Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-27, (8 – 12 NOVEMBER 2014) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) 1.0
KANDUNGAN PANDUAN KONVOKESYEN Bil.
Perkara
Muka Surat
1.
Kandungan Panduan Konvokesyen
1
2.
Sistem Semakan Konvokesyen dan Surat Jemputan Konvokesyen
2
3.
Maklumat Bayaran Yuran Konvokesyen
2-3
4.
Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat (Graduan Konvo Ke -27 sahaja)
3
5.
Majlis Konvokesyen
3
6.
Tarikh Konvokesyen
3
7.
Tempat Konvokesyen
3
8.
Sesi Pengurniaan Ijazah
4-5
9.
Jubah Konvokesyen
6
10. Jadual Pengambilan, Pemulangan dan Syarat Sewa Jubah Konvokesyen
6-7
11. Etika Pakaian: a) Graduan
8-9
b) Ibu Bapa / Tetamu
10-11
12. Peringatan
12
13. Masa Graduan Berkumpul di Dewan Tan Sri Othman Yeop (DTSO)
13
14. Tertib Pengurniaan Ijazah
13
15. Panduan Pergerakan Graduan Ketika Menaiki Pentas
14
16. Peraturan-peraturan di dalam Dewan Mu‟adzam Shah (MAS)
14
17. Maklumat Umum Tertib Acara Konvokesyen
14
18. Susun Atur Kerusi di Dalam Dewan Mu‟adzam Shah (MAS)
15
19. Kad Jemputan dan Pas Kenderaan Graduan
16
20. Gambar Konvokesyen
16
21. Alumni UUM
16
22. Penjualan Bunga Untuk Graduan
16
23. Had Laju Kenderaan
17
24. Waktu Solat Daerah Kubang Pasu
17
25. Penginapan
17
26. Pelan ke Bilik Jubah di Dewan Tan Sri Othman Yeop (DTSO)
18
1 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
2.0
SISTEM SEMAKAN KONVOKESYEN DAN SURAT JEMPUTAN KONVOKESYEN 2.1
Semua graduan di peringkat Ijazah Pertama boleh mendapatkan maklumat berikut secara on-line melalui menu SEMAKAN KONVOKESYEN/CONVOCATION REVIEW dalam portal pelajar. Universiti berhak untuk membuat pindaan status bergraduat anda tertakluk kepada pengesahan dan kelulusan Mesyuarat Senat pada 9 Oktober 2014. Maklumat lanjut sila rujuk di Portal Pelajar; http://portal.uum.edu.my; a. b. c. d.
3.0
Maklumat nama dan program; Tarikh konvokesyen dan sesi konvokesyen (mengikut program); Surat jemputan graduan ke majlis konvokesyen dan; Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan.
2.2
Arahan untuk membuat semakan konvokesyen dan jumlah bayaran adalah seperti berikut: Tindakan Graduan: a. Masuk ke laman Portal Pelajar; http://portal.uum.edu.my/; b. Sila masukkan ID Penguna dan Kata Laluan; c. Pilih menu Pengijazahan /Graduation d. Lengkapkan Semakan Konvokesyen /Convocation Review; e. Setelah maklumat yang dipohon diisi, cetak surat jemputan konvokesyen. f. Graduan perlu memastikan ejaan Nama, No. Matrik & No. KP di Portal Pelajar adalah TEPAT untuk proses cetakan ijazah & transkrip akademik. Sebarang pindaan perlu dibuat sebelum atau pada 22 Oktober 2014 (Rabu), selepas tarikh tersebut bayaran cetakan semula akan dikenakan. Sekiranya terdapat sebarang pindaan sila hubungi 04 928 3319/3320.
2.3
Adalah dimaklumkan, surat jemputan majlis konvokesyen ke-27 (Graduan Sarjana Muda sahaja) hanya diperolehi melalui Sistem Semakan Konvokesyen ini. Sehubungan itu, adalah dinasihatkan kepada semua graduan untuk mencetak Surat Jemputan seperti yang dipaparkan dan baca Panduan Konvokesyen dengan teliti.
MAKLUMAT BAYARAN YURAN KONVOKESYEN 3.1
Bayaran yuran konvokesyen adalah termasuk jumlah hutang tertunggak pelajar (sekiranya ada) adalah berdasarkan rekod Jabatan Bendahari, UUM. Para pelajar boleh membuat semakan mengenai jumlah yuran keseluruhan yang perlu diselesaikan melalui Sistem Semakan Pengijazahan atau Portal Pelajar masing-masing.
3.2
Sila buat pembayaran di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau pembayaran secara talian sebelum hadir ke UUM dan simpan satu salinan slip pembayaran untuk ditunjukkan pada hari pengambilan jubah konvokesyen di Dewan Tan Sri Othman Yeop (DTSO), UUM. Pembayaran boleh dibuat MULAI 12 OKTOBER 2014 (AHAD) SEHINGGA 25 OKTOBER 2014 (SABTU) dengan menggunakan kaedah berikut: BIL.
KAEDAH BAYARAN
PERINCIAN
1.
Kaunter Cawangan BIMB
Menggunakan Slip Deposit Tunai/ Pembayaran Bil dengan melengkapkan maklumat berikut iaitu Nama, No Matrik (dibahagian No. Akaun), No. KP, Bayar Kepada: Bendahari UUM, Jenis Pembayaran: Bayaran Konvokesyen, dan Jumlah Bayaran (Seperti yang di caj).
2.
E-Com (Via Internet)
Bayaran boleh dibuat secara online dengan melayari laman web UUM www.uum.edu.my. Pada menu „‟Online Services” klik „‟Electronic Payment‟‟ dan menu UUM e-com akan dipaparkan (rujuk manual yang berkaitan). Sila pilih “Student Payment” dan catatkan tujuan pembayaran „‟Convocation Fee”. Cetak resit sebagai bukti bayaran.
Sebarang pertanyaan berkaitan KEWANGAN/PEMBAYARAN sila hubungi Jabatan Bendahari UUM 04 928 3230/3231/3200
2 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
4.0
3.3
Setiap graduan Sarjana Muda yang HADIR atau TIDAK HADIR ke majlis konvokesyen, DIWAJIBKAN menjelaskan bayaran yuran konvokesyen sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja (RM100.00).
3.4
Bagi graduan yang memohon menangguhkan konvokesyen dan dibenarkan secara bertulis daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik atas sebab-sebab yang dibenarkan juga WAJIB menjelaskan bayaran yuran konvokesyen mengikut Sidang Konvokesyen yang dijemput terdahulu dan Sidang Konvokesyen yang hadir pada tahun berikutnya.
3.5
Graduan yang masih berhutang dengan UUM (sehingga tarikh pengambilan jubah dan selepas majlis konvokesyen): 3.5.1
TIDAK AKAN DIBENARKAN menghadiri konvokesyen sehingga graduan menjelaskan sepenuhnya hutang tertungak dan yuran konvokesyen semasa tarikh pengambilan jubah.
3.5.2
TIDAK AKAN DIBERIKAN Ijazah dan Transkrip Akademik sehingga semua jumlah hutang diselesaikan.
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN PENGESANAN GRADUAT (WAJIB) 4.1
Borang Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduat, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang boleh dicapai melalui laman web berikut: http://graduat.mohe.gov.my bermula pada 12 Oktober 2014.
4.2
Sila isi borang soal selidik dengan mengikuti langkah seperti berikut: 4.2.1 Klik “LOG MASUK“ pada menu Panduan Graduat 4.2.2 Masukkan No. Kad Pengenalan 4.2.3 Pilih Institusi > IPTA < > UUM < 4.2.4 Klik “Seterusnya”. 4.2.5 Jawab semua soalan mengikut arahan. 4.2.6 Tanda pada “Simpan dan teruskan” (bawah sekali di akhir soalan). 4.2.7 Ikut arahan seterusnya. 4.2.8 Cetak slip setelah selesai lengkapkan semua soalan. 4.2.9 Simpan slip sebagai BUKTI untuk ditunjukkan pada hari pengambilan jubah konvokesyen
4.3
Sebarang masalah untuk mengisi borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduat Kementerian Pendidikan Malaysia, sila hubungi Pegawai UTLC iaitu En. Muhammad Hafiz Mohd Ghazali di talian 04-9284708.
PERINGATAN 1: Setiap bakal graduan WAJIB mengisi borang Kajian Pengesanan Graduan sebelum dibenarkan mengambil jubah. 5.0
MAJLIS KONVOKESYEN Majlis Konvokesyen adalah satu istiadat yang sangat penting dan bermakna kepada semua graduan. Graduan dipohon agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya demi kelancaran majlis. Sehubungan dengan itu, adalah penting kepada semua graduan untuk memberi perhatian berdasarkan maklumat di dalam Buku Panduan Konvokesyen ini sebagai persediaan bagi menjayakan majlis konvokesyen.
6.0
TARIKH KONVOKESYEN 8 – 12 November 2014
7.0
TEMPAT KONVOKESYEN Dewan Mu‟adzam Shah, Kampus UUM Sintok
3 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
8.0
SESI PENGURNIAAN IJAZAH Sesi pengurniaan ijazah seperti berikut (Jadual 1 : Sesi Penganugerahan ijazah) SESI PENGANUGERAHAN IJAZAH MAJLIS KONVOKESYEN KE-27, TAHUN 2014 UUM 08 NOVEMBER 2014 (SABTU)
PAGI (SESI 1) Masa : 10.15 pg – 1.00 tgh GRADUAN KEHORMAT Penerima Ijazah Kehormat GRADUAN PHD/DBA/D.MGT: 120 Doktor Falsafah (Phd) Doktor Pengurusan (D.Mgt) Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) GRADUAN MENERIMA ANUGERAH Penerima Anugerah UUM COLGIS – SARJANA– SARJANA:180 Sarjana Sastera (Hubungan Antarabangsa) Sarjana Sastera (Sains Politik) Sarjana Sastera (Sosiologi) Sarjana Undang-Undang Sarjana Undang-Undang Komersil Sarjana Undang-Undang Korporat Sarjana Undang-Undang Sumber Manusia Sarjana Pentadbiran Awam SSarjana Pengurusan Awam Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa) Sarjana Sains (Pengajian Strategik) Sarjana Sains (Pengurusan Pelancongan)
PETANG (SESI 2) Masa : 2.30ptg - 6.00ptg UUM COB – SARJANA: 578 Sarjana Pentadbiran Perniagaan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pelancongan & Hospitaliti) Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Rantaian Bekalan) Sarjana Ekonomi SSarjana Pengurusan Sumber Manusia Sarjana Sains (Perbankan) Sarjana Sains (Kewangan) Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa) Sarjana Sains (Pengurusan) Sarjana Sains (Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan) SSarjana Sains (Pengurusan Teknologi) UUM CAS – SARJANA: 224 Sarjana Linguistik Terapan Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari) Sarjana Sastera (Pengajian Islam) SSarjana Pendidikan Sarjana Sains (Kaunseling) Sarjana Sains (Sains Pemutusan)
UUM COB – SARJANA: 17 Sarjana Kewangan Dan Perbankan Islam UUM CAS – SARJANA: 1 Sarjana Sains (Pengurusan Media) Sarjana Sastera (Psikologi) Sarjana Sastera (Kerja Sosial) 09 NOVEMBER 2014 (AHAD) PAGI (SESI 3) Masa : 7.00pg - 12.30tgh UUM CAS – SARJANA Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) SSarjana Sains (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) SSarjana Sains (Teknologi Maklumat) SSarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan) Sarjana Sains (Statistik) DDiploma Siswazah Dalam Pendidikan UUM COLGIS – SARJANA MUDA S/M Pengurusan Awam dengan Kepujian 152 S/M Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian 1 S/M Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian : 97 S/M Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian 50 S/M Undang-Undang dengan Kepujian
PETANG (SESI 4) Masa : 1.30ptg - 6.00ptg UUM COLGIS – SARJANA MUDA S/M Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian S/M Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian : 0 UUM COB – SARJANA MUDA S/M Pengurusan Teknologi dengan Kepujian: S/M Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) dengan Kepujian: S/M Pengurusan Operasi dengan Kepujian
10 NOVEMBER 2014 (ISNIN) PAGI (SESI 5) Masa : 7.00pg - 12.30tgh UUM COB – SARJANA MUDA S/M Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian : S/M Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian : 886
PETANG (SESI 6) Masa : 1.30ptg - 6.00ptg UUM COB – SARJANA MUDA S/M Pemasaran dengan Kepujian : 192 S/M Keusahawanan dengan Kepujian S/M Ekonomi dengan Kepujian:99 S/M Kewangan dengan Kepujian : 180 S/M Perbankan dengan Kepujian 2 S/M Pengurusan Risiko dan Insurans dengan Kepujian S/M Pengurusan Perniagaantani dengan Kepujian
4 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
11 NOVEMBER 2014 (SELASA) PAGI (SESI 7) Masa : 7.00pg - 12.30tgh UUM COB – SARJANA MUDA S/M Perakaunan dengan Kepujian :379 S/M Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian : S/M Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian 85 84 S/M Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian108
PETANG (SESI 8) Masa : 1.30ptg - 6.00ptg UUM CAS – SARJANA MUDA S/M Teknologi Maklumat dengan Kepujian ;76 S/M Pengurusan Kerja Sosial dengan Kepujian S/M Kaunseling dengan Kepujian : S/M Komunikasi dengan Kepujian 62 S/M Multimedia dengan Kepujian S/M Teknologi Media dengan Kepujian :84 S/M Sains Pemutusan dengan Kepujian :76 S/M Statistik Industri dengan Kepujian :40 S/M Matematik Perniagaan dengan Kepujian 60 S/M Pendidikan dengan Kepujian (Pengurusan Perniagaan) :24 S/M Pendidikan dengan Kepujian (Perakaunan) :24 S/M Pendidikan dengan Kepujian (Teknologi Maklumat) :2 S/M Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Moral) :2 4 S/M Pendidikan dengan Kepujian (Bimbingan&Kaunseling):23 Diploma Pendidikan -1
12 NOVEMBER 2014 (RABU) PELAJAR UUMKL, PJJ /KERJASAMA DI BAWAH PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) PAGI (SESI 9) Masa : 7.00pg - 12.30tgh UUM COLGIS – SARJANA MUDA S/M Pengurusan Awam dengan Kepujian S/M Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian UUM COB – SARJANA MUDA S/M Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian S/M Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian-: S/M Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian S/M Kewangan dengan Kepujian UUM CAS – SARJANA MUDA S/M Teknologi Maklumat dengan Kepujian S/M Komunikasi dengan Kepujian: S/M Multimedia dengan Kepujian
5 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
9.0
JUBAH KONVOKESYEN Jubah konvokesyen graduan Sarjana Muda berwarna biru dan mempunyai satu baris benang warna emas di tangan. Jubah dipakai bersama topi dan selepang. Selepang graduan Sarjana Muda mempunyai satu baris dan warnanya adalah BERBEZA mengikut program. Panduan warna selepang setiap program adalah seperti di Jadual 2 : Jadual Pengambilan Jubah.
10.0
JADUAL PENGAMBILAN Tempat : Bilik Jubah (paras bawah Dewan Tan Sri Othman) Tarikh : Lihat jadual 2 berikut: Nota : a) Bakal Graduan HANYA boleh mendapatkan Jubah Konvokesyen mengikut Program, Tarikh dan Sesi yang telah ditetapkan sahaja. b) Graduan digalakkan memulangkan jubah sejurus selepas sesi konvokesyen program masing-masing. c) Waktu Rehat bermula pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang d) Sila Layari laman web http://hea.uum.edu.my 10.1
11.0
12.0
Serah borang-borang berikut di kaunter pengambilan jubah: a. Slip Bayaran Tunai (SPT) BIMB atau sebarang bukti pembayaran yang dibenarkan di perenggan 2.1) b. Borang Soal Selidik Kajian Pengesahan Graduat yang telah diisi c. Borang Wakil Ambil Jubah (wakil hanya layak untuk mewakili kepada 2 orang Graduan sahaja). d. Sila pastikan pakaian konvokesyen yang diterima adalah lengkap iaitu jubah, selepang dan topi. e. Graduan hanya dibenarkan mengambil pakaian konvokesyen mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan sahaja. f. Graduan digalakkan mengambil pakaian konvokesyen sendiri untuk menentukan saiz yang sesuai.
JADUAL PEMULANGAN JUBAH 11.1
Sila rujuk Jadual 2 : Jadual Pengambilan Jubah:
11.2
Sebelum dipulangkan jubah, graduan perlu memastikan jubah dalam keadaan baik. Sila patuhi langkah-langkah berikut semasa memulangkan jubah ketika pemulangan jubah di Dewan Tan Sri Othman Yeop (mengikut tarikh yang ditetapkan): a. ambil nombor giliran ; b. masuk ke dalam bilik jubah apabila nombor dipanggil ; dan c. serah jubah dan tandatangan pada buku program yang disediakan di kaunter. d. Graduan boleh mendapatkan Ijazah & Transkrip Akademik di kaunter yang disediakan.
SYARAT SEWA JUBAH KONVOKESYEN 12.1
Syarat dan maklumat mengenai penyewaan jubah konvokesyen adalah seperti berikut: a. Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah yang disewa. b. Sebarang keciciran jubah konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. c. Kelewatan memulangkan jubah mulai 17 November 2014 menyebabkan graduan akan dikenakan denda RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja) BAGI SETIAP HARI LEWAT. d. Sekiranya graduan menyebabkan pakaian konvokesyen yang dipinjam rosak atau hilang, denda yang dikenakan ialah RM600.00 (Ringgit Malaysia : Enam Ratus Sahaja). e. Jumlah maksima denda lewat memulangkan jubah yang dikenakan ialah Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM600.00) atau selama 60 hari dari tarikh pemulangan jubah.
6 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
Jadual 2 : Jadual Pengambilan & Pemulangan Jubah PENGAMBILAN JUBAH
PEMULANGAN JUBAH PROGRAM / WARNA SELEPANG
TARIKH
MASA
2/11/2014 (Ahad)
8.30 pagi hingga 1.00 petang
Pengurusan Awam (Hitam) Pengurusan Pembangunan (Hitam)
2.00 petang hingga 5.00 petang
Pengurusan Pelancongan (Oren) Pengurusan Hospitaliti (Oren) Undang-Undang (Hitam/Putih)
Mulai selepas sesi Konvokesyen Graduan
TARIKH
MASA
atau 6/11/2014 (Khamis)
2/11/2014 (Ahad) hingga
3/11/2014 (Isnin)
8.30 pagi hingga 1.00 petang
Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (Biru Muda) Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (Biru Muda)
2.00 petang hingga 5.00 petang
Pengurusan Teknologi (Peach) Pengurusan Operasi (Peach) Pengurusan Perniagaan (Logistik & Pengangkutan) (Merah)
8.30 pagi hingga 1.00 petang
Pengurusan Perniagaan (Merah) Pentadbiran Perniagaan (Merah)
2.00 petang hingga 5.00 petang
Pemasaran (Merah) Keusahawanan (Merah) Pengurusan Sumber Manusia (Maroon)
8.30 pagi hingga 1.00 petang
Ekonomi (Hijau) Sains Pengurusan Perniagaantani (Hijau) Perbankan (Putih) Kewangan (Putih) Pengurusan Risiko dan Insurans (Putih)
atau 7/11/2014 (Jumaat)
4/11/2014 (Selasa)
Tiada Pemulangan Jubah
7/11/2014 (Jumaat)
atau 8/11/2014 (Sabtu)
5/11/2014 (Rabu) atau 9/11/2014 (Ahad)
6/11/2014 (Khamis)
2.00 petang hingga 5.00 petang
8/11/2014 (Sabtu) hingga 12/11/2014 (Jumaat)
WAKTU KONVOKESYEN 7.00 pagi hingga 8.00 malam (Rehat 1.00 – 2.00 petang)
Perakaunan (Kuning) Perakaunan (Sistem Maklumat) (Kuning)
8.30pagi hingga 1.00 petang
Pentadbiran Muamalat (Merah) Kewangan dan Perbankan Islam (Putih)
2.00 petang hingga 5.00 petang
Komunikasi (Lavender) Teknologi Media((Lavender) Pengurusan Kerja Sosial (Maroon) Kaunseling (Maroon)
atau 9/11/2014 (Ahad)
8.30 pagi hingga 1.00 petang
Sains Pemutusan (Pink) Statistik Industri (Pink) Matematik Perniagaan (Pink)
10/11/2014 (Isnin)
2.00 petang hingga 5.00 petang
Teknologi Maklumat (Perak) Multimedia (Perak) Pendidikan (Ungu) Diploma Pendidikan (Ungu)
11/11/2014 (Selasa)
8.30 pagi hingga 8.00 malam
PELAJAR PJJ /KERJASAMA DI BAWAH PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
7/11/2014 (Jumaat)
13/11/2014 (Khamis) hingga 16/11/2014 (Ahad)
8.30 pagi hingga 5.00 petang (Rehat 1.00 – 2.00 petang)
atau
NOTA : Pelajar dinasihatkan mengikuti Jadual Pengambilan & Pemulangan Jubah yang telah ditetapkan.
7 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
13.0 ETIKA PAKAIAN KONVOKESYEN 13.1
Graduan Graduan WAJIB memakai jubah konvokesyen yang disediakan oleh pihak universiti dengan mengikut tertib seperti berikut: a) Selepang hendaklah terletak di atas paras kedua-dua bahu b) Rumbai (tassel) pada topi dibiar menghurai sebelah tepi kiri topi .
LELAKI
PEREMPUAN
1.
Baju i. Kemeja lengan panjang berkolar dan berwarna cerah (tanpa corak atau berjalur); dan ii. Kot/blazer berwarna gelap.
2.
Tali Leher Tali leher yang bersesuaian dengan kemeja.
3.
Seluar Seluar slack berwarna gelap (seluar jean tidak dibenarkan).
4.
Sarung Kaki/Stoking Sarung kaki/Stoking berwarna gelap
5.
Kasut Kasut kulit formal bertutup berwarna hitam (selipar/ kasut sukan/sandal tidak dibenarkan).
6.
1.
Baju i. Baju kurung berwarna cerah; atau ii. Kemeja lengan panjang; atau iii. Blaus berlengan panjang; dan iv. Baju hendaklah bertutup hingga ke pangkal leher di bahagian depan dan belakang.
2.
Kain/Skirt i. Kain mestilah labuh sehingga ke paras buku lali (ankle) dan tidak berbelah sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang; atau ii. Skirt yang melepasi paras lutut dan bersopan.
3.
Lounge suit i. Kemeja lengan panjang berwarna cerah (tanpa corak/berjalur); ii. Kot/blazer dan seluar berwarna gelap; dan iii. Labuh seluar hendaklah sehingga ke paras buku lali (ankle) dan tidak ketat. Kasut i. Kasut kulit formal bertutup berwarna hitam yang menutupi bahagian depan dan belakang kaki; ii. Ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci.
4.
Rambut Rambut mestilah pendek dan kemas serta tidak melepasi paras kolar baju. 5.
13.2
Rambut/Tudung i. Rambut mesti kelihatan kemas; ii. Bagi yang berambut panjang, rambut perlu diikat dengan kemas; manakala iii. Bagi yang bertudung, mestilah menggunakan tudung yang berwarna cerah supaya mudah disesuaikan dengan Jubah akademik.
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Urus setia UUM akan menyediakan perkhidmatan sewa beli kot/blazer kepada graduan yang tidak mempunyai kot/blazer di Dewan Tan Sri Othman Yeop. Harga adalah dalam anggaran RM30.00 sahaja/sehelai kot/blazer. Namun begitu Graduan dinasihatkan untuk membawa kot/blazer sendiri.
PERINGATAN 2: Graduan TIDAK DIBENARKAN/DIHALANG oleh petugas daripada mengikuti majlis penganugerahan ijazah sekiranya memakai pakaian selain daripada etika yang disebut diatas.
8 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
13.1.2
Contoh gambar etika pakaian yang DIBENARKAN bagi graduan lelaki dan perempuan (ketika menghadiri majlis konvokesyen) adalah seperti berikut:
A) LELAKI
B) PEREMPUAN
(Memakai Kot/Blazer) 13.1.3 Contoh gambar pakaian GRADUAN YANG DILARANG adalah seperti berikut:
A) LELAKI
(Tidak Memakai Kot/Blazer)
B) PEREMPUAN
(Skrit Singkat)
9 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
13.2
Panduan Pemakaian Ibu Bapa/Tetamu Masuk Ke Dewan: Etika pemakaian ini adalah bertujuan sebagai penghormatan kepada majlis konvokesyen yang turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Tunku Canselor dan tetamu kehormat universiti. Oleh itu, setiap graduan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada semua tetamu yang akan mengikuti majlis konvokesyen ini untuk mematuhi etika pemakaian majlis konvokesyen UUM. Berikut adalah etika pemakaian majlis konvokesyen:
LELAKI
PEREMPUAN
1.
Baju i. Kemeja lengan panjang /pendek berkolar (kemeja T tidak dibenarkan); atau ii. Baju batik; atau iii. Baju Kebangsaan; atau iv Lounge suit (lengkap berkemeja lengan panjang dan memakai kot yang sama warna dengan seluar)/kot.
1.
Baju i. Baju kurung; atau ii. Baju kebaya; atau iii. Baju kebangsaan; atau iv. Kemeja lengan panjang; atau v. Blaus lengan panjang; dan vi. Baju hendaklah bertutup hingga ke pangkal leher di bahagian depan dan belakang.
2.
Seluar Seluar panjang/slack (seluar jeans/ seluar pendek tidak dibenarkan).
2.
3.
Kasut Kasut yang bertutup (selipar dan sandal tidak dibenarkan).
Kain i. Kain mestilah labuh sehingga ke paras buku lali (ankle); atau ii. Skirt yang melepasi paras lutut dan bersopan.
* *
13.2.1
Blaus tanpa lengan/kemeja-T dan seluar yang tidak melepasi paras buku lali tidak dibenarkan. Seluar jeans tidak dibenarkan.
Contoh gambar etika pakaian ibu bapa/tetamu yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: PAKAIAN TETAMU A) LELAKI
B) PEREMPUAN
10 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
13.2.2
Contoh gambar etika pakaian ibu bapa/tetamu YANG DILARANG adalah seperti berikut: PAKAIAN TETAMU A) LELAKI
13.2.3
B) PEREMPUAN
Antara jenis pakaian yang TIDAK DIBENARKAN dipakai oleh tetamu (bagi lelaki dan perempuan) untuk memasuki Dewan Mu‟adzam Shah ialah seperti berikut: a. berseluar jeans; b. memakai baju t-shirt berlengan/tanpa lengan; c. memakai selipar; d. memakai skirt yang atas daripada paras lutut (bagi tetamu perempuan); dan e. pakaian yang tidak sopan seperti kain yang jarang atau menampakkan tubuh dan kurang sopan (seksi) terutama bagi tetamu perempuan.
11 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
PERINGATAN 3: (UNTUK DIMAKLUMKAN OLEH GRADUAN KEPADA TETAMU YANG DIJEMPUT UNTUK MEMASUKI DEWAN MU‟ADZAM) Tetamu adalah dinasihatkan untuk mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan oleh urus setia majlis konvokesyen universiti sebagai salah satu tanda penghormatan kepada tetamu yang lain dan majlis konvokesyen secara amnya. Kegagalan dalam mematuhi etika pakaian yang ditetapkan akan menyebabkan tetamu tersebut tidak dibenarkan memasuki Dewan Mu‟adzam Shah oleh petugas sambutan. Nota: Petugas Sambutan akan berada di semua pintu masuk tetamu bagi memastikan etika pakaian ini sentiasa dipatuhi tetamu. Harap Maklum.
PERINGATAN 4: (UNTUK DIMAKLUMKAN OLEH GRADUAN KEPADA TETAMU YANG DIJEMPUT UNTUK MEMASUKI DEWAN MU‟ADZAM SHAH) Tetamu diingatkan supaya tidak keluar dari dalam Dewan Mu‟adzam Shah ketika majlis sedang berlangsung. Tetamu yang keluar semasa majlis sedang berlangsung tidak dibenarkan untuk masuk semula untuk mengikuti majlis yang sedang berlangsung. Ini adalah bertujuan untuk tidak mengganggu perjalanan majlis yang sedang berlangsung atau tetamu lain yang hadir. Harap Maklum.
PERINGATAN 5: (UNTUK DIMAKLUMKAN OLEH GRADUAN KEPADA TETAMU YANG DIJEMPUT UNTUK MEMASUKI DEWAN MU‟ADZAM SHAH) Bagi mengelakkan para tetamu kesejukan, adalah dinasihatkan agar setiap tetamu memakai atau membawa sekali pakaian yang bersesuaian dengan suhu di dalam dewan Nota: Suhu pendingin Dewan Mu‟adzam Shah adalah sekitar 20-24 darjah celcius pada waktu pagi dan petang. Harap Maklum.
12 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
14.0
MASA GRADUAN BERKUMPUL DI DEWAN TAN SRI OTHMAN (DTSO) 14.1 14.2 14.3
15.0
Graduan dipohon datang awal ke kampus UUM pada hari konvokesyen untuk persediaan perarakan masuk ke Dewan MAS. Sebelum itu, graduan perlu berkumpul di Dewan Tan Sri Othman terlebih dahulu mengikut nombor kerusi masing-masing. Nama dan nombor kerusi graduan akan dipamerkan di luar dewan. Masa berkumpul seperti berikut: Menerima ijazah Sesi 1, 3, 5, 7, & 9 (Pagi) - sebelum 7.00 pagi Menerima ijazah Sesi 2 (Petang) - sebelum 2.00 petang Menerima ijazah Sesi 4, 6, 8 (Petang) - sebelum 1.30 petang
14.4
Pohon ambil perhatian bahawa Sesi 2 dimulakan pada jam 2.30 petang. Sehubungan dengan itu, graduan dimestikan berada di Dewan TSO sebelum jam 2.00 petang. Bagi sesi lain waktu berkumpul sesi pagi adalah sebelum jam 7.00 pagi manakala petang adalah sebelum 1.30 petang.
14.5
Di Dewan Tan Sri Othman, graduan perlu lapor diri kepada pegawai yang bertugas (Marshal) untuk mengesahkan kehadiran.
TERTIB PENGURNIAAN IJAZAH Graduan akan naik ke pentas untuk menerima ijazah mengikut turutan yang akan didahului oleh graduan Sarjana Muda Kelas Pertama, Kelas Kedua Atas dan Kelas Kedua Bawah. Graduan akan berbaris dalam satu barisan mengikut turutan abjad nama mengikut kelas masing-masing. Sila rujuk rajah di bawah sebagai panduan kepada graduan untuk acara pengurniaan ijazah.
PELAN PERGERAKAN GRADUAN SEBELUM DAN SELEPAS MENERIMA IJAZAH PENTAS UTAMA MARSHAL GRADUAN
PINTU MASUK “I”
X X X X X
X X X X X
Canselor/ Pro-Canselor
8765432 xxxxxxx
1 X Cokmar
Barisan Kiri (30 kerusi)
PINTU MASUK “H” Barisan Kanan (30 kerusi)
KERUSI STAF AKADEMIK
KERUSI STAF AKADEMIK
KERUSI GRADUAN
KERUSI GRADUAN
KERUSI GRADUAN
KERUSI GRADUAN
KERUSI TETAMU
KERUSI TETAMU
KETERANGAN : KERUSI
Jumlah baris kerusi staf akademik, graduan, dan tetamu adalah berubah mengikut jumlah peserta yang terlibat Pergerakan graduan menaiki pentas utama (menerima ijazah/anugerah) Pergerakan Graduan dari Pentas Utama Ke tempat duduk masingmasing (mengikut nombor kerusi yang telah ditetapkan) Lokasi Reader Card Machine
13 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
16.0
PANDUAN PERGERAKAN GRADUAN KETIKA MENAIKI PENTAS 16.1 16.2 16.3 16.4 16.5 16.7 16.8 16.9 16.10 16.11 16.12
17.0
PERATURAN DI DALAM DEWAN MU‟ADZAM SHAH (MAS) 17.1 17.2 17.3 17.4 17.5 17.6 17.7 17.8
18.0
Graduan hendaklah menyerahkan reader card kepada Marshal di tepi tangga sebelum naik ke pentas. Graduan 1 menerima ijazah. Graduan 2 hingga 8 berada di atas pentas di tempat bertanda „X‟. Graduan yang lain berdiri di atas tangga dan lantai Dewan. Graduan 1 berjalan apabila namanya disebut dan berhenti di tempat yang bertanda „X‟ di hadapan Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Canselor dan hulurkan kedua-dua belah tangan. Graduan Sesi 1 tidak perlu merafak sembah kepada YTM Canselor . Apabila menerima ijazah, sila ucap “MENJUNJUNG KASIH TUNKU‟. Bagi graduan Sesi 2, 3, 4 & 5 sila ucap “TERIMA KASIH TUN”. Bagi graduan Sesi 6, 7, 8 & 9 sila ucap. “TERIMA KASIH TAN SRI”. Apabila selesai graduan pertama menerima ijazah, graduan kedua mara untuk menerima ijazah, graduan ketiga pula bergerak ke tempat yang bertanda „X‟ dan seterusnya seorang graduan lain naik di hujung pentas dan begitulah seterusnya. Setelah menerima ijazah, anda dikehendaki berjalan terus ke arah tangga kanan di hadapan. Anda hendaklah turun dari pentas melalui tangga kanan tersebut dan kembali ke tempat duduk.
Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan. Pengunaan telefon bimbit dan kamera adalah tidak dibenarkan di dalam Dewan. Tetamu yang tidak dapat memasuki Dewan boleh menonton acara majlis konvokesyen melalui tayangan video secara langsung (Telecast) yang akan disiarkan di luar dewan (di bawah khemah yang disediakan). Graduan akan diiringi oleh Marshal ke tempat duduk di dalam Dewan. Jubah hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang berada di dalam Dewan. Graduan TIDAK DIBENARKAN keluar dari Dewan semasa majlis sedang berlangsung. Sekiranya graduan perlu ke bilik air, graduan dinasihatkan menyelesaikan urusan ke bilik air sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Apabila diumumkan, “Perarakan Besar Masuk Ke Dewan”, semua graduan dan tetamu diminta BERDIRI sehingga ahli-ahli Perarakan Besar duduk di atas pentas. Begitu juga apabila diumumkan “Perarakan Besar Keluar Dewan”.
MAKLUMAT UMUM TERTIB ACARA KONVOKESYEN 18.1 18.2
18.3 18.4
Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Al-Quran dan diakhiri dengan bacaan doa. Semua hadirin dikehendaki duduk dengan tertib semasa Ayat Al-Quran dan doa dibacakan. Setelah Penolong Naib Canselor Kolej / Dekan Pusat Pengajian berkenaan selesai memohon perkenan YTM Tunku Canselor / Pro Canselor mengurniakan ijazah, semua graduan diminta berdiri di tempat masing-masing. YTM Tunku Canselor / Pro Canselor kemudian akan mengumumkan penganugerahan ijazah tersebut. Selesai pengumuman, graduan program ijazah berkenaan dikehendaki beratur dan bergerak menuju ke anak tangga di sebelah kiri pentas mengikut marshal masing-masing. YTM Tunku Canselor /Pro Canselor akan mengisytiharkan Konvokesyen ditangguhkan, diikuti oleh alunan lagu „Allah Selamatkan Sultan‟ atau „Negaraku‟. Semua diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Graduan akan keluar mengikut perarakan selepas Juruacara mengumumkan perarakan graduan keluar Dewan. Sila rujuk pelan susun atur kerusi dalam Dewan Muadzam Shah seperti berikut:
14 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
19.0
SUSUN ATUR DALAM DEWAN MU‟ADZAM SHAH
PENTAS Pintu H
Pintu I
Pintu G
Pintu E
Tempat Duduk Pensyarah
Tempat Duduk Pensyarah
Tempat Duduk Graduan
Tempat Duduk Graduan
Tempat Duduk Graduan
Tempat Duduk Graduan
Tempat Duduk IIbu Bapa
Tempat Duduk IIbu Bapa
Tempat Duduk ibu bapa
Tempat Duduk ibu bapa
Pintu F
Pintu D
Pintu Utama
19.1 19.2 19.3 19.4
Pintu I dan H adalah pintu masuk untuk Graduan sahaja Graduan dikehendaki keluar ikut pintu G & E sahaja Tetamu dan Ibu bapa diminta menggunakan Pintu D,E,F & G untuk memasuki Dewan dan keluar menggunakan Pintu G & E sahaja Pintu H, F & D akan ditutup selepas majlis konvokesyen selesai, oleh itu tetamu sila keluar ikut pintu G & E
15 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
20.0
KAD JEMPUTAN DAN PAS KENDERAAN Kad jemputan dan pas kenderaan akan diberi sekali sahaja pada hari pengambilan jubah konvokesyen. Pastikan kad tidak tercicir atau hilang dan paparkan pas semasa memasuki kampus UUM. Jumlah tetamu yang dibenarkan untuk memasuki Dewan Mu‟adzam Shah bagi setiap sesi konvokesyen adalah seperti berikut;;
BIL
21.0
SESI
1
8/11/2014 - Sabtu
Sesi Pertama (Pagi)
2
8/11/2014 - Sabtu
Sesi Kedua (Petang)
3
9/11/2014 - Ahad
Sesi Ketiga (Pagi)
4
9/11/2014 - Ahad
Sesi Keempat (Petang)
5
10/11/2014 - Isnin
Sesi Kelima (Pagi)
6
10/11/2014 - Isnin
Sesi Keenam (Petang)
7
11/11/2014 - Selasa
Sesi Ketujuh (Pagi)
8
11/11/2014 - Selasa
Sesi Kelapan (Petang)
9
12/11/2014 - Rabu
Sesi Kesembilan (Pagi)
JUMLAH TETAMU DIBENARKAN MEMASUKI DEWAN BAGI SEKEPING KAD JEMPUTAN 7 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan)) 3 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 3 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 3 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 3 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 3 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 3 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan) 2 orang tetamu (Tidak Termasuk Graduan)
GAMBAR KONVOKESYEN 21.1 21.2 21.3 21.4
21.5 21.6
22.0
TARIKH
Gambar semasa menerima ijazah Harga gambar RM50.00 (anggaran)*Tertakluk pada perubahan. Saiz 11R, 8R, 5R Kaunter tempahan gambar dan pembayaran akan dibuka sepanjang tempoh pengambilan jubah di Dewan Tan Sri Osman (DTSO). Graduan diingatkan supaya membuat bayaran pada Jurugambar Rasmi yang dilantik oleh pihak universiti iaitu LAKARAN TUAH Sdn. Bhd. Para pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat lengkap mengenai gambar konvokesyen di kaunter tempahan gambar. Sebarang pertanyaan sila hubungi 017 6675571 dan 012 2178813 atau e-mel ke
[email protected]
ALUMNI UUM Semua bekas pelajar UUM adalah WAJIB untuk menjadi ahli Persatuan Alumni UUM (PAUUM) bagi tahun pertama. Bayaran yuran boleh dibuat melalui CIMB Bank No. Akaun 02110000007106 atas nama PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Yuran Keahlian Tahunan RM15 atau Yuran Keahlian Seumur Hidup RM105. Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 924 2780 E-mel
[email protected]
23.0
PENJUALAN BUNGA UNTUK GRADUAN Sebagai meraikan kejayaan para graduan, ibubapa/keluarga graduan boleh mendapatkan bunga segar yang dijual dengan harga berpatutan di sekitar Dewan Muadzam Shah dan tapak ekspo.
16 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
24.0
HAD LAJU KENDERAAN Had laju kenderaan sepanjang lebuhraya dari Tol Hutan Kampung (Alor Setar Utara) – Bukit Kayu Hitam adalah 80-90km/j. Para tetamu dinasihatkan untuk mematuhi had laju yang ditetapkan agar selamat dalam perjalanan.
25.0
WAKTU SOLAT (DAERAH KUBANG PASU) Graduan dan ibu bapa yang beragama Islam boleh menunaikan solat di surau Dewan Tan Sri Osman (DTSO) paras bawah dan juga surau sementara yang disediakan (di belakang Dewan MAS). Waktu solat bagi daerah Kubang Pasu dari 8-12 November 2014 adalah seperti berikut: Tarikh
26.0
Hari
Subuh
Syuruk
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
08/11/2014 Sabtu
5:47
7:06
1:04
16:25
18:59
20:11
09/11/2014 Ahad
5:47
7:06
1:04
16:25
18:59
20:11
10/11/2014 Isnin
5:47
7:06
1:04
16:25
18:59
20:11
11/11/2014 Selasa
5:47
7:06
1:04
16:25
18:59
20:11
12/11/2014 Rabu
5:47
7:06
1:04
16:25
18:59
20:11
PENGINAPAN Kepada graduan yang berkeluarga dan memerlukan penginapan sementara, boleh hubungi nombor berikut: University Inn (dalam Kampus UUM) Hotel EDC, UUM T Hotel, Changlun GM Hotel Changlun Taman Siswa UUM (Bandar Darul Aman, Jitra) Bustani Hotel, Jitra Hotel Regency (Alor Star) Hotel Seri Malaysia (Alor Star) Hotel Holiday Villa (Alor Star) Hotel Sentosa Regency (Alor Star) Zen Hotel Sdn Bhd (Alor Star) Star City (Alor Star) Hotel Putra Palace (Kangar, Perlis) TH Hotel, Alor Setar Fuller Hotel, Alor Setar
-
04 9244545 04 9288888 04 924 8888 04-9249776 04 9199113 04 9177777 04 7313333 04 7308737 04 7349999 04 7303999 04 7775555 04 7355888 04 9767755 04 7403666 04 7333999
TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN KONVOKESYEN KE-27 TAHUN 2014, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. MAKLUMAT LANJUT LAYARI http://hea.uum.edu.my
17 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”
Panduan Konvokesyen ke-27, Tahun 2014
26.0
PELAN KE BILIK JUBAH, DEWAN TAN SRI OTHMAN
Bilik Jubah (Paras Bawah)
(Petugas Konvo Sahaja) (Petugas Konvo
Sahaja)
Ke Dewan TSO
JALAN UTAMA
* DIKEMASKINI PADA 12 OKTOBER 2014 JAM 5.00 PETANG.
18 “PARA GRADUAN DAN TETAMU DIWAJIBKAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN”