November 2007
Diterbitkan bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM
Kakitangan Operasi Luar Pantai memulakan kitaran kerja 14/14
Muka-muka yang tersenyum di kalangan kakitangan luar pantai yang beratur bagi menaiki helikopter dan kapal pada pagi itu menyatakan betapa mereka bersemangat, berkeyakinan dan bersiap-sedia bagi menerajui jalan ke arah satu pengembaraan yang baru. HALAMAN TENGAH
Liputanpenting Penemuan gas baru
BSP telah menemui gas di struktur Bubut, 7km dari persisiran pantai dan hanya 15 km dari loji Brunei LNG (BLNG). Halaman 3
Kempen keselamatan Jalanraya di Temburong
Minggu kempen keselamatan jalanraya, dianjurkan oleh BSP dan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan, diteruskan di Daerah Temburong. Halaman 5
Langkah Kebolehpercayaan Penuh BI meningkatkan pengeluaran
Kita tinjau manfaat-manfaat program TR sehingga kini, di samping keutamaan-keutamaan yang berterusan untuk meningkatkan prestasi. Halaman 8
Penyunting - Azrina Taib (CEA/22) - 3375951 / Penolong Penyunting - Mohd Justin Satria bin Hj Mohd Jaapar (CEA/23) - 3374184 / Gambar - Mohd Zufri Mohd Bakhtiar (CEA/222) & James How (CEA/222X)
2 Salam, November 2007
BeritaKesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar
KEPATUHAN CAMPURTANGAN SIKAP
Fokus Keselamatan - Kuasa Elektrik By Zuraidah Kamis (HSE/56) Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) telah bekerja keras bagi memastikan supaya keselamatan terus mendapat tumpuan dengan salah satu usaha terbarunya iaitu Minggu Mengutamakan Keselamatan (STPW) diadakan pada setiap suku tahun pada 2007. Minggu terakhir Mengutamakan Keselamatan untuk tahun ini telah diadakan dalam bulan November dengan tema ‘Bekerja Dengan Kuasa Elektrik Secara Selamat’. Pada minggu tersebut satu pameran, lawatanlawatan keselamatan di tapak-tapak kerja oleh pihak pengurusan serta satu forum keselamatan kontraktor telah diadakan. Sebuah sketsa telah membuka tirai di majlis pembukaan yang diadakan pada 26 November 2007 di Kelab Rekreasi Brunei Shell. Sketsa tersebut menekankan tentang betapa pentingnya mengambil sikap yang betul apabila mengendalikan peralatan serta kuasa elektrik, selain daripada mempunyai kemampuan yang sewajarnya serta perkakas yang betul dan sebagainya. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, telah membuka pameran tersebut kepada orang ramai. Lebih 1,692 orang termasuk pelajar dari sekolah-sekolah di daerah-daerah Belait dan Tutong telah mengunjungi pameran tersebut. Di dalam ucapan beliau, Grahaeme telah berkongsi pengalaman beliau sendiri tentang bahaya kuasa elektrik. Petakpetak pameran telah menyediakan maklumat-maklumat berguna berkaitan kesedaran tentang ancaman-ancaman berbahaya, penggunaan sistem Permit Kerja (PTW), ketidakpatuhan terhadap peraturan, perkakas serta peralatan, rawatan perubatan bagi kecederaan akibat kuasa elektrik serta tindakbalas kecemasan, yang semuanya berkaitan dengan kuasa elektrik dan peralatan elektrik yang digunapakai di dalam operasi BSP. Satu Forum Keselamatan BSP/Kontraktor telah diadakan pada 30 November di Atrium ibu pejabat BSP sebagai penutup tirai Minggu Mengutamakan Keselamatan. Antara agenda forum tersebut adalah maklumbalas tentang prestasi HSE bagi 2007, maklumbalas tentang lawatan-lawatan keselamatan yang diadakan bersama oleh BSP dan para kontraktor selain daripada penilaian semula kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil berikutan sesi forum dan sesi berkumpulan berkenaan
Kumpulan Hoist rai kejayaan Oleh Liew Anchaboh (TSW/42)
Kumpulan Hoist mencapai tiga tahun berturut-turut tanpa sebarang catatan kes-kes yang boleh direkodkan
Pada 1 November 2007, kumpulan Operasi Hoist, yang bekerja di bawah Jabatan Kejuruteraan Telaga dan Perkhidmatan Telaga, telah berjaya mencapai tiga tahun berturut-turut tanpa sebarang catatan kes-kes yang boleh direkodkan (TRC). Sebagai meraikan kejayaan itu, Harrie Krus, Ketua Kejuruteraan Telaga dan Perkhidmatan Telaga bersama-sama pihak pengurusan Joffren Omar menyatakan penghargaan mereka dengan melawat tapak kerja keTelaga No. SE 807, terletak di E26, serta berjabat tangan dengan semua kakitangan di situ. Ekoran kejayaan ini, kru seramai 70 orang itu turut diberi bonus Menang berganda. Sejumlah 100 perpindahan tapak kerja yang merangkumi 500,000 jam bekerja tanpa TRC telah dicapai dalam menyokong Aset Darat bagi penyelenggaraan pencegahan ke atas ‘beam pump’, penyelenggaraan pembaikpulihan dan juga aktiviti-aktiviti ‘offline’ dan operasi ‘workover’. Kejayaan mereka ini dicapai hasil dari perancangan yang baik dan kerja berpasukan, yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip pematuhan, teguran serta sikap yang betul.
Kakitangan BSP dan kontraktor yang ikut serta dalam program Minggu Mengutamakan Keselamatan
keselamatan. Sesi-sesi ini telah memberikan tumpuan ke atas tiga topik utama, iaitu Apa Yang Perlu dilakukan bagi mencapai sasaran tiada kemalangan? Apa Yang Boleh dilakukan bagi menyampaikan mesej tentang keselamatan secara efektif kepada tenaga kerja? Dan Bolehkah perubahan dibuat dengan tidak mengambil orang yang gagal menunjukkan sikap terhadap keselamatan yang betul?
STL capai 3 juta jam bekerja tanpa TRC Jabatan Perkhidmatan Kenderaan dan Logistik (STL) dan para kontraktornya meraikan kejayaan bersama mereka dalam mencapai tiga juta jam bekerja tanpa sebarang catatan kes-kes yang boleh direkodkan (TRC) dalam satu majlis anugerah keselamatan yang diadakan di Kelab Rekreasi Brunei Shell pada 19 September 2007. Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengarah Teknikal, David Pruvis serta Pengurus Perkhidmatan, Mike Fuge. Seramai 400 kakitangan STL dan kontraktor menghadiri majlis tersebut bersama dengan pihak pengurusan kanan kontraktor. Dalam ucapan alu-aluan beliau Ketua STL Chris Newn, mengingatkan semua kakitangan bahawa, “Kita semua tahu kecederaan boleh dielakkan dan semua kecederaan adalah disebabkan oleh perlakuan yang kurang selamat. Dengan terus mematuhi peraturan-peraturan, prosedur dan piawaian, serta menegur apabila terjadinya perlakuan atau keadaan yang kurang selamat, serta dengan adanya sikap yang betul terhadap keselamatan, kita boleh mengelakkan orang lain dari mendapat kecederaan.” “Sambutan ini adalah untuk meraikan kejayaan, menyatakan penghargaan kita kepada kakitangan dan para kontraktor, serta mengingatkan kita bahawa kita mesti fokus setiap masa, komited terhadap keselamatan dan mengambil berat antara satu sama lain di samping diri kita sendiri.” Beliau turut menekankan tentang perlunya semua kakitangan mengekalkan usaha berterusan dalam mencapai rekod yang lebih baik tanpa TRC, tanpa membahayakan orang lain dan mencapai sasaran sifar. Mike Fuge kemudiannya menyampaikan plak pengiktirafan keselamatan kepada kumpulan STL dan wakilwakil kontraktor di atas komitmen dan kerja keras mereka bagi mencapai prestasi cemerlang ini.
Chris Newn menyampaikan plak penghargaan
Salam, November 2007 3
Dari Meja
Pengarah Urusan BSP
Grahaeme Henderson, memberi taklimat atas keutamaan keselamatan
Rakan-rakan Sejawat Sekalian, Sasaran Tiada Kemalangan! Kita semakin menghampiri penghujung tahun, dan seperti kebiasaannya, saya ingin menyeru awda semua supaya terus memberikan penekanan kepada keselamatan iaitu keutamaan nombor satu kita. Walaupun prestasi keselamatan kita amat menggalakkan sehingga kini, sebarang insiden dalam minggu-minggu terakhir ini akan memberi kesan serius terhadap prestasi keseluruhan kita dan semua usaha keras awda akan menjadi sia-sia.
Menghalang kemalangan daripada berlaku adalah sesuatu yang boleh kita semua capai. Setiap insiden yang boleh direkodkan yang kita alami pada tahun ini sepatutnya dapat dielakkan, kalaulah sekiranya setiap orang dapat mematuhi langkah-langkah keselamatan yang asas, menegur secara proaktif dan mengambil sikap ‘keselamatan diutamakan’. Saya amat yakin kita akan dapat mencapai sasaran tiada kemalangan sekiranya kita mematuhi tiga prinsip, iaitu pematuhan, teguran dan sikap. Sebagai contoh kenapa saya katakan yang kita mampu mencapai sasaran tiada kemalangan. Dua insiden di bulan Oktober di mana rakanrakan sejawat kita telah mengalami kecederaan belakang skerana mereka mengangkat barang-barang yang lebih berat dari apa yang dibenarkan. Ini adalah satu kes yang kecil tetapi amat mengecewakan tentang ketidakpatuhan dalam menjalankan kerja-kerja rutin. Satu lagi insiden melibatkan kecederaan jari seorang lagi rakan sejawat kita. Ianya berlaku kerana beliau serta rakan-rakan sekerja yang lain telah lupa bahawa prosedur bekerja mereka telah berubah dan mendedahkan jari-jari serta tangan-tangan mereka kepada risiko-risiko tambahan. Segala kesakitan dan penderitaan yang dialami dalam insiden ini sepatutnya dapat dielakkan dengan begitu mudah sekali. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita seharusnya sentiasa mempastikan yang semua orang berada dalam keadaan selamat. Semua orang ada mempunyai keluarga dan semua orang adalah penting bagi seseorang. Oleh itu marilah kita terus berusaha keras bagi mengelakkan sebarang insiden mengancam keselamatan dari berlaku di tempat kerja kita. Marilah kita capai sasaran sifar tiada kemalangan…. Kita boleh mencapainya! Salam Sejahtera,
Grahaeme Henderson
BSP temui gas baru BSP telah menemui gas di struktur Bubut, 7 km dari persisiran pantai dan hanya 15 km dari loji Brunei LNG (BLNG) pada November 2007. Penelitian berjadual yang dijalankan ke atas telaga serta contoh-contoh hidrokarbon yang diambil telah mengesahkan penemuan gas tersebut. Telaga eksplorasi telah digerudi oleh pelantar Deep Driller 2 di takungan-takungan berpasir yang dalam dan bertekanan tinggi. Penemuan di Bubut ini juga telah menjadi pemangkin kepada usaha untuk menilai semula struktur Danau berhampiran, yang telah digerudi pada tahun 1970an. Kerja-kerja penilaian selanjutnya akan dijalankan di kedua-dua padang minyak ini untuk mengenalpasti sepenuhnya potensi yang ada. Satu kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk menyediakan kertas cadangan pembangunan padang minyak bersepadu untuk pengeluaran awal terus ke loji BLNG. Penemuan di Bubut ini juga penting kerana kawasan BubutDanau mungkin akan muncul sebagai hab ketiga pengeluaran gas luar pantai untuk BSP, sebagai tambahan kepada Ampa dan Champion yang sedia ada. Bercakap mengenai penemuan ini, Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, “Penemuan gas yang terbaru ini
Pelantar Deep Driller 2, di mana pengerjaan explorasi takungan-takungan berpasir yang dalam dan bertekanan tinggi dijalani
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Awg Yahya, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (kedua dari kiri) bersama dengan Grahaeme Henderson di pelantar Deep Driller 2
adalah penting kepada penyambungan kontrak LNG. Awda boleh melihat loji BLNG dari pelantar eksplorasi; penemuan ini adalah di laut cetek dan berhampiran dengan infrastruktur yang sedia ada. Oleh itu, kita amat yakin akan dapat memulakan pengeluaran dalam jangka masa pendek.” Grahaeme menambah lagi “Sumbangan yang kritikal bagi kejayaan Bubut ialah kerjasama rapat di antara kumpulan-kumpulan di dalam BSP, termasuklah eksplorasi, penggerudian dan pembangunan. Satu lagi faktor penyumbang utama ialah program berskala luas yang telah dijalankan oleh pihak syarikat 18 bulan kebelakangan ini untuk meningkatkan prestasi keseluruhan perniagaan. Program ini merangkumi semua bidang yang memberi impak kepada prestasi dan pada keseluruhannya ianya telah membuahkan hasil yang cemerlang. Ia termasuklah meningkatkan masa beroperasi pelantar-pelantar penggerudian, yang merupakan satu manfaat kepada penemuan ini.”
4 Salam, November 2007
BSP dan SIEP sumbang $7.5 juta kepada UBD BSP dan Shell International EP Limited menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Penajaan dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 14 November bagi mengukuhkan keupayaan pengajian kejuruteraan universiti tersebut di samping menyokong usaha untuk memajukan lagi keupayaan teknologi sektor minyak dan gas di Brunei Darussalam. Di bawah MOU serta Perjanjian Penajaan tersebut, BSP dan Shell International EP Limited berjanji menyumbang $1.5 juta setiap tahun selama lima tahun kepada UBD. Pembiayaan ini akan disalurkan ke arah pembangunan Jabatan Sains Kejuruteraan, Fakulti Sains di UBD. Melalui sumbangan ini, jabatan tersebut akan mampu mengukuhkan program-programnya yang sedia ada serta memperkenalkan lain-lain program pra dan pasca graduan di dalam pengajian kejuruteraan, seperti kejuruteraan petroleum dan mekanikal. Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan syarikat, telah menandatangani bagi pihak BSP sementara Shell International EP diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya, Greg Hill. Pihak UBD pula diwakili oleh Naib Canselor universiti, Dato Paduka Dr Awang Haji Ismail Haji Duraman. Majlis penandatanganan tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Setiausaha Tetap di Kementrian Pendidikan, Dato Paduka Haji Sheikh Adnan bin Sheikh Mohamad sebagai tetamu kehormat. Grahaeme Henderson telah menekankan signifikasi MOU serta Perjanjian Penajaan tersebut, “Pertamanya, ianya menunjukkan sokongan padu kami terhadap usaha-usaha UBD untuk mengembangkan serta mengukuhkan keupayaan pengajian kejuruteraannya. Keduanya, ini akan membantu menggembeling keupayaan rakyat untuk mewujudkan serta mengaplikasikan penyelesaian teknologi yang inovatif. Akhir sekali, ianya juga merupakan sebahagian penting dari sumbangan berterusan kita terhadap pembangunan masyarakat di Brunei Darussalam.” Sokongan padu BSP kepada UBD termasuklah komitmen bersungguh-sungguh bagi pembiayaan di samping perkongsian kepakaran dan sumber. Komitmen syarikat ini juga turut disalurkan melalui sumbangan kepada Jawatankuasa Pemandu yang akan memacu inisiatif tersebut.
Ceramah Tenaga dan Alam Sekitar di JIS
Grahaeme Henderson bercakap kepada para pelajar muda atas kepentingan pengurangan pengunaan tenaga
Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, telah berbesar hati diberi peluang untuk bercakap dengan para pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pada 16 November 2007 berkenaan dengan tenaga dan alam sekitar. Grahaeme telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Tenaga dan Alam Sekitar– Mencapai Keseimbangan Yang Wajar” kepada sekumpulan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ceramah ini merangkumi tiga perkara pokok iaitu penghasilan tenaga di Brunei di dalam bentuk minyak dan gas, peningkatan permintaan terhadap tenaga di seluruh dunia dan kesan permintaan yang berlebihan ke atas alam sekitar. Grahaeme memulakan ceramah beliau kepada para pelajar tersebut dengan berkata, “Syarikat Minyak Brunei Shell telah ditubuhkan hampir 80 tahun dahulu sebagai satu perkongsian di antara Kerajaan Brunei dan Kumpulan Shell Group dan semenjak itu telah berterusan menerokai bumi untuk mengeluarkan minyak dan gas.” Graheme juga telah menjelaskan kepada mereka berkenaan sumbangan BSP kepada negara. Beliau berkata, “Aktiviti ini menghasilkan lebih daripada 96 peratus eksport Brunei, serta mewujudkan kemewahan bagi semua orang di Brunei. Kemewahan ini menunjukkan bahawa ekonomi maju dan kita mempunyai pekerjaan serta menikmati kehidupan yang lebih baik dengan segala manfaat zaman moden.” Pengarah Urusan kita meneruskan ceramahnya dengan menyentuh tentang permintaan tenaga. Kata beliau lagi, “Semakin penduduk dunia meningkat, semakin bertambah tinggi permintaan bagi tenaga. Kini populasi dunia telah meningkat hampir 40 peratus kepada 6.5 juta orang, tetapi penggunaan tenaga telah meningkat dua kali ganda sebanyak 100 peratus kepada 200 juta tong minyak sehari.”
Greg Hill menyampaikan sumbangan kepada Dato Paduka Dr Awang Haji Ismail Haji Duraman
Grahaeme berkata, “Saya amat yakin yang perjanjian ini akan melonjakkan signifikasi perkongsian kita selangkah lagi ke arah yang positif. Ini adalah sangat penting bagi membolehkan kita memanfaatkan cabaran-cabaran teknologi yang penting bagi menjana kejayaan perniagaan BSP serta kesejahteraan Brunei Darussalam.” Di dalam ucapan beliau, Naib Presiden Eksekutif Shell EP International Asia Pacific, Greg Hill, menyatakan penghargaan kepada pihak Kerajaan kerana telah memberikan kerjasama serta sokongan yang cemerlang, yang telah secara langsung menyediakan satu pentas bagi perkongsian bersama Shell dan BSP dalam berganding bahu mewujudkan serta mengaplikasikan berbagai-bagai teknologi. Beliau juga menyentuh tentang kelebihan-kelebihan kerjasama ini, dengan mengingatkan bahawa BSP adalah pusat kepakaran teknologi di dalam industri minyak dan gas sedunia termasuk di bidang padang pintar atau ‘smart fields’. “BSP adalah syarikat beroperasi paling pintar di dunia, dengan jumlah telaga pintar terbanyak berbanding dengan semua syarikat-syarikat lain di dunia.” Keperluan dunia adalah sangat tinggi serta tumbuh dengan cepatnya dan saintis menganggarkan bahawa menjelang 2050, dua pertiga keperluan tenaga dunia akan masih bergantung kepada bahanapi fosil – jadi adalah penting untuk menjadikan sumber ini lebih bersih atau ‘hijau’. Grahaeme kemudiannya bercakap pula tentang apa yang sedang dilakukan oleh Shell dan BSP dan juga apa yang boleh dilakukan oleh individu untuk mengurangkan tahap pelepasan CO2. Shell telah melabur lebih $1 bilion bagi membantu usaha untuk mengeluarkan sumber-sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui yang akan menyumbang kepada keperluan tenaga dunia, yang merangkumi penjanaan kuasa menggunakan angin, tenaga suria serta bahanapi bio yang dihasilkan dari bahan sisa tumbuh-tumbuhan. Hidrogen juga adalah merupakan satu sumber tenaga utama yang sedang diusahakan oleh Shell. Terdapat juga teknologi-teknologi baru yang sedang dibangunkan oleh Shell bagi menyerap CO2 yang dihasilkan oleh pengeluaran minyak dan gas, serta menyalurkannya ke dalam perut bumi sebelum ia terlepas ke atmosfera. “Di BSP kami juga menjalankan program-program kecekapan tenaga dan bekerja erat dengan Kerajaan bagi mempastikan bahawa semua yang kami lakukan dalam usaha meneroka dan menghasilkan minyak tidak terlalu mengganggu alam sekitar.” Sebagai mengakhiri ceramah beliau, Grahaeme berkata, “Yang penting sekali, kita harus terus belajar dengan lebih mendalam tentang usaha pemuliharaan dan alam sekitar serta berkongsi apa yang kita pelajari dengan ahli-ahli keluarga dan sahabat handai. Adalah sangat penting bagi kita semua untuk menjalankan peranan masing-masing melindungi masa hadapan bagi diri kita dan generasi akan datang.” Panduan menggunakan tenaga dengan efisien Menggunakan tenaga dengan lebih cekap bermakna membawa perubahan dalam perilaku kita. Berikut adalah tujuh panduan yang berguna: 1. Gantikan lampu biasa dengan lampu kalimantang yang menggunakan 60% lebih sedikit tenaga 2. Naikkan suhu pendingin hawa sebanyak 2º semasa panas dan apabila awda berada di tempat yang lebih dingin, turunkan suhu sebanyak 2º 3. Berjalan kaki atau berbasikal di mana boleh 4. Kurangkan penggunaan air panas 5. Jemurkan basuhan dan elakkan penggunaan alat pengering pakaian apabila tidak perlu 6. Matikan peralatan elektronik yang awda tidak gunakan, jangan tinggalkan dalam keadaan “stand-by” dan cabut plag peralatan elektronik daripada punca kuasa apabila tidak digunakan 7. Pastikan awda mengitar semula di rumah, beli produk yang dibuat daripada bahan kitar semula dan menggunakan pembungkusan yang minima
Salam, November 2007 5
BSP sertai ekspo kesihatan
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Awg Yahya, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (tengah) bersama Haji Zainal Abidin dan Grahaeme Henderson
BSP telah diberi kesempatan menyertai Ekspo Kesihatan Brunei sempena pelancaran konvensyen kesihatan menandakan 100 tahun perkhidmatan kesihatan di Brunei Darussalam, yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 15 November 2007. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan bercemar duli berangkat ke majlis tersebut. Kebawah Duli Yang Maha Mulia, “Beta amat sukacita melihat kerjasama di antara Kementerian Kesihatan dan sektor swasta dalam menangani masalah kesihatan. Salah satu bentuk kerjasama ini
adalah pembinaan Pusat Promosi Kesihatan yang sepenuhnya dibiayai oleh Shell International. Kerjasama sebegini amatlah dialualukan.” Ekspo yang diadakan melibatkan 110 ruang pameran yang menampilkan isu-isu berkaitan kesihatan yang merangkumi pemakanan, gaya hidup, perubatan sukan, pergigian, rawatan pencegahan serta diagnostik klinikal dari 73 syarikat-syarikat serta organisasi awam dan swasta tempatan dan antarabangsa. Di samping menyediakan maklumat kesihatan serta medidik dan menerapkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang perkhidmatan kesihatan utama, ekspo ini juga merupakan sebuah forum untuk mengembangkan kerjasama dan mengukuhkan rangkaian di kalangan agensi-agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kesihatan di dalam negara. Ruang pameran BSP telah menampilkan bahan pameran yang berkaitan dengan sumbangan syarikat dalam menyokong penjagaan kesihatan di dalam negara. Salah satu sumbangan BSP yang terbaru adalah penglibatannya dalam pembinaan Pusat Promosi Kesihatan. Pusat Promosi Kesihatan ini yang pada asalnya adalah merupakan inisiatif daripada Kementerian Kesihatan, mempunyai sasaran untuk menggalak serta menerapkan gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat Brunei. Pusat ini yang dibiayai oleh Royal Dutch Shell, akan disiapkan menjelang penghujung Julai 2008. Royal Dutch Shell telah menyumbang US$5 juta bagi pembinaan pusat tersebut di sebuah tanah seluas dua hektar sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalak serta menyokong gaya hidup yang sihat di kalangan orang ramai. Pihak BSP juga telah menyumbang $250,000 kepada Hospital Suri Seri Begawan bagi pembelian sebuah ambulans baru, termasuk alat elektronik pemantauan pesakit dan sebuah patung bagi latihan bantuan asas yang akan menyokong usaha berterusan hospital menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang baik bagi orang ramai di daerah Belait.
Kempen keselamatan jalanraya di Temburong Kemalangan jalanraya boleh dielakkan sekiranya para pengguna jalanraya menyedari serta mematuhi lima peraturan asas pemanduan selamat. Bukan sahaja peraturan ini penting dipatuhi oleh diri kita sebagai pengguna jalanraya, tetapi kita juga harus membantu menyebarkan mesej tentang pemanduan selamat kepada pengguna jalanraya yang lain, tidak kira pemandu kereta atau penunggang motosikal, mahu pun penumpang kenderaan serta pejalan kaki. Ini merupakan amanat Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP semasa kempen keselamatan jalanraya yang diadakan di daerah Temburong pada 20 November 2007. Kempen tersebut dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalanraya DaerahTemburong bagi menyebarkan kesedaran tentang keselamatan jalanraya kepada lebih ramai anggota-anggota masyarakat. Pihak BSP adalah merupakan penaja utama serta penyokong utama inisiatif Kerajaan bagi mengurangkan kemalangan di jalanraya. Grahaeme berkata, “Kami akan terus berganding bahu dengan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan dan menyokong untuk membangunkan strategi-strategi jangkamasa panjang. Kami percaya bahawa menyokong usaha-usaha Kerajaan bagi menyelamatkan nyawa di jalanraya dan seterusnya meningkatkankualiti hidup, adalah sama pentingnya dengan aktiviti teras kami untuk menghasilkan minyak dan gas.” Dengan mengambil contoh kejayaan BSP di dalam meningkatkan secara ketara pematuhan terhadap pemakaian tali pinggang keselamatan di kalangan kakitangannya di tempat kerja, Grahaeme menambah, “Kami telah mencatatkan kemajuan yang bagus dalam mempromosikan pemanduan selamat di kalangan kakitangan kami melalui kempen-kempen teguran dan kesedaran di BSP. Kami telah melihat peningkatan yang berterusan di dalam budaya pemanduan kami, misalnya di dalam pemakaian tali pinggang keselamatan di mana peratusan kakitangan yang mematuhi peraturan ini telah meningkat daripada 40% setahun yang lalu kepada hampir 100% hari ini. Kami amat sukacita dengan perubahan sikap yang positif ini kerana ianya melibatkan ramai orang; lebih kurang 10,000 individu, iaitu 3,000 kakitangan BSP dan 7,000 kakitangan kontraktor.” Beliau menekankan lagi, “Ianya bukanlah mudah, tetapi melalui usaha yang beterusan dan bersungguh-sungguh serta komitmen padu daripada pihak pengurusan, di samping kerjasama dan sokongan kuat daripada kakitangan, ianya boleh dilakukan. Komitmen peribadi seperti ini yang datangnya daripada setiap orang daripada kita adalah kunci ke arah menjadikan jalanraya kita lebih selamat.”
Para hadirin diberi taklimat tentang keselamatan jalanraya
Para peserta kempen keselamatan jalanraya di Temburong ini telah diberikan buku panduan yang memaparkan lima peraturan asas pemanduan selamat Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan iaitu, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi had laju, menggunakan lintauasan pejalan kaki yang disediakan, serta memakai topi keledar semasa menunggang motosikal atau basikal. Pemangku Pegawai Daerah Temburong Awang Haji Mohammad Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam beserta pegawai-pegawai kanan dari pejabat daerah Temburong dan juga penghulu-penghulu serta ketua-ketua kampong telah menyertai para penduduk tempatan di kempen tersebut. Grahaeme mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, “Komitmen peribadi seperti ini yang datangnya daripada setiap orang daripada kita adalah kunci ke arah menjadikan jalanraya kita lebih selamat. Dengan hanya sedikit perubahan di dalam set minda kita, saya yakin bahawa kita semua boleh menyumbang dengan besar ke arah mencegah kemalangan jalanraya.”
6 Salam, November 2007
Kakitangan Operasi Luar Pantai Panta
Penjanaan Kemewahan Keselamatan bagi K
Haji Salleh Bostaman bersama dengan kakitangan luar pantai sebelum mereka berlepas bekerja kitaran 14/14
Muka-muka yang tersenyum di kalangan kakitangan luar pantai yang beratur bagi menaiki helikopter di balai pelepasan terminal udara Anduki pada pagi itu menyatakan betapa mereka bersemangat, berkeyakinan dan bersiap-sedia bagi menerajui jalan ke arah satu pengembaraan yang baru.
Haji Zainal Abidin berbincang dengan kakitangan luar pantai
Kakitangan luar pantai Kru B dengan wakil pihak pengurusan
Kakitangan luar pantai mendengar taklimat
Suasana yang sama juga dapat disaksikan di dermaga Kuala Belait di mana sekumpulan lagi kakitangan bersiap sedia untuk menaiki kapal mereka bagi melapor diri untuk bekerja di pelantarpelantar luar pantai. Rakan-rakan sejawat kita yang berada di kedua-dua lokasi tersebut pada 6 November, telah melalui detik-detik bersejarah sebagai kumpulan kakitangan operasi syarikat yang pertama memulakan syif kerja mereka mengikut kitaran 14/14 ataupun dua minggu syif berkerja di luar pantai, diikuti dengan dua minggu di darat. Said SHK Musalmy (WOP/1) telah merangkumkan perasaan sekalian kakitangan, “Semuanya nampak ceria hari ini. Mereka yang hendak berlepas asyik tertawa dan berkata ‘kita jumpa dua minggu lagi’. Mereka yang mendarat juga turut ceria, melihatkan pada senyuman yang terukir di muka masing-masing.” Sentimen yang sama dikongsi di Anduki, di kalangan kakitangan Operasi Timur yang berkata, “Kami menanti-nantikan cuti selama dua minggu ini! Kami akan ada lebih masa berkualiti dengan keluarga”. Para Juruteknik Mekanikal Kanan dari Timur memberi komen, “Kitaran kerja 14/ 14 akan membolehkan kami untuk melanjutkan lagi kerja yang mana akan memberi kelebihan kepada kami.” Semasa menghantar Kru B di Anduki pada 27 November, Haji Zainal Abidin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan merangkap Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar berkata, “Saya menjangkakan implimentasi ini akan meningkatkan lagi keselamatan dan kemajuan ke arah Sasaran Sifar, di samping mengukuhkan hubungan sesama kakitangan melalui semangat kerja berpasukan serta mengekalkan daya tahan dalam pengeluaran. Penting juga kita mengambil perhatian bahawa BSP bukan sahaja mengekalkan keadaan tetapi juga sedang terus membangun, bagi memastikan masa depan yang lebih bagus untuk anak-anak kita.” Pelaksanaan kitaran kerja 14/14 tersebut telah dimulakan selepas 18 bulan melalui proses persediaan yang intensif oleh sebuah kumpulan projek pelbagai fungsi yang ditubuhkan khas dan diketuai oleh kumpulan kepimpinan kanan (SLT), wakil-wakil pengurusan dari unit-unit aset luar pantai, wakil-wakil kakitangan luar pantai dan disokong oleh rakan-rakan sekerja daripada jabatan-jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Sumber Tenaga Manusia (HRS) serta Perancangan dan Pembangunan Sumber Tenaga Manusia (HPD). Menyediakan visi serta senario yang jelas, insentif-insentif, kemudahan-kemudahan, latihan serta sokongan psikologi dan kerohanian bagi kakitangan yang terlibat serta keluarga mereka, merupakan persiapan penting kepada perubahan kitaran kerja 14/14 ini yang bukan sahaja memerlukan penyesuaian terhadap syif kerja yang baru tetapi juga memerlukan perubahan kepada set minda, rutin dan tabiat. Mewujud serta mengekalkan saluran komunikasi yang tetap merupakan sesuatu yang penting di dalam perkiraan semua yang terlibat, termasuklah pengurus serta penyelia unit. Unit aset luar pantai, ahli-ahli kumpulan projek, rakan sejawat di dalam HR serta para kakitangan luar pantai. Ini melibatkan proses dua hala di mana maklumbalas daripada kakitangan telah diambil kira sewajarnya. Langkah-langkah konkrit bagi meringankan kebimbangan di kalangan kakitangan serta membantu mereka menghadapi perubahan telah diambil dan merangkumi taklimat-taklimat dalaman serta kata-kata nasihat yang disampaikan oleh para pengurus dan penyelia, laman web yang dibuka khas, buletin e-mel dan sesi-sesi perbincangan terbuka berkaitan pembangunan peribadi, motivasi dan program-program latihan pengurusan perubahan.
Salam, November 2007 7
i memulakan kitaran kerja 14/14
n Berdaya Tahan serta Keluarga dan Negara
Cenderamata bagi kru kitaran kerja 14/14 yang disampaikan oleh Haji Salleh Bostaman dan Hajah Rosmawatty
Bengkel-bengkel transformasi kerja/kehidupan telah juga dijalankan di dalam kumpulankumpulan yang kecil daripada Jun hingga September 2007 oleh Ian Dyason dari Alpha Numery, Singapura. Bengkel-bengkel ini disusun khusus bagi menaikkan semangat para peserta untuk menyambut cabaran perubahan di dalam hidup mereka. Visi 14/14: ‘Penjanaan Kemewahan Berdaya Tahan serta Keselamatan bagi Keluarga dan Negara’ telah dihasilkan bersama di dalam bengkel pertama seumpamanya yang dihadiri oleh para pemimpin luar pantai, Ketua Operasi dan kumpulan Penilaian. Pakar motivasi popular Dato Dr Hassan Haji Mohd Ali, yang telah diterbangkan khas bagi menjalankan sebuah bengkel tentang bagaimana cabaran perubahan boleh dihadapi dengan sikap yang positif, telah berkata, “Dalam bertahun-tahun pengalaman korporat saya, jarang sekali dapat saya saksikan sebegitu banyak masa dan usaha dilaburkan dalam membuat persiapan bagi sesuatu inisiatif melakukan perubahan.” Pelancaran kitaran kerja 14/14 tersebut telah disempurnakan lagi dengan sebuah majlis doa selamat yang dijalankan serentak di terminal-terminal Anduki dan Kuala Belait. Sembahyang berjemaah juga telah berlangsung bagi di CP-7, FA-4 & AP-9 pada malam sebelumnya bagi kakitangan yang akan berlepas ke darat. Hajah Rosmawatty Haji A Mumin, Pengurus Aset Barat (WM), yang juga turut hadir di dermaga Kuala Belait bagi menghantar pasukan beliau berkata, “Saya amat gembira melihatkan wajah-wajah yang ceria. Kitaran kerja 14/14 ini adalah satu perubahan besar bagi syarikat kita dan merupakan satu cara bekerja yang baru bagi setiap orang.” “Dengan persetujuan daripada pengurusan BSP dan Unit Petroleum, pihak syarikat telah membuat keputusan untuk melaksanakan perubahan besar ini. Ianya mungkin tidak akan berlaku tanpa kepercayaan penuh para pemegang hak terhadap keupayaan kita untuk mengotakan katakata kita,” sambung beliau. Bagi Kassim Haji Latip (OPM/7) yang merupakan salah seorang peserta di ceramah motivasi Dato Dr Hassan Haji Mohd Ali, pelaksanaan kitaran kerja 14/14 tersebut bersandarkan set minda yang betul, semangat kerja berpasukan yang kuat, serta keseimbangan di antara harmoni di dalam syarikat dan hidup berkeluarga. Kata beliau “Ceramah yang diberikan sangatlah bagus dan amat bermanfaat untuk saya dan keluarga sebagai persiapan mental terhadap 14/14. Secara khususnya saya akan menumpukan usaha bagi memperkukuhkan semangat kumpulan OTTS/METS saya dengan menggunakan kaedah yang sedikit berlainan daripada program pengukuhan semangat berkumpulan yang biasa.” Turut merasakan semangat yang berkobar-kobar adalah Kamaluddin Abdul Kadir (WOP/ 1) yang berkata, “Bagi memastikan BSP terus bertahap dunia dan kekal sebagai organisasi terbaik untuk kami bekerja, kita haruslah pastikan bahawa kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga masing-masing. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri saya akan terus melakukan perkara-perkara yang sewajarnya bagi menjayakan 14/14 untuk saya dan kumpulan saya dan sebagai permulaannya, saya akan mengetuai usaha zikir semasa mesyuarat-mesyuarat di waktu pagi.” Pengarah Aset BSP, Haji Salleh Bostaman Haji Zainal Abidin, yang turut hadir di majlis pelancaran di Anduki, telah memuji para kakitangan kerana reaksi positif mereka terhadap inisiatif baru ini. Kata beliau, “Saya amat memahami kebimbangan-kebimbangan awal yang dialami oleh para kakitangan semua. Sememangnya di dalam sesuatu perjalanan yang baru yang kita ambil, akan ada perkara-perkara yang menjadi persoalan.” Tambah beliau, “Kita telah cuba sebaik mungkin untuk menangani kebimbangankebimbangan tersebut dan telah mengambil kira banyak cadangan-cadangan yang diutarakan semakin kita hampir kepada pelaksanaan 14/14, dan semuanya ini saya anggap adalah penting bagi meneruskan pertumbuhan serta kesejahteraan perniagaan kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan di atas kerjasama, kesefahaman dan sokongan mereka.”
Taklimat sebelum berlepas
Kru luar pantai bersedia untuk perjalanan ulung 14/14
Lee Wai Chee mengucapkan selamat berjalan kepada kakitangan
8 Salam, November 2007
Pengungkayahan Peningkatan Perniagaan
Kebolehpercayaan Penuh meningkatkan pengeluaran Program Kebolehpercayaan Total (TR) BSP meningkatkan prestasi pengeluaran bagi semua aset. Di dalam artikel ini, kita tinjau manfaat-manfaat TR sehingga kini, di samping keutamaan-keutamaan yang berterusan. BSP telah melancarkan Kebolehpercayaan Total (TR) pada Oktober 2004 bagi meningkatkan prestasi pengeluaran. Kini setelah tiga tahun berlalu, penangguhan tak berjadual unit aset Barat telah berjaya dikurangkan dengan ketara dari 9% pada 2005 kepada 2.8% pada September tahun ini (lihat jadual di bawah).
West Unscheduled Deferment
Ketua Kumpulan TR, Robert Chung berkata, “Kadar penangguhan tak berjadual yang rendah ini adalah satu bukti nyata bagaimana proaktif dan komitednya kumpulan-kumpulam aset kita kepada TR. Mereka telah mengambil tanggungjawab sepenuhinya bagi proses-proses yang terlibat dan telah melaksanakannya secara konsisten dengan menghasilkan keputusan-keputusan yang memberangsangkan.” “Amalan-amalan terbaik, kaedah-kaedah serta pembelajaran berkaitan dengan TR di Barat juga sedang diterapkan di unit-unit aset Timur, Darat dan HP. Kita sedang menyaksikan keputusankeputusan yang positife di serata BSP,” jelas beliau.
Meningkatkan Kebolehpercayaan Peralatan Keutamaan pertama di dalam proses TR BSP adalah bagi mengenalpasti serta menyekat kerosakan peralatan, yang menyebabkan kelewatan atau gangguan kepada operasi. Kumpulan-kumpulan pengeluaran di setiap aset telah mengenalpasti fasiliti yang menjadi keutamaan serta peralatan yang memerlukan perhatian segera. Kumpulan-kumpulan Peningkatan Peralatan kemudiannya telah diwujudkan bagi mempastikan punca-punca penyebab (kerosakan) asas serta melaksanakan penyelesaian segera. Latihan bagi membolehkan para kakitangan menjalankan kaedah-kaedah TR, yang merangkumi Bengkel Penjagaan Autonomi (ACW), Program Peningkatan Peralatan (EIT), proses-proses peningkatan Kebolehpercayaan/Integriti Beroperasi (ORIP) dan Skim Pemilikan Hak Tapak Kerja (SOS), telah memainkan peranan penting dalam menyekat kerosakan. Lebih daripada 430 peserta telah mengikuti program latihan kesedaran semenjak TR diperkenalkan. Para pengurus dan ketua
EIT/ ACW oleh kumpulan BSP - Selepas
EIT/ ACW oleh kumpulan BSP - Sebelum
jabatan juga telah menyertai banyak aktiviti di lapangan yang berkaitan dengan TR seperti ACW/EIT serta lain-lain sesi-sesi kerja (i.e. ORIP, SOS, dan sebagainya). Satu lagi elemen penting di dalam program TR adalah bimbingan secara peribadi bagi kumpulan-kumpulan di lapangan tentang bagaimana untuk melakukan sendiri analisa punca-punca penyebab asas, semakan TR dan proses-proses peningkatan. Setiap unit aset mempunyai wakil-wakilnya sendiri yang menjadi agen-agen pembawa perubahan yang membantu menguruskan proses perubahan bagi aset masing-masing. Salah sebuah fasiliti yang telah menunjukkan peningkatan yang ketara hasil daripada pendekatan TR terhadap peningkatan peralatan adalah sistem gas bahanapi Ampa 3 yang sebelum ini pernah mengalami sehingga 14 penutupan operasi setahun akibat kegagalan bekalan gas bahanapi. Semenjak proses-proses peningkatan peralatan TR dilaksanakan, hanya dua penutupan operasi akibat kegagalan proses telah berlaku.
Salam, November 2007 9
Pengemaskinian Data SAP
Kajian Semula TR Ampa 9
Satu program intensif pengemaskinian data telah juga dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program keseluruhan TR. Sejumlah 120,000 peralatan adalah tersenarai di dalam SAP-PM. Boleh dibayangkan betapa besarnya tugasan pengemaskinian ini apabila awda fikirkan yang setiap satu peralatan ini harus diperiksa dengan butir-butir yang terpapar di setiap plet pengenalan peralatan dicatatkan. Semua perubahan data yang dikenalpasti kemudiannya dikodkan serta direkodkan di dalam templat utama SAP bagi membolehkan pengemaskinian ke dalam SAP. “Data yang tepat adalah penting bagi menjalankan penyelenggaraan yang sempurna ke atas peralatan. Sekiranya kita tidak tahu apa peralatan yang kita ada, bagaimana kita boleh mengatakan penyelenggaraan adalah terkawal dan fasiliti-fasiliti kita adalah selamat?” kata Robert. Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan untuk mempastikan rancanganrancangan penyelenggaran dijalankan bagi peralatan-peralatan yang telah dikenalpasti dan sebaliknya diberhentikan bagi peralatan-peralatan yang telah tiada. Peluang juga telah diambil bagi memperuntukkan kod-kod Elemen Kritikal Keselamatan (SCE) semasa pengemaskinian dijalankan. Pengemaskinian terperinci telah mengenalpasti 20-30% peralatan di tapak kerja tidak mempunyai catatan data dalam SAP. Di samping itu, sekitar 20% peralatan dalam senarai sistem SAP sebenarnya tidak ada di tapak kerja. Pengemaskinian data SAP bagi Ampa 9 telah selesai dan telah diserahkan kepada unit Aset Barat. Champion 7 menjadi fokus pengemaskinian seterusnya, yang disasarkan oleh kumpulan TR untuk disudahkan pada penghujung 2007. Ampa 9 dan Champion 7 adalah merupakan padang-padang minyak pengeluaran bagi aset Barat dan Timur. Pencapaian-pencapaian utama pengemaskinian data termasuklah:
Kajian semula luaran TR yang dijalankan secara objektif telah memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan peningkatan TR di BSP. Pakarpakar EP sedunia dan serantau, serta wakil-wakil dari aset-aset yang lain dan Institut Marshall, telah mengambil bahagian dalam kajian semula TR di Ampa 9 pada September 2007. Sesi kajian semula tersebut telah melihat kepada sepuluh elemen-elemen utama prestasi, termasuk integriti teknikal, kecekapan dan kemahiran, data, serta perancangan. Skor keseluruhan kajian semula tersebut adalah 68% yang merupakan peningkatan ketara berbanding dengan 54% yang dicatatkan bagi kajian semula TR untuk aset yang sama pada 2004. Lebih daripada 50 tindakan-tindakan telah dikenalpasti bagi memacu lebih banyak peningkatan dalam usaha aset ini mencapai prestasi TQ.
●
● ●
74% daripada kerja-kerja pengesahan tapak kerja BSP telah disempurnakan 22 sesi pengesahan data 12% daripada data telah dimasukkan ke dalam SAP.
Average over 10 selected blades =
68%
Persediaan dan Penjadualan Kerja Kumpulan-kumpulan pembimbing serta proses-proses penerapan bagi Persediaan dan Penjadualan Kerja (WPSe) adalah merupakan batu asas bagi perancangan yang lebih berhemah untuk menjamin kebolehpercayaan. Kumpulan TR yang terlibat telah menghasilkan sebuah program pembangunan menyeluruh bagi kumpulan-kumpulan aset yang menggunakan kaedah WPSe. Kemajuankemajuan yang dicatatkan termasuklah: ●
● ●
Hajah Rosmawatty dan Paul Rijks menandatangani sijil pengemaskinian SAP
Akademi lima-hari WPSe
5 sesi kesedaran tentang pemegang hak yang diadakan untuk pihak pengurusan 10 ‘Akademi’ telah diadakan dengan penyertaan lebih 160 kakitangan Bimbingan di tapak kerja serta proses penerapan telah disempurnakan bagi kebanyakan aset-aset
Satu ‘Tindakan Susulan Selepas Kajian Semula’ telah diadakan bagi aset-aset Timur, Barat, Darat dan POP pada tahun ini menilai keberkesanan program-program pembangunan serta bimbingan di tapak kerja WPSe. Pencapaian purata 62% telah dicatatkan selepas kajian semula tersebut. Kekuatan dan perkara yang perlu dipertingkatkan telah dikenalpasti dan akan disusuli oleh kumpulan TR melalui pelanpelan tindakan SMART. Pengurus Peningkatan Perniagaan BSP, David Taylor berkata, “Peningkatanpeningkatan yang dikekalkan bagi penangguhan tak berjadual hasil daripada program TR adalah merupakan kejayaan yang cemerlang. Sasaran kita adalah untuk mencontohi kejayaan ini di semua aset-aset BSP, dan seterusnya menjadikan TR sebahagian daripada budaya operasi kita.”
10 Salam, November 2007
Alat bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar dari BSM
Penyampaian peralatan elektrik Dalam usaha berterusan kita meningkatkan kemahiran rakyat Brunei dalam disiplin teknikal dan kejuruteraan, BSP telah menyumbang peralatan-peralatan elektrik, mekanikal dan instrumentasi yang baru kepada Kolej Kejuruteraan Jefri Bolkiah (JBCE) sebagai menyokong kursus-kursus kejuruteraan elektrikal kolej tersebut. Peralatan elektrik itu diserahkan kepada JBCE dalam satu majlis pada 29 November 2007. Cikgu Affandy bin Haji Awang Damit, Timbalan Pengetua JBCE telah menerima peralatan tersebut bagi pihak JBCE. Gary Young, Ketua Pusat Pembelajaran Shell Asia Pasifik Brunei dari BSP telah menyerahkan sumbangan tersebut.
Pg Haji Yasmin menyampaikan komputer bagi pihak BSM
Syarikat Brunei Shell Marketing Sdn Bhd (BSM) menghadiahkan komputer dan set-set pisau memasak kepada pelajar-pelajar Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah yang telah memperolehi gred-gred baik yang konsisten. Tetamu kehormat, Pg Haji Yasmin Pg Haji Mohamad, Pengarah Urusan BSM telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada 13 pelajar yang telah dipilih dari beberapa jabatan termasuklah Pembinaan, Sains, Pengembaraan dan Pelancongan serta Memasak. Selepas penyampaian itu, Pg Haji Yasmin telah dibawa melawat kawasan sekolah termasuk perpustakaan serta kelas Pengembaraan dan Pelancongan di mana satu contoh bilik hotel telah disediakan khas. Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal menawarkan kursus-kursus bidang vokasional dan teknikal dari Kejuruteraan Pesawat sehinggalah ke Pengajian Komputer dan Komunikasi. Objektif utama menawarkan kursus-kursus ini adalah untuk menyediakan para pelajar mendapat pekerjaan dengan cepat serta efektif dengan meningkatkan kemahiran vokasional, pengetahuan serta pemahaman, dan juga menyediakan asas bagi mereka menyambung pelajaran di peringkat Diploma Tinggi Kebangsaan dan Ijazah. Projek ini merupakan aspek penting sokongan berterusan kepada masyarakat tempatan, khususnya terhadap pembangunan belia, serta merupakan salah satu usaha berterusan BSM menyumbang ke arah pembangunan berdaya maju Negara Brunei Darussalam. Tahun ini, BSM telah menyokong secara aktif pelbagai organisasi-organisasi, termasuklah Pusat Pembangunan Kanak-kanak, Liga Bolasepak bawah 13 tahun dan bawah 16 tahun, Program Datalish Remaja dan Pusat Pembangunan Belia.
Pusat Pembelajaran Shell Asia Pasifik Brunei
BSP sumbang Bilik Rujukan dan Komputer Pihak BSP dengan kerjasama Biro Bahasa dan Sastera, telah menyumbang bagi mewujudkan Bilik Rujukan Minyak dan Gas di perpustakaan Skim Perumahan Kebangsaan Kampung Pandan 7 di Kuala Belait, sebagai usaha memperbanyakkan koleksi bahan bacaan berkenaan sektor tenaga di dalam industri minyak dan gas. Satu majlis telah diadakan di perpustakaan itu dengan Hajah Masni Haji Munir, Penasihat Hal Ehwal Luar BSP menyerahkan Bilik Rujukan Minyak dan Gas tersebut kepada Pengarah Biro Bahasa dan Sastera, Dr Mataim Bakar Di dalam ucapan alu-aluan beliau, Hajah Masni berkata, “Bahanbahan rujukan yang disediakan ini akan menyumbang kepada penambahan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan industri tenaga, di samping memberi pendedahan tentang bidang kejuruteraan dan teknikal, termasuklah hal-hal yang berkenaan teknologi terkini serta cabaran-cabaran global di dalam industri minyak dan gas”. Dr Mataim yang juga berucap pada majlis tersebut telah mengalu-alukan sokongan serta kerjasama berterusan BSP terhadap pembangunan masyarakat. Lebih daripada 60 set komputer terpakai dari BSP juga telah diserahkan kepada berbagai-bagai penerima, termasuklah Biro Bahasa dan Sastera Kg Pandan, Kg Sungai Teraban, Masjid Sungai Liang, Surau STKRJ Lorong 3 Selatan Seria, Pasukan Polis Diraja Brunei Daerah Belait, Tunas Jaya Sekolah PGGMB dan Pejabat Daerah Belait.
Hajah Masni Haji Munir melawat bilik rujukan Minyak dan Gas bersama Dr Mataim Bakar
Pewujudan Bilik Rujukan Minyak dan Gas serta sumbangan komputer terpakai tersebut merupakan sebahagian dari inisiatif pembangunan masyarakat berterusan BSP.
Salam, November 2007 11
Perlawanan Gaya Hidup Sihat bolasepak bagi kakitangan WPE persahabatan BSP - Daerah Belait
Berikutan daripada inisiatif BSP ke arah meningkatkan kesihatan serta tahap kecerdasan para kakitangannya, Jabatan Kejuruteraan Petroleum Barat (WPE) telah menganjurkan satu pertandingan Program Pengurusan Berat Badan sebagai sebahagian daripada Program Gaya Hidup Sihat (HLP) jabatan tersebut.
Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kuala Belait, menyampaikan trofi kejuaraan kepada kapten pasukan BSP Grahaeme Henderson
BSP telah menjadi tuan rumah perlawanan bolasepak persahabatan di antara pasukan Pengurusan BSP dan pasukan Pejabat Daerah Kuala Belait, bertempat di Kelab Rekreasi Brunei Shell pada 19 November 2007. Perlawanan persahabatan anjuran Jabatan Operasi Kempen Perkhidmatan (SCO) yang berlangsung pada waktu malam itu, menampilkan pemain-pemain dari pihak pengurusan kanan serta kakitangan BSP yang diketuai oleh Pengarah Urusan BSP Grahaeme Henderson, menentang pasukan pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Daerah Kuala Belait. Pada tiupan wisel terakhir, pasukan BSP telah mendominasi perlawanan dengan jumlah jaringan 5 – 2. Pasukan Pejabat Daerah berjaya menjaringkan dua gol di saatsaat akhir separuh masa kedua bagi mengimbangkan jaringan 4 – 0 pada separuh masa pertama. Penjaring-penjaring gol bagi pihak BSP ialah Ketua Operasi Kempen Perkhidmatan, Haji Aji Haji Hitam, Grahaeme Henderson, Ketua Kewangan Perniagaan Ramon Caminada (FBF) dan Area Programmer, Haji Idris Gapar. Selepas perlawanan itu, kapten pasukan BSP Grahaeme Henderson mengucapkan terima kasih kepada semua pemain-pemain kerana bermain begitu baik, sebelum beliau menerima trofi pertandingan bagi pihak pasukan. Perlawanan itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik di antara pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan BSP melalui bersukan, serta mempromosikan keseimbangan pekerjaan-kehidupan yang sihat sejajar dengan Program Gaya Hidup Sihat (HLP) BSP.
Pertandingan tersebut telah dianjurkan selepas ujian kesihatan HLP yang diadakan sebelum ini menunjukkan bahawa 65% daripada 29 kakitangan WPE mempunyai berat badan berlebihan berdasarkan bacaan Indeks Jisim Tubuh (BMI) mereka. Objektif pertandingan tersebut adalah bagi mencapai penurunan berat badan secara berperingkat-peringkat tetapi berterusan melalui kombinasi pemakanan yang betul dan senaman. Seramai lapan orang kakitangan telah menyertai pertandingan tersebut di bawah kategori “Turunkan Peratusan BMI”, sementara sembian lagi mengambil bahagian di bawah kategori “Kekalkan Peratusan BMI”. Pertandingan Program Pengurusan Berat Badan ini telah dimulakan pada Mac dan berakhir pada September, dengan majlis penutupannya diadakan pada 25 Oktober 2007. Di penghujung program itu kesemua kakitangan, kecuali seorang, yang bertanding di bawah kategori “Kekalkan Peratusan BMI” telah berjaya mempertahankan kadar BMI ideal bagi diri masing-masing. Pemenang-pemenang kategori ini adalah Dk Salina PH Mahmud (WPE/30), Derrick Melanson (WPE/ 31) dan Peter Henneberg (WPE/21), manakala dua orang peserta di bawah kategori “Turunkan Peratusan BMI” telah berjaya mencapai berat badan di bawah BMI ideal. Md Fadhlullah (WPE/11), muncul sebagai juara kategori ini apabila mencatatkan pengurangan 10.7% daripada BMI asal beliau. Penutupan Program Pengurusan Berat Badan ini juga dihadiri wakil-wakil dari Pusat Kesihatan Panaga yang mengumumkan keputusan-keputusan ujian kesihatan HLP yang diadakan pada Jun yang lalu. Francis Clayton, Ketua Pembangunan Unit Aset Barat, beserta dengan tetamu kehormat, Dr Peter Tay, Ketua Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Panaga, telah menyampaikan hadiah kepada para peserta. Cemderamata juga telah diberikan kepada para doktor serta jururawat HML yang telah menyokong Program Pengurusan Berat Badan WPE ini.
Dr Peter Tay menyampaikan hadiah utama kepada Md Fadhlullah untuk kategori “Turunkan Peratusan BMI”
Ulangtahunperkhidmatan 30 TAHUN
25 TAHUN
Haji Abdul Rahim Haji Zakaria SCO320
Cotterill N J T SCM
Hj Sahari Bin Hj Bujang TSW412
Dy Siti Ramah B Abdullah SCM3214
Nor Laili Abdullah @L Samuel HRS32
Westeinde Van’t P J OPM51
Lim Khing Hock EME3
Mahani Bte Jeludin PPA202
Md Shahrul Alimin B Hj Ladi TSW4221
Dy Hjh Rosmawatty Hj A Mumin WM
Roslan B Hj Abd Rahman POP111 Yahya Bin Haji Kadun TSW4221
Norah Bte Nawi OPM161 Hjh Sinurita Bte Hamidon MPP02
15 TAHUN Moore J L EPE7 Nevoy H TSW12 Latip Bin Bidin STL221
10 TAHUN 20 TAHUN
Chee Yin King TSW4221
Dy Hjh Norsiah Ah A Hanifah TSW212
Razali Bin Ahmad POP111
Alias Bin Duraman BMO
Shepherd K G WPE11 Silver C A XGE1 Slupik C J EPE62
12 Salam, November 2007
Kluster baru Linux bagi TSG Jabatan Perkhidmatan Teknikal Geofisik (TSG) telah mengadakan majlis doa selamat bagi sebuah kluster baru Linux di Pusat Pemerosesan Data Seismik TSG di ibu pejabat BSP pada 15 November 2007. Pengarah Teknikal BSP, David Purvis, yang menghadiri majlis tersebut berkata, “Saat ini memang telah lama dinanti-nanti dengan banyak kerja keras yang telah dilakukan. Kebanyakan maklumat yang kita kumpulkan tentang minyak dan gas datangnya daripada kerja-kerja seismik dan maklumat ini amat membantu usaha melanjutkan kitar hayat padang-padang minyak kita. Ianya juga memainkan peranan kritikal dalam kejayaan BSP, yang secara langsung membantu BSP mengekalkan reputasinya sebagai organisasi yang dinamik dan bertaraf dunia.” Kluster Linux yang baru ini mengandungi 88 Unit Pemerosesan Pusat (CPU) dwi-teras, yang mampu menyimpan sehingga enam tera bait maklumat. Ianya menggantikan perkakasan lama yang digunakan di Pusat Pemerosesan Data Seismik. Kluster Linux yang baru tersebut mempunyai keupayaan dua cakera dan tiga kali ganda kelajuan pemerosesan data berbanding dengan perkakasan lama. Ketua Ahli Geofisik, Jan De Bruin menerangkan bahawa, “Kebanyakan maklumat tentang minyak dan gas adalah dalam bentuk data seismik dan TSG telah sekian lama menghasilkan, samada secara langsung atau pun tidak, kesemua data seismik yang kini dimiliki BSP.” Data seismik perlu diproses dahulu sebelum ianya mempunyai sebarang nilai tambah. Sesuatu projek pengumpulan data sesimik akan menghasilkan pita-pita elektronik yang mengandungi berbilion-bilion angka. Komputer berkuasa tinggi diperlukan untuk menukarkan angka-angka tersebut menjadi imej-imej tiga dimensi yang digunakan sebagai rujukan dalam membuat keputusan tentang bagaimana sesuatu fasiliti pengeluaran itu seharusnya dibina dan di mana letaknya telaga-telaga yang akan digerudi. “Pembangunan aplikasi pemerosesan serta kepantasan komputer telah samasama berkembang dengan menakjubkan. Apa yang mampu kita lakukan pada hari ini memang tidak dapat kita gambarkan 15 tahun yang lalu. Jangka hayat perkakasan komputer secara purata adalah selama empat tahun. Selepas itu, jumlah perbelanjaan
Kontrak membekal dan memasang ‘Welhead’
David Purvis menyampaikan plak keselamatan kepada Riyan Cameron Sdn Bhd untuk kejayaan keselamatan mereka
Jabatan Kejuruteraan Telaga dan Perkhidmatan Telaga (TSW) BSP telah menandatangani kontrak dengan Riyan Cameron (B) Sdn Bhd bagi perkhidmatan Pembekalan dan Pemasangan Wellhead atau kepala telaga pada 6 November 2007. Pengarah Teknikal, David Purvis, menandatangani kontrak bagi pihak BSP dengan Rob Sanches, Pengurus Serantau Cameron Asia, menandatangani bagi pihak Riyan Cameron. Kontrak selama lima tahun yang ditandatangani itu adalah untuk menggantikan kontrak Pembekalan dan Pemasangan Wellhead serta injap kepala telaga (atau bahagian yang dikenali sebagai ‘Christmas tree’), yang telah tamat tempoh. Skop-skop kerja merangkumi pembekalan, pemasangan, pembersihan dan perkhidmatan-perkhidmatan penyelenggaraan untuk kepala telaga di permukaan. David turut mengambil peluang di majlis tersebut untuk menyampaikan plak keselamatan kepada Riyan Cameron Sdn Bhd sebagai mengiktiraf kejayaannya mencapai 20 tahun tanpa mendapat Kehilangan Masa Kecederaan (LTI). Turut hadir dari Riyan Cameron ialah Steve Abbiss, Pengurus Wilayah Malaysia, Brunei dan Indocina, Pengiran Mohamad bin Pengiran Haji Kamaluddin, Pengarah Riyan Cameron dan Gopalakirshnan, Pengurus Cameron Brunei. Ketua Kejuruteraan Telaga dan Perkhidmatan Telaga, Harrie Krus, turut hadir bersama wakil-wakil dari TSW dan Jabatan Pengurusan Rangkaian Bekalan (SCM).
David Purvis merasmikan kluster baru Linux bagi TSG
yang sama dengan pembelian asal akan boleh mendapatkan kita sesuatu yang empat kali lebih pantas dengan dua kali ganda ruang penyimpanan data,” tambah Jan De Bruin. Kluster pemerosesan sesimik yang baru itu akan memberi sumbangan penting terhadap usaha meningkatkan pengeluaran daripada aset-aset BSP. Padang-padang minyak Champion dan Seria akan menjadi aset-aset terawal yang akan mendapat manfaat dari kluster baru ini.
Kontrak untuk Rig Penggerudian Satu upacara menandatangani kontrak untuk Rig Penggerudian Sokongan (Al Baraka-1) telah diadakan di antara BSP dan Pride International pada 20 November 2007. Pengarah Teknikal BSP, David Purvis, menandatangani kontrak bagi pihak BSP dan Mike Derbyshire, Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, menandatangani bagi pihak Pride International. Baj penggerudian sokongan, Al Baraka-1, telah disewa daripada Pride International untuk tempoh tiga tahun dengan opsyen penyambungan selama setahun. Rig penggerudian tersebut sedang beroperasi di luar pantai Afrika Barat dan dijangka tiba dan memulakan kerja di Brunei sekitar Ogos 2008 selepas singgah di Singapura. Rig ini akan banyak digunakan untuk kerja-kerja penggerudian pembangunan di padang minyak Mampak dan Bugan. Nilai kontrak pelantar ini ialah B$260 juta yang harus ditandatangani oleh pegawai peringkat tertinggi syarikat. Turut hadir menyaksikan penandatanganan tersebut ialah wakilDavid Purvis dan Mike Derbyshire wakil dari Jabatan Perkhidmatan Telaga bagi pihak Pride International (TSW), Pengurusan Rangkaian Bekalan menandatangani kontrak (SCM) dan Pride International.
Latihan Web Untuk Kakitangan By Idzwan Zunaidi (ISM/221) Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Web telah menganjurkan program latihan yang disusun khas pada Ogos sehingga September bagi mempertingkatkan kemahiran serta keupayaan berkaitan dengan pengurusan web di kalangan 82 Pengarang Web serta Kustodian di BSP. Program latihan tersebut telah difokuskan kepada pengenalan bagi aplikasi HTML/ MS FrontPage 2000 dan disertakan dengan pandangan menyeluruh tentang Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Web. Latihan ini telah menyediakan para peserta dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan mereka sebagai persiapan
Kakitangan-kakitangan dengan sijil pencapaian mereka
memainkan peranan masingmasing di samping meningkatkan dan mengukuhkan kemahiran pengurusan web.