Siri Tarbiah Santai tapi Makan Dalam
Dapatkan buku ini di : www.umrahlangit.com
m u . w w w
n a l rah
m o c . t i g
Buku 65 Soaljawab Tajwid & Al Quran
i
Buku Mudahnya Ngaji Tajwid
ii
Tawaran Agen
iii
Dapatkan Koleksi DVD Buku ADHA & Love Parenting
m o it.c
g n hla
a r um
iv vi
Prakata Anda Inginkan Umrah Mabrur? Buku Ini Merupakan Kuncinya :
xi
BAB 1 : Apabila Tuhan Menjemput, Tahulah Dia Mengaturkan Layanan Terbaik
1
. w ww
BAB 2 : Di Mekah, Kita Tiba-Tiba Ada Kuasa ‘Power Rangers’
13
BAB 3 : Tips Mudah Cium Hajarul Aswad (Bawah 10 Minit & Kurang Bersesak)
23
BAB 4 : Di Mana Sempadan Miqat Kehidupan Anda?
31
BAB 5 : Hajar Lari, Kita Pun Berlari. Tetapi Untuk Apa?
39
BAB 6 : Siapa Sangka, Solusi Masalah Ummah Bakal Terjawab Di Mekah...
55
BAB 7 : Pelik... Kita Tidak Serik Lakukan Dosa, Tuhan Pula Tidak Serik Ampunkannya.
63
m o it.c
g n hla
a r um
BAB 8 : Kuasa ‘Innallaha Ma’ana’, Itu Bekal Yang Saya Perolehi Dari Bukit Tsur.
75
BAB 9 : Adakah Kita Telah Jalankan Perintah Iqra?
93
BAB 10 : Hutang Yang Jarang Kita Bayar (Padahal Impaknya Besar)
107
BAB 11 : Ramainya Orang Mengalahkan Semut! Kalau Di Mahsyar, Unimaginable!
117
BAB 12 : Ini Keadaan Al-quran Pada Zaman Rasul. Berbeza Sungguh Dengan Zaman Kita.
129
BAB 13 : Pengalaman Berbuka Dengan Menu Yang Tekak Tak Biasa Terima...
139
. w ww
viii
BAB 14 : Ini Tujuan Ziarah Maqam Rasul Yang Ramai Terlepas Pandang :
155
BAB 15 : Ini Tujuan Ziarah Maqam Rasul Yang Ramai Terlepas Pandang :
167
BAB 16 : Malang, Di Masjid Nabawi Pun Masih Tamakkan Dunia....
177
m o it.c
g n hla
a r um
BAB 17 : Bro, Di Masjid Nabawi Pun Masih Nak Pentingkan Diri Sendiri Ke?
187
BAB 18 : Jabal Uhud : Kita Sekarang Tentera Di Belah Mana?
197
BAB 19 : Membunuh ‘Biawak’ Di Masjid Nabawi
211
BAB 20 : Boleh Ke Kita Masuk Syurga?
223
BAB 21 : Umrah Di Malaysia, Bolehkah?
243
. w ww
ix
. w ww
a r um
g n hla
m o it.c
BAB 1 m u . w w w
g n a l h ra
m o it.c
3
MALANG, DI MASJID NABAWI PUN MASIH TAMAKKAN DUNIA....
Cerita ini best. Bagaimana sebotol losyen mampu menyampaikan sejuta hidayah. ‘Cekitout’. Antara ujian standard bagi jemaah umrah adalah berdepan masalah tumit kaki pecah. Di sini, muka terasa kering & tapak kaki mudah pecah dek penangan cuacanya yang panas & kering. Setakat yang saya rekodkan, panas tengahari mencecah 42-45 celcius (bulan Jun). Boleh
5
tahan kan? Jika anda tidak sediakan ‘senjata’ losyen atau krim bagus, bersedialah hadapi masalah kaki mengelupas & pecah. Itulah masalah yang saya hadapi. Tiba-tiba kaki terasa pedih ketika berjalan. Rupanya ada yang pecah & hampir berdarah. Saya bergegas ke ‘Soidaliyah’, panggilan arab bagi farmasi. Setelah berbasa-basi penuh diplomasi (baca : bertekak sakan dengan Pak arab yang ambil kesempatan jual losyen pada harga cekik darah), dapat juga losyen bagus yang didakwa mampu sembuhkan masalah tumit pecah 5 kali lebih cepat dari jenama lain. Biasalah, ayat marketing power.
m o it.c
Harga boleh tahan juga mahal. Losyennya kocik yo, tapi mencecah RM 70 sebotol. Itu pun dah ‘takhfid syuwayya’ (diskaun) sebab saya boleh cakap arab. Kalau tidak, melongo jelah kita anggukkan kata penjual yang beriya berhujah, ‘RM 130 ni kira amat murah. Kalau pergi kedai lain harganya RM 160’.
g n a l h ra
m u . w w w Yelah tu....
Sementara menunggu waktu isyak masuk di Masjid Nabawi, saya mengeluarkan losyen & menyapu krim pada kawasan kaki yang pecah. Alhamdulillah, kaki terasa nyaman sikit. Kalau tidak, dari tadi nak jalan pun tidak selesa. Rupanya, perlakuan saya menyapu losyen diperhatikan penuh cermat oleh jemaah sebelah. Rasanya pakcik ini dari Indonesia. Dia menyapa segan, ‘nak...., boleh minta sedikit ubatnya?’ Biasalah standard jemaah Malaysia, apabila jemaah dari rumpun sama minta bantuan, pasti beriya mengangguk. Nak menunjukkan semangat setiakawanlah tu. Saya hulurkan losyen kepada pakcik itu. Dia mengambilnya dengan muka berseri seolah memperolehi ubat dari syurga.
6
Diselaknya kain yang menutupi tapak kaki. MasyaAllah, teruknya pecah kaki pakcik ini! Agaknya, 10 kali ganda lebih teruk dari pecah kaki saya. Bersungguh dipicitnya botol losyen kecil itu. Crett.... keluar setompok besar. Berderau darah melihatnya sebab tadi, saya beriya picit secalit sahaja sebab nak berjimat punya pasal. Kan losyen ni agak mahal... Nak je saya nasihatkan, ‘Pakcik, losyen ni tak perlu sapu banyak-banyak. Cukup guna secalit sahaja....’ tapi suara itu hanya bergema dalam hati. Takut juga kalau dicakap, nanti akan dibilang kedekut.
m o it.c
Pakcik bertuah ini bersungguh menyapu krim pada kakinya. Digosoknya berkali-kali. Tak cukup tapak kaki, dia memicit lagi krim & dilumurkan pula ke seluruh betis.
g n a l h ra
‘Adooooi, habislah losyen den.... Pakcik, ini bukan losyen mandi, ini ubat khas untuk tumit kaki pecah je....’, saya bersyarah dalam hati. Ubat ni dahlah mahal. Selamba rock je pakcik ni guna macam ubatnya sendiri.
m u . w w w
Selepas 10 minit, losyen saya dikembalikan. Dia tersenyum & mulutnya menuturkan kata penghargaan, ‘makasih ya nak’. Saya mengangguk senyum tetapi hati sedang terbakar tahap gunung berapi. Mana taknya, losyen ini terasa ringan. Agaknya setengah botol dah habis digunakannya. Maaf cakap, saya memang tidak puas hati. Losyen dahlah mahal. Baru beli pula tu. Kalau iya pun nak guna, agak-agaklah. Ini tidak, diguna seperti harta waqaf lillahi Ta’ala. Masalahnya ini bukan air zam-zam yang free of charge, semua orang boleh minum tanpa risau kekurangan. Ini harta orang lain yang perlu dicermati penggunaannya.
7
Malam itu jemaah semua, saya solat terawih sebelah pakcik itu dengan perasaan angin satu badan. Solat pun tak berapa khusyuk. Habis 10 rakaat saya berhenti. Lebih baik baca Quran atau dengar sahaja imam meneruskan bacaan dalam 10 rakaat seterusnya. Benarlah kata ulama, cara setan menjalankan tugas amat professional. Walaupun ia dirantai sepanjang ramadhan tetapi tidak semestinya kita tiba-tiba berhati mulia & bersungguh beribadah. Ditinggalkannya legasi dalaman yang digelar nafsu. Nafsu yang disifatkan dalam Surah Yusuf ayat 53 sebagai ‘ammarah bis suuk’ : nafsu yang suka menyuruh kepada keburukan. Rupanya, ada musuh dalam diri yang ‘well trained by syaitan’. Ia mengambil-alih tugas syaitan, menjauhkan kita dari kebaikan jika tidak berupaya mengarahkan kita melakukan kejahatan.
m o it.c
g n a l h ra
Di Masjid Nabawi ia menang. Hanya kerana losyen, saya sudah tawar hati bertarawih 20 rakaat. Diapikan sifat tamak, materialistik & kedekut sehinggakan barang sekecil losyen berjaya melarikan fokus mengejar pahala solat sunat berjemaah di masjid Nabawi yang seribu kali ganda lebih afdhal berbanding masjid biasa.
m u . w w w
Sebenarnya, perangai sebegini dah tertanam kuat dalam sanubari kita. Di Malaysia kita kerap begitu. Telinga kita pekak dari menyahut seruan Ilahi, solat berjemaah di surau berdekatan dek kerana ‘khusyuk’ menyahut panggilan drama T.V yang terasa rugi ditinggalkan walau satu episod. Kadang-kadang, kita buat tak nampak dengan penghulur tabung derma kebajikan yang banyak menyapa di restoran & shopping mall, padahal poket kita penuh dengan duit syiling. Kita beralasan, duit syiling ini nak beli goreng pisang. Kita berkira dengan wang kecil sehingga buta, tidak nampak peluang pahala sedekah yang Tuhan janji, bakal digandakan at least 700 kali ganda dari nilai asal.
8
Maaf, itulah realiti kita. Manusia akhir zaman penuh dosa tetapi ingin masuk syurga berbekalkan amalan ‘ciput’. Mudah ditewaskan syaitan hanya dengan benda-benda kecil. Dan kelemahan ini menjalar kepada semua tidak kira pangkat - ustaz, tuan haji, CEO, Dato, ustazah, amah, Al-Hafiz, Y.B, Doktor, Engineer, pensyarah, ulama hinggalah puan sekretari. Tetapi nasib baiklah, Tuhan tidak pernah putus asa melayani hambaNya. Mungkin disebabkan mulut kita rajin merintih, ‘Ya Tuhan, tunjukkan kami jalan hidup lurus’. - Ihdinas sirotol Mustaqim. Kalau tidak, habislah kita berlonggok masuk neraka.
m o it.c
g n a l h ra
‘Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa & ibadat kamu kepadaNya....’
m u . w
ww
(Surah Al-Furqan, 77)
Di Masjid Nabawi, Tuhan kembali ‘mengajar’ saya sirotol mustaqim lesson melalui pakcik itu. Sebaik selesai rakaat terakhir solat terawih, dia menyapa saya, ‘Nak, Alhamdulillah. Ubat tadi besar jasanya. Selesa sungguh pakcik solat 20 rakaat tadi.... Makasih ya. Moga diberkati...’ Kata-kata pakcik ini benar-benar ‘sentap’ & ‘makan dalam’. Saya malu sekaligus terdiam. Malu kerana dek menuruti hati yang geram, solat sunat hanya sempat 10 rakaat sahaja. Beristighfar panjang kerana tanpa sedar Tuhan tunjukkan, bantuan sekecil losyen kecil mampu membantu seseorang melakukan ibadah berpanjangan.
9
Rupanya, losyen kecil ini sedang mengajar ibrah besar. Nilai kehidupan kita banyak yang senget. Kita sering tersalah menghargai material yang fana sehingga terlepas pandang hakikat pahala yang kekal. Dalam kes ini, jika dilihat dari sudut losyen yang hampir habis, memang terasa rugi. Tetapi cuba amati dari sudut pahala amal jariah. Selagi pakcik tadi mengerjakan solat, selagi itulah saya mendapat pahala sama. Pahala membantu orang lain selesa beribadah yang silap-silap boleh ‘membeli’ syurga. Ya, sebotol losyen boleh membeli syurga. Secalit krim boleh menghilang bertahun dosa.
m o it.c
g n a l h ra
Jika sifir ini digunakan, apalah sangat harga RM 70 tadi kan?
Benda kecil tapi boleh bagi impak besar jika niatnya betul. Padanlah Tuhan menurunkan Surah Al-Ma’un. Surah yang kita kenali sebagai surah ‘Aro’aitallazi yukazzibu biddiiin’.
m u . w w w
1) Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan agama? 2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, 3) Dan ia tidak menggalakkan memberi makanan kepada orang miskin. 4) Maka Kecelakaan besar bagi orang mengerjakan solat, 5) (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya,
10
6) (juga bagi) orang yang berkeadaan riak, 7) Dan mereka sukar berkongsi barang harian (Al-Ma’un). Kata surah itu : tahukah anda, siapakah pendusta agama? Siapakah orang yang belajar agama tapi sebenarnya tak faham agama? Siapakah orang yang zahirnya rajin beribadah tetapi disisi Tuhan, ia dianggap ‘zero’? Sifatnya anda teliti sendiri dalam surah ini. Ada banyak. Silap-silap kita amalkannya tanpa sedar. Yang ingin saya fokuskan adalah sifat terakhir pada ayat terakhir kerana ia cocok dengan peristiwa di atas :
m o it.c
g n a l h ra
Wayamna’uunal maa’uuun. : Dan mereka sukar berkongsi barang harian (Al-Ma’un).
m u . w w w
Apakah Al-Ma’un? Ia adalah barang kecil tetapi ‘useful’ yang sering digunakan seharian : garam, pembaris, pen, beras, periuk, belanga & dalam kes saya, losyen. Ada orang yang hatinya begitu sakit tahap ‘I.C.U’ sehinggakan barang kecil pun sukar nak share. Bayangkan, jika barang kecil pun susah nak berkongsi, apatah lagi barang berharga. Jangan terperanjat jika Tuhan sukar nak share syurgaNya. Jangan pula banyak mengeluh jika rezeki asyik tersekat sebab Tuhan pun ‘malas’ nak berkongsi rezeki besar kerana kita punya attitude ‘hancur’ : barang kecil pun beriya kedekut. Itu yang saya rasakan apabila mendengar kata-kata pakcik tadi. Tanpa perasan, masih ada ‘attitude hancur’ bersarang di hati. Pemikiran materialistik. Pemikiran sukakan dunia sehingga hati tertutup melihat peluang mengumpul pahala menerusi bersedekah yang datang bergolek depan mata.
11
Ini cara Tuhan mendidik hati saya yang selama ini dirasakan ‘tiada masalah’. Saya malu depan Rasul Di masjidnya, saya malu nak mengaku pejuang agama sedangkan barang sekecil losyen pun berkira. Tetapi inilah terapi umrah. Disini, kita sedang berada dalam territory Tuhan. Inilah tempat di mana hidayah banyak ‘landing’. Dia tahu kelemahan diri kita lebih dari kita mengenali diri sendiri. Dia tahu cara terbaik untuk sedarkan kita. Kali ini, caraNya didatangkan melalui pakcik tadi.
m o it.c
Terima kasih pakcik. Jika saya bertemunya semula & dialog sama berulang, pasti kata-kata saya berbeza, ‘Pakcik ambil jelah losyen ni. Nanti saya beli yang lain....’
g n a l h ra
Pakcik, kini ku mengerti.
m u . w w w
Seribu losyen mudah kudermakan kerana ia mampu membeli syurga.
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Sedekah menjadi terma ‘suka, mudah & hobi’ jika mindsetnya betul - setiap kali bersedekah, kita sedang melakukan ‘big, secure & profitable investment’ ke syurga.
UMRAH KE LAUT
Sedekah dirasakan liat & susah jika mindset kita senget : hubbud dunya. Cintakan dunia sehingga buta nikmat syurga. Apabila penyakit ni kuat bersarang, barang kecil pun kita kedekut, liat nak sedekahkan.
12
BAB 2 m u . w w w
n a l rah
m o c . t i g
m o it.c
m u . w w w
g n a l h ra
HAJAR LARI, KITA PUN BERLARI. TETAPI UNTUK APA?
‘Ustaz, kenapa kena lari kat lampu hijau?’ Arif, anak Dr. Azizan bertanya soalan cepumas. Ketika itu kami sedang mengerjakan ibadah Sa’ie antara Sofa & Marwa. Jemaah disunatkan untuk berlari anak di kawasan yang ditandai dengan lampu hijau. ‘Arif, kita buat sebab Rasul dulu pun buat benda sama. Bila kita tiru, dapat pahala ekstra....’ ‘Tapi kenapa Rasul buat?’ Arif menyoal lagi dalam keadaan agak mencungap.
15
ng
m o it.c
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘Dahulu, Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s berlari anak di kawasan ini ketika mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail a.s. Jadi kita buat benda ni untuk mengenang semula kesungguhan Hajar yang berusaha mencari ikhtiar hidup agar kita pun begitu....’ ‘Oooo...’ Arif tersenyum. Makin laju dia memecut ke bukit Sofa. Agaknya semangatnya bertambah dengan motivasi ‘free’ tadi kot. Saya pula terhencut-hencut mengejarnya sebab kaki dah mula berdenyut. Marmar kawasan saie ini terlalu sejuk untuk kaki saya yang agak sensitif. Para pembaca budiman,
m o it.c
Di sebalik setiap perintah ibadah, Tuhan datangkan sekali jutaan ibrah yang boleh kita hayati, guna untuk meluruskan pemikiran & kehidupan. Dalam ibadah Saie, ada hikmah besar yang Tuhan selitkan sebagai bekal termahal untuk kita renungi.
g n hla
a r um
Disebabkan itu Tuhan mengangkat martabat Saie, meletakkannya sebagai ‘syiar’, antara lambang terbesar dalam agama :
. w ww
‘Sesungguhnya Sofa dan Marwa ialah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan Ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan berulang-alik) di antara keduanya. dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha mengetahui.’ (Surah Al-Baqarah, 158)
16
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Memang ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bukit Sofa, hati saya gembira tidak terkata. Rasa bangga pun ada, rasa ‘wow’ pun ada. Sebabnya saya sedang menjejaki kawasan yang suatu ketika dahulu Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s serta Rasulullah s.a.w pernah lalui. Saya sedang berjalan di lokasi yang Tuhan endorse secara spesifik dalam kitabNya. Subhanallah. Anda rasa best tak? Kalau tidak terdetik rasa best dalam jiwa, saya khuatir ada something wrong somewhere sebab, anak kita bergambar depan stadium Manchester United pun kita beriya tumpang bangga. Nama kampung kita masuk dalam suratkhabar pun kita dah syok semacam.
m o it.c
Bayangkan, tempat ini disebut Tuhan dalam Al-Quran & saya sedang berjalan di situ.
g n hla
a r um
Soalnya sekarang, apa keunikan Sofa & Marwa sehingga ia diberikan status syiar islam terbesar?
. w ww
Apa bestnya kawasan ini?
Perkara ini kita perlu tanyakan sebab, jika latarbelakang setiap ibadah tidak difahami, rasa cinta & syok sukar bersemi. Kita tidak mahulah laksanakan solat, puasa, umrah & haji atas niat ‘dapat pahala & takut berdosa’ je kan? Sebab itu kita perlu upgrade objektif ibadah kepada level selayaknya - kerana cinta, suka, syok & rela. Barulah ibadah dianggap ringan. Barulah setiap arahan Tuhan kita lakukan tanpa bertapi-tapi, sebab cinta sudah mekar di hati. Ibadah kerana cinta. Kuasa yang memang power kerana adat orang bercinta, perkara tidak disuruh pun dia lakukan bersungguh, apatah lagi perkara disuruh. Lagilah bersemangat ia lakukan. Saya punya
17
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
keyakinan, hubungan kita dengan Tuhan sedang menuju ke arah itu bukan? Jom kita sembang sekejap tentang latar-belakang sejarah Saie. Saya akan bawa anda menaiki ‘mesin masa’, merentasi waktu sejauh 4,000 tahun lepas menuju ke Makkah Mukarramah untuk berkenalan dengan pasangan suami-isteri yang amat lovely, Nabi Ibrahim a.s & Hajar. Ketika itu, Kaabah masih belum wujud seperti sekarang. Ketika itu, kawasan Mekah hanyalah padang pasir gersang tiada berpenghuni. Ketika itu, Bukit Sofa & Marwa hanyalah dua bukit agam yang sunyi, tiada siapa yang singgah, tiada siapa sudi lalui.
m o it.c
Sudah tentu kedua bukit ini pasti tidak pernah menyangka, ia bakal menjadi saksi perjuangan seorang ibu yang gigih meneruskan kelangsungan hidup anaknya di bumi gersang.
g n hla
a r um
Itulah dia Hajar & bayi comel, Ismail. Isteri kedua kepada Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s. Beliau ditakdirkan menjadi ibu kepada zuriat mulia, Ismail yang kemudiannya menjadi Nabi penerus dakwah & pelanjut kepada generasi anbiya di mana kelangsungannya berterusan hinggalah khatimul anbiya, Rasulullah s.a.w.
. w ww
Ismail, si bayi comel adalah sebesar anugerah. Ia adalah anak yang lahir sebagai jawapan kepada doa yang dipanjatkan oleh seorang ayah yang tidak pernah kecewa terhadap Tuhan, walaupun tubuhnya mulai renta, rambutnya memutih & kudratnya semakin lemah.
18
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh’. Lalu Kami berikan kepadanya berita mengembirakan, bahawa ia akan memperolehi anak yang penyabar. (Surah Soffaat, 100-101)
m o it.c
Akhirnya doa luhur Nabi Ibrahim a.s dijawab Tuhan. Ismail hadir membawa berkah & pencetus bahagia kepada keluarga kecil ini. Baginda mengucapkan setinggi kesyukuran ke atas Ar-Rahman kerana merasakan hidupnya sempurna. Statusnya selaku Rasul, Nabi & suami kini bertambah dengan satu lagi gelaran bermakna : ayah. Ketika itu, setiap detik terasa bahagia, setiap saat bersama bayi comelnya amat bermakna.
g n hla
a r um
. w ww
Namun sudah menjadi lumrah aturan Tuhan, setiap kebahagiaan pasti akan disinggahi ujian. Kini, tiba masanya untuk Tuhan menguji cinta sejati Ibrahim a.s terhadapNya. Diberikan perintah yang bukan mudah dilaksanakan : baginda diminta meninggalkan isteri & bayi comelnya di lembah padang pasir yang gersang, tiada air & tiada sesiapa sudi bertandang. Saya tidak mampu membayangkan perasaan Hajar saat ditinggalkan suami di lembah gersang bersama bayi kecil. Sudah tentu Hajar tertanya, mengapa suaminya bertindak demikian? Mengapa suaminya sanggup meninggalkannya & anak paling dicintai di tempat gersang? Adakah si suami sudah hilang akal? Atau, ada sesuatu yang masih ia tidak ketahui? Kita perlu sedar, sebelum itu Hajar & Ibrahim a.s menetap di Palestin,
19
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
bumi penuh subur & bertuah. Tiba-tiba ia diajak berpindah ke satu kawasan gersang yang langsung tiada sebatang pohon pun tumbuh untuk berlindung & tiada sebarang mata air tersedia buat pembasah tekak. Dan paling teruk, tiada sebarang insan pun wujud buat peneman kesunyian kecuali bayi comelnya, Ismail a.s. Sudah tentu selaku isteri normal, Hajar merintih, ‘Sampai hati abang tinggalkan kami di tempat tandus tiada penghuni ini....’ Pertanyaan sama disoal berulang kali, namun Nabi Ibrahim hanya diam. Tiada sepatahpun perkataan keluar dari mulutnya. Hajar tidak tahu, Ibrahim sedang menahan kesedihan luarbiasa. Hatinya meraung dari dalam, jeritan batin yang hanya didengari oleh Tuhan As-Sami’ sahaja.
m o it.c
g n hla
Akhirnya Hajar menyedari sesuatu. Suaminya tidak akan melakukan tindakan luar pertimbangan tanpa arahan yang Maha Kuasa. Lalu dia mengubah pertanyaannya, ‘Abang, adakah ini perintah dari Allah?’
a r um
. w ww
Nabi Ibrahim memandangnya dengan penuh sayu lalu mengatakan, ‘ya’. Jawapan itu walau sepatah cuma, namun cukup untuk menghilangkan seribu-satu keresahan Hajar. Hatinya yang kusut kini semakin tenteram. Dia tahu, jika Allah Ta’ala-lah yang memberikan arahan, sudah tentu dia & Ismail lebih terjamin keselamatannya kerana ia sedang dijaga oleh Al-Hafiz - penjaga & pengatur langit & bumi. Kedua insan ini sedang mendapat perlindungan dari As-Salam, Tuhan yang mampu mendatangkan keselamatan beribu kali ganda lebih baik dari penjagaan suaminya, Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim pun berkeyakinan begitu. Meski jika dilihat dari zahir & logik akal, tindakannya amat ‘gila’, tetapi baginda kenal Allah Ta’ala. Sudah banyak kali Tuhan datangkan keajaiban dalam hidupnya. Tuhan yang suatu masa dahulu pernah melindunginya dari api panas, Tuhan sama yang akan melindungi isteri & anaknya dari cengkaman
20
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
panas padang pasir membara. Sebelum beredar, Nabi Ibrahim a.s sempat menitipkan permohonan luarbiasa. Doa yang hingga sekarang kita amati dalam Al-Quran. Doa tulus seorang bapa yang meletakkan segala pengharapannya kepada Tuhan :
‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman dekat dengan rumahMu (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, loronglah hati mereka agar suka mendirikan solat. jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan kurniakanlah rezeki buah-buhan banyak kepada mereka, agar mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur’.
g n hla
a r um
. w ww
m o it.c
(Surah Ibrahim ayat 37)
Para pembaca budiman, kisah ini hampir sampai ke klimaksnya. Walaupun Hajar tahu dirinya berada dalam penjagaan luarbiasa yang Maha Kuasa, ia bukanlah tiket untuk dia duduk bersimpuh malas. Hajar sedar, untuk keajaiban menjelma, dia perlu lakukan sesuatu. Dia perlu sempurnakan proses manusiawinya dahulu. Proses yang kita kenali sebagai ‘berusaha’. Suaminya, Ibrahim sudah jauh meninggalkannya. Bekalan air yang tadi hanya cukup untuk berdua, kini sudah tiada lagi tersisa. Ismail,
21
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
bayi comelnya mula menangis kuat, isyarat normal dari bayi yang memerlukan susu dari si ibu. Matahari pula sedang mencanak terik di mana kepanasannya mampu membingungkan orang yang hampir kehilangan arah seperti Hajar. Hajar mulai terdesak dengan situasi ekstrem itu. Lalu, dengan tekad waja dia bangkit menuju ke bukit yang kini dikenali sebagai Bukit Sofa meninggalkan bayinya, Ismail di lembah. Niatnya hanya satu, ingin mencari punca air kalau ada. Dia gigih menapak hingga ke atas, tetapi tiada apa ditemui. Hajar berpaling & dilihat dari jauh, ada satu lagi bukit di sebelah sana. Dia turun lalu menggagahkan diri menuju ke bukit itu.
m o it.c
Bukit yang kini kita kenali sebagai Marwa.
g n hla
Nampaknya sama seperti bukit Sofa, tiada apa di Bukit Marwa. Hajar semakin bingung. Mungkin dek kepanasan semakin mencengkam, dia mula terhalusinasi. Jangkaannya, dia ternampak sesuatu di Bukit Sofa. Lalu dia turun menuju kembali ke sana. Tiada apa ditemui. Matanya berpaling semula ke Bukit Marwa, seolah ada sesuatu yang memanggil-manggil dari sana. Dia menuju kembali dengan penuh pengharapan.
a r um
. w ww
Namun setibanya di sana, hasilnya hampa. Tetapi Hajar bukanlah wanita yang mudah putus asa. Berlatarbelakang didikan Ibrahim a.s suami luarbiasa, Hajar gigih menghayun langkah. Diulangi perkara sama, berjalan berulang-alik antara Sofa & Marwa sebanyak tujuh kali. Terkadang, disebabkan semangatnya begitu teruja, dia berlari-lari anak. Kawasan itulah yang ditandai dengan lampu hijau. Kawasan yang disunatkan kita untuk berlari tanda menghayati kegigihan Hajar.
22
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Para pembaca budiman, Walaupun Hajar berhati waja, tetapi kudrat wanita, manalah ia tahan dengan kepanasan membakar. Akhirnya, setelah berulang-alik sejauh 3 kilometer yang begitu melelahkan, kudrat Hajar sampai ke sisa. Pada pusingan ketujuh, dia sudah mulai renta. Kakinya semakin sukar digerakkan, hanya mampu melangkah setapak-setapak sahaja. Perasaannya yang sebelum ini penuh pengharapan kini semakin lesu. Akhirnya sampai satu titik, Hajar sudah tidak mampu bertahan lagi. Dia hampir ‘give-up’, satu perasaan normal bagi insan biasa sepertinya.
Tuhan yang memiliki kuasa ‘Kun-fayakun’, jalan keluar dihamparkan dengan penuh keajaiban. Tiba-tiba dari kejauhan, Hajar melihat ada semacam mata air yang ‘zam-zam’, meluncur deras keluar dari tanah berdekatan bayinya, Ismail.
m o it.c
g n hla
a r um
“
Di saat usaha manusia sudah sampai ke penghujung, ketika itulah Tuhan menunjukkan jalan keluar. Dan selayaknya bagi Tuhan yang memiliki kuasa ‘Kun-fayakun’, jalan keluar dihamparkan dengan penuh keajaiban. Tiba-tiba dari kejauhan, Hajar melihat ada semacam mata air yang ‘zam-zam’, meluncur deras keluar dari tanah berdekatan bayinya, Ismail. Dia menggosok mata berkali-kali seakan tidak percaya.
. w ww
“
‘Ini adalah sesuatu yang cukup ajaib!’, mungkin itu telahan hatinya. Hajar begitu takjub. Air yang disangka wujud di dua bukit rupanya hanya seinci sahaja dari kaki anaknya. Akhirnya, happy ending! Keajaiban muncul depan mata, hadiah dari Tuhan pemilik kuasa ‘limitless’.
23
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Pada pembaca budiman, Begitulah ceritanya diakhiri dan sekarang, mari kita masuk ke ‘kelas’ ibrah. Kisah luarbiasa tadi menggambarkan contoh terbaik, erti tawakkal kepada Allah. Bulatkan keyakinan & susulinya dengan kesungguhan. Hajar berjaya sempurnakan usahanya dalam keadaan hati yang tekad meyakini, Tuhan Ar-Rahman adalah satu-satunya punca ia berharap & bersandar. Dan sebenarnya, Tuhan ingin mengajar kita lebih dari erti tawakkal. Tuhan mengajar, rezeki tidak semestinya hadir kerana ikhtiar & usaha kita. Dalam kisah Hajar, Tuhan datangkan rezeki bukan di lokasi yang diikhtiarkan. Air Zam-zam bukannya terpancut di bukit Sofa atau Marwa.
m o it.c
g n hla
Bukan, bukan.
a r um
Ia datang dari lembah mulia, kawasan yang kini kita maklumi sebagai Kaabah. Kawasan di mana dahulunya, Ismail si bayi kecil ditinggalkan.
. w ww
Lalu apa hikmah terbesar yang ingin disampaikan? Bacalah ayat ‘seribu dinar’. Dalam peristiwa ini, ia sedang ‘beraksi’ :
‘...... dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya..... ‘ (Surah At-Tolaq, ayat 2 & 3)
24
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Selalunya yang kita faham, rezeki datang dengan jalan ‘sebab-akibat’. Kita berusaha kuat, nanti datanglah kejayaan. Formula itu ada benarnya cuma, jangan sekali-kali menyangka itu satu-satunya jalan rezeki & kejayaan bertandang. Ia boleh Tuhan datangkan melalui pintu keajaiban. Rezeki dari jalan tidak terduga. Dan rezeki jenis ini Tuhan kurniakan kepada orang yang dekat kepadaNya, mereka yang hatinya dipenuhi taqwa. Dan dalam kisah Hajar, itulah hikmah besar yang disimpulkan. Keajaiban akan datang apabila kita menjadikan taqwa atas segalanya. Berusahalah segigih mungkin tetapi dalam masa sama, pastikan hati dinavigasi kekal dalam orbit ‘Lillahi Ta’ala’.
m o it.c
Semua khazanah motivasi & ibrah luarbiasa ini Tuhan simpulkan dalam satu ibadah mudah iaitu Saie. Para pembaca budiman,
g n hla
a r um
Pastikan ketika anda mengerjakan Saie, sematkan ibrah ini sekukuhnya dalam hati. Jadikan formula kehidupan Hajar iaitu gigih berusaha & pada masa sama letakkan Allah Ta’ala sebagai tempat berpasrah sebagai asas pegangan kehidupan.
. w ww
Orang yang benar-benar menghayati falsafah ini, mereka pasti tidak pernah risaukan hasil usahanya. Dia tahu, Tuhan tidak akan menyiakan setiap amalan bersungguh setiap hamba. Dia akan bekerja dengan hati lapang kerana tahu rezekinya tetap ada. Ia tidak lari, ia tidak dicuri. Yang perlu dilakukan hanya gerakkan kegigihan sahaja. Ia juga sedar, segala hasil usahanya bukan dari buah kesungguh atau kepintaran, tetapi semuanya datang atas kurniaan Ilahi. Tuhan yang menganugerahkan, Tuhan yang mengizinkan. Jika Tuhan tidak memberi lampu hijau, pasti segalanya buntu walaupun kudrat telah
25
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
diperah ke level tertinggi. Dengan segala kefahaman luhur ini, ia bakal mencorakkan kita menjadi manusia berprestasi tinggi tetapi punya hati yang tawaduknya mencecah bumi. Manusia yang faham, disebalik setiap kejayaan, tiada secebis daya pun yang boleh dilakukan untuk menggerakkannya kecuali atas izin Tuhan.
“
Seringkali kita ditanamkan bahawa kejayaan dikecapi hasil dari usaha keras kita. ‘Anak saya dapat ‘Full A’ kerana dia bersungguh belajar’, ‘perniagaan saya berjaya kerana kami bekerja keras & melancarkan strategi marketing berkesan....’. Begitulah yang kita fikirkan setiap kali kejayaan bertandang.
Padanlah Rasulullah s.a.w mengajar kita hikmah serupa. Ketika azan dikumandang, saat mendengar seruan kejayaan, ‘Hayya alal Falah’ (Marilah menuju kejayaan), Rasul menganjurkan kita membalasnya dengan ucapan ‘la haula wala quwwata illa billah’.
g n hla
a r um
. w ww
m o it.c
Lalu, apa hubung kaitnya lafaz tersebut dengan makna tawaduk?
Seringkali kita ditanamkan bahawa kejayaan dikecapi hasil dari usaha keras kita. ‘Anak saya dapat ‘Full A’ kerana dia bersungguh belajar’, ‘perniagaan saya berjaya kerana kami bekerja keras & melancarkan strategi marketing berkesan....’. Begitulah yang kita fikirkan setiap kali kejayaan bertandang.
“
Jika itulah yang ditanamkan, kita khuatir rasa sombong semakin meninggi. Kita risau, peranan Tuhan dalam mengurniakan kejayaan tidak diendahkan. Sebab itu Rasul sejak awal mengingatkan, jika kita mengejar kejayaan, mulakannya dengan pemikiran, ‘Tiada daya untuk mencapai semua itu kecuali pertolongan & izin Allah
26
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Ta’ala’- ‘la haula wala quwwata illa billah’. Itulah maksud zikir yang kita alunkan setiap kali mendengar ‘hayya alal Falah’. Zikir pendek tetapi punya makna besar kerana darinya, kita belajar maksud sebenar kejayaan. Ia milik Allah Ta’ala. Kita nothing jika Dia tidak izinkannya. Oleh itu berusahalah bersungguh tetapi jangan lupa untuk mulakannya dengan kesedaran ‘Lillahi Ta’ala’. Niat mengejar kejayaan bukan atas dasar rasa diri pandai, yakin boleh atau percaya diri menggebu tetapi atas dasar, Tuhanlah yang mengizinkan segalanya. Kita hanya makhluk kecil yang gigih berusaha untuk mendapat redhoNya :
m o it.c
g n hla
‘Dan katakan, bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang mukmin akan melihat & menilai pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui hal ghaib & nyata, lalu disampaikan kepadaNya apa yang telah kamu kerjakan’.
a r um
. w ww
(Surah At-Taubah ayat 105)
Para pembaca budiman, Mari kita berusaha. Mari kita menyinsing tangan. Mari kita bulatkan setiap usaha dengan niat ‘lillahi Ta’ala’. InsyaAllah, kejayaan akan tiba. Dengan izin & kurniaan Allah, keajaiban akan menyapa dari arah tak terduga.
27
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Kisah Hajar ingin mengajar kita erti usaha sebenar. Berusahalah tetapi niatkan hasilnya bukan dari apa yang kita lakukan, tetapi ia kurniaan mutlak dari Allah. Kita ini kerjanya hanyalah berusaha. Hasilnya Tuhan yang tentukan.
UMRAH KE LAUT
m o c . t i g n a l h a r m u . w ww Jangan kita berusaha dengan niat terpesong. Kita rasa semua kejayaan dikecapi datangnya dari usaha diri sendiri. Nanti apabila berjaya kita lupa Tuhan. Kita lupa bersyukur. Akhirnya kejayaan itu mendekatkan kita ke neraka bukannya syurga kerana rasa sombong & bangga kita sama tebalnya dengan kesombongan syaitan terhadap Nabi Adam. Na’uzubillah jika itu yang difikirkan.
28
BAB 3 m u . w w w
g n a l h ra
m o it.c
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
m o c . t i g
n a l rah
m u . w w w
30
TIPS MUDAH CIUM HAJARUL ASWAD (BAWAH 10 MINIT & KURANG BERSESAK)
Apakah pengalaman beratur & berasak paling teruk yang pernah anda alami?
• beratur nak dapatkan tiket bas raya hujung ramadhan?
• berasak-asak beli tiket bola pasukan idaman?
• berebut beli tudung terkini yang diskaunnya 80%?
• penat menunggu ‘turn’ masuk Raudhah Masjid Nabawi? 31
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Semua di atas dianggap kecil jika dibandingkan dengan pengalaman beratur mencium Hajarul Aswad. Wallahi saya tak tipu. Siapa yang pernah ke Masjidil Haram di waktu puncak (umrah ramadhan & musim haji) pasti sedar seribu satu kesukaran mencium Hajarul Aswad. Bayangkan, satu titik kecil sebesar satu kaki persegi diserbu beribu manusia non-stop. Sebab itu jika dihitung dari sudut matematik, kebarangkalian untuk berjaya amatlah nipis. Mungkin satu dalam seribu agaknya. ‘Fanatik suci’ adalah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keghairahan jutaan umat islam yang memasang niat mencium batu hitam suci ini kerana bagi mereka, alasannya kuat & valid. Selaku umat yang memfokuskan syurga sebagai tujuan hidup, kita pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menjejaki apa jua yang diasosiasikan dengan syurga ketika di dunia.
m o c . t i g
n a l rah
m u . w w w
Dan batu hitam ini adalah salah-satu darinya. Rasulullah s.a.w bersabda :
‘Hajarul Aswad turun dari syurga, dalam keadaan berwarna lebih putih daripada air susu. Kemudian, dosa-dosa anak adam yang membuatnya berubah menjadi warna hitam’. (Hadith riwayat Tarmidzi)
Kerana itu Rasulullah s.a.w menciumnya. Dek menuruti baginda jua, kita selaku pengikut setia Rasul menciumnya.
32
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Sunnah, kata orang agama. Maka pagi tadi, apabila saya kongsikan niat nak cuba cium Hajarul Aswad kepada Dr. Azizan Osman, ‘Doc, saya nak try cium Hajarul Aswad lepas solat subuh ni’, beliau tersenyum & sempat bagi tips : ‘Ustaz jangan lupo pakai baju Ironman-Batman-Superman, baru sonang!’ (Mode gurau :) Saya tahu gurauannya valid kerana upaya mencium Hajarul Aswad lebih kurang sama seperti pergi bertempur. Perlu siapkan diri dengan ‘senjata & kelengkapan’ betul. Jika anda pergi dengan berkain ihram, silap-silap lepas cium, kain ihramnya hilang!
“n
a l h ra
m u . w w w
Tiba-tiba, semua orang bersifat ‘selfish’ - janji aku dapat cium.
m o c . t i g
Jika terkena sikuan orang lain, anggap itu ‘kifarah pencuci dosa’ kerana ketika ini, manusia tiba-tiba terlupa tata-susila.
“
Ini pengalaman nyata bukan dibuat-buat. Terlalu ramai manusia mencuba & masing-masing akan menggunakan segenap kudrat, teknik, taktik & tenaga. Jika terkena sikuan orang lain, anggap itu ‘kifarah pencuci dosa’ kerana ketika ini, manusia tiba-tiba terlupa tata-susila.
Maka selepas solat subuh saya cuba masuk ke dalam aliran ‘ombak ganas manusia’ dengan perasaan berdebar. Cuma kali ini ada berita baik. Alhamdulillah tak sampai 10 minit berbaris, Tuhan beri keizinan. Hajarul Aswab berjaya dicium. Sahabat semua, ini soal rezeki. Ini soal keizinan Tuhan. Tetapi kita selaku manusia perlu berusaha dengan strategi tepat juga kan? Maka disini saya kongsikan strategi, bagaimana saya berjaya mencium Hajarul Aswad selepas lebih kurang 10 minit beratur : 33
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
1) Sebelu m mencu b a , ja n g a n lu p a u n t u k b e rd o a
banyak-banyak kepada Tuhan agar dipermudahkan. Ini ‘anjung rumah’ Dia. Insyaallah apabila kita minta izin baik-baik, Dia akan lorongkan prioriti & kemudahan kepada kita.
2) Jika anda beratur ikut cara biasa, selalunya ia bermula dari
Rukun Yamani. Maaf, ini jalan sukar. Traffic jam terlalu teruk. Silap-silap dari menunggu turn, anda akan u-turn pula. Jika anda baca pengalaman pertama kali saya cium Hajarul Aswad ikut jalan ini dalam buku Hidup Luarbiasa (www. bukuhidupluarbiasa.com), lepas sejam pun tak dapat. Dulu saya berjaya pun sebab ‘mukjizat’. Baca buku itu untuk tahu kisahnya.
m o c . t i g
3) INI DAPATAN TERBARU. Sebelum subuh, saya
n a l rah
memerhatikan sahaja aliran manusia yang bertumpu di Hajarul Aswad. Buat ‘homework’, lakukan sedikit kajian dahulu. Saya dapati, kebarangkalian berjaya lebih tinggi jika masuk dari arah Multazam. (kawasan antara pintu kaabah & Hajarul Aswad).
m u . w w w
4) Maka ini yang saya lakukan. Terus ke Multazam dan pastikan anda himpitkan diri ke dinding Kaabah. Kemudian, just follow the flow. Orang dari belakang akan perlahan-lahan menolak anda ke arah Hajarul Aswad.
5) Ketika beratur, jangan SEKALI-KALI membalas
kekerasan dengan kekerasan. Untuk makluman, perkataan ‘beratur’ yang digunakan disini bukanlah seperti anda rileks beratur menunggu giliran check-in luggage di lapangan terbang. Disini, anda pasti akan disiku. Kaki anda akan sakit dipijak-pijak. Baju anda confirm ditarik. Badan anda terasa penyet di’steamroll’ jemaah lain. But, keep calm & smile. Anggap situasi ini bak kata P. Ramlee, ‘ujian’. Saya
34
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
sarankan demikian kerana hukum mencium Hajarul Aswad hanyalah sunat. Tak guna kita dapat dosa kering, lakukan perkara haram sakiti orang lain dek mengejar sunat. Ironi sungguh, kan?
6) Sepanjang proses ini, jangan lupa baca banyak-banyak
- Robbi yassir wala to’assir Ya Karim. Ya Allah, permudah jangan susahkan. Memang kita cuba dengan cara terbaik. Tapi jika Tuhan tidak izinkan, tak dapek doh.
7) PALING PENTING : sepanjang proses ini, pastikan badan anda kekal bersandar & dirapatkan ke dinding kaabah. Paut dinding kecil depan pengawal yang menjaga Hajarul Aswad. Jika anda terpesong sedikit, silap-silap akan terus terhumban ke belakang. Sedih bang....
m o c . t i g
n a l rah
8) Ketika jarak muka anda dengan Hajarul Aswad dalam
semeter, bongkokkan sedikit badan & halakan muka ke arah batu suci agar apabila jemaah selesai cium ingin keluar, mudahlah anda terus susupkan muka, cium sepuasnya Hajarul Aswad.
m u . w w w
Begitulah teknik yang saya gunakan. Cubalah, saya fikir ia lebih mudah berbanding beratur melalui lorong yang biasa orang ikuti. Disclaimer : Ini bukan kaedah ‘potong line’, tetapi ia adalah teknik lebih mudah yang kurang diikuti orang lain. Saya kongsikan agar anda yang berhajat ke sini lebih mudah mendapat peluang, tingkatkan kebarangkalian dari 1 : 1000 kepada 1 : 100. Jangan lupa untuk share tips ini dengan ramai rakan-rakan yang ingin ke mari. Apabila mereka berjaya cium, anda juga berjaya mendapat pahala, free.
35
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Nanti, apabila tiba giliran anda, pasti Tuhan akan buka jalan lebih mudah kerana kita telah mempermudahkan urusan orang lain. Begitulah ‘sifir kehidupan’ yang Tuhan tentukan. Ikuti sifir ini, pasti kehidupan menjadi lebih mudah.
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
m o c . t i g n a l h a r m u . w ww
UMRAH KE LANGIT
Usaha cium Hajarul Aswad perlukan doa bersungguh, teknik tepat & adab serta tatasusila yang terjaga. Barulah semuanya berkat.
UMRAH KE LAUT
Usaha cium Hajarul Aswad hanya melelahkan jika tekniknya kurang tepat, apatah lagi tiada doa menemaninya. Paling teruk, kejar sunat tapi dapat dosa kering kerana adab hilang.
36