INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1076
DOKTRIN KHURAFAT : PEMAHAMAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AL-HADITH ROGAYAH BINTI CHEK Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
[email protected] No. Tel. 019- 8898190 / 019-439870 ZAINORA DAUD Akademi Islam KUIS
[email protected]
Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman, seiring perkembangan pasca moden, kemajuan ketamadunan yang pesat serta perkembangan ilmu secara global. Ini berlaku rentetan munculnya media massa yang pelbagai dan perbualan dari mulut ke mulut antara generasi masih jelas keberadaan budaya dan amalan karut marut sehingga membawa kepada perkara syirik dan khurafat. Walaupun dasarnya, budaya dan amalan tersebut dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata dengan beralaskan bahawa masyarakat kini sudah bijak menilai antara baik dan buruk serta antara realiti dan fantasi. Namun, ini telah memberi gambaran realiti keberadaan fahaman serta amalan khurafat dalam kalangan masyarakat. Justeru, artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan secara lebih komprihensif pengertian khurafat dari aspek al-Quran dan alHadith dan meninjau doktrin khurafat yang sangat bertentangan merangkumi pelbagai bentuk dan gaya serta perkara berkaitan dengannya. Metodologi kajian secara kualitatif dijalankan menerusi rujukan dokumentasi sebagai instrumen kajian, dikukuhkan lagi tinjauan penyelidikan lepas serta sumber primer a-Quran dan alHadith, pandangan ulama terdahulu dan ilmuan kontemporari. Analisis kajian secara induktif dilaksanakan bagi merumuskan segala maklumat dan hasil kajian. Hasil kajian jelas menunjukkan permasalahan khurafat ini tidak boleh dianggap remeh dan perlu dibanteras secara ilmiah di dalam memberi kefahaman kalangan masyarakat supaya masyarakat tidak terus terjebak atau terperangkap dalam bahaya khurafat. Segala halangan-halangan atau sekatan-sekatan psikologi dalam kalangan individu yang meyakini khurafat, perlu dipecahkan agar mereka tidak berada dalam keadaan ketakutan dan bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna di dalam melahirkan masyarakat yang benar-benar berpaksikan al-Quran dan al-Hadith. Kata kunci : Doktrin, Khurafat, Pemahaman,Al-Quran,Al-Hadith, Kontemporari
1.
Pengenalan
Agama Islam yang bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai satu perlembagaan yang menjadi panduan kepada umat Islam telah membawa ajaran akidah tauhid yang memerangi berhala dan semua akidah yang kontra dengan tauhid. Bangsa Arab Jahiliyyah yang berpegang dengan penyembahan patung dan berhala serta dipenuhi oleh berbagai unsur yang berlawanan dengan akidah tauhid. Oleh yang demikian, Islam telah memerangi segala apa jua rupa dan bentuk akidah yang salah, sesat dan berlawanan dengan akidah tauhid seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadith.Walaupun Islam menentang khurafat, namun khurafat terus wujud dalam kalangan masyarakat Islam sehingga kini. Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w, khurafat bukanlah sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Namun, apakah faktor-faktor yang menyumbang kelangsungan gejala khurafat sehingga kini kalangan masyarakat Islam? Ini memerlukan 945
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kesinambungan usaha yang gigih dan dakwah berterusan khususnya bagi menghalang budaya khurafat terus merebak dari generasi ke generasi. Pemahaman yang tepat dan jelas tentang khurafat perlu diterapkan secara sempurna kepada masyarakat seiring kefahaman menurut perspektif al-Quran dan al-hadith.
2.0
Pengertian Khurafat dari Aspek Bahasa
Maksud doktrin ialah prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya dapat diterima (Hajah Noresah bt Baharom, 2002). Maksud ‘Khurafat’ pula ialah ajaran yang bukan-bukan, atau karut, dongeng dan tahyul (Hajah Noresah bt Baharom,2002). ‘alkhurafat’ juga bermaksud cerita bohong, dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk akal. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak memiliki dasar atau bersumber daripada ajaran agama tetapi diyakini bahawa hal tersebut berasal dan memiliki dasar daripada agama (Ensiklopedia Islam, 2004). Merujuk kepada etimologi, adalah ternyata khurafat berasal dari bahasa arab kharafayakhrifu-kharfan-khurafatan. Padanan bahasa Inggerisnya merujuk kepada supersition atau supertitio dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong dongeng dan tahayul atau sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta tetapi menarik (Ensiklopedia Hukum Islam, 1997) atau sesuatu cerita yang dusta tetapi menarik (Ibnu Manzur, 1907). Menurut aspek terminologinya bererti lemah akal kerana ketuaan atau orang yang rosak akalnya sebab nyanyuk kerana terlalu tua (Ibnu Manzur, 1907). Manakala, dalam buku kecil Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah, JAKIM 2006, mendefinasikan khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan pekara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Semua pekara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan dosa. Tegasnya, kurafat adalah amalan atau fahaman atau tingkahlaku atau perbuatan yang bercanggah dengan akidah dan syariah Islam. Oleh itu kurafat boleh diketagorikan sebagai ajaran sesat (JAKIM, 2006). 3.0
Pengertian Khurafat Dari Sudut Istilah
946
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Menurut Husin ‘Abdul Wahid, khurafat adalah perkara yang saling bersilih ganti dengan dongeng yang asasnya tidak wujud. Khurafat adalah merupakan dongeng yang berubah-ubah yang dikhayalkan dan digambarkan oleh masyarakat sebagai makhluk halus yang boleh berubah kepada menyerupai sesuatu. Sesuatu gambaran yang dikhayalkan berdasar realiti semasa atau identiti masyarakat setempat Hai Bin Yaqdzan berpandangan khurafat berlaku atas sebab manusia yang sifatnya inginkan motivasi dan perlukan kekuatan dalam menjalani kehidupan. Kompenan yang penting kewujudan khurafat ini adalah dari generasi berpindah ke generasi seterusnya dengan versi yang sama tetapi ditokok tambah dan penyelewengan yang semakin berkembang (Hussin ‘Abdul Wahid, 1980).
Manakala Dr Ali Mahfuz, seorang ahli teologi Islam, mendefinisikan khurafat adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Orang yang membawa hal-hal yang bersifat khurafat biasanya suka memutarbalikkan fakta, memberikan hal-hal yang bersifat dusta dan menonjolkan hal-hal yang batil (Hussin Abdul Wahid, 1980). Dari sudut kategori bid’ah pula, keberadaan khurafat adalah sebahagian dari bid’ah yang diertikan sebagai penambahan kepada apa yang dibenarkan syarak. Penambahan dalam halhal ibadah disebut bid’ah, manakala dalam kepercayaan (akidah) dinamakan bidah akidah atau khurafat (H.Djarnawi Hadi Kusuma, t.t.). Al-Sheikh ‘Ali Mahfuz menjelaskan bid’ah akidah (khurafat) sebagai kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w. (Ali Mahfuz, t.t) Justeru, setiap individu perlu memahami secara jelas dan tidak memandang remeh perkara bid’ah agar tidak terjerumus ke dalam khurafat.
4.0
Pengertian Khurafat dari Aspek Pandangan Ulama
Berpandukan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan malaysia Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Augus 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai (E-Fatwa,1996): 947
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
i.
Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
ii.
Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.
iii.
Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.
iv.
Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.
v.
Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Justeru, pendekatan yang digunakan oleh penulis dalam mengklasifikan bentuk amalan khurafat dalam masyarakat Islam adalah bercirikan seperti berikut: i.
Tidak didasarkan pada nas-nas syarak samaada al-Quran dan al-Hadith (Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam,2010).
ii.
Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut (Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam,2010) .
iii.
Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam (JAKIM, 1997).
iv.
Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang memudharatkan dan menyeleweng dari akidah Islam (JAKIM, 1997).
v.
Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu (JAKIM,1997).
vi.
Mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam (JAKIM,1997).
948
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Manakala digolongkan syirik jika percaya bahawa ada yang memberi kesan selain Allah, percaya bahawa ada yang mempunyai kekuasaan mutlak selain Allah. Seperti iktikad (kepercayaan orang-orang yang mengabdi diri kepada berhala dan meminta pertolongan kepadanya dalam perkara yang diluar kuasa manusia, seperti meminta menang dalam pertandingan atau perlawanan, meminta sembuh dari sakit tanpa usaha berubat (Inilah syirik yang dilakukan oleh kaum watsani (penyembah berhala,tugu dan sebagainya), dan golongan seperti mereka. Syariat datang menghapuskannya dan Islam menghanjurkan untuk mengembalikan perkara diluar kekuasaan manusia dan sebab-sebab alami kepada Allah yang Maha Esa sahaja (Muhammad Abduh, 1960) .
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, bolehlah dirumuskan bahawa istilah doktrin khurafat merujuk kepada samaada sesuatu perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau mazhab yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan atau penderitaan kepada seseorang. Hakikatnya, semua itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Pada waktu yang sama bertentangan dengan logik akal yang sihat dan tidak bersandarkan kepada realiti, kerana ia merupakan sesuatu yang batil, langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.
5.0
Pemahaman Doktrin Khurafat Menurut Perspektif al-Quran
Al-Quran hanya menyatakan hukum secara ringkas dan melalui kaedah kuliyyah (Yusuf alQaradawi, 2006). Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sebab dan implikasi daripada perbuatan khurafat. Walaupun tidak ada satu ayat khusus yang menyebutkan secara jelas tentang perkataan khurafat (Che Zarina Sha’ari, 2002). Antara contoh ayat al-Quran ini menyebutkan, orang mukmin mesti percaya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi nikmat atau bala kepada manusia. Ini dinyatakan dalam Firman Allah s.w.t (Che Zarina Sha’ari, 2002):
Maksudnya:“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan
949
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51 ) Menerusi ayat ini Allah s.w.t telah menjelaskan segala kebaikan dan kemudaratan adalah datangnya dari Allah s.w.t dan atas izin dan ketetapan-Nya jua. Ayat ini memberi petunjuk kepada Rasulullah s.a.w bagaimana menghadapi sikap para munafiqin itu dan memerintahkan agar baginda menjawab pernyataan orang munafiqin dengan mengatakan “Sekali-kali tidak ada sesuatu yang akan menimpa diri kami selain apa yang telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Dia-lah pelindung kami dan hanya kepada-Nya kami dan orang-orang mukmin bertawakkal (H.Halim Bahreisy,1998). Allah S.W.T juga memperkukuhkan tentang sifat Allah yang berkuasa dan ke-Esaan-Nya dengan menafikan sekerasnya perbuatan dan kepercayaan dongeng dan tidak benar sebilangan masyarakat seperti yang disebut di dalam dalam al-Quran:
Maksudnya:“(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri?Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya.” ( Surah al-An’am 6: 101-102) Ayat ini memperjelaskan kesesatan dari kaum musyirikin yang mempersekutukan Allah dengan Jin dan lain-lainnya, padahal Allah-lah pencipta langit dan segala sesuatu dan mengetahui segala sesuatu. Semua yang ada adalah makhluk yang dijadikan, bukan anak Allah walau berupa malaikat atau nabi dan rasul yang terdekat dengan Allah S.W.T. Allah juga menekankan kepada setiap insan bahawa itulah sesungguhnya Allah yang bersifat kekuasaan, kebesaran, tiada Tuhan kecuali Dia, pencipta segala sesuatu, maka hanya Allah kalian harus mengabdi, menyembah, taat dan patuh, bahkan Dia-lah yang menjamin segala sesuatu (H.Halim Bahreisy, 1988).
950
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Allah s.w.t juga melarang keras makhluknya mensyirikkan-Nya seperti yang dijelaskankan di dalam al-Quran:
Maksudnya:“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.” (surah Fussilat 4 : 37) Ayat di atas juga membuktikan keberadaan khurafat dan perkara syirik sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan nabi sebelumnya lagi. Allah s.w.t tetap menekankan di dalam al-Quran tentang kekuasaan-Nya sebagai asas pemantapan aqidah antaranya Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (Surah al-Fatihah 1 : 4)
Hamba Allah yang sebenarnya ialah: Orang yang menyembah kepada-Nya tidak kepada yang lain. Kerana tiada sesuatu yang boleh memberi manfaat atau mudharat selain Allah berkuasa memberi pengadilan (Ahmad Sonhadji Mohammad, 1988). Antara amalan khurafat yang masih diamalkan masyarakat kontemporari ialah amalan tilik menilik nasib. Iaitu perbuatan bertenung dan mempercayai apakah baik atau buruknya akibat keputusan hasil tindakan yang akan dilaksanan. Amalan mempercayai tilik nasib adalah perbuatan khurafat dan dilarang keras di dalam Islam. Al-Quran membuktikan kewujudannya dengan menjelaskan tiada yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Sepertimana Firman Allah s.w.t.
951
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Maksudnya: “ Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).(Surah al-Naml 27: 65) Berdasar maksud ayat ini juga menjelaskan kekuasaan-Nya sebagai kesinambungan pada ayat sebelum-Nya yang membuktikan Allah mencabar kaum yang mengerjakan amalan syirik agar membuktikan tentang kebenaran syirik yang dilakukan oleh kaum kafir musyrik (JAKIM, 2001). Secara terperinci Allah menjelaskan lagi:
“Maksudnya: Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-‘Araf 7 : 188) Ayat-ayat al-Quran di atas telah menerangkan secara umum keberadaan khurafat dan methide mengatasi serta implikasi khurafat. Ini dikukuhkan lagi dengan al-Hadith bagi menolak beberapa amalan yang bertentangan dengan Islam dan menjelaskan kebenaran ajaran Islam.
6.0
Pemahaman Doktrin Khurafat Menurut Perspektif al-Hadith 952
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Istilah khurafat dan kemunculan asal usulnya bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi (Ensiklopedia Hukum Islam, 1997). Istilah ini muncul setelah timbulnya cerita tentang khurafat, Abi al-Kalabi menceritakan bahawa ada seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah. Suatu hari ia telah ditangkap oleh jin, setelah itu ia pun dikembalikan oleh jin kepada kaumnya lantas ia menceritakan tentang peristiwa dan kejadian aneh dan menakjubkan yang pernah ia lihat semasa berada di alam jin. Sebaik mendengar cerita itu, orang ramai menjadi ta’ajub dan berkata bahawa ia sesuatu yang tidak masuk akal dan ia adalah cerita khurafat (Ibnu Manzur, 1907),.
Asal usul khurafat ini juga telah diriwayatkan menerusi hadith tersebut:
Maksudnya:“Dari Aisyah berkata; "Pada Suatu malam Nabi s.a.w bercerita kepada para istrinya, lalu ada salah seorang dari mereka berkata; 'Wahai Rasulullah, itu adalah cerita khurafat.' Rasulullah s.a.w bersabda: "Apakah kalian tahu apa itu khurafat? khurafat adalah seorang laki-laki dari ‘Udzrah yang ditawan oleh para jin di masa jahiliyyah, ia tinggal bersama mereka dalam jangka waktu sekian lama, kemudian para jin tersebut mengembalikannya kepada wujud manusia, lalu Khurafat bercerita kepada orang ramai tentang hal-hal yang menghairankan yang ia lihat di alam jin, hingga akhirnya orang-ramai berkata; cerita Khurafat." Ayahku berkata; Abu ‘Uqail ini adalah tsiqah, nama dia Abdulloh bin Aqil Ats-Tsaqafi. (Musnad Ahmad :24085)
7.0
Pemahaman dalam bentuk-Bentuk Khurafat Menurut Perspektif Al-Quran Dan Hadith
Selain hadith-hadith yang menjelaskan asal usul khurafat, makna, sebab dan implikasi serta hukum meyakini amalan khurafat, terdapat juga hadith-hadith lain menjelaskan bentukbentuk keberadaan khurafat di zaman Rasulullah s.a.w. yang perlu difahamai secara tuntas
953
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
oleh masyarakat bagi mengenalpasti pro dan kontra setiap amalan dalam syariat Islam. Antara ayat al-Quran dan hadith-hadith berkaitan adalah:
7.1
Pertama: Peristiwa Pohon Bai’atur Ridwan
Ketika pemerintahan Khalifah 'Umar bin al-Khatthâb, muncul gejala pada sebagian kaum muslimin yang memiliki kebergantungan kepada barang-barang peninggalan dan kenangan sejarah yang tidak bercantum keutamaannya dalam nas. Peristiwa pokok ini telah mempengaruhi aqidah dan amalan dalam agama masyarakat ketika itu dilihat Umar r.a menyumbang kepada kepercayaan dan amalan masyarakat kearah khurafat dan syirik . Khalifah 'Umar bin al-Khattâb dan para sahabat melarang dan memperingatkan manusia dari perbuatan tersebut. Tertera dalam Al-Quran sejarah Rasulullah bersama sahabat di bawah sebuah pohon sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah al-Fath ayat18:
Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya”.(al-Fath:48:15)
Sebab penurunan ayat al-Quran ini yang mengisahkan ketika Rasulullah s.a.w mengumpulkan seluruh mukminin di bawah pohon dan mengambil sumpah mereka untuk bersedia berjihad memerangi orang-orang kafir yang menghalang mereka untuk memasuki Mekah mengerjakan umrah ketika itu. Umat Islam berbai’ah (bersumpah) satu persatu dengan cara meletakkan tangannya ke atas tangan Rasulullah. Baginda yang terakhir meletakkan satu tangan baginda sendiri ke atas tangan baginda sendiri sambil mengatakan bahwa yang satu adalah tangan Usman, Baginda telah mewakili Usman berbai’at. Ini adalah salah satu penghormatan unik terhadap Usman dimana Rasulullah s.a.w mengibaratkan 954
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
tangan baginda sebagai tangan Usman. Setelah kembalinya Usman bersama rombongan mukminin tersebut, maka iapun berbai'at untuk dirinya sendiri (Ahmad Bin Abdul Rahman al-Suyan, 1999).
Mereka yang ikut serta dalam peristiwa bai'aturridwan ini telah diberi penghormatan besar oleh Allah dan Rasulnya. At-Tabari mentafsirkan ayat ini dari kisah Rasulullah s.a.w dan Allah sangat menyukai sumpah yang telah diucapkan oleh para sahabat ini. Bai’at ini terjadi di bawah pohon di Hudaibiyah. Umar bin Khattab memerintahkan agar pohon (bai’atur ridwan ) untuk ditebang. Beliau menebangnya karena ramai manusia yang pergi ke sana dan salat di bawahnya. Ini membuatnya bimbangakan terjadi fitnah (kesyirikan) terhadap mereka (Ahmad Bin Abdul Rahman al-Suyan, 1999). 7.2
Kedua: Kisah Kepercayaan Keramat Pada Pohon Zatu Anwat.
Kisah pohon zatu anwath, iaitu pohon milik orang musyrik yang menggantungkan senjatasenjata mereka di pohon tersebut karena dianggap keramat. Rasulullah s.a.w. melarang perkara tersebut. Ini diriwayat kan dari Abu Waqid al-Laitsi r.a., dia berkata,
Maksudnya:“Dahulu kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. keluar menuju Khaibar. Lalu, baginda melalui pohon orang musyrik yang dinamakan zatu Anwat. Mereka menggantungkan senjata mereka. Lalu mereka berkata, “Wahai Rasulullah!Buatkanlah untuk kami zatu Anwat.(tempat menggantungkan senjata) sebagaimana mereka memiliki zatu Anwat..” Rasulullah s.a.w menjawab, “Subhanallah! Sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Musa: Jadikanlah untuk kami sesembahan sebagaimana mereka memiliki sesembahan-sesembahan.” Kalian benarbenar akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang-orang sebelum kalian.” (Sunan Tirmidzi : 2106 ) Penjelasan bahwa tabarruk (ambil berkah) dengan pohon dan batu, beri’tikaf di situ dan menggantungkan hati padanya merupakan kesyirikan yang terjadi pada umat ini. Mereka 955
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
yang terjerumus dalam hal ini, maka mereka mengikut jalan Yahudi dan Nasrani meninggalkan jalan dan petunjuk Nabi s.a.w. 7.3
Ketiga: Percaya Kepada Sial Majal Gerhana Matahari Seperti yang disebutkan dalam hadith antaranya:
Maksudnya:“Abu Bakrah berkata, "Kami pernah duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w lalu terjadi gerhana matahari. Rasulullah berdiri menjulurkan selendangnya hingga masuk ke dalam masjid, kamipun ikut masuk ke dalam Masjid, baginda lalu mengimami kami shalat dua rakaat hingga matahari kembali nampak bersinar. Setelah itu baginda bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana disebabkan karena matinya seseorang. Jika kalian melihat gerhana keduanya, maka dirikanlah shalat dan banyaklah berdoa hingga selesai gerhana yang terjadi pada kalian."
(Shahih Bukhari :982)
Menerusi hadith lain juga Rasulullah s.a.w menerangkan:
Maksudnya:“Al Mughirah bin Syu'bah berkata, "Pada masa Rasulullah s.a.w. pernah terjadi gerhana matahari, iaitu di hari wafatnya putera baginda, Ibrahim. Orang ramai lalu berkata, "Gerhana matahari ini terjadi karena meninggalnya Ibrahim!" Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana
956
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
disebabkan karena mati atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka salat dan berdoalah kalian kepada Allah." (Shahih Bukhari :985)
Hadith di atas jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. menentang kepercayaan dan amalan khurafat yang jelas melemahkan diri dan pemikiran seseorang. Kepercayaan terhadap gerhana matahari yang berlaku disebabkan matinya seseorang adalah salah dan khurafat.
7.4
Keempat: Percaya Kepada Kesan Binatang
Rasulullah pernah melarang mereka yang percaya hujan turun disebabkan oleh binatang. Antara hadith yang menerangkan larangan ini ialah, Zaid Bin Khalid menceritakan, Rasulullah menjadi imam solat subuh di Hudaidiyyah, selepas hujan turun pada sebelah malamnya. Apabila telah selesai solat, baginda berpaling kepada orang ramai dan berkata, tahukah saudara sekalian apa kata Tuhan saudara? Mereka menjawab, “Allah dan UtusanNya yang lebih tahu”. Rasulullah pun menerangkan, Allah menerangkan ‘Ada hamba-ku yang bangun pagi dalam keadaan beriman yakin kepada-ku dan ada pula yang kafir kepada binatang. Manakala mereka berkata, “Hujan turun kepada kami disebabkan binatang itu binatang ini,’ itulah orang yang kafir kepada-Ku dan yakin kepada binatang” (Riwayat Bukhari Dan Muslim), (Imam Nawawi,2012).
Maksudnya: “Dari Jabir dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidak ada penyakit yang menular secara sendirian, tidak ada pengaruh atau tanda bahaya karena suara burung, dan tidak ada hantu."
7.5
(Shahih Muslim :4119)
Kelima: Kepercayaan Tahayyul, safar dan pengaruh burung
957
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Maksudnya: “Telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak penyakit menular tanpa izin Allah, tidak ada pengaruh disebabkankan seekor burung, Tetapi yang mengagumkanku ialah Al Fa'l, yaitu kalimah hasanah atau kalimat thayyibah."
(Shahih Muslim : 4123)
Rasulullah s.a.w menerangkan tiada pengaruh dan kesan bala atau kecelakaan disebabkan burung dan juga tidaka akan berlaku kesan penyakit menular tanpa izin Allah s.w.t. bersabda Rasulullah lagi maksudnya:
Maksudnya: “Dari Jabir Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada penyakit yang menular secara sendirian tanpa izin Allah, tidak ada hantu bergentayangan dan tidak ada shafar (penyakit perut) yang terjadi dengan sendirinya." (Shahih Muslim:4120)
Justeru, masyarakat arab Jahilliyyah di zaman Rasulullah s.a.w. mempunyai keparcayaan bahawa bulan safar banyak mendatangkan bala, untung nasib di kemudian hari yang kononnya dapat diketahui melalui cara menilik untung dan burung hantu membawa sial. Ini jelas menyalahi akidah dan dianggap khurafat kerana bertentangan dengan hadith Rasulullah s.a.w . seperti yang telah dijelaskan di atas (Al-Bukhari al-Karmani,1981). Kepercayaan kaum Musyabbihah dan kaum Mujassimah yang menyifatkan Allah menyerupai makhluk, juga dianggap khurafat (Ali Mahfuz,t.t). Ini kerana menyalahi firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:“ Tidak ada sesuatu yang menyerupai Allah s.w.t.”(As-Syura 42:11).
958
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Kesimpulannya menunjukkan bahawa perkara–perkara khurafat itu sememangnya banyak jenis dan bentuknya. Ini dipandang kepada istilah khurafat itu sendiri, apa sahaja kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dinamakan khurafat. Bentuk-bentuk khurafat di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat ini masih jelas dilihat keberadaanya dalam kalangan masyarakat Melayu hingga kini.
6.0
Hukum Terhadap Amalan Khurafat
Apabila membicarakan persoalan khurafat, Islam berpandangan bahawa semua bentuk pemujaan yang terdapat dalam animisme adalah termasuk dalam ‘syirik’, ertinya mempersekutukan Tuhan, kerana pemujaan yang terdapat di dalamnnya hanya tertumpu kepada bahagian-bahagian alam yang diciptakan Tuhan (Warden Amir, 1976) . Islam telah mengharamkan amalan khurafat kepada manusia menerusi al-Quran dan al-Hadith sebagai petunjuk jelas kepada manusia. Amalan khurafat dan menyeleweng dan berkait rapat dengan syirik amat dimurkai Allah S.W.T dan amat ditegah dalam Islam seperti yang dinyatakan antaranya sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:“Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari 'Ubaidullah telah bercerita kepadaku Nafi' dari Shafiyyah dari salah seorang istri Nabi Shallallahu 'alaihi wa salam dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Barangsiapa mendatangi peramal lalu mempercayai ucapannya, shalatnya selama empatpuluh hari tidak diterima."
(Musnad Ahmad : 22138)
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Jin ayat 6 :
Maksudnya:“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan
959
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
(Surah al-Jin72:9)
Firman Allah s.w.t dam surah Al-nisa’ Ayat 116:
Maksudnya:“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” Hukum orang yang menafikan ke-Esaan Allah S.W.T dengan meyakini sesuatu yang lain selain Allah, contohnya pemujaan kubur dengan mempercayai boleh menolak musibah adalah syirik besar (Mohammad Solih Al-Asimain,1426). Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.”
(Surah Al-Maidah 5:72)
Manakala terdapat banyak Hadith Rasulullah s.a.w yang menyentuh berkaitan hukum perkara yang diada-adakan tanpa ada nas yang benar, dongeng dan khurafat ini antaranya:
960
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Maksudnya:“Dari Al Qasim bin Muhammad dari 'Aisyah radliallahu 'anha ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membuat-buat suatu perkara yang tidak ada dalam agama kami, maka akan tertolak." Ibnu Isa menyebutkan, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa membuat perkara baru selain dari yang kami perintahkan maka akan tertolak." (Sunan Abu Daud:3990) Al-Hafiz Ibnu Rejab berkata: “Hadis ini merupakan antara dasar Islam, iaitu sebagai timbangan amal secara zahir sebagaimana hadis yang berbunyi “ Setiap amalan itu tergantung niat” menjadi timbangan amal secara batin (Sheikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz, t.t).
Maksudnya:“Dari Kharijah bin Ash Shalt At Tamimi dari Pamannya ia berkata, "Kami datang dari sisi Rasulullah s.a.w, kemudian kami datang menemui suatu perkampungan Arab. Penduduk kampung itu kemudian berkata, "Sesungguhnya kami telah diberitahu bahwa kalian datang dari orang ini (Rasulullah s.a.w) dengan membawa kebaikan. Apakah kalian memiliki ubat atau jampi? Sesungguhnya kami memiliki orang yang kurang akal yang terikat." Bapa saudara Kharijah berkata, "Kami lantas menjawab, "Ya." Kemudian mereka datang membawa orang yang kurang akal yang terikat tersebut. Kemudian aku bacakan kepadanya Surat Al Fatihah selama tiga hari pagi dan petang. Setiap kali aku selesai membacanya aku kumpulkan ludahku kemudian aku ludahkan. Kemudian orang tersebut seolah-olah telah terlepas dari belenggu." Bapa saudara 961
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Kharijah berkata lagi, "Kemudian mereka memberiku hadiah. Lalu aku katakan, "Tidak akan aku bagikan hingga aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w."
Baginda
lantas
bersabda:
"Makanlah,
demi
Dzat
yang
memanjangkan umurku. Sungguh, ada orang yang memakan dengan sebab jampi batil, namun engkau makan dengan menggunakan jampi yang benar." (Sunan Abu Daud:3402) Justeru, Islam mensyariatkan berdoa untuk kesembuhan pesakit, menjampinya dengan alQuran al-Karim dan membaca ayat-ayat penyembuh seperti yang diharuskan syarak (Sheikh Muhammad Al-Ghazali,2012). Sebagaimana setiap amal yang tidak dilakukan kerana Allah, pelakunya tidak mendapat pahala, maka begitu juga setiap amal yang tidak berdasarkan perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya, maka amal itu dikembalikan kepada pelakunya dengan kata lain tidak mendapat pahala (Sheikh Muhammad Al-Ghazali,2012). Justeru, Doktrin khurafat iaitu kepercayaan menganggap benar akan perkara khurafat perlu di dipatahkan hujahnya berdasar kebenaran yang nyata dari al-Quran dan al-hadith. Kebenaran al-Quran dan hadith-hadith yang memberi faham tentang bentuk amalan karut marut, dongeng dan tiada asas dalam al-Quran dan al-hadith adalah dilarang di dalam Islam. Amalan yang dilarang di zaman Rasulullah nyata bertentangan dengan konsep ketauhidan dan perlu dipertanggungjawabkan kepada setiap muslim untuk mematuhi dan mencegah sehingga ke hari ini. 8.0
Kesimpulan
Artikel ini jelas menunjukkan bahawa doktrin khurafat iaitu berkaitan semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta. Lantaran itu, sentimen khurafat yang berkembang sejak zaman awal Islam hingga masa kini, perlu ditangani dari akar umbi melalui pemahaman sebenar berkaitan khurafat oleh setiap individu muslim terhadap kesan bahaya pegangan khurafat. Malahan amalan serta budaya doktrin khurafat dari perspektif alQuran, hadith dan pandagan ulama menunjukkan hukumnya adalah haram kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang memerintahkan hamba-hambaNya hanya beribadat dan menyembah Allah sahaja dan tiada sebarang kemudharatan yang berlaku melainkan dengan Qadha’ dan Qadar Allah. 962
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Melalui Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, khususnya komunikasi dan informasi seiring perubahan kontemporari perlu di pelbagaikan alternatif menyampaikan pemahaman secara tepat dan perbandingan yang betul atas makna khurafat, bentuk, sebabsebab berlaku dan kaedah penyelesaian khurafat dan perlu diambil serius oleh segenap lapisan masyarakat. Pelbagai bentuk doktrin khurafat juga jelas kelihatan amat bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadith sehingga boleh merosakkan aqidah umat Islam. Penyelesaian dan pemahaman secara sempurna oleh Rasulullah berkaitan khurafat yang berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w perlu diaplikasi hingga kini oleh setiap badan dakwah dan setiap individu. Khususnya, sebagai jaminan akidah dan amalan sebenar berdasar al-Quran dan alHadis dalam seluruh kehidupan. Adanya keyakinan, keimanan yang kuat dan ilmu agama yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith yang sahih di hati setiap mukmin, sudah pasti akan menolak fitnah, khurafat, tahayyul, pembohongan dan lainnya. Rujukan Abu Dau. (2011) 39990.Ensiklopedia Hadith Kitab 9 Imam, ter: Lidwa Pusaka Lembaga Ilmu Dakwah & Publikasi Sarana Keagamaan. Ahmad Bin Abdul Rahman al-Suyan. (1999) Manhaj Al-Talaqqi Wa al-Istidlal Baina ahlu al-Sunnah wa al-Mubtadi’ah, Bil.2. Dar al-Assalam. Ahmad Sonhadji Mohammad. (1988)“Tafsir al-Quran Juz 1”, Kuala Lumpur: Pustaka alMizan, Jalan Raja Alang. Al-Bukhari al-Karmani. (1981/1401). Juzu 21, cet. Beirut: Dar Ihya al-Arabi. Al-Mu’jam al-Falsafi. (1983). Qahirah, : al-Hay’ah al-Ammah li Shu’un al-Matabi’ alAmiriyyah S.v “Kharafah”. Ali Mahfuz. (t.t) Al-Ibda’ Fi Madhar al- Ibtida’, Dar al-I’tisan, cct.7, t.t, 52. Asma’ Abu Bakar. (1992). ‘Umar Ibnu al-Khattab, Min Khilal al-Tafsir al-Quranniyy alMa’thur ‘Anhu, Ter: Beirut, Lubnan: Dar kutub al-‘Alamiyyah. Che Zarina Sha’ari , “Khurafat antara Adat dan Agama” dalam Majalah al-Islam. ( Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad, bil.338, (Febuari 2002), 20. E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Ensiklopedia Hukum Islam 1997 : Ensiklopedi Islam 1994; dan Mu’jam al-Falsafi 1983.Lihat juga, kamus Dwi-Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, 261. 963
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ensiklopedia Hukum Islam, (1997), Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 936. Ensiklopedia Islam (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), 3: 57. JAKIM. (1997). Garis Panduan Khurafat dan Azimat (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hajah Noresah bt Baharom et.al. (2002) Kamus Dewan Edisi Ketiga, ( Ampang, Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa Dan Pustaka. H.Djarnawi Hadi Kusuma. (t.t) Ahli Sunnah Wal-Jamaah , Bid’ad Dan Khurafat, cct.TV, Percetakan Percetakan Persatuan Yogyakarta. H.Halim Bahreisy, H.Said Bahreisy. (1998). Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir. ( Kuala Lumpur: Vic tory Agency, P.O Box 12359, 18, Jalan Kovil Hilir. H.Halim Bahreisy, H.Said Bahreisy, Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir, 293-295. Hussin A’bdul Wahid. (1998). Al-Tafsir al-a’lami llilkharafat, I’tiraafaat I’frit, terbit: Dar akhbar al-yaum, Jumhuriyyah Misr al-Arabiyyah Qimah al-Isytirak al-Tsanawi 06, Janiha Misriyyah. Hj. Mustakin. (1999). Indeks al-Quran Panduan Mencari Ayat Al-Quran, ter: Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn.Bhd. Halaqah.Net, dikemaskini 12 Jun 2010, diakses 6 April 2016, Http://Www.Religious Affairs.Gov.Bn/Index.Php?Ch= Bm_Artikelislam&Pg= Bm_Info_Islam&Ac=76 H.Moh Abdaib Rothom. (2000). Shahih Bukhari Jil 1,II,III, ( Kuala Lumpur : Victory Agency, Jalan Kovil Hilir. Ibnu Manzur. (1907). Lisan al-‘Arab. Beirut. Imam Nawawi. ( 2012). Riyadus Solihin,terjem: Ainon Mohd et.al ( Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd. Jln DBP Batu Caves. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2001). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran”. Kuala Lumpur: Darul Fikr, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam, Khurafat Menurut Islam:Pengaruh Dan Kesannya Kepada Aqidah Umat Islam, Laman sesawang, Islam untuk semua Mohammad Solih Al-Asimayn. (1426H) Fatawa arkan –Al-Islam ter: Dar al-Syiriya. Muhammad Abduh. (1353H/1960). Risalah Tauhid. Mesir : Al-Manar. Musnad Ahmad. 24085, (2011). Ensiklopedi Hadith Kitab 9 Imam, ter: Lidwa Pusaka Lembaga Ilmu Dakwah & Publikasi Sarana Keagamaan
964
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Muzakarah Kali Ke-40, Akidah, Tarikh keputusan: 9 Ogos 1996. Diakses pada 2 Febuari 2015. Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah, (JAKIM, 2006), 16. Prof Hamka, Tafsir al-Azhar, juzu’ 7,8,9, Yayasan NurulIslam, t.t, 216. Sheikh Abdullah Basmieh. (2013). Tafsir Pimpinan Al-Rahman, (Kuala Lumpur: Dar al-Fikr, Jln Abd Rahman Idris off Jln Raja muda Abdul Aziz. Sheikh Muhammad Al-Ghazali, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Al-Zuhaili. (2012). Membersihkan Diri Dan Masyarakat Daripada Bid’ah Dan Khurafat. terj: Prof. Madya Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, tr: Al-Hidayah House Of Publishers SDN BHD, Cet: Zafar Sdn. Bhd. Sheikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz. (t.t). Ensiklopedia Sunnah & Bidaah, Ter: Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Bharu, johor. Cet: Percetakan Impian Sdn.Bhd, Jln Rosemerah 1/3, Taman Johor Jaya, Johor Bharu. Sunan Abu Daud 3402, Bab Pengubatan Dan Tata Cara Ruqyah. Yusuf al-Qaradawi. (2006). Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab. Cet. Ke-2. Beirut: Dar al-Syuruq. Yusuf al-Qardhawi. (1973), al-Halal wa al-Haram, fi al-Islam, Beirut al-Maktab al-Islami. Della Summers et. al. (2003), Longman Dictionary of Contemporary English, England : Pearson Education Limited. Yusuf al-Qardhawi. (1996). Al-‘Aqlu wal-‘Ilmi Fil-Quran al-Karim, Ter: Maktabah Wahbah, Qahirah, Cet: Matba’ah al-Madani, Mu’assasah Sa’udiyyah, Mesir. Warden Amir. (1976), Perbandingan Agama, Jil 1, Semarang : Toha Putra, 22-23.
965