Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
KANDUNGAN M/S 1. Objektif
2
2. Kuasa Melulus Hapuskira
2
3. Urusetia Kehilangan dan Hapuskira
2-3
4. Proses Hapuskira
3-5
5. Kaedah Alternatif Kepada Tindakan Surcaj Bagi Mendapatkan Nilai Harta Yang Hilang
5
6. Carta Aliran Proses Kerja Jawatankuasa Penyiasat
6
7. Pelantikan Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan Aset Alih UKM (KEW.PA-29)
7
8. Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih (KEW.PA-30)
8-10
9. Sijil Hapuskira Aset Alih (KEW.PA-31)
11
10. Laporan Tindakan Surcaj/ Tatatertib Aset Alih (KEW.PA-32)
12
Page | 1
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH UNIVERSITI (TPAU) BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA “Kehilangan” bermaksud aset alih yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam. “Hapuskira” ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset alih yang hilang. 1.
OBJEKTIF Hapuskira aset alih universiti bertujuan untuk:a. b. c. d.
2.
Mengawal kerugian yang ditanggung oleh Universiti akibat kehilangan aset alih; Menyelaraskan rekod aset alih; Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan aset alih Universiti; dan Membolehkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai.
KUASA MELULUS HAPUSKIRA Kuasa melulus hapuskira adalah seperti berikut:-
3.
a.
Jawatankuasa Tetap Kewangan Nilai perolehan asal satu aset alih melebihi RM500,000
b.
Jawatankuasa Pelupusan Aset UKM Nilai perolehan asal satu aset alih bernilai sehingga RM500,000
URUSETIA KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA 3.1. Unit Pengurusan Aset, Jabatan Bendahari UKM adalah bertanggungjawab sebagai Urusetia Kehilangan dan Hapuskira. 3.2. Tugas-tugas Urusetia Kehilangan dan Hapuskira adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.
Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang melalui Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3); Mendapatkan Laporan Awal Kehilangan Aset Alih (KEW.PA-28) daripada Ketua PTJ; Menyedia dan mengemukakan tuntutan insurans; Menguruskan pelantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan format Surat Pelantikan Jawatankuasa Penyiasat (KEW.PA-29). Mendapatkan hasil siasatan polis; Mendapatkan Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih (KEW.PA-30) daripada Jawatankuasa Penyiasat; Page | 2
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii.
4.
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Mendapatkan syor dan ulasan dari Naib Canselor; Mengambil tindakan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penyiasat dan diperakukan oleh Naib Canselor; Maklumkan syor surcaj atau tatatertib kepada Bahagian Perundangan, Jabatan Pendaftar; Mendapatkan maklum balas kedudukan tindakan surcaj/ tatatertib daripada Bahagian Perundangan, Jabatan Pendaftar; Mengemukakan permohonan hapuskira kepada kuasa melulus; Memaklumkan kelulusan hapuskira kepada pegawai aset di PTJ berkenaan untuk tindakan kemaskini rekod daftar aset dan sediakan Sijil Hapuskira (KEW.PA-31); Menyediakan Laporan Sukuan Tahun Kehilangan dan Hapuskira, Tindakan Surcaj/Tatatertib Aset Alih KEW.PA-32 setiap sukuan tahunan kepada JKPAK.
PROSES HAPUSKIRA 4.1. Melaporkan Kehilangan i. ii. iii.
iv.
Pegawai yang mengetahui kehilangan melaporkan kehilangan aset alih kepada Ketua Jabatan/Ketua Projek serta merta; Pegawai PTJ yang mengetahui kehilangan melaporkan ke Bahagian Keselamatan UKM dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui sekiranya berlaku di sekitar UKM; Ketua Jabatan atau pegawai bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang mengetahui kehilangan berlaku, hendaklah membuat laporan polis dengan seberapa segera, tidak lewat dari 24 jam dari masa kehilangan telah diketahui jika ia ada alasan mempercayai kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung dengan kehilangan itu; Semua kehilangan aset keselamatan, peralatan keselamatan atau komponen strategik hendaklah dibuat laporan polis.
4.2. Menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset Alih (KEW.PA-28) Ketua Jabatan atau pegawai bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang mengetahui kehilangan berlaku hendaklah menyediakan Laporan Awal KEW PA-28, laporan polis dan Laporan pengawal keselamatan dalam tempoh 14 hari kepada Unit Pengurusan Aset. Bagi kehilangan yang melibatkan seorang Ketua Jabatan laporan awal hendaklah disediakan oleh Pegawai atasannya. 4.3. Melantik Jawatankuasa Penyiasat i.
Jawatankuasa Penyiasat akan dilantik secara bertulis oleh Naib Canselor menggunakan Surat Pelantikan Jawatankuasa Penyiasat (KEW.PA-29) dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal Kehilangan Aset Alih (KEW. PA-28) diterima atau dilantik untuk tempoh tertentu.
ii.
Keanggotaan Jawatankuasa Penyiasat hendaklah terdiri daripada: Page | 3
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
a. Pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan itu dan bukan daripada bahagian/unit yang sama; b. Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai dan Ketuanya hendaklah daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional di gred yang bersesuaian; dan c. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan aset atau pengurusan kewangan jika perlu iii.
Bagi kes kehilangan yang berlaku di luar Malaysia, Pegawai Pengawal dibenarkan melantik pegawai bersesuaian dari Jabatan atau Agensi Universiti Malaysia lain yang tidak terlibat dengan kehilangan itu di negara berkenaan sebagai Jawatankuasa Penyiasat.
iv.
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasat adalah seperti berikut:a.
Menjalankan siasatan dengan segera selepas pelantikan dengan mengambil tindakan seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. vi.
b.
c.
d. e. f.
Mengenal pasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan; Menyoal siasat pegawai-pegawai terlibat atau mana-mana pegawai yang difikirkan perlu; Meneliti rekod-rekod aset, Laporan Polis (jika ada) dan Laporan Awal; Melawat dan memeriksa tempat kejadian; Mendapatkan bukti bergambar sekitar tempat kejadian, salinan dokumendokumen yang berkaitan sebagai bahan bukti (sekiranya perlu); dan Tindakan lain yang difikirkan sesuai untuk melengkapkan siasatan;
Mengenal pasti sama ada Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan berkaitan Tatacara Pengurusan Aset Alih Universiti (TPAU), Tatacara Pengurusan Stor (TPS) dan Arahan Keselamatan Universiti dipatuhi; Mendapatkan keterangan sama ada kehilangan berkenaan berpunca daripada kecuaian pegawai, kegagalan mematuhi peraturan yang disengajakan, kegagalan penyeliaan atau tidak mempunyai pengetahuan dalam pengurusan aset dan stor universiti; Mendapatkan penjelasan terhadap kelemahan sehingga berlakunya kehilangan seperti yang dinyatakan dalam perenggan (iii) di atas; Mengenal pasti risiko keselamatan serta mengesyorkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan; dan Menyedia laporan siasatan dan menandatangani Laporan Akhir serta mengemukakan kepada Pegawai Pengawal untuk ulasan dan syor.
4.4. Menyediakan Laporan Akhir KEW.PA-30 i.
Jawatankuasa Penyiasat bertanggungjawab menyediakan Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih KEW.PA-30 dan kemukakan kepada Urusetia dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pelantikan. Keterangan bertulis daripada pegawai yang terlibat boleh dilampirkan kepada Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih (KEW. PA-30), jika ada; Page | 4
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
ii. iii.
iv.
v.
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Laporan Akhir perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti Daftar Harta Modal (KEW. PA-2) / Daftar Inventori (KEW. PA-3), gambar dan dokumen-dokumen lain; Setelah Naib Canselor berpuas hati dengan hasil siasatan di Laporan Akhir adalah bertanggungjawab untuk :a. Mengesyorkan tindakan menghapuskira aset yang hilang dengan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali; atau b. Mengesyorkan tindakan menghapuskira aset yang hilang tanpa surcaj atau tatatertib dengan tindakan penggantian setara c. Menandatangani sendiri syor dan ulasan Sekiranya Naib Canselor tidak berpuashati dengan hasil siasatan di Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih (KEW. PA-30) maka Naib Canselor boleh;a. Mengarahkan siasatan semula oleh Jawatankuasa Penyiasat sedia ada; atau b. Melantik Jawatankuasa Penyiasat yang baru untuk menjalankan siasatan. Sebarang rayuan perlu mendapat perakuan semula oleh Naib Canselor (jika perlu) setelah disemak oleh Bendahari.
4.5. Tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan i. ii. iii. iv.
5.
Kelulusan hapuskira dicatatkan dalam Daftar Harta Modal atau Inventori oleh pegawai aset di PTJ berkenaan; Urusetia akan mengeluarkan Sijil Hapuskira Aset KEW. PA-31 kepada PTJ berkenaan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan; Jabatan Pendaftar membawa syor surcaj/tatatertib ke Pihak Berkuasa Tatatertib UKM. Jabatan Pendaftar memaklumkan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib ke atas syor surcaj / tatatertib kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan.
KAEDAH ALTERNATIF KEPADA TINDAKAN SURCAJ BAGI MENDAPATKAN NILAI HARTA YANG HILANG Kehilangan aset atau inventori yang nilai semasanya tidak melebihi RM10,000.00 diberi pengecualian daripada tindakan surcaj tetapi dibenarkan membayar balik mengikut nilai semasa tertakluk kepada syarat-syarat berikut:i.
ii.
iii. iv. 6.
Tindakan bayaran balik akan dikenakan terhadap seorang pegawai atau beberapa orang pegawai yang bertanggungjawab atas kehilangan itu sekiranya terdapat unsur-unsur kecurian, penipuan atau kecuaian. Nilai semasa aset/inventori tidak melebihi RM10,000 atau menggantikan aset yang hilang mengikut spesifikasi yang setara dengannya atau lebih dengan mendapatkan kelulusan dari pihak PTM; Penentuan nilai aset/inventori ini adalah berdasarkan kiraan susutnilai yang dibuat oleh Unit Aset/Bendahari dan diperakukan oleh Naib Canselor Bayaran balik yang diterima dikreditkan dalam Kod Hasil 76100 (Denda/Hukuman);
CARTA ALIRAN PROSES KERJA JAWATANKUASA PENYIASAT Carta aliran Jawatankuasa Penyiasat adalah seperti di Jadual 2 Page | 5
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Jadual 2 CARTA ALIRAN PROSES KERJA JAWATANKUASA PENYIASAT
Page | 6
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Page | 7
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Page | 8
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Page | 9
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Page | 10
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Page | 11
Pekeliling Bendahari Bil. 1/2016
BAB F : KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Page | 12