PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Isti‘arat al-Qur’an dalam Juzuk Pertama: Suatu Pandangan Ulama Balaghah Roslan Ab Rahman & Idris Abdullah Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor
Abstrak: Isti‘arah adalah satu komponen ilmu Bayan dalam Balaghah Arab dan ia adalah salah satu cabang ilmu yang menyumbang kepada kemu‘jizatan al-Quran khususnya dalam konteks gaya bahasa. Isti‘arah juga merupakan suatu unsur perbandingan yang tinggi nilainya dan boleh menawan hati, jiwa dan pemikiran manusia. Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji makna-makna tersirat pada kalimah al-Quran melalui gaya bahasa Isti‘arah disamping menyingkap kembali pandangan-pandangan ulama’ balaghah silam yang agak kurang didedahkan agar ilmu mereka sentiasa dimanfaatkan generasi kini. Melalui Isti‘arah, segala kalimah Majaz yang berkaitan dapat dihayati maksudnya walaupun pada hakikatnya ia memerlukan kepada daya imaginasi yang tinggi dan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya. Bagi mencapai tujuan tersebut proses menganalisis dilakukan terhadap data-data kepustakaan bagi lapan ayat yang terlibat dalam juzuk pertama. Hasil kajian ini mendapati bahawa Balaghah Isti‘arah memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu mesej ayat al-Quran itu dapat disampaikan dengan lebih bermakna dan berkesan. Justeru, kedudukan gaya bahasa Isti‘arah khasnya dan balaghah al-Quran amnya adalah sebahagian daripada I‘jaz al-Quran yang terbukti tidak mampu ditandingi oleh manusia dan apa yang penting adalah ia juga sewajarnya dipelajari oleh setiap muslim selain penuntut dalam jurusan agama.
PENGENALAN Aspek pengkajian sesuatu bahasa itu bukanlah semata-mata terletak atau hanya tertumpu pada susunan lafaz dan perkataan atau kajian linguistik dan tata bahasa (nahu), bahkan ia melibatkan kajian makna sesuatu ungkapan samada makna tersurat atau tersirat. Merujuk kepada bahasa Arab yang menjadi bahasa al-Quran sebagai kalamullah a.w dan bukan percakapan manusia, sudah semestinya banyak mempunyai makna-makna yang tersirat disamping makna-makna yang tersurat. Definisi Isti‘Arah: Di sini, dinyatakan bahawa makna Isti‘arah terdiri dari dua aspek, iaitu dari sudut makna bahasa (lughawi) dan makna istilah ahli-ahli balaghah. (1) Makna Lughawi: Makna Isti‘arah dari segi bahasa ialah “minta pinjam”, asal dari kata kerja( اﺳﺘﻌﺎرة- ﯾﺴﺘﻌﯿﺮ- )اﺳﺘﻌﺎرyang memberi maksud meminta daripada seseorang supaya meminjamkan sesuatu kepadanya. (Ibrahim Mustapha et.al,1986:636) Dalam ‘Tartib al-Qamus al-Muhit’ ada menjelaskan: , طﻠﺒﮭﺎ: ﺗﻌﻮّر واﺳﺘﻌﺎ ر, ﻋﺎوره إﯾﺎه, وأﻋﺎره ﻣﻨﮫ,أﻋﺎره اﻟﺸﻲء طﻠﺐ إﻋﺎرﺗﮫ:واﺳﺘﻌﺎره ﻣﻨﮫ Meminjamkan sesuatu kepadanya dan minta kepadanya (al-Tahir Ahmad al-Zawi, :342).
Dalam Mu‘jam al-Wajiz ada menjelaskan kalimah berikut: أى ذھﺐ ﺑﺼﺮ إﺣﺪى ﻋﯿﻨﯿﮫ ﻓﮭﻮ أﻋﻮر, ﻋﻮر اﻟﺮﺟﻞ-ﻋﻮرت ﻋﯿﻨﮫ Memberi erti hilang penglihatan sebelah mata.
ّ اﻟﻌﯿﺐ أو اﻟﺸ: اﻟﻌُﻮار,ي .ﻖ ﻓﻲ اﻟﺜﻮب ّ اﻟﻌﺎرﯾﺔ ﺟﻤﻌﮭﺎ ﻋﻮار:اﻟﻌﺎرﯾّﺔ Memberi erti keaiban atau terbelah pakaian menampakkan aurat. (Majma’ al-Lughat al-Arabiyyat, 1980, :440)
Merujuk kepada ‘Lisan al-Arab’, “ “ اﻟﻌﻮّارialah sejenis pokok yang subur menghijau dan hanya tumbuh menumpang di atas pokok yang besar. Manakala, “ “ ﺗﻌﻮّر واﺳﺘﻌﺎر ﻧﺤﻮ ﺗﻌﺠّﺐ واﺳﺘﻌﺠﺐbererti mengkagumkan. Kalimah “ . ﺗﻌﺎوﻧﻮا ﻋﻠﯿﮫ:“ ﺗﻌﺎوروا اﻟﻘﻮم pula ertinya, bertolong menolong atau bergilir-gilir. Kalimah “ “ ﯾﺴﺘﻌﯿﺮﻧﻲ ﺛﯿﺎﺑﻲertinya, dia minta pinjam baju saya. Adapun, “ “ اﻟﻌﺎرﯾﺔ واﻹﻋﺎرة و اﻻﺳﺘﻌﺎرة ertinya peminjaman, seolah-olah mereka hendak memisahkan antara suatu yang meragukan dengan apa yang diragukan.(Ibnu al-Manzur, t.t:616) Di sini, dapatlah dirumuskan bahawa ada kesatuan makna di antara kalimah-kalimah tersebut iaitu, ada hubungan antara dua pihak samada saling menolong, bergilir-gilir, menumpang, dan mengkagumkan. Maka sesuailah Isti‘arah sebagai pengujaran lafaz secara peminjaman kepada pihak yang lain dan bermaksud bukan pada makna haqiqi. Seterusnya ia
dipinjamkan
400
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
boleh mengkagumkan seseorang dari sudut lafzi dan maknawinya.
seperti, laksana, macam, umpama.(Abdulah Hasan,1993)
(2) Makna Istilah: Isti‘arah adalah satu bahagian dari Majaz Lughawi, dimana ia adalah Tasybih yang dibuang salah satu tarafnya iaitu Musyabbah. Oleh itu hubungan antara makna Haqiqi dan makna Majazi adalah Musyabahat selamanya.(Mukhlas alSyarkani,2001:65). Manakala Isti‘arah (The Metaphorical Figure) menurut Ab.Hamid Muhammad ‘Ubaisi juga mengatakan ia adalah satu bentuk Majazi (Thelmagery Figure) atau Majaz Balaghi yang mempunyai makna penyerurupaan yang nyata dan dapat difahami dari susunan ayat yang tidak mempunyai kata tasybih atau perbandingan. Inilah yang dikatakan keistimewaan Isti‘arah dimana tidak wujud segala ciri-ciri Tasybih secara jelas dalam susunan ayat tetapi diperolehi dari pemerhatian dan penelitian kandungan dan maksud ayat. (Ab.Hamid al-‘Ubaisi, 1985:389). Adapun menurut ulama’ Balaghah Arab yang terbilang iaitu Abdul Qahir al-Jurjani dalam kitabnya Asrar al-Balaghah menyatakan pentakrifan Isti‘arah adalah seperti berikut:
Matlamat Isti‘arah: Setiap gaya bahasa yang digunakan dalam pertuturan atau penulisan merupakan satu kesenian berbahasa. Antara matlamat Isti‘arah adalah seperti berikut:
ﺗﺪل اﻟﺸﻮاھﺪ ﻋﻠﻰ، أن ﯾﻜﻮن ﻟﻔﻆ اﻷﺻﻞ ﻓﻲ اﻟﻮﺿﻊ اﻟﻠﻐﻮي ﻣﻌﺮوﻓﺎ أﻧﮫ اﺧﺘﺺ ﺑﮫ ﺣﯿﻦ وﺿﻊ ﺛﻢ ﯾﺴﺘﻌﻤﻠﮫ اﻟﺸﺎﻋﺮ أو ﻏﯿﺮ اﻟﺸﺎﻋﺮ ﻓﻲ ﻏﯿﺮ " ذﻟﻚ اﻷﺻﻞ وﯾﻨﻘﻞ إﻟﯿﮫ ﻧﻘﻼ ﻏﯿﺮ ﻻزم ﻓﯿﻜﻮن ھﻨﺎك ﻛﺎﻟﻌﺎرﯾﺔ
Maksudnya: “Dan jika kamu dalam keraguan mengenai al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah saja seperti al-Quran dan ajaklah penolongpenolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar”. 1
Bahawa lafaz asal yang diletakkan adalah sudah dikenali dengan adanya dalil-dalil terhadapnya, kemudian penyair atau bukan penyair menggunakan lafaz tersebut bukan bagi makna asal dan berpindah menjadi makna lain, maka jadilah apa yang dipanggil peminjaman (al-Jurjani, 1976:123).
Para sarjana balaghah Arab juga telah menggariskan bentuk-bentuk I‘jaz al-Quran, khasnya aspek bahasa. Menurut al-Baqillani, ada tiga perkara yang wujud dalam membicarakan bentuk I‘jaz al-Quran, iaitu selain kandungannya tentang perkara ghaib dan kedudukan Nabi Muhammad saw yang membuktikan bukan ciptaannya, beliau juga menyebut tentang keindahan susunan bahasanya yang didak mampu ditandingi sasterawan Arab. Firman Allah S.W.T;
Ulama’ Mutakhir memberi takrif Isti‘arah sebagai; أن اﻻﺳﺘﻌﺎرة ھﻲ اﺳﺘﻌﻤﺎل اﻟﻜﻠﻤﺔ ﻓﻲ ﻏﯿﺮ ﻣﺎ وﺿﻌﺖ ﻟﮫ ﻟﻌﻼﻗﺔ اﻟﻤﺸﺎﺑﮭﺔ “Penggunaan kalimah bukan pada makna asal kerana adanya kaitan Musyabahat (persamaan)” (Muhammad Abu Musa et al. 1413H: 71). Setiap Isti‘arah itu mempunyai makna Tasybih, tetapi setiap Tasybih tiada makna Isti‘arah. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa Isti’arah adalah termasuk dalam kelompok Majaz Lughawi ( )ﻣﺠﺎز ﻟﻐﻮيmengikut pendapat kebanyakan para linguistik Arab, kerana uslub Isti‘arah digunakan bagi sesuatu yang dikatakan mempunyai ciri-ciri persamaaan (Musyabahat) di antara peminjam dengan yang dipinjam. Ia juga memerlukan kepada penta’wilan makna di sebalik lafaz yang digunakan dan bukan memberi pengertian makna secara zahir. Merujuk kepada kamus Melayu, bahawa “Metafora” ialah “pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan’’, ia ada persamaan makna dengan Isti‘arah. (DBP,2005:886) Metafora dalam bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai “Bahasa Kiasan Bukan Peribahasa”, iaitu kiasan yang tidak menggunakan seolah-olah, ibarat, seakan-akan, bak,
bagai
dan
(1) Sebagai I‘jaz dan Mukjizat al-Quran: Jika diteliti, penggunaan Isti‘arah dalam al-Quran ia menggambarkan keindahan dan keunggulan bahasa al-Quran yang tiada bandingannya. Sejarah penurunan al-Quran sendiri berlaku di zaman Jahiliah yang terkenal dengan kehebatan sastera Arab yang tinggi nilainya. Menurut al-Baqillani bahawa kebenaran Nabi Muhammad S.A.W terbukti dengan kemukjizatan alQuran yang disampaikannya selama lebih kurang dua puluh tiga tahun. Kemukjizatannya terserlah dengan dengan gaya bahasa yang unik, bukan ciptaan manusia dan tersebar keseluruh pelusuk dunia dengan tiada perubahan atau penambahan. Manusia lemah untuk mencipta seumpamanya, seperti firman Allah S.W.T;
Maksudnya: “ Kalau kirannya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka dapati pertentangan yang banyak di dalamnya”.2
Gaya bahasa dan susunan ayat al-Quran juga terbukti bukan syair, bukan sajak dan bukan percakapan yang ada wazan atau aturan bunyi akhir ()ﻣﻮزون. (al-Jurjani,1989:57-60) Kesimpulannya, Isti‘arah adalah sebahagian daripada unsur balaghah dalam al-Quran yang memberi sumbangan yang besar dari sudut I‘jaz al-Quran. (2) Penjelas Rahsia Balaghah: Pembelajaran ilmu balaghah amnya dan Isti‘arah khasnya, boleh membantu seseorang memahami sesuatu teks atau pertuturan. Merujuk kepada Isti‘arah, seseorang akan mampu menghayati maksud ayat sebenar dengan adanya penyerupaan di sebalik kalimah yang wujud. Ini kerana perletakan jenis lafaz, aspek penyebutan musyabbah bih dan penggugurannya serta lain-lain berkenaan dengannya, adalah diambil kira. Ia menggerakkan pemikiran dan perasaan
401
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
seperti seorang sasterawan atau penyair. Pendedahan ayat yang mempunyai unsur sastera inilah yang melayani hati manusia sebagai pencetus sesuatu hal, samada baik atau buruk, syurga atau neraka, tetapi yang pentingnya ayat-ayat yang disampaikan itu jelas. (Muhammad Abu Musa et.al,1413H:212). Para ulama’ telah bersepakat bahawa turunnya al-Quran dengan bahasa Arab dan memberi I‘jaz melalui susunan katanya, menunjukkan beberapa tanda dan dalil seperti berikut: Balaghah bahasa Arab mendapat kedudukan yang tinggi hasil daripada cantik susunan kata dan perletakan ayat yang sesuai. Menurut Ibnu Jinni, “sesungguhnya, bila diteliti kehalusan bahasa Arab dari segi ketepatan lafaz dan maknanya akan mempengaruhi jiwa dan perasaan, ini akan terserlah dalam dirinya bahawa ia adalah bahasa Ilahi”. Dapat difahami bahawa berkemungkinan Ibnu Jinni yang berasal dari Rum dan gurunya Abu ‘Ali al-Farisi dari Parsi, dimana kedua bahasa Rum dan Parsi adalah bahasa utama selepas bahasa Arab ketika itu, memainkan peranan kepadanya dalam menampakkan kehebatan bahasa Arab berbanding kedua bahasa tersebut. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T: Maksudnya, “ Dengan bahasa Arab yang jelas ”. 3
Menandingi Generasi Sasterwan Arab Ketika Penurunan al-Quran: Tidak dinafikan bahawa generasi tersebut iaitu di zaman Jahiliah sudah mampu membezakan percakapan dan membuat kritikan. Menurut riwayat Tabaqat Abu ‘Ubaidat, bahawa setelah turunnya al-Quran, mereka menjadi lemah dan yakin bahawa itu (al-Quran) bukanlah pertuturan lidah manusia seperti mereka. Lemahnya mereka seperti tongkat Nabi Musa A.S melemahkan musuhmusuhnya (Muhammad Abu Musa,1984: 1318). Menyampaikan Mesej Dengan Lebih Berkesan:Setelah diteliti gaya bahasa dalam Isti‘arah, ia mengandungi maksud dan mesej tertentu bukan semata-mata satu permainan bahasa, terutama dalam ayat al-Quran yang menggunakan Isti‘arah, seperti menggunakan satu lafaz tetapi mengandungi pelbagai maknanya. Dapat dilihat juga sesuatu yang mati (beku) digambarkan dapat bertutur, makna-makna yang tersembunyi terserlah dengan jelas melalui perumpamaan yang digugurkan musyabbahnya. Ia juga memberi gambaran suatu yang bersifat maknawi dengan suatu yang boleh dicapai dengan pancaindera, seperti gambaran hari akhirat dengan menceritakan keadaan ibu-ibu yang menyusukan anak, melepaskannya dari
dakapan, wanita-wanita keguguran kandungannya dan manusia tidak tentu arah seperti orang-orang yang mabuk. Ini akan memberi kesan yang mendalam kepada manusia dan lahir perasaan gerun kepada Allah S.W.T. (al-Jurjani,1976:136-137): وﺗﺤﻘﯿﻖ اﻹدﻋﺎء واﻹﺛﺒﺎت,ﺗﺄﻛﯿﺪ اﻟﻤﺒﺎﻟﻐﺔ (Pengukuhan Mubalaghat, Membenarkan Dakwaan dan Menetapkannya)
Isti‘arah juga sebenarnya bukanlah membuat penyerupaan semata-mata antara kedua Tarfainya, tetapi lebih dari itu untuk menguatkan lagi sesuatu makna. Contohnya, firman Allah Ta‘ala: Maksudnya, Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. 4
Jalan yang lurus asalnya ialah jalan yang tiada bengkok padanya, dipinjamkan bagi agama yang benar. Namun, apa yang dimaksudkan agama yang benar ialah ajaran Islam iaitu hukum-hukum syari’ah. Faedahnya adalah untuk menguatkan dan menetapkan bahawa hukum syari’ah Islam sahaja berada dipihak yang benar. Menurut Ibnu Jinni:, “ إن وإﻻّ ﻓﮭﻲ ﺣﻘﯿﻘﺔ, “ ﻟﻢ ﺗﻜﻦ اﻹﺳﺘﻌﺎرة ﻟﻠﻤﺒﺎﻟﻐﺔJika Isti‘arah tidak dijadikan untuk Mubalaghat, ia tidak disebut Isti‘arah tetapi Haqiqat. Manakala Fakhruddin alRazi mengatakan Isti‘arah adalah untuk Mubalaghat dalam membuat Tasybih. (al-Hamawi,1991:110) Sorotan Isti‘arah Al-Quran dalam Juzuk Pertama: Diantara ayat-ayat dari surah al-Baqarah iaitu dalam juzuk pertama yang berkaitan dengan Isti‘arah adalah seperti berikut: (Isti‘arah Tasrihiyyat Tab‘iyyat) Maksudnya, “Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung”. 5
Menurut al-Faryabi dan Ibnu Jarir dari Mujahid mengatakan ayat ini dan tiga ayat sebelumnya diturunkan untuk orang-orang yang beriman. (alSuyuti,1988:3) Menurut Ibnu ‘Abbas menyatakan: ﻋﻠﻰ ﻧﻮر ﻣﻦ رﺑﮭﻢ واﺳﺘﻘﺎﻣﺔٍ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﺟﺎءھﻢ ﻣﻦ ﻋﻨﺪ ﷲ Bermakna: “mendapat cahaya dari Tuhan (Allah) dan konsisten dengan apa saja yang datang dari Allah SWT”. (al-Nuhhas,1988:85) Isti‘arah ini menggunakan “harf” ()ﻋﻠﻰ, iaitu Allah Ta‘ala membuat penyerupaan kedudukan orang-orang yang bertaqwa dengan suatu kedudukan yang tinggi, kemudian digugurkan Musyabbah dan dipinjamkan kalimah ( )ﻋﻠﻰbagi menunjukkan satu keadaan yang tinggi secara haqiqi seperti ungkapan “ زﯾﺪ ﻋﻠﻰ اﻟﺴﻄﺢ “ertinya Zaid berada di atas sutuh, (puncak rumah) atau secara hukmi “ ”ﻋﻠﯿﮫ دﯾﻦertinya ‘Ia menanggung beban hutang’ seolah-olah hutang menunggang sipeminjam. (al-Darwisy,1992:26) Menurut al-Alusi, Isti‘arah ini berbentuk Tamthiliyyat Tab‘iyyat. Di mana ungkapan ini
402
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
membuat perbandingan keadaan “ “ أوﻟﺌﻚyang tetap mendapat petunjuk dan berpegang teguh dengannya dengan suatu keadaan orang yang berada di atas tunggangan. Kemudian dipinjamkan kalimah ‘ – ﻋﻠﻰ ‘ ﻟﻼﺳﺘﻌﻼءdan digunakan oleh Musyabbah bih untuk gambaran keadaan Musyabbah yang digugurkan. Namun begitu, menurutnya lagi di sana ada tiga pandangan lain tentang ungkapan Isti‘arah ini. Pertamanya, Isti‘arah Tab‘iyyat Mufradat iaitu mentasybihkan orang-orang bertaqwa yang berpegang dengan petunjuk itu dengan satu kedudukan yang tinggi si penunggang di atas tunggangannya. Maka harf ‘ ‘ﻋﻠﻰitu dipinjamkan untuk Isti‘la’. Keduanya, ia sebagai Isti‘arah Tamthiliyyat (perumpamaan) kerana berbentuk tasybih keadaan orang bertaqwa yang diberi petunjuk dan pula mereka berpegang dengannya seperti yang tercetus dari keadaan si penunggang tadi. Ketiganya ialah Isti‘arah dengan bentuk Kinayah, iaitu membuat Tasybih petunjuk itu dengan tunggangan melalui cara Kinayah dan menjadikan kalimah ‘ ‘ﻋﻠﻰsebagai qarinah atau petandanya. Bentuk ini berlawanan dengan cara penghuraian yang pertama tadi. (al-Alusi 1985:124) Manakala pendapat al-Zamakhsyari sama seperti pandangan yang pertama, menurutnya, ayat ini seperti ungkapan ‘‘ھﻮ ﻋﻠﻰ اﻟﺤﻖ وﻋﻠﻰ اﻟﺒﺎطﻞ, maksudnya, dia berada di atas kebenaran dan di atas kebatilan. Kalimah “ “ﻋﻠﻰuntuk ‘isti‘la‘. (alZamakhsyari 1987:44) Isti‘arah dalam ayat ini dari jenis Mahsus (berada di atas tempat tinggi) dipinjamkan untuk suatu yang Ma‘qul (orang mendapat petunjuk). Ayat ini tersiratnya suatu keindahan gaya bahasa kerana Isti‘arah Tamthiliyyat ini dilihat memadai dengan kalimah “ ”ﻋﻠﻰkerana ada kekuatan tersendiri dalam menunjukkan suatu gambaran dan struktur ayat yang padat dengan makna. Maksudnya, “ Allah meterikan atas hati mereka, pendengaran mereka serta pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab siksa yang amat besar ”.6 Ayat ini dan ayat keenam diturunkan untuk orang-orang kafir bagi menjelaskan keadaan sebenar mereka di sisi Allah S.W.T. (al-Suyuti 1988:3) Ayat ini mentasybihkan hati orang-orang kafir yang degil dan tidak mahu mengikut ajaran Islam seperti keadaan menutup atau memeterikan sesuatu yang begitu kuat melekat, iaitu seperti hati-hati haiwan ternakan. Musyabbahnya digugurkan dan Musyabbah bihnya dikekalkan (Tasrihiyyat). Ia juga disebut Tasybih Ma‘qul bi Mahsus dan sebahagian Majaz ‘Aqli (al-Darwisy 1992:28-29). Menurut Abu Ishak kalimah ﺧﺘﻢbermakna “ ”طﺒﻊiaitu ‘penutupan (meteri) keatas sesuatu dan menahannya dari dimasuki sesuatu’. (Ibnu Mulaqqin, 1987:47) Sebagai mana menurut Ibnu alJauzi dan al-Qurtubi ia bermakna “Allah meterikan hati dan pendengaran mereka serta menutupinya dari
melihat pembalasan disebabkan kekufuran mereka dan mereka memalingkan manusia dari agama Allah S.W.T” (al-Nuhhas, 1988:87). Pada ayat ini juga dikatakan Isti‘arah Tasrihiyyat Tab‘iyyat. Terbit dari lafaz ‘‘اﻟﺨﺎﺗﻢ mempaterikan penutup atau permata cincin iaitu dengan ikatan permata yang kemas dan tidak boleh diukir lagi. Kemudian ditasybihkan keadaan hati manusia yang enggan menerima petunjuk dan ajaran Islam dengan keadaan tersebut di atas. Dipinjamkan lafaz tersebut kemudian diungkapkan dalam bentuk kata kerja ‘‘ﺧﺘﻢ. Ayat ini juga dikatakan Isti‘arah Tamthiliyyat iaitu Tasybih keadaan hati-hati orang kafir, pendengaran dan penglihatan mereka dengan keadaan tersebut di atas. Adapun pada kalimah ‘ ‘اﻟﻐﺸﺎوةdipinjamkan juga dari makna asal bagi menggambarkan keadaan hati-hati mereka yang sudah tertutup rapat (al-Alusi,1985:132). Bagi al-Zamaksyari kedua lafaz itu ( ﺧﺘﻢ ﷲ ﻋﻠﻰ ﻏﺸﺎوة، )ﻗﻠﻮﺑﮭﻢboleh dikatakan satu Isti‘arah dengan satu Tamthil (perumpamaan). Manakala apa yang dikatakan Isti‘arah ialah berdasarkan pada hati mereka yang tetap tidak mahu menerima kebenaran dan takabbur mereka dari menerima dan berpegang dengannya. Adapun dari segi pendengaran, mereka enggan mengambil atau mendengar keterangan seolah-olah ditutup telinga. Manakala dari segi penglihatan, segala ayat-ayat Allah menjadi samar atau tidak jelas sebagai mana terangnya mata pandangan orang yang mengambil iktibar yang celik mata pemikiran mereka dan keadaan mereka seolaholah ditutup atau dihijabkan. (alZamakhsyari,1987:48) Al-Qurtubi juga ada menjelaskan bahawa “alKhatm” adalah berbentuk ‘Mahsus’. Apabila disandarkan pada hati bermakna tidak mempedulikan langsung tentang suatu kebenaran, apabila disandarkan pada pendengaran bermakna tidak mahu mendengar atau memahami ayat-ayat Allah bila dibacakan atau diseru kepada keesaan Allah S.W.T dan apabila disandarkan pada penglihatan bermakna tidak mahu memikirkan ciptaan-ciptaan Allah dan keajaibannya. Maksudnya, walaupun hidayah itu ditangan Allah Ta‘ala tetapi Allah mengurniakan pancaindera kepada manusia bagi menilai segala kejadian di muka bumi dan kebenaran al-Quran. (al-Qurtubi,1966:186) Apa yang nyata ialah Isti‘arah dalam ayat ini dari jenis Mahsus (pateri) dipinjamkan untuk suatu yang Ma‘qul iaitu keadaan hati orang kafir yang enggan menerima kebenaran (degil). Tasybih ini disebut Tasybih Ma‘qul dengan Mahsus. Manakala Jami‘nya jenis ‘Khassiyyat’ iaitu menafikan penerimaan kerana ada kepentingan yang tertentu. (al-Bukhari,1992:8): Maksudnya: “Mereka hendak memperdayakan Allah dan orangorang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya”.7
403
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Bermula dari ayat lapan hingga ayat ke dua puluh pula Allah S.W.T mendedahkan keadaan sebenar orang-orang munafik.(al-Suyuti,1988:4) “ ” اﻟﻤﺨﺎدﻋﺔdari sudut bahasa bermakna “ إظﮭﺎر ﺧﻼف ” اﻻﻋﺘﻘﺎدmenzahirkan apa yang bertentangan dengan pegangan.(al-Nuhhas,1988:89) Ahli linguistik Arab mengatakan asal “ ” اﻟﺨﺪعdalam percakapan Arab maknanya “( ” اﻟﻔﺴﺎدrosak). Satu bait syair yang menjelaskan kalimah ini, (( طﯿّﺐ# أﺑﯿﺾ اﻟﻠﻮن ﻟﺬﯾﺬ طﻌ ُﻤﮫ ُ ّﯾﻖ إذا اﻟﺮﱢﯾ ﻖ َﺧ َﺪ ْع ِ ))اﻟﺮmaksudnya, “Putih warna lazat rasanya, elok air liur apabila air liur itu rosak” Dengan ini dapat difahami pada ayat “ﯾﺨﺪﻋﻮن ﷲ ” ialah mereka merosakkan iman dan amalan antara mereka sendiri dan Allah S.W.T dengan perasaan riya’.(a-Qurtubi,1966:196) Kalimah “ ” اﻟﺨﺪعmenurut al-Zamakhsyari maknanya ‘ ’ ﺗﻮھﻢiaitu menjadikan seseorang salah sangka atau keraguan. Tipu daya juga dijelaskan ada beberapa bentuk. Pertamanya, mereka melakukan tipu daya terhadap Allah Ta‘ala dengan menzahirkan keimanan mereka kepada Allah S.W.T sedangkan mereka sebenarnya kafir. Keduanya, mereka menyarankan atau menyuruh puak mereka melaksanakan hukum hakam yang digunakan oleh orang Islam, sedangkan kejahatan dan kekufuran berlaku dikalangan mereka sendiri. Ketiganya, mereka menganggap perintah Allah itu kepada diri mereka juga tetapi dalam masa yang sama mereka melaksanakan peraturan dan hukum hakam diri mereka sendiri bukan hukum dari Allah Ta‘ala. Kalimah “ ”ﯾﺨﺎدﻋﻮنjuga memberi makna “ ”ﯾﺨﺎﻟﻔﻮنiatu menyalahi atau membelakangi. Ada juga pendapat dari Ibnu Faris mengatakan asal kalimah tersebut ialah “” اﻹﺧﻔﺎء. Maksudnya mereka melakukan tipu daya dan orang yang sudah mengetahuinya tidak ada sesuatu yang tersembunyi darinya serta tidak akan terpedaya. Keadaan ini jelas dari sighah yang digunakan itu “ ” ﻓﺎﻋﻞyang memberi erti bersama dalam perlakuan, ianya tidak berlaku kerana satu pihak lagi tidak turut serta dan seolaholah mereka bersendirian bahkan mereka sendiri yang diperdayakan. Ini kerana Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terang mahupun yang tersembunyi. Ayat ini tergolong dalam jenis Isti‘arah Tamthiliyyat, iaitu mentasybihkan keadaan perlakuan orang munafik terhadap Allah S.W.T dengan suatu keadaan orang yang menipu daya tuannya sendiri yang sudah mengetahui keadaan yang sebenar (al-Bukhari,1992:91) Kesimpulannya apa yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah golongan munafik yang mengaku beriman pada Allah dan Rasul-Nya, tetapi sebenarnya dalam hati mereka tidak sedemikian, bahkan sebenarnya mereka tidak mengenali Allah dan sifat-sifat-Nya yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Keadaan ini seolah-olah keadaan yang berlaku pada seorang menteri atau pegawai khas yang menyatakan sesuatu perkara dan disandarkan ianya datang dari raja, padahal perkara tersebut
datang dari diri mereka sendiri. (alZamakhsyari,1987:57) Apa yang nyata ialah ayat ini mentasybihkan kedudukan mereka (Munafikin) yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran mereka dengan suatu keadaan rakyat yang memperdayakan pemerintah mereka. Kemudian Musyabbah bih dipinjamkan untuk Musyabbah dengan cara Isti‘arah Tasrihiyyat.(al-Zuhaili,1988:80) Secara jelasnya, Isti‘arah ini dari suatu yang Ma‘qul (tipu daya) dan dipinjamkan untuk suatu yang juga berbentuk Ma‘qul iaitu keadaan orang munafik sebagai mana yang dijelaskan di atas. Maksudnya: “Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah oleh Allah penyakitnya dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta”.8
Ayat ini diturunkan kepada orang-orang munafik, iaitu daripada ayat lapan hingga ayat ke dua puluh (al-Suyuti,1988:4). Maknanya dalam hati mereka ada syak, nifak, riya’ dan buta hati. (al-Nuhhas,1988:90) Isti‘arah berlaku dengan peminjaman ‘penyakit’ di dalam hati, digambarkan keadaan degil atau hati batu dan kekufuran mereka umpama satu penyakit yang berada di dalam hati, kemudian digugurkan Musyabbah tersebut. Penyakit itu juga bererti kejahilan, kerosakan akidah dan seumpamanya.(alDarwisy,1992:33) Penggunaan kalimah ‘sakit dalam hati’ ini pada dasarnya boleh dikatakan samada makna secara hakiki, sakit yang sebenar yang bersifat zahir seperti sakit mulut dan sebagainya. Adapun makna secara majazi, kalimah ‘sakit’ itu dipinjamkan untuk disandarkan pada penyakit hati yang bersifat abstrak seperti salah pegangan (iktikad), hasad dengki, cenderung kepada maksiat, suka mengikut hawa nafsu ammarah, penakut, lemah dan seumpamanya. Secara jelasnya semua sifat-sifat buruk ini ditashbihkan sebagai satu penyakit hakiki yang bersifat zahir. Kalimah “( ” ﻣﺮضsakit) secara hakiki dipinjamkan untuk menggambarkan keadaan sebenar hati orang-orang munafik yang penuh dengan kepincangan akidah, kekufuran dan sifatsifat mazmumah seperti dengki dan sebagainya. Inilah maksud sebenar ayat di atas (al-Zamakhsyari 1987: 59). Begitu juga menurut al-Alusi, lafaz ‘ ‘ ﻣﺮضini digunakan sebagai Majaz dan bukan sebagai makna hakiki, ia disandarkan pada seseorang yang tiada kesempurnaan dari segi jiwanya seperti perasaan benci, tidak sedar rosak akidah, hasad dengki dan lain-lain lagi. Perkara inilah yang membawa kerosakan rohani yang mana lebih besar dari kerosakan jasmani. Daripada Ibnu Mas‘ud, Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Qatadah dan seluruh Salaf alSoleh juga meletakkan kalimah ‘penyakit’ yang dimaksudkan dalam ayat ini sebagai makna majazi. Maka tepatlah apa yang ada dalam hati orang-orang munafik yang dipenuhi dengan sifat-sifat yang tersebut di atas terhadap Islam. Sesuailah dengan
404
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
penjelasan Allah S.W.T selepas itu akan membalas kepada mereka dengan azab neraka yang amat pedih. (al-Alusi,1985:149) Ibnu Faris al-Lughawi menyatakan “ ” اﻟﻤﺮضialah manusia yang keluar dari keadaan sihat kepada cacat, nifak atau kekurangan pada sesuatu perkara. Kata Arbab al-Ma‘ani, pula ialah mereka diam (seronok) dan cintakan dunia serta lupa pada akhirat. (al-Qurtubi,1966:197) Justeru, dapat dilihat bahawa Isti‘arah ini berlaku dari suatu yang Mahsus (penyakit) dan dipinjamkan untuk suatu yang berbentuk Ma‘qul iaitu penyakit hati. Isti‘arah Tasrihiyyat Murasysyahat: Maksudnya: “Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”.9
Ayat ini juga masih menceritakan perihal orang-orang munafik sebagai mana ayat ke enam belas. Isti‘arah ini menggunakan kalimah “membeli” yang bermakna memilih dan menukarkan, manakala qarinatnya ialah kesesatan berdasarkan diiringi selepas itu dengan “tidak beruntung perniagaan” dan disandarkan keuntungan pada perniagaan. Kalimah “( ” اﺷﺘﺮواmembeli) menjadi Musta‘ar. Maknanya, mereka suka pada kekufuran dari keimanan kerana si pembeli akan memilih benda yang disukainya sahaja. Ini adalah dari sifat-sifat yang sesuai bagi hal Musyabbah bih yang Musyabbahnya digugurkan iaitu keadaan orang-orang yang sesat dan tidak mendapat petunjuk Ilahi. (al-Darwisy,1992:42) Al-Zamakhsyari telah menjelaskan makna “ ” اﺷﺘﺮاء اﻟﻀﻼﻟﺔ ﺑﺎﻟﮭﺪىdari segi bahasa ialah memilih atau menukarkan sesuatu dan menggantikan dengan sesuatu yang lain, manakala dari segi gaya bahasa Isti‘arah pula ialah memilih dan menukarkan kesesatan dengan petunjuk. Menurutnya juga, cara pemahaman ini ialah mereka menjadikan petunjuk itu seperti berada di tangan dan mereka boleh memilihnya. Maka apabila mereka meninggalkan petunjuk dan menghala ke arah jalan yang sesat, sebenarnya mereka sendiri yang memilihnya kerana lebih mementingkan habuan dunia walaupun ia mengheret mereka ke neraka. Ini berdasarkan agama Islam adalah satu fitrah daripada Allah S.W.T dan dikurniakan kepada manusia, maka orang yang sesat juga sebenarnya mereka telah menukarkan atau mereka sendiri yang memilih perkara yang berlawanan fitrah manusia. Dalam hal ini, dapat dibuktikan dengan katakata seorang penyair Arab, katanya: ْ أﺧﺬت ﺑﺎﻟ ُﺠ ﱠﻤﺔ رأﺳًﺎ ُ ت اﻟﺪﱠرْ دَرا ِ وﺑﺎﻟﺜﻨﺎﯾﺎ اﻟﻮاﺿﺤﺎ# أز َﻋ َﺮا ُ وﺑﺎﻟﻄﻮﯾﻞ اﻟﻌﻤﺮ ﺼ َﺮا ﻛﻤﺎ اﺷﺘﺮى اﻟﻤﺴﻠ ُﻢ إذ ﺗَﻨَ ﱠ# ﻋ ْﻤﺮًا َﺣ ْﯿ َﺪ َرا Maksudnya: “Aku tukarkan wanita yang berambut lebat dengan yang sudah gugur rambutnya, dan yang penuh giginya dengan yang sudah tinggal gusi, dan yang masih panjang umur (masih muda) dengan yang sudah pendek usia (lanjut usia), seperti seorang Muslim menukar agamanya kerana menganut Kristian”.
Merujuk pada kalimah “( “ اﻟﻀﻼﻟﺔkesesatan), dari sudut bahasa ialah hilang petunjuk. Dipinjamkannya untuk menunjukkan makna lari dari kebenaran agama. Seterusnya, ada dijelaskan sifatsifat lazim yang ada kaitan dengan urusan jual beli iaitu kalimah “( ‘ اﻟﺮﺑﺢkeuntungan) dan ““ اﻟﺘﺠﺎرة (perniagaan), kalimah-kalimah ini disandarkan pada “ “ اﺷﺘﺮاءdan dipanggil “Isnad Majazi” dan juga dikenali sebagai “Majaz Murasysyahat”. (alZamakhsyari,1987;70) Sememangnya perkataan membeli dalam ayat ini sebagai majaz terhadap mengambil sesuatu barang dan digantikan dengan sesuatu yang lain di tangannya seperti keadaan orang membeli sesuatu. Dengan itu ‘pembelian’ sebagai majaz terhadap pemilihan dalam berjual beli. Ayat ini seolah-olah berbunyi begini “ “ اﺧﺘﺎروا اﻟﻀﻼﻟﺔ ﻋﻠﻰ اﻟﮭﺪىyang bermaksud mereka memilih kesesatan dari petunjuk atau hidayah. Jelaslah, bahawa sifat orang-orang munafik seperti yang diterangkan dalam ayat sebelum ini mereka berpenyakit hati dan berada dalam kegelapan kerana mementingkan diri dan hawa nafsu semata-mata hingga sanggup memilih jalan yang sesat daripada menerima petunjuk Ilahi. (alAlusi,1985:161) Justeru, Isti‘arah dalam ayat ini berlaku dari suatu yang Mahsus (membeli) dipinjamkan untuk suatu yang Ma‘qul iaitu keadaan orang munafik yang sesat. Maksudnya, “Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).10
Ayat ini juga rangkaian kisah orang-orang Munafik, iaitu sifat-sifat mereka yang sebenarnya. Isti‘arah ini mentasybihkan orang-orang kafir yang degil seperti orang yang tuli, bisu dan buta, walaupun anggota pancaindera mereka sempurna tetapi mereka sebenarnya seolah-olah tidak mahu mendengar seruan Islam, tiada hujah yang kukuh atau kelu seribu bahasa dan buta mata hati untuk memikirkan kekuasaan Allah Ta‘ala. (alDarwisy,1992:50) Sifat-sifat orang munafik yang dijelaskan dalam ayat ini sebenarnya berbentuk Isti‘arah Tasrihiyyat Tab‘iyyat. Ini kerana, digugurkan Musyabbah (orang-orang munafik) dan dijelaskan Musyabbah bih “ ﻋﻤﻲ، ﺑﻜﻢ، “ ﺻﻢdan dikira sebagai Tab‘iyyat kerana menggunakan dalam Musyabbah bih ini dengan kata nama Musytaq ()اﺳﻢ اﻟﻤﺸﺘﻖ. Dalam ayat ini dapat diperhatikan bahawa ganti nama (damir) mereka iaitu orang-orang munafik menjadi “ Musta‘ar lahu “ dan sifat-sifat yang disebut itu (tuli, bisu dan buta) menjadi “ Musta‘ar “. Dengan ungkapan ini dikira lebih baligh dan mendalam maksudnya. Sifat ‘tuli’ ini dijelaskan memandangkan kedudukan mereka seolah-olah orang yang tidak mendengar atau tidak mengindahkan langsung seruan Islam. Sifat ‘bisu’ kerana mereka mendustakan agama Islam dan tidak bercakap perkara yang sebenar serta tidak menerima
405
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
hidayah dan petunjuk Islam. Sifat ‘buta’ pula diungkapkan memandangkan mereka buta hati dan tertutup pintu hati atau tawar hati dari akur dan patuh pada seruan Rasulullah S.A.W sepertilah orang buta matanya secara hakiki dari segi pancainderanya dan hanya bergantung kepada tongkat untuk memandu arah perjalanan mereka, namun mereka masih lagi angkuh dan sombong dan tidak sedar mereka sebenarnya buta dan tidak boleh melihat sesuatu. Sesuailah ungkapan ini digunakan bagi menyedarkan mereka yang bersifat sedemikian agar memikirkan keadaan diri mereka yang sebenarnya. (al-Alusi,1985:169) Namun begitu, menurut al-Zamakhsyari ada juga pendapat yang mengatakan ayat ini sebagai Tasybih Baligh bukannya Isti‘arah, inilah pendapat golongan yang dipanggil al-Muhaqqiqun ()اﻟﻤﺤﻘﻘﻮن. Mereka mengatakan ‘Musta‘ar lahu’ disebutkan iaitu orang-orang munafik dan dengan kedua Tarfai Tasybih dikira wujud dalam ayat. Namun begitu, ia tetap dapat dikatakan sebagai Isti‘arah Tasrihiyyat. Ini berdasarkan apa yang dikatakan Musta‘ar lahu (orang-orang munafik) disebutkan itu sebenarnya hanya satu andaian ()ﺗﻘﺪﯾﺮ. Yang nyata ialah ia digugurkan ( )ﻣﺤﺬوفdan yang diambil kira ialah apa yang dipertuturkan dalam ayat bukannya mengambil kira pada satu andaian. (al-Zamakhsyari,1987:77-78) Apa yang nyata Isti‘arah dalam ayat ini jelas dalam bentuk perbandingan suatu yang Mahsus (tuli, bisu dan buta) untuk suatu yang berbentuk Ma‘qul iaitu kedegilan hati orang munafik. Maksudnya: “Dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat-Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya, dan kepada Aku sahaja hendaklah kamu bertaqwa ”.11
Menurut Wahbah al-Zuhaili, latar belakang ayat ini ialah Allah S.W.T menurunkan dari ayat empat puluh hingga ayat seratus empat puluh dua adalah mengisahkan tentang Bani Israel seakan-akan satu juzuk yang khusus. Memang tidak dinafikan kaum mereka yang ramai diutuskan nabi-nabi, mempunyai kitab samawi dan kerana mereka juga satu bangsa yang paling kuat menentang Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pada hal, merekalah sepatutnya paling dahulu beriman pada Rasulullah S.A.W sebagai penutup segala rasul. Ini adalah bagi mendedahkan hakikat sebenar bangsa Yahudi atau Bani Israel. Dengan hal demikian ayat-ayat Allah didatangkan dengan pelbagai gaya persembahan bagi menarik perhatian manusia khususnya kaum mereka. Melihat kepada makna perkataan dari segi bahasa, kadang-kadang setiap perkataan jual dan beli dinisbahkan kepada makna yang lain. Maksud sebenarnya ialah janganlah kamu membeli atau menukarkan ayat-ayat Allah dengan satu harga yang sedikit dan satu gantian mudah yang berupa atau bersifat keduniaan. Perkataan ‘membeli’ dalam ayat ini bukanlah dengan makna hakiki bahkan secara
Isti‘arah Tasrihiyyat seperti mana dalam ayat keenam belas di atas. (al-Zuhaili,1988:148) Lebih jelas lagi sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Alusi bahawa lafaz “ “ اﻻﺷﺘﺮاءialah satu majaz. Dimana secara makna hakikinya ialah penukaran sesuatu benda dengan sesuatu yang lain, tetapi yang dimaksudkan di sini ialah janganlah kamu menukarkan iman dan ayat-ayat keteranganKu dengan sesuatu yang lain. Dengan kata lain, mementingkan keperluan diri sendiri dari iman kepada Allah S.W.T. Dapat diandaikan juga seolaholah ayat tersebut berbunyi ﻻ ﺗﺴﺘﺒﺪﻟﻮا ﺑﺎﻹﯾﻤﺎن ﺑﺂﯾﺎﺗﻲiaitu lebih menumpukan habuan dunia yang kecil dan sedikit atau murah nilainya berbanding nikmat syurga yang kekal abadi di akhirat nanti seperti apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orangorang mukmin. Ungkapan ini amat sesuai kerana Tasybih atau perbandingan yang dibuat itu jelas secara realitinya dengan apa yang berlaku kepada manusia yang menjalankan kegiatan jual beli yang adanya untung dan rugi pada saban hari dalam kehidupan mereka, khususnya orang-orang munafik.(al-Alusi,1985:245) Al-Zamakhsyari juga menyatakan bahawa kumpulan sasar ketika itu ialah para pembesar Bani Israel yang takut kehilangan pengaruh mereka dan memikirkan habuan yang diperolehi dari pengikut mereka. Mereka berpendapat perkara ini akan berlaku jika mereka menjadi pengikut Rasulullah S.A.W. Lantaran itulah mereka sanggup menukarkan ayat-ayat Allah yang berupa petunjuk Ilahi yang sebenar dan tidak dapat dinilai harganya dengan satu habuan dunia yang sedikit nilainya berbanding ayat-ayat Allah Ta‘ala. (alZamakhsyari,1987:131-132) Jelasnya, Isti‘arah dalam ayat ini juga dari penyerupaan bentuk Mahsus (membeli) untuk suatu yang Ma‘qul iaitu keadaan orang yang mementingkan habuan dunia. Maksudnya, “Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya kami menyembah”.12
Ayat ini diturunkan sebagai tindak balas atau reaksi terhadap amalan orang-orang Nasrani pada masa itu. Menurut Ibnu ‘Abbas, bahawa orang-orang Nasrani mengamalkan satu amalan terhadap bayibayi yang baru dilahirkan. Di mana apabila bayi yang dilahirkan berusia tujuh hari, mereka mencelupkan bayi tersebut di dalam air untuk membersih atau menyucikannya. Menurut kepercayaan mereka, apabila selesai upacara tersebut barulah boleh dikatakan bayi itu telah menjadi orang Nasrani yang sebenar. Setelah itu Allah S.W.T menurunkan ayat ini. (alNaisaburi,t.t:28) Manakala menurut al-Alusi bahawa semasa penurunan ayat ini orang-orang Nasrani mencelup anak kelahiran itu dalam suatu bekas yang berisi air kuning yang dipanggil “ “ اﻟﻤﻌﻤﻮدﯾﺔ. Mereka percaya
406
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
bahawa begitulah yang berlaku semasa kelahiran Nabi Isa A.S. Mereka juga percaya cara sedemikian boleh menyucikan anak kelahiran itu seperti khitan dan air itu juga bersifat suci seperti mana yang dijelaskan dalam kitab Injil. Air itu juga digunakan untuk membasuh atau memandikan wanita-wanita yang hamil. Namun begitu, pandangan ini ditolak oleh kaum Yahudi kerana keadaan ini dinisbahkan juga kepada puak mereka secara amnya bukannya khusus kepada orang-orang Nasrani sahaja. (alNaisaburi,t.t:397) Dari segi bahasa, makna kalimah ‘sibghat’ ialah agama. Ia merupakan kata nama bagi satu keadaan ( )اﺳﻢ اﻟﮭﯿﺌﺔmencelup baju dalam satu acuan untuk menjadikannya satu warna yang tertentu, iaitu mengikut sighat “ ” ِﻓ ْﻌﻠﺔseperti kalimah “” ِﺟﻠﺴﺔ. Maksud sebenar di sini ialah iman atau agama Allah S.W.T yang mengikut fitrah manusia bagi menjadikan penganutnya mengikut acuan agama. Maka iman atau agama sebagai penyuci kepada manusia dari kekotoran syirik dan juga sebagai penghias dengan sesuatu yang indah. Ia bersifat menyerap masuk dan mengawal hati-hati orang beriman sebagai mana menyerapnya celupan baju atau pakaian tersebut. Dengan ini jelaslah, bahawa iman atau agama diumpamakan sebagai celupan ‘sibghat’ dalam menyuci, menghiasi dan menyerap. (al-Zuhaili,1998:328-329) Ada pendapat mengatakan “ ” ﺻﺒﻐﺔmaknanya ‘mandi’ untuk orang yang hendak memeluk agama Islam dan sebagai ganti amalan ma’mudiyyat orang Nasrani. Pendapat ini bermakna “( ” ﻏﺴﻞ ﷲmandian Allah). Ia dita’wilkan oleh al-Qurtubi bahawa mandi seorang kafir menjadi ‘wajib ta‘abbud’ iaitu mereka mandi sesudah memeluk Islam sebagai mandi yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. (al-Qurtubi,1966:144145). Secara jelasnya, Allah Ta‘ala mengumpamakan agama Islam sebagai “Sibghat” (celupan) dan menggugurkan Musyabbah serta dikekalkan Musyabbah bih. Peminjaman lafaz “Sibghat” ini supaya lebih memberi kesan kepada orang yang berkenaan iaitu penganut agama selain Islam. (al-Darwisy,1992:197) Makna “ ” ﺻﺒﻐﺔ ﷲdi sisi al-Zamakhsyari pula ialah ‘ ( ‘ ﺗﻄﮭﯿﺮ ﷲpenyucian Allah). Ini kerana menurut beliau, iman kepada Allah S.W.T sebenarnya membersih atau menyuci jiwa manusia. Lafaz “ ﺻﺒﻐﺔ ” yang digunakan itu sebenarnya mengikut cara ‘ ‘ اﻟﻤﺸﺎﻛﻠﺔ, sama seperti mengatakan pada seseorang yang sedang menanam pokok, katanya; ‘ اﻏﺮس ﻛﻤﺎ “ ‘ ﯾﻐﺮس ﻓﻼنkamu tanamlah, sebagai mana si fulan menanam”. (al-Zamakhsyari,1987:196) Para ulama’ berbeza pendapat dalam memberi makna sebenar bagi kalimah ‘sibghat’. Fakhruddin al-Razi mengutarakan beberapa pandangan ulama’ tentang makna dan alasannya. Pertamanya, memberi makna agama Allah, alasannya ialah berdasarkan apa yang diamalkan oleh penganut agama Nasrani dan Yahudi seperti keterangan di atas. Satu alasan lagi ialah suasana dan keadaan agama Islam yang
menzahirkan kesan dari bersuci dan solat, seperti firman Allah, ()ﺳﯿﻤﺎھﻢ ﻓﻲ وﺟﻮھﮭﻢ ﻣﻦ أﺛﺮ اﻟﺴّﺠﻮد Maksudnya, “Tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud ”13. Ayat ini bermaksud pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka. Satu sebab lain pula ialah disifatkan keimanan di kalangan mereka dengan ‘sibghat Allah’ bagi menjelaskan kelainan antara agama yang dipilih oleh Allah dan agama yang batil seperti menjelaskan kelainan antara warna-warna dan celupan-celupan yang dapat dilihat dengan terang oleh pancaindera manusia yang sempurna. Pendapat kedua ialah bermakna fitrah Allah seperti firman Allah S.W.T: Maksudnya, “ Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidak ada perubahan pada fitrah Allah.”. 14
Fitrah Allah di sini bermaksud agama tauhid kepada Allah yang menjadi fitrah kepada manusia, sesiapa yang memilih selainnya telah melanggar fitrah dan ia berpunca dari pengaruh persekitaran manusia sahaja. Pendapat yang ketiga ialah makna ‘khitan’ yang menyucikan bagi orang Islam seperti mana amalan kaum Nasrani terhadap anak mereka. Manakala pendapat keempat ialah memberi makna ‘hujjah Allah’ dan ada pandangan lain katanya ia memberi makna ‘sunnah Allah’ (ketetapan Allah), namun menurut Fakhruddin al-Razi makna ‘hujah Allah’ adalah lebih baik.(al-Razi,1990:79) Apa yang jelas peminjaman dalam ayat ini diambil dari suatu yang Mahsus (celupan) untuk suatu yang Ma‘qul, iaitu agama Islam atau makna-makna yang lain seperti yang dijelaskan di atas dan Jami‘nya ialah membersih dan menyucikan jiwa adalah suatu yang Ma‘qul. KESIMPULAN Dapat dirumuskan bahawa uslub Isti‘arah memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej dengan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan uslub biasa terutamanya yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri. Sekiranya bersesuaian ia menjadi indah, jika tidak akan pincanglah gaya bahasa dan maksud sebenar. Oleh yang demikian amat wajarlah setiap individu muslim mempelajari ilmu tersebut agar ia boleh membantu dalam menghayati makna-makna tersirat selain yang tersurat dalam ayat al-Quran disamping mempelajari ilmu tatabahasa Arab itu sendiri. Dengan mempelajarinya nanti mereka akan mampu memahami ayat-ayat al-Quran dengan lebih mendalam pemahamannya dan dapat dihayati pengajarannya dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Isti‘arah pada hakikatnya berada pada tahap yang tinggi martabatnya dari segi gaya bahasa dan mereka yang tertentu atau yang mempelajarinya
407
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
sahaja akan mampu menghayatinya dan seharusnya mempunyai daya imiginasi yang tinggi dalam membuat takwilan maksud sebenar. Tokoh balaghah Arab al-Zamakhsyari ada menyebut dengan katanya: ﻻ ﯾﺴﺘﻄﯿﻊ ﻟﻔﮭﻢ أﺳﺮار اﻟﻘﺮآن إﻻ رﺟﻞ ﺑﺮع ﻓﻲ ﻋﻠﻮم اﻟﺒﻼﻏﺔ Maksudnya: “Seseorang itu tidak mampu untuk memahami rahsia-rahsia al-Quran melainkan ia seorang yang betul-betul mahir dalam ilmu balaghah” (Abdul Halim,1991:1).
NOTA HUJUNG 1
Al-Quran, al-Baqarah 2: 23. Al-Quran, al-Nisa’ 3: 82. 3 Al-Quran, al-Syu’ara’, 26:1950. 4 Al-Quran, al-Fatihah 1: 6. 5 Al-Quran, al-Baqarah 2: 5. 6 Al-Quran, al-Baqarah 2:7. 7 Al-Quran, al-Baqarah 2: 9. 8 Al-Quran, al-Baqarah 2:10 9 Al-Quran, al-Baqarah 2:16. 10 Al-Quran al-Baqarah 2:18 11 Al-Quran al-Baqarah 2:41. 12 Al-Quran al-Baqarah 2: 138. 13 Al-Quran al-Fath 48:29. 2
RUJUKAN Al-Quran al-Karim Dan Terjemahannya, (1992), Madinah al-Munawwarah, Majma’ Khadim alHaramain al-Syarifain. Al-Quran al-Karim, Tafsir Pimpinan Rahman, (1989),Kuala Lumpur, Edaran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Al-Jurjani (Al-Imam Abdul Qahir), Dalail al-I‘jaz, (Ta‘liq, Mahmud Muhammad Shakir), (1989), Kaherah, Maktabah al-Khanji. Abdul Hamid al-‘Ubaisi, al-Balaghah Dhauq wa Manhaj, (1985),Cet.1, Kaherah,Matba’ah Hasan. Abdul Halim Hasyim al-Syarif, al-Baqillani wa Juhuduh fi I‘jaz al-Quran, (1991), Cet.1, Kaherah, al-Sadad li Khidmat al-Tiba‘ah. Al-Jurjani (Al-Imam Abdul Qahir), Ta’liq Muhammad Ab.Mun’im Khafaji,(1976) Asrar al-Balaghah, Jzk.1, Kaherah, Maktabah alKaherah. Abdullah Hasan Ainun Muhammad, Kamus Peribahasa Lengkap, (1993),Kuala Lumpur,Terbitan Pertama, Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Abu al-Hasan Ali bin Ahmad al-Wahidi alNaisaburi, Asbab al-Nuzul wa bihamisyih alNasikh wa al-Mansukh, (t.t), Kaherah,Maktabah al-Dakwah. Abu al-Tayyib Siddiq bin Ali al-Hasan al-Qinuji alBukhari, Fath al-Bayan fi Maqasid al-Quran, (1992) Jzk.1, Beirut, Maktabah al-‘Asriyyah.
Al-Alusi al-Baghdadi, Tafsir Ruh al-Ma‘ani, (1985),Jzk.1-2, Cet.4, Beirut,Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Al-Imam Abi Ja’afar al-Nuhhas, Tahqiq: al-Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni, Ma‘ani al-Quran alKarim, (1988) Jzk.1,Cet.1, Mekah,Markaz Ihya’ al-Turath al-Islami. Al-Sakaki (Al-Imam Abi Ya‘akub Yusuf bin Abi Bakar Muhammad bin Ali), Miftah al-‘Ulum, (1983),Beirut,Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. al-Suyuti (Al-Imam Jalaluddin Ab.Rahman), Alih bahasa: Rohadi Abu Bakar, Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul, (1988), Cet.1, Selangor, Thinker’s Library Sdn.Bhd. Al-Zamakhsyari (Al-Imam Mahmud bin Umar), alKasysyaf, (1987), Jzk.1,Cet.3, Kaherah, Darul Rayyan. Al-Qurtubi, Jami’ al-Ahkam al-Quran, (1966), Juzuk 2, Mesir, Darul Qalam. Al-Tahir Ahmad al-Zawi, Tartib al-Qamus al-Muhit ‘ala Tariqat al-Misbah al-Munir wa Asas alBalaghah, (t.t),Cet.1, Jzk.3, Beirut, Darul Fikr. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan, (1996),Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, DBP Kementerian Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, 1992, Kuala Lumpur, Cet.2, Penerbit DBP. Fakhruddin al-Razi, al-Tafsir al-Kabir wa Mafatih al-Ghaib, (1990), Cet.1, Beirut,Darul Kutub al‘Ilmiyyah. Ibnu al-Manzur, Lisan al-‘Arab, (t.t),Jld.4,Beirut, Dar al-Sadir. Ibnu Hujjah al-Hamawi, Khazanat al-Adab wa Ghayat al-Arb, (1991),Jzk.1, Cet.2, Beirut, Maktabah al-Hilal. Ibrahim Mustapha, Ahmad Hasan al-Ziyat, Hamid Ab.Qadir, Muhammad Ali al-Najjad, Al- Mu‘jam al-Wasit, (1986),Istanbul,Dar al-Dakwah. Muhammad Muhammad Abu Musa, Ab.Hamid Muhammad al-‘Ubaisiy, Dr.Muhammad Jalal alDhahbiy, Muhadarat fi ‘Ilm al-Bayan, (1413H),Kaherah, Matba’ah al-Ukhuwwah alAshiqqa’, Muhammad Muhammad Abu Musa, al-I‘jaz alBalaghi; Dirasat Tahliliyyat Liturath al-‘Ilmi, (1984), Kaherah, Maktabah Wahbah. Muhyiddin al-Darwish, I‘rab al-Quran wa Bayanuh, (1992),Jld.1, Cet.3,Beirut,Dar Ibn Kathir. Majma‘ al-Lughat al-Arabiyyat, al-Mu‘jam alWajiz,(1980), cet.1,Kaherah. Mukhlas al-Syarkani, Cara Belajar Bahasa Arab (Balaghah), (2001),Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publisher. Siraj al-Din Abi Hafs Umar bin Abi al Hasan Ali bin Ahmad al-Nahwi al-Ansari al-Syafii al-Ma‘ruf Ibnu Mulaqqin, Tafsir Gharib al-Quran, (1987),Beirut, Alam al-Kutub.
408
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Wahbah al-Zuhaili, Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj, (1998),Juzuk 1, Kaherah, Dar al-Fikr al-Mu’asir.
409