TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng
Tempoh Kempen 1)
2)
“Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng” (“Kempen ini”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank” atau “Bank”) dan akan berlangsung dari 15 Disember, 2016 hingga 28 Februari, 2017 termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). CIMB Bank berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar.
Kelayakan 3)
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama baharu dan sedia ada CIMB Bank (kecuali Pemegang Kad Platinum Business CIMB Bank dan Pemegang Kad ‘Fuel Tanker’ CIMB Bank) yang dikeluarkan di Malaysia sahaja (“Pemegang Kad Kredit Utama”) dan yang nombor telefon mudah alih mereka didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dan disimpan dalam rekod CIMB Bank (“Peserta Layak”).
4)
Kategori orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: i) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal.Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan; ii) Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Bank dan SENHENG (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura dengan pejabatnya di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 105772509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya); iv) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB Bank (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikatsyarikat berkaitannya) dan pekerja tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan v) Individu di bawah umur 18 tahun.
5)
Untuk mengelakkan keraguan, pemegang kad tambahan tidak layak memenangi Hadiah (yang ditakrifkan selepas ini) dalam Kempen ini. Hadiah yang dimenangi oleh pemegang kad tambahan, jika ada, akan diberikan kepada Pemegang Kad Utama.
6)
Peserta Layak bertanggungjawab memastikan bahawa nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel yang diberikan adalah nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel semasa dan dikemaskinikan dengan CIMB Bank sekiranya apa-apa perubahan dibuat, CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel Peserta Layak dalam rekod CIMB Bank bukan nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel semasa atau tidak tepat.
Hadiah dan Kriteria Penyertaan 7)
Hadiah berikut tersedia kepada pemenang terpilih Kempen ini (“Hadiah”):Pemegang 1x Hadiah Utama 1x Hadiah Kedua 1x Hadiah Ketiga 38x Hadiah Saguhati
Hadiah Baucer Tunai SENHENG bernilai RM 5,000 Baucer Tunai SENHENG bernilai RM 3,000 Baucer Tunai SENHENG bernilai RM 1,500 Baucer Tunai SENHENG bernilai RM 200 setiap satu
Nota: Baucer Tunai SENHENG adalah tertakluk kepada terma-terma penggunaan dan/atau terma-terma dan syarat-syarat SENHENG yang dibentangkan dalam Baucer Tunai SENHENG yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini.
Mekanisme Kempen 8)
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak boleh mendapatkan penyertaan atau penyertaan-penyertaan (mengikut keadaan) dan berpeluang memenangi Hadiah yang dirujuk dalam Klausa 7 di atas dalam cara berikut:-
i)
Peserta Layak hendaklah membuat pembelian minimum sebanyak RM 500 untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 10 di dalam ini) dalam satu resit dan memilih CIMB 0% Easy Pay (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 9 di dalam ini) dengan akaun kad kredit Peserta Layak dalam Tempoh Kempen (“Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak”).
ii)
Pendaftaran tidak diperlukan untuk menyertai Kempen ini. Setiap Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak hendaklah dipost ke dalam akaun kad kredit sertaan Peserta Layak pada atau sebelum 5hb Mac, 2017 (Malaysia GMT) dan ini akan memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapatkan satu (1) penyertaan untuk setiap Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak (“Penyertaan”).
Contoh: Pada 15 Disember 2016, Pelanggan A yang membeli TV di SENHENG bernilai RM 1,000 dan memilih ansuran 12 bulan dengan CIMB 0% Easy Plan berhak mendapat 1 Penyertaan. Pada 1 Januari 2017, Pelanggan A membeli satu dapur di senQ bernilai RM 500 dan memilih ansuran 6 bulan dengan CIMB 0% Easy Pay berhak mendapat Penyertaan kedua. 9)
Mana-mana pelan ansuran tanpa faedah CIMB Bank berikut hendaklah disertai oleh Peserta Layak (“CIMB 0% Easy Pay”) untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit yang mencapai Jumlah Pembelian Minimum yang dikehendaki (yang dibentangkan dalam jadual di bawah) untuk dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak:Tempoh (Tempoh Ansuran) Jumlah Pembelian Minimum
6 bulan RM 500
12 bulan RM 1,000
24 bulan RM 1,200
Nota: CIMB 0% Easy Pay adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat CIMB 0% Easy Pay yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad CIMB Bank yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini. 10)
“Transaksi Perbelanjaan Runcit” bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk penggunaan peribadi di outlet SENHENG atau senQ dan bukan untuk tujuan perniagaan dan tidak termasuk transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dikecualikan dengan nyata di dalam ini dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit atau Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak bagi tujuan Kempen ini:i) ii) iii)
Transaksi yang dibuat di outlet SENHENG atau senQ menggunakan Kad Platinum Business CIMB dan Kad ‘Fuel Tanker’ CIMB; Sebarang transaksi Kuasi Tunai iaitu transaksi yang melibatkan pembayaran atau pemberian wang tunai (misalnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); Transaksi pembelian layak yang selepas itu dibatalkan atau dikembalikan wang, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau transaksi yang menipu.
11)
Meskipun perkara di atas, sebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang apakah yang merupakan Transaksi Perbelanjaan Runcit dan/atau Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak yang dirujuk dalam Klausa 8 dan Klausa 10 masing-masing adalah muktamad, konklusif dan mengikat dan tidak boleh dicabar dalam apa jua keadaan kecuali jika nampaknya benar-benar tidak adil atau tidak saksama.
12)
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Transaksi Perbelanjaan Runcit yang dirujuk dalam Klausa 10 adalah berdasarkan jumlah penuh perbelanjaan pemegang kad
kredit (utama dan tambahan) yang disatukan. Jika pemegang kad mempunyai beberapa akaun kad kredit, Transaksi Perbelanjaan Runcit yang dibuat terhadap semua kad kredit oleh Pemegang Kad Kredit Utama dan Pemegang Kad Kredit tambahannya akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk mencapai keperluan Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dan kiteria penyertaan dalam Tempoh Kempen.
13)
CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan pada langkah posting Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak kepada akaun kad kredit sertaan Pemegang Kad Kredit Utama dan/atau Peserta Layak atas apa sebab jua yang walau bagaimanapun berbangkit termasuk tetapi tidak terhad kepada kelewatan oleh peniaga.
Proses Pemilihan Pemenang 14)
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peserta Layak hanya akan memperolehi dan mengumpul Penyertaan bermula dari hari pertama Kempen ini sehingga tamat Tempoh Kempen.
15)
Peserta Layak yang telah mendapatkan Penyertaan/Penyertaan-penyertaan yang dirujuk dalam Klausa 8 akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem automatik daripada kumpulan Penyertaan yang layak yang diperolehi dalam Tempoh Kempen (“Peserta Disenarai Pendek”).
16)
Setiap Penyertaan yang diperolehi dalam Tempoh Kempen memberi peluang kepada Peserta Layak untuk disenarai pendek untuk memenangi Hadiah.
17)
Peserta Disenarai Pendek akan dihubungi oleh CIMB Bank melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor telefon mudah alih mereka yang didaftarkan dengan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Maxis, Celcom, U Mobile atau Digi yang disimpan di dalam rekod CIMB Bank untuk menjawab satu (1) soalan dengan tepat menurut tarikh dan masa yang ditetapkan dalam SMS sebelum diisytiharkan sebagai pemenang Kempen ini (“Pemenang”).
18)
Makluman SMS akan dihantar oleh CIMB Bank kepada Peserta Disenarai Pendek SEKALI sahaja dan hanya mereka yang membalas SMS tersebut dengan jawapan yang tepat menurut tarikh dan masa yang ditetapkan akan disahkan sebagai Pemenang melalui satu lagi makluman SMS. Tiga Peserta Disenarai Pendek pertama yang menjawab soalan dengan tepat akan diisytiharkan sebagai Pemenang untuk Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga masing-masing (menurut Klausa 7). Peserta Disenarai Pendek yang lainnya yang menjawab soalan dengan tepat akan diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Saguhati.
19)
Sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek tidak dapat menjawab atau membalas SMS menurut masa tarikh dan masa yang ditetapkan atau jika jawapan yang diberikan tidak tepat, Peserta Disenarai Pendek akan dianggap tidak berjaya dalam penyertaan untuk memenangi Hadiah. Makluman SMS akan dihantar kepada Peserta Disenarai Pendek yang disingkirkan.
Peserta Disenarai Pendek yang baharu akan dipilih daripada kumpulan Peserta Disenarai Pendek dan kemudian dihubungi melalui SMS dan dikehendaki menjawab SMS dengan sewajarnya menurut cara yang ditetapkan di dalam ini. Proses ini akan diulang sehingga kesemua 41 Pemenang Kempen ini berjaya dikenal pasti. 20)
CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi melalui SMS atas apa jua sebab.
21)
Untuk mengelakkan keraguan, semua caj untuk SMS yang dihantar oleh CIMB Bank kepada Peserta Disenarai Pendek adalah tertakluk kepada caj yang mungkin dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang berkenaan. Caj telekomunikasi standard akan dikenakan untuk balasan melalui SMS.
22)
Semua soalan dan jawapan akan ditentukan, dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan panel hakim semasa mengisytiharkan Pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat dengan syarat sentiasa bahawa keputusan tersebut hendaklah nampaknya adil dan munasabah.
23)
Pada masa pemilihan Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang, (i) akaun kad kredit CIMB Bank Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang MESTI dalam keadaan baik, (ii) Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang TIDAK BOLEH memungkiri mana-mana terma dan syarat dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad CIMB Bank dan/atau (iii) akaun kad kredit CIMB Bank Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang TIDAK ditamatkan dan/atau dikenakan sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang dan/atau mungkir, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut definisi CIMB Bank, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai Kempen ini atau menjadi Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang.
24)
Peserta Layak hanya layak memenangi satu (1) Hadiah di bawah Kempen ini. Hadiah tidak boleh dipindahkan kepada orang lain atau ditukar dengan wang tunai dan tidak termasuk kos dan perbelanjaan berkaitan lain.
25)
Surat pengesahan akan dikeluarkan oleh CIMB Bank untuk memaklumkan Pemenang bahawa dia telah dipilih sebagai Pemenang bersama-sama dengan penghantaran Hadiah. Senarai Pemenang akan dipaparkan di laman web CIMB Bank di www.cimbbank.com.my dalam masa 12 minggu selepas tamat Tempoh Kempen.
26)
Bank berhak menarik balik apa-apa Hadiah yang dimenangi dan menyingkirkan Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang jika berlaku balikan transaksi dan/atau Transaksi Perbelanjaan Runcit dan/atau Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak atau pembatalan atau penamatan transaksi dan/atau Transaksi Perbelanjaan Runcit dan/atau
Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak dan/atau Kad Kredit dalam Tempoh Kempen dan/atau kegagalan untuk mematuhi sebarang terma dan syarat di dalam ini.
Terma-terma dan Syarat-syarat Am 27)
Pemenang Kempen ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan butir-butir Pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen yang kemudian akan menghubungi Pemenang tentang penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang bertanggungjawab membuat perkiraan yang perlu dengan CIMB Bank dan/atau pengedar/agen untuk memungut atau menebus Hadiah mereka. CIMB Bank tidak akan menanggung sebarang kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin ditanggung atau terpaksa ditanggung oleh Pemenang apabila menebus atau menggunakan Hadiah.
28)
Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB Bank dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat dengan adil dan munasabah oleh CIMB Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen ini termasuk Hadiah yang akan diberikan dan penentuan Pemenang adalah muktamad, mengikat dan konklusif.
29)
Peserta Layak bertanggungjawab memastikan bahawa alamat surat-menyurat dan nombor telefon mudah alih yang diberikan dan disimpan dalam rekod CIMB Bank adalah terkini dan dikemaskinikan. CIMB Bank berhak menarik balik Hadiah sekiranya nombor telefon mudah alih Peserta Layak dan/atau Pemenang yang disimpan dalam rekod CIMB Bank adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskinikan.
30)
CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua terhadap apa jua kerosakan teknikal, apa jua gangguan, penggendalaan dan/atau kesilapan elektronik atau insan semasa mentadbir dan/atau memproses Transaksi Perbelanjaan Runcit dan/atau Transaksi Perbelanjaan Runcit Yang Layak yang dilaksanakan oleh Peserta Layak melalui Kad Kredit CIMB kecuali jika disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh CIMB Bank.
31)
CIMB Bank berhak, menurut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah, memotong atau menambah sebarang Terma dan Syarat di dalam ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dengan hadiah yang serupa atau sama kosnya dan/atau untuk melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini (“Pindaan”). Pelanjutan, modifikasi, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini atau Pindaan hendaklah mengikat Peserta Layak dan dianggap dibawa kepada perhatian
Peserta Layak melalui sebarang notis terdahulu selama sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari yang dihantar oleh CIMB Bank kepada Peserta Layak melalui komunikasi elektronik termasuk melalui ‘electronic direct mail’ (“EDM”) dan/atau perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) ke alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih Peserta Layak yang terakhir diketahui dan/atau dengan memaparkannya di laman web CIMB Bank di www.cimbbank.com.my dan Pindaan akan dianggap mengikat dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank dengan tetap untuk membaca Terma-terma dan Syarat-syarat dan memastikan bahawa mereka mempunyai pengetahuan terkini tentang apaapa perubahan atau pindaan pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 32)
Sebarang pampasan tunai atau apa jua jenisnya tidak akan diberikan kepada Peserta Layak berbangkit daripada perubahan, pemadaman, tambahan atau pindaan Terma-terma dan Syaratsyarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.
33)
Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju bahawa CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab sekiranya CIMB Bank tidak dapat melaksanakan semua atau sebahagian daripada apa-apa obligasinya di dalam ini, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung oleh kerosakan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kerosakan elektrik, pertikaian perusahaan, peperangan, mogok, rusuhan, sebarang bencana alam di luar kawalan CIMB Bank atau disebabkan oleh apa-apa faktor yang bersifat force majeure di luar kawalan munasabah CIMB Bank.
34)
Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini (sebagaimana mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 31) hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Pemegang Kad CIMB Bank yang berkuat kuasa dan hendaklah mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi dan pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen ini.
35)
Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim CIMB Bank berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, mengikat dan konklusif, kecuali kesilapan nyata. CIMB Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk menyingkirkan dan/atau menolak mana-mana Peserta Layak dan/atau Peserta Disenarai Pendek dan/atau Pemenang yang ditentukannya atau dengan munasabah disyaki telah mengganggu proses atau operasi Kempen ini, atau bertindak memungkiri Termaterma dan Syarat-syarat di dalam ini.
36)
CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak atas apa-apa kerugian atau kerosakan tidak kira jenisnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak kecuali sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara langsung oleh ketinggalan atau kecuaian CIMB Bank. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Bank
tidak akan walau apa pun bertanggungjawab atas sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berhubung dengan Kempen ini. 37)
Dengan menerima Hadiah, Pemenang bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Pemenang dalam Kempen ini atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah, kecuali sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang diakibatkan oleh kecuaian atau ketinggalan oleh CIMB Bank.
38)
CIMB Bank tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai yang mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat penerimaan Hadiah terus menjadi tanggungjawab Peserta Layak dan/atau Pemenang semata-mata. Setiap Peserta Layak dan/atau Pemenang bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.
39)
Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kad Kredit CIMB, maka versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
40)
Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi ‘Customer Resolution Unit’ CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh CIMB Bank dengan memaklumkan Peserta Layak): Alamat
: Customer Resolution Unit, Level 19, Menara Bumiputera-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
No. Telefon
: 603 6204 7788
No. Faks
: 603 2691 3248
E-mel
:
[email protected]