PEKELILING BENDAHARI BIL : 2/2001 PEJABAT BENDAHARI
No.Rujukan Fail Tarikh Kuatkuasa
: 100-BBI (PTA.6/6) : 30 Januari 2001
Semua Ketua Bahagian / Pusat / Dekan Fakulti / Provos Kampus UiTM Yg. Bhg. Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya merujuk perhatian Yg.Bhg. Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan kepada perkara di atas.
PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJAWAN DUA TAHUN SEKALI (BELANJAWAN TAHUN 2002 – 2003) Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah mengarahkan mulai tahun 2001 semua IPTA dan Jabatan/Agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan perlu menyediakan Belanjawan untuk dua tahun iaitu Belanjawan tahun 2002 dan 2003. Sehubungan itu juga pemeriksaan Belanjawan akan dibuat dua tahun sekali mulai tahun 2001 bagi penyediaan Belanjawan tahun 2002 – 2003.
Sukacita sekiranya pihak Yg.Bhg Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan dapat mengemukakan Cadangan Anggaran Belanjawan Mengurus untuk Dasar Baru dan One-Off bagi Bahagian//Fakulti/Pusat/Kampus Yg.Bhg. Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan untuk tahun 2002 dan 2003. Cadangan perbelanjaaan Dasar Baru dan One-off ini hendaklah mematuhi paras Threshold yang telah ditetapkan oleh pihak Perbendaharaan Malaysia iaitu RM200,000.
Oleh kerana pihak Bendahari telah pun mengeluarkan arahan untuk menyediakan Cadangan Dasar Baru dan One-Off untuk tahun 2002 melalui surat bertarikh 15 November 2000 (Pekeliling Bendahari Bil. 5/2000 –Pekeliling ini boleh dicapai melalui laman web Pejabat Bendahari di alamat: http://bursary.uitm.edu.my), semua Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus hanya perlu menyediakan Cadangan Dasar Baru dan One-Off untuk tahun 2003 sahaja.
Format dan borang-borang yang digunakan untuk penyediaan Belanjawan tahun 2003 ini adalah sama sahaja kecuali terdapat tambahan ruang untuk tahun belanjawan kedua (tahun 2003).
Di samping itu, perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam menyediakan belanjawan 2003 adalah sama seperti arahan yang telah dikeluarkan melalui Pekeliling Bendahari Bil 5/2000 bertarikh 15 November 2000.
Pejabat Bendahari juga telah menerima Batas Perbelanjaan (Expenditure Target – ET) dan Threshold bagi tahun Belanjawan 2002 – 2003 untuk Universiti Teknologi Mara daripada pihak Perbendaharaan Malaysia seperti berikut:
Batas Perbelanjaan Tahun 2002 - RM413,257,000 Threshold - RM200,000 Batas Perbelanjaan Sementara Tahun 2003 - RM617,336,000 Threshold - RM200,000
Pihak Perbendaharaan juga telah menetapkan formula bagi menetapkan batas perbelanjaan (ET) seperti berikut:
Batas Perbelanjaan (ET) tahun 2002:
[ Dasar Sedia Ada 2001 + {Dasar Baru 2001– Elemen Aset} + 3% Kenaikan* ] -1% Dividen Kecekapan**
·*Kenaikan 3% merangkumi jumlah Dasar Sedia Ada + Dasar Baru (DB) tahun semasa selepas ditolak elemen aset di dalam dasar baru.
·** Dividen Kecekapan merangkumi jumlah 1% yang perlu ditolak daripada batas perbelanjaan [ Dasar Sedia Ada 2001 + { Dasar Baru 2001 – Elemen Aset } + 3% Kenaikan ].
Batas perbelanjaan tahun 2003 merupakan batas perbelanjaan sementara (Interim ET) yang boleh berubah bergantung kepada pemeriksaan belanjawan pada tahun 2001.
Oleh yang demikian, Pejabat Bendahari telah menetapkan bahawa Batas Perbelanjaan untuk Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus Yg.Bhg. Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan adalah seperti berikut:
Batas Perbelanjaan Tahun 2002 - RM
Batas Perbelanjaan Tahun 2003 - RM
Selaras dengan itu pihak Yg.Bhg. Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan dikehendaki menyediakan perkara-perkara berikut dan kembalikan ke Bahagian yang berkaitan mengikut tarikh yang telah ditetapkan:
a.Cadangan Belanjawan Dasar Baru dan One-Off tahun 2003 ( dua (2) salinan) bersama disket yang dilabelkan dengan nama Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus masing-masing,
b.Cadangan Belanjawan Perjawatan tahun 2003 (satu (1) salinan) bersama disket yang dilabelkan dengan nama Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus masing-masing
c.Perjanjian Program tahun 2002 dan 2003 ( dua (2) salinan) bersama disket yang dilabelkan dengan nama Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus masing-masing. Bagi Bahagian/Fakulti/Pusat/kampus yang telah menghantar Perjanjian Program tahun 2002 cuma perlu menghantar Perjanjian Program untuk tahun 2003 sahaja,
d.Laporan Pengecualian tahun 2000 ( dua (2) salinan ) bersama disket yang dilabelkan dengan nama Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus masingmasing sekiranya pencapaian sebenar objektif sesuatu aktiviti melebihi daripada varian yang telah dipersetujui.
Dokumen-dokumen di atas perlu dihantar kepada:
Bahagian Perancangan dan Belanjawan Pejabat Bendahari Universiti Teknologi Mara 40450 Shah Alam Selangor
Tel no: 03-55443330 ( En. Anuar ), 03-55443331 (Puan NoorAlzura, En. Sairi Samat, Puan Rahimah Lati) Atau melalui E-Mail:
[email protected],
[email protected],
[email protected].
e.Cadangan Belanjawan Perjawatan tahun 2003 (dua (2) salinan) bersama disket yang dilabelkan dengan nama Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus masing-masing:
Dokumen di atas perlu dihantar kepada:
Bahagian Pengurusan Perjawatan Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Mara 40450 Shah Alam Selangor. Tel no: 03-5516 4172 ( Puan Hajah Rabiah Latif )
Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan format/borang disediakan berlampir dengan disket yang dilabelkan dengan nama Bahagian/Fakulti/Pusat/Kampus masing-masing. Format borang-borang belanjawan hendaklah menggunakan perisian MS Excel Versi 97 atau 2000. Format borang ini boleh juga dimuatturun (download) melalui laman web Pejabat Bendahari seperti alamat di atas.
Permohonan yang telah lengkap hendaklah disampaikan kepada Bahagian-Bahagian yang berkenaan selewat-lewatnya pada 20 Februari 2001 ( hari Selasa ).
Bersama-sama ini disertakan panduan dan borang-borang yang berkaitan bagi menyediakan Belanjawan Pengurusan untuk Dasar Baru dan OneOff Tahun 2003: a.Lampiran A – Format untuk menyediakan Ringkasan Eksekutif Belanjawan tahun 2002 – 2003 [(ABM-1 (BB)].
b.Lampiran B – Format untuk menyediakan Perjanjian Program tahun 2002 – 2003 [ABM-2(BB)].
c.Lampiran C- Format borang-borang ABM yang diperlukan untuk menyediakan cadangan Perbelanjaan Dasar Baru dan One-Off untuk
tahun 2002 dan 2003 [(ABM-4(BB), ABM-5(BB), ABM-7(BB), ABM 7B-1ABM7B-9, ABM-8(BB) dan senarai kod akaun yang digunakan]
d.Lampiran D - Format untuk menyediakan Laporan Pengecualian tahun 2000.
e.Lampiran E – Garis panduan untuk menyediakan Cadangan Dasar Baru dan One-Off tahun 2002 - 2003.
f.Lampiran F – Garis Panduan dan Format Umum bagi penyediaan Belanjawan Tahun 2002 – 2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekian untuk perhatian dan tindakan pihak Yg.Bhg. Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.
Yang benar
Hajah Siha Saat Bendahari UiTM