Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 1
TOPIK 1
CARI IDEA
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 2
Sebelum anda mula menulis ebook, sangat penting untuk anda cari dan dapatkan idea untuk menulis ebook yang laris dipasaran. Dengan menghasilkan ebook yang tiada permintaan dalam pasaran ibarat anda membuat kerja yang sia-sia sahaja. Ramai yang ‘tersekat’ dibahagian pertama ini oleh kerana tidak ada idea untuk menghasilkan topik untuk ebook mereka. Salah satu cara untuk mendapatkan idea dan mengetahui samada idea anda itu ada permintaan atau tidak, anda boleh gunakan Google Keyword Planner. Dalam bab pertama ini akan menyentuh serba sedikit mengenai beberapa cara untuk mendapatkan idea dalam menghasilkan ebook anda nanti.
Cara Pertama - Berdasarkan pengalaman, hobi dan minat anda. Adakah anda tahu, menghasilkan ebook seperti ini sangatlah mudah kerana kita hanya menggunakan pengalaman dan ilmu yang kita ada sahaja. Jika hobi anda memancing, anda boleh hasilkan ebook mengenai memancing. Jika anda pandai menjahit, anda boleh hasilkan ebook panduan mengajar menjahit ataupun jika selama ini anda ada pengalaman menjaga kesihatan dengan cara mudah, anda boleh hasilkan ebook dengan mengajar mereka cara menjaga kesihatan. Gunakan ilmu yang anda ada.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 3
Cara Kedua - Lawat kedai buku. Cuba anda habiskan masa hujung minggu anda dengan menghadirkan diri kemana-mana kedai buku. Disitu, anda akan mendapat pelbagai idea. Bagaimana caranya? Lihat dibahagian Best Seller dalam kedai buku tersebut. Apa lagi? Inilah masanya untuk anda hasilkan ebook berdasarkan topik-topik bestseller tersebut. Tapi AWAS! Bukan bermaksud, anda beli buku tersebut dan COPY PASTE menjadi ebook. SALAH YA! Maksud disini adalah anda hasilkan ebook berdasarkan topik atau subjek dalam kategori tersebut. Jika ada buku yang berkaitan kewangan, ini bermaksud, anda boleh hasilkan ebook berkaitan kewangan juga! Jika anda ada ilmu dan pengalaman berkenaan pengurusan kewangan, apa lagi? Anda boleh hasilkan ebook berkenaan topik tersebut. Dah dapat idea kan?
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 4
Cara Ketiga - Kaji masalah orang ramai.
Caranya adalah dengan bertanyakan pada rakan-rakan, ahli keluarga, saudaramara atau sesiapa sahaja. Apa masalah mereka yang selalu anda lihat? Masalah kesihatan? Masalah kewangan? Masalah rumahtangga? Cuba anda lihat dan tanya mereka dengan lebih mendalam lagi. Dengan cara ini juga anda akan dapat pelbagai idea lagi. Selain itu, anda juga boleh membaca surat khabar dan lihat masalah-masalah yang sering berlaku dari hari ke hari.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 5
TOPIK 2
HASILKAN EBOOK
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 6
Selepas mendapatkan idea untuk topik ebook anda, langkah seterusnya adalah dengan menghasilkan ebook tersebut.
Bagaimana caranya? Untuk menghasilkan sesebuah ebook, ianya sangat mudah. Anda hanya memerlukan sebuah perisian yang bernama ‘Microsoft Word’. Masuk ke Microsoft Word didalam komputer atau laptop anda, dan MULA MENULIS !!
Langkah Pertama - Pemilihan tajuk ebook yang sesuai. Pastikan pemilihan tajuk untuk ebook anda nanti akan menarik orang untuk membeli. Sebagai contoh: Panduan Mengajar Anak Merangkak Panduan Mengajar Anak Merangkak Dalam Masa 5 Hari Antara 2 tajuk diatas, yang mana lebih menarik? Sudah tentu tajuk yang kedua. Pastikan anda memasukkan ANGKA dalam tajuk ebook anda.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 7
Langkah kedua - Rancang isi kandungan ebook anda. Sebelum anda mula menulis, anda perlu rangka dahulu isi kandungan yang anda mahu letakkan. Ini akan memudahkan proses untuk anda menulis ebook tersebut. Sebagai contoh, sebelum menghasilkan ebook, anda boleh membuat PETA MINDA untuk merangka isi kandungan yang mahu disampaikan. Dengan adanya PETA MINDA ini, kerja penulisan anda akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 8
Langkah Ketiga - Mulakan Menulis. Rujuk PETA MINDA yang telah anda hasilkan tadi, kemudian kembangkan rangkarangka tersebut menjadi informasi yang lebih banyak dan lebih terperinci. Jika anda telah selesai menyiapkan ebook anda, pastikan anda SAVE sebagai format PDF. Caranya sangat mudah. Dalam Microsoft Word tersebut, anda klik pada Menu – Save As – Pilih Type sebagai PDF.
Maka terhasil sudah ebook anda
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 9
TOPIK 3
SEDIAKAN LAMAN WEB & RUANGAN DOWNLOAD Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 10
Langkah seterusnya adalah dengan menyediakan laman web khas untuk menjual ebook tersebut. Seperti yang anda semua sedia maklum, jenis laman web yang paling sesuai untuk menjual ebook adalah laman web jenis shopping cart salesletter. Oleh itu, anda perlu sediakan laman web jenis salesletter dan siapkan surat jualan untuk laman web tersebut. Untuk membina laman web, tidak akan disentuh dalam panduan ini. Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk Modul ke-2 yang diajar dalam kelas “Modul 2 Laman web Yang Menjual”.
Jika anda telah siap menyediakan laman web jualan untuk ebook tersebut, langkah seterusnya dan paling penting adalah menyediakan ruangan download untuk pembeli ebook anda. Untuk kaedah ini, akan diterangkan dengan 2 cara yang boleh anda gunakan. Anda boleh pilih salah satu cara yang akan diterangkan nanti. Cara pertama adalah “download secara manual” dan yang kedua adalah “download secara automatik”.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 11
Kaedah 1 – Ruangan Download Manual. Untuk penerangan lebih jelas, kaedah ini adalah dengan memberikan link download secara manual kepada pembeli. Bermaksud, jika pembeli anda telah pun membuat bayaran, maka anda perlu menghantarkan link download ebook tersebut kepada mereka secara manual samada melalui email, inbox (PM) di Facebook atau apa-apa cara lain. Kebiasaanya di email.
Di sini, ada 2 cara yang boleh anda gunakan. 1. Attach file PDF. Anda boleh terus attach file PDF tersebut dalam email pembeli. Jika anda ingin menghantar ebook tersebut melalui facebook pembeli, anda attachkan sahaja file PDF tersebut dalam inbox (PM). 2. Gunakan Mediafire.com atau Dropbox.com dan lain-lain yang lebih kurang sama fungsinya. [INFO] MediaFire dan Dropbox adalah laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk menyimpan sebarang file di alam maya (online). Dan yang menariknya, file yang telah kita simpan didalam website tersebut, boleh dikongsi bersama-sama dengan orang lain. Setiap file akan diberikan link yang unik. Jadinya, anda hanya perlu kongsikan link unik tersebut kepada sesiapa yang anda mahukan. Ini Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 12
bermaksud, sesiapa yang tidak ada link unik tersebut, mereka tidak boleh akses ke file tersebut. Untuk cara ini, anda perlu Upload file PDF ebook anda ke dalam laman web Mediafire atau Dropbox. Selepas upload, anda akan diberikan link unik, sebagai contoh, www.mediafire.com/xxxxxxxxxxxx. Dan link unik tersebutlah yang perlu anda hantar kepada pembeli ebook anda nanti. Anda perlu menghantar email kepada mereka dengan memberikan link unik tadi.
Sebagai contoh: Hai, Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan ebook ____. Sila download ebook anda di link berikut: ________________________ Link Mediafire/Dropbox.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 13
Kaedah 2 – Ruangan Download Automatik. Kaedah ini hanya boleh digunakan sekiranya pembeli membuat bayaran menggunakan Paypal sahaja. Jika mereka membayar menggunakan kaedah Bankin atau online transfer, anda perlu berikan mereka link download secara manual seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Untuk ruangan download secara automatik, caranya adalah seperti berikut:
1. Login ke akaun Paypal anda.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 14
2. Selepas Login, dibahagian Tools, klik All Tools.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 15
3. Klik pada Show Me.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 16
4. Klik pada PayPal buttons.
5. Klik Create new button.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 17
6. Isikan semua maklumat di bahagian STEP 1 ini.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 18
7. Abaikan pada Step 2, terus klik pada Step 3, dan paparan seperti ini akan muncul.
Di bahagian yang dimerahkan tersebut, anda perlu masukkan link unik Mediafire atau Dropbox yang telah diberitahu sebelum ini. Masukkan link tersebut di bahagian Take customers to this URL when they finish checkout.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 19
Ini bermaksud, selepas pembeli membuat bayaran, mereka akan terus dibawa ke link yang telah anda masukkan diruangan tersebut.
8. Kemudian, klik Create Button.
Siap!
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 20
9. Selepas itu, anda akan diberikan code button untuk anda letakkan didalam laman web. Ada dua pilihan untuk anda iaitu Website atau Email. Jika anda mahu gunakan button yang disediakan oleh paypal seperti yang dibulatkan pada gambar dibawah ini, anda gunakan code pada ruangan Website. Jika anda ada button pilihan anda sendiri, gunakan code dibahagian Email.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 21
TOPIK 4
PROMOSI
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 22
Antara tempat yang boleh anda lakukan aktiviti promosi adalah dengan menggunakan facebook, forum, dan juga blog. Pastikan tempat-tempat tersebut adalah releven dengan topik ebook anda. Gunakan teknik iklan percuma dan juga teknik iklan berbayar. Terdapat satu teknik promosi yang agak menarik untuk anda cuba dan kebanyakan Internet Marketer diluar sana melakukan teknik ini juga. Teknik ini dinamakan sebagai Pra-Pelancaran. Kaedah ini bermaksud, anda buat jualan awal sebelum jualan dibuka kepada umum. Cara ini adalah dengan menawarkan harga yang lebih murah daripada harga sebenar. Mungkin anda boleh mengadakan Pra-Pelancaran selama 2 hari sebelum ianya dilancarkan kepada umum.
War-warkan pada kenalan facebook anda, diblog anda atau diforum yang telah anda join, dan beritahu mereka bahawa anda sedang melakukan pra-pelancaran untuk ebook tersebut. Jika ebook anda berharga RM40, maka anda tawarkan kepada mereka dengan harga yang lebih murah. Mungkin RM10? RM20? Terpulang kepada anda. Kebiasaannya, mereka ini akan pantas membeli kerana mahukan harga yang lebih murah sebelum hari pelancaran yang sebenar. Sekali lagi diingatkan, promosikan hanya di tempat yang betul dimana target market anda berkumpul. Jika anda promosikan di tempat yang salah, ia ibarat siasia sahaja promosi tersebut.
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 23
----------------------TAMAT----------------------
Hakcipta Terpelihara © Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Page | 24