IDA152
16/07/2013
PENDAHULUAN 2
FAEDAH PEMBELAJARAN
BAB 4 PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA III Maruwiah Ahmat
Menghuraikan kegemilangan Islam di Nusantara. Menghuraikan pengaruh Islam terhadap masyarakat Nusantara.
KANDUNGAN
4.1 Kedatangan Islam ke Nusantara 4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara 4.3 Kedudukan Islam di Malaysia
IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
3
4
Islam merupakan agama yang mempunyai bilangan penganut terbesar di Malaysia iaitu sekitar 60% daripada jumlah penduduk. Majoriti penganut beragama Islam di malaysia menganut Mazhab Syafie, iaitu sebuah daripada Aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Namun terdapat golongan minoriti India yang mempraktikkan Mazhab Hanafi
Agama Islam ialah anutan orang Melayu sejak lebih 500 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Walaupun penjajah British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, namun mereka tetap membiarkan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu kekal di bawah kuasa raja-raja Melayu.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
5
6
Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi Persekutuan. Pada masa yang sama, kebebasan beragama terus dipertahankan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman di mana-mana bahagian dalam Persekutuan.
MARUWIAH AHMAT
Selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri diberi kuasa oleh perlembagaan untuk menubuhkan, menyelenggara atau membantu pertubuhan dan institusi Islam, atau mengeluarkan peruntukan tertentu untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undang Syariah, serta majlismajlis keagamaan yang berkaitan dengan Islam.
1
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
7
8
Islam dalam Perlembagaan Peruntukan mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama negara (agama persekutuan) tetapi hak untuk penganut agama lain mengamalkan agama dan kepercayaan mereka tidak disekat. Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan- Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Namun, hak seseorang untuk mengembangkan agama lain boleh disekat atau dikawal oleh undang-undang negeri, atau undang-undang persekutuan bagi Wilayah Persekutuan. Mereka dilarang menyebarkan agama lain kepada umat Islam. Perkara 11(4).
Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan sejumlah peruntukan untuk pengajaran agama Islam kepada para pelajar yang beragama Islam di semua sekolah bantuan penuh kerajaan dengan syarat jumlah pelajar Islam di sekolah itu tidak kurang daripada 15 orang.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
9
10
Kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Takrifan Melayu - sosiobudaya dan Perlembagaan Persekutuan.
Agama-agama di Malaysia 6.2%
5%
9.1%
18.9%
Agama 60.8%
Islam Buddha Kristian Hindu Lain-lain
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 11
12
Masjid adalah pusat ibadat dan institusi agama yang penting. Masjid akan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada nazir, imam, bendahari, bilal dan siak. JK ini dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri. Fungsi masjid: Tempat ibadat solat fardu dan sunat. Tempat majlis ilmu seperti ceramah agama, kelas fardu ain dan fardu kifayah. Tempat sosial – seperti majlis-majlis kenduri; korban, perkahwinan, khatan, aqiqah.
MARUWIAH AHMAT
Antara fungsi-fungsi masjid pada masa kini.
2
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
13
14
1 Yang di-Pertuan Agong
Institusi Majlis Agama Islam di Malaysia
4 1
Yang diPertuan Agong
2
Majlis Agama Islam Malaysia
Sultan/Raja
3 Majlis Agama Islam Negeri
5 6
Jabatan Agama Islam Mahkamah Syariah
Pendidikan Islam
Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan, penasihat agama ialah Yang di-Pertuan Agong
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 15
Perkara 32 menyatakan YDP sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya. Perkara 32 (1) - Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas. Perkara 32 (2) - Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Perkara 32 (3) - Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 16
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan hak: Memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet, Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim, Dutaduta dan Pesuruhjaya Tinggi ke luar negara Menerima nasihat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
Mengampunkan setiap kesalahan sama ada di mahkamah sivil yang dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di mahkamah tentera. Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 17
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 18
Sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri yang tidak beraja Y ‡ang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam politik dan pemerintahan negara.
MARUWIAH AHMAT
2
Majlis Agama Islam Malaysia 1. Membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, manamana kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau pengesyoran. 2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran agama Islam atau pelajaran agama Islam. Majlis ini menjadi forum tertinggi agama bagi membincang dan memutuskan masalah-masalah dasar agama yang memberi kesan yang besar kepada agama dan umat islam di negara ini.
3
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
19
20
3 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri
4 Sultan/Raja
Berfungsi menjadi badan penasihat Sultan/Raja dalam hal agama dan adat istiadat Melayu.
Bertanggungjawab dalam negeri masing-masing.
Jabatan Agama Islam bernaung di bawah Majlis Agama Islam.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 21
5
Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan halhal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 22
Jabatan Agama Islam merupakan sebuah daripada institusi keagamaan yang penting bagi penganut Islam di Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai Jabatan Agama Islam masing-masing (JAIK, JAIP, JAIS, JAINS, JAIJ, JAWI) Fungsinya adalah untuk mentadbir dan menguruskan aktiviti berkaitan dengan agama Islam bagi setiap negeri. Antara aktiviti yang dijalankan termasukkan urusan perkahwinan dan perceraian, pentadbiran masjid, mengeluarkan risalah dan penerangan berkaitan dengan isuisu terkini, menjalankan program dakwah dan juga penguatkuasaan undang-undang kekeluargaan Islam dan jenayah syariah.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 23
Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Fungsi Jabatan Agama Islam Urusan zakat Pengurusan masjid
Pendidikan
Dakwah
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 24
6
MARUWIAH AHMAT
Baitulmal
Mahkamah Syariah adalah satu lagi institusi keagamaan yang penting. Percanggahan dan pertelingkahan dalam undang-undang kekeluargaan Islam akan diselesaikan di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan mereka yang beragama Islam sahaja, dan bidang kuasanya tidak merangkumi orang bukan Islam. Perkara yang kerap dibicarakan di mahkamah ini termasuk pertelingkahan dalam perceraian, tuntutan harta sepencarian dan nafkah, hak penjagaan anakanak selepas perceraian dan kesalahan jenayah syariah.
4
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 25
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 26
Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya. Pada kurun ke-15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-undang Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. Sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Tanah Melayu.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 27
Bangunan Mahkamah Syariah Kuching
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 28
Bangunan Mahkamah Syariah Ipoh
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 29
Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan dan undang-undang negara. Meskipun pada 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha mengesampingkan Undangundang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mempunyai sebarang sistem perundangan (undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim. Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 30
Pada 1880, Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880 (kahwin dan cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama.
MARUWIAH AHMAT
Sejak tahun 1952, Enakmen Pentadbiran UndangUndang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa undang-undang itu adalah khas untuk umat Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negerinegeri lain di Malaysia Barat.
5
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 31
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 32
Tujuan dan peranan Mahkamah Syariah
Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang memuatkan semua jenis mahkamah WP.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 33
Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah swt berdasarkan AlQuran dan Sunnah. Menjalankan pentadbiran agama Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 34
Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumah tangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumah tangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumah tangga agar dapat membina rumah tangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 35
Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya. Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan perkara mungkar lain. Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat. Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan. Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa. Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 36
Pelaksanaan pengadilan di Mahkamah Syariah Mahkamah Rendah Syariah Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri. Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut. Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah bicarakan kes-kes di peringkat daerah.
MARUWIAH AHMAT
6
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 37
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 38
Mahkamah Rayuan Syariah Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan. Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah. Mengurangkan hukuman. Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara. Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Mahkamah Tinggi Syariah Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya. Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah. Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid. Menguruskan kes-kes rayuan. Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri).
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 39
40
Bidang Kuasa Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagai-mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 41
Contoh kes-kes yng dibicarakan di Mahkamah Syariah Melaka.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 42
Perlembagaan Malaysia 1965
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut: Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja:
Perlembagaan Malaysia 1984
-
Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau 6 bulan penjara atau Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
MARUWIAH AHMAT
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut: Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja: Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau 3 tahun penjara atau Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan).
7
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 43
M A K L U M A T T A M B A H A N
44
Kebebasan Beragama Kebebasan beragama bagi semua agama dijamin dalam Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama yang menjadi pilihannya sendiri dalam keadaan aman dan damai dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan setiap kumpulan agama mempunyai hak-hak berikut:
Mengurus hal ehwal agamanya sendiri. Menubuhkan, mengurus dan menyelenggara yayasan bagi maksud agamanya. Memperoleh, memegang dan mentadbirkan hartanya untuk agamanya. Mengajarkan agamanya kepada anak-anak mereka.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 45
M A K L U M A T T A M B A H A N
Perlembagaan mengharamkan amalan diskriminasi di antara warganegara atas sebab agama yang dianutinya. Namun amalan beza-membeza dalam menawarkan jawatan yang berkaitan dengan sesuatu agama, atau jawatan dalam yayasan yang diuruskan kepada orang yang menganut agama berkenaan tidak dilarang.
47
T A M B A H A N
M A K L U M A T
Kebebasan agama-agama lain, selain agama Islam telah diperkukuh lagi dalam perlembagaan menerusi beberapa peruntukan berikut:
T A M B A H A N
Setiap orang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai yang akan digunakan sebahagian atau sepenuhnya untuk maksud agama yang lain daripada agamanya sendiri. Peruntukan ini membawa maksud orang bukan Islam tidak boleh dipaksa untuk membayar zakat dan fitrah.
x
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 46
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA M A K L U M A T
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M A K L U M A T
Dalam bidang pelajaran, setiap warganegara tidak boleh dibezakan antara satu sama lain dengan sebab-sebab agama. Amalan diskriminasi in juga ditegah dalam: Pentadbiran institusi pendidikan awam yang diselnggara oleh kerajaan. Pengambilan pelajar ke institusi pendidikan itu dan yuran yang dikenakan.
T A M B A H A N
Pemberian bantuan wang yang diambil daripada tabung wang pihak berkuasa awam - pelajar itu mendapat pendidikan di mana-mana institusi pendidikan awam atau swasta dalam atau luar Malaysia.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 48
Penggubalan undang-undang tentang institusi pendidikan dan pentadbiran undang-undang itu. Walaupun demikian, perlembagaan dibenarkan memberikan beberapa pengecualian, iaitu undangundang Persekutuan dan negeri boleh menyediakan peruntukan kewangan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan yayasan Islam dan memberikan pendidikan Islam kepada orang yang beragama Islam.
MARUWIAH AHMAT
M A K L U M A T
Dari segi undang-undang, pekerjaan, jawatan, perniagaan dan pemilikan harta, perlembagaan juga melarang seseorang warganegara dibezakan antara satu sama lain semata-mata sebab agama yang dianutinya.
T A M B A H A N
8
IDA152
16/07/2013
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 49
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 50
M A K L U M A T
T A M B A H A N
Segala hak yang diperuntukkan kepada penganut agama lain seperti yang dinyatakan di atas tidak akan terganggu walaupun agama Islam menjadi agama rasmi negara, kecuali peruntukan yang menyekat agama-agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
M A K L U M A T T A M B A H A N
Di bawah peruntukan ini, undang-undang negeri dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diberi kuasa untuk mengawal atau menyekat penyebaran agama-agama lain kepada orang Islam. Sekatan di bawah undang-undang ini juga boleh dikenakan kepada orang Islam atau bukan Islam yang cuba mengembangkan agama lain kepaa orang Islam.
Aktiviti 14 – Pemahaman
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA 51
52
M A K L U M A T T A M B A H A N
Kebebasan beragama memperuntukkan bahawa semua pihak tidak boleh melanggar undangundang am tentang ketenteraman, kesihatan dann keelokan akhlak awam. Kewujudan mana-mana kumpulan agama yang percaya bahawa agama mereka memaksa mereka membunuh orang dan melakukan perbuatan keji tidak dibenarkan dalam perlembagaan kerana tindakan ini boleh menjejaskan keselamatan awam.
Berpandukan nota kuliah Bab 4, jawab soalansoalan yang diberi.
Tengok nota bukan tengok jawapan kawan.
Aktiviti 15 – Latih Tubi 53
Berdasarkan semua kandungan kuliah, jawab soalan-soalan yang diberi. Cuba jawab dahulu tanpa merujuk sebarang nota untuk menguji kemampuan anda.
MARUWIAH AHMAT
9