Bab 4
Firma Sebagai Pengeluar
KEPERLUAN SUKATAN - Pelajar dapat menyatakan maksud firma, pengeluaran dan matlamat firma - Pelajar dapat menerangkan maksud jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang serta fungsi pengeluaran jangkamasa pendek berdasarkan jadual. - Pelajar dapat mengira JH, HP dan HS serta menyatakan hubungannya - Pelajar dapat menerangkan dan mengira jenis kos dalam jangka pendek - Pelajar dapat menganalisis hubungan antara KT, KB, JK, KP dan KS - Pelajar dapat menyatakan konsep penawaran (Maksud, Hukum, Rajah) - Pelajar dapat menghuraikan faktor mempengaruhi penawaran (Guru perlu jelaskan pelbagai dimensi yang menunjukkan perubahan SS contoh : Jadual/Keluk) - Pelajar dapat menjelaskan maksud, mengira, mentafsir dan menentukan jenis keanjalan penawaran NOTA RINGKAS 1- Definisi Firma : satu unit ekonomi yang mengendalikan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan maksima 2- Definisi Pengeluaran : satu aktiviti memproses input kepada output 3- Jangka Pendek : Firma hanya berupaya mengubah input berubah sahaja. Input tetap tidak berubah Jangka Panjang : Firma dapat mengubah semua input sama ada input tetap mahupun input berubah 4- Fungsi pengeluaran jangka pendek - Merujuk kepada gabungan input tetap dan input berubah dalam menghasilkan output/ Firma hanya mengubah faktor berubah sahaja Contoh : Jadual Pengeluaran Jangka Pendek
-
Input Tetap (Tanah)
Input Berubah (Buruh)
Jumlah Keluaran
Keluaran Purata
Keluaran Sut
1 1 1 1 1 1 1
0 1 2 3 4 5 6
0 2 6 9 10 10 9
2 3 3 2.5 2 1.5
2 4 3 1 0 -1
Input tetap jumlahnya sama sepanjang pengeluaran jangka pendek Jumlah output/keluaran berubah mengikut perubahan input berubah Merujuk jadual : Pada tingkat input berubah sifar, output juga sifar. Apabila input berubah ditambah secara berterusan jumlah output meningkat hingga satu tahap tertentu dan menurun Keluaran purata meningkat kemudian berkurang Keluaran sut meningkat, kemudian menurun dan menjadi negative
5- Kos Pengeluaran : Jumlah perbelanjaan firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran Kos Tetap Definisi Contoh Ciri-ciri
: Pembayaran terhadap penggunaan input/faktor-faktor tetap : Sewa bangunan, faedah atas pinjaman modal : - Kos yang tidak berubah (tetap) walaupun output firma berubah 1
- Kos yang perlu dibayar walaupun operasi pengeluaran belum dijalankan/operasi dihentikan - Wujud dalam jangka pendek Kos Berubah Definisi : Pembayaran terhadap penggunaan input/faktor-faktor berubah Contoh : Bahan mentah, upah buruh Ciri-ciri : - Kos yang berubah secara langsung dengan perubahan output - Kos yang tidak perlu dibayar jika tiada pengeluaran - Wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang Kos Purata Definisi : Formula :
Kos seunit keluaran Kos Purata = Jumlah Kos . Jumlah Keluaran Ciri-ciri : Apabila keluaran meningkat, kos purata tinggi pada mulanya dan kemudian menurun mencapai tingkat minimum. Akhirnya naik semula
Kos Sut Definisi : Kos tambahan yang ditanggung oleh firma kerana menambahkan satu unit output Formula : Kos Sut = Perubahan Dalam Jumlah Kos . Perubahan Dalam Jumlah Keluaran Ciri-ciri : Apabila keluaran meningkat, kos sut tinggi pada mulanya dan kemudian menurun mencapai tingkat minimum. Akhirnya naik semula 6- Hubungan antara output, KT, KB, JK, KP dan KS : Jumlah Keluaran (Unit)
0 1 2 3 4 5 6 7 8
Jumlah Kos (RM)
Kos Berubah (RM)
Kos Sut (RM)
Kos Purata (RM)
20 38 48 63 88 115 146 182 240
0 18 28 43 68 95 126 162 220
18 10 15 25 27 31 36 58
38 24 21 22 23 24.3 26 30
Merujuk Jadual : - Apabila jumlah keluaran meningkat, jumlah kos berubah juga meningkat - Peningkatan ini adalah berkadar positif @ langsung - Keluaran 0 – 3, kos purata menurun - Kos purata mencapai minimum pada output ke-3 - Selepas output ke-3, kos purata meningkat semula - Kos sut jatuh sehingga output yang ke-2 - Kos sut minimum lebih awal daripada kos purata iaitu pada output ke-2 - Selepas output ke-2, kos sut mula meningkat sehingga output ke-8
2
7- Penawaran Definisi : Kuantiti barangan atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh para pengeluar pada tingkat harga tertentu dalam suatu jangka masa tertentu Hukum Penawaran: Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti penawaran akan meningkat. Sebaliknya apabila harga barang jatuh, kuantiti penawaran juga akan jatuh. Keluk Penawaran : - Menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan - Mencerun ke atas dari kiri ke kanan - Mempunyai hubungan positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan Contoh :
Harga (RM) S H1
H
S 0
K
Rajah Keluk Penawaran
K1
Kuantiti
8- Faktor-Faktor Mempengaruhi Penawaran a. Perubahan Harga Barang Itu - Kenaikan harga barang tersebut boleh menyebabkan penawaran barang itu meningkat dan sebaliknya - Contoh : Penawaran daging ayam bertambah apabila berlakunya kenaikan harga daging ayam b. Perubahan Dalam Teknologi Pengeluaran - Kemajuan teknologi seperti teknik pengeluaran yang lebih cekap akan membantu meningkat pengeluaran dan sebaliknya c. Perubahan Dalam Harga Faktor Pengeluaran - Apabila harga faktor pengeluaran rendah, menyebabkan firma menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran seperti buruh. Maka penawaran output firma akan meningkat dan sebaliknya d. Matlamat Firma - Bagi firma yang bermatlamat untuk memaksimumkan untung / menguasai pasaran. Mereka akan menambahkan penawaran dalam pasaran e. Dasar Kerajaan - Dasar kerajaan memberikan subsidi, membantu merendahkan kos pengeluaran firma. Oleh itu output dapat ditingkatkan f. Faktor Cuaca / Persekitaran - Cuaca yang baik, membolehkan pengeluaran bertambah seperti sayuran dan ikan g. Jangkaan Masa Hadapan - Apabila firma mengka harga akan naik pada masa hadapan. Oleh itu firma membuat keputusan untuk menambahkan pengeluarannya pada masa kini dan sebaliknya h. Perubahan Harga Barang Lain 3
-
Apabila harga daging itik jatuh, pengeluar akan mengurangkan pengeluaran itik tetapi meningkatkan pengeluaran daging ayam kerana harga daging ayam pada masa itu relatifnya lebih rendah
9- Keanjalan Harga Penawaran Definisi :Mengukur tindakbalas kuantiti barangan yang ditawarkan akibatdaripada perubahan harga barang itu sendiri Formula
:
ES
=
% Perubahan Kuantiti Ditawarkan % Perubahan Harga
@
=
Q
@
x
P
Q =
Q1 - Q0 Q0 P1 - P0 P0
P
x 100 x 100
10- Jenis-Jenis Keanjalan Penawaran : a) Penawaran Anjal Definisi :Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih besar daripada peratus perubahan harga Formula
:
%
K
%
H
Q1 - Q0 x 100 . Q0 P1 - P0 x 100 P0
> 1
@
> 1
Nilai pekali keanjalan penawaran : > 1 Tafsiran
: Andaikan ES = 1.08 bermakna penawarannya adalah anjal iaitu apabila harga meningkat 1%, maka pengeluar akan meningkatkan penawaran sebanyak 1.08%
b) Penawaran Tidak Anjal Definisi Formula
:Peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti ditawar : % Q < 1 % P
Nilai pekali keanjalan harga penawaran ialah lebih besar dari 1 ( >1) Tafsiran
: Andaikan ES = 0.75 bermakna penawarannya adalah tidak anjal iaitu apabila harga meningkat 1%, maka pengeluar akan meningkatkan penawaran sebanyak 0.75%
4
c) Penawaran Anjal Uniti Definisi : Peratus perubahan kuantiti ditawar sama dengan peratus perubahan harga Formula : % Q = 1 % P Nilai pekali keanjalan penawaran sama dengan satu ( = 1 ) Tafsiran : Andaikan ES = 1.0 bermakna penawarannya adalah anjal sama satu iaitu apabila harga meningkat 1%, maka pengeluar akan meningkatkan penawaran sebanyak 1% 11 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penawaran Kurang Anjal (Contoh : Getah) 1- Faktor Masa Getah memerlukan masa panjang untuk mendapatkan hasil. pengeluaran getah tidak boleh diubah dengan cepat 2
Jadi walaupun
harga berubah,
Faktor Musim - Hasil getah lebih dipengaruhi oleh musim sama ada musim kemarau atau musim hujan berbanding perubahan harga
3- Faktor Daya Pengeluaran - Daya pengeluaran getah rendah menyebabkan pengeluaran getah sukardiubah bila berlakunya perubahan harga 4- Faktor Teknologi - Tingkat teknologi getah kurang maju menyebabkab output tidak boleh berubah walaupun berlaku perubahan harga 5- Faktor Kos - Untuk mengubah pengeluaran getah memerlukan kos yang tinggi
5
SOALAN-SOALAN ESEI TAHUN-TAHUN LEPAS Faktor Tetap
Faktor Berubah
Jumlah Keluaran
0 1 2 3 4 5 6 7 8
0 50 130 230 300 330 336 336 320
1 1 1 1 1 1 1 1 1
Keluaran Purata
Keluaran Sut
50 65 76.6 75 66 56 48 40
50 80 100 70 30 6 0 -16
1- Berdasarkan jadual di atas, terangkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut. ( 10 M ) SPM 1995 – rujuk nota 4 2- Huraikan fungsi pengeluaran jangka pendek sesebuah firma. ( 15 M ) SPM 1996 – rujuk nota 4 3- Huraikan kos tetap dan kos berubah.
( 8 M ) SPM 1993 – rujuk nota 5
4- Bezakan kos tetap dengan kos berubah dalam proses pengeluaran. ( 6 M ) SPM 1997 – rujuk nota 5 5- Berikut ialah kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sesebuah firma. Bahan Mentah Cukai jualan Sewa tapak perkilangan Insurans kebakaran kilang Berdasarkan maklumat di atas, i- tentukan jenisnya (2M) ii- terangkan setiap jenis kos tersebut ( 4 M ) SPM 1998 - rujuk nota 5 Kos Pengeluaran Firma Dalam Jangka Pendek Keluaran (unit)
Jumlah Kos (RM)
0 2 4 6 8 10
100 126 138 157 192 260
Kos Purata
Kos Sut
6- Lengkapkan jadual di atas dan terangkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos purata dan kos sut. ( 11 M ) SPM 1997 – rujuk nota 6
6
Jumlah Keluaran (unit)
0 1 2 3 4 5 6 7 8
Jumlah Kos (RM)
20 38
Kos Berubah (RM)
0 18 28 43 68 95 126 162 220
63 88 182 240
Kos Sut (RM)
-
25 27 31 58
Kos Purata (RM)
24 21 23 24.3 26
Jadual Kos Pengeluaran Firma Tanjung Jaya Sdn. Bhd. 7- Lengkapkan jadual di atas dan terangkan hubungan antara jumlah keluaran, kos berubah dan kos sut. ( 10 M ) SPM 2000 – rujuk nota 6 Syarikat M & R Sdn. Bhd. Kos Tetap Kos Berubah Keluaran Harga Seunit
-
RM22 500 RM11 200 50 000 unit RM1.00 / unit
8- Berdasarkan maklumat di atas, i- hitungkan kos purata dan jumlah keuntungan atau kerugian Syarikat M&R Sdn. Bhd. (3 M) ii- Nyatakan jangka masa pengeluaran Syarikat M&R Sdn. Bhd. dan berikan alasan (2 M ) SPM 2001 rujuk nota 4 & 5 9- “Penawaran sesuatu barang bukan sahaja dipengaruhi oleh harga barang tersebut” i- Nyatakan mana-mana lima faktor lain yang mempengaruhi penawaran ii- Huraikan bagaimana tiap-tiap faktor yang dinyatakan itu mempengaruhi penawaran. ( 15 M ) SPM 1995 – rujuk nota 8
Harga daging ayam telah meningka tdaripada RM3.80 sekilogram kepada RM5.20 sekilogram bagi tempoh Oktober hinggaDisember 1999 kerana musim perayaan. Ini menyebabkan penternak-penternak ayam bertindak menambahkan pengeluaran daripada 30 000 kilogram daging ayam kepada 42 000 kilogram. Tetapi Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti FOMCA, Cuepacs dan MTUC telah membantah kenaikan harga tersebut dan menyeru masyarakat memulaukan daging ayam. Langkah ini telah dikritik oleh pihak kerajaan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan penternak ayam kebimbangan dan bertindak mengurangkan pengeluaran ayam
10 Berdasarkan pernyataan di atas, i- nyatakan faktor-faktor yang dikemukakan dalam petikan di atas yang mempengaruhi penawaran daging ayam ( 2 M ) – rujuk nota 8 ii- selain daripada faktor-faktor yang anda nyatakan dalam (i) , terangkan faktor lain yang mempengaruhi penawaran daging ayam ( 8 M ) SPM 2000 – rujuk nota 8
7
11 Syarikat M & R Sdn. Bhd. telah menambah pengeluaran sebanyak 80 000 unit apabila harga meningkat kepada RM1.50 seunit. Terangkan faktor-faktor selain daripada harga barang itu yang mendorong Syarikat M & R Sdn. Bhd. menambah pengeluarannya ( 10 M) SPM 2001 - rujuk nota 8 Jadual menunjukkan peratusan perubahan harga dan peratusan perubahan kuantiti yang ditawarkan bagi komoditi getah dan komputer. Jenis Barang
% Perubahan Harga
% Perubahan Kuantiti Ditawarkan
Getah Komputer
9 5
3 12
12 Berdasarkan jadual di atasi i- hitungkan nilai keanjalan penawaran bagi getah dan komputer. ( 2 M) - rujuk nota 10 ii- mengapakah penawaran getah kurang anjal ( 6 M ) SPM 1997 – rujuk nota 11 13- Hitungkan keanjalan harga penawaran dan tafsirkan keanjalan tersebut. ( 5 M ) SPM 2000 – rujuk nota 10 14-
Bilangan Buruh (unit)
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Jumlah Keluaran (unit)
Keluaran Purata (unit)
0 60 145 240 330 410 470 490 490 472
60 72.5 80 82.5 82 78.3 70 61.3 52.4
Keluaran Sut (unit)
60 85 95 90 80 60 20 0 - 18
Berdasarkan jadual di atas, jelaskan hubungan di antara buruh dengan jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut. ( 13 markah ) SPM 2002 – rujuk nota 4
8
SOALAN-SOALAN OBJEKTIF TAHUN-TAHUN LEPAS 1- Jadual 1 di bawah menunjukkan jadual pengeluaran sebuah firma. Input Tetap
Input Berubah
Jumlah Keluaran
3 3 3 3 3
1 2 3 5 7
5 8 12 22 30
JADUAL 1 Hitungkan keluaran sut firma bagi input berubah yang ke-5? A B
4.25 4.4
C D
5 10
SPM 1996
2- Firma ialah A satu unit ekonomi yang bertanggungjawab meningkatkan kebajikan manusia B satu unit ekonomi yang bertanggungjawab memenuhi kehendak manusia C satu unit ekonomi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi memenuhi kehendak manusia D satu unit ekonomi yang menawarkan faktor-faktor pengeluaran untuk meningkatkan taraf hidup sesebuah negara SPM 1997 3- Keluk penawaran biasanya bercerun positif dari kiri ke kanan. Apakah yang dapat digambarkan oleh kelok penawaran yang bersifat demikian? A Apabila harga sesuatu barang merosot, kuantiti penawaran juga akan merosot B Apabila harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti penawaran akan merosot C Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang merosot, harga barang itu akan merosot D Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang meningkat, harga barang itu akan meningkat 1997
SPM
4- Jika bilangan pekerja sesebuah firma bertambah daripada 7 orang kepada 9 orang, kos pengeluaran meningkat dari RM2 900 ke RM3 400. Sementara keluarannya bertambah daripada 2 100 unit kepada 2 300 unit. Hitungkan keluaran sut bagi keadaan tersebut. A 100 unit C 250 unit B 200 unit D 500 unit SPM 1998 5- Antara berikut, yang manakah benar tentang pengeluaran? A Pengeluaran melibatkan pengusaha dan buruh sahaja B Aktiviti pengeluaran merupakan proses penciptaan utiliti C Pengeluaran tidak melibatkan perubahan bentuk bahan mentah D Aktiviti pengeluaran hanya berkaitan dengan pengeluaran barang sahaja
9
SPM 1999
6- Jadual 2 di bawah menunjukkan kombinasi input tetap dan input berubah untuk mengeluarkan barang X.
P Q R S
Input Tetap
Input Berubah
2 2 2 2
Jumlah Keluaran
1 2 3 4
3 12 27 37
JADUAL 2 Pada jumlah keluaran yang manakah keluaran sutnya paling tinggi? A 3 C 27 B 12 D 37
SPM 1999
7- Antara berikut yang manakah matlamat utama yang ingin dicapai oleh Encik Ezman dan Encik Ezmeer yang berkongsi mengeluarkan barangan sukan berjenama “JAGUH”? A Untuk menguasai pasaran B Untuk memaksimumkan kepuasan C Untuk memaksimumkan keluaran D Untuk memaksimumkan keuntungan SPM 2000 8- Antara berikut yang manakah bukan kegiatan pengeluaran dalam ekonomi? A Puan Mazafira membuat kuih karipap B Encik Rafiq seorang pemandu lori C Encik Rashid membeli set hi-fi di sebuah pasar raya D Syarikat percetakan Buku Maju menyimpan stok di gudang SPM 2001 Keluaran (unit)
Jumlah Kos (RM)
0 1 2 3 4
100 180 250 300 340 JADUAL 3
9- Jadual 3 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma dalam jangka pendek. Hitungkan kos berubah untuk mengeluarkan 4 unit keluaran. A RM 40 C RM240 B RM85 D RM340 SPM 1994 Kuantiti
Kos Sut (RM)
1 2 3 4
12 10 7 2 JADUAL 4 10
10- Jadual 4 menunjukkan kos sut pengeluaran sejenis barang bagi sebuah firma. Jika kos tetap ialah RM30, hitungkan jumlah kos untuk mengeluarkan 4 unit barang. A RM31 C RM40 B RM38 D RM61 SPM 1995 11- Jadual 5 di bawah menunjukkan hubungan output dengan kos purata sebuah firma. Output (unit)
Kos Purata (RM)
1 20 2 16 3 12 4 8 5 4 JADUAL 5 Andaikan kos tetap ialah RM8.00, berapakah kos berubah pada output ke-5? A RM12.00 C RM28.00 B RM20.00 D RM40.00 SPM 1996 Soalan 12 dan 13 berdasarkan maklumat di bawah. Berikut ialah butiran perbelanjaan sebuah firma percetakan F.B yang megeluarkan 100 000 unit buku setahun. Bayaran sewa mesin Gaji pekerja Bahan mentah Insurans Kos penyelenggaraan
RM15 000 RM32 000 RM60 000 RM12 000 RM 8 000
12- Kos tetap firma percetakan F.B terdiri daripada A sewa mesin dan insurans B gaji pekerja dan sewa mesin C gaji dan kos penyelenggaraan D kos penyelenggaraan dan bahan mentah 13- Sekiranya firma F.B menambah keluaran kepada 110 000 unit, jumlah kos akan meningkat kepada RM129 000. Berapakah kos sut pengeluaran firma tersebut? A RM0.02 C RM1.17 B RM0.20 D RM5.00 SPM 1997 Kos tetap Kos berubah Kos purata
RM600 RM 200 RM4
JADUAL 6 14- Jadual 6 di atas menunjukkan kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sebuah firma. Hitungkan jumlah keluaran firma tersebut. A 50 unit C 200 unit B 150 unit D 400 unit SPM 1998
11
Soalan 15 dan 16 berdasarkan Jadual 7 di bawah. Keluaran (unit) Kos (RM)
0 1 2 12 18 21 JADUAL 7 15- Hitungkan kos tetap bagi keluaran yang ke-3. A 11 C 21 B 12 D 23
3 23
4 26
5 30
16- Berapakah kos berubah bagi keluaran yang ke-5? A RM6 C RM30 B RM18 D RM35
6 37
SPM 1998
17-Antara berikut, pilihan pasangan kos tetap dan kos berubah yang betul dalam proses pengeluaran perabot. Kos tetap Kos berubah A B C D
Sewa kilang Elektrik Bayaran pinjaman Upah buruh
Syelek Susut nilai mesin Faedah pinjaman Kos kayu
SPM 1998
18- Antara berikut, yang manakah kos tetap? A Upah buruh asing B Pembelian getah asli C Pembelian mesin D Bayaran kos elektrik
SPM 1999
Soalan 19 dan 20 adalah berdasarkan jadual kos pengeluaran sebuah firma seperti di bawah. Output
Jumlah Kos (RM)
0 2 4 6 8
100 150 190 220 240
JADUAL 8
19- Berapakah kos sut bagi keluaran ke-6? A 15 C 36.6 B 30 D 220 20- Berapakah kos tetap dan kos berubah untuk mengeluarkan 4 unit output?
A B C D
Kos Tetap (RM)
90 100 100 90
Kos Berubah (RM)
190 340 90 40
SPM 2000
12
21- Jadual 9 di bawah menunjukkan tingkat keluaran, jumlah kos dan kos purata bagi Firma R dan Firma S. Firma R S
Keluaran (unit) M N
Berapakah M dan N ? A B C D
Jumlah Kos (RM) 960 1 248 JADUAL 9
M 32 960 990 28 800
N 52 1 248 1 272 29 952
Kos Purata (RM) 30 24
SPM (2000)
Output 0 1 2 3 4 5
Kos purata Kos berubah 70 30 49 58 40.7 82 35.5 102 32 120 JADUAL 10 22- Jadual 10 menunjukkan Output, Kos purata dan kos berubah bagi barang Z. Kirakan kos tetap. A 12 C 21 B 18 D 40 (2001) 23- Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan penawaran sesuatu jenis barang pembuatan bertambah? I Peningkatan teknik pengeluaran II Kenaikan cukai jualan III Kenaikan pendapatan pengguna IV Kenaikan harga bahan mentah A I dan III B II dan III C I dan IV D II dan IV (1994) 24- Antara berikut, yang manakah menentukan jumlah barangan yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar? I Tingkat teknologi II Tingkat harga pasaran III Tingkat kecekapan pengeluaran IV Tingkat pendapatan pengguna A I dan II B II dan IV C I, II dan III D I, II, III dan IV (1995) 25- Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi penawaran ikan bawal? I Promosi jualan II Musim tengkujuh III Cita rasa pengguna IV Kaedah penangkapan A I dan II C I, II dan IV B II dan III D II, III dan IV (1995) 13
Harga (RM)
S
P3 P2
P1
0
S Q1 Q2 RAJAH 1
Q3
Kuantiti barang
26. Jika keluk penawaran firma X seperti Rajah 1, apakah yang boleh dilakukan oleh firma tersebut? A Menetapkan harga sesuatu barang B Mempengaruhi harga sesuatu barang C Mengeluarkan barang dengan kuantiti yang kecil pada harga yang tinggi D Mengubah kuatiti barang yang ditawarkan berdasarkan perubahan harga (1996) Harga (RM)
Kuantiti ditawar (unit)
4 5
10 X JADUAL 11
27- Berdasarkan Jadual 11, hitungkan kuantiti X jika pekali keanjalan penawaran ialah 2. A 12.5 C 19.0 B 15.0 D 20.0 (1994) Harga (RM/kg)
Kuantiti ditawarkan (kg)
8 9 10
15 30 45
JADUAL 12 28- Jadual 12 menunjukkan hubungan harga dengan kuantiti yang ditawarkan bagi daging.Apakah sifat keanjalan harga penawaran bagi daging tersebut? A Anjal B Tidak anjal C Anjal Satu D Anjal kosong (1994)
14
Harga (RM)
S
Y 100 S
0
8000 10 000
Kuantiti
RAJAH 2 29- Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran. Berapakah nilai Y jika keanjalan harga penawaran ialah 0.5? A RM150 C RM410 B RM200 D RM500 (1995) 30- Keanjalan penawaran mentega ialah 3. Kenaikan harga mentega daripada RM10 ke RM12 akan mengubah jumlah penawran mentega dari 1 000 unit kepada A 1 006 unit C 1 066 unit B 1 060 unit D 1 600 unit (1995) 31-Seorang penjual menawarkan 1 000 kilogram ubi kentang apabila harganya RM3.00 sekilogram.Apabila harga ubi kentang naik kepada RM6.00 sekilogram, jumlah yang ditawarkan oleh penjual itu ialah 1 500 kilogram. Hitungkan keanjalan penawarannya. A 0.166 C 0.5 B 0.2 D 3 (1996) 32- Kuantiti penawaran buah mangga pada harga RM2.00 adalah sebanyak 50 kilogram. Jika nilai keanjalan 2, berapakah kuantiti penawaran yang baru jika harga buah mangga meningkat sebanyak 25%? A 75 kg C 250 kg B 100 kg D 450 kg (1996) 33- Puan Rozita Rashid membuat kajian mengenai harga kemeja berjenama “SAYA”. Puan Rozita mendapati perubahan harga yang kecil sahaja telah membawa perubahan yang besar dalam kuantiti yang ditawarkannya. Kajian di atas menunjukkan bahawa penawaran kemeja T tersebut adalah A anjal B anjal sifar C anjal uniti D tidak anjal (1997) 34-Kuantiti penawaran suatu barang bagi sebuah perindustrian bertambah daripada 100 unit kepada 125 unit apabila harga itu naik daripada RM4 kepada RM5 seunit. itungkan pekali keanjalan penawaran barangan tersebut. A 0.5 C 1.5 B 1.0 D 2.0 (1998)
15
35- Pilih kenyataan yang benar tentang keanjalan penawaran. A Nilai pekali bagi penawran tidak anjal adalah lebih daripada Satu B Keanjalan harga penawaran adalah tindak balas orang ramai terhadap perubahan harga C Penawaran suatu barangan itu dikatakan anjal jika peratus perubahan kuantiti kurang daripada perubahan harga D Peratus perubahan yang sama banyak dalam harga dan kuantiti adalah menunjukkan keanjalan penawaran harga sama dengan satu (1998) 36- Encik Jumhari adalah seorang pengeluar. Beliau telah bertindak menurunkan harga sebanyak 29% bagi barang keluarannya yang bersifat anjal. Apakah yang akan berlaku terhadap permintaan barang tersebut? A Tidak berubah B Meningkat sama dengan 29% C Meningkat lebih daripada 29% D Meningkat kurang daripada 29% (1999) Untuk soalan 37 anda dikehendaki memilih jawapan seperti di dalam jadual di bawah. Pilihan A B C D 37- I II
Pernyataan 1 Betul Salah Salah Betul
Pernyataan II Salah Betul Salah Betul
Keanjalan harga penawaran adalah peratus perubahan dalam harga barangan yang ditawarkan akibat berlakunya perubahan dalam kuantiti penawarannya. Keanjalan harga penawaran sesuatu barang yang anjal menunjukkan kadar perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan lebih kecil daripada kadar perubahan harga. (1999) Harga (RM) S X
B A
6 S
0
30
RAJAH 3
120
Kuantiti (unit)
38- Rajah 3 menunjukkan penawaran barang Q dalam pasaran. Jika pekali keanjalan harga penawaran barang Q ialah 2, hitungkan nilai X. A RM7.00 C RM42.00 B RM10.00 D RM15.00 (2001) 39- Dalam jangka pendek, kenaikan harga ayam tidak diikuti dengan kuantiti penawarannya kerana A penawaran ayam anjal B permintaan ayam anjal C permintaan ayam tidak anjal D penawaran ayam tidak anjal (2001) 16
40- Firma ABC telah menggunakan 6 orang pekerja untk menghasilkan 300 unit output. Apabila firma menggunakan 10 orang pekerja, output yang dihgasilkan meningkat sebanyak 45%. Kirakan keluaran sut bagi firma tersebut pada tingkat output yang baru. A 22.5 C 43.5 B 33.75 D 72.5 (2002) 41-
Kos Tetap Kos Berubah Kos Purata
= RM50.00 = RM30.00 = RM2.00
Maklumat di atas menunjukkan kos pengeluaran buku dalam masa seminggu oleh firma X. Berapakah jumlah output yang dihasilkan? A 30 unit C 50 unit B 40 unit D 80 unit (2002) 42-
Kuantiti (unit) 10 20 30 40
Jumlah Kos Berubah bagi Firma Y (RM) 500 700 875 1 200
Merujuk jadual di atas, diandaikan kos tetap firma Y ialah RM500. Pada tingkat keluaran berapakah kos Purata paling rendah? A 10 unit C 30 unit B 20 unit D 40 unit (2002) 43Kaedah
P Q R S
Kos Pengeluaran (RM)
Keluaran
200 150 300 320
300 300 300 300
Berdasarkan jadual di atas, kaedah pengeluaran yang manakah paling cekap? A Kaedah P C Kaedah R B Kaedah Q D Kaedah S 44-
Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM) 0 10 000 10 15 000 20 22 000 30 30 000 40 36 000 Berdasarkan jadual di atas, kirakan kos berubah bagi tingkat keluaran 30 unit. A RM8 000 C RM30 000 B RM20 000 D RM77 000
(2002)
(2002)
45- Apabila harga baju RM10 sehelai, jumlah penawaran ialah 400 helai. Berapakah jumlah baju yang dapat dipasarkan apabila harga jatuh 20% dan keanjalan harga penawaran baju ialah 1.5? A 267 C 320 B 280 D 347 (2002) 17
SOALAN-SOALAN LATIHAN ESEI 1- Keluaran Syarikat Pasir Mas Sdn. Bhd. Input Berubah (unit)
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Jumlah Keluaran (unit)
0 12 27 36 49 54 56 55
Keluaran Sut (unit)
Keluaran Purata (unit)
9 7 6
12 10.75
-
-
9 2 -3
7.25 6.11
i-
Lengkapkan jadual di atas dan terangkan hubungan antara input berubah, keluaran sut, dan keluaran purata. ( 5 M) ii- Terangkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata, dan keluaran sut. (10 M)
2- Berikut ialah kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sesebuah firma. Bahan mentah Cukai jualan Sewa tapak kilang Insurans Berdasarkan maklumat di atas, i- Tentukan jenisnya ii- Terangkan setiap jenis kos tersebut
( 2M) ( 4M)
3- Ali
: Mat, kebelakangan ini, harga ikan kembong telah meningkat daripada RM4.00 kepada RM6.00 sekilogram. Mat : Sekarang musim promosi makan ikan untuk menjaga kesihatan. Awak tak baca surat khabarkah? Para nelayan menambahkan tangkapan ikan daripada 10 000 kilogram kepada 16 000 kilogram ikan dalam tempoh seminggu. Ali : Tak adalah. Mat : Oh, macam tu kah! Daging lembu yang diimort mengandungi penyakit lembu gila, kerajaan telah menyekat kemasukan daging lembu dari Brazil dan Thailand. Ali : Patutlah harga ikan naik. Berdasarkan perbualan di atas, i- Berikan faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran ikan kembong berdasarkan perbualan tersebut. (2 M) ii- Apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran ikan kembong? (8 M)
18
SOALAN-SOALAN LATIHAN OBJEKTIF 1- “Pengeluaran dalam jangka pendek” merujuk kepada jangka masa di mana A input tetap dan input berubah boleh ditambah B pengeluaran dilakukan oleh syarikat kecil sahaja C pengeluaran dilakukan dengan menggabungkan input tetap dengan input berubah D pengeluaran mengambil masa kurang dari satu tahun 2- Berikut adalah kos pengeluaran yang terlibat dalam proses pengeluaran sesebuah firma. Bahan Mentah Cukai Jualan Sewa tapak Kilang Insurans Kebakaran Kilang
: : : :
RM20 000 RM 2 000 RM12 000 RM 2 000
Berdasarkan maklumat tersebut, yang manakah benar? I Kos Tetap ialah RM14 000 II Kos Berubah ialah RM22 000 III Kos Tetap + Kos Berubah = RM32 000 IV Kos Tetap = Kos Berubah A I dan II B I dan III C II dan IV D II dan III 3-
Output
Kos Purata (RM)
0 2 4 6 8
12 10 9 11
JADUAL 1 Jadual 1 menunjukkan kos purata pengeluaran sebuah firma dalam jangka pendek. Hitung kos sut untuk mengeluarkan 8 unit output. A RM 2.00 B RM17.00 C RM34.00 D RM88.00 4-
Kuantiti (unit) 1 2 3 4
Kos Sut (RM) 25 22 19 15 JADUAL 2
19
5-
Jadual 2 menunjukkan kos pengeluaran Firma X dalam jangka pendek. Jika kos tetap ialah RM80.00, hitungkan jumlah kos untuk mengeluarkan 4 unit barang. A RM 81.00 B RM105.00 C RM146.00 D RM161.00 Harga Ikan (RM/Tan Metrik)
1,000
Penawaran Ikan Di Semenanjung Malaysia (Tan Metrik) November 2001 Disember 2001
100,000
300,000
JADUAL 3 Dari maklumat yang diperolehi dalam Jadual 3 di atas, berlakunya perubahan penawaran ikan berpunca daripada A Kenaikan harga ikan B Angin monsun melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia C Industri mengetin ikan telah meningkatkan keluarannya untuk dieksport D Harga faktor pengeluaran yang digunakan dalam aktiviti menangkap ikan turun 6- Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan keluk penawaran? I Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan II Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan III Keluk penawaran menunjukkan hubungan positif anatara harga dengan kuantiti IV Keluk penawaran menunjukkan hubungan negatif anatara harga dengan kuantiti A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV 7-
Harga (RM) 5.00 8.00
Kuantiti Ditawar (unit) 200 Y
JADUAL 4 Berdasarkan jadual 4 di atas, hitungkan kuantiti Y jika pekali keanjalan harga penawaran ialah 3. A. 120 B. 150 C. 260 D. 320
20