing dan mempunyai kerjaya yang baik, keluarganya menjadi teladan kepada keluarga-keluarga lain. [6 markah]
www.cikgutancl.blogspot.com PERIBAHASA
SPM TINGKATAN 5
LATIHAN 23 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Ramai pekedai menyorok gula dengan tujuan apabila harga naik mereka akan mendapat keuntungan yang lebih ba (ii) Hafiz menyusahkan dirinya sahaja apabila menjamin rakannya yang menagih dadah kerana kini rakannya tinggal bersama-samanya menyebabkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak. (iii) Perangai Safuan dan adiknya Saiful sungguh berbeza kerana Safuan terlalu peramah sebaliknya Saiful amat pendiam. [6 markah] LATIHAN 24 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Kehidupan Mak Timah amat perit selepas kematian suaminya sebulan lalu, kini anak lelakinya yang membantunya menoreh getah pula ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pengedaran dadah. (ii) Hasan mengatakan kepada Yazid bahawa manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan, walaupun Yazid bekas banduan dia boleh menjadi rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti orang lain tanpa mengulangi kesilapan lalu. (iii) Pembantu pejabat itu bersikap seperti pengurus syarikat, dia mengarahkan pelanggan syarikat berjumpanya mengikut masa yang ditetapkan walaupun pengurus meminta pelanggan datang pada bilabila masa. [6 markah] LATIHAN 25 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Tindakan mereka menderma kepada orang kaya itu sia-sia kerana beliau mempunyai kemampuan untuk membiayai rawatan anaknya di luar negara. (ii) Keluarga Zaharah tidak bersetuju untuk mengahwinkan anaknya itu dengan anak jutawan terkenal negara kerana mereka berbeza dari segi taraf. (iii) Jika kita mengusahakan kerja itu sedikit demi sedikit, lambat-laun kerja itu akan habis juga. [6 markah] LATIHAN 26 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Walaupun sibuk dengan jadual kuliah, saya tetap menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. (ii) Semasa gotong-royong, kami berazam untuk menghabiskan semua kerja bersama-sama. (iii) Untuk melahirkan anak-anak bersifat serba boleh dan berdaya saing, ibu bapa harus memainkan peranan dan menjadi ikon kepada anak-anak. [6 markah] LATIHAN 27 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Dalam mesyuarat itu, keputusan tidak dapat dibuat kerana masing-masing memberikan pendapat yang mementingkan diri sendiri. (ii) Amran merupakan seorang yang kaya, tetapi tidak pernah memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan . (iii) Kecantikan gadis itu sukar ditandingi oleh gadis-gadis lain di kampung itu . [6 markah]
www.cikgutancl.blogspot.com PERIBAHASA
SPM TINGKATAN 5
LATIHAN 28 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii) (iii)
Sudah puas dia dinasihati oleh ibu bapanya supaya tidak berkawan dengan budak-budak nakal itu tetapi langsung tidak dipedulikannya. Kita haruslah menyanjung bahasa kita walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk mendaulatkannya. Wajah pasangan pengantin itu berseri-seri apabila mendengar bisikan tetamu bahawa mereka secocok .
[6 markah] LATIHAN 29 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i)
Zurina rajin mengulang kaji pelajaran setiap hari walaupun dia bukanlah murid yang cemerlang kerana dia yakin bahawa dia akan lulus dalam peperiksaan . (ii) Encik Halim dan isterinya memaafkan anak bongsu mereka yang insaf atas kesalahannya ponteng sekolah kerana mereka sedar bahawa tiada manusia yang tidak berbuat silap dalam hidup masing-masing. (iii) Pak Mahmud merungut kerana kemudahan di pusat peranginan itu tidak seperti yang ditawarkan dalam iklannya. [6 markah] LATIHAN 30 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii)
Liana dan Julia memahami tabiat dan isi hati masing-masing kerana telah terlalu lama berkawan rapat. Badrul tercengang-cengang semasa menghadiri majlis di rumah pegawai daerah itu kerana selama ini dia tidak pernah bergaul dengan orang berpangkat. (iii) Hashim tidak mempercayai kata-kata Rizman, tetapi jika perkara itu tidak benar, tentulah rakannya itu tidak memperkatakan hal tersebut . [6 markah] LATIHAN 31 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) Wan Ching hanya membasuh pinggan mangkuk apabila disuruh oleh emaknya. (ii) Saya tidak akan berbaik dengannya lagi kerana dia tidak mempunyai semangat setia kawan. (iii) “Kalau orang lain cepat sahaja ditolongnya tetapi kalau keluarga sendiri yang meminta bantuan, belum tentu akan berhasil,” keluh Puan Anisah tentang sikap suaminya . [6 markah] LATIHAN 32 Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. (i) (ii) (iii)
Ketua kampung itu amat berada tetapi sanggup bergaul mesra dengan penduduk kampung. Adik-beradik kembar itu berwajah seiras dan berkelakuan sama. Rakyat Malaysia berbilang-bilang kaum yang hidup bersatu padu telah menjadi kunci keamanan dan kemajuan negara. [6 markah]