1
Jawapan
BAB 1 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 D 11 C 16 C 21 B 26 C
2 7 12 17 22 27
C B D B D A
3 8 13 18 23 28
D D C D C B
4 9 14 19 24 29
A B C C C C
5 10 15 20 25 30
C B D D C D
SOALAN STRUKTUR 1 salima 2 Ibadah 3 roh, jasmani 4 Akidah/tauhid 5 (a) Penempatan manusia di sesuatu tempat. (b) Peningkatan kualiti kehidupan. (c) Sistem organisasi dan institusi sosial yang tersusun. (d) Sistem bahasa dan sistem tulisan yang hidup. (e) Sistem undang-undang dan moral yang berwibawa. 6 (a) Atid (d) Nakir (b) Ridhuan (e) Israfil (c) Izrail 7 (a) Ibadah (c) Munakahat (b) Muamalat (d) Jinayat 8 umum 9 (a) Zihar (d) Fasakh (b) Taklik (e) Talak (c) Khuluk 10 sunnah alam 11 wahyu 12 ujian 13 khalifah 14 (a) Mencipta manusia
(b) Menetapkan peraturan dan perundangan (c) Memberikan kebebasan memilih 15 teori ilmu 16 akal 17 subjek, objek 18 aksiologi 19 wahyu/nakal 20 (a) Sifat dasar sesuatu pengetahuan (b) Keesahan sesuatu pengetahuan 21 (a) Makruh (d) Wajib (b) Harus (e) Haram (c) Sunat SOALAN ESEI Soalan 1 • Istilah tamadun merupakan istilah terkini yang digunakan bagi menggambarkan budaya dan peradaban kehidupan manusia. • Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan tamadun bermaksud ‘kebudayaan, kemajuan, peradaban’. Istilah tamadun sering kali digunakan dalam menggambarkan kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam kehidupan mereka, khususnya dari sudut kebendaan dan perkembangan pemikiran yang tinggi. • Dari sudut bahasa, istilah tamadun berasal dari bahasa Arab dan kata dasarnya adalah din yang bermaksud agama, atau gambaran kehidupan beragama. Dari perkataan din maka lahirlah perkataan maddana, merujuk kepada pembukaan bandar serta perlakuan sopan dan halus. • Pada kurun ke-19, istilah civilization mula digunakan di Eropah bagi merujuk kepada maksud ketamadunan dan peradaban hidup manusia. Civilization berasal daripada perkataan civitas, perkataan dalam bahasa Latin yang memberikan maksud bandar atau kota.
2
Pengajian Islam 2E
• Manakala pada abad ke–20, istilah madaniyyat dan tamadun mula diperkenal dan digunakan secara meluas. Farid Wajdi dan Muhammad Abduh mula memperkenalkan serta mengguna kan istilah Madaniyyat bagi menggambarkan maksud ketamadunan. • Jurji Zidan pula memperkenalkan istilah tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun alIslami (Sejarah Tamadun Islam). Istilah tamadun seterusnya diguna pakai sehingga sekarang. Soalan 2 • Ibadah ialah perkara asas dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap aktiviti dalam kehidupannya boleh dijadikan sebagai ibadah. Malah, penciptaan manusia dan penghantarannya ke bumi atas tujuan beribadah kepada Allah. • Dari sudut bahasa, perkataan ‘ibadah’ merupakan perkataan bahasa Arab yang berasal dari kata dasar ‘abada, ‘abdun. ‘ibadatan. Perkataan tersebut merujuk kepada maksud merendahkan diri, tunduk, taat dan patuh. • Dari sudut istilah syarak, perkataan ‘ibadah’ menerangkan situasi ketaatan dan penyerahan diri yang disertai dengan perasaan kecintaan, kepatuhan dan ketakutan kepada Allah sematamata demi mendapat keredaan-Nya. • Ibadah terbahagi kepada dua kategori, iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah umum merupakan ibadah yang tidak ditentukan sifat, syarat dan peraturannya secara khusus oleh al-Quran ataupun Sunnah. Manakala ibadah khusus pula, merupakan ibadah yang telah ditentukan syarat serta peraturannya oleh alQuran atau al-Sunnah. Antara contoh ibadah khusus adalah solat, puasa, zakat dan sebagainya. Solat, misalnya, mempunyai rukun dan syaratnya yang tertentu. • Setiap tindakan atau aktiviti hanya diterima sebagai ibadah sekiranya memenuhi beberapa syarat, iaitu beriman kepada Allah, ikhlas dan Ittiba’ (mencontohi Rasulullah SAW.) • Tanpa syarat-syarat tersebut, tidak ada satu pun tindakan dan perlakuan manusia dapat dikategorikan sebagai ibadah. Tanpa ibadah, maka makin jauh seseorang individu dari mencapai tujuan penciptaannya dan juga matlamat akhir kehidupannya, iaitu mendapatkan keredaan Allah.
Soalan 3 Perpisahan dan perceraian adalah suatu perkara halal yang amat dibenci Allah. Ia bukanlah hak mutlak suami. Isteri juga diberikan hak untuk memohon perpisahan. Justeru, perpisahan dan perceraian dalam Islam dibahagikan kepada: • Talak: perceraian yang dijatuhkan oleh suami. Talak terbahagi kepada talak satu dan dua yang boleh dirujuk semula melalui kata-kata ataupun perbuatan, dan talak tiga yang hanya boleh dirujuk melalui perkahwinan semula setelah si isteri dinikahi oleh lelaki lain terlebih dahulu. • Khuluk: dikenali juga dengan tebus talak, di mana bayaran dikemukan sebagai balasan untuk perceraian. Bagi khuluk, tidak boleh rujuk semula kecuali nikah semula. • Fasakh: talak yang dijatuhkan oleh hakim berdasarkan aduan yang dibuat oleh pihak isteri. • Taklik: Perceraian akan berlaku berdasarkan syarat yang telah dipersetujui. • Zihar: Suami menyamakan sebahagian daripada fizikal isteri dengan perempuan yang haram dinikahinya. Bagi zihar, isteri haram disetubuhi sebelum dibayar kafarah atau hendaklah diceraikan. Dari segi hukum, talak dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu; • Talak Sunni • Talak Bid’i Rujuk atau kembali bersatu sebagai suami isteri adalah dibenarkan. Hukum rujuk boleh dibahagikan kepada: • Talak satu atau dua sudah disetubuhi boleh rujuk • Talak tiga tidak boleh rujuk • Talak belum disetubuhi tidak boleh rujuk • Khuluk tidak boleh rujuk • Fasakh tidak boleh rujuk Edah ialah tempoh isteri yang telah diceraikan sama ada hendak rujuk atau hendak bernikah lain. Edah boleh diterangkan seperti berikut: • Perempuan dicerai sudah pernah disetubuhi (3 kali suci) tidak mengandung. • Perempuan dicerai sedang mengandung (hingga bersalin). • Perempuan dicerai putus haid, sudah tua (3 bulan sahaja). • Perempuan kematian suami (4 bulan 10 hari). • Perempuan dicerai belum pernah disetubuhi (tiada edah).
Jawapan
Soalan 4 • Kamus Dewan mendefinisikan hak sebagai kebenaran, kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu, dan milik serta kepunyaan. • Hak Allah dalam konteks ini bermaksud milik Allah yang mesti dikembalikan oleh manusia. • Antara hak dan milik Allah yang mesti ditunaikan oleh manusia adalah mengenal Pencipta, mengetahui dan mengamalkan peraturan serta perundangan Allah, menggunakan kuasa memilih yang diberikan oleh Allah untuk memilih kebaikan, melaksanakan ibadah dan sentiasa mengingati diri tentang pembalasan serta akibat yang akan ditanggung di akhirat kelak sebagai balasan tindakan pilihannya semasa hidup di dunia. • Manusia perlu mengiktiraf Allah sebagai Pencipta manusia dan alam sekitarnya, bersamasama dengan peraturan dan perundangannya sekali. • Allah menetapkan peraturan dan perundanganNya bagi setiap makhluk-Nya, termasuklah manusia dan alam sekitarnya. • Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna dan diiktiraf sebagai sebaik-baik kejadian. Allah telah memberikan akal kepada manusia untuk berfikir dan membuat pertimbangan antara baik dan buruk. • Manusia tidak diberikan kebebasan ‘mutlak’. Kebebasan dalam Islam adalah yang tidak dikuasai oleh tuntutan nafsu. Soalan 5 • Manusia dan alam diciptakan oleh Allah. Wujud kesalingan serta kebergantungan antara manusia dan alam. • Alam ini dan segala ciptaan yang ada di dalamnya diciptakan oleh Allah SWT demi kepentingan manusia. Dan tugas utamanya adalah memanfaatkannya dan merenungkan asal-usulnya sehingga dengan cara itu ia dapat menemukan Khaliqnya. • Alam yang diciptakan oleh Allah ini, selain berperanan sebagai tempat kediaman manusia, turut berperanan memberikan kehidupan kepada manusia. • Manusia amat bergantung kepada alam kehidupannya. Manusia dan alam tidak dapat dipisahkan. Manusia sedar tentang manfaat yang boleh didapati daripada alam.
3
• Manusia perlu berusaha memelihara dan memulihara alam kerana manusia amat berpotensi melakukan kerosakan di muka bumi. manusia. • Manusia dan alam ialah makhluk ciptaan Allah, namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk yang lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab kekhalifahannya.
BAB 2 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 D
2 B 7 A
3 D 8 C
4 C 9 B
5 C 10 A
SOALAN STRUKTUR 1 (a) Wujud penempatan masyarakat (b) Wujud peningkatan kualiti kehidupan (c) Wujud sistem organisasi dan institusi sosial yang baik dan sistematik (d) Wujud bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri (e) Wujud sistem undang-undang dan sistem moral berwibawa 2 Kegiatan penterjemahan, penubuhan akademi, sekolah, observatori, perpustakaan, naungan kepada saintis, mengendalikan kajian-kajian teknologi dan saintifik. 3 al-Madinah al-Fadilah, al-Siyasah alMadaniyyah, Kitab al-Jam’. 4 pembuatan kertas, kemunculan elemen MingTang dalam kimia Islam. 5 (a) Tamadun Greek (b) Tamadun India (c) Tamadun Parsi (d) Tamadun China 6 (a) kesejagatan (b) keterbukaan (c) kewujudan sepanjang zaman (d) toleransi terhadap agama serta budaya lain (e) kesatuan dalam kepelbagaian 7 ilmu pengetahuan, tinggalan artifak, tamadun lain yang terhampir 8 civilization 9 keilmuan, kekuasaan 10 Ibn Battutah 11 Ibn al-Haytham 12 Arab
4
Pengajian Islam 2E
SOALAN ESEI Soalan 1 • Memang wujud interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat. • Interaksi menjadi hebat apabila kegemilangan Tamadun Islam di Andalus menarik minat orang-orang Barat. • Universiti Cordova di Andalus telah menarik minat pelajar di Barat untuk belajar di Andalus. • Kesediaan orang Barat untuk menguasai bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantar dunia Islam ketika itu memudahkan lagi proses interaksi antara dua tamadun ini. • Malah bahasa Arab pernah diberikan kedudukan yang sama tarafnya dengan bahasa Latin yang menjadi bahasa rasmi di Barat. • Bahasa Arab juga menjadi bahasa pengantar pengajian ilmu perubatan. • Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat juga berlaku apabila wujudnya Universiti Naples. • Hal ini kerana universiti ini ditubuhkan untuk mengembangkan lagi sains Muslim ke Eropah. • Interaksi antara kedua tamadun juga berlaku apabila karya Ibn Sina, iaitu al-Qanun fi alTib dijadikan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran ilmu perubatan di Universiti Montpellier yang terletak di Peranchis Selatan. Soalan 2 • Konsep dan perspektif tamadun Islam adalah berbeza dengan Tamadun Barat. • Hal ini kerana, Tamadun Islam menekankan kesepaduan ilmu dan kerohanian, manakala Tamadun Barat menekankan kepada pengkhususan ilmu dan menganggap segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal fikiran manusia tanpa pertolongan daripada tuhan. • Konsep kesepaduan ilmu dalam Tamadun Islam terserlah apabila kebanyakan daripada golongan sarjana Muslim yang terlibat memajukan Tamadun Islam ialah golongan yang menjadikan pengajian agama sebagai ilmu asas. Hanya selepas itu barulah mereka mempelajari ilmu sains. Oleh itu, mereka menguasai kedua-dua bentuk ilmu. • Ibn Sina misalnya telah dapat menghafal alQuran sejak berusia 10 tahun, mula menjadi doktor yang berkaliber semasa berusia 16 tahun
dan pada usia 18 tahun pula, beliau sudah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang wujud pada masa itu. • Konsep kerohanian dalam tamadun Islam pula memberi maksud bahawa tamadun tersebut sentiasa mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep-konsep dasar dalam Islam dan sentiasa berharmoni dengan prinsip-prinsip agama. • Antara konsep dasar dalam Islam adalah tauhid yang boleh difahami dalam dua maksud. Pertama ialah ia berkait dengan pandangan Islam terhadap kosmos. Segala yang terdapat di dalam kosmos sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan juga planet adalah ciptaan Allah. Manakala yang kedua pula ialah segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah adalah dengan perancangan tertentu yang hanya diketahui olehNya. • Kesemua ini menjadi bukti bahawa tamadun Islam tidak memisahkan antara ilmu wahyu dengan ilmu intelek. • Malah, ilmu wahyulah yang telah meletakkan kajian-kajian dalam konteks intelek ke tahap yang sewajarnya dengan sifat manusia itu sendiri. • Sementara itu, konsep pengkhususan ilmu yang ditekankan dalam Tamadun Barat pula dilakukan kerana golongan yang terlibat dalam Tamadun Barat berpendapat bahawa bidang ilmu terlalu luas dan mustahil bagi seseorang itu boleh mengetahui semua bidang ilmu. • Oleh itu, Tamadun Barat menjadi begitu menjurus. Ini adalah hasil dari kaedah turunisme yang disarankan oleh Descartes dan Bacon. • Kaedah ini menghendaki berlakunya pemisahan antara satu persoalan yang ingin ditangani dengan persoalan lain, dan masalah yang diselesaikan itu hanyalah masalah pokok semata-mata. • Ini membawa kepada tanggapan bahawa Tamadun Barat itu bebas nilai, neutral dan objektif. • Ekoran daripada kaedah ini juga, maka wujudlah golongan intelek dalam Tamadun Barat yang hanya mahir dalam bidang pengkhususan semata-mata. Golongan ini juga tidak ingin mengambil tahu bidang ilmu yang lain.
Jawapan
• Selain itu, tamadun Barat juga berpegang kepada konsep bahawa segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal fikiran manusia tanpa pertolongan daripada tuhan. Soalan 3 • Tamadun Islam menjadi gemilang dengan bantuan beberapa faktor. • Pertembungan antara Tamadun Islam dengan tamadun purba di Timur Tengah adalah salah satu daripada faktor tersebut. • Pertembungan ini berlaku di Mesir, apabila kawasan tersebut sudah pun menyerap Tamadun Yunani yang tiba di sana melalui peluasan jajahan oleh Alexander the Great, dan kemudiannya bertembung dengan Tamadun Islam yang mula masuk ke sana setelah Iskandariah ditakluki oleh tentera Islam. • Selain itu, polisi sains negara juga turut membantu menambahkan kegemilangan Tamadun Islam. • Polisi ini antara lainnya melibatkan kegiatan penterjemahan karya saintifik dari tamadun lain ke dalam bahawa Arab. Penterjemahan ini memudahkan masyarakat Islam untuk memahami dan mengkaji tamadun lain dan kemudian menjadikannya sebagai asas dan panduan dalam memperkembangkan tamadun mereka pula. • Polisi sains negara juga melibatkan penubuhan akademi, sekolah, observatori dan perpustakaan. • Akademi seperti Bayt al-Hikmah dan Dar alHikmah, masjid yang berfungsi sebagai sekolah, madrasah dan universiti seperti al-Azhar, Zaytuniyyah dan Qarawiyyin, perpustakaan seperti Khizanat al-Hikmah serta observatori yang muncul di dunia Islam telah menyediakan ruang yang sangat luas kepada kegemilangan Tamadun Islam. • Kegemilangan Tamadun Islam turut dipacu oleh naungan yang diberikan kepada saintis, termasuk gaji, pencen, tempat tinggal di istana khalifah dan sebagainya. • Kajian-kajian teknologi dan saintifik yang dilakukan oleh saintis dalam Tamadun Islam juga dikenal pasti sebagai fakta yang membawa kepada kegemilangan Tamadun Islam. Soalan 4 • Evolusi sains memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun manusia.
5
• Evolusi sains bermula dengan penterjemahan karya saintifik dari tamadun lain seperti Greek, India dan juga Parsi. • Sains terus berevolusi apabila mula timbul penyelidikan dan inovasi. • Contohnya, cerapan-cerapan dalam bidang astronomi bagi menghasilkan penciptaan yang berterusan. • Sains terus berkembang apabila saintis mula menghasilkan karya-karya asli mereka. Contoh karya asli yang dihasilkan ialah al-Jabr wa alMuqabalah oleh al-Khwarizmi. • Ketika sains berada pada peringkat penterjemahan, ia telah berjaya meletakkan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu. Hal ini kerana penterjemahan dilakukan dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab. • Ketika sains berevolusi hingga ke tahap penyelidikan dan inovasi, sumbangannya kepada tamadun manusia antara lainnya ialah dari segi pengenalan sistem angka dan angka sifar seperti yang dilakukan oleh al-Khwarizmi. • Apabila sains berevolusi hingga ke tahap penghasilan karya asli pula, ia juga turut menyumbang kepada tamadun manusia apabila karya asli yang dihasilkan itu boleh digunakan sebagai penyelesaian kepada masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam dalam kehidupan seharian mereka seperti harta pusaka dan jual beli. Soalan 5 • Bidang perubatan mencapai kemajuan yang besar dalam Tamadun Islam. • Kemajuannya boleh dilihat dari segi penghasilan karya yang kemudiannya dijadikan rujukan di Eropah, dan juga menerusi kewujudan kemudahan-kemudahan yang disediakan. • Karya agung dalam bidang perubatan yang dihasilkan oleh tamadun Islam ialah al-Qanun fi al-tib yang ditulis oleh Ibn Sina, al-Hawi yang dihasilkan oleh al-Razi dan al-Tasrif yang ditulis oleh al-Zahrawi. • Al-Qanun fi al-tib ialah sebuah karya perubatan yang hebat dan merupakan hasil gabungan pengalaman perubatan Yunani dan Arab, selain cerapan yang dilakukan oleh Ibn Sina sendiri. • Kemajuan dari segi kemudahan pula ialah pembinaan hospital, klinik swasta, kedaikedai ubat dan sekolah-sekolah farmasi di
6
Pengajian Islam 2E
seluruh kerajaan Islam. Malah, pada zaman pemerintahan khalifah Harun al-Rashid sahaja, terdapat 35 buah hospital dibina di seluruh negara. • Kemajuan kepada bidang farmakologi. AlZahrawi misalnya telah mencipta alat pemuntah, ubat yang digunakan sebagai alat pencegah kehamilan, memperkenalkan penggunaan ubatan berbentuk cecair dan membuat pil daripada sedikit dadah bagi tujuan pengubatan pelbagai penyakit. • Pengenalan beberapa alat yang digunakan dalam pembedahan juga adalah satu kemajuan besar Tamadun Islam dalam bidang perubatan. Antara alat tersebut adalah picagari pembedahan, bebenang pembedahan yang diperbuat daripada tali perut, sutera, rambut dawai emas ataupun perak dan pelbagai jenis pisau seperti scalpel, gunting, forcep dan gergaji. • Tamadun Islam juga telah berjaya menghasilkan tokoh terkemuka dalam bidang perubatan dengan munculnya Ibn Sina, al-Razi, alZahrawi, Sinan bin Thabit, ‘Ali bin al-’Abbas al-Majusi, Ibn al-Jazzar al-Qayraqani al-Tunisi, Amar bin ‘Ali al-Mawsali, Ibn Wafid al-Andalusi, Ibn Tufayl dan Ibn al-Nafis.
BAB 3 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 D
2 D 7 D
3 D 8 A
4 B 9 C
5 D 10 A
SOALAN STRUKTUR 1 tauhid 2 agama, etika, estetika, intelek, sosial, diri sendiri 3 seni bina dan reka bentuk bangunan, kaligrafi, kesusasteraan dan persuratan/seni suara 4 ‘Abd al-Malik bin Marwan, Byzantine, dekorasi, ukiran dan tulisan kufi 5 banyak kisah, dikarang, disalin, kumpulankumpulan nasihat 6 batu jongkong, tanah liat 7 (a) Masjid Sehzade (b) Masjid Suleymaniye (c) Masjid Selimiye 8 geometri 9 nama buku dan kitab, hiasan lain
10 syair, puisi, prosa, pidato, risalah, qasidah, maqamat SOALAN ESEI Soalan 1 • Konsep tauhid ialah prinsip kesenian Islam. Ia memberi maksud bahawa kesenian Islam berpaksikan agama dan bertujuan memper tingkatkan agama. Ia juga menunjukkan bahawa kesenian Islam bersumberkan wahyu al-Quran. • Kewujudan konsep tauhid dalam kesenian Islam memberi gambaran bahawa Islam ialah pencetus idea dan kreativiti dalam melahirkan karya seni. Islam juga ialah paksi yang nyata dalam setiap proses kreativiti dan imaginasi seni. • Seniman-seniman Islam berjaya membuktikan perletakan konsep tauhid sebagai paksi kepada kesenian Islam apabila mereka melahirkan karya seni yang tertakluk kepada peraturan keagamaan. • Malahan, pada masa yang sama juga, mereka memastikan kehidupan mereka patuh dan tunduk kepada peraturan syariat agama. • Apabila tauhid dijadikan asas dalam kesenian seni Islam, dengan demikian seni haruslah menjurus kepada pengabdian kepada Allah SWT. • Seni haruslah dilahirkan untuk memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah SWT. • Justeru, keseniaan Islam harus tunduk kepada kebenaran untuk mencari keredaan Allah SWT. Soalan 2 • Kesenian Islam mempunyai beberapa prinsipnya yang tersendiri. Antaranya adalah prinsip mementingkan persoalan kebenaran. • Misalnya, seni khat ialah seni tulisan yang mulia dalam Islam. Satu contoh yang ingin dipaparkan di sini ialah mesej yang hendak disampaikan menerusi seni khat, iaitu makna surah al-Ikhlas. Surah ini ditulis dengan menggunakan tulisan Arab. Penulisannya pula mematuhi kaedah dan adab seni khat. Namun, makna yang diberi telah menyeleweng dengan menyebut cacian terhadap Tuhan atau penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam hal ini, kebenaran makna sudah diabaikan. • Keindahan bentuk tulisan itu penting, tetapi kebenaran makna juga perlu diberi kepentingan yang sama. Hal ini kerana, kesenian Islam ditegakkan atas prinsip mementingkan
Jawapan
persoalan kebenaran. • Kesenian Islam juga dihasilkan atas prinsip melibatkan hubungan kerohanian antara seniman dengan karya-karya seni. Hal ini kerana seni Islam berteraskan konsep tauhid serta pengabdian diri kepada Allah SWT. • Prinsip yang sama juga menjelaskan bahawa seni mempunyai unsur rohani. Setiap manusia juga sebenarnya memiliki unsur rohani. Unsur rohani ini meliputi agama, etika, estetika, intelek, sosial dan diri sendiri. Aspek estetika inilah yang akan mewujudkan kesenian. • Kesenian Islam juga ditegakkan atas prinsip melibatkan hubungan antara manusia dengan tuhan, alam sekitar, sesama manusia dan juga makhluk lain. • Prinsip kesenian Islam juga adalah bersumberkan wahyu. Ini bermakna kesenian Islam bersumber kan al-Quran. Ini sekali gus menjelaskan bahawa Islam ialah pencetus idea dan kreativiti. Soalan 3 • Kaligrafi dan seni bina adalah antara bidang kesenian Islam. • Kaligrafi Islam dianggap sebagai bentuk geometri bagi unsur kerohanian. • Istilah kaligrafi meliputi semua jenis tulisan. Namun, selama ini ia digunakan untuk merujuk kepada tulisan Latin. Walau bagaimanapun, hanya khat dan tulisan Cina sahaja sebenarnya yang diiktiraf sebagai tulisan kaligrafi. • Seni khat mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan jiwa Islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf alQuran. • Seni khat mengandungi lapan model, iaitu khat kufi, khat thuluth, khat nasakh, khat farisi, khat riq’ah, khat diwani, khat diwani jali dan khat rayhani. • Sementara itu seni bina Islam pula merupakan satu daripada kebudayaan Islam itu sendiri. Ia merupakan hasil usaha masyarakat Muslim untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani mereka. • Contoh yang wajar dilihat ialah seni bina masjid. Dari segi jasmani, masjid khususnya pada zaman Rasulullah SAW menjadi pusat pentadbiran, tempat kegiatan kemasyarakatan, tempat bermesyuarat, tempat Baginda menerima perwakilan asing dan tempat Baginda
7
merancang strategi peperangan. Dari segi rohani pula, masjid ini berperanan sebagai pusat ibadat umat Islam. Ia turut berfungsi sebagai tempat kegiatan agama dijalankan seperti pengajaran agama kepada saudara-saudara baharu, peningkatan tahap pemahaman terhadap Islam dan beberapa aktiviti kursus jangka pendek. Soalan 4 • Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Selimiye masing-masing mempunyai keunikan binaannya yang tersendiri. • Keunikan Masjid Sehzade terserlah menerusi reka bentuk skala monumen yang berasaskan ruang yang luas dan pelbagai saiz kubah dan separa kubah. • Selain itu, masjid ini juga unik kerana ia mempunyai halaman yang cukup luas, dihiasi dengan sardirvan (tempat wuduk) di tengahtengahnya. • Keunikan Masjid Suleymaniye pula terserlah menerusi konsep kubah utama yang diapit dengan dua separa kubah; setiap separa kubah pula digabungkan dengan dua exedra. • Kulliye ini pula mempunyai sebuah universiti, di samping 18 bangunan lain yang dibangunkan berdasarkan perancangan bandar yang tersusun. Kawasan arkednya yang beranjung dihiasi dengan sardirvan dibahagian tengahnya. • Keunikan Masjid Selimiye pula tergambar menerusi pelbagai sudut. Keistimewaan masjid ini ialah bahagian utamanya berbentuk segi lapan, ketinggian empat menaranya, iaitu setinggi 70.9 meter di samping ukuran garis pusat kubah utamanya. Soalan 5 • Seni suara salah satu dari bidang kesenian Islam. • Seni suara yang melibatkan bidang muzik dan seni lagu turut menerima tempias ekoran kedatangan Islam ke Tanah Melayu. • Marhaban dan qasidah adalah sejenis lagu Arab. Namun, ia telah disesuaikan agar selari dengan cita rasa masyarakat Melayu. • Ia biasanya membawa mesej mengenai ajaran Islam serta turut memuatkan puji pujian kepada Nabi Muhammad SAW. • Nasyid juga boleh dimasukkan ke dalam kategori seni suara. Ia merupakan sejenis lagu
8
Pengajian Islam 2E
tanpa iringan muzik. Namun, perkembangan mutakhir dalam industri hiburan khususnya di Malaysia menunjukkan bahawa nasyid juga sudah mula diiringi dengan muzik. • Nazam dan ghazal juga merupakan antara perkara yang boleh disenaraikan di bawah seni suara. Nazam asalnya adalah zikir-zikir yang telah dimelayukan. Ia sangat popular di Terengganu. Kandungannya berkisar tentang cerita nabi dan para sahabat baginda. Manakala ghazal pula asalnya adalah puisi Arab yang membawa tema percintaan. Ia cukup terkenal di Johor.
BAB 4 SOALAN OBJEKTIF 1 A 2 A 3 C 6 A 7 B 8 D 11 D
4 B 9 A
5 D 10 D
SOALAN STRUKTUR 1 Berbincang dalam segala perkara, saling menasihati, saling bermaafan, mengeratkan hubungan dengan keluarga pasangan, menghormati ahli keluarga pasangan, solat secara berjemaah 2 (Mana-mana empat daripada yang berikut) (a) Memberi nama yang baik (b) Melakukan akikah (c) Mengajar anak membaca al-Quran (d) Memberikan pendidikan yang sempurna (e) Memberi nafkah daripada sumber yang halal (f) Memberi kasih sayang (g) Berlaku adil (h) Mendidik anak agar tidak mensyirikkan Allah (i) Mengasuh anak agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa (j) Melatih anak mendirikan solat (k) Mendidik anak bersikap sederhana 3 tujuh (ke-7) 4 Masyarakat 5 Menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, mengamalkan ajaran agama, menuntut ilmu, membantu golongan yang tidak berkemampuan, mengusahakan apa-apa pekerjaan yang halal untuk menyara keluarga 6 bangsa, bahasa, kebudayaan, agama 7 umat Islam yang terbaik
8 umat yang menyuruh manusia lain melakukan perkara kebaikan, umat yang mencegah manusia lain daripada melakukan kemung karan, umat yang beriman kepada Allah 9 tidak menyekutukan Allah, tidak mensyirikkan Allah dengan makhluk lain 10 tidak melampau, tidak keterlaluan SOALAN ESEI Soalan 1 • Memberi nama yang baik kepada anak mereka. Nama-nama yang elok diberikan ialah namanama nabi dan nama-nama malaikat. Namanama yang paling disukai Allah SWT adalah seperti Abdullah dan Abdul Rahman. Memberi nama anak pada hari ketujuh selepas kelahiran • Melakukan akikah untuk anak tersebut. Akikah untuk anak lelaki disempurnakan dengan menyembelih dua ekor kambing. Akikah untuk anak perempuan disempurnakan dengan menyembelih seekor kambing. Akikah dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran. • Mengajar al-Quran kepada anak, meliputi pengajaran tajwid, hukum-hakam dan tafsiran yang terkandung dalam al-Quran. • Memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak, seperti mendidik anak agar tidak mensyirikkan Allah, mengasuh anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa, melatih anak mendirikan solat dan mendidik anak bersikap sederhana. • Memberi nafkah kepada anak-anak. Nafkah hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal. • Memberi kasih sayang kepada anak-anak. • Berlaku adil terhadap anak-anak. Ibu bapa tidak boleh membeza-bezakan antara anak lelaki dengan anak perempuan, anak yang cacat dengan anak yang sempurna, anak kandung dengan anak tiri dan antara anak yang cantik dengan anak yang hodoh. Soalan 2 • Keluarga nuklear ialah keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. • Keluarga luas ialah satu institusi yang meliputi keluarga nuklear, malahan lebih besar daripada itu. Keluarga ini mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan ahli keluarga
Jawapan
lain seperti datuk, nenek, cucu, menantu, ibu saudara, sepupu dan saudara-mara yang lain. • Keluarga luas adalah sebuah keluarga besar yang ahlinya lebih ramai berbanding keluarga nuklear. Malahan, keluarga luas boleh terdiri daripada tiga generasi atau lebih. Soalan 3 • Ummah pertengahan dan ummah terbaik dikaitkan dengan umat Islam. • Ummah pertengahan ialah umat yang adil dan umat pilihan yang sentiasa memiliki aspek kesederhanaan. Mereka tidak melampaui dan tidak keterlaluan dalam segala hal. Mereka hidup berlandaskan kesederhanaan, melakukan amalan secara sederhana dan tidak berlebihlebihan. Mereka cuba memenuhi keperluan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat • Ummah terbaik pula memberi maksud bahawa mereka mempunyai kelebihan berbanding umat yang lain. Mereka menyuruh umat manusia lain melakukan perkara-perkara kebaikan, mengajak manusia lain menganut Islam, tidak jemu berdakwah dan menyebarkan perkara-perkara kebaikan. Mereka sendiri juga turut melakukan perkara-perkara kebaikan, di samping mencegah umat manusia lain daripada melakukan perkaraperkara kemungkaran. • Ummah terbaik juga ialah umat manusia yang beriman kepada Allah SWT. Mereka mentauhidkan Allah SWT dalam erti kata tidak menyekutukan Allah SWT dan tidak mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk lain, menunaikan kewajipan sebagai umat Islam seperti yang terkandung dalam Rukun Iman dan Rukun Islam, mengamalkan akhlak yang mulia. Soalan 4 • Masyarakat majmuk di Madinah ialah masyarakat majmuk yang awal pernah wujud dalam Tamadun Islam. • Mereka terdiri daripada masyarakat Islam (puak Arab) dan masyarakat bukan Islam (puak Yahudi). • Puak Arab terdiri daripada dua kabilah utama, iaitu Aus dan Khazraj. Mereka sebenarnya adalah bersaudara. Kedatangan mereka ke Madinah berlaku ekoran dari peristiwa sayl al-’aram (banjir yang besar). Ketika mereka tiba
9
di Madinah, mereka mendapati kota itu sudah dihuni oleh puak Yahudi. • Puak Yahudi pula terdiri daripada tiga kelompok utama. iaitu Yahudi Bani Qaynuqa’, Yahudi Bani al-Nadir dan Yahudi Bani Qurayzah. Kelompok lain yahudi ialah Bani Ikrimah, Bani Muhammar, Bani Sa’idah, Bani Jusham, Bani Murad, Bani ‘Auf, Bani al-Najjar dan Bani Tha’labah. • Puak Yahudi berbeza dengan puak Arab, namun mereka tinggal secara bersama. Sesetengah sumber mengatakan bahawa puak Yahudi Bani Qurayzah dan Yahudi Bani al-Nadir tinggal di samping puak Arab Aus di dataran tinggi. Manakala, puak Yahudi Bani Qaynuqa’ pula tinggal di samping puak Arab Khazraj di dataran rendah. • Mereka mengamalkan ajaran agama yang berbeza. Puak Arab kebanyakannya menganut Islam. Manakala puak Yahudi pula dengan agama Yahudi. Soalan 5 • Konsep keluarga dan masyarakat adalah berbeza. • Sebagai sebuah keluarga, lazimnya mereka akan tinggal bersama dalam sebuah rumah, ataupun tinggal dalam rumah yang berbeza tetapi berdekatan. Ada juga yang tinggal berjauhan, tetapi mereka saling berhubung antara satu sama lain. Mereka juga mempunyai ikatan dan hubungan yang rapat antara satu sama lain. • Keluarga juga boleh disifatkan sebagai satu kelompok khusus. Ia mengandungi ahli-ahli yang mempunyai hubungan darah antara sesama mereka. • Setiap ahli keluarga pula mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas ahli yang lain. Keluarga juga dikaitkan dengan hubungan perkahwinan. • Ada sesetengah keluarga hanya terdiri daripada keluarga nuklear. Manakala sesetengah yang lain pula disifatkan sebagai keluarga luas. • Keluarga nuklear ialah keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. • Manakala keluarga luas pula merupakan satu institusi yang meliputi keluarga nuklear, malahan lebih besar daripada itu. Ini bermakna ia merupakan keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan ahli keluarga lain seperti datuk, nenek, cucu,
10
Pengajian Islam 2E
menantu, ibu saudara, sepupu dan saudara-mara yang lain. • Manakala masyarakat pula ialah kelompok manusia yang terdapat dalam sesebuah negara. Dalam konteks masyarakat Islam, maka kelompok ini ialah manusia yang tentunya beragama Islam dan mempraktikkan ajaran Islam. • Ini bermakna, mereka melaksanakan konsep asas Islam, iaitu amar makruf nahi mungkar. Dengan kata lain, mereka mengajak umat melakukan perkara kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran. • Masyarakat Islam ini tinggal dalam sebuah negara bersama-sama dengan masyarakat lain. Namun, pelaksanaan kehidupan mereka adalah berlandaskan nilai-nilai Islam.
BAB 5 SOALAN OBJEKTIF 1 A 6 B 11 B
2 D 7 D 12 C
3 D 8 C 13 B
4 C 9 D
5 A 10 C
SOALAN STRUKTUR 1 pendidikan seumur hidup, pembangunan seluruh potensi manusia secara bersepadu 2 fardu ain, fardu kifayah 3 menyebarkan ilmu pengetahuan, menggalakkan perbincangan ilmiah 4 rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam 5 tempat kanak-kanak belajar, membaca, menulis, asas-asas ilmu bahasa 6 tempat beribadat, tempat belajar, Basrah/ Kufah/Masjid ‘Amr di Mesir/Masjid al-Haram 7 halaqah 8 menghafal fakta 9 (a) Memberi sokongan moral dan material kepada anggotanya yang terlibat dalam dunia pendidikan, khususnya pelajar (b) Memastikan tiada keciciran berlaku di kalangan anggotanya 10 Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin, Fakulti Sains Kemanusiaan 11 memenuhi kehendak pelbagai mazhab yang wujud dalam masyarakat pada masa itu 12 Institusi al-Mustansiriyyah
SOALAN ESEI Soalan 1 • Konsep pendidikan Islam diasaskan kepada aspek teras dalam Islam dan juga hubungannya dengan realiti kehidupan. • Aspek teras Islam menekankan fahaman akidah kepada Allah SWT, fahaman syariat dan didikan akhlak. • Manakala aspek hubungan ilmu teras Islam dengan realiti kehidupan pula memberi pelbagai cara dan kaedah berkaitan hubungan dengan pergolakan kehidupan manusia. • Konsep ini memerlukan pembahagian ilmu dengan penamaan sebagai fardu ‘ain dan fardu kifayah. • Pembahagian ini juga menyifatkan seseorang itu perlu memahami dengan mendalam tentang aspek teras secara pasti dan berupaya merealisasikan pemahamannya dalam aktiviti kehidupan seharian seperti ekonomi, perubatan dan politik. Soalan 2 • Proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya memerlukan adab tertentu yang sepatutnya dipatuhi oleh individu yang terlibat dalam proses itu. • Apabila seseorang individu itu menuntut ilmu atau memberi ilmu, dia tidak hanya berurusan dengan dirinya sahaja, tetapi turut berurusan dengan gurunya, dan juga muridnya. • Antara adab yang perlu diperhatikan adalah menghormati pihak lain. Murid hendaklah menghormati dan memuliakan gurunya kerana guru tersebut telah memberinya ilmu pengetahuan. Malah, keberkatan ilmu yang diperoleh tertakluk kepada penghormatan murid kepada gurunya. • Guru juga hendaklah menghormati muridnya. Walaupun muridnya itu masih di peringkat kanak-kanak, mereka tetap perlu dihormati. Guru juga perlu menghormati ibu bapa muridnya. Begitu juga dengan ibu bapa, mereka hendaklah menghormati guru anaknya. Ini kerana guru itu telah mencurahkan ilmu kepada anak mereka. • Menjalin hubungan baik. Murid perlu menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan guru. Begitu juga guru perlu menjalin hubungan baik
Jawapan
dengan murid dan ibu bapa. Manakala ibu bapa juga perlu menjalin hubungan baik dengan anaknya dan guru kepada anaknya. Hubungan baik ini penting supaya wujud sangka baik antara ketiga-tiga pihak. • Mempunyai rasa belas kasihan. Guru hendaklah mempunyai rasa belas kasihan kepada muridnya. Perasaan ini secara tidak langsung akan mendorong guru untuk memperlakukan muridnya seperti mereka memperlakukan anaknya sendiri. • Bertanya dengan hormat. Sebarang pertanyaan yang ingin dikemukakan hendaklah diajukan dengan hormat. Murid tidak sewajarnya bertanya sesuatu soalan semata-mata ingin menguji pengetahuan gurunya. Bagi pihak guru pula, setiap persoalan yang dikemukakan oleh murid perlu dijawab dengan baik. Soalan 3 • Dalam sejarah Islam, institusi pendidikan dan pengajian telah wujud sejak zaman awal Islam lagi. Pada masa itu, Rasulullah SAW telah menjadikan rumah al-Arqam bin Abi alArqam sebagai pusat pendidikan dan pengajian terulung. Baginda sendiri turut bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan pengikutpengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Baginda. • Perkembangan institusi pendidikan dan pengajian pada zaman-zaman berikutnya menyaksikan kewujudan institusi yang dicatatkan oleh sumber sejarah Islam sebagai institusi pendidikan dan pengajian dalam Islam. Antaranya, kuttab, masjid dan institusi pengajian tinggi. • Kuttab ialah tempat kanak-kanak belajar. Ia menyediakan pelajaran asas kepada kanakkanak seperti mengajar menulis, membaca dan asas-asas ilmu bahasa sahaja. Kuttab menyediakan muridnya untuk menghadapi pelajaran di masjid dalam bentuk halaqah dan pelajaran di sekolah-sekolah. • Masjid juga turut dijadikan sebagai tempat pengajian. Ia menjadi tempat tumpuan untuk mempelajari al-Quran dan juga al-Hadis, di samping mempelajari ilmu fekah. Antara masjid yang dijadikan sebagai tempat pengajian adalah seperti masjid di Basrah, Kufah, Masjid
11
‘Amr di Mesir, Masjid al-Haram dan lain-lain. Pembelajaran di masjid dijalankan dalam sistem halaqah. • Institusi pengajian tinggi juga turut wujud dalam sejarah Islam. Pada masa itu, institusi pengajian tinggi meliputi masjid, institusi al-Nizamiyah dan institusi al-Mustansiriyah. Walaupun masjid turut berfungsi sebagai institusi pengajian tinggi, ia tidak melibatkan semua masjid. Antara masjid yang terlibat adalah masjid-masjid besar. • Institusi al-Nizamiyyah dan institusi alMustansiriyah pula adalah dua institusi yang dibina khusus untuk dijadikan sebagai institusi pendidikan dan pengajian tinggi. • Nama institusi al-Nizamiyyah diambil daripada nama pengasasnya, iaitu Nizam al-Muluk. Institusi ini menyediakan tiga fakulti utama, iaitu Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Sains Kemanusiaan. Antara pensyarah yang pernah berkhidmat di institusi ini adalah Abu Ishak al-Shirazi, Imam Abu Hamid alGhazali dan Baha’ al-Din bin Shaddad, iaitu profesor dalam bidang Sejarah. • Institusi al-Mustansiriyyah pula dibina pada tahun 625H, ditubuhkan oleh Khalifah alMustansir bin al-Zahir. Beliau ialah khalifah kerajaan Abbasiyyah yang ke-36. Institusi ini ditubuhkan kerana wujudnya masyarakat berbilang mazhab di Baghdad pada masa itu. Antara tokoh yang pernah berkhidmat di institusi ini adalah Muhyi al-Din Abu ‘Abd Allah bin Fadlan al-Baghdadi, Rashid al-Din ‘Umar bin Muhammad al-Farghani, Muhyi al-Din Yusuf bin al-Faraj ‘Abd al-Rahman al-Jawzi, Siraj al-Din bin al-Sharmashahi al-Maliki dan Muhammad bin Ya’qub al-Dayanah. Soalan 4 • Memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga, masyarakat, ilmuwan/ulama dan juga pemerintah sama-sama bertanggungjawab dalam menjayakan sektor pendidikan. • Bagi keluarga, mereka seharusnya memberikan didikan awal kepada anak-anak bagi tujuan mendedahkan anak-anak tersebut kepada dunia pendidikan. Keluarga juga hendaklah mengajar asas-asas ilmu seperti asas-asas membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak. Ini bermakna, sesebuah keluarga tidak boleh
12
Pengajian Islam 2E
bergantung sepenuhnya kepada guru untuk menjamin kejayaan anak-anak mereka dalam pendidikan. • Bagi masyarakat pula, mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap pendidikan anggota masyarakatnya. Dalam hal ini, peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat adalah dengan memberi sokongan moral dan material kepada anggotanya yang terlibat dalam dunia pendidikan, khususnya pelajar. • Tanggungjawab ilmuwan/ulama juga sangat diperlukan demi memastikan kejayaan sektor pendidikan. Hal ini kerana, mereka dikenal pasti sebagai golongan yang mempunyai ilmu. Oleh itu, mereka hendaklah menyebarkan ilmu pengetahuan yang mereka ada untuk pembangunan anggota masyarakatnya. • Golongan pemerintah juga mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri dalam menjayakan sektor pendidikan. Pemerintah sewajarnya menyediakan peluang pendidikan kepada penduduknya dari tahap yang paling rendah hingga ke tahap yang paling tinggi. Ini termasuk menubuhkan lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjamin tempat yang mencukupi kepada lepasan-lepasan sekolah yang mendapat kelulusan cemerlang. Soalan 5 • Malaysia adalah sebuah negara yang tidak meminggirkan pendidikan agama. Ini terbukti menerusi usaha kerajaan menyediakan pendidikan Islam sejak peringkat sekolah rendah, menengah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. • Pada peringkat sekolah rendah, kerajaan melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah memberi ruang perubahan yang banyak kepada Pendidikan Islam, khasnya perubahan dari segi tujuan isi kurikulum dan juga pertambahan masa pembelajarannya dari 120 minit seminggu kepada 180 minit seminggu. • Pendidikan Islam menerusi pelaksanaan KBSR bertujuan untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul serta boleh menghafal dan memahami erti surahsurah yang mudah, meyakinkan murid-murid terhadap kewujudan Allah SWT dan sifat-sifat serta kekuasaan Allah SWT dan mencintai-Nya, menanamkan rasa cinta murid-murid terhadap
Rasulullah SAW dan mencontohi hidup dan sifat-sifat Baginda dan membiasakan muridmurid melakukan ibadat solat dan melakukan amalan yang berasaskan agama Islam dan berperibadi Muslim dan Mukmin. • Pada peringkat sekolah menengah pula, mata pelajaran Pendidikan Islam mula diajar secara formal di sekolah menengah pada tahun 1962. Kurikulum Pendidikan Islam pada tahap ini dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat untuk memberi pengetahuan mengenai agama Islam kepada pelajar. • Akta Pelajaran 1961, Seksyen 36(1) telah menentukan bahawa pendidikan agama Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam sekiranya terdapat 15 orang ataupun lebih di sesebuah sekolah. Oleh sebab mutu pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah kurang berkesan dan lebih tertumpu kepada teori berbanding amali, ini menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia memper kenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan aspek pembelajaran dan penghayatan amalan Islam, di samping kefahaman ajaran Islam keseluruhannya. • Pada peringkat pengajian tinggi pula, Pendidikan Islam di dapati ditawarkan oleh beberapa IPTA tertentu sahaja, seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Beberapa buah IPT swasta juga turut menawarkan Pendidikan Islam. Antaranya adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang dulunya dikenali sebagai Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR). Secara keseluruhannya, Pendidikan Islam yang ditawarkan di IPT masih dianggap sebagai satu mata pelajaran sematamata dan terpisah dengan ilmu sains dan kemasyarakatan. • Bagi universiti yang menawarkan pengkhususan Pengajian Islam pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah sahaja seperti di UM, UKM dan UIAM, terdapat usaha-usaha memperluas skop kursus kepada kaitannya dengan ilmu kemasyarakatan dan keperluannya kepada masyarakat.
Jawapan
• Dari segi kurikulum, kita dapati kurikulum Pendidikan Islam masa kini masih lagi memberi penumpuan kepada penyampaian ilmu sematamata dan kurang memfokuskan pembinaan potensi insan untuk mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.
BAB 6 SOALAN OBJEKTIF 1 C 6 C 11 C
2 A 7 D 12 D
3 C 8 B
4 B 9 C
5 D 10 D
SOALAN STRUKTUR 1 kesamarataan 2 kebebasan menyuarakan pandangan, kebebasan untuk berbeza pendapat 3 al-khilafah, imamah 4 imarah 5 syura, hisbah 6 (a) Uthman bin ‘Affan (b) Ali bin Abi Talib (c) Talhah bin ‘Ubaydillah (d) Al-Zubayr bin al-’Awwam (e) Abd al-Ramhan bin ‘Awf (f ) Saad bin Abi Waqqas (mana-mana empat) 7 Meninjau pendapat orang lain tentang perkaraperkara yang berkaitan dengan kepentingan bersama. 8 • Khalifah ‘Umar bin al-Khattab–tugasnya membuat pengawasan di pasar dengan meninjau keadaan tempat tersebut • Khalifah ‘Ali bin Abi Talib–tugasnya untuk mengawasi di samping memberi bimbingan di pasar di kota Kufah serta mengingatkan penjual agar mematuhi sukatan dan timbangan • Khalifah al-Walid–tugasnya membuat rondaan di pasar-pasar (mana-mana satu) 9 (a) Kota Baghdad (b) Kota Kufah 10 (a) Penyelia pasar (b) Petugas di pasar (c) Penguat kuasa SOALAN ESEI Soalan 1 • Pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah SAW dan khulafa’ al-Rasyidin adalah didasarkan
13
kepada prinsip keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. • Prinsip keadilan telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Misalnya, Baginda mengarahkan pencuri Muslim supaya dipotong tangan. Hukuman ini dirasakan berat oleh para sahabat. Namun, Rasulullah SAW bersabda bahawa: “Kalau Fatimah sekalipun yang mencuri, tangannya akan dipotong”. Satu lagi kisah yang menunjukkan Baginda melaksanakan prinsip keadilan dalam pemerintahan dan kepimpinan ialah apabila seorang wanita daripada suku Makhzum ditangkap kerana mencuri dan dibawa ke hadapan Baginda. Sahabat Baginda meminta supaya wanita itu dibebaskan kerana kedudukannya yang terhormat dalam masyarakat. Namun, Rasulullah SAW mengarahkan supaya dipotong juga tangannya kerana hukuman itu tidak mengira pangkat dan kedudukan seseorang. • Pada masa pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin pula, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. telah meneruskan tradisi yang menjadi amalan Rasulullah SAW untuk menegakkan keadilan. Ini boleh dilihat menerusi tindakan beliau terhadap permintaan suku-suku Arab yang berkumpul berhampiran Madinah dan beberapa suku lain yang meminta agar mereka semua diberi pengecualian daripada membayar zakat kepada Madinah. Jika tidak diberi pengecualian tersebut, mereka tidak akan tunduk kepada kekuasaan Madinah. Abu Bakar al-Siddiq r.a. yang pada waktu itu baru sahaja memegang tampuk pemerintahan sebagai khalifah, dinasihati oleh sesetengah sahabat agar memenuhi tuntutan pihak terbabit. Namun demi keadilan, yang dilihat sebagai salah satu tanggungjawab paling utama bagi seorang khalifah, maka Abu Bakar al-Siddiq r.a. telah menolak permintaan tersebut dengan tegas. Tambahan pula zakat adalah satu kewajipan bagi orang Islam. Jika orang Islam lain perlu membayarnya dan masih terus membayarnya, kenapa pula suku Arab tersebut perlu diberi pengecualian. • Prinsip kesamarataan yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW pada zamannya pula boleh dilihat menerusi kesediaan Baginda melantik Zaid bin Harithah sebagai Na’ib (Timbalan). Inilah bukti kukuh tentang pelaksanaan prinsip kesamarataan dalam pemerintahan
14
Pengajian Islam 2E
dan kepemimpinan. Zaid adalah mawla (bekas hamba) Baginda. • Sepertimana Rasulullah SAW, Khulafa’ alRasyidin juga didapati mengamalkan prinsip yang sama. Tindakan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. yang tidak memilih bulu dalam menghukum orang yang melakukan kesalahan boleh menjelaskan perkara ini. • Prinsip berikutnya ialah kebebasan. Rasulullah SAW pernah mengaplikasikan kebebasan dalam menyuarakan pandangan. Ini boleh dilihat menerusi sistem syura yang membuka ruang yang luas kepada sahabat untuk menyatakan pandangan mereka dengan bebas. Pandangan yang mendapat sokongan majoriti akan diterima sebagai satu keputusan. • Khulafa’ al-Rasyidin juga mengamalkan prinsip yang sama. Misalnya, pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab r.a., beliau telah memberi kebebasan kepada penduduk Syria dengan mengekalkan sistem cukai pada zaman Byzantium yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam yang tinggal di Syria (yang sudah ditakluki oleh Islam pada waktu itu). • Satu lagi prinsip yang menjadi amalan Rasulullah SAW dan khulafa’ al-Rasyidin dalam pemerintahan dan kepemimpinan ialah ketelusan. Ini terbukti menerusi pengagihan tugas untuk mentadbir negara. • Khulafa’ al-Rasyidin juga didapati mengamalkan prinsip yang sama. Apa yang dilakukan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin alKhattab r.a. menerusi al-diwan adalah satu bukti bahawa wujud ketelusan dalam pemerintahan dan kepemimpinan beliau. Soalan 2 • Khilafah dan imarah sangat berbeza. Namun, khalifah dan imamah tidak banyak bezanya. Malah khalifah boleh diertikan sebagai imamah. Ia bermaksud kepimpinan menyeluruh dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keagamaan dan keduniaan. • Perbezaannya terletak kepada gelaran bagi orang yang menjalankan fungsi khilafah dan fungsi imamah. Orang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi khilafah dinamakan sebagai khalifah. Manakala orang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi imamah disebut sebagai al-imam.
• Kesemua mereka ialah pengganti Rasulullah SAW. Antara individu yang pernah memegang jawatan ini adalah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a, Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, Khalifah Uthman bin ‘Affan r.a, Khalifah Ali bin Abi Talib k.w, Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan, Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dan Khalifah Harun alRashid. • Imarah pula merujuk kepada kerajaan kecil yang diperintah oleh seorang pemimpin. Contohnya, imarah ‘Uthman yang diketuai oleh ‘Uthman Gazi. Ia muncul pada abad ke-14 Masihi ekoran daripada suasana kekacauan yang menimpa Anatolia selepas kejatuhan puak Saljuk. Ia terletak di barat laut Anatolia. Soalan 3 • Syura dan hisbah adalah dua institusi yang berbeza. • Syura berasal daripada perkataan Arab yang memberi maksud meminta pendapat dan bersefahaman dalam perundingan. Syura yang dikaitkan dengan pentadbiran Islam membawa maksud meminjam pendapat orang lain tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan bersama. • Dalam pentadbiran Islam, syura telah pun diamalkan sejak zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan diteruskan pada zaman Khulafa’ al-Rashidin. Pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a, syura dijalankan secara terbuka. Ini bermakna, tiada satu badan atau majlis khas yang ditubuhkan untuk melakukan syura. • Sementara itu, hisbah pula merujuk kepada satu bentuk jentera pengawasan. Ia merupakan institusi khusus yang bertanggungjawab untuk menggalakkan manusia supaya melakukan kebaikan, dan pada masa yang sama turut menghindari kejahatan. Individu yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengawasan ini digelar sebagai al-muhtasib, iaitu pelaksana atau penguat kuasa. Soalan 4 • Amalan syura adalah berbeza dengan demokrasi. • Syura lebih kepada meminta pandangan daripada orang lain tentang perkara-perkara
Jawapan
yang ada kaitan dengan kepentingan bersama. • Syura dilaksanakan dalam pentadbiran Islam. • Syura mempunyai anggota yang terdiri daripada orang-orang yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW. Ini bermakna pandangan yang diperoleh menerusi syura dalam pentadbiran Islam ialah pandangan yang dikemukakan oleh orang yang mempunyai kefahaman yang mendalam tentang Islam itu sendiri. • Demokrasi juga ada unsur syura apabila dipandang dari sudut mendapatkan pandangan dari pihak lain. • Demokrasi tidak dilaksanakan dalam pentadbiran Islam. • Pandangan yang diperoleh menerusi proses demokrasi boleh datang daripada sesiapa sahaja. Soalan 5 • al-Muhtasib mempunyai tugasnya yang tersendiri. • Antara tugasnya adalah menyelia dan mengawas perniagaan di pasar, mengawasi dan menyelia kedudukan timbangan serta sukatan dalam urus niaga, memberi bimbingan kepada peniaga di pasar, mengingatkan penjual agar mematuhi sukatan dan timbangan • Individu yang pernah diberi tugas sebagai al-muhtasib ialah Sa’id bin al-’As bin Umaiyah, khalifah ‘Umar bin al-Khattab, khalifah ‘Ali bin Abi Talib, khalifah al-Walid bin ‘Abd al-Malik, Abu Zakariya Yahya bin ‘Abd Allah, ‘Asim bin Sulayman al-Awal
BAB 7 SOALAN OBJEKTIF 1 D 6 D 11 C
2 A 7 D 12 D
3 C 8 D
4 B 9 B
5 A 10 D
SOALAN STRUKTUR 1 rohani 2 maslahat 3 al-Quran, Hadis Qudsi dan al-Sunnah 4 kalam 5 mukjizat 6 Hadis 7 Sunnah
15
8 qati’i 9 nas, syarie, ‘illat 10 keadilan, kezaliman 11 (a) Allah tidak membebankan manusia lebih daripada kemampuannya. (b) Allah sentiasa meringankan tanggungan manusia. (c) Segala perbuatan yang bukan ibadat asal hukumnya adalah harus atau mubah, melainkan sekiranya terdapat larangan syarak. (d) Perundangan Islam berdiri di atas dasar pengimbangan di antara kepentingan individu dan masyarakat. (e) Perundangan Islam menggabungkan prinsip pembalasan dan penakutan dalam undang-undang jinayahnya. Pembalasan dilihat daripada aspek pencerobohan hak dan penakutan dari aspek mengelakkan orang lain daripada melakukan kesalahan yang serupa. 12 (a) Hakim (b) Hukuman (c) Al-Mahkum bih (undang-undang) (d) Al-Mahkum fih (pertikaian atau persengketaan) (e) Al-Mahkum lah (pihak yang menang) (f ) Al-Mahkum lah Al-Mahkum ‘alaih (pihak yang kalah) (g) Kaifiyyah al-Qadha’ (Proses kehakiman) 13 (a) Masalah asal yang ada hukumnya melalui nas (al-asal) (b) hukum yang ditetapkan oleh nas (al-hukum) (c) sebab yang sama (‘illat) (d) masalah baharu yang belum ada nas (al-far’) SOALAN ESEI Soalan 1 • Hukum-hakam dalam syariat Islam memperlihatkan objektif menjaga dan memelihara kepentingan manusia sama ada dengan menghasilkan kebaikan atau mengelakkan mudarat daripada mereka amat jelas sekali. • Dalam kewajipan amali melaksanakan ibadat terkandung konsep manusiawi yang terangkum dalam hukum rukhsah dan azimah. Jamak dan qasar dalam sembahyang fardu diharuskan
16
Pengajian Islam 2E
apabila seseorang berdepan dengan kesukaran menunaikannya secara sempurna seperti dalam musafir, berbuka puasa dan membayar fidyah bagi yang tidak mampu berpuasa juga diharuskan. • Semua ini bertujuan mengelakkan kesulitan menimpa manusia dalam melaksanakan perintah dan larangan dalam perundangan Islam. • Kesamarataan dalam kewajipan ibadat juga satu paparan unsur manusiawi yang amat tinggi nilainya. • Ulama fiqh menetapkan tidak perlu membebaskan hamba yang diperlukan dalam urusan asasi kehidupan untuk menunaikan kafarah, malah orang itu boleh terus menunaikan kafarah dalam bentuk berpuasa dua bulan berturut-turut. Ini melambangkan elemen manusiawi yang tinggi dalam hukumhakam syariat Islam tanpa menyukarkan atau menyempitkan kehidupan manusia. • Aspek manusiawi yang bertujuan kebaikan bagi manusia unsur manusiawi juga dapat dilihat dalam bidang muamalat dan munakahat. • Konsep manusiawi dalam objektif undangundang jenayah Islam dapat dilihat dengan jelas dari segi perlaksanaannya. Kadang-kadang objektif ini disebut secara nyata seperti mana yang disebut dalam ayat yang mewajibkan qisas’ iaitu untuk memelihara keamanan masyarakat dan kadang-kadang tidak disebut. • Unsur manusiawi ini lebih jelas dilihat melalui beberapa tindakan oleh pemerintah Islam yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam. • Konsep manusiawi juga terdapat dalam semua larangan dalam perundangan Islam. • Semua larangan itu adalah dikenakan pada perkara-perkara yang pasti mendatangkan mudarat kepada manusia. Soalan 2 • Qiyas merupakan salah satu elemen penting di dalam ijtihad. Dari qiyas, ilmu fiqh yang sederhana menjadi sangat komprehensif. Melalui qiyas, dapat diketahui titik persamaan hukum antara satu perkara dengan perkara lain. • Dari segi bahasa, qiyas bermaksud ukuran, mengetahui ukuran sesuatu, membanding atau menyamakan sesuatu dengan yang lain atau diistilahkan juga sebagai analogi.
• Dari segi istilah, terminologi qiyas mempunyai beberapa definisi yang dikemukakan para ulama usul fiqh, sekalipun istilahnya berbeza tetapi mengandungi maksud yang sama. • Secara lebih mudah, Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu masalah baharu yang tiada nas jelas daripada suatu masalah yang telah ada nas syarie kerana persamaan kedua-duanya dari segi ‘illat. • Para ulama usul fiqh bersepakat menyatakan bahawa proses penetapan hukum melalui kaedah qiyas bukanlah menetapkan hukum dari awal, sebaliknya hanya menyingkap dan menjelaskan hukum yang ada pada sesuatu masalah yang belum jelas hukumnya. • Penyingkapan dan penjelasan ini dilakukan melalui perbahasan mendalam dan teliti terhadap illat dari suatu masalah yang sedang dihadapi. Apabila ‘illatnya sama dengan ‘illat hukum yang disebutkan dalam nas, maka hukum terhadap masalah yang dihadapi itu diambil daripada hukum yang telah ditentukan nas tersebut. Soalan 3 • Dari segi makna, al-Sunnah atau al-hadis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Sunnah Qauliyyah (sunnah perkataan), Sunnah Fi’liyyah (sunnah perbuatan) dan Sunnah Takririyyah (sunnah persetujuan). • Sunnah Qauliyyah (sunnah bentuk perkataan) ialah segala perkataan atau ucapan Nabi Muhammad SAW yang ada hubungannya dengan pembinaan hukum Islam. • Sunnah Fi’liyyah (sunnah perbuatan) merujuk kepada segala perbuatan Nabi Muhammad SAW yang diberitakan oleh para sahabatnya sama ada mengenai persoalan ibadat atau kehidupan seharian Baginda. Misalnya sunnah atau hadis yang membicarakan tentang bagaimana Rasulullah SAW melaksanakan ibadat sembahyang, puasa, haji, makan, minum dan sebagainya. • Sunnah Takririyah (sunnah persetujuan) pula merujuk kepada persetujuan atau ketetapan Baginda SAW dalam bentuk lisan atau diam terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh para sahabat di hadapannya, tanpa melarang, memprotes atau menghalang terhadap apa yang dilakukan atau yang diperkatakan oleh sahabat
Jawapan
di hadapan Baginda SAW. • Dari segi periwayatannya, al-Sunnah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Mutawatir dan Ahad, (khabar mutawatir dan khabar ahad). • Sunnah Mutawatirah atau khabar mutawatir ialah setiap yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW oleh suatu kelompok atau generasi (tabaqat) manusia yang ramai yang menurut kebiasaan tidak mungkin kelompok yang ramai tersebut bersepakat melakukan dusta, kerana ramai dan kejujuran mereka. • Para ahli hadis bersepakat bahawa hadis mutawatir atau khabar mutawatir mendatangkan keyakinan dan wajib beramal dengan hukumnya. Kedudukannya adalah sama dengan al-Quran. • Sunnah Ahad atau khabar ahad ialah khabar yang tidak mencapai darjat mutawatir. Perkataan ahad adalah bentuk plural (mufrad) dari kata wahid yang bermaksud satu. • Dari segi sandaran, al-Sunnah dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan golongan mana sesebuah hadis itu disandarkan. Tiga jenis yang dimaksudkan itu ialah marfu’, mawquf dan maqtu’. Soalan 4 • Hak serta kepentingan perlu dipertahankan sama ada pada peringkat individu dan masyarakat. • Hak serta kepentingan individu perlu diselaraskan dengan hak serta kepentingan masyarakat. Percanggahan hak serta kepentingan antara individu dengan masyarakat perlu diselesaikan. • Institusi kehakiman berperanan menyelesaikan perbalahan dan memutuskan pertikaian yang berlaku di kalangan individu dan masyarakat. Tanpa institusi kehakiman, kezaliman akan berterusan. • Sistem kehakiman dalam perundangan Islam telah dibincangkan secara panjang lebar oleh para ulama di dalam suatu bidang yang dikenali sebagai al-Qadha’. • Jawatan kehakiman merupakan satu jawatan yang mulia, penting dan kritikal. Ia hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar layak melaksanakannya. Ia bukan satu jawatan yang biasa dipohon, sebaliknya merupakan satu jawatan yang dipilih dan dilantik oleh ketua negara. • Kehakiman berlangsung sama ada secara
17
rasmi dalam sebuah mahkamah atau di dalam sesebuah majlis apabila berlaku pertikaian tentang sesuatu. • Kehakiman tidak dapat ditegakkan dan tidak mencapai matlamat jika tidak memenuhi rukun yang merupakan sebahagian daripada kehakiman itu sendiri. • Secara umum, bidang kuasa seseorang hakim yang dilantik meliputi 10 perkara penting • Bagi membuktikan keadilan, proses kehakiman mengguna pakai beberapa bentuk pembuktian yang dibincangkan secara terperinci dalam undang-undang keterangan yang melibatkan beberapa bentuk kesaksian seperti syahadah, sumpah, qarinah dan sebagainya. Soalan 5 • Istilah mazhab dari sudut bahasa bererti ‘jalan’ atau ‘the way of ’. Mazhab secara mudah boleh diertikan sebagai tempat pergi. • Dalam pengertian umum, mazhab bermakna pendapat, fatwa, cara pengambilan hukum dan yang seumpamanya. Bermazhab pula bermakna mengikut al-Quran dan sunnah berdasarkan kefahaman seorang ulama muktabar. • Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk menggambarkan perbezaan aliran pandangan daripada dua aspek, iaitu akidah dan fiqh. • Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qadak, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara mazhab akidah dalam Islam adalah Mazhab Syiah, Mazhab Khawarij, Mazhab Muktazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. • Mazhab fiqh pula merujuk kepada persoalan yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal–haram dan sebagainya. Antara mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah adalah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab alSyafie dan Mazhab Hanbali. • Secara umum, perbezaan antara mazhab berlaku atas faktor kemanusiaan (perbezaan dalam memahami dan mentafsirkan nas) dan faktor sejarah (periwayatan hadis yang tidak sampai kepada mujtahid). • Setiap imam mazhab berpegang kepada al-Quran
18
Pengajian Islam 2E
dan al-Sunnah dalam aliran pemikiran yang mereka bawa. Mereka juga tidak mengeluarkan apa-apa pendapat melainkan merujuk kepada kepada dua sumber mulia tersebut. • Hanya apabila timbul sesuatu persoalan yang tidak dibahaskan secara terperinci oleh keduadua sumber tersebut, mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan kaedah Qiyas, Ijmak dan sebagainya. Semua kaedah ini dirumuskan berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah juga.
BAB 8 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 A
2 A 7 C
3 C 8 D
4 B 9 A
5 C 10 C
SOALAN STRUKTUR 1 iqtisad, qasad, sasaran, membazir 2 individualistik, individualistik, kemahuan, kemampuan 3 diperdagangkan, salam, salam, dicapai 4 mekanisme, positif, kapasiti, makro 5 muhtasib, positif, konstruktif, perancang 6 pulangan, pekerja, pulangan,penjimatan 7 salam, salam, wujud, diserahkan 8 perkhidmatan, keuntungan, riba, konvensional 9 jaminan, dilangsaikan, diserahkan, bersyarat 10 perkhidmatan, dilantik, pencatat, saksi/bukti SOALAN ESEI Soalan 1 • Antara prinsip umum ekonomi Islam ialah takaful, berkait dengan keadilan dan kebajikan sosial dan tadamun jaminan keselamatan dan kesejahteraan sosial. • Tiada unsur ghash, tidak wujud unsur penipuan atau kekaburan yang boleh mengelirukan para pengguna. • Menjamin kedaulatan negara, negara tidak boleh dipercaturkan kerana kepentingan ekonomi. • Menekan kepenggunaan yang berhemah, pengguna perlu bijak dalam berbelanja dan merancang sosial ekonomi. • Objektif (iqtisad) dalam perancangan dan pengurusan, menepati sasaran ekonomi sebenar, bukan meneka kepentingan segelintir. • Martabat agama dipelihara, agama tidak boleh
dipermainkan dalam menjana ekonomi negara. • Menjaga keseimbangan dalam semua sektor untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat. • Menekankan kemahiran pekerja dan penggunaan teknologi yang cekap untuk produktiviti dan mengelak pembaziran. • Menekankan manfaat produk mengikut pentakrifan Islam yang jelas. Tidak semua produk barangan dan perkhidmatan dianggap manfaat pada sisi Islam walaupun ia bermanfaat pada pandangan umum. • Mewajibkan konsep produk yang boleh dicapai atau dihasilkan. Produk dalam ekonomi Islam sama dalam bentuk perkhidmatan atau barangan perlu dikenal pasti dapat dicapai dalam jangka masa tertentu dan dalam keupayaan mendapatkannya. Sebarang bentuk produk yang tidak anggap dicapai dalam Islam tidak boleh diperdagangkan dalam Islam. • Menekankan keutamaan ibadat yang tidak boleh diketepikan dalam kegiatan sosio dan makro ekonomi. Semua perkara yang di luar batas ritual atau ibadah sebenar juga dianggap sebagai ibadah umum apabila dilakukan dengan jujur dan menepati syariat Islam. • Menekankan imarah, kemakmuran, dan peningkatan taraf hidup mengikut keperluan masa dan tempat. • Akhlak yang mencakupi tindak-tanduk fikiran, peri laku dan perkataan perlu dikembangkan dalam kegiatan ekonomi Islam untuk menambahkan keceriaan dan mengurangkan tekanan hidup. • Prioriti atau keutamaan menjadi prinsip umum penting ekonomi Islam. Soalan 2 • Dalam ekonomi Islam, masyarakat dianggap menjadi mekanisme penting. Setiap anggota masyarakat dengan pelbagai latar belakang dan kedudukan tahap sosial dianggap perlu memberikan sumbangan positif mengikut kapasiti yang berbeza. • Setiap anggota masyarakat dianggap sebagai salah satu bahagian mekanisme ekonomi makro Islam. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW menggesa setiap umatnya bekerja, tidak berpeluk tubuh walaupun dengan mencari kayu api dan menjualnya. • Sektor korporat atau ahli perniagaan juga
Jawapan
menjadi sebahagian penting mekanisme ekonomi Islam. Oleh itu, Islam sejak awal lagi mengaitkan perniagaan yang jujur dengan syufaat yang besar sehingga menyamai orang yang mati syahid. • Buruh tidak dipandang rendah oleh Islam. Sebaliknya, Islam menekankan kebajikan diberikan terhadap buruh supaya kitaran ekonomi berjalan lancar. • Kerajaan juga merupakan bahagian penting mekanisme ekonomi Islam. Dalam ekonomi Islam, kerajaan berperanan bertindak sebagai muhtasib atau pemerhati dan pemberi respons positik dan konstruktif terhadap semua sektor ekonomi. • Perbankan boleh dilihat sebagai mekanisme ekonomi makro Islam. Ia tidak boleh dilihat terpisah daripada memberi sumbangan positif terhadap ekonomi negara. Ia perantaraan yang penting pengaliran atau perpindahan wang pantas dalam pelbagai sektor ekonomi. • Sistem ekonomi juga merupakan mekanisme yang tidak nampak terhadap ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam bersifat tersendiri dan berbeza dengan kapitalisme dan sosialisme. Ia tidak terlalu berpihak kepada golongan kapitalis atau pemodal dan tidak menindas rakyat. • Gaya hidup juga merupakan mekanisme ekonomi Islam yang tidak nampak. Gaya hidup yang terlalu bermewah boleh menjadikan negara bankrap negara kerana apabila rakyat lebih suka memberi barangan import ia boleh membocorkan kantung ekonomi negara. Soalan 3 • Pengurusan kewangan Islam perlu mengelak daripada inflasi dan deflasi dengan melakukan beberapa langkah penting. Antara langkah ialah menjadikan sektor pertanian sebagai pengimbang nilai mata wang. Ini dapat dijayakan apabila sektor pertanian dalam negara menjadi kukuh, dapat memenuhi keperluan pemakanan rakyat di samping mengimportnya. • Mengawal sektor spekulasi supaya tidak menjejaskan ekonomi dan seterusnya menyebabkan ekonomi buih berlaku. Seandainya pengawalan ini, tidak dilakukan inflasi akan berlaku, dengan kata lain kuasa membeli barang dan perkhidmatan meningkat disebabkan setiap mekanisme ekonomi lebih suka mengadakan spekulasi daripada melalukan
19
pelaburan ekonomi sebenar. • Kegiatan ekonomi sebenar, iaitu bukan spekulasi perlu ditekankan agar produk sebenar ekonomi wujud. Ekonomi atas angin tidak wajar wujud dalam ekonomi Islam kerana ia akan memperkayakan orang yang kaya dan melipatgandakan kemiskinan orang miskin. • Tidak menggantungkan wang kepada nilai mata wang tertentu seperti mata wang AS. dan EURO. Sebaliknya, mata wang ekonomi Islam disandarkan pada nilai mata wang tersendiri, iaitu dinar dan dirham • Bersikap berhati-hati memperdagangkan mata wang di pasaran di dunia supaya ia tidak sengaja dispekulasikan oleh pemodal asing dengan menginflasikannya secara mendadak untuk suatu ketika kemudian dijatuhkan secara mendadak. Ia boleh mengejutkan kewangan negara. • Menyimpan rizab kewangan asing di samping mengurangkan simpanan mata wang tempatan, ringgit di luar rantau ekonomi Islam. Ia boleh mengelakkan simpanan tersebut daripada dibekukan melalui percaturan ekonomi dan politik antarabangsa. Soalan 4 • Pengangguran tidak wujud dalam ekonomi Islam kerana semua sektor melakukan tuntutan individu dan sosialnya. Islam menyarankan penghapusan pengangguran melalui beberapa tindakan penting • Pertama, meningkatkan taraf dan kualiti pengurusan melalui teknologi dan kemahiran pengurusan. • Penjenamaan semua produk perkhidmatan dan barangan. Suatu produk perkhidmatan dan barangan akan dianggap sebagai hasil profesional apabila mempunyai piawaian atau sistem pengurusan tertentu supaya ia memberi kepuasan kepada pelanggan. • Pihak swasta perlu mempunyai kesedaran untuk membantu kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan. Dalam Islam ia dianggap satu kewajipan sosial. • Semua sektor ekonomi digerakkan sepenuhnya secara efisyen supaya peluang pekerjaan wujud. Penggunaan alat robotik atau sebarang bentuk teknologi tidak boleh dijadikan alasan untuk menurunkan penggunaan tenaga manusia. • Mengawal sistem ekonomi yang tempang
20
Pengajian Islam 2E
yang berpusat pada penghasilan pulangan semata-mata. Tren ekonomi semasa terlalu menekankan penghasilan pulangan sematamata dan ini boleh mengetepikan pengambilan pekerja lantaran mengutamakan pulangan dan penjimatan kos menyara pekerja. • Kos sara hidup dan bayaran perkhidmatan terhadap segala bentuk kemudahan dan infrastruktur perlu dipantau oleh kerajaan supaya ia tidak dieksploitasi secara berlebihan oleh pihak tertentu. • Institusi sosial seperti pengangkutan, kesihatan dan pendidikan perlu dipantau dan dikawal agar tidak mengambil untung yang berlebihan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan rakyat khususnya siswa dan siswi yang menganggur. • Semua aspek modal insan perlu ditanam dalam diri pelajar. Soalan 5 • Institusi pembangunan ekonomi Islam perlu dipelbagaikan fungsi dan peranannya supaya mencakupi semua aspek pembangunan ekonomi dan memberikan pulangan yang menarik. • Peranan institusi pembangunan ekonomi Islam wajar mencakupi pelbagai aspek. Antara aspek ini ialah penyelidikan dan pembangunan seperti yang dilakukan oleh MARDI, FAMA dan lainlain. • Bertindak sebagai dana kebajikan sosial seperti yang dipertanggungjawabkan kepada baitul mal. • Mengembangkan sosioekonomi Islam seperti yang diamanatkan kepada YAPEIM. • Membekalkan kemudahan pinjaman dan pembiayaan secara Islam seperti yang dilakukan oleh Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Muamalah. • Membuat pelaburan di dalam negara atau di negara Islam untuk membentuk ekonomi Islam. • Bertindak sebagai penabungan untuk melengkapkan Rukun Islam terutama ibadat haji seperti yang dilakukan Tabung Haji. • Melabur dalam sektor pendidikan Islam sama ada pada peringkat prasekolah atau persekolahan sebagai menyahut usaha kerajaan mempertingkatkan modal insan rakyat. • Bertindak mengawal hartanah umat Islam supaya tidak disalahgunakan. • Menjanakan harta wakaf dalam negara supaya lebih produktif kepada umat Islam. • Menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran
kepada generasi muda Islam. Soalan 6 • Riba dan caj perkhidmatan berkait dengan pengambilan keuntungan hadapan terhadap semua produk perbankan sama ada pinjaman, pembiayaan atau gadaian. • Apa yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, akad dan persetujuan, kedua, ketelusan dan ketiga, bebanan pembayaran balik. • Tiada akad dan persetujuan kedua-dua belah pihak boleh dikaitkan riba nasa’i. Tiada ketelusan dalam dokumen juga boleh dikaitkan dengan riba nasa’i. Bebanan pembayaran balik melebih harga barang pembiayaan pada masa hadapan boleh dianggap riba fadl (lebihan). • Jumlah pembayaran balik terkumpul atau kumulatif pada ansuran yang terakhir yang melebihi jumlah pinjaman termasuk susut nilai mata wang di samping caj perkhidmatan juga dianggap sebagai riba fadl. • Sebaliknya, apabila akad dan persetujuan keduadua pihak di samping ketelusan dokumen riba nasa’i tidak wujud dalam transaksi tersebut. Begitu juga apabila bebanan pembayaran balik tidak melebihi pinjaman yang terkumpul atau kumulatif pada ansuran yang terakhir termasuk susut nilai mata wang sepanjang tempoh ansuran dan caj perkhidmatan yang berpatutan, riba tidak wujud. • Apa yang wujud ialah bayaran perkhidmatan. Perbincangan ini berasaskan kaedah pembayaran balik pinjaman mata wang dalam bentuk emas atau perak yang tidak susut nilai. • Kedua ia disandarkan kepada perintah Allah Taala yang memerintah dua orang atau pihak yang melakukan gadaian atau penjualan supaya dilantik penulis atau pencatat butiran perjanjian sebagai saksi. • Jual salam, iaitu dengan penyerahan produk akan datang merupakan sandaran penting kepada beberapa transaksi perbankan Islam semasa seperti pembiayaan rumah dan kereta. Soalan 7 • Tiga perkara yang boleh dikaitkan dengan riba dalam Islam apabila tidak memenuhi syarat transaksi yang tertentu iaitu emas, perak (emas dan perak) dan makanan yang mengenyangkan. • Mata wang kertas dan syiling semasa dikiaskan kepada emas dan perak kerana wang pada
Jawapan
masa dahulu terdiri daripada emas dan perak. Pertukaran antara ketiga-tiga barang tersebut boleh menyebabkan riba berlaku apabila salah satu melebihi yang lain tetapi ini hanya melibatkan pertukaran barang jenis yang sama seperti antara emas dengan emas, perak dengan perak dan beras dengan beras. • Caj perkhidmatan tidak dimasukkan dalam pengiraan bayaran balik kumulatif tersebut. Ia perlu dikira secara berasingan sebagai urusan peminjaman dan sebagainya. • Apabila salah satu daripada dua barang pertukaran yang tidak sejenis seperti dalam sistem barter ditukarkan melebihi yang lain dari sudut kuantiti, sukatan dan sebagainya, ia tidak dinamakan riba. Soalan 8 • Pembiayaan secara Islam semasa tidak boleh dikaitkan dengan salah satu atau dua jenis riba, nasa’i dan fadl disebabkan ia melalui proses akad jual beli dan persetujuan antara kedua-dua belah pihak. • Pelanggan diberitahu dan diarah supaya meneliti semua dokumen serta diarah menandatangani setiap helai dokumen yang dibacanya sebagai tanda faham tentang perincian dan persetujuan terhadap butiran tersebut. • Akad jual beli tersebut dilihat pada harga akan datang produk bagi aset yang tidak susut nilai seperti rumah dan tanah. Bagi aset yang susut nilai seperti kereta dan motosikal, harga hadapan dilihat pada kos kerugian yang ditanggung oleh pihak bank yang melakukan pembiayaan. • Kos kerugian ini hasil daripada susut nilai yang disebabkan peminjam telah mengguna kenderaan tersebut. Sebaliknya, apabila ketelusan tidak wujud dalam dokumen dan akad serta persetujuan tidak dilakukan, transaksi tersebut melibatkan riba nasa’i yang bertujuan memudaratkan pelanggan. • Bagi aset yang tidak susut nilai apabila bebanan bayaran balik kumulatif melebihi harga pasaran hadapan termasuk susut nilai mata wang dan caj perkhidmatan, ia dinamakan riba fadl. • Bagi aset susut nilai, apabila bayaran balik kumulatif melebihi kerugian susut nilai aset tersebut yang ditanggung oleh pihak bank, melebihi susut nilai mata wang yang dipinjam dan melebihi bayaran khidmat yang berpatutan,
21
ia juga dinamakan riba fadl. Soalan 9 • Antara kriteria penentuan terhadap produk perbankan Islam adalah ia ditakrifkan sebagai manfaat di sisi Islam seperti pembiayaan pembelian rumah, kenderaan dan sebagainya. • Produk perbankan Islam tersebut memenuhi tuntutan takaful atau tanggungjawab sosial seperti melindungi keluarga Islam daripada kesempitan daripada insiden kemalangan. • Ia memberikan tadhamun sosial, iaitu jaminan keselamatan sosial. Umpamanya pembiayaan untuk membeli senjata bagi membunuh seseorang diharamkan kerana ia memporakperanda masyarakat. • Unsur ghash yang bertujuan mengaut keuntungan mutlak tanpa mengambil kira kebajikan pelanggan. • Produk perbankan tersebut boleh dicapai seperti pembiayaan rumah yang dipastikan pembinaannya. Rumah yang belum dipastikan pembinaan seperti tiada tapak pembinaan yang jelas tidak boleh ditransaksikan kerana ia mengandungi gharar atau ghash. • Bagi produk pelaburan, ia perlu dilaburkan pada perkara yang dibenarkan oleh Islam. • Bagi produk pelaburan ia perlu menekan mudharabah, iaitu keuntungan dan kerugian dinikmati dan ditanggung bersama mengikut saham pelaburan dan persetujuan kedua-dua belah pihak. Soalan 10 • Gadaian dalam Islam disyaratkan bahawa pemegang gadaian tidak mengguna pakai barang yang digadaikan sama tujuan kegunaan peribadi atau bukan peribadi. • Sebaliknya, barang gadaian itu perlu dianggap sebagai amanah untuk dijaga dan diserah apabila tiba masanya. Ia disimpan dan dijaga sebagai jaminan pembayaran balik oleh si peminjam. • Apabila semua bayaran balik dilangsaikan dalam tempoh yang ditetapkan, barang gadaian tersebut perlu diserahkan kepada peminjam tanpa bersyarat. Apabila bayaran balik tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang dijanjikan dalam akad si pemberi hutang berhak menjualnya dan mengambil bahagian wang yang dipinjamkan sahaja
22
Pengajian Islam 2E
• Manakala bakinya sekiranya ada diserahkan kembali kepada peminjam. Dalam konteks semasa, caj perkhidmatan terhadap gadaian tersebut dikenakan sesuai dengan ayat alQuran memerintah dua orang atau pihak yang melakukan gadaian atau penjualan supaya dilantik penulis atau pencatat butiran perjanjian sebagai saksi. Kerja mencatat dan menyimpan catatan melibatkan kos pengurusan.
BAB 9 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 B
2 C 7 B
3 D 8 C
4 C 9 A
5 B 10 B
SOALAN STRUKTUR 1 tindak-tanduk, baik, universal, berbeza 2 perilaku, berbeza, fikiran, kerohanian 3 nilai-nilai, ilmuwan, penulisan, diwarisi 4 al-Quran, Hadis, biografi, biografi 5 benteng, kekuatan, terbatas, salah faham 6 jati diri, lalang, kapal layar, membezakan 7 wangian, mengimpal, wangian, mengimpal 8 mengorek, mati kelemasan, kasta, kemusnahan 9 tarbiah, ta’lim, ta’dib, tarbiah 10 kain putih, mengislamkannya, mengkristiankannya, meyahudikannya SOALAN ESEI Soalan 1 • Moral dan akhlak diasaskan pada paradigma nilai yang berbeza walaupun mempunyai satu persamaan pentingnya, iaitu keuniversalannya. • Dari sudut definisi, moral merupakan satu himpunan tindak-tanduk individu yang ditakrifkan oleh masyarakat sebagai baik dan memberikan kesejahteraan kepada masyarakat. • Ia merupakan satu himpunan nilai yang universal tetapi keuniversalannya mungkin dilihat berbeza-beza oleh dua masyarakat yang berbeza dari segi latar kebudayaan seperti antara masyarakat Islam dengan bukan Islam. • Definisi moral terbatas pada persoalan perilaku dan berbeza dengan definisi akhlak yang diketengahkan oleh Islam. • Akhlak lebih menyeluruh kerana ia mencakupi aspek-aspek perilaku, fikiran dan
kerohanian manusia. Dari sudut sumber, moral bersumberkan nilai-nilai universal yang diketengahkan kepada masyarakat oleh para ilmuwan melalui pelbagai penulisan, dialog dan pandangan mereka. Ia juga boleh diwarisi secara turun-temurun dan mungkin juga mengalami perubahan dengan perubahan masa, cita rasa dan daya fikir. • Sumber akhlak adalah konsisten kerana ia berlandaskan al-Quran, hadis dan biografi Nabi Muhammad SAW dan perkataan Baginda. Sumbernya juga mencakupi biografi para sahabat yang dianggap mulia oleh Baginda dan penulisan para ulama Islam yang muktabar. • Sungguhpun mempunyai pelbagai sumber, hakikatnya pelbagai sumber ini hanya saling melengkapi untuk memberikan satu gambaran jelas tentang kesatuan dan keharmonian definisi akhlak di sisi Islam. Soalan 2 • Antara faktor yang membawa kepada keruntuhan moral ialah kurang penghayatan agama dalam kalangan golongan remaja dan dewasa Melayu pada masa ini. • Suasana kehidupan moden dalam rumah dan persekitaran menyisihkan penghayatan agama secara berterusan. Akibatnya, perilaku yang tidak terkawal dan terkeluar dari landasan Islam berlaku dengan mudah. • Faktor kedua ialah kurangnya sifat malu dan hormat yang melambangkan nilai ketimuran atau Islam yang penting dan menjadi benteng terhadap segala penyakit sosial. Kehidupan moden telah menghakis atau mengesampingkan kedua-dua sifat tersebut lantaran individu sama ada remaja atau dewasa tidak diasuh dari kecil pada sifat malu dan hormat kepada golongan yang lebih tua. • Ketiga ialah keperibadian yang lemah. Keperibadian dan ketahanan diri yang lemah juga menjadi faktor penyumbang kepada wabak gejala sosial. Golongan remaja atau dewasa Islam yang terlibat dengan gejala sosial tidak mempunyai jati diri atau keperibadian yang kuat. Soalan 3 • Tarbiah adalah membela, menjaga dan mengawasi kanak-kanak sampai dewasa. • Ta’lim atau tadris adalah memberi pendidikan.
Jawapan
• Ta’dib adalah mendidik dengan hukuman dan ganjaran. Ta’dib merupakan tindakan susulan atau lanjutan yang penting kepada tarbiah. • Ketiga-tiga elemen ini diberikan penekanannya oleh Islam dalam sektor pendidikan. • Ibu bapa perlu menjalankan hubungan erat dan positif dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan pendidikan dan perilaku anakanak mereka serta memberikan respons positif kepada pihak sekolah. Soalan 4 • Pengaruh kebudayaan kuning atau Barat begitu serius terhadap akhlak atau moral umat Islam lantaran kebudayaan yang diimport itu hanya merupakan satu himpunan pengaruh negatif, manakala yang positifnya tidak ditiru. • Budaya kuning yang tidak sihat dan menentang peradaban Timur atau Islam sebenarnya tidak mencerminkan kemajuan dan kejayaan Barat. Sebaliknya, ia mencerminkan keruntuhan kehidupan sosial Barat. • Umat Islam didedahkan dengan nilai-nilai negatif ini seperti pergaulan tanpa batasan, pakaian menjolok mata dan sebagainya. Nilainilai ini menyumbang kepada merebaknya gejala sosial seperti hubungan dan pergaulan bebas sehingga melanggar batas agama, tidak menghormati orang tua dan sebagainya. • Gaya hidup dan penampilan diri Barat yang tidak secocok dengan nilai ketimuran menjadi contoh ikutan remaja dan dewasa sehingga jati diri mereka tercabar. Soalan 5 Dalam Islam terdapat beberapa perintah dan saranan yang dapat diketengahkan untuk individu sebagai mekanisme untuk mengawal dan mem bendung gejala keruntuhan moral. Antaranya adalah: • Mengawal interaksi antara lelaki dengan perempuan bukan mahram. Interaksi antara lelaki dengan perempuan berbeza mengikut usia dan suasana. Islam mengehadkan interaksi yang membawa ke arah perlakuan sumbang antara kedua-dua gender tersebut. Perbuatan berdua-duaan antara dua gender bukan mahram menjadi satu larangan dalam Islam kerana ia dianggap satu langkah menuju ke arah perzinaan.
23
• Seterusnya individu itu sama ada dengan kapasiti ibu bapa atau anak-anak perlu mengawal interaksi dalam kalangan mereka di bawah satu bumbung supaya tidak terjadinya sumbang mahram. Ini dapat dilakukan dengan beberapa saranan Islam. Antara saranan tersebut adalah pengasingan tempat tidur anak-anak lelaki dan perempuan, antara ibu bapa dengan anak-anak ketika anak-anak tersebut mencapai 10 tahun. • Individu itu perlu mengawal penampilan ketika berhadapan dengan bukan mahram. Lelaki dan perempuan diperintahkan menutup aurat ketika berada di luar rumah atau ketika berhadapan dengan gender yang bukan sejenis dan bukan mahram mereka. Soalan 6 Rasulullah SAW mengarahkan supaya hubungan atau interaksi ibu bapa dengan anak-anak perlu dilihat pada empat tahap yang berbeza. • Tahap pertama ketika usia kanak-kanak yang perlu dimanjakan sebelum usia 7 tahun. • Tahap kedua ketika kanak-kanak menjangkau usia 7 tahun hingga baligh (sebelum remaja) sekitar 9 tahun bagi anak perempuan dan 15 tahun bagi anak lelaki. • Tahap ketiga ialah ketika usia remaja hingga dewasa atau sebelum berkahwin. Ibu bapa perlu bertindak sebagai kawan atau sahabat kepada anak-anak mereka pada tahap ini. • Tahap keempat ialah ketika anak-anak mereka menjadi dewasa berkahwin dan berpisah daripada ibu bapa. Hubungan ibu bapa pada tahap ini melepasi tahap menghukum anakanak yang melakukan kesalahan. Soalan 7 • Pendidikan dalam Islam perlu mencakupi tiga aspek, iaitu pertama peningkatan daya fikir, kedua peningkatan daya usaha dan kreativiti dan ketiga pembinaan sahsiah atau peribadi. • Peningkatan daya fikir diperlukan untuk proses pembelajaran yang berterusan oleh para pelajar yang mempunyai keupayaan untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. • Peningkatan daya usaha dan kreativiti diperlukan oleh para pelajar yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.
24
Pengajian Islam 2E
• Pembinaan sahsiah atau peribadi diperlukan oleh para pelajar sepanjang kehidupan mereka. • Pendidikan yang tidak seimbang antara ketigatiga komponen tersebut mencipta keruntuhan moral dan permasalahan sosial. Soalan 8 • Pembinaan sahsiah, peribadi atau akhlak merupakan persoalan asasi dalam konsep pendidikan yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW. • Pendidikan tanpa moral dan akhlak dianggap sebagai tidak berjaya untuk membentuk manusia yang sempurna kerana manusia terdiri daripada dua aspek, iaitu aspek malaikat dan aspek haiwan. • Aspek haiwan memerlukan kepandaian, kebolehan, pengalaman dan seumpamanya untuk kelangsungan kehidupan. • Aspek malaikat memerlukan penghayatan moral dan akhlak untuk mengawal tindak-tanduk luaran, iaitu perbuatan dan tindak-tanduk dalaman, iaitu perasaan terhadap sesuatu benda, perkara, manusia lain dan Pencipta. • Moral dan akhlak bukan sahaja dijadikan sebagai satu maklumat atau subjek pendidikan untuk dipelajari dan difahami, tetapi ia perlu dihayati atau dijiwai. • Institusi pendidikan perlu berperanan sebagai kilang memproses manusia yang sempurna. Soalan 9 • Antara peranan yang boleh perlu dilakukan oleh kerajaan dalam membendung gejala keruntuhan moral adalah menyediakan pendidikan yang lengkap dan sempurna. • Pihak kerajaan telah menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap dan sempurna sesuai dengan keperluan semasa. • Pihak kerajaan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan terhadap institusi pendidikan prauniversiti dan universiti sebagai pusat pendidikan dan penerapan nilai moral dan akhlak. • Pihak kerajaan perlu menyediakan pasaran kerja selepas pendidikan tinggi. • Kerajaan bertanggungjawab dalam menstabilkan dan menyamaratakan pencapaian ekonomi. • Kerajaan perlu mengurangkan jurang perkauman dan perbezaan etnik. Jurang perkauman dan perbezaan etnik boleh membawa kepada gejala
sosial dan permasalahan kaum yang berpunca daripada perbezaan yang ketara jurang perkauman dan etnik. • Kerajaan turut berkewajipan dalam memastikan institusi sosial berjalan lancar.
BAB 10 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 C
2 B 7 C
3 B 8 A
4 B 9 C
5 A 10 D
SOALAN STRUKTUR 1 pengabdian, perilaku, fizikal, kerohanian 2 jama’i, terfokus, pembangunan, kekampungan 3 pembangunan, diterjemah, falsafah, modenisme 4 madani, madani, akidah, akhlak 5 hadhari, modenisasi, jati diri kebergantungannya 6 al-Quran, Hadis, ijtihad, ijmak ulama 7 insani, kerohanian, insani, berterusan 8 akhlak, roh, kerohanian, akidah 9 manuskrip, penterjemahan, nafas, keislaman 10 larangan, ekosistem, ekosistem, madani SOALAN ESEI Soalan 1 Antara faktor pembangunan itu adalah: • Keperluan kehidupan jama’i atau kolektif. Kehidupan manusia bersifat jama’i atau kolektif di sesuatu kawasan. Dengan kehidupan terfokus di satu tempat, daerah atau kawasan, pembangunan wujud untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. • Keperluan lokasi untuk segala aktiviti jama’i. Segala aktiviti jama’i seperti pentadbiran, pendidikan dan ekonomi memerlukan ruang tempat atau lokasi untuk beroperasi. • Pertambahan populasi penduduk dan kekurangan sumber untuk kelangsungan hidup. Pertambahan populasi penduduk negara dan dunia menyebabkan kekurangan sumber makanan dan beberapa keperluan lain. • Interaksi ketamadunan yang berbeza. Interaksi kebudayaan dan ketamadunan yang berbeza mencetuskan idea pembangunan dan
Jawapan
merealisasikannya. Interaksi Tamadun Islam dan tamadun fikiran Greek membawa pembangunan dalam sejarah Islam selepas kebanyakan sumber ilmu pengetahuan Greek diterjemah, dikaji dan dikembangkan mengikut falsafah dan prinsip Islam. Soalan 2 Antara tiga skop pembangunan dalam Islam adalah: • Pembangunan madani atau fizikal. Ia perlu dilandaskan prinsip kerohanian. Batas pembangunan madani terletak pada keperluan atau kehendak manusia selagi keperluan tersebut diletakkan dalam acuan keislaman. Acuan keislaman mencakupi tiga aspek penting, iaitu akidah, syariat dan akhlak, manakala tuntutan manusia terbahagi kepada dua, iaitu kerohanian dan material. Kerohanian yang sempurna menjadi nadi penting terhadap penghayatan dan kepatuhan terhadap acuan pembangunan Islamik tersebut. Oleh itu, semua aspek pembangunan madani perlu diterapkan dengan nilai kerohanian. • Pembangunan insani atau manusia sebagai aset tersendiri. Pembangunan manusia sebagai aset tersendiri sangat diberikan penekanan yang mendalam oleh Islam kerana Islam melihat manusia sebagai satu makhluk istimewa atau khalifah yang mempunyai kehidupan bertamadun. • Pembangunan hadhari atau ketamadunan. Pembangunan hadhari atau ketamadunan merupakan keperluan semasa dunia Islam dewasa ini yang bergantung kepada tamadun dan modenisasi Barat. Ia dapat membina jati diri dunia Islam dan mengurangkan kebergantungannya kepada Barat yang menguasai sains dan teknologi. Soalan 3 Terdapat perbezaan dan persamaan antara modenisasi dan pembangunan hadhari. • Persamaannya ialah dari sudut wujudnya pembangunan fizikal dalam kedua-dua pembangunan tersebut. Perbezaannya begitu ketara kerana modenisasi hanya menekankan pembangunan fizikal atau menjadikannya sebagai agenda utama.
25
• Pembangunan hadhari menggabungkan dua aspek penting pembangunan fizikal berserta pembangunan kerohanian. Modenisasi diperkenalkan Barat bersama dengan perkembangan kapitalisme yang menjadi nadi utama modenisasi. • Pembangunan hadhari bersifat menyeluruh. Ia melibatkan reformasi keseluruhannya terhadap kebudayaan atau ketamadunan sesebuah bangsa. Ia dilakukan dengan menyandarkannya pada nilai-nilai yang mendasari kebudayaan tersebut. • Kedua-dua pembangunan tamadun ini disandarkan pada nilai yang berbeza, iaitu kerohanian Islam dan modenisasi fizikal yang mutlak. Soalan 4 Pembangunan madani mempunyai kriteria tertentu. Antara kriterianya adalah: • Pembangunan madani atau fizikal perlu berteraskan prioriti yang digariskan Islam. Prioriti pertama adalah memelihara dharuriat atau keperluan yang kritikal dan perlu diutamakan. • Prioriti kedua ialah hawa’ij atau keperluan untuk kelangsungan hidup. • Prioriti ketiga ialah tahsiniat atau keperluan kepada kemudahan-kemudahan dan sebagainya. • Pembangunan madani tidak statik tetapi perlu bersifat dinamik untuk memenuhi keperluan dan kemudahan manusia dalam aspek-aspek seperti komunikasi, telekomunikasi dan sebagainya. • Kriteria kedua ialah pembangunan madani yang diasaskan pada kesaksamaan dalam pengagihan nikmat pembangunan. Ia tidak boleh dikuasai oleh golongan kapitalis dan juga sosialis yang kedua-duanya meletakkan orang awam sebagai mangsa produk dan juga mangsa guna tenaga yang tidak terbatas. • Kriteria ketiga ialah pembangunan yang mesra sumber alam. Pembangunan mesra alam mencakupi aspek-aspek seperti penggunaan sumber yang terancang dan optimum, penghasilan produk sampingan yang daripada lebihan sumber yang telah digunakan, mengelakkan penghasilan produk yang berlebihan atau membazir, mewujudkan sistem kitaran yang efektif supaya bahan buangan boleh digunakan semula.
26
Pengajian Islam 2E
• Kriteria keempat ialah pembangunan yang mesra alam. Pembangunan yang mesra alam melibatkan penjagaan ekosistem, pemilihan lokasi yang sesuai, penggunaan metode pembuangan yang sesuai dan sebagainya. Soalan 5 Pembangunan insani mempunyai kriteria tertentu. Antara kriterianya adalah: • Menyasarkan semua anggota masyarakat tanpa mengetepikan atau mengutamakan mana-mana pihak. • Kriteria kedua ialah pembangunan kerohanian merupakan teras pembangunan insani yang berterusan dan ia perlu diutamakan. • Kriteria ketiga ialah pembangunan atau pembentukan keterampilan, sahsiah dan karisma supaya menjadi insan yang cekal, tabah, aktif, proaktif dan sebagainya. Ia juga menjadi satu tuntutan penting dalam Islam. • Kriteria keempat ialah pembangunan mentali atau kebudayaan perlu berlandaskan kebudayaan atau thaqafah Islam. Nilai kehidupan bertamadun bagi individu dan masyarakat Islam boleh didapati dalam sumber tamadun ilmu Islam. • Kriteria kelima ialah pembangunan cara kehidupan yang sihat perlu mematuhi garis panduan syariat dan tidak melewati batas-batas larangan seperti yang dibahaskan oleh ulama fikah bagi individu dan masyarakat Islam. • Kriteria keenam ialah pembangunan ilmu pengetahuan atau daya intelek yang diletakkan dalam paradigma keislaman. • Kriteria ketujuh ialah pembangunan kreativiti, kemahiran dan keusahawanan juga menjadi tuntutan penting selepas pembangunan ilmu pengetahuan dan kerohanian. Soalan 6 Pembangunan hadhari atau ketamadunan seperti yang berlaku pada zaman pembinaan Tamadun Islam dan Barat melibatkan dua aspek yang besar. • Aspek pertama ialah pembangunan ilmu pengetahuan termasuk sains dan teknologi dalam acuan kebudayaan tersendiri, iaitu kebudayaan Islam atau Timur. • Aspek kedua ialah pembangunan kebudayaan tersendiri. Kebudayaan merupakan teras atau prinsip pembangunan ilmu pengetahuan dan seterusnya pembangunan madani atau fizikal.
• Kedua-dua aspek pembangunan itu memerlukan kekuatan dalaman diri sebagai pemangkin untuk melonjak ke hadapan dalam satu hadharah atau ketamadunan yang baharu. Soalan 7 Antara ciri landskap pembangunan madani adalah: • Masjid sebagai pusat aktiviti sosial Islam. • Pusat rekreasi seperti kolam renang diasaskan pada ciri-ciri keislaman, iaitu yang dapat mengelak daripada berlaku kemungkaran atau jenayah sosial. Pusat hiburan alternatif Islam perlu diwujudkan untuk generasi muda Islam. • Kebersihan saluran air, udara dan persekitaran. • Tidak wujud kegiatan memaparkan gambar atau slogan yang bercanggah dengan Islam. • Wujud kemudahan asas jalan raya yang menghubungkan antara pusat badar, pentadbiran dan sebagainya yang sempurna untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang cepat. • Sistem pengangkutan awam yang cekap dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang boleh mencemarkan udara dengan pengeluaran gas karbon oksida dari pelbagai kenderaan. Soalan 8 Antara langkah yang berkesan untuk mengawal impak negatif pembangunan madani adalah: • Penggunaan teknologi, peralatan, metode atau sebagainya yang tidak mesra alam adalah kontradik dengan Islam. • Islam menggariskan musim larangan tertentu bagi mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar serta menjaga ekosistem. Umpamanya dalam musim haji, jemaah haji dilarang memburu binatang buas untuk menjaga ekosistem. • Islam menyarankan supaya permukaan bumi dan dasar laut tidak dimusnahkan oleh manusia. Dalam Islam, bukit-bukau bertindak sebagai pasak bumi dan ia tidak wajar dimusnahkan sesuka hati untuk tujuan pembangunan. • Wujudkan sistem pelupusan dan kitaran yang cekap seperti sistem pelupusan sampah dan buangan yang tidak merbahaya dan sistematik dan sistem kitaran produk sampingan untuk dihasilkan pelbagai produk langsung untuk kepenggunaan.
Jawapan
• Tempat perusahaan, perkilangan, penternakan dan sebagainya perlu diasingkan dari kawasan perumahan supaya suasana kehidupan sihat dapat diwujudkan. • Konsep satu bandar, kampung atau kawasan yang diasaskan pada industri perlu direalisasikan tertentu supaya tidak wujud kesesakan dalam sesuatu kawasan atau perbandaran. Soalan 9 Jawapan bebas selagi menggambarkan mesej pengajaran yang wujud dalam teks, sebagai contoh: • Modenisasi boleh disesuaikan dengan roh keislaman apabila semua sektor modenisasi diterapkan dengan nilai-nilai keislaman. • Semasa proses modenisasi berjalan, tidak wujud aspek penindasan terhadap rakyat jelata yang menjadi sasaran modenisasi. • Nilai-nilai kebajikan sosial perlu diutamakan oleh pelaksana modenisasi. • Modenisasi tidak menimbulkan pembaziran tenaga, kewangan dan sumber alam. • Tenaga, kewangan dan sumber alam perlu digunakan secara cekap supaya mendapat pulangan yang baik. • Modenisasi tidak boleh menyebabkan remaja atau umat Islam menjadi leka atau cuai terhadap tanggung jawab. • Modenisasi tidak boleh melanggar batasan aqidah, syariat dan akhlak Islam.
BAB 11 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 D
2 A 7 A
3 A 8 A
4 A 9 A
5 C 10 A
SOALAN STRUKTUR 1 sains, manusia, sistem alam, mukjizat 2 teknologi, teknologi, mukjizat, kincir air 3 ICT, maklumat, ibadah, silah 4 tauhid, mengkaji, keupayaan, Pencipta 5 teologi, evolusi, ketuhanan, empirikal 6 empirikal, al-Kindi, al-Zalzalah, Daud a.s. 7 potensi, tafakkur, aql, tadabbur 8 ukhrawi, pembangunan, peka, duniawi 9 memertabatkan, ketauhidan, syariat, retrospektif
27
SOALAN ESEI Soalan 1 Definisi sains, teknologi dan ICT menurut perspektif Islam. • Sains mempunyai persamaan dengan pentakrifan ayat Allah atau tanda-tanda kebesaran Allah. Tanda-tanda kebesaran Allah berkait dengan penciptaan manusia, alam sekitar, cakerawala dan pelbagai makhluk lain yang sama ada dijelaskan secara langsung atau tak langsung dalam al-Quran. • Sains juga boleh dikaitkan dengan pentakrifan sunnah Allah Taala, iaitu satu sistem kejadian makhluk yang Dia tetapkan. • Teknologi dalam Islam boleh dikaitkan dengan pengetahuan tinggi manusia untuk mencipta pelbagai kemudahan untuk kehidupan dunia. • Beberapa teknologi dalam sejarah kegemilangan Islam dilahirkan ilmuwan Islam seperti teknologi kincir air dan teknologi pembuatan jam. • ICT yang berkait dengan teknologi maklumat dan komunikasi dalam Islam berkait dengan penyimpanan dan pengurusan maklumat dalam pelbagai peralatan atau perantaraan kerana ia menjadi tuntutan penting bagi umat Islam. • Komunikasi juga berkait dengan penekanan Islam tentang kepentingan dan keperluan silah atau komunikasi antara manusia. Soalan 2 Antara rahsia dengan formula kemajuan Barat dalam sains, teknologi dan ICT adalah: • Pembentukan sentimen keagamaan dan ideologi. Sentimen keagamaan dan ideologi dalam sejarah membentuk peradaban Islam dan Barat. • Susun atur masyarakat sebagai satu organisasi yang besar untuk pembangunan sains, teknologi dan ICT. • Anggota masyarakat perlu diklasifikasikan dan dibangunkan mengikut kebolehan, kemampuan dan kreativiti seperti yang dilakukan dalam negara maju. • Daya inisiatif dan kreativiti yang perlu dibangunkan bukan sahaja melalui institusi pendidikan tetapi pada peringkat sosial amnya. • Insentif dan sistem ganjaran sebagai insentif untuk maju ke hadapan. • Kewujudan sistem tanda aras, benchmark dan keberterusannya.
28
Pengajian Islam 2E
• Perancangan dan perlaksanaan nasional yang berbentuk tahunan dan sebagainya dalam meningkatkan kemajuan sains, teknologi dan ICT dan perlaksanaan nasionalnya. • Ilmu pengetahuan sudah pasti merupakan satu prasyarat yang penting dalam semua lapangan termasuk sains, teknologi dan ICT. Soalan 3 • Pembangunan ilmu pengetahuan merupakan prasyarat penting tentang sains, teknologi dan ICT selain resipi lain yang disentuh sebelum ini. • Ilmu dalam Islam bertolak daripada kesedaran tauhid atau akidah seperti yang dijelaskan dalam al-Quran. • Sumber akidah dalam Islam ialah al-Quran dan hadis. Sama ada ilmu duniawi, keduniaan atau ukhrawi, keakhiratan berlandaskan tauhid. • Sama ada ilmu duniawi, keduniaan atau ukhrawi, keakhiratan berlandaskan tauhid. Soalan 4 • Ilmu ukhrawi dalam Islam bertindak sebagai nadi pembangunan sains, teknologi dan ICT seperti mana yang terbukti dalam tamadun ilmu Islam dahulu kala. • Akidah Islam mewajibkan setiap umatnya memerhati, mengkaji, merenung fenomena alam, kejadian manusia, penurunan hujan, tumbuhan, cakerawala dan sebagainya mengikut keupayaan intelek individu Muslim untuk mengetahui keesaan dan kekuasaan Pencipta. • Dalam syariat terdapat elemen-elemen permasalahan yang kritikal seperti kemahiran matematik dalam penentuan dan pembahagian pusaka. Terdapat tuntutan terhadap kemahiran falak dalam penentuan masa atau hari beribadat seperti sembahyang lima waktu dan penentuan hari raya. Terdapat tuntutan kemahiran dan teknologi pengangkutan dalam ibadat haji kerana setiap Muslim yang berupaya di pelosok dunia diperintahkan sekali seumur hidup untuk menunaikan haji. • Dalam akhlak terdapat desakan kemahiran untuk berfikir secara rasional untuk menyelesaikan persoalan-persoalan sosial seperti penyelesaian isu kejiranan, permasalahan sosial dan sebagainya. • Dalam Islam, terdapat pelbagai kesenian yang berkait langsung dan tidak langsung dengan
ilmu ukhrawi seperti kesenian bacaan al-Quran, penulisan khat, pertahankan negara dan pem binaan bangunan. Soalan 5 • Ilmu duniawi dalam Islam merupakan serpihan daripada ilmu ukhrawi kerana ia tidak boleh dibina pada prinsip keduniaan atau materialisme yang kosong daripada tuntutan ketuhanan. • Ilmu duniawi dilihat oleh Islam sebagai memenuhi tuntutan rubbiah dan uluhiah Pencipta. Rububiah berkait dengan pengakuan atau penyaksian hamba bahawa Allah Taala itu hanya sanya Pencipta alam ini atau alam-alam lain yang wujud yang di luar persepsi manusia tetapi dijelaskan dalam al-Quran. • Uluhiah berkait dengan penggunaan ilmu duniawi tersebut sebagai jambatan untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat. • Usaha keislaman tidak wajar terbatas pada memberikan konsep ketuhanan pada kegiatan keilmuan tersebut. Sebaliknya, ia perlu bersifat menyeluruh sehingga ia tidak boleh memberikan ruang untuk tohmahan bahawa Islam sekadar agama tempelan kepada kegiatan disiplin semasa. • Aspek warisan khazanah ilmu Islam. Cendekiawan atau saintis Islam perlu memartabatkan dan memberi satu kesinambungan yang berterusan terhadap sejarah sains dan teknologi Islam zaman kegemilangan Islam. • Pandangan retrospektif atau nostalgia berkenaan kemajuan umat Islam tidak wajar diretorikakan secara berlebihan untuk menjustifikasikan perkembangan kegiatan sains dan teknologi semasa. Soalan 6 Aspek-aspek pembangunan sains, teknologi dan ICT yang pro-Islam adalah yang dapat membangunkan agama, umat, negara dan ekonomi Islam. Ia boleh dilihat dari beberapa aspek: • Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam sektor pendidikan. • Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam sektor perhubungan awam dan pentadbiran negara untuk tujuan kecekapan dalam pengurusan dan pentadbiran.
Jawapan
• Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam sektor komunikasi dan telekomunikasi kerana komunukasi dan telekomunikasi merupakan sifat atau kriteria setiap individu Islam. • Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perikanan dan perkilangan. • Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam hiburan alternatif Islam. Soalan 7 Aspek pembangunan yang anti-Islam atau menyalahi kebenaran Islam ialah: • Yang merosakkan fitrah manusia, keharmonian alam sekitar dan imej agama Islam. Islam menghormati fitrah manusia dan menghalang percubaan untuk mengubahnya supaya sama atau hampir sama dengan haiwan. Contoh, konsep ibu tumpang, pengklonan manusia dan bayi tabung uji. • Berkenaan keharmonian alam sekitar, ekosistem tidak boleh dijadikan mangsa ujian pembangunan sains dan teknologi seperti pembangunan dan percubaan senjata nuklear. • Berkenaan ICT atau teknologi komunikasi dan maklumat. Ia diibaratkan dalam Islam sebagai senjata yang boleh digunakan untuk kebaikan seperti mempertahankan negara dan marwah atau keburukan seperti peperangan dan penyebaran fitnah. • Pembangunan memerlukan kepada peraturan, pemantauan dan penguatkuasaan. Soalan 8 • Teologi bukan sesuatu yang asing dalam sains dan teknologi Barat yang menjadi inspirasi negara-negara dunia. Ia telah diterokai dengan meluas dalam kalangan saintis Barat lantaran kegagalan darwinisme dan teori evolusi untuk bertahan. • Kajian empirikal atau eksperimen di makmal begitu susah untuk mengiakan teori kejadian manusia daripada beruk dan ketiadaan sistematik kejadian alam yang dikaitkan dengan kuasa ghaib. • Perkembangan teologi sains dan teknologi Barat semasa atau pascamodenisme juga boleh dihubung kait secara rasional dengan usaha ulama Islam terdahulu. • Penulisan serta wacana ilmuwan Barat yang menolak darwinisme dan evolusi bersesuaian
29
dengan akidah Islam yang mengaitkan Allah Taala sebagai Pencipta. • Secara relatifnya, ilmuwan Islam lebih dahulu daripada teologi Barat menyedarkan para saintis yang ateis dengan pelbagai wacana dan tulisan mereka. • Sungguhpun penulisan, kajian dan wacana ilmuwan Islam tersebut tidak terkedepan dalam perbincangan sains dan teknologi berbanding dengan Barat. Soalan 9 Terdapat beberapa kriteria untuk pembentukan falsafah tersebut untuk menjelaskan bahawa ia diasaskan pada hubungannya dengan ilmu ukhrawi. • Kriteria pertama ialah falsafah tersebut diasaskan pada tauhid atau teologi seperti yang dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, kegiatan sains, teknologi dan ICT tidak boleh bertolak daripada kosong, sifar atau desakan selain teologi seperti materialisme. • Kriteria kedua, dasar dan objektif yang terkandung dalam falsafah sains, teknologi dan ICT tidak melewati larangan Allah Taala seperti dalam ayat (6:44), (39:72), (68:44) dan (107:6). Ia bercanggah dengan akidah atau teologi Islam. • Kriteria ketiga, dalam pembinaan falsafah sains, teknologi dan ICT Islam, input daripada tamadun bukan Islam seperti Tamadun Barat yang melambangkan kemajuan sebenar perlu diterap dalam falsafah Islam tersebut. Islam tidak menolak secara total apa yang berada di luar Islam seperti dalam ayat (2:41, 89, 91, 97 & 110), (3:3, 50 & 81), (10:37), (46:12) dan lain-lain. Soalan 10 Antara etika dalam kajian makmal atau empirikal tentang sains, teknologi dan ICT adalah: • Rahmah terhadap alam sekitar dan haiwan yang menjadi bahan kajian. Agama Islam sebagai agama rahmah untuk sekalian alam termasuk haiwan. • Eksperimen terhadap haiwan tidak boleh keluar daripada sistem alam atau sunnah Allah Taala diperintah di dalam ayat-Nya (3:83) dan (4:117–119). Semua makhluk di dunia dan di langit atau alam semester beragama Islam atau mematuhi sunnah-Nya. • Ketika berurusan dengan manusia sebagai bahan eksperimen, persoalan yang sama perlu
30
Pengajian Islam 2E
diajukan tetapi manusia telah dimuliakan di sisi Islam lebih daripada haiwan. Oleh itu, eksperimen terhadap manusia tidak boleh disasarkan pada objektif eksperimen terhadap haiwan. • Eksperimen yang dilakukan bertujuan untuk kelangsungan manusia, bukan sahaja dilakukan untuk tujuan ilmu atau saintifik semata. Sebagai contoh, eksperimen dilakukan terhadap yis untuk mencipta daging bagi mengatasi permintaan daging atau protein yang sentiasa meningkat dengan pertambahan penduduk dunia.
BAB 12 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 A
2 C 7 D
3 A 8 B
4 C 9 D
5 B 10 C
SOALAN STRUKTUR 1 Kedua, kapitalisme, gergasi, produk, kemerdekaan 2 Gorbachov, perestroika, kapitalisme 3 Tembok 4 Bangsa-bangsa Bersatu, memaksimumkan, membangun, masuk 5 TIMES, NEWSWEEK, ASIAWEEK, elektronik 6 Order Baru, Barat, AS, Britain 7 globalisasi, Timur, Barat, kepenggunaan 8 Order Baru Dunia, dingin, Order Baru Dunia, Rusia 9 globalisasi, kapitalis, pekerja, kos 10 barangan, perkhidmatan, barangan, perkhidmatan 11 Tenggara, Thailand, Indonesia, 1970 SOALAN ESEI Soalan 1 Antara sektor ekonomi Islam yang boleh diaplikasikan untuk membendung kesan negatif globalisasi adalah: • Menggalakkan pertumbuhan sebenar dalam ekonomi negara Islam. Pertumbuhan ekonomi sebenar boleh dikaitkan dengan dua produk, iaitu barangan dan perkhidmatan. • Mengaktifkan dan memproduktif sektor makanan. Penghasilan makanan, terutama
makanan asasi merupakan perkara mutlak dan diperlukan oleh negara maju, membangun dan miskin. • Mempelbagaikan sektor ekonomi. Sektor ekonomi dalam negara perlu dipelbagaikan selaras dengan era ICT. Cita rasa dan keperluan pengguna sentiasa berubah disebabkan perubahan era. • Meningkatkan penjenamaan. Penjenamaan dari sudut pembungkusan dan promosi produk merupakan aspek penting dan diberikan perhatian serius oleh syarikat-syarikat besar negara maju. • Meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan. Kualiti barang atau perkhidmatan perlu diberi kan perhatian yang serius supaya setanding dengan produk luar negara. • Meneroka sektor ekonomi atau produk yang baru dan perlu. Negara Islam perlu meneroka produk baru seperti keperluan harian pengguna umpamanya ubat gigi, mandian dan sebagainya untuk keperluan tempatan. Soalan 2 Antara kesan positif adalah: • Mencipta daya saing pada negara-negara Islam. Dunia Islam akan melihat jauh ke hadapan dengan berusaha membina kekuatan ekonomi khususnya dalam bidang perindustrian dan ICT. • Memberikan peluang kepada pemasaran global untuk produk yang dikeluarkan oleh negara Islam seperti produk makanan halal. • Persaingan menyebabkan harga produk menjadi murah dan mudah diperoleh pengguna. • Menyatukan dunia Islam supaya bekerjasama pada peringkat global seperti dengan melalui penggunaan mata wang dinar sebagai ganti mata wang AS. Antara kesan negatif: • Negara Islam dan membangun terpaksa menghadapi lambakan produk negara maju berbanding dengan produk tempat yang kurang kompetitif. • Jurang dagangan akan dirasai oleh negara yang sedang membangun seperti dengan mengimport produk yang lebih mahal daripada harga produk yang dieksport ke negara maju. • Nilai mata wang negara sedang membangun sentiasa kecil berbanding dengan nilai mata
Jawapan
wang negara maju kesan lebihan dagangan yang tidak memihak negara sedang membangun. • Pendapatan per kapita negara Islam yang sedang membangun mungkin bertambah tetapi taraf hidup mungkin meningkat akibat kecairan pendapatan negara ke luar negara berlaku dan meningkat. Keadaan sebaliknya berlaku pada negara maju yang menguasai arus globalisasi. Soalan 3 • Media massa seperti media cetak TIMES, NEWSWEEK dan ASIAWEEK dan media elektronik seperti BBC dan CNN berperanan menyebarluaskan mesej globalisasi. • Media masa antarabangsa tersebut dikuasai Barat, sungguhpun ia mempunyai korespondennya di merata-rata tempat dunia termasuk dunia Islam ia tidak mendukung mesej tempatan. Ini disebabkan dana dan pembiayaannya adalah dari Barat. • Antara fungsinya adalah mempelopori maklumat atau berita terkini untuk disebarkan bagi tujuan komersil, penguasaan politik, penguasaan ekonomi dan sebagainya. • Fungsinya yang kedua adalah menggambarkan keupayaan, keharmonian dan kemakmuran sesuatu ekonomi dan sistem pemerintahan dan juga memburukkannya. • Fungsinya yang ketiga ialah membekalkan sumber berita kepada negara yang melanggan maklumatnya. Ini disebabkan liputan media massa Barat tersebut luas sehingga di medan perang seperti di Iraq. Soalan 4 • Globalisasi menyebabkan jurang kebudayaan antara Timur dengan Barat semakin sempit disebabkan pengaruh media massa, filem, hiburan Barat dan sebagainya yang dominan menguasai kepenggunaan di seluruh dunia. • Globalisasi meninggalkan kesan positif dan negatif dalam beberapa aspek-aspek kehidupan. Pertama, nilai kebebasan individu. Globalisasi memberikan anjakan terhadap nilai kebebasan individu. • Kedua, nilai pemikiran atau persepsi dalam aspek penilaian baik atau buruk berubah semenjak era globalisasi melanda. Ukuran kebenaran bukan lagi berpandu kepada tradisi tetapi kepada nilai kebenaran global seperti hakhak asasi yang ditakrifkan Barat.
31
• Ketiga, nilai kehidupan sosial berubah dalam era globalisasi. Nilai kehidupan sosial tidak diasaskan pada konsep kekitaan tetapi lebih tertumpu kepada individualistik disebabkan desakan sosioekonomi dan taraf kehidupan di kota. • Keempat, nilai hiburan seperti nyanyian dan perfileman berubah dari ketimuran yang mengutamakan sopan santun dalam penampilan, percakapan dan pergaulan kepada kebaratan. • Keenam, nilai pendidikan turut berubah dalam arus globalisasi. Penekanan pendidikan negara berubah disebabkan tekanan globalisasi. • Ketujuh, nilai kekeluargaan juga berubah disebabkan arus globalisasi yang memaparkan kebebasan dan keindividualan seperti melalui filem-filem Barat yang lebih daripada nilai kekitaan dan kesetiaan. Soalan 5 • Globalisasi berkait dengan penjajahan ekonomi dan politik. Ia menunjukkan usaha Barat yang berterusan bermula pada akhir abad ke-19 dan diperhebat selepas Perang Dunia Kedua. • Melalui dasar kapitalisme, syarikat-syarikat gergasi dunia menghasilkan produk dan menjualnya di seluruh dunia. • Penjajahan Barat memudahkan komunikasi antarabangsa dan pengangkutan udara. • Barat menjadi semakin kuat selepas Soviet Union runtuh bersama pemerintahan Presiden Gorbachov yang mengamalkan dasar terbuka atau perestroyka. • Istilah globalisasi baru muncul, iaitu selapas perang dingin berakhir antara Rusia dan Eropah. Di sebalik globalisasi, terdapat pelbagai organisasi termasuk PBB yang membantu Barat untuk menguasai politik dan ekonomi dunia secara berterusan. • PBB menyokong perubahan institusi antarabangsa termasuk Majlis Keselamatannya sendiri supaya lebih bersikap terbuka. • Hubungan globalisasi dengan penguasaan Barat terhadap ekonomi dan politik dunia akan lebih terserlah apabila melihat kepada kemunculan Order Baru Dunia. Soalan 6 • Globalisasi mempunyai hubungan tidak langsung dengan konglomerat dunia yang dikuasai Barat
32
Pengajian Islam 2E
dalam pelbagai bentuk jenama produk makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. • Semenjak kelahiran istilah globalisasi, manifestasi penguasaan Barat terhadap ekonomi global termasuk dunia Islam jelas dari sudut pasaran modal, perdagangan dua hala dan perluasan empayar dagangan dalam bentuk francais. • Penguasaan ekonomi tempatan oleh Barat jelas boleh dilihat dalam bentuk institusi perbankan seperti Citibank, Southern Bank dan Hongkong Bank. • Dalam bentuk francais makanan globalisasi boleh dikaitkan dengan cawangan-cawangan makanan segera yang wujud merata tempat di Malaysia seperti KFC, Mc Donald, A&W dan sebagainya. • Dalam bentuk perluasan perindustrian Barat, globalisasi boleh dikaitkan dengan sistem pengangkutan seperti kapal terbang dan kapal. • Dalam bentuk produk kosmetik, kasut dan pakaian, barang-barang jenama Eropah boleh didapati di mana-mana tempat. • Dalam bentuk pasaraya, globalisasi boleh dikaitkan dengan kehadiran pasar raya Carrfoure, Giant, Tesco dan sebagainya. Soalan 7 Terdapat dua perantaraan penting yang menyebabkan penyebaran gejala sosial hasil perkembangan globalisasi atau dunia tanpa sempadan: • Globalisasi mengundang permasalahan sosial disebabkan kerakusan oleh pihak yang mengeksploitasi permasalahan sosial dan juga individu yang terbabit dalam masalah tersebut. • Melalui perantaraan ICT, laman sesawang lucah diwujudkan untuk merosakkan minda dan akhlak golongan remaja dan dewasa. • Kegiatan jenayah seperti pedophile yang berlaku di Barat dapat dilakukan oleh pihak yang songsang fikirannya. • Kegiatan judi online juga menjadi cabaran penting untuk pihak kerajaan dan masyarakat bagi mencegah kegiatan judi daripada menular. • Melalui mobiliti orang perorangan, penagihan dadah dan jenayah pengedarannya tidak mudah dibendung. • Kegiatan pelacuran antarabangsa. Pemindahan mudah manusia dari suatu negara ke negara lain menyukarkan kegiatan jenayah antarabangsa untuk dicegah.
Soalan 8 Antara langkah yang boleh diambil untuk memperkemaskan institusi sosial adalah: • Meningkatkan kefahaman dan kemahiran keibubapaan sesuai dengan arus globalisasi. • Meningkatkan peribadi, keterampilan dan daya komunikasi setiap anggota masyarakat supaya lebih berkeyakinan dan memilih jalan hidup yang lurus. • Mempelbagaikan dan mengaktifkan aktiviti sosial dan kebajikan. • Mewujudkan hubungan erat antara ahli keluarga dan anggota masyarakat. • Menyediakan khidmat nasihat atau kaunseling untuk individu yang bermasalah. • Setiap anggota masyarakat yang berkebolehan perlu menjanakan sosioekonomi supaya dapat membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan ekonomi negara. • Mengadakan atau menganjurkan sesuatu motivasi, bengkel dan seminar untuk keperluan akademik dan pekerjaan setiap anggota masyarakat. • Menjalinkan hubungan dengan pelbagai badan NGO supaya lebih peka dengan perkembangan dan keperluan semasa. • Mengadakan kerjasama dengan pihak polis dan JAKIM untuk membendung jenayah dan gejala sosial. Soalan 9 • Tiada catatan yang jelas tentang bermulanya agenda globalisasi. • Barat cuba menguasai ekonomi dan politik dunia sekian lama tetapi hanya berjaya selepas kuasa sosialis terbesar, iaitu Rusia dijatuhkan dan Eropah bertukar menjadi kapitalis dan menganuti demokrasi sepenuhnya selepas peristiwa Tembok Berlin diruntuhkan. • Gerakan kapitalisme Eropah bermula pada abad ke-16 dengan perluasan kuasa Barat di dunia, iaitu pada 1519 hingga 1521. • Dunia cuba ditakrifkan di bawah pentakrifan sempadan masa dan geografi Eropah. • Terdapat perluasan perniagaan dan pelaburan dunia pada akhir abad ke-19. Ia tergendala disebabkan Perang Dunia Pertama dan dasar pintu tertutup terhadap perdagangan bebas. Dunia Kedua menyebabkan perluasan kapitalisme.
Jawapan
• Keruntuhan Soviet Union semasa pemerintahan Presiden Gorbachov yang mengamalkan dasar terbuka atau perestroyka membuka pintu kepada reformasi ekonomi yang dikuasai oleh kapitalisme Barat. • Keruntuhan Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat yang menganuti kapitalisme dan demokrasi dan Jerman Timur yang menganuti sosialisme dan komunisme menyatukan Eropah keseluruhannya di bawah satu kapitalisme. Soalan 10 Antara badan dunia yang telah mempermudah globalisasi adalah: • Organisasi Perdagangan Dunia atau World Trade Organisation (WTO). Ia ditubuhkan pada tahun 1995 untuk memantau dasar dan peraturan perdagangan antarabangsa dan dianggotai oleh 123 buah negara di dunia. • Tabung Wang Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF), ia ditubuhkan pada tahun 1946 kesan daripada Perang Dunia Kedua. Ia dianggotai oleh 182 buah negara. • Bank Dunia. Ia menyediakan pinjaman kepada negara-negara miskin untuk projek pembangunan. Ia menyediakan pinjaman untuk projek pelaburan seperti bekalan air dan pembetungan, pengurusan sumber alam, pendidikan dan kesihatan.
BAB 13 SOALAN OBJEKTIF 1 B 6 C
2 A 7 A
3 B 8 A
4 C 9 A
5 A 10 B
SOALAN STRUKTUR 1 Umawi, Abbasi, memeluk, adat resam 2 munafik, perdebatan, Abbasi, Abu Bakr 3 orientalis, Zionis, Zionis, orientalis 4 sosiologi, kebudayaan, Perancis, British 5 orientalis, dogmatisme, ideologi, al-din 6 orientalis, Samawi, adadptasi, Muhammadanisme 7 ummi, wahyu, difitnah, mencipta 8 Quaisy, ummiyin, tulisan, tulisan 9 mashaf, pelepah tamar, menyusun, Jibril 10 perundangan, syariat, akidah, akhlak
33
SOALAN ESEI Soalan 1 Antara faktor dalaman negara Islam yang menyebabkan salah faham terhadap agama Islam perpecahan ummah pada peringkat nasional adalah: • Persempadanan wilayah Islam yang semakin luas menyebabkan kefahaman tentang Islam secara menyeluruh tidak dapat disampaikan sedangkan ramai yang memeluk agama Islam. • Perselisihan faham dan perpecahan umat Islam, ia menyuburkan salah faham terhadap Islam. • Elemen subversif dalam negara atau kerajaan Islam terdiri daripada golongan munafik, sebahagian orang yang baru memeluk agama Islam dan bukan Islam yang terdiri daripada Yahudi, Kristian dan Majusi. • Kurang ilmu pengetahuan agama Islam menyebabkan atau menyemai salah faham tentang Islam sedang dalam masa yang sama wujud pengaruh kebudayaan bukan Islam menguasai arus perdana. • Perkembangan ajaran sesat atau salah menyebabkan salah faham berlaku terhadap Islam dan ia menyuburkan elemen-elemen syirik seperti mandi bulan Safar untuk menghindarkan bala, kepercayaan terhadap kekeramatan kubur para wali dan sebagainya. Soalan 2 Antara pengaruh-pengaruh asing yang menyumbang ke arah salah faham terhadap agama Islam adalah: • Serangan pemikiran oleh orientalis Barat dan dalam sesetengah sumber Islam dinyatakan serangan pemikiran juga dilakukan oleh intelektual Zionis. Serangan pemikiran oleh orientalis Barat yang prejudis cukup berkesan untuk mencetuskan salah faham terhadap agama Islam. • Pengaruh kebudayaan asing. Islam muncul di tengah-tengah tiga kebudayaan Sasaniah atau Parsi di Timur dan kebudayaan atau agama Kristian dan Yahudi. Kebudayaan Sasaniah lebih mempengaruhi aspek kesenian dan hiburan, manakala kebudayaan atau agama Kristian dan Yahudi lebih mempengaruhi aspek-aspek agama. • Penjajahan Barat dan dasar pecah perintah memberi kesan tidak langsung kepada
34
Pengajian Islam 2E
percambahan ajaran sesat. Dasar pecah perintah menyebabkan dunia Islam tidak bersatu dan tidak wujud satu konsensus untuk menangani permasalahan umat Islam termasuk ajaran sesat. • Penjajahan dan modenisme yang diperkenalkan oleh penjajah Barat terhadap dunia Islam khususnya dalam arena pendidikan menyebabkan skop pendidikan Islam diletakkan dalam konteks tradisional. Soalan 3 Gambaran salah yang stereotaip yang selalu diulang-ulangkan oleh penulis Barat tentang Islam ialah: • Sebahagian orientalis Barat khusus pada awal era moden dan sebelumnya melihat agama sebagai satu dogmatisme yang menekankan aspek ritual semata-mata. • Sebahagian orientalis Barat menganggap agama Islam bukan agama Samawi tetapi menganggapnya sebagai adaptasi kepada agama Kristian. Mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW mempelajari selok-belok agama Kristian dan seterusnya mencipta agama tersendiri yang bersifat ketimuran. • Sebahagian orientalis Barat meletakkan alQuran sebagai wahyu dalam keraguan dengan alasan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah ummi, tidak boleh membaca dan menulis atau secara mutlak tidak mempunyai ilmu pengetahuan. • Rasulullah SAW selalu digambarkan oleh orientalis Barat suka mengamalkan poligami yang luar biasa. Hakikatnya, poligami tersebut dibenarkan oleh Allah Taala untuk tujuan penyebaran dan perpaduan umat Islam yang terdiri pelbagai kabilah atau etnik. • Orientalis Barat yang prejudis juga cenderung untuk menggambarkan bahawa Rasulullah SAW gila seks. Hakikatnya, Baginda merupakan individu yang stabil, banyak menumpukan pada urusan negara dan agama dan ketika berada di rumah baginda menjadi suami yang bertanggungjawab. • Wanita dalam kajian sosiologi dan kebudayaan Barat digambarkan sebagai hamba seks atau digunakan untuk memuaskan hawa nafsu golongan lelaki. Antara alasan yang digunakan adalah mereka dipaksa menutup aurat dan tidak boleh bergaul bebas serta tidak dibenarkan
menjalankan aktiviti kehidupan harian demi untuk memenuhi tuntutan seks suami atau tuannya semata-mata. Soalan 4 Antara gambaran salah tentang Islam yang biasa dimainkan oleh media massa Barat, terutama yang berbentuk antarabangsa adalah: • Fundamentalisme. Istilah fundamentalisme digunakan dengan ajaran Islam untuk menggambarkan bahawa agama Islam satu agama yang taksub dan tidak secucuk dengan era moden semasa kerana tidak unsur toleransi pada fundamentalisme. • Ekstremisme pula digunakan untuk menggambarkan bahawa wujud golongan ekstremis atau melampau seperti golongan wahabi dalam masyarakat Islam yang boleh mengancam kesejahteraan hubungan antara manusia dari pelbagai latar belakang agama. • Terorisme dipercayai mula digunakan apabila wujud elemen ganas dalam Islam yang bersifat individu dan menggunakan kekuatan senjata seperti bom untuk membunuh mangsa. • Islam merupakan agama yang harmonis. Buktinya banyak peperangan yang antara Islam dengan Barat berlaku di bumi Islam yang serba kekurangan dari segi persenjataan dan kekuatan ekonomi. Soalan 5 Cara memberikan respons terhadap salah tanggapan semasa terhadap Islam dalam keupayaan individu adalah: • Meningkatkan jati diri dicapai dengan menjejaki jejak langkah role model Islam seperti imam alSyafie dan al-Ghazali. • Meningkatkan ketakwaan dan kecekalan rohani kerana ia merupakan sumber kekuatan umat Islam. • Mencontohi individu atau bangsa yang berjaya. • Mempunyai aura, karisma atau kewibawaan. • Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan semasa. • Menguasai semua kepakaran sains, teknologi dan ICT sebagai senjata moden umat Islam. • Menghayati isi kandungan al-Quran dan Hadis. Soalan 6 Apa yang wajar dilakukan oleh pihak berwajib atau kerajaan dalam memulihkan imej Islam
Jawapan
yang dicemari oleh fahaman salah terhadap Islam adalah: • Meningkatkan keupayaan ekonomi negara. Dunia Islam perlu membina keupayaan ekonomi tanpa bergantung kepada bantuan dan pertolongan Barat. • Pihak berwajib perlu mewujud dan memper kukuh kemajuan sains, teknologi dan ICT untuk bersaing di peringkat global dan seterusnya dapat menghakis imej kemundurannya. • Masyarakat atau rakyat negara Islam perlu diubah supaya bersikap dinamik dan proaktif, tanpa berpeluk tubuh atau berpuas hati dengan mentaliti subsidi kerajaan. • Meningkatkan kerjasama sesama negara Islam dalam pelbagai urusan seperti perdagangan, kebudayaan, sukan dan pendidikan adalah penting untuk memberikan gambaran positifnya kepada dunia. • Menjalinkan hubungan antarabangsa dengan baik dan berkesan. Dunia Islam perlu menerajui hubungan tersebut bukan sahaja bersikap terbuka tetapi juga perlu responsif, proaktif dan berwibawa. Soalan 7 • Rasulullah SAW selalu digambarkan oleh orientalis Barat suka mengamalkan poligami yang luar biasa. Hakikatnya, poligami tersebut dibenarkan oleh Allah Taala untuk tujuan penyebaran dan perpaduan umat Islam yang terdiri pelbagai kabilah atau etnik. • Orientalis Barat yang prejudis juga terdapat kecenderungan mereka untuk menggambarkan bahawa Rasulullah SAW gila seks. Hakikatnya, Baginda merupakan individu yang stabil, banyak menumpukan pada urusan negara dan agama dan ketika berada di rumah Baginda menjadi suami yang bertanggungjawab. • Rasulullah SAW digambarkan sebagai pengganas. Hakikatnya, Baginda tidak menganjurkan fundemantalisme, terorisme dan ekstrimisme. Sebaliknya, ia tuduhan disalah tafsirkan daripada ajaran Islam. Fundemantal dalam Islam disalahtafsirkan dengan fundemantalisme, pertahanan disalahtafsirkan dengan terrorisme, manakala kepatuhan terhadap ajaran Islam disalahtafsirkan ekstrimisme.
35
Soalan 8 • Keganasan tidak wujud dalam Islam kerana Islam agama rahmat, universal dan penyelamat kepada semua. Yang wujudnya ialah peperangan untuk mempertahankan negara Islam seperti yang berlaku dalam sejarah Islam. • Memang bangsa Arab atau Islam pada ketika itu suka kepada peperangan tetapi untuk membela keadilan dan menjaga keamanan. Perlu difahami bahawa sudah wujud peperangan sebelum kedatangan Islam lagi umpamanya antara dua kuasa besar Parsi dan Rom. • Peperangan tidak wujud antara negara Habshah yang ketika mempunyai agama rasminya, iaitu Kristian dengan umat Islam kerana Habshah tidak mengancam umat Islam. • Dalam peperangan Islam, sudah wujud peraturan atau panduan selaras dengan Perjanjian Geneva pada era moden ini. Peraturan tersebut menetapkan bahawa golongan wanita, kanak-kanak, orang tua, orang tidak berupaya dan orang tidak bersenjata tidak boleh dibunuh dalam peperangan yang dilakukan. Juga peraturan itu menetapkan bahawa harta benda, alam sekitar, rumah ibadat dan sebagainya tidak boleh dimusnahkan.
BAB 14 SOALAN OBJEKTIF 1 C 6 C
2 B 7 A
3 D 8 B
4 A 9 D
5 C 10 C
SOALAN STRUKTUR 1 Perpaduan Ummah, al-Quran, hadis, perpaduan ummah 2 masyarakat, individualistik, kehausan, mengorek 3 universal, siasah, munakahah, muamalah 4 furuk, hukum, furuk, budaya 5 perbezaan, perbezaan, furuk’, usul 6 subversif, munafik, mengadu domba, memecahkan 7 pengkhianatan, Monghol, Abbasi, Monghol 8 Free thinking, Free thinking, tradisi, berbeza 9 al-Jazeera, CNN, BBC, langganan 10 berpusat, diterjemahkan, barangan, braindrain
36
Pengajian Islam 2E
SOALAN ESEI Soalan 1 Jawapan tidak dinyatakan dalam teks tetapi mekanisme atau cara untuk mencapai perpaduan boleh difahami menerusi subteks tentang ‘prinsip perpaduan’, menerusi subteks tentang skop perpaduan ummah dan menerusi perbezaan pendapat dan perpaduan ummah. Soalan 2 Antara faktor yang menyebabkan perpecahan ummah adalah: • Perebutan kuasa seperti dalam sejarah Islam. Perebutan kuasa antara keturunan Sayidina Ali bin Abi Talib dan Khalifah Muawiah bin Abi Sufian menyebabkan umat berpecah kepada dua kumpulan besar, iaitu Sunni dan Syiah. • Elemen subversif dalam negara atau kerajaan Islam seperti golongan munafik yang suka mengadu domba berjaya memecahkan perpaduan umat Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dan seterusnya pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib. • Faktor hasad dengki seperti dalam sejarah kerajaan kecil Andalus Islam menyebabkan permusuhan berlaku antara beberapa raja atau sultan Islam di Andalus. • Penganiayaan atau penindasan oleh golongan berkuasa terhadap golongan lemah atau tidak berupaya menyebabkan retaknya perpaduan ummah. • Fitnah dan pengkhianatan menyebabkan perpaduan ummah retak. Dalam al-Quran, Allah SWT menyifatkan bahawa fitnah adalah parah daripada pembunuhan. • Perbezaan latar belakang pendidikan dalam kalangan cendekiawan Islam semasa dan tiada tolak ansur atau sikap saling memahami juga menyebabkan umat Islam tidak bersatu hati. Soalan 3 Untuk merealisasikan perpaduan pada peringkat nasional: • Perbezaan politik seperti antara PAS dengan UMNO tidak wajar dijadikan asas untuk perselisihan faham dan perpecahan ummah. • Dialog dan seminar yang mempunyai kepentingan bersama seperti persoalan global
umpamanya perang saudara di Iraq dan persoalan setempat umpamanya kemiskinan rakyat boleh dijadikan titik mula perpaduan ummah. • Jurang ekonomi antara kelompok masyarakat Islam dalam negara perlu diperkecil. • Pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang menjadi landasan interaksi dan perpaduan ummah perlu diseimbangkan antara negeri atau kawasan mengikut kepentingan-kepentingan tertentu. • Sistem maklumat atau ICT yang menjadi penyambung kepada perpaduan ummah perlu diwujudkan. • Konsep perpaduan dalam Islam seperti hubungan silaturahim, kejiranan dan sebagainya perlu dihayati sepenuhnya. • Pendidikan penting dalam perpaduan ummah di peringkat nasional agar tidak wujud anasiranasir subversif dalam masyarakat Islam. • Generasi muda perlu diasuh dan dididik tentang keperluan perpaduan ummah pada peringkat nasional. Soalan 4 Antara langkah yang perlu diambil untuk menjayakan perpaduan ummah pada peringkat global adalah: • Dengan wujudkan media masa Islam yang global di samping al-Jazeerah yang sedia ada supaya gambaran seimbang khususnya tentang Islam dan dunia Islam dapat diketengahkan. • Kegiatan keilmuan Islam perlu berpusat dan dibiayai oleh suatu perbadanan Islam antarabangsa, manakala hasil keintelektualan tersebut diterjemahkan kepada perlaksanaan, barangan dan perkhidmatan. • Kukuhkan persatuan dunia Islam pada peringkat global. • Persoalan dunia Islam seperti politik dan ekonomi tidak wajar ditentukan oleh kuasa lain kerana ia menyebabkan dunia Islam tidak berwibawa. • Kerjasama dunia Islam melalui OIC tidak wajar bersifat forum yang hanya mencambahkan idea tidak ia tidak dicuba dilaksanakan secara serius. • Kerjasama ekonomi yang merupakan nadi pembangunan insan dan negara perlu diperkukuhkan antara negara Islam. • Pertahanan negara atau dunia Islam perlu
Jawapan
dipertingkatkan. • Pertikaian antara negara anggota Islam perlu ditangani oleh umat Islam sendiri bukan ditentukan oleh kuasa asing. • Sebarang bentuk bencana dalam sesebuah negara Islam seperti Tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi di Afghanistan pada tahun 2005 perlu diberi reaksi pantas oleh negara Islam yang lain. Soalan 5 Terdapat beberapa ayat al-Quran yang boleh dikait kan secara langsung dalam konteks perpaduan ummah. Nasional. Antara ayat tersebut adalah: • Ayat (3:103) yang bermaksud “Dan berpeganglah dengan tali (agama) Allah semuanya dan kamu berpecah belah).” • Ayat (3:105) yang bermaksud “Dan jangan kamu jadi seperti mereka yang berpecah dan berselisih faham selepas didatangi dengan keterangan (alQuran).” • Ayat (3:112) yang bermaksud “Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali (mereka berpegang) dengan tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) manusia.” • Ayat (8:46) yang bermaksud “Dan taatlah pada Allah dan Rasul-Nya serta jangan kamu berpecah belah maka kamu gagal (jika berpecah belah) dan hilanglah kehebatan kamu.” • Ayat (42:13) yang bermaksud “Dia mensyariatkan kepada kamu agama seperti yang Dia wasiatkannya kepada Nabi Nuh as.” • Ayat (61:4) yang bermaksud “Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalan-Nya berada dalam satu barisan seolaholah mereka merupakan sebuah bangunan yang teguh.” • Kesimpulan daripada ayat-ayat itu ialah kewajipan untuk mewujudkan perpaduan ummah oleh semua peringkat masyarakat dengan keupayaan gerak kerja yang berbeza. Kedua, perpaduan ummah perlu diasaskan pada agama Allah tidak pada perkara lain. Ketiga, kesan negatif hasil perpecahan ialah kehinaan. Keempat, rujukan utama ketika timbul perbalahan ialah kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Soalan 6 Terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang boleh dibahaskan dalam konteks perpaduan
37
ummah. Antara hadis tersebut adalah: • Bandingan masyarakat Islam adalah seperti satu jasad manusia. Apabila salah satu jasadnya sakit seluruh anggota berjaga dan merasainya. • Hadis kedua ialah yang bermaksud “Tidak beriman seseorang itu sehingga ia suka pada saudara seagamanya seperti apa jua kebaikan yang wujud pada dirinya.” • Rasullah SAW dalam sebuah hadis membandingkan sebuah masyarakat yang hidup secara individualistik atau tidak bersatu seperti situasi cemas anak kapal yang kehausan air. • Terdapat banyak hadis lain tentang persaudaraan dalam agama Islam, hubungan silaturahim dan sebagainya. • Kesimpulan penting hadis-hadis berkenaan ialah perpaduan ummah boleh dicapai sepenuhnya apabila konsep persaudaraan dalam Islam dapat difahami dan dihayati oleh semua lapis masyarakat Islam. Soalan 7 Terdapat dua skop perpaduan ummah, iaitu: • Persoalan usul atau principal dan persoalan furuk atau cabang. Skop perpaduan ummah yang usul bersifat universal, tiada siapa dan negara Islam boleh menafikannya seperti kewajiban menunaikan sembahyang dan mengerjakan haji. • Contoh, tidak boleh wujud mana-mana individu atau suatu ciri perpaduan ummah. Begitu juga dengan kewajipan atau perintah agama lain. • Persoalan usul dalam perpaduan ummah melibatkan perundangan asas dalam Islam yang terdiri daripada siasah, munakahat, muamalah dan jinayah. • Skop furuk atau cabang ialah perkara yang tidak diputuskan oleh agama Islam. Ia mempunyai hikmat tersendiri atau rahmat di sebalik perbezaan pandangan. • Skop perpaduan ummah yang furuk bersifat kawasan, rantau dan sebagainya yang ditentukan oleh pihak yang berwajib. Soalan 8 • Rujukan, sandaran atau prinsip perpaduan ummah telah wujud dalam agama Islam. Pertama al-Quran dan al-Sunnah sebagai prinsip utama yang tidak boleh ditolakansurkan. • Perpaduan yang menyimpang daripada
38
Pengajian Islam 2E
landasan al-Quran dan hadis tidak dinamakan perpaduan ummah. Apabila perselisihan faham dan perbezaan pendapatan berlaku dalam kalangan umat Islam, temput rujukan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut ialah alQuran dan al-Sunnah. • Ijmak ulama sebagai prinsip kedua selepas al-Quran perkara yang berbeza secara mutlak dengan al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, ia mengandungi rohnya atau menjelaskannya secara terperinci. Ijmak ulama bukan digunakan sebagai prinsip kedua untuk menghurai makna tersirat dalam al-Quran dan hadis. • Qias dianggap sebagai prinsip ketiga apabila menyentuh isu yang tidak wujud dalam al-Quran dan al-Sunnah. Qias bermaksud membandingkan hukum dalam konteks ilmu fikah dan segala tindakan dalam konteks perpaduan ummah dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, hadis dan ijmak ulama. • Prinsip keempat, iaitu ijtihad. Ia berasal daripada istilah fikah dan dalam aplikasi terhadap perpaduan ummah, ia boleh disamakan dengan usaha yang bersungguhsungguh oleh semua pihak untuk mewujudkan perpaduan ummah. Soalan 9 Antara kesan negatif pada peringkat nasional dan global akibat perpecahan ummah adalah: • Umat Islam dipandang rendah oleh masyarakat lain. • Kedudukan politik dan ekonomi dalam negara mungkin berpindah tangan daripada orang Islam kepada bukan Islam. • Dalam konteks dakwah Islamiah, agama Islam tidak menjadi tarikan kepada bukan Islam kerana mereka menilai keadaan umat Islam sendiri. • Negara mungkin dijajah oleh kuasa asing. • Umat Islam mungkin dipermainkan di persada antarabangsa oleh bukan Islam kerana mereka tidak dilihat seperti dahulu lagi dengan kehebatan dan kekuatannya. • Negara dan dunia Islam akan tersisih daripada arus pembangunan. • Usaha menangani gejala sosial dalam kalangan umat Islam mungkin tidak berjaya disebabkan faktor perpecahan ummah. • Usaha mencegah jenayah yang menimpa umat Islam tidak tercapai kerana masing-masing
dengan keadaan masing-masing. • Serangan pemikiran bukan Islam mudah menguasai umat Islam lantaran mereka tidak sepakat dalam pelbagai isu yang penting. Soalan 10 Berikan ulasan anda/pendapat anda tentang pergolakan politik dan negara Islam semasa dalam konteks perpaduan ummah.
BAB 15 SOALAN OBJEKTIF 1 C 6 B
2 B 7 A
3 B 8 D
4 C 9 A
5 A 10 C
SOALAN STRUKTUR 1 dialog, anarki, pertembungan 2 fahaman, wadah, peperangan, ketenteraan 3 kuasa besar, ketenteraan, berbeza, pencerobohan 4 sawami, bia, peradaban 5 Yahudi, Kristian, Confucious, Hindu, cult 6 kebebasan, Madinah, Aus, Kazraj 7 kitab, Taurat, Zabur, Injil 8 Islam, Islam, keganasan, Islam 9 pertembungan, geo-politik, geo-sosial, Greek 10 syamil, falsafah, teori, risalah SOALAN ESEI Soalan 1 • Pertembungan peradaban tidak realistik, tidak mungkin berlaku dalam era semasa dan apa yang berlaku ialah pencerobohan atau peperangan yang tidak seimbang. • Pertembungan peradaban sebenarnya hampir tidak wujud. Ia merupakan istilah yang samar dan mungkin diada-adakan untuk tujuan manipulasi dan seterusnya eksploitasi terhadap peradaban yang lemah. • Pertembungan peradaban hanya berlaku antara dua kuasa yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang sama dan mempunyai latar peradaban, kebudayaan atau keagamaan yang berbeza. • Jika kekuatan ketenteraan tidak seimbang antara dua peradaban yang tidak seimbang, maka istilah pencerobohan lebih sesuai dikaitkan dengannya seperti penjajahan Barat ke atas
Jawapan
dunia Islam pada abad ke-17, 18 dan 19. • Sejarah peperangan dunia Islam dan Barat yang disifatkan mempunyai latar kebudayaan atau peradaban yang berbeza bukan diasaskan pada kekuatan ketenteraan yang sama atau seimbang. • Dalam tulisan-tulisan sejarah Islam dan Barat sebelum istilah pertembungan peradaban dilontarkan tidak wujud perkataan istilah pertembungan tersebut. Apa yang wujud ialah peperangan, penaklukan, penindasan dan sebagainya antara dua kuasa yang tidak seimbang dari sudut ketenteraan. • Pertembungan peradaban juga menunjukkan bahawa kedua-dua peradaban yang bertembung tersebut mempunyai sempadan kebudayaan jelas dari sudut geo-politik dan geo-sosial. Di samping itu, ia bermaksud bahawa peradaban tersebut diasaskan pada satu tamadun yang tinggi seperti Tamadun Greek dan Islam. • Dalam konteks semasa, ketika mana jurang nilai kemanusiaan sejagat seperti antara Islam dan Barat semakin sempit pertembungan peradaban sukar digambarkan. Realiti yang berlaku semasa ialah bukannya pertembungan tetapi peperangan ekonomi dan politik secara langsung, bukan peperangan peradaban. Soalan 2 Istilah pertembungan peradaban disandarkan pada fakta-fakta yang tidak tepat atau disalahtafsirkan. Antara fakta yang tidak tepat atau disalahtafsirkan adalah: • Bersandarkan prasangka buruk terhadap perkembangan sejarah interaksi peradaban lampau, terutama sekali antara Islam dengan Barat. Sejarah peperangan Islam dan Barat disalahtafsirkan sebagai Islam sebagai satu satu agama agresif atau suka kepada peperangan. • Bersifat ramalan yang tidak ketentuan lantaran. Hal ini kerana, ekoran ancaman yang mungkin dicetuskan oleh Republik Soviet Rusia sudah berakhir, ia melihat kebarangkalian secara berlebihan kuasa baru selain Barat mungkin berkembang dan mengancam Barat. • Pembentukan istilah itu boleh dikaitkan dengan Order Baru Dunia yang dicetuskan oleh sebilangan pemimpin Barat untuk mencoraki dunia dan menguasainya dari sudut politik dan ekonomi. • Digunakan oleh Barat untuk menutup
39
kelemahannya dalam mengekang konflik Israel− Palestin yang asasnya berpunca dari Barat sendiri yang membenarkan Israel diisytiharkan negara di bumi Palestin. Soalan 3 • Maksud pertembungan peradaban ialah sikap agresif antara dua peradaban berbeza terhadap satu sama lain dengan kekuatan yang sama. • Maksud dialog peradaban ialah hubungan harmonis dan konstruktif antara dua peradaban berbeza. • Pertembungan peradaban digunakan untuk menggambarkan secara salah dan eksploitasi terhadap senario politik semasa yang berpihak kepada Barat selepas era Perang Dingin antara Barat dengan Rusia. • Terdapat beberapa perbezaan antara dialog dengan pertembungan peradaban. Pertama, dialog peradaban diasaskan pada nilai-nilai interaksi positif, tanpa mencetuskan keadaan anarki atau huru-hara antara rakyat yang berada dalam dua peradaban yang berbeza tersebut. • Kedua, dalam dialog peradaban, segala perbezaan fahaman atau perselisihan dilakukan melalui wadah keilmuan, perbincangan atau dialog positif, manakala dalam pertembungan peradaban ia diselesaikan melalui kuasa peperangan, ketenteraan atau persenjataan. • Ketiga, dialog peradaban menggalakkan hubungan harmoni antara pelbagai bangsa di dunia tanpa mengorbankan identiti suatu agama atau kepercayaan kerana setiap agama dan kepercayaan mempunyai matlamat yang satu iaitu kebahagiaan hidup. Pertembungan peradaban menyemai kesangsian atau kebencian antara pelbagai bangsa serta mencetuskan peperangan. Soalan 4 • Dialog peradaban lebih sesuai mengganti istilah pertembungan peradaban di persada dunia. Dunia yang lebih maju pada masa kini dan diasaskan pada pertukaran maklumat yang pantas dan nilai kemanusiaan sejagat tidak memerlukan pertembungan peradaban. • Nilai kemanusiaan sejagat boleh dilihat dalam konteks kebebasan melakukan aktiviti harian seperti sosioekonomi dan pendidikan dalam ruang lingkup perundangan yang dibenarkan.
40
Pengajian Islam 2E
• Ia juga boleh dilihat dalam bentuk kebebasan memilih agama, mengamalkan kebudayaan dan seumpamanya. Ini tidak bercanggah dengan mana-mana agama di dunia. • Seterusnya, semua sistem pemerintahan ekonomi sama ada berbentuk kapitalis, sosialis atau seimbang seperti dalam ekonomi Islam dan sistem pemerintahan sama ada berbentuk teokrasi, demokrasi atau komunis menyaksikan satu persamaan nilai. • Pertukaran atau perpindahan maklumat pantas pada peringkat tempatan dan global tidak mendorong ke arah pertembungan peradaban. Kebarangkalian berlaku pertembungan peradaban di era ICT ini adalah tipis tetapi peperangan ekonomi dan politik boleh berlaku seperti apa yang dapat disaksikan di Iraq semenjak ia diserang oleh Tentera Bersekutu pada bulan Mac 2003. • Pertembungan peradaban atau peperangan yang diasaskan pada perbezaan kebudayaan, keagamaan dan kefahaman sukar diterima disebabkan dunia semakin kecil. Soalan 5 Islam bukan sahaja boleh dilihat sebagai men dukung dialog peradaban tetapi wajar dilihat sebagai pemimpin dan pembimbing dialog peradaban. Hal ini kerana: • Islam agama universal dan syamil atau lengkap dari sudut falsafah, teori dan amalan dari pelbagai sudut termasuk dialog peradaban. • Islam merupakan agama fitrah (3:83), ia mendukung fitrah dan keperluan manusia dalam konteks hubungan dengan dirinya dan orang atau masyarakat selainnya. • Mesej utama semenjak kemunculan Islam ialah kebebasan dan keamanan dalam semua arena kehidupan. • Islam terlebih dahulu memperkenalkan sistem demokrasi kepada masyarakat dunia yang dikuasai oleh fuedalisme dengan mewujudkan sistem pemerintahan syura atau parlimen. Soalan 6 Untuk menjayakan dialog yang global, wahana atau modnya perlu diberikan perhatian. Islam menyarankan wahana atau modelnya tersendiri. Antaranya adalah:
• Pena dan penulisan merupakan wahana penting penyampaian mesej dialog peradaban. Umat Islam khususnya cendekiawan perlu merebut peluang dalam arena penulisan atau penghasilan karya pada peringkat dunia supaya memberikan gambaran seimbang tentang dialog peradaban. • Dialog atau interaksi secara langsung. Dialog merupakan senjata umat Islam pada zaman dahulu kala dan ia boleh dijadikan sebagai wahana penting bagi penyampaian mesej dialog peradaban mengikut perspektif Islam kepada masyarakat tempatan dan dunia. • Perubahan dalaman juga mempengaruhi minda dan tanggapan masyarakat dunia terhadap umat Islam. Oleh itu, Islam menekankan umatnya supaya melakukan perubahan dalaman, minda dan perilaku supaya memberi kesan positif dalam dialog peradaban. Soalan 7 Antara standard yang boleh diguna pakai dan telah sedia ada adalah: • Hak asasi manusia antara pelbagai peradaban perlu diselaraskan dalam aspek-aspek tertentu. Ia mungkin telah ditetapkan oleh badan dunia tetapi mungkin kurang berkesan di peringkat amalan negara dan pemantauan terhadap dunia disebabkan kekangan pemerintahan sesebuah negara. • Hak wanita, mereka tidak boleh dianiaya, dijadikan hamba atau dipaksa menjadi pelacur. • Hak asasi kanak-kanak, mereka perlu dibela dari sudut kesihatan dan pendidikan seperti yang dititik beratkan oleh UNICEF. • Standard buruh dan pekerjaan perlu diwujudkan dalam sesebuah negara, manakala sistem penggajian atau buruhnya perlu mengikut piawaian yang tertentu supaya wujud keadilan kepada pekerja, buruh dan juga majikan. • Standard tahanan dalam penjara dan tawanan perang perlu mengikut standard keadilan dunia seperti yang wujud dalam Perjanjian Geneva. • Standard kenegaraan Setiap negara mempunyai kebebasan dalam penentuan dan perlaksanaan ideologi atau sistem pemerintahan, kedua dalam pembangunan pertahanan dan pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Soalan 8 Jawapan memerlukan pandangan dan kritikan pelajar berdasarkan pengetahuan mereka.
Jawapan
Soalan 9 Terdapat tiga prasyarat penting untuk menjayakan dialog peradaban dan ia bertujuan supaya tidak wujud mana-mana kuasa yang boleh mengeksploitasikan dan menindas ekonomi dan politik negara-negara yang lemah. Antara tiga prasyarat tersebut adalah: • Keadilan representasi sosial, agama, kebudayaan atau agama. Setiap individu atau masyarakat mempunyai amalan tertentu dari sudut pakaian dan seumpamanya sebagai lambang kepatuhan, kesetiaan atau ketaatannya terhadap agama dan kebudayaan yang dianutinya. • Keadilan representasi politik global tidak wajar dirampas di pentas global. Sungguhpun terdapat
41
pelbagai sistem pemerintahan dunia pada asasnya ia dibina pada semangat demokrasi yang ditentukan oleh rakyat. • Keadilan penyertaan ekonomi dan keadilan pengagihan kekayaan ekonomi global. Peluang penyertaan ekonomi sesebuah negara di peringkat rantau atau global tidak wajar dihalang dengan sekatan-sekatan tertentu oleh pertubuhan-pertubuhan dunia lantaran perbezaan amalan politik. Soalan 10 Jawapan boleh dipetik daripada keseluruhan teks dan bacaan tambahan pelajar.