LITERASI MAKLUMAT Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Di situlah terkumpulnya bahan rujukan yang boleh memberi pelbagai maklumat kepada muriddan juga guru.
Kini dalam era globalisasi maklumat, murid dan guru mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pencarian maklumat. Selain bahan-bahan bercetak, sesebuah PSS juga sepatutnya telah mempunyai kemudahan terkini seperti kemudahan mengakses maklumat melalui komputer (Internet).
Untuk memakmurkan PSS, kemudahan serta koleksi bahan yang terdapat di PSS tersebut perlu dipromosikan sepenuhnya kepada murid dan juga guru. Selain itu, muridmurid juga perlu diberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya tentang cara-cara memanfaatkan PSS serta kemahiran mencari maklumat.
Rasional : 1. Terdapat ramai murid di sekolah rendah mempunyai kurang Kemahiran Maklumat yang patut mereka kuasai sebagai alat untuk membantu mereka supaya belajar dengan lebih berkesan. Oleh itu para murid perlu diajar kemahiran tersebut secara integrasi di dalam semua mata pelajaran. Dalam konteks ini Pusat Sumber memainkan peranan penting memandangkan semua sumber yang ada boleh digunakan sebagai bahan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Kemahiran mencari maklumat menjadi semakin penting selaras dengan kehendak kurikulum kini yang lebih menekankan kepada pengajaran berasaskan sumber. 1
Definisi : Apa itu maklumat?
Maklumat ditafsirkan sebagai proses menjadikan seseorang itu bermaklumat. Ia adalah proses penambahan pengalaman melalui pengalaman orang lain, bahan cetak, filem, peta, gambar, video dan sumber manusia.
Apa itu Kemahiran Maklumat?
Kemahiran Maklumat ialah kemahiran yang diperlukan untuk penggunaan maklumat secara berkesan. Untuk tujuan tersebut kita perlukan kemahiran membaca, mendengar, melihat, memerhati dan memperolehi maklumat. Kita perlu tahu kemahiran memilih, menilai, menganalisis dan menyampaikan maklumat secara cekap dan berkesan.
Kemahiran pengedalian maklumat merangkumi : a) Kemahiran Perpustakaan b) Kemahiran Belajar c) Kemahiran Berkomunikasi d) Kemahiran Hidup e) Kemahiran Teknologi
2
Langkah-langkah Kemahiran Maklumat : a) Menentukan b) Mencari c) Menggunakan d) Mencatat e) Melapor f) Menilai
Ringkasan Enam Langkah Untuk Pelajar a) Menentukan : Apakah yang perlu saya ketahui?
Apakah yang sudah saya tahu?
Apakah yang akan saya buat dengan maklumat yang didapati?
b) Mencari : Di manakah saya boleh mencari / mendapat maklumat?
Apakah alat yang perlu digunakan?
c) Mengguna : Apakah maklumat yang perlu saya ketahui?
d) Mencatat : Apakah maklumat yang perlu saya catatkan? 3
e) Melapor : Apakah bentuk penyampaian yang sesuai?
f) Menilai : Adakah saya puas hati dengan proses kerja yang saya jalankan?
Adakah saya puas hati dengan hasil kerja saya?
4
PROGRAM JEJAK MAKLUMAT
Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan “Treasure Hunt” atau “Explore Race”. Pertandingan ini berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap pelajar bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan.
Pertandingan ini turut menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.
Program ini merupakan pelaksanaan aktiviti untuk pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu merupakan satu latihan ke arah menjadikan membaca sebagai satu budaya dan menggalakkan penggunaan perpustakaan (Pusat Sumber Sekolah) sebagai sumber rujukan utama.
Pelaksanaan Pertandingan 1. Setiap kumpulan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan – memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian (check point) ke satu perhentian untuk mendapat klu utama dan klu segmen. 2. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap perhentian.
5
3. Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan bagi membina daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan tersebut. 4. Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan klu utama adalah johan pertandingan. 5. Bagi memenangi pertandingan ini, memerlukan pembacaan, persediaan, ketahanan dan strategi yang terancang. 6. Terdapat lima perhentian yang perlu dilalui oleh peserta secara individu dan berkumpulan.
Perhentian Pertama : Segmen Ketahanan Fizikal
Memerlukan peserta secara individu menembpuh halangan-halangan secara fizikal yang telah ditetapkan.
Perhentian Kedua : Segmen Isu Semasa
Memerlukan peserta secara individu mempunyai pengetahuan isu-isu semasa dalam negara dan luar negara.
Perhentian Ketiga : Segmen Pemikiran Kreatif
Memerlukan peserta secara individu menyelesaikan masalah dalam bentuk puzzle.
Perhentian Keempat : Segmen Uji Minda 6
Memerlukan peserta secara berkumpulan menyelesaikan Teka Silangkata (Cross Word Puzzle) yang telah ditetapkan.
Perhentian Kelima : Segmen Pembacaan
Merupakan segmen utama pertandingan ini di mana para peserta secara berkumpulan menyelesaikan masalah kesemua klu utama yang telah dikumpul yang melibatkan bahan-bahan di PSS.
7