Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas? Pssstt…laporan ini akan membongkar rahsia, kenapa menyimpan emas menjadikan anda semakin kaya.
AISHAH DAUD (PG 019173) Website:www.emaspublicgold24k.com/ Email:
[email protected]
Kenapa anda perlu menyimpan emas? Tuan puan sekalian. Kenapa anda perlu menyimpan emas? Jika anda orang yang baru di dalam dunia emas, saya akan berkongsi 7 sebab kenapa anda perlu menyimpan emas.
Kemudian saya akan terangkan cara termudah dan termurah untuk anda memulakan simpanan emas. Bersedia? Mari kita mulakan! 7 sebab kenapa anda perlu menyimpan emas. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Emas ialah kekayaan manusia yang sebenar. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. Kuasa beli emas stabil dalam jangka masa panjang. Nilai duit kertas semakin menurun. Emas adalah aset yang mudah dicairkan. Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa pun. Emas adalah magnet kekayaan.
1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenar. Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbol kepada 4 perkara iaitu (1) simbol kekayaan, (2) simbol kekuasaan, (3) simbol kejayaan dan (4) simbol kecantikan.
Sejarah emas sebagai simbol kekayaan. Untuk pengetahuan anda, emas telah digunakan sebagai duit sejak 2600 tahun yang lalu. Empayar Lydia (sekarang Turki) mengeluarkan syiling emas pertama dunia, dipanggil The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes. Sebelum Alyattes menjadi raja, sistem perdagangan ketika itu adalah berdasarkan sistem barter (bertukar barangan). Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksa membawa barang-barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain. Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang dipanggil The Lydian Lion. Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan urusan perdagangan dan telah menjadi duit utama pada masa itu.
Dengan kata lain, emas sudah diiktiraf sebagai simbol kekayaan sejak 2600 tahun dahulu. Jika anda memiliki banyak emas pada masa sekarang. Anda tetap dipanggil orang kaya!
Gambar 1: Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion
2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. Menyimpan emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang. Mari kita lihat graf harga emas untuk 10 tahun daripada tahun 2005 sehingga 2015. Daripada graf harga emas di bawah, sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada RM47 segram kepada RM157.62 Ini merupakan kenaikan 224.90% di dalam masa 10 tahun (bersamaan purata 22.49% setahun!)
Gambar: Graf pergerakan harga emas tahun 2005 2015 sumber http://goldprice.org/ Sebab itu, untuk jangka masa panjang, anda untung bila menyimpan emas. Di dalam jangka masa pendek , harga emas ada turun naiknya. Namun jika anda boleh menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang maka kelebihan pasti berpihak kepada anda!
Gambar: peratus perubahan harga emas tahun di dalam beberapa matawang utama dunia.
Kisah Benar: Ilmu emas dari Mekah. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bagaimana pembelian emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang. Ini adalah kisah 25 tahun lepas. Pada tahun 1990, mak dan abah saya berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Selepas selesai menunaikan ibadah haji, mereka pergi shopping di sekitar kota Mekah. Waktu tu abah ada budget RM1000 seorang untuk shopping. Apa yang mereka beli dengan RM1000 tu? Abah saya peminat jam. Dengan RM1000, Abah beli seutas jam Rado. Mak saya tak mahu beli jam. Dia lebih berminat dengan emas. Jadi mak saya buat keputusan untuk menggunakan RM1000 duit shopping tersebut untuk membeli emas. Lalu mak saya pun carilah kedai emas kat kota Mekah. Sampai ajer kat kedai emas emas, emak saya terus tanya tokey kedai emas tu. “Kalau RM1000, boleh beli emas apa?” tanya mak saya. “Tokey kedai tu cakap, Hajjah boleh beli syiling emas ini” kata beliau sambil menunjukkan sekeping syiling dinar emas 10 dinar (42.5 gram) “Berapa harganya?” Tanya mak saya “Dalam RM900++ sahaja, tak sampai seribu ringgit” Jadi, mak saya pun beli syiling dinar emas tersebut sebagai ole-ole dari Mekah. Dinar emas tu mak bawa balik ke Malaysia dan buat buah rantai. 25 tahun berlalu……. apa yang terjadi sekarang? Selepas 25 tahun, jam Rado dah rosak. Enjin jam dah rosak, tali pun dah rosak, cermin retak sikit. Dari segi nilai, saya pun tak tahu.. sebab jam nie rosak. Jam ini abah saya berikan kat saya sebagai hadiah. Tapi sebab ia dah rosak, maka saya simpan ajer dalam kotak. Bagaimana dengan syiling emas mak? Setelah 25 tahun berlalu..mak senyum dan bangga sebab, masa beli dulu, nilai emas tu kurang dari RM1000, sekarang nilainya RM6500 ++ Nilai emas mak meningkat sebanyak 550%. Kalau dibahagi dengan 25 tahun, purata naik setahun 22% Pheww!!!!! Terbukti, dalam jangkasama yang panjang, emas akan menguntungkan pembelinya.
3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang. Satu fakta menarik tentang emas ialah keupayannya mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang. Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini. Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 15602007″ oleh Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan University of California. Anda boleh mendapatkan buku ini di www.amazon.com Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan: “Adakah nilai duit pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?” Di dalam kes ini, duit yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa. Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:
“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″ Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda menyimpan emas. Kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.
Kajian kes: Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang. Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1 dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini. Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas. (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan 916 (22 karat)
Perkara ini ada diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.” Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.” Baik, soalan cepu emas. Pada hari ini, boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar? Jawapannya.. ya boleh! Ada penternak-penternak kambing di Malaysia yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing. Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan anda untuk membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar emas. Dengan 1 dinar anda boleh membeli anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.
p/s: Untuk pengetahuan anda, saya mengenali en Abdullah sejak tahun 2010. Dari tahun 2010 sehingga sekarang, beliau menerima pembelian seekor kambing dengan dinar emas. Daripada kisah di atas terbukti kuasa beli emas adalah stabil. Inflasi untuk emas adalah 0% !!!
Tips: Bagaimana melindungi nilai dengan emas? Bagi orang Islam, kita disunatkan untuk melaksanakan akikah apabila mendapat anak. Ia adalah ibadah Sunat Muakkad. Disunatkan menyembelih 2 ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Jika anda berhasrat untuk membuat akikah pada masa hadapan (untuk bakal anak atau cucu) maka anda boleh menyimpan dinar emas dari sekarang. Ini adalah strategi lindung nilai (hedging). Harga seekor kambing jika diukur di dalam bentuk RM maka ia menjadi semakin mahal. Kita dapati kuasa beli RM semakin mengecil. 5 tahun lepas harga kambing seekor RM400-RM500 kemudian sekarang harga kambing mececah RM700 seekor (2015) Jadi, kuasa beli RM semakin kecil. Untuk melindungi kuasa beli anda, anda tukarkan RM kepada syiling 1 dinar emas. Simpan dinar emas tersebut sebagai duit untuk membeli kambing akikah di masa hadapan. Ini kerana harga seekor kambing di dalam berat emas adalah stabil. Insyaallah kuasa beli dinar emas ini boleh membeli seekor kambing walau seratus tahun akan datang.
4. Nilai duit kertas jatuh di dalam jangka masa panjang Salah satu kelemahan duit kertas adalah nilainya jatuh dalam jangka masa panjang. Kuasa beli duit kertas makin lama semakin menyusut. Dulu duit boleh beli banyak barang. Sekarang duit yang sama boleh beli sedikit saja barang. Anda akan mendapati kuasa beli duit kertas semakin mengecil akibat inflasi. Contoh sebenar. Saya sekolah darjah 1 tahun 1985. Saya bawa 20 sen hingga 30 sen sahaja sehari. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air kat kantin. Anak saya sekarang pergi sekolah bawa RM3 sebagai duit belanja sekolah. Sebab harga nasi dan air zaman sekarang nie dah jauh beza dari zaman saya dahulu.
Gambar: Zaman saya, belanja sekolah 20 sen -30 sen sahaja.
Harga dan saiz roti canai Lihat kuasa beli duit kita pada tahun 2005 berbanding sekarang. Dahulu roti canai harganya 50 sen dan saiznya besar. Sekarang harga roti canai RM1.20 sen tapi saiznya makin mengecil. Dengan kata lain kuasa beli Ringgit Malaysia semakin lama semakin kecil. Sebab itulah, untuk simpanan jangka masa panjang, emas adalah simpanan terbaik.
Gambar: Harga dan saiz roti canai dari tahun 2005- 2015
5. Emas adalah aset yang sangat cair. Ia boleh ditukarkan menjadi tunai dengan cepat. Jika anda perlukan duit tunai segera tanpa perlu menjual emas, maka anda boleh menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Terdapat banyak institusi Arrahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan gadaian emas. Contohnya Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan lain-lain. Anda pergi ke Arrahnu, gadaikan emas anda dan anda akan menerima tunai segera.
Gambar kiri: Risalah Ar-rahnu Gambar kanan: contoh surat gadaian Ar-rahnu Ar-Rahnu memberikan pinjaman antara 75% sehingga 80% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu peniaga-peniaga yang memerlukan pusingan modal. Mereka tidak perlu membuat pinjaman bank. Mereka boleh menggunakan emas yang disimpan sebagai cagaran pinjaman di Ar-Rahnu. Dengan kata lain, penyimpan emas bukan sekadar menikmati kenaikan harga emas di dalam jangka masa panjang. Anda boleh menggunakan emas tersebut jika terdesak memerlukan duit tunai. p/s: Arrahn ialah kemudahan pinjaman tanpa riba. Jadi ia adalah urusniaga patuh syariah.
6. Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan. Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa. Emas perlu dicari, dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar. Ini berbeza sekali dengan duit kertas. Duit kertas boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Apabila duit kertas dicetak terlalu banyak, maka nilai duit kertas akan jatuh. Apabila nilai duit kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan akhirnya duit kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Penggunaan duit fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai duit yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan duit tersebut tidak boleh digunapakai. Contoh sebenar: Kerajaan Malaysia telah menarik balik pengiktirafan nilai syiling RM1 (gambar). Jika anda menyimpan duit ini, maka ia tidak lagi sah digunakan.
Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.
Sejarah kegagalan duit kertas /fiat. Terdapat banyak bukti kegagalan duit kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Sebabnya mudah sahaja. Kerajaan negara tersebut mencetak duit terlalu banyak sehinggakan ia menjadi tidak bernilai. Di antara kisah kegagalan duit kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.
Kerajaan Perancis –tahun 1715 Republik Weimer Jerman - 1922-1923 Hungary 1945-1946 Chile 1971-1981 Peru 1988-1991 Angola 1991 – 1999 Yugoslavia 1992-1995 Belarus 1994-2002 Kerajaan Mexico – pada tahun 1994 Kerajaan Argentina – pada tahun 2001 Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.
Anda boleh membaca sebahagian daripada kisah kegagalan yang kertas di dalam web berikut: http://www.investopedia.com/slide-show/5-failed-currencies-why-they-crashed/
6.1 Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe. Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika.
Ia merupakan negara abad ke21 yang dirundung masalah hyperinflasi. Presiden Robert Mugabe bertindak mencetak duit Zimbabwe yang terlalu banyak. Ia tidak seiring dengan kadar barangan dan perkhidmatan negara tersebut. Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!
Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan duit kertas akan mendapati nilai duit yang disimpan mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana duit kertas dicetak dengan berleluasa. Jika anda simpan banyak duit dan tiba-tiba kerajaan anda bertindak sewel dan mencetak duit secara gila-gila, maka anda akan rugi.
8. Emas adalah magnet kekayaan.
Ini adalah rahsia emas yang terbesar. Emas itu adalah magnet kekayaan. Menyimpan emas ibarat menarik kekayaan datang kepada kita. Psttt!!!! Nak kaya tak? Nah ambil rahsia pertama kekayaan iaitu: “Spend less than you earn” atau dalam Bahasa Melayu, perbelanjaan mesti kurang daripada pendapatan. Wah! Senang ajer kan formula nie?
Jika pendapatan lebih besar dari perbelanjaan = Anda semakin kaya Jika perbelanjaan lebih besar dari pendapatan = anda semakin miskin
“Untuk kaya, pastikan duit anda tidak bocor’ ‘Anda akan cepat miskin jika duit anda mudah bocor’ Kenapa duit kita boleh bocor? Berdasarkan kajian saya, terdapat 3 punca utama kebocoran duit. 1. Seronok belanja. 2. Tersalah melabur (biasanya di dalam skim cepat kaya) 3. Orang pinjam duit (tapi ehem.. ehem.. tak tahu bayar) 1. Seronok berbelanja @ perabis duit. Biasanya, 2 tabiat manusia bila dapat duit adalah: 1. Nak belanja 2. Bayar hutang. Bagaimana dengan simpan duit? Biasanya kalau ada lebihan barulah nak simpan. Itu adalah tabiat yang buruk sebab ia tidak membantu anda membina kekayaan. Kalau anda nak bina kekayaan, simpan duit dulu, lebih baru belanja. Cuba anda buat kira-kira. Daripada awal tahun sehingga sekarang, berapa banyak duit yang anda mampu simpan? Tanya diri anda, berapa banyak duit yang anda simpan tahun lepas? Kalau simpanan anda tak banyak, tanya diri anda. “kenapa duit aku nie senang sangat bocor?”
2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya. Fitrah manusia sukakan keuntungan cepat dan banyak. Asal ada duit kat tangan ajer.. otak mula nak fikir, macammana cara terpantas untuk dapat pulangan. Tuan puan sekalian. Pelaburan yang biasanya memberikan pulangan sedikit dan makan masa.
Contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji. Dividen yang diberi sekarang sekitar 8% ke 9% sahaja setahun. Setahun nak tunggu tu yeop! Lamaaaaaaa……. Bila nak cepat kaya, ramai orang terjebak di dalam skim-skim cepat kaya. Kononnya nak untung cepat dan banyak. Tokey skim cepat kaya nie pandai orangnya. Mereka tahu resepi mengumpan mangsa. 1. 2. 3. 4.
Umpankan dengan pendapatan lumayan setiap bulan. Tak perlu bekerja. Labur dan tunggu duit masuk setiap bulan. Tayang kereta mewah biar memeleh air liur orang tengok. Dapat komisyen banyak kalau cari orang. Tapi risikonya tersangat tinggi. Jika anda terjebak dengan skim cepat kaya, anda boleh kerugian besar. Bila-bila masa sahaja penganjur skim cepat kaya boleh menutup kedai dan cabut lari. Habis duit anda, adik beradik dan kawan-kawan. Anda perlu belajar dari kesilapan orang lain. Belajar dari kesilapan anda sendiri mahal harganya. Saya pasti anda banyak membaca tetang skim cepat kaya. Banyak kategorinya kan? Ada yang bertopengkan pertanian, mlm, forex dan
banyak lagi. Saya ingin tunjukkan satu kisah mangsa skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas. Sila baca kisah dibawah.
Kajian kes: Tertipu dengan skim cepat kaya bertopengkan emas.
Tajuk akhbar: Caruman tergadai (isnin 17/2/2014) Banting: Seorang lelaki sanggup mengeluarkan caruman Kumpulan Duit Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya sebanyak RM50,000 bagi dilaburkan dalam perniagaan emas dimiliki seorang lelaki hampir dua tahun lalu namun pulangannya hanya bertahan tiga bulan sebelum syarikat serta pemilik syarikat terbabit lesap sehingga kini. Mangsa tidak lagi mengharapkan duitnya itu dikembalikan sebaliknya berharap lelaki yang mempermainkan perasaan kerana tergamak menipu duit hasil titik peluhnya sepanjang memerah keringat sebagai pekerja kilang itu dibawa ke muka pengadilan. Adzahar Musa, 56, berkata, dia juga sangat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap penipu berkenaan bagi mengelak mereka seusia dengannya terus menjadi mangsa. “Sebenarnya pelbagai usaha sudah saya lakukan namun semuanya menemui jalan buntu. “Saya sudah penat ke sana ke mari meminta bantuan pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah ini namun selepas hampir dua tahun usaha itu hanya sia-sia kerana ia masih tidak dapat diselesaikan. “Saya sudah tidak tahu mahu meminta bantuan sesiapa lagi kerana apa yang saya harapkan sekarang supaya si pelaku diheret ke mahkamah,” katanya. Menurutnya, walaupun menyesal kerana terpedaya dengan pujuk rayu ‘pengarah’ terbabit sehingga sanggup memberikan semua duit simpanan KWSP begitu saja, tiada apa yang boleh dibuatnya lagi dan kini pada usianya, dia terpaksa bekerja sebagai tukang kebun dengan bayaran RM300 sebulan untuk membiayai empat anak yang masih bersekolah.
Adzahar berkata, dia terbabit dalam pelaburan emas itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa pengarah syarikat pelaburan emas yang dipercayai berasal dari sebuah negeri di pantai timur daripada seorang rakan pada Jun 2012. “Saya tertarik dengan program pelaburan emas yang diterangkan sehingga pada 13 Jun 2012 saya melabur sebanyak RM20,400 dengan pulangan dijanjikan sebanyak RM1,800 sebulan. “Bulan pertama saya menerima pulangan seperti dijanjikan menyebabkan sekali lagi termakan pujukan pengarah itu untuk menambah pelaburan dan pada 20 Julai, saya memasukkan RM30,000 ke dalam akaun pengarah terbabit untuk menambah pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 50 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan. “Namun, saya hanya menerima pulangan dua kali sahaja iaitu pada 16 Ogos sebanyak RM1,980 dan 20 September RM2,087dan sehingga kini tiada lagi bayaran dilakukan. “Pengarah terbabit juga sudah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan saya membuat laporan polis pada 4 Mac tahun lalu,” katanya. Katanya, sebelum menghilangkan diri, pengarah itu menghantar SMS menyatakan pelbagai alasan mengapa dia tidak dapat membayar pulangan pelaburannya. "Selain membuat laporan polis, pelbagai usaha sudah saya lakukan termasuk meminta bantuan guaman tetapi sehingga kini saya masih menemui jalan buntu," katanya. Sumber, Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Carumantergadai/MA/Article
3. Orang pinjam duit tapi tak bayar. Masalah kebocoran duit yang ketiga adalah ‘orang pinjam duit tapi tak bayar balik’ Ini adalah masalah yang sangat serius! Jangan ambil mudah isu pinjam duit. Jika anda selalu meminjamkan duit kat orang lain, maka anda akan dapati bahawa tak semua peminjam wang jujur dalam urusan membayar balik duit anda. Saya sendiri ada pengalaman buruk orang pinjam duit tapi tak bayar-bayar. Memang bocor duit dan rugi emosi. Waktu itu hati saya cakap “Kalaulah aku tak pinjamkan duit kepada si xxxx ini, selamat duit aku. Buat rugi ajer pinjamkan dia duit aku”.
Gambar: berhati-hati jika orang nak pinjam. Risikonya terlalu besar.
Kesimpulan. Berhati-hati dengan 3 penyebab kebocoran yang terbesar iaitu nafsu berbelanja, tersalah melabur dan orang pinjam duit. OK, sekarang anda bertanya ‘Macammana nak elakkan duit dari bocor?’ ini jawapannya:
‘Tukar duit anda ke dalam bentuk emas’ Apa sebabnya? ada 3 sebab. 1. Fitrah manusia dengan emas ialah nak simpan elok-elok 2. Fitrah manusia dengan emas ialah nak kumpul banyak-banyak 3. Emas orang tak pinjam.
1. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak simpan elok-elok. Cuba beli emas dan peganglah ia seperti gambar disebelah. Mula-mula hati anda akan cakap ‘wah cantiknya emas nie’ Kemudian hati anda akan cakap ‘emas nie kena simpan elok-elok’ Inilah yang akan berlaku bila anda pegang emas. Anda akan fikir kat mana nak simpan emas ini dengan selamat. Sebab itu anda kena tukar duit jadi emas secepat mungkin. Bila dapat duit, maka hati asyik fikir belanja atau bayar hutang ajer.. takder fikir pasal simpan. Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan. Kenapa menyimpan duit sukar dibuat? Sebab fitrah manusia dengan duit ialah nak belanja dan bayar hutang. Bila duit dah jadi emas.. anda terpaksa simpan. 2. Fitrah manusia dengan emas : Anda teringin nak kumpul banyak-banyak. Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan. Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah ia seronok jika dikumpulkan. Semakin banyak emas, semakin seronok hati anda. Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak. Anda akan faham perkara ini apabila anda dah beli emas. Selagi anda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok mengumpulkan emas. Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik. Saya pernah berjumpa seorang hamba Allah yang hobinya ialah mengumpulkan syiling 1 dinar emas (berat 1 dinar ialah 4.25 gram)
Gambar: syiling 1 Dinar Emas
Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan membeli 1 dinar. Beliau kumpul 1 dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping. Fuh! Banyak tu… Kemudian beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585 sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu. Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500 Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar.
Beliau hanya fokus kepada emas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya. Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti akan banyaklah harta emas anda. Menarik tak kisah ini? Saya berharap kisah ini akan memberikan inspirasi kepada anda. Mulakan simpanan emas anda pertama secepat mungkin. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.
Gambar: 100 keping syiling 1 dinar emas beliau.
3. Emas orang tak boleh pinjam.
Bila duit dah jadi emas maka orang dah tak boleh pinjam duit anda. Hehehe.. selamat duit. Kalau ada orang yang nak pinjam duit anda, maka anda cakap ayat ini ‘Saya minta maaflah, semua duit saya dah habis beli emas’.
Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nak pinjam duit anda tidak boleh berbuat apa-apa. Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula. Takkan orang tu nak cakap “Kalau macam itu, boleh tak saya pinjam emas tuan@puan sekejap?” Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalam bentuk emas. Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan. Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapa anda perlu menukarkan duit kertas kepada emas. Mari kita ulang suara… 1. Bila duit jadi emas, maka anda kena simpan elok-elok. 2. Bila dah beli emas, nanti akan rasa seronok nak kumpul banyak-banyak. 3. Emas orang tak pinjam. Pesanan penulis: Walaupun anda tidak digalakkan meminjamkan duit kepada orang yang terdesak, kerana risiko tidak membayar hutang adalah tinggi, namun saya menggalakkan anda memberi duit sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan. Dengan niat bersedekah, hati anda akan rasa tenang kerana anda telah membantu mereka yang memerlukan dan orang itu tidak perlu membayar balik duit anda. Contohnya, kalau ada orang nak pinjam RM1000 ke atas, mungkin anda boleh sedekah RM50 kepada orang berkenaan. Beritahu dekat orang tersebut “Ini saya bagi sebagai sedekah@hadiah, tak perlu bayar balik. Kalau nak beri pinjam, saya tak mampu”.
Apakah kaedah termudah untuk menyimpan emas? Baiklah, sekarang saya akan kongsikan cara termudah untuk membeli emas. Biasanya ada 2 kaedah popular membeli emas: Kaedah 1: Anda boleh membeli jongkong @ dinar emas mengikut jumlah modal anda. Kaedah 2: Membeli emas secara sedikit-sedikit @ modal kecil. Dalam kaedah 1, anda boleh beli jongkong emas atau dinar emas mengikut modal yang ada ditangan. Contoh: Jika anda mempunyai modal RM1650 dan harga segram emas adalah RM165 maka anda boleh terus membeli seketul jongkong emas 10 gram.
Gambar: Kalau ada modal besar, terus beli seketul emas. Kalau modal ada RM700++, anda boleh beli 1 dinar emas (4.25 g). Anda bayar dan ambil emas tersebut dan bawa pulang.
Soalan: Apakah emas yang sesuai untuk saya beli?
Berdasarkan pengalaman saya berkecimpung dengan pelaburan emas dari tahun 2008, Public Gold adalah antara jenama terbaik di Malaysia. Di sini saya akan senaraikan 11 kelebihan Public Gold.
1. Harga yang jauh lebih murah berbanding kedai emas/Bank. Harga emas bersaiz kecil seperti 1 gram dan 5 gram Public Gold adalah lebih murah berbanding emas kedai emas dan bank. Contoh: Pada 13/5/2015, UOB menjual 1 gram dengan harga RM222 dan 5 gram harga RM848. Public Gold menjual 1 gram hanya RM150 + RM5 = RM155 dan 5 gram RM755 sahaja (dengan akaun GAP) Perbezaan harga adalah RM67 dan RM93. Anda untung banyak!
Gambar: Perbezaan harga diantara UOB dan Public Gold
2. Kos permulaan yang rendah. Kos untuk membeli emas di Public Gold adalah serendah 1 gram atau RM100 sahaja. Anda boleh membeli emas ini menggunakan Gold Accumulation Program (GAP). Murah kan?
3. Pelbagai pilihan produk. Produk Public Gold yang paling popular ialah jongkong emas dan dinar emas. Untuk jongkong emas, Public Gold mempunyai jongkong 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.
Gambar: Jongkong emas keluaran Public Gold
Untuk kategori dinar emas, Public Gold mempunyai ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Gambar: Dinar emas yang dijual oleh Public Gold.
4. Emas Public Gold berkualiti antarabangsa. Semua emas Public Gold dikilang oleh Nadir Metal Refinery, pengilang berstatus LBMA Good Delivery. Ini menyebabkan semua produk Public Gold adalah berstatus antarabangsa dengan ciri-ciri keselamatan bertaraf antarabangsa. Sijil ketulenan dicetak di belakang sarung jongkong emas. Jadi tiada risiko anda terhilangkan sijil ketulenan emas. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang: 1. Berat, lebar, panjang, ketebalan, ketulenan dan tandatangan assayer (penguji emas)
Gambar: Maklumat ketulenan emas ada di belakang sarung.
5. Emas Public Gold tidak dikenakan GST. Emas dan perak Public Gold adalah berstatus investment precious Metal Ini kerana ia dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus ‘London Good Delivery’ iaitu Nadir Metal Refinery. Status ini membolehkan semua produk Public Gold TIDAK dikenakan GST. Anda jimat 6% Ini berbeza dengan produk emas keluaran tempatan seperti barang kemas, jongkong emas jenama tempatan dan dinar emas keluaran tempatan. Ia dikenakan GST. 6. Susut nilai emas Public Gold adalah rendah. Susut nilai adalah perbezaan antara harga belian dan jualan. Susut nilai emas Public Gold adalah antara 5% sehingga 8% sahaja. Ini berbeza dengan kedai emas yang susutnilainya melebihi 10% dan boleh menjangkau 20%. Nota penulis: PG Sell = harga emas yang dijual oleh Public Gold kepada pembeli. PG Buy = harga belian balik emas oleh Public Gold.
Gambar: Jadual spread produk Public Gold.
7. Jaminan belian balik emas bila anda ingin menjual. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka bila-bila masa mengikut harga PG Buy. Jika emas tersebut calar, goris atau bengkok, Public Gold tetap akan membeli balik emas tersebut, namun pada susut nilai lebih tinggi sedikit (sekitar 10% ke 13%). Sebagai perbandingan, jika anda membeli emas daripada bank, risiko yang sangat besar yang anda hadapi adalah bank TIDAK akan membeli balik emas mereka jika ada kesan calar, goris atau bengkok.
8. Boleh digadaikan di Arrahnu POS.
Emas Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu POS bagi mendapat tunai segera. Ar-rahnu POS menerima gadaian emas Public Gold TANPA MEMBUKA sarung plastiknya.
Jadi, saya sarankan anda pergi ke Ar-rahnu POS jika memerlukan tunai segera. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan Ar-rahnu di Malaysia akan membuka sarung plastik emas untuk tujuan ujian ketulenan. Namun membuka sarung plasik ini boleh menjejaskan nilai emas di dalam plastik berkenaan. Ia akan menjadi emas terpakai. Jadi, tempat terbaik untuk menggadaikan emas Public Gold ialah Ar-rahnu POS. Untuk melihat senarai Ar-rahnu POS seluruh Malaysia serta soal-jawab tentang Ar-rahnu, sila klik sini: http://www.pos.com.my/post-offices/pos-arrahnu/?outlets 9. Jenama emas yang sangat popular di Malaysia.
Jenama Public Gold sangat popular di kalangan penyimpan emas tempatan. Ini kerana Public Gold telah menjalankan aktiviti jual beli emas dan perak sejak tahun 2008.
Public Gold merupakan jenama pertama mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai jongkong emas tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan daripada certified assayer. Public Gold dipercayai oleh orang ramai kerana syarikat ini hanya menjalankan aktiviti jual beli emas emas dan pera
10. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Perlis), dan Singapura. Ini memudahkan anda membeli dan menjual emas jenama Public Gold. Jika ada pertanyaan, anda hanya perlu menelefon pejabat Public Gold yang berhampiran. Beritahu staff berkenaan yang anda adalah customer saya, Syukor Hashim PG000012. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.
Cawangan Ampang, Kuala Lumpur Bandar Sunway, Petaling Jaya Kajang, Selangor Alor Setar, Kedah Sungai Petani, Kedah Relau, Penang Bishop street, Pulau Pinang Ipoh, Perak Senawang, N.Sembilan Melaka Taman Perling, Johor Bahru Kota Bharu, Kelantan Kuala Terengganu Kuantan, Pahang Kuching, Sarawak Kota Kinabalu, Sabah Singapura
Contact number 03-42579916 03-56348999 03-87349916 04-7344916 04-4232999 04-6449999 04-261999 05-242 8916 06-6782916 06-3175499 07-2358999 09-7462999 09-6263999 09-5678916 082-259916 088-447916 +65 8228 0916
11. Anda boleh beli/jual balik emas secara online 24 jam.
Salah satu kelebihan Public Gold adalah, ia menyediakan kemudahan membeli produk dan jualan balik secara online 24 jam. Anda cuma perlu pergi ke laman web www.publicgold.com.my (gambar)
Di sana anda boleh lihat pada menu: Order => Place Order (tempahan) dan juga Order => Place Sell Back (jualan balik)
Setelah membaca 11 kelebihan Public Gold, saya berpendapat anda membuat pilihan yang tepat jika memilih untuk membeli emas Public Gold.
Soalan: Bagaimana cara untuk membeli emas Public Gold? Cara yang termudah ialah dengan melihat harga emas semasa di www.publicgold.com.my Kemudian anda terus menghubungi saya, Aishah Daud HP saya 019-4111108. Anda boleh telefon, whatsapp atau sms kami bila-bila masa. Kami akan bantu uruskan belian pertama anda. Selepas itu kami akan ajar anda bagaimana nak buat sendiri untuk pembelian kedua dan seterusnya.
Gambar: Senarai harga produk Public Gold di website www.publicgold.com.my
Kaedah 2: Membeli emas secara sedikit-sedikit @ modal kecil. Fuh! Setelah panjang lebar saya ceritakan tentang kaedah pembelian terus dan kelebihan Public Gold, kini saya akan terangkan tentang pembelian emas dengan modal paling minima.
Memperkenalkan Public Gold GAP
Jika anda ingin membeli emas dengan modal kecil, maka kemudahan Gold Accumulation Program (GAP) sangat sesuai dengan anda. GAP memudahkan anda membuat simpanan emas fizikal dengan modal serendah RM100 atau minima 1 gram sahaja. Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP pada bila-bila masa, di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Kelebihan GAP: 1. Anda boleh membeli emas serendah RM100 atau 1 gram sahaja. 2. Disokong 100% oleh emas fizikal 3. Tiada yuran simpanan 4. Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja 5. Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun 6. Anda boleh mengeluarkan emas fizikal serendah 1 gram sahaja. 7. Akaun GAP tiada tarikh luput Pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAP. Anda boleh mengeluarkan jongkong emas atau dinar emas Public Gold daripada akaun GAP.
Gambar: Anda boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP
Rekod urusan belian dan jualan GAP.
Setiap urusan pembelian dan pengeluaran GAP anda akan direkodkan secara terperinci di dalam akaun GAP anda. Anda boleh semak penyata akaun GAP anda di website Public Gold.
Gambar: Ini adalah contoh penyata akaun GAP.
Soalan: Bagaimana membuka akaun GAP? Untuk pengetahuan anda, saya telah menulis
panduan lengkap mengenai cara membuka
akaun GAP di dalam bentuk pdf.
Saya berharap laporan ini membantu anda mengenali dunia pelaburan emas. Jika ada pertanyaan, boleh hubungi saya Aishah Daud 019-4111108.
Website:www.emaspublicgold24k.com/ Email:
[email protected].
[email protected]. Mob no: +60-194111108